Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah lebih wajar sekiranya PAS mempunyai pendirian yang tetap berhubung saranan berkenaan memandangkan ia melibatkan kepentingan negara secara total.
Menurut beliau, aspek penubuhan negara bukan sesuatu yang enteng justeru pandangan semua pihak termasuk parti pembangkang yang lain perlu diambil kira.
"Adalah lebih baik sekiranya pihak yang menyuarakan idea ini tahu apa yang mereka mahukan kerana ia bukan perkara yang mudah.
"Ia melibatkan kepentingan negara dan perlu juga mengambil kira pandangan daripada partiparti pembangkang yang lain," katanya.
Muhyiddin menyatakan demikian ketika diminta mengulas reaksi berbeza parti pembangkang berhubung saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya kerajaan perpaduan antara pembangkang dan BN ditubuhkan bagi menyelesaikan segala kemelut politik yang melanda negara. Menurut Muhyiddin, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan BN menerima dengan terbuka saranan itu adalah simbol kepada ketelusan dan kesediaan BN untuk membincangkan perkara itu dengan terperinci.
"Kita bersedia untuk berbincang dan bersikap terbuka tetapi kami dimaklumkan bahawa berlaku percanggahan pendapat antara pakatan pembangkang.
"DAP berkata mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara ini manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula tidak bersetuju.
"Saya tidak pasti sama ada ini cuma idea PAS atau pakatan pembangkang secara keseluruhan.
"Bagaimana kita nak teruskan dengan agenda seterusnya jika mereka sendiri tidak sependapat," katanya
Salam kamal
BalasPadamTakkan ler PAS mudah lupa penggabungan tahun 1974 dulu?? Akhirnya UMNO belitkan PAS hingga PAS kecundang pada pilihanraya 1978.
Ntah ler..., harap2 pemimpin UMNO ni biar le jujur tp kebiasaannya pemimpin UMNO ada agenda tersirat..