tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 10 Jun 2009

UMNO PAS:MEDIA DEDAH LUKA DIDADA MANOHARA

Kesan luka di dada Manohara Odeli Pinot, yang mendakwa kesan penderaan putera Sultan Kelantan, kini boleh disaksikan oleh semua pihak apabila ia didedahkan oleh sebuah media Indonesia hari ini.

manohara odelia pinot scars on her body 100609Sekeping foto, daripada 10, yang dianalisis seorang pakar fotografi republik itu dimuatkan dalam akhbar internet terkenal Detik.com.

Penganalisis foto itu, yang juga seorang ahli parlimen Partai Demokratik, Roy Suryo Notodiprojo meneliti gambar-gambar itu yang diambil oleh ahli forensik Dr Abdul Mun'im Idries yang menjalankan pemeriksaan perubatan awal terhadap wanita 17 tahun itu.

Selain pemeriksaan perubatan yang rapi itu, Manohara juga menjalani satu lagi pemeriksaan perubatan bersama pegawai penyiasat polis selepas memberikan keterangan kepada pihak berwajib itu semalam bagi melengkapkan siasatan kesnya.

Roy Suryo dilaporkan berkata beliau membuat analisis foto itu atas permintaan keluarga Manohara dalam satu pertemuan dengan wanita itu dan ibunya Daisy Fajarina di sebuah hotel malam tadi.

Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, menyerahkan 16 keping foto kepada ahli parlimen itu tetapi hanya 10 yang dianalisis kerana bakinya tidak begitu jelas.

Mengesahkan keaslian foto-foto itu, Roy Suryo berkata foto yang dirakam melalui kamera telefon bimbit dipercayai diambil sendiri oleh Manohara pada waktu malam antara Mac hingga April lalu.Isteri Tengku Muhammad Fakhry Petra melarikan diri ke Jakarta pada 31 Mei setelah berada di Malaysia selama beberapa bulan sejak selesai mengerjakan umrah di Jeddah pada 9 Mac lalu - hari beliau mendakwa diculik oleh suaminya.

Pakar teknologi maklumat itu berkata, hasil analisisnya terhadap foto-foto tersebut, beliau menemui beberapa kesan luka di serata badan Manohara.

manohara odlia pinot kelantan 260509"Ada 11 titik luka di bagian (bahagian) depan tubuh. Lukanya berbagai macam, sayatan (calar), sundutan (kesan cucuhan api rokok), dan lebam.

"Saya bisa memastikan (foto itu) asli. Tetapi lukanya saya serahkan kepada ahli (pakar) yaitu doktor," Roy Suryo dipetik berkata hari ini sewaktu menunjukkan foto-foto tersebut di komputer ribanya di sebuah hotel.

"Saya menyatakan foto itu masih asli sesuai dengan ukuran asli di (telefon jenama) Blackberry tidak ditambahi dan tidak diedit, (atau) diubah setting-nya."

Roy Suryo menunjukkan, antaranya, foto kesan lebam di tangan Manohara yang bertarikh 10 Mac lalu, manakala foto kesan calar di bahagian tangannya dirakam 29 Mac lepas.

Terdapat juga foto kesan cucuhan api rokok di bahagian kening yang diambil pada 5 April lalu, serta dua foto kesan calar di dada pada 6 April, lapor Detik.com lagi.

Foto-foto itu mampu menjadi bukti sokongan terhadap bukti utama, pemeriksaan kesihatan rapi, tambah ahli parlimen itu.

Sementara itu, akhbar Surya petang ini melaporkan, hasil pemeriksaan perubatan rapi mendapati terdapat bekas calar, suntikan dan kesan terbakar "seperti akibat diseterika" ditemui di bahagian-bahagian dada, leher, belakang dan paha Manohara.

Peguamnya Hotman Paris Hutapea dilaporkan berkata, dua doktor yang memeriksanya telah mengambil gambar Manohara menggunakan kamera khas untuk mengecam kesan-kesan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH