Halaman

Isnin, 15 Jun 2009

UMNO PKR:ANWAR AKAN LANTIK CHIN PENG SEBAGAI PENASIHAT PARTI PKR DAN PAKATAN?

Anwar cuba untuk menjadi penyelamat Komunis bila meminta kerajaan membenarkan pembunuh rakyat dibenarkan pulang ketanah air.Tujuan Anwar semata mata untuk menjadi hero pada pembunuh rakyat dan untuk mendapat simpati kaum cina negara ini yang kebetulannya pembabitan komunis banyak dianggotai oleh kaum Cina.

Anwar hanya mementingkan kepentingan peribadinya dengan hasrat kaum cina akan bersimpati denganya dan menyokong beliau.Kerana inginkan pengaruh,Anwar lupa bahawa ada rakyat Malaysia yang menderita akibat perbuatan komunis terutamanya peranan Chin Peng dalam mengerakan keadaan huru hara dalam menghancurkan negara ini dahulu.Mungkin Anwar tidak merasai kekejaman Komunis sebagaimana dirasai oleh bekas polis dan tentera serta waris pejuang yang terkorban di tangan komunis.

Anwar mungkin lupa bahawa sebahagian rakyat negara ini membantah keras sekali gus mencetuskan kemarahan sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke negara ini.Rakyat membantah hasrat pihak Anwar yang berkepentingan politik semata mata dan tindakan Anwar akan terus membakar sentimen anti-Chin Peng di kalangan rakyat.Anwar perlu memahami hati budi rakyat negara ini yang tidak membenarkan sama sekali kepulangan Chin Peng pulang ke negara ini kerana ianya akan menjejaskan kemakmuran negara yang dipelihara selepas komunis meletakkan senjata.

Sebelum ini pun kerajaan pernah memberi peluang pengampunan kepada ketua pengganas itu suatu ketika dulu, tetapi seruan tersebut hanya disahut oleh beberapa anggota PKM lain termasuk Rashid Maidin.Ketegasan kerajaan dalam kemelut ini yang tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air sebagai menjaga perasaan semua pihak dan menghargai perjuangan bekas polis, Unit Kawalan Keselamatan home guard dan Special Constable (SC) yang berjuang ketika Darurat 1948.

Mungkin Anwar tidak merasai keperitan sebagaimana keperitan yang ditanggung oleh anggota keselamatan dimana keperitan mereka masih terasa perit dan terseksa hati mengenangkan peristiwa ganas dan tidak berperikemanusiaan dilakukan oleh pengganas komunis ketika itu.Sepatutnya Anwar menghargai perjuangan pasukan keselamatan dan rakyat negara ini dalam usaha memusnahkan gerakan parti komunis yang hanya mengambil kesempatan menentang kerajaan Malaya pada ketika itu. Selain membunuh pasukan pejuang kita yang memburu mereka dalam hutan, PKM juga membunuh orang awam yang tidak berdosa dan tidak mahu bersekongkol dengan mereka.Apakah pembunuh sebegini yang dibela oleh Anwar?

Anwar seharusnya tidak perlu berkali-kali menyebut Chin Peng, apatah lagi memberi peluang kepadanya untuk pulang ke Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan ini. Kita khuatir dengan kepulangan itu nanti boleh mencabar kewibawaan dan kuasa Raja-Raja Melayu yang hidup dalam aman dan damai.

Cadangan Anwar untuk membenarkan Chin Peng pulang sebenarnya turut membawa impak yang besar kepada Singapura sebagai jiran Malaysia yang terdekat. Sebagai negara yang pernah menempuh insiden keganasan dan sentiasa terdedah kepada ancaman pengganas, saranan untuk membawa kembali mastermind keganasan selama lebih 40 tahun dalam sejarah Malaysia amatlah membimbangkan rakyat.Mungkin ada yang tertanya-tanya apa kaitannya keganasan PKM dengan Singapura dan mengapa rakyat harus gusar dengan Chin Peng sedangkan sejak 1948 hingga 1989 tiada sebarang kejadian keganasan dicetuskan oleh gerila-gerila PKM di bumi Singapura.

Semenjak Singapura masih berada di dalam Persekutuan Malaysia lagi, Bapa Pengasas Republik Singapura, Menteri Mentor (MM), Lee Kuan Yew telah bertindak dengan melancarkan operasi-operasi penahanan ke atas anasir komunis, termasuk membersihkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) daripada elemen-elemen pro-komunis. Sedangkan dengan operasi yang sedemikian komprehensif pun anasir komunis masih mampu mempengaruhi segelintir rakyat Singapura termasuk askar SAF sendiri, apa lagi kalau MM Lee tidak bertegas. Bayangkan jika Singapura jatuh ke tangan komunis, apa yang kami nikmati hari ini iaitu kebebasan, kemakmuran dan keamanan yang juga membawa kesan positif terhadap jiran-jiran ASEAN tidak mungkin akan wujud.

Andaikata Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia, ia sudah pasti menaikkan semangat golongan muda yang terpengaruh dengan komunis dan dalam dunia tanpa sempadan yang semakin kecil oleh kemajuan teknologi maklumat hari ini, ia pasti dengan mudah akan menular kepada anak anak muda yang memberontak dan tidak memahami apa itu komunis.

Pada Anwar fahamilah rintihan rakyat yang menderita akibat perjuangan salah Komunis dan ingatlah bahawa rakyat akan menentang dengan sekeras kerasnya untuk membawa kembali pembunuh rakyat ini demi untuk mempertahankan maruah bangsa dan negara Malaysia.

Bagi anggota keselamatan yang telah bertungkus lumus dan bergadai nyawa dalam mempertahankan kedaulatan negara ini mengharapkan isu Chin Peng tidak lagi diperbesarkan oleh pemimpin yang mencari kepentingan politik sebaliknya perlu bersama dengan kerajaan menangani kebajikan bekas polis, tentera dan waris-waris yang masih mengharapkan bantuan.Inilah dikatakan membela dan memperjuangkan nasib rakyat yang sebenarnya.Tiada guna membela nasib si pembunuh yang selama ini telah menghancurkan negara dan rakyat negara ini.

BAGI ANWAR YANG BERSUNGGUH SUNGGUH UNTUK MEMBAWA PULANG PEMBUNUH INI SEWAJARNYA MEMBERI PELUANG PADA CHIN PENG UNTUK DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT PARTI PKR AGAR ANWAR AKAN DISANJUNG SEBAGAI PERWIRA KEPADA PEMBUNUH RAKYAT INI.ANWAR TIDAK PERLU MENDESAK KERAJAAN DAN SEBAGAI JALAN UNTUK ANWAR MENGIKTIRAF CHIN PENG SEBAGAI PEJUANG PERLU ANWAR MEMBUKA PINTU PADA CHIN PENG SEBAGAI PENASIHAT UNTUK GHIN PENG TERUS MEMBERI BUAH FIKIRAN PADA PKR.....SAYA RASA INILAH JALAN TERBAIK PADA ANWAR UNTUK MENGANGKAT CHIN PENG SEBAGAI WIRA PKR....WALAU PUN CHIN PENG MASIH BERADA DILUAR NEGARA DALAM DUNIA TANPA SEMPADAN INI SEGALA CADANGAN DAN IDEA DARI CHIN PENG BOLEH TERUS DITERIMA PKR.

KITA RENUNG RENUNG KAN LA...APAKAH ANWAR SANGGUP UNTUK MELANTIK CHIN PENG SEBAGAI PENASIHAT PARTI PKR DAN PENASIHAT PADA SELURUH PAKATAN SENDIRI....RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI ANWARRRRRRRRRRRRR

1 ulasan:

  1. Sekurang - kurangnya, Chin Peng mengasaskan PKM untuk menentang penjajahan Jepun, British dan boneka British (Apa lagi PEKEMBAR aka UMNO laa).

    Sekejam - kejam Chin Peng, kejam lagi mereka yg membunuh Ustaz Ibrahim Libya & penduduk Memali yang sedang mendengar kuliah agama di masjid. Mengapa org yg terlibat dalam pembunuhan beramai2 penduduk Memali tidak dibicara & dibuang negara kerana jenayah yg dilakukan adalah lebih berat dr Chin Peng.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA