tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 30 April 2009

UMNO PAS:UMNO SOKONG PAS ANDAI UMNO TARIK DIRI

Apakah motif Pas Pulau Pinang untuk meletak calon mereka untuk bertanding walaupun Pkr sudah menamakan calon mereka.Apakah Dalam keadaan Pkr memerlukan sokongan Pas mengambil peluang untuk menuntut jawatan dan kedudukan agar Pas kelihatan kuat dipulau Pinang.Semua rakyat tahu kedudukan Pas yang hidup segan , mati tak mahu dalam Dun Pulau Pinang.Selama ini jelas Anwar telah menindas Pas Pulau Pinang kerana Anwar menganggap Pas hanya Parti tumpangan Sahaja kerana dengan kedudukan satu kerusi sudah tentu Pas ibarat menyalak bukit sekiranya Pas menyuarakan tuntutan mereka.

Apakah Pakatan di Pulau Pinang hanya kerajaan yang hanya cantik diluar dan berulat didalam.Dari apa yang disuarakan oleh Pas Permatang Pauh yang berkeras mahu meletakan calonnya ,apakah ini satu strategi pakatan untuk melemahkan Umno agar terikut rentak Pas.

Umno yang memutuskan hari ini sama ada ingin bertanding atau sebaliknya telah ditangguh sehingga Isnin depan. Mesyuarat itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga naib presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Antara perkara yang dijangka dibincang pada mesyuarat itu ialah keputusan Umno sama ada akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei ini.

Diharapka Umno akan membuat satu keputusan yang baik kerana tidak semua menolak Umno dan tidak semua bencikan Umno....Umno harus memikirkan nasib orang orang melayu Permatang Pauh dan Orang melayu Pulau Pinang yang mengharapkan Umno berjuang untuk menawan Dun Penanti.Ini telah dapat di buktikan selama Pakatan menjaga Dun Penanti Pakatan gagal untuk membangunkan nya.

ANDAI KATA UMNO MENARIK DIRI DARI BERTANDING APAKAH UMNO AKAN MEMBERIKAN SOKONGAN PADA PAS....TAPI SEKIRANYA UMNO BERTANDING DAN MENENTANG PKR APAKAH PAS AKAN MENYOKONG UMNO DEMI PERPADUAN ORANG MELAYU.....KITA RENUNG RENUNG KAN LAH.....LU PIKIR LA SENDIRI....

UMNO PAS:NIK ABDUH DEDAH PERKARA SEBENAR SIAPA PEMBANTU PEMBANTU BAPANYA

APABILA Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dalam satu temu ramah dengan sebuah portal berita pada Mac lalu, pelbagai reaksi diterimanya.

Usaha Abdul Hadi itu difahamkan mendapat sokongan sepenuhnya daripada golongan ulama dan ahli agama dalam Pas kerana mereka yakin langkah berkenaan mampu membela Islam daripada terus dipermainkan oleh pihak tertentu.

Mereka juga percaya melalui kerajaan perpaduan langkah untuk meletakkan Islam pada kedudukan sebenar akan terlaksana.

Dalam pada itu, cadangan tersebut turut mendapat reaksi positif daripada beberapa pemimpin utama UMNO. Mereka berpendapat, usaha itu akan memberi satu dimensi serta impak baru kepada politik Melayu dan politik Islam di negara ini.

Bagaimanapun, cadangan berkenaan ditolak oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana beliau tidak mahu mengulangi sejarah pembentukan kerajaan campuran antara parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) dengan Pas yang tidak dapat bertahan lama.

Rupa-rupanya keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz itu ada kena mengena dengan peranan yang dimainkan oleh pembantu-pembantu yang berada di sekelilingnya.

Pendedahan itu dibuat oleh anak Nik Abdul Aziz sendiri iaitu Nik Abduh di dalam laman blognya bahawa pembantu-pembantu bapanya telah 'salah lapor' mengenai kerajaan perpaduan.

Tujuannya satu iaitu mahu melaga-lagakan antara Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang, dua pemimpin paling berpengaruh dalam Pas.

Apa tujuan sebenar Nik Abduh mendedahkan perkara ini hanya Allah sahaja maha mengetahui. Tetapi banyak pihak yakin hati beliau ikhlas untuk menyelamatkan Pas daripada menjadi mangsa kepada pembantu-pembantu bapanya yang terlalu pentingkan diri sendiri.

Dengan kebijaksanaan Nik Abduh yang membicarakan soal kerajaan perpaduan berdasarkan kisah Nabi Yusuf yang pernah diangkat oleh Raja Mesir menjadi salah seorang menterinya, ia membuka ruang kepada Mursyidul Am Pas itu untuk melihat cadangan tersebut dalam konteks syiar Islam.

Seperti mana, kata Nik Abduh, bapanya merupakan seorang individu yang hidup dengan hujah dan sudah tentu segala tindak-tanduk dalam kehidupan sehariannya berpandukan kepada hujah serta dalil.

Syukur, Nik Abdul Aziz menjawab dengan spontan mengenai kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Abdul Hadi. Tetapi ada syarat iaitu BN memberi jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Walaupun ada syarat untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, tetapi penerimaan awal Nik Abdul Aziz itu boleh dianggap positif dan UMNO harus menerima reaksi terbaru Menteri Besar Kelantan itu dengan perasaan terbuka.

Mengenai pembantu yang selama ini mempengaruhi Nik Abdul Aziz, difahamkan mereka terdiri daripada penyokong-penyokong kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai kumpulan Erdogan.

Yang menarik perhatian kini ialah, serangan 'berterus-terang dan panas' Nik Abduh ini telah membuka semula perdebatan mengenai perlunya kerajaan perpaduan.

Mungkin dengan 'persetujuan' Nik Abdul Aziz ini, Abdul Hadi akan membuka semula pintu rundingan yang ditutupnya sebelum ini berikutan 'salah pengertian' daripada ahli-ahli Pas.

Selain mendedahkan politiking, lobi melobi kuasa dan pengaruh dalam Pas, tulisan Nik Abduh itu juga memperlihatkan sikap sebenar Nik Abdul Aziz dalam isu tersebut.

Diharapkan seperti impian banyak pihak, kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi ini akhirnya akan menjadi kenyataan pada satu hari nanti.

UMNO:PEMUDA UMNO UMUM KETUA PEMUDA NEGERI

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri dan Ahli Jawatankuasa tambahan susulan pemilihan sayap itu hujung bulan lalu.

Setiausa pergerakan itu, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid dalam kenyataan medianya berharap melalui lantikan tersebut, akan dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli Pemuda Umno dari segenap lapisan masyarakat.

"Diharapkan juga dengan pelantikan ini, mereka akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha bagi mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada Umno dan BN (Barisan Nasional) menjadi kenyataan," katanya.

Berikut adalah senarai EXCO Lantikan Pemuda Umno Malaysia

Anis Hisham Abdul Aziz, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor

Abdul Razak Abd Rahman, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Melaka

Khairul Azwan Dato’ Harun, Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak

Badrol Hisham Haji Zakaria, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu

Mohd Faizal Hj. Ramli, Ketua Pemuda Umno Bahagian Teluk Kemang

Berikut adalah senarai Ketua Pemuda Umno Negeri-negeri

Ketua Pemuda Umno Negeri Perlis

Mohsin Mohd Yusoff, Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Besar

Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah

Badrol Hisham Hashim, Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Terap

Ketua Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang

Norman Zahalan, Ketua Pemuda Umno Bahagian Bayan Baru

Ketua Pemuda Umno Negeri Perak

Maslin Sham Razman, Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Kangsar

Ketua Pemuda Umno Selangor

Suhaimi Mohd Ghazali, Ketua Pemuda Umno Bbahagian Sepang

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan

Rizalman Dato’ Mokhtar, Ketua Pemuda Umno Bahagian Bandar Tun Razak

Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan

Mohd Helmy Din, Ketua Pemuda Umno Bahagian Rasah

Ketua Pemuda Umno Melaka

Karim Yaacob, Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Katil

Ketua Pemuda Umno Johor

Mohd Fadil Muskon, Ketua Pemuda Umno Bahagian Air Hitam

Ketua Pemuda Umno Pahang

Abu Jimi Samat, Ketua Pemuda Umno Bahagian Lipis

Ketua Pemuda Umno Terengganu

Saiful Bahri Baharuddin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang

Ketua Pemuda Umno Kelantan

Anuar Safian, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kubang Kerian

Ketua Pemuda Umno Sabah

Azman Hj Ruslan, Ketua Pemuda Umno Bahagian Keningau

UMNO PAS:KERAJAAN PERPADUAN:MANA PERGI PEJUANG PEJUANG PAS

Kritikan pedas anak mursyidul am PAS terhadap terhadap pembantu bapanya Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu kerajaan perpaduan kini bukan lagi pandangan peribadi tetapi mewakili sentimen satu aliran tertentu.

nik mohd abduh nik azizSelain mempertahankan pandangan Nik Abduh Nik Aziz, timbalan ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan turut mengingatkan mereka yang termakan cili supaya "usahlah rasa resah dan panas tidak semena-mena".

"Pendedahan atau penjelasan ustaz Nik Abduh bukan untuk saudara. Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya. Jika benar (dakwaannya), ertinya beliau telah menegakkan yang hak. Dan Allah tahu ganjaran apa untuk beliau.

"Demikianlah sebaliknya, jika beliau salah dan sengaja mereka-reka cerita dan (membuat) dakwaan, maka Allah pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah tulisan beliau.

"Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya," coretnya, yang disebut-sebut berminat mengetuai Dewan Pemuda PAS, dalam blog Episod Sebuah Perjuangan kelmarin.

nasrudin hassanMinggu lepas, exco Pemuda itu menghentam pembantu bapanya yang didakwanya mendorong Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Awang.

Dalam artikel yang sama, Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu Nik Aziz sebagai "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup', lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga".

