Halaman

Ahad, 30 Ogos 2009

ANWAR NIZAR BANGA=T:SHAH ALAM TUDUH POLIS DAN UMNO

Bukit Aman memandang serius tuduhan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kononnya polis bersekongkol dengan Umno dalam menangani bantahan penduduk berhubung cadangan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Sambil menyifatkan tuduhan itu amat berat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis memulakan siasatan terhadap Khalid berhubung tuduhannya itu, semalam.

Beliau mahu tuduhan itu dihentikan segera kerana dikhuatiri menjejaskan kredibiliti pasukan keselamatan berkenaan. “Ini memang tuduhan melampau yang sengaja disebarkan pihak tertentu untuk mencemarkan imej polis. Polis sentiasa bersikap profesional dalam melaksanakan tugas, termasuk menangani sesuatu isu dan memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjamin.

“Kita dimaklumkan mereka hanya akan menghantar memorandum kepada kerajaan negeri berhubung bantahan penduduk terhadap pembinaan kuil itu. Mereka bersurai selepas penyerahan dibuat seperti diarahkan polis,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, 200 penduduk Seksyen 23, Shah Alam termasuk beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai membantah cadangan pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman di kawasan itu yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Bantahan dibuat terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Exco Kebajikan negeri, Rodziah Ismail dan Exco Kesihatan, Dr A Xavier Jayakumar.

Kumpulan itu mula berkumpul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Jumaat sebelum berarak 500 meter ke Bangunan SUK sambil membawa sepanduk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.

Selepas beberapa pemimpin kumpulan itu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, selain menyerahkan memorandum bantahan berkenaan, kumpulan berkenaan bersurai secara aman kira-kira sejam kemudian.

Musa menasihatkan semua pihak termasuk parti politik tidak mensensasikan isu itu sehingga mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

“Jangan ada pihak berani mencetuskan ketegangan kaum dan mengeruhkan keadaan sedia ada. Kita harap isu ini ditangani dengan baik dan jangan dibiarkan berlarutan.

“Kita percaya insiden ini tidak akan berlaku jika kerajaan negeri segera menyelesaikannya, bukan asyik menyalahkan orang lain,

3 ulasan:

  1. awak ni bodoh macam merakalah, pakailah otak, bahkan nyalakan lilin dan pakai baju hitam terus masuk lokap.
    selamat berpuasa dan selamat menyambut hari merdeka.

    BalasPadam
  2. mana awak letak kpl lembu ,awak tarak sebut pon
    awak sudak gulaike? awak nak tipu ke, awak buat
    ringan2 saja sensetiviti orang2 india ke? gaduh
    punya cerita ,bukan pasal demo . pasal kepala
    lembu. orang bagi makan kat orang2 miskin,korarang bawa arak, korang patut di humban kedlm laut.

    BalasPadam
  3. KALAU PIHAK LAIN DARI BN ,SUDAH TENTU FRU DATANG...

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA