tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 8 Mei 2009

PERLANTIKAN SPEAKER SAH

KUALA LUMPUR: Biarpun kekecohan tercetus pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berlarutan selama enam jam semalam, namum seorang Speaker baru dilantik dan empat usul diluluskan.

Pelantikan serta usul yang diluluskan adalah sah, menurut Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Hafarizam Harun dan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam kes membabitkan krisis perlembagaan negeri Perak di mahkamah.

Empat usul tersebut ialah pemecatan V. Sivakumar sebagai Speaker, melantik bekas ADUN Sungkai Datuk R. Ganesan sebagai Speaker baru, melantik anggota baru jawatankuasa negeri dan mengisytiharkan persidangan DUN Perak 'di bawah pokok' yang dipengerusikan oleh Sivakumar pada 3 Mac lepas sebagai tidak sah.

Hafarizam berkata penyingkiran bekas Speaker Sivakumar adalah sah kerana usul itu difailkan lebih 14 hari sebelum persidangan dan oleh itu ia perlu dibahaskan dan diputuskan pada persidangan hari ini.

Mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri, sebarang usul yang dibawa lebih 14 hari perlu dibentangkan untuk kelulusan Dewan.

"Perkara 36A (1) (b) menyatakan bahawa tanpa kehadiran Speaker, Timbalan Speaker boleh mempengerusikan sehingga pelantikan Speaker yang baru dan Hee (Yit Foong) mengisi kekosongan itu merupakan pelantikan yang betul," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Mengenai dakwaan Pakatan Rakyat bahawa persidangan DUN itu tidak sah, Hafarizam berkata terdapat persetujuan Diraja bagi persidangan dan mesyuarat telah pun diwartakan.

"Lagi pun, BN mempunyai 31 undi dan peraturan majoriti mudah menyatakan bahawa usul yang diluluskan hari ini semuanya sah termasuk persidangan itu," katanya.

Katanya Perkara 72 dalam Perlembagaan Persekutuan turut memberi imuniti kepada persidangan dan usul yang diluluskan oleh Dewan hari ini tidak boleh dicabar di mahkamah.

Terdahulu itu, Sivakumar berkata penggantungan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco dilakukan dalam kapasitinya sebagai pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak dan bukan sebagai Speaker.

Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan berdasarkan kedudukannya sebagai Speaker, perkara tersebut tidak boleh diguna pakai, dakwanya.

Muhammad Shafee berkata dakwaan Sivakumar itu tidak sah kerana dia telah mengeluarkan surat tunjuk sebab bagi menggantungkan Zambry dan enam exco BN atas kedudukannya sebagai seorang Speaker.

"Ianya juga kerana dia sebagai Speaker dan dia layak duduk sebagai pengerusi (jawatankuasa itu) jadi semuanya terikat," katanya.

Muhammad Shafee berkata dalam sebarang kes, Speaker tidak boleh menggantungkan mana-mana ahli Dewan untuk tidak melebihi sehari.

"Dia perlu merujuk perkara itu kepada Dewan bagi memastikan ianya dilaksanakan dengan teratur...dia tidak melakukannya dan mahkamah memerintahkan 'persidangan di bawah pokok' itu tidak sah," katanya ketika dihubungi.

Muhammad Shafee juga menolak dakwaan Sivakumar bahawa tiga wakil rakyat bebas "mesra BN' tidak harus menghadiri persidangan itu kerana ada kes saman yang dikemukakan oleh Sivakumar terhadap mereka masih belum diputuskan di mahkamah.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (telah memutuskan bahawa mereka masih memegang kerusi dalam Dewan) dan juga mahkamah memutuskan mereka tidak pernah letak jawatan kerana surat peletakan jawatan yang pra tandatangan adalah tidak sah," katanya.

Sementara itu, pensyarah undang-undang perlembagaan dari Universiti Antarabangsa Islam, Prof Madya Dr Sharahayu Abd Aziz berkata bagi pelantikan Speaker baru, usul memecatnya harus dibentangkan dan dibahaskan.

Bagaimanapun, katanya, usul itu ditolak oleh Speaker dan oleh itu ianya tidak sah.

"Ia menunjukkan betapa banyaknya kuasa diberikan kepada Speaker...lebih-lebih lagi dia boleh enggan mendengar usul itu.

"Ini adalah sama dengan Dewan Rakyat apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan pelbagai usul tetapi jika Speaker tidak mahu mendengar usul itu maka Anwar tidak mempunyai pilihan kecuali duduk dan diam kerana usul ditolak.

"Jadi kata putus terletak dengan Speaker," katanya.

Mengenai pelantikan Speaker baru, Sharahayu berkata tidak ada peruntukan dalam Perintah Tetap yang menghuraikan sama ada ianya dibenarkan atau sebaliknya.

Katanya pada biasanya pelantikan itu dilaksanakan selepas dibahaskan oleh Dewan dan pada majlis lain.

"Dalam undang-undang perlembagaan, apa yang biasa diamalkan harus diikuti, jadi saya cenderung untuk menyatakan ini merupakan pelanggaran konvensyen," katanya.

3 ulasan:

  1. nampaknya...UMNO semakin menuju kehujung era..lepas PRU 13 nanti besar kemungkinan UMNO akan dipencenkan oleh rakyat Malaysia..bye bye.

    BalasPadam
  2. Kalau ada orang masuk rumah kau ikat tangan bapak kau dan kurung dalam bilik kemudian di rogol mak kau dan adik kau kau marah ka tidak.

    Bodoh punya Peguam UMNO dengan blogger ni sekali. kalau dah usul ditolak dalam dewan mana boleh pakai lagi. Mana sah nya usul tu. Kalau nak pakai jugak caranya dengan suruh polis heret la. kalau aku heret Speaker dewan rakyat macam mana pulak engkau setuju ka. Kalau di Melaka Speaker dah tolak usul tidak percaya dan disuruh keluar dewan boleh pakai la pulak. Tapi kalu di Perak tak boleh. Kepala bapak kau la punya undang-undang.

    BalasPadam
  3. nie tiba2 masuk mak dgn adik kena rogol ape cerita nie....ke ko nak cerita benda tu semua berlaku kat keluarga ko...kesian...kesian...

    Speaker tu hanya ada kuasa dalam dewan dan dibataskan dgn peruntukan undang-undang tertentu,tak perlu lu orang buat mcm speaker tu berkuasa dari Sultan atau menteri besar atau Perdana Menteri...tapi kalau lu org nak anggap speaker perak tu lebih berkuasa dari Tuhan dan korang nak menganut agama baru iaitu agama penyembah Speaker Sivakumar, lu orang buatlah....kubur lain2.....

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger