tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 8 Jun 2009

UMNO PAS:POLIS PERIKSA TUBUH MANOHARA

Polis Indonesia telah menjalankan pemeriksaan ke atas bahagian tubuh Manohara Odelia Pinot yang didakwa didera oleh suaminya, putera Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry.

Ibunya, Daisy Fajarina berkata, Manohara diperiksa oleh anggota polis wanita di ibu pejabat polis republik itu dan berada di situ selama 12 jam Jumaat lalu, demikian dilaporkan oleh akhbar Surya - yang pertama mendedahkan isu Manohara itu.

Manohara Odelia Pino, 17,Ia memetik ketua bahagian hubungan masyarakat ibu pejabat polis republik Indonesia, Inspektor Jeneral Abubakar Nata Prawira sebagai berkata, Manohara datang ke pejabatnya pada hari Khamis.

Daisy dan peguam Elza Syarief berada bersama Manohara ketika bekas model itu diperiksa anggota polis.

"Yang saya ingat polis bertanya mengenai penganiayaan yang dialami anak saya, antaranya bekas jarum suntik.

"Polis juga memeriksa tubuh anak saya yang ada bekas penganiayaan," kata Daisy seperti dilaporkan Surya.

Elza bagaimanapun pula berkata, Manohara belum menjalani visum (pemeriksa terperinci bagi mangsa dera) disebabkan dia belum menandatangani laporan polis kerana terpaksa menghantar ibunya ke hospital akibat kelelahan pada malam berkenaan.

Komen ahli sosiologi

Beliau menjelaskan, berbeza dengan pemeriksa kesihatan biasa, visum hanya boleh dilakukan jika ada laporan polis.

surya indonesia newspaper manohara odelia pinot police inspect body 080609Abubakar turut mengesahkan bahawa Manohara belum menandatangani laporan tersebut.

"Polis wanita sempat memeriksa tubuh Manohara yang dikatakan disilet dan dianiayai oleh Tengku Muhammad Fakhry tetapi parutnya hampir hilang.

"Mengikut perancangan, selesai menjalani pemeriksaan dan membuat laporan polis, Manohara akan menjalani visum," katanya.

Sementara itu, Musni Umar, ahli sosiologi lulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipetik oleh Kompas.com sebagai berkata, kenyataan Manohara - yang disiarkan secara meluas oleh media massa - telah diterima sebagai kebenaran sehingga meluapkan kebencian masyarakt Indonesia terhadap Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berkata, Sultan Kelantan sebaiknya menyelesaikan isu tersebut.

'Jangan biarkan'

"Keadaan semacam ini tidak boleh dibiarkan kerana mengganggu hubungan baik dua negara jiran itu. Tidak ada pilihan lain kecuali segera menjernihkan pelbagai kenyataan Manohara dan menyelesaikan melalui saluran undang-undang," katanya kepada Kompas.com.

Manohara Odelia Pino, 17, is kissed by her mother, DaisyMenurutnya, Sultan Kelantan perlu campur tangan untuk menyelesaikan kes rumah tangga puteranya itu.

Masni dilaporkan, banyak kenyataan Manohara yang boleh dipersoalkan kebenarannya seperti dia gemuk kerana disuntik, ditores dan dan diseterika oleh suaminya.

"Itu harus dibuktikan kerana pengalaman lima tahun saya belajar di Malaysia, perempuan gemuk setelah mereka berkahwin," katanya.

Masni berkata, ini berlaku kerana makanan di Malaysia pada umumnya mengandungi santan dan digoreng tetapi tidak mendapat cukup senaman.

4 ulasan:

  1. Bertelur sebiji riuh sekampung.

    BalasPadam
  2. salam bro, izinkan kucen' amik artikel ni nak tempek kat blog ~ will credit ur blog. tq

    BalasPadam
  3. salam buat anda.
    laporan dari kompas.com telah saya petik di blog saya untuk tarik 6 dan 7 july.
    kebanyakan rakyat indo telah mulai sangsi tentang manohara terutama daisy ibunya.
    manohara ialah lubuk emas ibunya.
    telagi.blogspot

    BalasPadam
  4. salam Kamal,
    Isu Manohara ini sudah cukup menjatuhkan maruah negara kita di mata dunia.
    Macam2 cerita yang timbul.Mana satu yang betul hanya Manohara dan Tengku yang tahu. Tapi setahu saya,orang yang sudah biasa hidup sosial dan bebas seperti Manohara ini bila sudah berkahwin pasti akan memberontak kerana tidak mahu tersekat dari kebiasaannya.Lebih2 lagi jika berkahwin dengan anak Raja yang hidup penuh protokol dan adat pasti akan membuatkan Manohara naik gila dan tertekan dengan segala peraturan Diraja.Tidak mustahil dia akan melakukan apa saja untuk melepaskan diri..
    Ini sekadar pandangan peribadi saya sebagai rakyat Malaysia.Agak keterlaluan Manohara dan ibunya membantai Tengku di setiap media. Panas juga hati ini tapi SABAR demi harga diri.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH