Halaman

Khamis, 29 Oktober 2009

ANWAR NIZAR PELIWAT TEGAR:ANWAR PERLU JELASKAN APAKAH RAHSIA BESAR NYA?

Rakyat sebenarnya tertanya tanya apakah rahsia sebenar yang dirahsiakan oleh Anwar Ibrahim selama ini.Bagi rakyat,semua mahu tahu dan amat wajar sekali Anwar perjelaskan apakah rahsianya yang sering diperkatakan oleh rakan rakan nya dahulu dan tidak terlepas juga dimana bekas PM Tun Mahathir juga telah mendakwa Hadi dan beberapa pemimpin Pas turut mengetahui rahsia Anwar itu tetapi tidak mendedahkannya demi kepentingan politik pembangkang.

Semua rakyat tertunggu tunggu apakah rahsia besar yang disimpan dari pengetahuan rakyat kerana sebagai pemimpin rakyat mahu tahu apakah rahsia yang diperkatakan selama ini berkait rapat baik dari moral, kekayaan, peribadi ataupun rahsia perjalanan politik Anwar sendiri.

Adalah sebaiknya Anwar atau yang mengetahui apakah yang dikatakan rahsia besar itu memperjelaskannya pada rakyat jelata kerana rakyat harus tahu apakah rahsia itu berkait rapat dengan sifat Anwar yang sudah diketahui oleh rakyat selama ini.

Begitu juga dengan Azmin Ali yang mana ramai mengetahuinya dimana Azmin mendapat keistimewaan dari Anwar dan Azizah dimana seakan akan Azmin cuba menutup rahsia Anwar dan kerana itulah kemungkinan Azmin mendapat keistimewaan dari Anwar yang tidak dapat dirasai oleh pemimpin PKR yang lain.

Contoh yang paling ketara adalah dalam soal pengumuman rombakan kepimpinan PKR negeri kelmarin, lapan negeri menerima ketua yang baru termasuk Sabah yang sebelum ini diterajui Azmin.Bagaimanapun, Azmin dilantik pula sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menggantikan seorang lagi pemimpin utama parti itu,Khalid Ibrahim.Perkembangan terbaru dalam PKR itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana sesiapa yang pernah berada dalam lingkungan Anwar pastinya tahu tentang kedudukan Azmin kepada Penasihat PKR itu.Perkara ini pernah mendapat perhatian rakan rakan Anwar yang merasakan Azmin pasti dalam apa hal sekalipun mendapat perhatian istimewa Anwar.

Perasaan ini bukan sahaja disedari oleh rakan rakan karibnya tetapi semua yang pernah berada dalam lingkungan Anwar khususnya bekas setiausaha politik beliau yang merasakan kelebihan Azmin dimata Anwar Ibrahim.Malah ini pernah disebut dalam akuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid (bekas Penolong Gabenor Bank Negara) bagaimana isteri Azmin turut menikmati kelebihan oleh Anwar yang jadi Menteri Kewangan ketika itu.Malah soal itu pernah menjadi isu di kalangan orang politik semasa Anwar dalam kerajaan lagi dan ia amat sukar sekali untuk pegawai beliau jelaskan tentang kewujudan perhatian istimewa ini.

Ramai yang percaya yang hakikat ini sebenarnya disedari isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail namun atas keinginan tertentu maka ia disenyapkan.Banyak gurauan dibuat tentang hal ini di kalangan orang yang berada dalam lingkungan Anwar.

SEBAIK BAIKNYA ANWAR SENDIRI HARUS PERJELASKAN SEMUA RAHSIA INI PADA RAKYAT ATAU RAKAN RAKAN ANWAR DAHULU PERLU JUGA JELASKAN APAKAH RAHSIA YANG DIPERKATAKAN SELAMA INI...APAKAH IA BERKAIT RAPAT DENGAN TINGKAH LAKU ANWAR SENDIRI ATAU APAKAH INI TENTANG PERJALANAN POLITIK ANWAR ATAU APAKAH INI TENTANG KEHIDUPAN PERIBADI ANWAR YANG KITA RAKYAT TIDAK KETAHUINYA.....KITA FIKIR FIKIRKAN LAH.....

1 ulasan:

  1. semua orang dah tau pasai anwar ni. cube tanya ustaz taib azamudin. ape yang azizan bag tau pada die pasai anwar.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA