tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 10 Jun 2009

UMNO PAS:TGNA RELA MELAYU BERPECAH DARI BERSATU

TGNA bangga dengan kejayaannya menjadi MB Kelantan dan kerana kejayaannyalah TGNA makin lama makin riak dan takbur yang hanya beliau dan Pas sahaja yang layak dipanggil pemimpin.Boleh dikatakan Kelantan majoriti penduduknya adalah dari golongan orang melayu yang jauh ketinggalan dari negeri lain dari segi pembanggunannya.

Apabila ada cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang telah disuarakan oleh HH kenapa TGNA tidak dapat menerima cadangan itu sedangkan ianya suatu yang baik dan akan memberi kesan pada seluruh iklim politik tanah air.Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat terus mengulangi pendirian peribadinya untuk terus menolak cadangan mengadakan sebarang rundingan atau menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Menurutnya, isu kerajaan perpaduan yang ditimbulkan sebelum ini bukan dasar Pas sebaliknya dikemukakan oleh ahli dan ia diperhalusi di peringkat jawatankuasa parti itu.Menurut TGNA parti menyerahkan keputusan untuk melaksanakan kerajaan perpaduan bersama UMNO kepada Jawatankuasa Pas Pusat yang akan bersidang Khamis ini.Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu kerajaan perpaduan perlu dibincangkan serta diperhalusi jawatankuasa tersebut agar cadangan itu diterima oleh semua ahli peringkat akar umbi.

Berita yang terbaru yang diterima TGNA telah mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa pemimpin Pas yang menentang gagasan kerajaan perpaduan ini .Antara yang hadir pada pertemuan sulit itu antaranya, bekas naib presiden, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden baru, Mahfuz Omar.Sekiranya dilihat pada penentangan kerajaan perpaduan ini hanya pemimpin yang sudah tidak mendapat tempat dalam barisan kepimpinan yang baru sahaja yang tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan ini.Ini menunjukan golongan mereka ini adalah golongan yang kecewa kerana tiada tempat didalam barisan kepimpinan Pas yang baru.

Sudah ada tanda tanda yang HH dan TGNA sudah tidak sehaluan dalam mencapai kata sepakat dalam penubuhan kerajaan perpaduan ini.Bagi saya TGNA hanyalah seorang ulama yang hanya pandai mengajar orang lain tetapi diri sendiri terpesong dari pengajarannya sendiri.Dari apa yang telah Harun Din nyatakan bahawasikap tidak patuh kepada pemimpin dan "lawan taukeh" yang disifatkannya sebagai "penyakit parti politik tidak Islam" agar tidak berjangkit ke dalam PAS.

Penyakit ini susah dan beza yang paling nyata sekali bahawa jemaah atau pengikut hukumnya adalah wajib untuk mentaati dan mengikuti arahan kepimpinan lebih-lebih lagi oleh presiden.

"Penyakit ini masih belum berjangkit, oleh itu hendaklah kita kembali dan mengikut petunjuk Rasulullah. Ketaatan itu hukumnya wajib, melawan taukeh hukumnya mendapat dosa kalau tidak menunaikan yang wajib.Kalau presiden membuat idea atau gagasan jika disokong oleh kepimpinan serta ulama dalam syura dan dibuat keputusan, bagaimana mungkin kita boleh menyanggahinya melainkan kita bawa balik untuk berbincang dalam keadaan yang beradab dan bersopan.Tidak jelas sama ada ungkapan ini ditujukan kepada TGNA atau Husam atau pemimpin lain yang menolak saranan kerajaan perpaduan seperti anjuran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jelas dari apa yang telah nyatakan oleh Haru Din ini jelas bahawa adalah menjadi satu dosa sekiranya apa yang telah dicadangkan oleh HH ini yang akan membawa kebaikan pada seluruh umat Islam negara ini dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasaruddin Hassan, yang juga ulama muda dalam parti itu, secara terbuka menyokong cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan Umno dan BN. Pemuda berpendirian yang Pas boleh berbincang dengan siapa saja demi kepentingan Islam.Nasaruddin berkata, Pemuda di bawah kepemimpinannya akan menjaga nama baik parti dan sama sekali tidak akan 'menconteng arang' terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib turut menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan mahu Pas membalas dengan baik walaupun berurusan dengan orang yang sudah membuat jahat seperti yang dituntut al-Quran.

Seharusnya TGNA memahami apa yang telah dijelaskan oleh timbalan Presiden Pas bahawa apabila ada rundingan dengan Umno ia tidak bermakna PAS akan mengadakan kerjasama dengan Umno.Tidak timbul langsung soal kerjasama dengan Umno tetapi rundingan itu adalah untuk kepentingan negara.Dalam PAS bukan seorang sahaja yang membuat keputusan terutama yang membabitkan dasar parti dan sudah tentu TGNA dan Husam faham akan keadaan ini.

Seperti apa yang dinyatakan HH bahawa jangan tutup langsung rundingan dengan semua pihak termasuk Umno kerana ia bercanggah dengan tuntutan Allah.HH juga menyatakan yang bahtera PAS kuat walaupun dicabar dan dilambung ombak dan yakin PAS kuat serta tidak perlu menumpang BN atau parti lain.

AMAT JELAS TGNA HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN KEPENTINGAN SEKUTUNYA.RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH