tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 10 Jun 2009

UMNO PAS:KENAPA TIBA TIBA PAS MAHU SEMUA TUTUP MULUT BERHUBUNG KERAJAAN PERPADUAN

Apa lagi yang tak kena pasal kerajaan perpaduan yang diuar-uarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila orang kuatnya, Datuk Mustafa Ali tiba-tiba minta semua pemimpin parti itu ‘tutup mulut’ berhubung cadangan tersebut?

Memang ramai yang melatah malah pemimpin anak beranak dalam DAP, Lim Kit Siang dan Guan Eng sendiri marah-marah dan tidak puashati dengan kenyataan terbuka Hadi ketika Muktamar PAS minggu lalu.

Sebelum ini, isu itu macam sudah tutup apabila Hadi kata perbincangan kerajaan perpaduan hanya ketika Tun Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri bukannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan sahaja beliau, malah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa juga tiba-tiba tarik brek dengan beritahu pimpinan tertinggi parti itu tiada sebarang niat untuk bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Itu ucapannya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, dua hari sebelum Muktamar PAS Pusat yang tiba-tiba ‘meletup’ dengan ucapan Hadi bahawa parti itu sedia duduk berbincang dengan mana-mana pertubuhan politik mahupun NGO demi rakyat dan negara ini.

Malah, cadangan itu disambut baik Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang berharap usaha kearahan perpaduan itu dibuat berlandaskan keikhlasan dan kejujuran demi perpaduan dan kemakmuran.

Sebabnya barangkali semua pihak sudah muak dan bosan dengan hal-hal politik yang remeh temeh termasuk pilihan raya saban bulan tanpa sebab munasabah yang membazir masa dan wang ringgit sahaja.

Bagaimanapun, apabila Mustafa merayu supaya isu polimek itu dihentikan, ada yang bertanya, apa lagi ‘wayang’ bertajuk kerajaan perpaduan ini?

Alasan Mustafa, bekas Pengarah Pilihanraya PAS lalu, isu tersebut tidak relevan buat masa ini sehingga pilihan raya umum ke-13.

Namun ada yang anggap PAS terpaksa perlahankan isu itu semata-mata nak jaga hati PKR dan DAP menjelang pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada pertengahan Julai nanti.

PAS melihat segala kenyataan berkaitan isu gagasan itu boleh sebabkan kekeliruan kepada penyokong PAS dan dalam masa sama menimbulkan kecurigaan dikalangan pembangkang lain.

“Idea kerajaan perpaduan memang dilontarkan oleh Presiden PAS, (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tapi ia sekadar satu teori dan konsep sahaja. Ia tidak ada dibincangkan dalam bentuk keputusan sehingga dimaklumkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas itu ada pertemuan empat mata antara Hadi, Datuk Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), Anwar dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang konsep kerajaan perpaduan.

"Bagaimanapun idea itu ditolak oleh Tuan Guru (Nik Aziz)... Mungkin di sini ada timbul kekeliruan di pihak DAP,” katanya.

Guan Eng pada Isnin mendakwa DAP tidak mengetahui mengenai idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi dan meminta pimpinan tertinggi PAS menerangkan mengenai konsep kerajaan perpaduan kepada mereka dalam mesyuarat Pembangkang akan datang.

Tegasnya, isu kerajaan perpaduan bukan satu isu yang berbangkit kerana perkara lebih penting untuk diberikan perhatian terutamanya pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai depan.

“Pada saya tak perlu bincang soal kerajaan perpaduan kerana tujuan kita nak benam Umno dan lawan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya yang akan datang... dalam muktamar baru-baru ini pun isu kerajaan perpaduan bukan agenda utama,” katanya.

Namun demikian, beliau menegaskan pandangannya itu bersifat peribadi dan apa jua keputusan yang diputuskan oleh parti mengenai pendirian isu tersebut akan dipatuhi.

“Saya setuju kalau PAS nak buat kerjasama dengan sesiapa kerana adalah salah untuk tutup pintu perbincangan kerana berbincang bukannya kita nak masuk UMNO atau BN,” katanya.

Persoalannya kini, apakah PKR dan DAP boleh menerima alasan ini untuk mereka melupakan idea yang masih segar dalam minda Hadi atau parti itu boleh memberi signal membantah cadangan tersebut dengan membiarkan PAS bersendirian di DUN Manek Urai.-9/6/2009



--------------------------------------

Pulak dah

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat,Datuk Mustapha Ali telah mengadakan satu sidang akhbar mengejut di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur pagi Selasa yang jelas ' korner baring' dari kenyataan Presiden PAS Datuk Haji Hadi Awang pada muktamar parti itu mengenai idea kerajaan perpaduan.

Mustapha yang diketahui umum rapat dengan Haji Hadi telah meminta semua pimpinan PAS dan pakatan pembangkang berhenti cakap mengenai hal berkenaan.

Katanya perbincangan untuk tujuan itu tidak relevan buat masa ini.

Beliau mengakui soal berbincang dengan UMNO itu pernah dibangkitkan satu ketika dulu tetapi tiada suatu keputusan dibuat.

Menurutnya ini kerana kebanyakan pimpinan PAS tidak setuju dengan idea berkenaan.Mustapha menegaskan PAS akan terus berusaha memperkuatkan pakatan pembangkang.

Para pemerhati politik menilai perubahan kenyataan ini ada kaitan dengan tekanan dari PKR dan DAP serta menjelangnya pilihanraya kecil Manek Urai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH