Menyahut cabaran PKR agar membuktikan dakwaannya, calon bebas Aminah Abdullah telah mengemukakan bukti dan membuat laporan polis, laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM juga telah memulakan siasatan. PKR dalam reaksinya kepada tindakan Aminah itu, hari Selasa mengkui dua ahlinya ada menemui Aminah. Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution ketika mengakui pertemuan itu bagaimanapun berkata, rakaman perbualan seperti yang dirakam dan diedar Aminah itu tidak mewakili parti itu. Beliau berkata demikian pada sidang media Yayasan Aman Penanti. - 26/5/2009

Berita sebelum ini: Setelah membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan cubaan sogokan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), calon bebas Aminah Abdullah hari Selasa membuat laporan pula kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) serta menyerahkan bukti cubaan sogokan tersebut.

Selain itu, Aminah turut mengesahkan bahawa Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah mengambil keterangan daripadanya semalam.

Beliau dijangka akan memberikan keterangan lanjut kepada SPRM petang ini.

Difahamkan pada pertemuan semalam dengan SPRM, Aminah telah menyerahkan cakera padat yang dikatakan mengandungi rakaman perbualannya dengan dua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang datang menemuinya dan membuat tawaran tersebut.

Dalam pendedahannnya, Aminah yang bertanding menggunakan lambang kunci berkata, PKR menarakan wang sebayak RM80,000, jawatan yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang jika beliau menarik diri dariapda bertanding dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 jika beliau terus bertanding dan menang.

PKR dalam rekasinya terhadap pendedahan yang dibuat Aminah itu dikatakan akan menghantar notis meminta Aminah memohon maaf dan menarik balik tuduhannya jika tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Pulau Pinang itu.

Setakat ini Aminah masih berpegang kepada dakwaannya dan berpendirian beliau tidak akan menarik balik dakwaannya kerana mempunyai bukti.