Mengulas lanjut, Nasrudin menyifatkan tulisan Nik Abduh sebagai reaksi yang "mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan presiden PAS."

Usaha melaga-lagakan itu, tambahnya, antaranya boleh ditemui dalam komentar pelbagai pihak di internet.

"Kalau saudara melayari blog dan laman web (tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya laman web terbabit), nescaya saudara akan ketemui unsur-unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua-dua tok guru ini bukanlah ayah saya.

"Kalau mereka ayah saya, rasanya mungkin saya akan 'mengamuk' lebih hebat dari ustaz Nik Abduh," coretnya.

PAS sejak tahun lalu berdepan pergeseran terbuka para pemimpin atasannya - termasuk antara Nik Aziz dan Abdul Hadi - berhubung beberapa isu penting, antaranya muzakarah dengan Umno dan kerajaan perpaduan dengan BN.

Pergeseran ini memunculkan istilah "kumpulan Erdogan" yang menentang usaha muzakarah dan kerajaan perpaduan dan satu aliran lagi yang pro-Abdul Hadi, yang mendukung kedua-dua idea tersebut.

Berhubung isu kerajaan perpaduan dan muqabalah PAS dengan BN, Nasrudin berkata isu itu sering timbul walaupun "tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN".

Beliau berkata, "sentimen bahawa tok guru mursyidul am (Nik Aziz) murka kepada tok guru presiden (Abdul Hadi)" bertujuan "melaga-lagakan" dua pemimpin utama dalam PAS itu.

"Seolah-olah mereka (pihak yang ingin melagakan) sengaja buat tidak faham. Makin dinafi, makin kuat fitnah mengatakan tok guru (Abdul Hadi) nak bawa PAS masuk BN," katanya.

Sementara itu, sebagai reaksi terhadap tulisan Nik Abduh pada 24 April lalu, Dewan Ulama PAS pula menggesa anggota-anggota parti itu tidak menjadikan blog sebagai medan mendedahkan keburukan orang lain.

Ketuanya Mohamed Daud berkata, tindakan itu dikhuatiri memberikan kesan negatif serta "memberi ruang kepada musuh mempermainkan isu terbabit", lapor media rasmi parti Harakahdaily.net hari ini.

Berhubung isu kerajaan perpaduan PAS dengan BN, Mohamed berkata, dewan itu tiada masalah menyokongnya "sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam."

Bagaimanapun, beliau menolak tindakan mengeluarkan kenyataan terbuka berhubung itu kerana ia hanya akan diputuskan dalam muktamar parti itu, Jun nanti

MANA PEJUANG PEJUANG PAS YANG SELAMA INI LANTANG BERSUARA .APAKAH APA YANG DIDEDAHKAN OLEH NIK ABDUH ADA KEBENARANNYA DAN MEMBUAT SEMUA NYA TERASA BERSALAH....KITA RENUNG RENUNG KAN LAH APA YANG DIDEDAHKAN OLEH NIK ANDUH....RUPA RUPANYA PAS JUGA BERDENDAM ANTARA SATU SAMA LAIN......LU PIKIR LA SENDIRI

UMNO PAS:MCA SOKONG BINA MASJID,PAS SOKONG DAP MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM

MCA sokong bina masjid reka bentuk Cina

AKHBAR Sin Chew Jit Poh pada hari Ahad 26.4.2009 menyiarkan laporan mengenai kesudian MCA untuk memberi bantuan modal terhadap cadangan Persatuan Cina Muslim Malaysia bagi pembinaan masjid dengan reka bentuk seni Cina yang boleh menonjolkan keunikan kebudayaan bangsa itu.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat menyatakan perkara ini selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Persatuan Cina Muslim Malaysia. Beliau menjelaskan MCA sedia memberi peruntukan kewangan agar cita-cita ini tercapai.

Pada masa yang sama, Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Datuk Mustafa Ma berkata, sebenarnya cadangan tersebut telah dikemukakan sejak 14 tahun dahulu. Pada tahun lepas baharu ia mendapat sokongan penuh daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk membina masjid reka bentuk Cina ini di Selayang dan kos pembinaannya mencecah RM15 juta melalui konsep 50 peratus daripada derma orang ramai dan 50 peratus peruntukan kerajaan. Berita ini agak mengejutkan ramai masyarakat Cina Muslim di negara ini kerana sejak dahulu mereka dipandang sepi semata-mata memeluk agama Islam.

TAPI LAIN PULAK DENGAN SI NIZAR...BELIAU MENAFIKAN YANG PAS PERNAH MENYATAKAN PENDIRIAN UNTUK MENEGAKAN NEGARA ISLAM.....NIZAR SANGGUP GADAI ISLAM HANYA BERKEHENDAKAN SOKONGAN DAP.....KERANA KUASA PAS DAN NIZAR AKAN BUAT APA SAHAJA UNTUK MENGEKALKAN KUASA....KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI....

DUN PENANTI:KALAH MENANG PUN TAK TAHU ANWAR DAH SOGOK RAKYAT

GEORGE TOWN: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman, akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I jika memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti bulan depan.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebentar tadi.

Semalam Guan Eng memberitahu, Exco kerajaan negeri Pulau Pinang belum membuat keputusan berhubung hasrat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu Mansor mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri I.

Bagaimanapun katanya, pada dasarnya beliau tiada bantahan berhubung cadangan itu bagaimanapun perbincangan bersama exconya perlu diadakan terlebih dahulu.

"Berilah peluang untuk kami berbincang dahulu dan saya berjanji esok akan umumkan keputusan berhubung isu itu," katanya.

Jawatan itu telah dikosongkan oleh penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin pada 8 April lepas kerana mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pascaijazah.

Mansor, 56, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti 31 Mei ini, kelmarin.

ANWAR SEKALI LAGI MENABUR GULA GULA PADA PENGUNDI AGAR MEMILIH CALONNYA.KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI.

PAS PULAU PINANG MEMBERONTAK DI DUN PENANTI:TAK PUAS HATI DENGAN ANWAR

Macam ada yang tak kena antara Pas dan Pkr di Pulau Pinang.Kerana hanya mempunyai satu kerusi diDun Pulau Pinang ,Anwar menganggap Pas pulau Pinang tidak boleh berbuat apa apa dan kerana itulah Anwar hanya pandang sebelah mata pada Pas Pulau Pinang.

Pas Pulau Pinang sudah sejak dari pru12 memendam rasa kerana sering dipermainkan oleh Anwar dengan berbagai janji terutama dengan janji 16 september.
Akhirnya, walaupun Anwar menang tetapi cerita mahu menawan Putrajaya dari pintu belakang dengan harapan ada 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat terus jadi kisah lawak . Sejauh mana mereka serius tidak mahu membantu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman yang sudah diumumkan sebagai calon pilihanraya kecil itu masih jadi tanda tanya.

PAS dikatakan menganggap kerusi tersebut sebagai kubu kuat parti itu walaupun pada pilihan raya umum lalu ia ditandingi oleh wakil PKR.Pemimpin-pemimpin PAS negeri itu mahu PKR memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Penanti bulan depan.Ketua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan memberitahu, parti tersebut mahu bertanding di kerusi tersebut kerana pengundi di bahagian itu sudah tiada keyakinan terhadap PKR. Penyokong akar umbi mahu perubahan. Kami akan menunggu dan lihat sama ada permintaan kami akan dipenuhi atau tidak oleh Pas Pusat.

Terdahulu, Ketua Pemuda PAS, Mohd. Hafiz Mohd Nordin berkata, satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.Ini adalah permintaan akar umbi yang mahukan PAS mengambil balik kawasan itu, Pemuda sendiri telah mempunyai calon yang sesuai

Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Ali telah mengizinkan sekiranya ada cadangan untuk meletakkan calon parti itu pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan.Sebagaimana yang dirasakan Pas Selangor yang terpinggir oleh Pkr ,Pas Pulau Pinang lebih tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam kerajaan negeri.

Mengikut cakap-cakap yang berlegar bunyinya macam hubungan PAS dengan PKR dan DAP di negeri itu sudah meruncing, kusut dan sukar dibendung dan PAS Pulau Pinang, tiada sebarang hubungan atau kerjasama berlaku antara mereka dengan PKR mahupun DAP selepas pilihanraya umum lalu.Menyedari PAS seperti melukut tepi gantang, maka tidak hairanlah jika kali ini PAS Pulau Pinang menuntut mereka dibenarkan bertanding di Penanti.

Sebabnya, parti itu bersama-sama bertungkus lumus bekerja dan memenangkan calon PKR dan DAP dalam pilihanraya itu tetapi setelah menang, PAS dinafikan hak dan sumbangan mereka dalam kerajaan negeri., Anwar kena ingat kemenangannya di Permatang Pauh banyak dibantu oleh ahli-ahli PAS yang ramai di DUN Permatang Pasir dan Penanti.Sebagai membantah tiada pemimpin PAS yang hadir ketika Anwar mengumumkan Dr Mansor sebagai calon PKR yang akan bertanding dalam majlisnya.

Walaupun pada akhirnya PAS Pusat dijangka akan akur dengan membenarkan calon PKR bertanding tetapi ianya pasti akan menjadi bengkak yang terus bernanah dikalangan PAS Pulau Pinang dengan rakan parti campuran itu.Anwar pastinya tidak mahu mengorbankan kerusi Penanti kepada PAS kerana antara skrip kempen pilihanraya di Penanti nanti adalah ‘jika Dr Mansor menang dia akan jadi Timbalan Ketua Menteri 1.

Pada Pas Pulau Pinang kalau orang dah tak sudi apa lagi yang ditunggu....Keluar saja dari Pakatan Pulau Pinang .Ada Pas pun tak membawa apa apa perubahan,apa tah lagi kalau Pas keluar...lagi senang hati Anwar kerana tiada duri dalam daging dalam pemerintahan Pakatan di Pulau Pinang.

Baru Pas tahu siapa Anwar sebenarnya....Umno dah lama tahu agenda Anwar...kerana itu lah Umno menyingkir Anwar.PADA PAS PULAU PINANG ,KALAU TAK PUAS HATI BERTANDING SAHAJA DI PENANTI....BARU DIKATA ANANK JANTAN....

KITA RENUNG RENUNG KAN LAH......LU PIKIR LA SENDIRI....MMMM

ZAMBRY NIZAR:ZAMBRY KATA DUN PERAK PERLU BERSIDANG NIZAR KENA IKUT

IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu bersidang pada 7 Mei ini walaupun kes semakan kehakiman mengenai siapa Menteri Besar yang sah yang difailkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih belum diputuskan mahkamah.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ini kerana kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak adalah sah selagi mahkamah tidak membuat apaapa keputusan berkenaan pelantikan beliau ke jawatan itu.

"Tuan Yang Dipertua Dewan mesti mengiktiraf dan menghormati pelantikan kami sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mengulas saranan Mohammad Nizar semalam agar persidangan DUN 7 Mei ini ditangguhkan sehingga pertikaian siapa Menteri Besar Perak yang sah diselesaikan di Mahkamah Tinggi, Zambry berkata kuasa untuk menentukan tarikh persidangan DUN terletak di tangan Sultan Perak.

"Sebagai Menteri Besar, kita memberi pandangan dan kuasa yang terakhir untuk menentukan bila tarikh persidangan dewan diadakan ialah Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Sultan yang menentukan tarikh itu (7 Mei)," katanya.

Sementara itu, Zambry berkata beliau menerima dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam yang menolak notis usul yang difailkan beliau di bawah Fasal 63 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff memutuskan bahawa pertikaian antara Zambry dan Mohammad Nizar mengenai siapa Menteri Besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Zambry berkata beliau sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan mahkamah walaupun keputusan-keputusan yang dibuat tidak menyebelahinya.

Beliau berkata ini berbeza dengan pemimpin pakatan pembangkang yang hanya memuji dan menyokong keputusan mahkamah yang menyebelahi mereka tetapi menggunakan pelbagai alasan untuk menolak keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi mereka.

Zambry berkata, tindakannya memfailkan notis usul berkenaan adalah untuk mendapatkan penyelesaian muktamad bagi menentukan kesahihan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar yang telah dicabar oleh Mohammad Nizar.

"Tindakan itu adalah demi kebaikan dan kepentingan rakyat Perak seluruhnya dan bukan mencari jalan pintas seperti yang didakwa sesetengah pihak," katanya.

Zambry sebelum ini telah mengemukakan permohonan untuk merujuk tiga persoalan undang-undang berkenaan dengan interpretasi FasalFasal 16(2) dan 16(6) menurut Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Dalam notis usul itu, Zambry berkata sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Februari 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak

UMNO PAS:MEMANG WAJAR DILUCUT JAWATAN SIVAKUMAR,MENYUSAHKAN KERAJAAN DAN RAKYAT

Memang wajar Siva dilucutkan jawatannya kerana denga tingkah lakunya yang membuat sesuatu keputusan mengikut selera hati nya telah banyak menyusahkan kerajaan dan rakyat.Sudah la kurang ajar dengan Sultan dengan tidak mengikut undang undang dengan mengadakan sidang bawah pokok.Jadi satu kewajaran Siva disingkirkan


Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

zambry abdul kadirUsul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

SEKIRANYA USUL INI MENDAPAT KELULUSAN DEWAN ,INI AKAN MEMUDAHKAN KERJA BN YANG BANYAK TERTANGGUH ANGKARA SPEAKER YANG MEMBUAT SATU SATU KEPUTUSAN MENGIKUT SELERA HATI SENDIRI. jADI ADALAH WAJAR SPEAKER BARU DICARI DAN DILANTIK...KITA RENUNG RENUNG KAN LAH APA KERJA SIVA SELAMA INI......LU PIKIR LA SENDIRI....

UMNO PAS:PAS LAWAN PAS DI DUN PENANTI

Tidak sampai 24 jam selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calonnya Mansor Othman, Pemuda PAS Pulau Pinang dilihat memberi kata dua - mahu meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.

PAS dikatakan menganggap kerusi tersebut sebagai kubu kuat parti itu walaupun pada pilihan raya umum lalu ia ditandingi oleh wakil PKR.

Difahamkan PAS Permatang Pauh mengambil langkah mahu 'memulau' pilihan raya kecil Penanti ekoran rasa tidak puas hati PKR bertanding.

Ketua Pemuda PAS, Mohd. Hafiz Mohd Nordin berkata, satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

"Ini adalah permintaan akar umbi yang mahukan PAS mengambil balik kawasan itu, Pemuda sendiri telah mempunyai calon yang sesuai," kata beliau dipetik Bernama.

Semalam, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56, telah dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti bulan depan.

Kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya, yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.

Mohd. Hafiz berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan yang dibuat antara PAS dengan Penasihat PKR itu berhubung calon Pemuda PAS yang turut akan bertanding di DUN Penanti.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lainlain bangsa.

KOMEN PAS PUSAT

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mStar Online pula berkata, pihaknya tidak akan meletakkan calon di Penanti kali ini.

"PAS tidak akan meletakkan calon," kata beliau sambil menambah, apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah masalah dalaman parti.

"Kita akan dapatkan laporan tentang masalah di Pulau Pinang... kita perlu pergi ke lapangan dan dengar rungutan mereka," kata beliau lagi.

Mustafa menjelaskan, apa yang pasti, berdasarkan persefahaman yang telah wujud dalam Pakatan Rakyat, PKR yang akan meletakkan calonnya dan PAS akan menyokong.

"Kami akan menghormati persefahaman yang telah dicapai oleh Pakatan, parti yang pernah bertanding (dalam pilihan raya umum) akan meletakkan calon masing-masing dalam pilihan raya kecil.

"Apa-apa perubahan (tukar kawasan dan bolehkan parti lain bertanding) hanya akan dibuat ketika pilihan raya umum akan datang," tambah beliau. Ahad lalu, Mustafa juga ada menegaskan bahawa PAS akan memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di Penanti pada pilihan raya kecil yang diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kelmarin.

Jelasnya, parti itu menghormati hak PKR untuk meletakkan calon mereka untuk mempertahankan kerusi DUN berkenaan.

"Kita (PAS) tidak bercadang untuk bertanding di Penanti walaupun itu kubu kuat PAS. Kita hormati hak mereka (PKR).

"Setahu saya setakat ini PAS juga tidak ada perbicangan mengenainya (bertanding di Penanti)," katanya.

Beliau turut menafikan khabar angin yang mengatakan parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding di kerusi DUN Penanti.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali mengizinkan sekiranya ada cadangan untuk meletakkan calon parti itu pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, dari PKR pada 16 April lalu dengan alasan untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

BAGI SAYA PAS NEGERI PERLU TEGAS DENGAN PAS PUSAT.INGAT PERJUANGAN PAS...PAS UNTUK SEMUA ..JADI TAK SALAH UNTUK PAS PERMATANG PAUH INGIN MELETAK CALON ...YANG PENTING KEHENDAK AKAR UMBI PERLU DIUTAMAKAN....RENUNG RENUNG KAN LAH...LU PIKIR LA SENDIRI.....

Rabu, 29 April 2009

UMNO PAS:RAHSIA PAS MAKIN TERBONGKAR

Nik Abduh - anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat - menjadi sasaran kritikan keras dua pemimpin yang dikaitkan dengan "Kumpulan Erdogan" selepas menghentam pembantu bapanya dalam isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

abdul khalid samadAhli jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad menyifatkan "tuduhan secara borong" Nik Abduh itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "kurang matang" dan "mengundang fitnah".

"Tuduhan semberono macam ini bagi saya tidak bertanggungjawab dan mengundang fitnah. Hasil daripada tuduhan ini, akan wujud suasana syak-wasangka dan saling tuduh-menuduh di antara pembantu-pembantu yang entah mana satu," coretnya dalam blognya hari ini.

Sebelum ini, Nik Abduh menghentam pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Abdul Hadi.

nik mohd abduh nik azizDalam blognya sebelum ini, Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu bapanya sebagai "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup', lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga".

Mengulas lanjut, Khalid menasihatkan budaya "menggunakan istilah menghina terhadap sahabat seperjuangan" dalam parti hendaklah dihentikan.

"Saya harap budaya ini ditamatkan. Dan sebagai pemimpin Pemuda peringkat nasional, Nik Abduh patut menunjukkan contoh yang baik.

'Sikap angkuh'

"Istilah-istilah seperti 'pejuang nafsu', 'ulama mi celup' dan sebagainya amat tidak sesuai digunakan. Ia menghina orang lain dan menzahirkan satu sikap yang terlalu angkuh," coretnya lagi.

Khalid juga berkata, dakwaan Nik Abduh bahawa bapanya "menerima muzakarah atau muqabalah, selepas bermatian menolaknya" sebagai "tidak tepat".

"TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) tak pernah menerima ‘muzakarah' dan itulah sebabnya mengapa akhirnya istilah yang diguna ditukar kepada ‘muqabalah'.

"Ulama 'mi celup' pun faham beza muzakarah dan muqabalah, takkan yang 'ulama mi goreng' tak faham? Yang mi goreng ini lama sikit berada dalam kuali," sindirnya.

Sementara itu, Exco Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim mendesak rakan sejawatannya itu mendedahkan nama pembantu Nik Aziz yang didakwanya cuba melaga-lagakan mursyidul am PAS itu dan Abdul Hadi berhubung isu tersebut.

Ini kerana, kata Abdullah, tindakan tidak menamakan identiti pembantu Nik Aziz secara terperinci, boleh mendorong berlaku pepecahan dalam parti.

"Untuk mengelak daripada berpecah-belah, tolong namakan segera.

'Tunjuk bukti'


"Jangan berselindung di sebalik tulisan. Namakan segera," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Untuk mengelak dan menyelesaikan perkara ini, tolong namakan dan tunjukkan bukti," tambahnya.

Tindakan Nik Abduh yang mendakwa pembantu-pembantu bapanya dengan tuduhan tersebut, adalah satu "tuduhan yang serius", tambahnya.

Ekoran itu, kata Abdullah, hal tersebut menyebabkan ahli dan pimpinan yang lain, tertanya-tanya siapakah pembantu bapanya yang dimaksudkan.

"Mereka tertanya-tanya. Adakah ia ditujukan kepada (setiausaha politik Nik Aziz) Anual Bakri Haron atau (Naib Presiden PAS) Datuk Husam Musa?

"Dia (Nik Abduh) tak sebut nama menyebabkan orang yang dituduh tak boleh bela diri.

"Mengikut prinsip Islam, orang yang menuduh kena tunjuk bukti. Ini tidak, dia buat tuduhan orang lain kena buktikan," kata Abdullah lagi.

KITA TUNGGU APA AKAN JADI DENGAN PAS.....KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI

UMNO PAS:ANWAR YANG DI SANJUNG PAS BERURUT DI THAILAND

nuar

Oleh SULAIMAN AKHLAKEN

Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.

Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!

Memang Anwar tidak berbogel, tetapi mengizinkan dirinya divideokan dalam keadaan baring sambil tersenyum kerana 'syok' diurut memang ternyata memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Apatah aksi tersebut boleh disaksikan berjuta rakyat negara Gajah Putih berkenaan!

Lebih memalukan, Anwar siap boleh tersengih-sengih depan kamera sambil memuji-muji jejaka si tukang urut tersebut kerana berjaya melakukan 'tugasnya' dengan begitu cemerlang, pergh!!!!

Dek kerana terlalu seronok diurut, Anwar terlupa yang dia sebenarnya telah 'mengotori' dirinya yang selama ini dianggap pemimpin Islam, pemimpin reformasi dan pemimpin masa depan rakyat Malaysia.

Ternyata banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin.

Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamads telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab.

Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks.

Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka.

Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.

Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti.

Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual.

Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

Penulis percaya tak lama lagi akan tersebarlah rakaman video ini, namun seperti biasa, Anwar yang cukup hebat dalam bab 'menepis dan menangkis' akan menggunakan segala kudrat dan keupayaannya untuk mengjustifikasi adegan urut tersebut.

Tak mengapalah, dia mungkin SELAMA ini boleh menipu rakyat tetapi percayalah rakyat tidak akan SELAMANYA ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini

Penulis berharap sangat janganlah Anwar menjadi Perdana Menteri kita suatu hari nanti.

Takut tak pasal-pasal industri rumah urut akan terhalal dengan sendirinya di bumi bertuah ini, takutnyeeeeeeee.

CUBA TENUNG GAMBAR DIATAS...ANWAR SENYUM DENGAN SIAPA?APA....PAS MASIH PERCAYA PADA ANWAR LAG?I.....PAS AKAN TERSUNGKUR DEK ANWAR.....KITA RENUNG RENUNGKAN LA.....LUN PIKIR LA SENDIRI

UMNO PAS:PAS LEBIH PENTING ANWAR DARI AHLI SENDIRI

Sekiranya Pas mengikhtiraf calon Pkr bermakna Pas telah mengkianati ahli ahli sendiri yang mana ahli ahli Pas permatang pauh mahu Pas sendiri meletakan calon untuk bertanding pada prk Penanti nanti.Apakah kepimpinan Pas tidak yakin dengan cadangan permatang pauh yang inginkan Pas sendiri meletakan calon.

HH kini tersepit antara kawan(Anwar) dan penyokong yang akan menyokong HH dalam pemilihan Pas nanti.Kalau HH memilih untuk menidakan cadangan Pas kawasan permatang Pauh bermakna HH akan kehilangan sokongan dari Permatang Pauh pada pemilihan Pas nanti.Dan sekiranya HH memilih menerima cadangan Pas Permatang bermakna HH akan terlepas Seorang rakan yang berjanji memberikan HH jawatan yang penting sekiranya Barisan Pakatan memenangi Pru 13 nanti.

Jadi HH perlu memikirkan semasak masaknya perkara ini.Pkr sendiri telah pun mengumumkan calonnya.Pas permatang pauh sebenarnya memang tidak berpuas hati dengan Pkr Permatang Pauh yang tidak telus dalam perletakan jawatan Fairus tempohari.Kerana tindak tanduk Anwar lah Pas kawasan ingin meletak calon sendiri.

Jadi sebagai membuktikan Pas kawasan Permatang Pauh teguh dengan keputusannya Pas kawasan telah membekukan segala jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta.Ini telah diakui oleh Yang Dipertuanya, Omar Hassan.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna, PAS kawasan itu tidak akan berkempen membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata:Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh.

PADA HH KENAPA PERLU IKUT SANGAT DENGAN KERENAH ANWAR,HH PERLU DENGAR PAS KAWASAN PERMATANG PAUH,MEREKA LEBIH FAHAM KERENAH ANWAR........RENUNG RENUNG KAN LAH...LU PIKIR LA SENDIRI...

DUN PENANTI:UMNO PUTUSKAN ESOK,PKR PENING PAS BEKU JENTERA PILIHANRAYA KERANA TIDAK PUAS HATI


Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengumumkan calonnya, Dr Mansor Othman akan menggalas cabaran parti itu pada pilihan raya kecil DUN Penanti yang dijadual 31 Mei depan, kalangan parti pembangkang lain nampaknya tidak akan membenarkan PKR selesa di DUN Penanti.

Ini ekoran perkembangan terbaru apabila parti asal yang sepatutnya dibubarkan untuk bergabung dengan PKR iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM) membuat keputusan untuk meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil tersebut. Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Khamis berkata, parti itu telah memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Penanti.



Sementara itu, PAS Kawasan Permatang Pauh, turut mendendangkan lagu lain berhubung soal pilihanraya kecil DUN Penanti. Sekalipun PAS merupakan sekutu rapat PKR dalam pakatan pembangkang, menurut sumber PAS kawasan itu, semasa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon parti itu di Yayasan Aman, Selasa malam, jawatankuasa PAS kawasan berkenaan telah mengadakan mesyuaratnya.

Keputusan mesyuarat tersebut ialah, PAS Kawasan Permatang Pauh mendesak pucuk pimpinan PAS Pusat meletakkan calon parti berkenaan untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.
Ikut sumber itu lagi, semasa Anwar umumkan calonnya, tiada seorang pun pemimpin PAS setempat yang hadir kerana mereka tetap mahukan PAS bertanding.

Dan sebagai membantah
PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta.Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.Dan
Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ.

Ditanya mengenai kemungkinan PAS kawasan itu dikenakan tindakan tatatertib oleh PAS pusat, beliau berkata: "Kita tak fikir lagi (mengenainya) kerana kita mengutamakan kehendak akar umbi.

NAMPAK GAYA PAS PERMATANG PAUH TIDAK AKAN MENYOKONG PKR...APA DAH JADI...KITA RENUNG RENUNG KAN LAH...LU PIKIR LA SENDIRI...

UMNO PAS:PEMIMPIN PAS BERCANGAH PENDAPAT BERHUBUNG KERAJAAN PERPADUAN.

Pas mengakui wujud percanggahan dalaman berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan BN.Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, terdapat sebahagian pemimpin dan ahli yang bersetuju dengan perkara itu dan sebilangan lagi sebaliknya.Ada pihak yang hendak masuk campur dalam penubuhkan kerajaan perpaduan,dan ada pihak yang tidak mahu ianya berlaku.

Perkara ini berbangkit bila blog anak Nik Aziz, Nik Abduh yang menyatakan wujud kerja-kerja bodoh' dalam Pas yang mahu melihat bapanya dan Abdul Hadi bergaduh satu sama lain.Usaha itu dakwa Nik Abduh berhubung kait dengan persoalan menubuhkan kerajaan perpaduan antara Pas dengan BN.

Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar bagaimanapun mahu Nik Aziz sendiri menjelaskan siapakah pembantu yang dikatakan mempengaruhi beliau dalam membuat keputusan berhubung isu kerajaan perpaduan.Siapa pembantu-pembantu yang dimaksudkan itu, harus diperjelaskan.

Bagi saya jelas bahawa dalam Pas sekarang sudah terbit perasaan mengandu domba untuk kepentingan diri sendiri dan kumpulan tertentu.Perkara kerajaan perpaduan ini sudah menjadi satu isu kerana rasanya ramai yang tidak setuju dengan cadangan HH.

RUPA RUPANYA DALAM PAS PUN ADA MUSUH DALAM SELIMUT...RENUNG RENUNGKAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI....

UMNO PAS:PEMUDA UMNO SEDIA MENGADAKAN PERBINCANGAN LEBIH LANJUT DENGAN PAS

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, pergerakan itu sendiri sedia mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan Pas bagi menjayakan kerjasama tersebut.

"Syarat kita, mereka perlu ikhlas dan jangan letakkan sebarang syarat, Pemuda sedia bertindak proaktif dan berbincang jika mereka jujur dan ikhlas.

''Pemuda juga sebenarnya gembira dengan situasi ini yang menunjukkan Pas telah sedar dan insaf," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Nik Abdul Aziz untuk menerima kerajaan perpaduan seperti dicadangkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan syarat BN memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

PENANTI:PKR LETAK CALON YANG SUDAH TIDAK DITERIMA RAKYAT

Menepati semua ramalan,PKR menamakan Dr Mansor Othman sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Penanti yang dijadual diadakan pada 31 Mei nanti.

Sendiri mengata orang sendiri buat itulah senda gurau politik yang terbit dari pemilihan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia yang berusia 58 tahun ini yang bakal diangkat jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang jika PKR menang pilihanraya kecil itu.

Ini kerana pembangkang sering menjadikan bahan jenaka tentang pemilihan beberapa orang pemimpin UMNO yang tewas dalam pilihanraya dan pemilihan parti masuk ke dalam kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini.

Dr Mansor bukan sekali tetapi tiga kali pernah tewas dalam pilihanraya iaitu pada tahun 1999 kawasan Parlimen Balik Pulau,2004 kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya dan 2008 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Betong.

Timbalan Pengerusi Pengerusi PKR Pulau Pinang ini diketahui umum sudah set untuk mengantikan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin yang ‘ kena main’ oleh orang dalam PKR sendiri hingga terpaksa letak jawatan.

Pengumuman Dr Mansor sebagai calon PKR dibuat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman di Penanti Selasa malam.

Dr Mansor pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar semasa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu.

Ada juga yang bertanya tidakkah ini satu bentuk neopotism yakni nak letak kawan-kawan juga pada jawatan penting sekalipun sudah tiga kali ditolak oleh rakyat ?

Namun ada juga yang berkata Anwar yang petah bicara dan berceramah itu pasti ada jawapan pada segalanya bila bab terkena batang hidung sendiri.

Persoalannya sekarang apakah Barisan Nasional nak menari atau tidak ikut rentak dan irama PKR di Penanti.

Memandangkan isu Fairus nak kena dakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia gara-gara aduan dibuat oleh orang PKR sendiri mengenai penyelewengan kuari terhadapnya sudah tidak ada kes makanya secara rasmi sebab musabab pilihanraya kecil ini diadakan hanyalah kerana bekas ADUN Penanti itu ‘hendak melanjutkan pelajaran’.

Dalam pada itu menurut sumber-sumber PKR para pemimpin atasan parti itu tidak ‘ mengalir air mata’ atau gundah gulana dengan kejatuhan Fairus itu.

Kebanyakan mereka dikatakan dapat baca riak pimpinan atasan yang nak ketepikan Fairus untuk digantikan dengan Dr Mansor.

Fairus yang sebelum ini bikin gempak dalam satu interbiu denghan sebuah akhbar berbahasa Cina kononnya nak dedah skandal dalam PKR dan kerajaan negeri... akhirnya lembik dan tampil tunjuk muka di majlis pengumuman calon di Yayasan Aman.

Setelah Datin Seri Wan Dr Azizah main suka-suka letak jawatan di Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dan kemudiannya V Arumugam,wakil rakyat PKRdi Bukit Selambau yang sehingga hari ini tidak diketahui sebab letak jawatan kini terdapat dua set pemilikan dalam BN samaada nak terus menari atau tidak ikut rentak PKR.

Di satu pihak merasa BN wajib bertanding khususnya untuk jaga maruah UMNO manakala di satu pihak lain mereka ianya hanya membazir waktu dan wang ringgit untuk melayan karenah PKR yang tidak sudah-sudah itu.

Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun melontarkan cadangan tentang kemungkinan BN tidak meletak calon.

Sebabnya ada jelas melihat pada karenah PKR sendiri hingga pilihanraya kecil ini perlu diadakan.

Pada ketika ramai sedang bertaruh samaada ya atau tidak…ada kalangan pemerhati politik yang kuat merasa BN tidak akan letak calon dalam pilihanraya kecil ini.

Mereka berpendapat indikasi ini dapat dirumuskan dari keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lalu yang menyerahkan kepada Biro Politik UMNO untuk membuat penentuan.

Biro berkenaan dianggotai oleh pimpinan paling kanan dalam parti.

Bagi mereka keputusan Majlis Tertinggi itu adalah penanda parti itu akan ambil satu pendirian serius dalam hal ini setelah mengambil kira segala implikasi.

Sebagai rekod belum pernah dalam sejarah UMNO ia tidak menyertai mana-mana pilihanraya kecil.

“Pilihanraya kecil adalah satu mainan biasa dalam bidang politik…tapi bila Biro Politik sendiri nak buat penentuan saya kira pastinya keputusan itu adalah sesuatu yang luar kebiasaan,”kata seorang pemerhati.

Apapun yang pasti PKR tidak akan akan menang free pilihanraya kecil ini.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan ( sebelum jadi PKR) Aminah Abdullah sudah istihar nak masuk sebagai calon bebas ‘demi untuk tegakan keadilan’.-


UMNO PAS:PEJUANG NAFSU MELAGA LAGAKAN KEPIMPINAN ULAMA PAS

Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan, tulisan beliau dalam blognya mengenai kerajaan perpaduan hanya untuk menyerang para pembantu bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kerana kata beliau, pembantu-pembantu itu memberikan gambaran salah kepada bapanya yang juga Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan untuk melagakan-lagakan kepimpinan ulama dalam parti itu.

Menurut Nik Abduh, bapanya mempunyai ramai pembantu tetapi apa yang dimaksudkannya ialah di kalangan mereka yang memberi nasihat dalam isu politik.

Nik Abduh menyifatkan pembantu-pembantu politik itu sebagai ‘pejuang nafsu’ yang cuba melaga-lagakan ulama dalam Pas terutama antara bapanya dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mereka (pembantu politik) mungkin berpuluh-puluh, mereka adalah benar dan betul kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.

“Pekerjaan bodoh hanyalah satu dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Kerja bodoh bukan menolak kerajaan perpaduan, kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud tidak benar, dengan tujuan yang tidak benar di sisi agama.

“Mereka ini pejuang nafsu, saya tidak mahu katakan nafsu politik atau wang tetapi apabila disebut nafsu ia bertentangan dengan agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisannya mengenai kesediaan Nik Abdul Aziz menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Abdul Hadi dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberi jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Dalam tulisannya, Nik Abduh menyifatkan para pembantu bapanya memberi gambaran salah tentang situasi berlaku demi meraih keuntungan peribadi sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.

Nik Abduh berkata, bapanya yang mengerjakan umrah telah menelefon dari Mekah dan memintanya memberi penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu bagi mengelakkan orang ramai terkeliru.

Katanya, biarpun ramai yang marah malah mengecamnya kerana tulisan tersebut, beliau terpaksa melakukannya kerana bimbang ‘pembantu-pembantu’ terbabit mengancam keutuhan parti tersebut yang dipimpin oleh ulama.

“Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan antara ulama. Inilah kerja bodoh! Saya maksudkan kerja seperti ini dan tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.

“Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua berasa tidak tenteram. Saya menyerang pada puncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya, anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan,” katanya.

Kata beliau, ungkapan perbualannya dengan bapanya mengenai kerajaan perpaduan yang ditulis dalam blog tersebut adalah untuk memberitahu umum jawapan sebenar bapanya mengenai perkara tersebut.

SIAPA PEMIMPIN YANG BERNAFSU ITU....RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI...........

Selasa, 28 April 2009

UMNO PAS:PAS YANG KELAM KABUT ,UMNO KEDAH TERIMA SHAFEI AFDAL SEBAGAI KETUA BARU

Tidak timbul Umno kedah menolak Shafie sebagai ketua perhubungan Umno negeri yang baru,Pas sebenarnya iri hati kerana Umno boleh menerima walaupun meletakan orang luar dari negeri sendiri sebagai ketua perhubungan negeri.Inilah sifat Pas yang HASAD dengan keluhuran pemimpin Umno untuk berjuang walau dimana dihantar untuk berkhidmat pada agama bangsa dan negara.

Hanya cuma satu sahaja iaitu mengembalikan kuasa pemerintahan kepada BN diKedah,Itulah azam Shafie dan pemimpin Umno Kedah.Shafie menganggap pelantikannya itu "hanyalah sebagai satu lagi tambahan untuk memperkuat dan mengukuhkan lagi Umno Kedah, dan bukan bermakna negeri ini tiada calon berkaliber untuk dilantik memegang jawatan itu".

Sebenarnya Pas sendiri dalam keadaan kelam kabut gara gara (Baca sini)

Kemenangan Shafie pada PAU lalu bukti yang Shafie diterima oleh semua perwakilan Umno.
Shafie berkata anggota Umno perlu bersatu mengukuhkan perpaduan dan pemimpin hendaklah bekerja kuat untuk berkhidmat pada masyarakat dan mengutamakan rakyat. Shafie Apdal menggariskan dua faktor sekiranya parti itu mahu menawan semula Kedah daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Shafie Kedah mempunyai kerajaan yang baik selama ditadbir kerajaan BN, cuma rakyat berharap untuk menikmati khidmat yang lebih baik.

UMNO KEDAH MENERIMA SHAFIE SEBAGAI PEMIMPIN UMNO DIPERINGKAT NEGERI.HANYA PAS YANG HASAD DENGAN KEKUKUHAN UMNO.sEBENARNYA PAS YANG KELAM KABUT


BACA DISINI

EKSLUSIF PERTEMUAN KAMI DENGAN PEMIMPIN TERTINGGI PAS

PAS SEBENARNYA SUDAH KEHABISAN ISU DAN DALAM KEADAAN KEADAAN KELAM KABUT GARA GARA PEMILIHAN PARTI PADA BULAN JUN NANTI.PAS SEKARANG SUDAH TERPECAH DUA DENGAN KUMPULAN ERDOGAN DAN KUMPULAN ULAMA.INI TAK TERMASUK LAGI KUMPULAN HH DAN NASARUDDIN YANG SEAKAN AKAN TERSINGKIR DALAM PEREBUTAN TIMBALAN PRESIDEN NANTI.PERGOLAKAN DALAM PAS LEBIH TERUK LAGI.INI BERIKUTAN PENDEDAHAN ANAK TGNA AZIZ SENDIRI.

UMNO PAS:SENGKETA NIK AZIZ ,HJ HADI :PAS TAK BOLEH TIPU SEMUA ORANG,

Ibarat memakai kain singkat,tutup dibawah tersembul diatas,tutup diatas ternampak yang dibawah...Inilah boleh diibaratkan pergolakan dalam Pas.Pas boleh menipu ahlinya tapi tidak boleh menipu rakyat yang sentiasa memerhati dari jauh.Pas boleh nafikan semua ini.

Kalau tiada wujud persengketaan atau konflik kepimpinan antara dua pemimpin tertinggi PAS, masakan TGNA membantah cadangan HH pada pembentukan kerajaan perpaduan.Tapi bila HH menarik semula cadangan kerajaan perpaduan dengan alasan kepimpinan umno telah berubah timbul pula yang mana TGNA setuju dengan kerajaan perpaduan walaupun dengan bersyarat.

Pas boleh tutup diatas tapi terdedah jua yang dibawah.Siapa antara HH dan TGNA yang menerajui Pas.TGNA kata beliaulah nakhoda Pas.Habis HH siapa pula.Memangla selama ini hanya gembar gembur sahaja tapi lama kelamaan akan menjadi nanah yang sukar untuk dibersihkan.

Dakwaan bahawa pembantu-pembantu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berusaha untuk melaga-lagakan menteri besar Kelantan itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerajaan perpaduan.Dakwaan tersebut dibuat oleh anak Nik Aziz sendiri - Nik Abduh yang juga timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan - dalam blognya Jumaat lalu.

Apa lagi yang Pas nak tutupi segalanya.Anak TGNA sendiri sudah membongkar segalanya yang memang wujud persengketaan antara HH dan TGNA.

Nik Abduh menulis: "Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!".

"Tetapi sekadar tafsiran, (mereka boleh jadi) orang-orang yang bersama Tok Guru (Nik Aziz) di Kelantan... orang di sekeliling Tok Guru dalam kerajaan (negeri)... exco dan pimpinan parti

Siapakah pembantu pembantu itu....soalan ini tak payah la saya jawab kerana ahli Pas mungkin tahu jawapan nya.

PADA PENYOKONG PAS RENUNG RENUNG KANLA.....LU PIKIR LA SENDIRI

UMNO PAS:APA LAGI YANG NIZAR NAK BUKTIKAN

Nizar nampak gaya masih lagi tidak dapat menerima hakikat yang jawatannya sebagai MB telah gugur dan terlucut bila Sultan Perak melantik Zambry sebagai MB Perak yang baru.Sifat tidak puas hati Nizar masih lagi membara walaupun sudah beberapa kali diterangkan.

Perkara ini masih tiada penghujungnya bila Nizar masih lagi memfailkan notis usul agar Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak tidak sah dan terbatal kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mohammad Nizar masih menyatakan dirinya Menteri Besar yang sah berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak kerana beliau yang bertindak menasihati Sultan.Bagi Nizar semua orang Termasuk Baginda Sultan harus menerima nasihat dari beliau sahaja .Dan orang lain tak layak nak menasihati beliau termasuklah Baginda Sultan Perak.Sikap Nizar itu menggambarkan beliau seorang pemimpin Islam yang benar-benar sombong dan angkuh.

Nizar berada di istana ketika baginda bertitah supaya dicari titik pertemuan antara parti-parti politik berbeza, tetapi selepas itu beliau boleh mengeluarkan kenyataan tidak akan bekerjasama dengan UMNO.Tindakannya itu menunjukkan beliau bukan sahaja membelakangkan nasihat Sultan tetapi juga seorang pemimpin Islam yang angkuh dan sombong serta sanggup melihat kehancuran bangsa sendiri.

Apakah Nizar buat lupa titah Sultan bahawa perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.

Sebaliknya Nizar pula beliau meminta Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).Orang melayu merasa sedih bagaimana seorang pemimpin melayu sanggup memperlekehkan ingatan Baginda yang mahu orang melayu mencari satu formula untuk mencari perdamaian.

Apakah Nizar sudah tidak mahu menganggap Sultan sebagai Payung pada seluruh rakyat negeri Perak.Dari tindak tanduk Nizar dengan membawa kes perlantikan MB ke mahkamah jelas Nizar tidak mahu lagi menerima nasihat dari Sultan.Jelas Nizar ibarat berkerat rotan dalam kemelut ini.Sayang melihat pemimpin melayu sendiri menghina Rajanya sendiri hanya kerana kuasa .Sedih melihat pemimpin melayu sendiri tidak membantu orang melayu Perak bila kuasa ditangan.Sedih melihat pemimpin melayu sendiri memberi hak orang melayu pada bangsa asing.Sedih melihat pemimpin melayu mementingkan kroni dari melihat bangsa sendiri yang merempat di tanah sendiri.

Pada Nizar ,insafilah titah Sultan yang mahu pergolakan ini berpenghujung bukan bermula....Diharap kita jangan lah jadi si tanggang dan malim kundang yang derhaka pada ibu bapanya.Diharap Nizar menerima apa yang Sultan titah ,walau ianya agak terlambat tapi ianya harus ada permulaan.

RENUNG RENUNGKAN LA.....LU PIKIR LA SENDIRI

NAJIB UMUM PEMBAHARUAN:BAKAT SWASTA BOLEH DILANTIK KE PERKHIDMATAN AWAM

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib hari Selasa mencadangkan pembaharuan sektor perkhidmatan awam dengan memperkenalkan dasar terbuka dengan membenarkan jawatan-jawatan utama sektor itu dibuka kepada bakat-bakat daripada sektor swasta.

Malah katanya, jawatan utama kerajaan juga harus dibuka kepada pegawai-pegawai perkhidmatan lain dan bukan hanya daripada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD).

“Dari segi pembaharuan structural, pertamanya saya ingin mencadangkan kaedah sistem kemasukan pelbagai peringkat’ ke dalam perkhidmatan awam. Di bawah konsep ini kita akan dapat memanfaatkan proses cross fertilization di antara bakat-bakat sektor awam dan sektor swasta,” katanya semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 di Putrajaya.

Selain cadangan tersebut, Najib turut mengutarakan gagasan agar pegawai-pegawai awam boleh dipinjamkan ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pegawai GLC dipinjamkan ke sektor awam.

"Dengan cara ini pegawai perkhidmatan awam boleh didedahkan kepada keperluan sektor swasta yang merupakan peneraju utama pertumbuhan negara," ujarnya.

Beliau turut mahukan perkhidmatan awam mempunyai pelan pembangunan dan pencarian bakat kerana pengenalpastian bakat yang mantap akan menjadikan sesebuah organisasi hebat.

Sistem tersebut kini dilaksanakan oleh PETRONAS, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Bank Negara.

Dalam ucapannya juga menggariskan empat anjakan dalam proses modenisasi paradigma perkhidmatan awam agar sektor tersebut sesuai dengan pencapaian kejayaan pada alaf baru.

“Apa yang saya maksudkan dengan anjakan paradigma adalah pertamanya anjakan dariapda ketegaran kepada keanjalan. Anggota perkhidmatan awam seharusnya menyedari bahawa kerajaan tiak mencipta kekayaan.

“Peranan ini dimainkan oleh sektor swasta yang mencipta kekayaan, dari kekayaan yang dicipta pihak swasta, kerajaan mempunyai saham yang dikutip di dalam bentuk cukai,” jelasnya.

Anjakan kedua katanya, ialah beralih dariapda budaya ‘output’ dan perbelanjaan atau kesan nyata semata-mata kepada mementingkan aspek ‘outcome’ atau dampak keberhasilan secara holistik.

Ketiganya, beliau mahu anjakan dibuat dariapda birokrasi yang menyukarkan kepaa birokrasi yang memudahkan.

Manakala keempat pula ialah anjakan dariapda produktiviti samata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi.

Dalam ucapan sulungnya bertemu dengan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam tersebut, Najib menegaskan usaha modernisasi perkhidamtan awam bukanlah usaha yang “hangat-hangat tahi ayam”.

“Saya tidak mahu mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam di dalam usaha pembaharuan ini. Saya mahu mengatakan kepada anggota perkhidmatan awam bahawa apa yang saya katakana hari ini, apa yang saya janjikan hari ini. akan berkesinambungan dengan tindakan susulan.

“Selepas ini kita tidak mahu sekadar memanterakan slogan yang muluk-muluk tetapi kosong. Apa yang mustahak, kerja mesti dijalankan,” kata beliau.

Najib juga mengingatkan kewujudan perkhidmatan awam adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Ini kerana sebab musabab kepaa kewujudan perkhidmatan awam itu sendiri adalah untuk mengkhidmati rakyat. Kepuasan hati rakyat adalah tanda aras utama kejayaan sektor awam.

“Bertoalk dari situ, pada hemat saya juga, jika kita benar-benar ingin berkhidmat untuk rakyat, kita perlu mengetahui rintihan massa. Kita eprlu fahami setiap masalah, kekangan dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat, barulah kita mampu untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah,” tambah beliau.

UMNO PAS:UMNO PERLU MASA DUA TAHUN UNTUK TARIK SOKONGAN MELAYU.

Pilihanrara Bukit gantang membuktikan Umno terus diterima oleh orang orang melayu.Walau pun tewas tapi undi melayu pada Umno tidak kurang malah terus naik dan ini satu petanda orang melayu menolak Pas yang dilihat tidak memperjuangkan nasib bangsa orang melayu.Dan di Dun Penanti nanti orang melayu dijangka akan terus menyokong perjuangan Umno.

Dan usaha untuk melaksanakan tugas ini akan digalas oleh Ketua Penerangannya yang baru dilantik, Ahmad Maslan .Pihak penerangan menyedari cabaran dan rintangan itu untuk mengembalikan semula sokongan orang Melayu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Pada masa terdekat,ketua penerangan Umno akan menemui semua ketua penerangan di peringkat bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri bagi mendapatkan gambaran mengenai hala tuju UMNO masa kini.

Beliau berkata, selain sesi penerangan, ceramah, bengkel dan kursus, UMNO memerlukan lebih daripada itu bagi memastikan mereka benar-benar memahami peranan dan tugas masing-masing.Umno yakin masih mempunyai masa untuk menambah baik dan memperbaiki segala kelemahan yang ada bagi memastikan UMNO berjaya sampai ke destinasi yang dituju kelak.

Semoga usaha Umno ini akan sentiasa dirahmati ALLAH dan mendapat sokongan orang orang melayu sendiri.

PADA ORANG MELAYU RENUNG RENUNG KAN LAH ,jANGAN KITA JADI ORANG MELAYU YANG DERHAKA PADA RAJA DAN PEMERINTAH...........LU PIKIR LA SENDIRI.

UMNO PAS:PAS PERLU BUKA PINTU PADA PSRM UNTUK PANTAU PEMILIHAN PARTI

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) Malaysia berpandangan bahawa PAS perlu membuka ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malatsia (SPRM) memantau pemilihan pucuk pimpinan parti itu dalam Muktamar PAS, Jun depan.

Pengerusi GERAK, Mohd Nazree Mohd Yunos berkata, langkah itu akan memberikan kredit kepada PAS bagi membuktikan parti itu benar-benar tidak terjangkit dengan penyakit rasuah walaupun setelah memenangi pilihanraya umum lalu.

“Kita berpandangan bahawa PAS boleh membuka ruang kepada SPRM menjalankan pemantauan bagi mengesahkan lagi bahawa Muktamar PAS pada kali ini adalah benar-benar bebas daripada rasuah,” katanya.

Dalam kenyataanya kepada Agendadaily, beliau berkata, GERAK menyokong SPRM jika agensi berkenaan mahu memantau perjalanan pemilihan Muktamar PAS itu supaya bebas daripada rasuah.

Gerakan itu menolak pandangan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Dr. Che Rosli Che Mat yang membuat kenyataan menolak pembabitan SPRM untuk memantau pemilihan pucuk pimpinan parti itu, Jun depan.

“Sepatutnya pemimpin itu mencontohi sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pernah membenarkan SPRM menyiasat dakwaan korupsi terhadap menantunya. Akhirnya terbukti tidak berlaku sebarang kesalahan rasuah atau salahguna kuasa,” tegasnya.

Menurut Mohd Nazree, peranan ahli-ahli PAS yang terbabit pemilihan pemimpin parti amat penting dalam memastikan tidak ada unsur-unsur lobi-melobi dan penggunaan politik wang.

Katanya, ini perlu selepas pembangkang yang turut dianggotai PAS telah mempunyai kuasa mentadbir yang boleh menjerumuskan pemimpin ke lembah rasuah jika tidak berhati-hati dengan perkara ini.

Menurutnya. SPRM harus diberikan kepercayaan oleh rakyat terutamanya generasi muda. PAS dengan pemantauan tersebut bagi menyakini pemilihan parti itu benar-benar bebas daripada rasuah politik.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada Jun ini dijangka sengit dengan kerusi Presiden, Timbalan dan Naib dijangka menyaksikan pertarungan membabitkan dua kumpulan yang disebut-sebut sebagai kumpulan Erdogan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dan golongan PAS asal atau ulama.SPRM sebelum ini turut bekerjasama dengan UMNO ketika pemilihan pucuk pimpinan parti itu baru-baru ini dan jika PAS memilih menolak cadangan ini, ianya pasti menimbulkan tanda tanya kenapa mereka takut berbuat demikian atau apakah PAS kini bukan lagi parti yang bersih.

PEMIMIPIN PAS BUKAN MAKSUM.DAN TERIMA LAH HAKIKAT INI.KENAPA NAK TAKUT .KITA RENUNG RENUNG KAN LAH.....LU PIKIR LA SENDIRI....

Isnin, 27 April 2009

UMNO PAS:BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!

TERIMA KASIH
rahman,ahchong,muniandy

Demi Allah, sebarkan...Melayu Muslim dalam bahaya

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH

TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di
Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang
Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di
Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru
untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa
tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama
Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tem! pat tinggal, makan dan
minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa
Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan
seorang paderi besar di Malaysia , dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj
Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing,
Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan
Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga
sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar
ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang
mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia..

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin
Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian
seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia , kemudian dilantik sebagai
pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.

Oleh! kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina
selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan
Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang
Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00
sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke
Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan.
Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau
juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan
setiausha agong Kristian Singapore... Apabila dilantik ke gereja saya masih
lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1, 400.00,
bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan
pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya
berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibr! ahim, Kadi daerah
Ipoh
dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan
Agama dan saya terus
bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama
penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak).
Cara
hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali
leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan -
Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi,
Kota
Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah
akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil,
makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak
sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi
sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum-1 minggu lidah
menjadi
hitam! , tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal
dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan

gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah , Serawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling
Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang,
ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani
Kedah.
Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.
Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution.
Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk
diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar
perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk
main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
le! pasan
sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00
sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof

Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar
di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong
Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak
dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama
Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.
Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau
mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada
Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin
Ketingan
adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah
dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam
dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas
mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400
orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu
Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk
Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke
mahkamah
di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad
pengenalan tidak ditukar (! sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan
kepada
1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila
dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.

Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu
Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah
didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3... Tidak boleh makan benda! -benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia ) bapak Bruto
yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah
disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam
pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian
iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah
tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk
suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara-mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.

ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!!

UMNO PAS:PAS DAKWA AHLI SENDIRI SESAT

Seorang naib presiden terkejut dengan dakwaan bahawa pembantu-pembantu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berusaha untuk melaga-lagakan menteri besar Kelantan itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerajaan perpaduan.

Dakwaan tersebut dibuat oleh anak Nik Aziz sendiri - Nik Abduh yang juga timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan - dalam blognya Jumaat lalu.

ahmad awangNaib presiden tersebut, Ahmad Awang berkata, dakwaan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pemimpin dan ahli PAS mengenai siapakah yang dimaksudkannya.

Ahmad juga terkejut dengan tulisan Nik Abduh yang dianggap kasar apabila menyifatkan usaha pembantu Nik Aziz tersebut sebagai satu usaha yang 'sesat'.

"Saya sendiri terperanjat, Nik Abduh cakap macam itu.

"Satu perkataan... 'sesat'. Terperanjat juga dia (Nik Abduh) tulis begitu," kata Ahmad ketika dihubungi Malaysiakini.

nik mohd abduh nik azizDalam blognya itu, Nik Abduh yang juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS pusat, menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Abdul Hadi.

Timbul kekeliruan


Nik Abduh menulis: "Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!".

Mengenai pembantu-pembantu Nik Aziz itu yang dirujuk oleh penulis, Ahmad berkata: "(Oleh kerana) pembantu-pembantu itu disebut secara umum, tidak secara khusus, ia boleh menimbulkan kekeliruan.

"Tetapi sekadar tafsiran, (mereka boleh jadi) orang-orang yang bersama Tok Guru (Nik Aziz) di Kelantan... orang di sekeliling Tok Guru dalam kerajaan (negeri)... exco dan pimpinan parti," katanya.

younger nik azizSebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak nampak adanya elemen untuk melaga-lagakan Nik Aziz dengan Abdul Hadi tetapi mengakui pada umumnya mereka ada perbezaan pendapat tetapi tidak sampai ke peringkat berlaku 'pergeseran'.

Maka, katanya, terdapatlah pemimpin PAS yang bersetuju dengan pandangan menteri besar Kelantan itu dan ada pula yang bersetuju dengan pendapat ahli Parlimen Marang itu.

"Bukan disengajakan jadi begitu," kata Ahmad sambil menambah bahawa beliau difahamkan terdapat pertemuan antara Nik Aziz dan Abdul Hadi berhubung isu kerajaan perpaduan di Kelantan.

Cadangan ditangguhkan


Perbezaan pandangan itu antaranya mungkin disebabkan oleh kepimpinan parti yang lambat menjelaskan isu kerajaan perpaduan kepada Nik Aziz, tambahnya

Menurut Ahmad lagi, pertemuan tersebut berlangsung kira-kira sebulan yang lalu - sebelum hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Batang Ai.

hadi awang 01Selepas pertemuan tersebut, tambahnya, Nik Aziz sudah memahami cadangan yang diusulkan oleh Abdul Hadi itu.

"Tak timbul masalah salah faham tentang kerajaan perpaduan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Nik Abduh itu, Ahmad berkata: "Hanya Nik Abduh sahaja yang boleh memberi penjelasan mengenai perkara tersebut".

Sabtu lalu, Abdul Hadi dilaporkan berkata, PAS menangguhkan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan kerana ingin menilai terlebih dahulu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

UMNO PAS:PAS MENOLAK PEMIMPIN PERPADUAN

Mungkin kah kepimpinan ulama akan ditolak oleh perwakilan Pas nanti dan apakah Pas akan mengalami perubahan yang mana Presiden Pas sendiri akan ditentang oleh perwakilan yang mahu Pas berubah wajah.Perubahan apakah yang akan mengubah imej Pas.

Kedua-dua persoalan ini bermain di fikiran bukan sahaja ahli-ahli Pas malah pemerhati politik di luar parti itu yang sememangnya semakin merasai 'kehangatan' pemilihan kali ini. Tidak terlepas daripada pandangan ialah kedudukan Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden.

Beliau dilaporkan akan dicabar oleh beberapa calon, antara yang disebut-sebut akan bertanding jawatan berkenaan ialah dua Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu, malah Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abd.Razak juga dikatakan akan dicalonkan.

Difahamkan ada desakan dari akar umbi Pas agar kepimpinan ulama ditukar kepada yang lebih terbuka agar parti tidak dikuasai oleh golongan ulama sahaja.Ini jelas bila sebahagian Pemimpin yang telah menyokong usaha untuk mengadakan muzakarah atau muqabalah dengan UMNO semakin ditolak.Keadaan inilah yang membuat kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden tergugat gara gara apa yang dilakukan oleh mereka berdua.Dari apa yang diusahakan oleh Presiden dan Timbalannya telah ditentang oleh sebahagian pemimpin yang merasakan Presiden dan Timbalan sudah jauh lari dari perjuangan asal Pas.

Dan ini jelas diterjemahkan oleh ahli Pas bila beberapa Pas kawasan telah mencalonkan pemimpin lain bagi mengisi kedua-dua jawatan berkenaan.Setakat ini, HH yang sudah menyatakan kesediaan mempertahankan jawatannya dijangka dibayangi cabaran daripada TGNA apabila beberapa lagi kawasan (bahagian) yang akan bermesyuarat mulai esok dijangka mencalonkan Menteri Besar Kelantan itu untuk mencabar HH.Pencalonan Nik Aziz dikatakan dilakukan sebagai tanda protes terhadap HH yang dilihat ingin berdamai dengan UMNO.

Dan kerana tekanan dari ahli Presiden Pas membuat satu kejutan bila mengumumkan penarikan balik cadangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan BN.Ini kerana, gelombang politik dalaman Pas sejak akhir-akhir ini menjurus ke arah pembatalan cadangan itu. Terlalu banyak percanggahan di dalam parti itu berhubung isu mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu tersebut.

Walaupun HH menafikan, ramai yang faham bahawa beliau terpaksa akur dengan keputusan 'majoriti' dalam Pas agar tidak meneruskan cadangan perpaduan itu.Beliau dilihat terpaksa demi menjaga kedudukannya di dalam Pas. Terutama apabila mendapat tekanan hebat daripada kelompok yang menolak mentah-mentah kerjasama dengan UMNO tersebut.Tekanan itu bertambah apabila sesetengah negeri tidak mencalonkanHH untuk mempertahankan jawatan Presiden pada Muktamar Tahunan Pas nanti.

Tentangan berhubung isu perpaduan itu juga disemarakkan oleh PKR dan DAP. Ia juga dilihat sebagai antara punca pembatalan tersebut. Sebagai parti di bawah pakatan pembangkang, Pas perlu akur dengan pandangan sekutu rapatnya.Namun apa yang menghairankan ialah kenapa orang kuat di dalam Pas tidak menentang perpaduan dengan PKR dan DAP? Sedangkan usul perpaduan dengan UMNO lebih menjurus kepada usaha menyelamatkan maruah Melayu dan Islam.Walau apa pun, pembatalan cadangan perpaduan Pas-UMNO itu sebenarnya merugikan orang Melayu sendiri.

CadanganHH bukanlah sesuatu yang janggal. Apabila umat Melayu di dalam UMNO dan Pas bersatu, banyak lagi kebaikan boleh dijana.Ketika melontarkan idea perpaduan itu,HH semestinya memikirkan soal konflik politik yang tiada kesudahan. Beliau berniat baik. Sekurang-kurangnya beliau mahu menyelesaikan konflik politik itu. Apabila perpaduan dicapai, tumpuan boleh diberikan kepada soal lain, terutamanya menyelesaikan konflik ekonomi yang mencengkam negara.Keadaan itulah yang mungkin tidak atau enggan difahami oleh golongan yang menentang idea perpaduan oleh HH

Namun semuanya telah berlaku. HH kelmarin mengumumkan cadangan itu terpaksa dibatalkan. Alasannya beliau mengemukakan cadangan itu sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.Kini Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Pas mahu "tunggu dan lihat". Mahu menilai pencapaian di bawah Najib sebelum memikirkan langkah lain.Namun jika Pas turut menghayati seruan Najib sebagai Perdana Menteri - bukannya Presiden UMNO - agar perpaduan dicapai menerusi Satu Malaysia, mungkin cadangan HH itu tidak akan ditolak.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, penyandangnya, Nasharuddin dijangka dicabar hebat oleh sekurang-kurangnya tiga calon iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kedah, Azizan AbdulRazak.Sebagaimana Presiden ,Nasaruddin juga sudah dikira kira akan mengalami nasib yang hampir sama dengan Presiden Tapi Nasaruddin tiada perkara yang hendak ditarik balik sebagaimana Presiden menarik balik kerajaan perpaduan.Alasan apakah Nasaruddin untuk mempertahankan kerusi timbalan yang disandangnya terlepas ketangan orang lain.

Ini lah Nasib Pemimpin yang mahu kan perpaduan,akan ditendang hanya dengan menyuarakan perpaduan.Apakah Pas Sudah merasakan tidak perlu kepada perpaduan.

KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI

UMNO PAS:NAJIB TENTUKAN KEDUDUKAN BN DALAM PILIHANRAYA PENANTI

JOHOR BAHARU: Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Najib akan mengadakan perbincangan dengan Biro Politik parti yang dipengerusikannya dalam tempoh terdekat ini sebelum mengambil keputusan tentang perkara itu.

"Sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno, Perdana Menteri akan berbincang dengan Biro Politik dalam tempoh terdekat ini dan akan membuat keputusan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di Plaza Angsana di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.

Kerusi DUN Penanti itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin, 33 daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 16 April lepas.

Mohammad Fairus sebelum ini turut meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berikutan dengan tuduhan terlibat dengan rasuah.Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut ditanya tentang pandangan daripada pelbagai pihak termasuk daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno Bahagian Permatang Pauh yang mahukan BN bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti itu.

"Kita akan mengambil kira semua pandangan," jawab beliau.Selain pandangan mahukan BN bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti itu, terdapat juga pihak yang berpendapat parti tidak perlu bertanding untuk mengelak daripada terlibat dalam permainan politik pembangkang.

UMNO PAS:HAJI HADI BAKAL PRESIDEN TANPA SAYAP

Kesian Tok Guru Haji Hadi dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa ‘ kena kepung’ dengan puak Erdogan PAS menjelang pemilihan parti itu.Ikut sumber-sumber dalaman parti itu golongan pro-Anwar tu memang nak corner habis untuk pastikan mereka dapat control PAS.

Anwar dikatakan perlu kuatkan grip nya dalam parti itu kerana beliau memerlukan sokongan Melayu.Ini kerana parti PKR tidak ada identiti Melayu.Penasihat PKR itu tahu sangat tanpa kekuatan itu beliau rasa agak kabur nak mimpi laluan ke Putrajaya.

Puak Erdogan dikatakan tidak akan kacau Haji Hadi tapi dua tunjang utama Presiden PAS itu Ustaz Nasha dan Datuk Mustapha Ali mesti kena kasi bungkus .

Selain Timbalan Presiden mereka juga mengintai jawatan Naib Presiden PAS.

Dalam keadaan Tok Guru Nik Aziz backing Erdogan habis-habisan menerusi Datuk Husam Musa makanya Haji Hadi ada kemungkinan jadi Presiden PAS ‘ tanpa sayap’.

Sebab itu ramai yang memerhati setiap perkembangan dalam PAS sekarang.

Dari jumlah yang ramai nak masuk jawatan Timbalan Presiden dan sudah dapat baca ada yang sedang mengelegak.

Ustaz Azizan MB Kedah sudah kata nak masuk Timbalan Presiden,begitu juga Mat Sabu manakala Husam dikatakan masih buat macam ‘agak-agak’.

Puak Erdogan memang tak senang dengan Ustaz Nasha kerana cop dia sudah berunding nak naik-baik dengan UMNO.

Jadi jangan hairan kalau dengar tune Haji Hadi pun dah berubah pasal bab nak berbaik-baik dengan UMNO menjelang pemilihan PAS ni.

Alasan yang dibagi kerana sudah ada perubahan pimpinan dalam UMNO yakni Datuk Najib.

Ikut ceritanya Presiden PAS itu dah tak ada pilihan untuk berdepan dengan kemaraan puak Erdogan.

Apa yang setengah-setengah ahli PAS kedengaran merungut ialah soal agenda Anwar kini yang jadi hal utama sekarang dan bukan lagi prinsip asal perjuangan parti.

UMNO PAS:NIK AZIZ PUN MERAPU JUGA

Kejap tak setuju ,kejap terima,kejap boleh tapi dengan bersyarat pula,Nik pun dah merapu juga ke?

'Letak syarat terima kerajaan campuran'


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak menolak pembentukan kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN) jika Pas ditawarkan kementerian penting seperti kewangan dan pelajaran.

Nik Abdul Aziz berkata, jika BN ingin menawarkan Pas untuk bersama membentuk kerajaan campuran, mereka mesti bersedia untuk menyerahkan dua kementerian berkenaan kepada wakil parti itu.

Perkara itu dinyatakan anak lelaki Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, dalam blognya, sambil mendakwa pembantu bapanya cuba melaga-lagakan antara beliau (Nik Abdul Aziz) dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, Pas perlu miliki kementerian yang penting bagi membolehkan program Islam dilaksanakan.

"Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai bapa. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan kerana bukankah beliau lantang menolak Kerajaan Perpaduan dan bukankah beliau berang dengan cadangan Abdul Hadi.

"Biar saya beritahu anda, bapa hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah agama itu ada, bagaimana beliau akan tolak mentah-mentah," katanya.

Beliau mendakwa, Nik Abdul Aziz menolak Kerajaan Perpaduan adalah disebabkan hasutan pembantunya yang kononnya serba tahu dan mereka berseronok untuk melaga-lagakan antara kedua-dua tokoh Pas itu.

Katanya, Nik Abdul Aziz pernah menghentam kerajaan campuran tetapi selepas pertemuan 10 minit dengan Abdul Hadi, beliau tidak lagi menyerang Presiden Pas itu kerana sudah mendapat penjelasan sebenarnya.

Nik Abduh berkata, pembantu bapanya kini tidak berpuas hati atas kegagalan mereka untuk melaga-lagakan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.

Berhubung pemilihan menjelang Muktamar Pas Jun ini, Nik Abduh berkata, wujud usaha yang dirancang rapi untuk memisahkan kepimpinan ulama daripada menerajui parti itu.

Katanya, nama Nik Abdul Aziz juga digunakan yang kononnya menyokong sesetengah pihak bagi tujuan mencapai hasrat mereka untuk memperoleh kemenangan.


PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger