Halaman

Sabtu, 30 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:ORANG BESAR 16 PERAK MENINGGAL DUNIA

IPOH: Orang Besar 16 Perak, Toh Seri Lela Paduka Abdul Rashid Uda Mohamad, 93, meninggal dunia hari ini kerana sakit tua.

Abdul Rashid menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.40 pagi semasa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayop Hashim, berkata jenazah sudah dibawa ke rumah Allahyarham di No 57 Jalan Sukun, Sungai Rokam di sini pada jam 11 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Tanjung Bangkong, Malim Nawar, kampung halaman Allahyarham

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, melantik Abdul Rashid sebagai Orang Besar 16 pada 10 Mac 1993. - Bernama

1 ulasan:

  1. pakatan rakyat akan menang 2/3 majority jika pilihan raya diadakan semula diperak.ini kerana semasa pru 12 umno/bn hanya menang tipis di10 kerusi...
    ini menyebabkan umno/bn akan sukar utk merampas semula dun perak...
    jika pakatan rakyat mentadbir negeri dgn baik
    umno/bn akan perlahan-lahan lenyap dari ingatan rakyat perak...

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA