Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senang hati beliau terhadap isu kerajaan perpaduan yang menjadi bualan hangat sekarang.

Malah Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara terbuka menafikan kenytaaan Datuk Seri Hadi Awang beliau ada memberi penjelasan kepada pimpinan pakatan pembangkang mengenainya.
Katanya sebagai orang kuat beragama Presiden PAS itu bukan saja perlu berjawab pada DAP tetapi juga pada Tuhan.
Menjawab soalan mengenai isu kerajaan perpaduan itu selepas satu majlis di Pulau Pinang Isnin , Guan Eng berkata PAS tidak memberitahu apa-apa kepada mereka mengenai hal itu.
Menurutnya hal berkenaan juga tidak pernah dibincangkan oleh mereka.