tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 31 Mei 2009

PENANTI:PKR MENANG

KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

Di bawah adalah keputusan rasmi sehingga jam 7.18 malam.

Sehingga jam 7.18 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,266 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (290), Nai Khan Ari (534) dan Kamarul Ramizu Idris (48).

Sehingga jam 7.16malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,054 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (382), Nai Khan Ari (514) dan Kamarul Ramizu Idris (47).

Sehingga jam 7.13 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,672 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (357), Nai Khan Ari (455) dan Kamarul Ramizu Idris (45).

Sehingga jam 7.10 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,309 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (329), Nai Khan Ari (301) dan Kamarul Ramizu Idris (44).

Sehingga jam 7.05 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,963 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (298), Nai Khan Ari (297) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 7.00 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,784 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (294), Nai Khan Ari (293) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 6.55 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,289 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (258), Nai Khan Ari (273) dan Kamarul Ramizu Idris (26).

Sehingga jam 6.50 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,637 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (248), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.45 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,431 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (223), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.35 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,222 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (180), Nai Khan Ari (235) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.30 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,964 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (178), Nai Khan Ari (133) dan Kamarul Ramizu Idris (22).

Sehingga jam 6.25 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,517 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (153), Nai Khan Ari (71) dan Kamarul Ramizu Idris (20).

Sehingga jam 6.20 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,089 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (114), Nai Khan Ari (63) dan Kamarul Ramizu Idris (16).

Sehingga jam 6.15 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,873 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (100), Nai Khan Ari (52) dan Kamarul Ramizu Idris (14).

Sehingga jam 6.10 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,294 diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (81), Nai Khan Ari (40) dan Kamarul Ramizu Idris (11).

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat pengundian ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, SK Mengkuang, SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti SK Tanah Liat dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

PENANTI:LAPORAN AWAL KIRAAN UNDI

Proses pengiraan undi sedang dijalankan di semua 10 pusat pengundian dalam pilihanraya kecil DUN Penanti yang berakhir jam 5 petang tadi.

Sehingga jam 6.25 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,517 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (153), Nai Khan Ari (71) dan Kamarul Ramizu Idris (20).

Sehingga jam 6.20 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,089 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (114), Nai Khan Ari (63) dan Kamarul Ramizu Idris (16).

Sehingga jam 6.15 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,873 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (100), Nai Khan Ari (52) dan Kamarul Ramizu Idris (14).

Sehingga jam 6.10 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,294 diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (81), Nai Khan Ari (40) dan Kamarul Ramizu Idris (11).

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat pengundian ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, SK Mengkuang, SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti SK Tanah Liat dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

TERKINI PENANTI:PERATUS KELUAR MENGUNDI RENDAH

Sehingga jam 4 petang tadi, peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti adalah 44.36 peratus iaitu mewakili 6,824 pengundi.


Tinjauan fotoBERNAMA pada pukul 10 pagi tadi mendapati tiada seorang pun yang mengundi dan hanya seorang anggota polis mengawal salah satu saluran undi di Pusat Pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jit Sin Berapit hari ini. -- fotoBERNAMA
TENANG DAN AMAN... Beginilah suasana yang dapat dilihat di luar kawasan pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jit Sin, Berapit sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang pondok panas dan perayu undi berkeliaran di luar kawasan pusat pengundian bagi menjalankan proses mengundi dengan lancar. Kelihatan pondok SPR dan pekerja SPR membantu para pengundi untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN itu. --fotoBERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Hanya 38 peratus pengundi di bahagian Dewan Undangan Negeri Penanti keluar mengundi dalam tempoh enam jam pertama sejak pengundian dibuka 8 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, setakat pukul 2 petang tadi seramai 5,964 orang telah mengundi.

Pengundian akan ditutup 5 petang ini.

BERITA TERDAHULU

Penanti: Pengundian berlangsung, 'dingin'

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti berlangsung dengan tenang dan lancar walaupun bilangan yang keluar mengundi dalam tempoh empat jam pertama agak 'dingin'.

Sehingga pukul 10 pagi tadi hanya 14 peratus pemilih telah keluar mengundi.

Paras itu meningkat kepada 29.86 peratus atau seramai 4,593 orang menjelang 12 tengah hari tadi.

Tinjauan mStar Online mendapati pusat-pusat mengundi terus dikunjungi pengundi tetapi bilangan mereka tidak 'memberangsangkan' berbanding ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu.

Kawasan peti undi yang kecil bilangan pengundi peratusan keluar mengundi sangat rendah, malah boleh dikatakan lengang.

Penanti terletak dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh.

Terdahulu, pusat-pusat mengundi pada hari penentuan ini dibuka pada pukul 8 pagi tadi.

Proses pengundian akan berlangsung sehingga 5 petang manakala keputusan dijangka dikeluarkan menjelang 8.30 malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan sembilan buah pusat mengundi dengan 32 saluran.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Bernama melaporkan keadaan cuaca cerah di sebelah pagi membolehkan orang ramai keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat kawasan itu.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan curahan berlaku pada sebelah petang manakala pada malam cuaca adalah baik.

Pilihan raya kecil DUN Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 59; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; Pengurus syarikat, Nai Khan Ari, 41 dan pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42.

Bagaimanapun Barisan Nasional tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil ini - yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Daripada kesemua calon yang bertanding, hanya Nai Khan merupakan pengundi dalam DUN Penanti.

Anak jati Penanti berketurunan Siam itu membuang undi di pusat pengundian di Dewan KAFA Kampung Tun Sardon.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan pilihan raya kecil DUN Penanti akan diketahui selewat-lewatnya pukul 8.30 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Majoriti diperoleh beliau ialah 2,219 undi. Terdapat 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain kaum.

PENANTI:TERKINI DARI PENANTI

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti adalah 29.86 peratus iaitu mewakili 4,593 pengundi, menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dihubungi Berita Harian di sini, hari ini.

BERIKUT perkembangan sejak pagi tadi pada hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang.

12.20 TENGAH HARI: Calon PKR Mansor Othman melawat pusat mengundi SMK Guar Perahu. Suasana di sini juga lengang.

12.15 TENGAH HARI: Paras keluar mengundi 'dingin' - hanya 29.86 peratus atau seramai 4,593 orang yang telah menunaikan tanggungjawab mereka sehingga 12 tengah hari.

11.30 PAGI : Dua calon Bebas, Nai Khan dan Aminah Abdullah bertemu ketika melawat pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Mengkuang.

10 PAGI : Kira-kira 14.6 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab. Orang ramai terus memenuhi pusat-pusat mengundi. Proses pengundian berjalan lancar.

9.15 PAGI : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof melawat peti undi di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat.

9.10 PAGI : Tinjauan di beberapa pusat pengundian mendapati Parti Keadilan Rakyat mematuhi arahan tersebut dengan menyediakan meja semakan.

Bagaimanapun kenderaan parti yang menghantar pengundi tetap mempunyai logo parti. Namun tiada sebarang tindakan diambil, pihak polis masih berkompromi dalam isu tersebut.

8.45 PAGI : Calon Bebas, Nai Khan Ari membuang undi.

8.30 PAGI : Calon Bebas, Nai Khan Ari tiba di pusat pengundian dewan KAFA Kg. Tun Sardon.

8.15 PAGI : Orang ramai mula beratur untuk membuang undi masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti.

8.00 PAGI : Pusat pengundian di DUN Penanti mula dibuka.

PENANTI:PETUGAS PKR LANGGAR ARAHAN

Walaupun peraturan larangan berkempen pada hari pengundian termasuk memakai lencana yang memaparkan logo parti mula dikuatkuasa pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, namun masih ada pihak enggan mematuhinya.

Tinjauan Berita Harian di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, di sini, mendapati meja semakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipenuhi bendera parti itu dan petugas pula memakai pakaian serta lencana dengan logo PKR.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu semua parti politik dan penyokong parti terlibat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang mematuhi larangan berkempen pada hari mengundi mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata larangan berkempen itu termasuk meraih undi dan mendirikan ’pondok panas’ bagi membolehkan pemilih keluar mengundi dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

Katanya tempoh lapan hari berkempen perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh parti-parti politik tetapi kempen perlu dihentikan pada tengah malam 30 Mei seperti peruntukan undang-undang yang menetapkan kempen dihentikan pada pukul 12 malam menjelang hari mengundi.

“Saya mahu di Penanti ini (larangan) dimulakan, pengundi keluar dengan aman dari rumah dan tidak ada orang mengganggu pengundi, dan jika boleh, kita mahu ia dijadikan budaya dalam pilihan raya yang lain selepas ini.

“Dan tidak ada ’pondok panas’ sebab ia adalah tempat untuk semak saluran dan tempat mengundi yang sebenarnya SPR telah sediakan kemudahan itu. Untuk tujuan ini, kita akan menambah kaunter semakan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan tarikh pilihan raya bagi DUN Penanti, di sini hari ini. -

TERKINI DIPENANTI:KERANA UMNO PENGUNDIAN BERJALAN DENGAN LEMBAB

Apakah kerana tiada calon Umno maka perjalanan pengundian prk Penanti berjalan dengan lembab sekali,tiada lansung suasana meriah dengan gelagat peraih undi yang sentiasa memekik untuk memperkenalkan calon calon mereka.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi tetapi tidak ramai yang keluar mengundi awal ini.

Kebanyakan yang keluar mengundi awal terdiri daripada golongan warga emas.

penanti_guan eng_kitsiang_31052009Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan ketua menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.

Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.

Suasana di sekitar pusat pengundian dilaporkan tenang. Juga tidak banyak kelihatan bendera-bendera parti. Manakala anggota polis pula berkawal di setiap pusat pengundian.

penanti_EC checking list_02_31052009PKR - satu-satunya parti politik yang bertanding - menyediakan pondok panas di pusat-pusat pengundian walaupun ia tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Dan hanya kegelintir pekerja PKR yang kelihatan menyemak senarai pengundi. Juga tidak kelihatan aktiviti merayu undi dijalankan.

Seorang calon bebas - Nai Khan - mengundi di Dewan Orang Ramai yang menempatkan Tadika Tun Sardon pada kira-kira jam 8.49 pagi.

Beliau yang merupakan satu-satunya calon Bebas yang layak mengundi, diiringi oleh kira-kira lima orang penyokongnya.

Bagaimanapun, polis tidak membenarkannya mengadakan sidang akhbar di luar pusat pengundian tersebut.

Umno tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti.

Pemimpin PKR mendakwa - dan membuat laporan polis semalam - bahawa Umno menggesa ahli-ahlinya supaya memulaukan pilihanraya kecil tersebut.

penanti_EC checking list_31052009Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh timbalan pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa parti itu menganjurkan rombongan membawa ahli-ahlinya bercuti ke Thailand hari ini.

Bagaimanapun, ADUN PKR bagi Batu Maung, Abdul Malik Kassim bagaimanapun yakin ramai yang akan keluar mengundi hari ini.

Beliau juga berkata, calon PKR, Mansor akan menang dengan majoriti besar.

Keputusan pilihanraya kecil hari ini dijangka diumumkan pada jam 8.30 malam walaupun keputusan rasminya dapat diketahui sewal jam 6.30 petang.

SPR pula menjangka kira-kira 70 peratus pemilih akan keluar mengundi hari ini.

PENANTI:TERKINI DIPUSAT PENGUNDIAN

Sebanyak sembilan pusat mengundi dan 32 saluran pengundian mula dibuka kepada pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tepat jam 8 pagi dengan pengundi mula berbaris untuk mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Pusat-pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi. Ia akan berlangsung hingga 5 petang.

Pilihan raya kecil DUN Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 59; bekas Ketua Wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; Pengurus syarikat, Nai Khan Ari, 41 dan pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42.

Barisan Nasional tidak meletakkan calon.

Daripada kesemua calon yang bertanding, hanya Nai Khan merupakan pengundi dalam DUN Penanti.

Anak jati Penanti berketurunan Siam itu akan membuang undi di pusat pengundian di Dewan KAFA Kampung Tun Sardon.

Terdapat sembilan buah pusat mengundi dengan 32 saluran.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan pilihan raya kecil DUN Penanti akan diketahui selewat-lewatnya pukul 8.30 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Majoriti diperoleh beliau ialah 2,219 undi. Terdapat 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain kaum.

UMNO PAS:MENILAI HUJAH HUSAM

PADA tahun 1993, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Naib Presiden UMNO telah melakukan satu perkara yang di luar tradisi UMNO, apabila mengadakan sidang akhbar khas di Ibupejabat UMNO bagi mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti dan sekali gus mencabar kedudukan Tun Ghafar Baba. Langkah Anwar menjadi bualan hangat kerana sebelum ini tidak pernah ada pemimpin parti itu yang berbuat demikian.

'Peristiwa' tersebut seolah-olah berulang kembali tetapi kali ini di dalam Pas pula, apabila Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengadakan sidang akhbar di Ibupejabat Pas pada Isnin lalu bagi mengumumkan secara rasmi hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas sekali gus mencabar kedudukan penyandang jawatan itu, Nasharuddin Mat Isa.

Dengan keputusan Husam yang sebelum ini mengaku berkawan baik dengan Anwar, ia bermakna, jawatan nombor dua parti itu akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru iaitu antara Nasharuddin, Husam dan Mohamad Sabu. Walaupun sebelum ini, Pas sering mengharapkan agar perebutan jawatan tertinggi berakhir dengan perundingan atau syura namun adalah jelas kini, budaya berkenaan sudah menjadi sejarah kepada Pas.

Apa yang menarik dalam hujahnya bagi 'menghalalkan' langkahnya untuk bertanding, Husam menegaskan, keputusan muktamad itu dibuat kerana wujud keperluan semasa yang mendesak bagi menyemak peringkat tertentu dalam Pas termasuk berhubung isu mengadakan kerjasama dengan UMNO.

''Saya berpendirian sudah sampai masa Pas berusaha menggantikan tempat UMNO sebagai teraju utama politik negara dan ini hanya boleh dilakukan dengan parti ini menjadi pesaing UMNO dan bukan rakan dalam apa bentuk ikatan," tegas beliau.

Sebenarnya adalah menjadi hak Husam untuk bertanding, malah menjadi hak beliau mengeluarkan apa juga hujah bagi mempertahankan keputusannya untuk bertanding tetapi untuk mengaitkan soal kerjasama dengan UMNO sebagai salah satu alasan, ia bukanlah satu tindakan yang bijak, apatah lagi apabila beliau menegaskan keputusan berkenaan juga dibuat kerana mendapati Nasharuddin bersikap terlalu liberal terhadap UMNO hingga mencapai satu tahap yang tidak boleh diterima lagi.

Persoalannya, adakah ini bermaksud apabila Husam ditakdirkan terpilih sebagai Timbalan Presiden Pas nanti, maka segala laluan untuk bekerjasama dengan UMNO hatta bagi kepentingan umat Melayu dan Islam sekalipun akan ditutup? Apakah dosa besar yang dilakukan oleh UMNO terhadap Pas sehinggakan sesiapapun pemimpin Pas yang cuba berbaik-baik dengan UMNO harus disingkirkan?

Kalau Pas boleh duduk semeja dengan DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas, kenapa ada di kalangan pemimpin Pas yang berasa begitu alergi untuk berbaik-baik dengan UMNO? Adalah sesuatu yang menghairankan apabila Husam begitu terbuka memberi alasan sedemikian hanya semata-mata kerana ingin merebut jawatan dalam parti.

Dendam

Sebenarnya Husam terlupa bahawa kelompok yang benar-benar membenci UMNO sehingga tidak boleh duduk semeja berbincang ialah PKR bukan Pas, ini kerana PKR ditubuhkan atas dasar dendam dan benci akibat apa yang berlaku kepada Anwar. Oleh itu dengan hujah Husam tersebut apakah ia bermakna beliau sendiripun sudah terpengaruh dengan politik sempit yang dibawa oleh PKR? Hanya Allah Maha Mengetahui.

Adalah sesuatu yang aneh apabila Husam bercakap soal hala tuju Pas hanya kerana ada desas-desus sebelum ini bahawa Pas hendak bekerjasama dengan UMNO, kata beliau, ''parti mesti tegas dalam arah tujunya, supaya tidak menimbulkan keraguan di kalangan pihak-pihak yang menyokong kita."

Soalnya bagaimana pula dengan keraguan yang wujud di kalangan penyokong Pas sendiri terhadap beliau yang dikatakan daripada kumpulan Erdogan - kelompok yang dikaitkan dengan Anwar? Apakah dengan menunjukkan isyarat tidak akan memberi laluan kepada sebarang usaha untuk bekerjasama dengan UMNO, maka ini akan memberi political mileage kepadanya dalam meraih sokongan dalam Pas? Penulis sebenarnya tidak berhasrat mempertikaikan niat Husam kerana dari satu sudut penulis berpendapat tidak salah untuk Husam menegaskan bahawa masanya sudah tiba Pas menjadi parti bagi menggantikan UMNO. Tetapi soalnya, mampukah Pas berada pada kedudukan itu atau akan terus diperkotak-katik kan oleh DAP dan PKR seperti mana berlaku sekarang di Perak dan Selangor?

Sebenarnya, Pas sudah berada di landasan yang betul, malah corak perjuangan Pas yang berasaskan kepimpinan ulama semakin diterima oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini atas sebab itulah Pas boleh mencapai kejayaan agak cemerlang dalam pilihan raya umum, justeru tidak perlulah oleh kerana hendak berebut jawatan maka hubungan dengan UMNO pula hendak dijadikan modal bagi meraih sokongan.

Soal hala tuju Pas termasuklah kerjasama dengan UMNO sudah tidak timbul lagi apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik idea mengenai pembentukan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Atas sebab itu adalah lebih baik jika mana-mana calon yang akan bertanding dalam pemilihan Pas menggunakan modal lain.

Ia kerana pemilihan kali ini berkaitan dengan isu dalaman Pas dan bagaimana hendak memantapkan parti itu serta tidak menjadi 'platform' kepada mana-mana puak bagi mencapai cita-cita politik mereka.

Apa pun terserahlah kepada perwakilan Pas untuk menentukan siapakah yang akan dibariskan sebagai saf kepimpinan dalam parti itu. Selama ini Pas sudah dilihat cukup mantap dengan gandingan Abdul Hadi dan Nasharuddin.

Pas harus diperkukuhkan dengan barisan kepimpinan yang berhasrat untuk menjadikan ia sebagai sebuah parti yang unggul melalui kepimpinan ulama. Ahli-ahli Pas tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu.

Mereka tidak boleh membiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam Pas. Selama ini, biarpun diterajui oleh golongan ulama, Pas tetap diterima oleh rakyat malah di Kelantan Pas mampu bertahan dari tahun 1990 sehingga sekarang biarpun ia dipimpin oleh seorang ulama iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru terserahlah kepada ahli-ahli Pas yang akan mengundi pada minggu depan bagi menentukan siapa yang mereka mahukan, mereka mempunyai pilihan, sama ada terus mengekalkan penguasaan ulama atau memulakan langkah pertama bagi menghakis golongan berkenaan dengan memilih golongan profesional daripada puak Erdogan memegang jawatan dalam parti itu.

Kalaulah puak Erdogan dipilih, ahli-ahli Pas harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya. Ini kerana agenda golongan profesional daripada puak Erdogan untuk menguasai Pas tidak akan berakhir di situ. Mereka akan melakukan perancangan yang lebih teliti untuk memastikan agenda pihak tertentu di luar Pas bagi menguasai parti berkenaan tercapai. Oleh itu, mereka perlu menjadikan pemilihan kali ini untuk menghapuskan sebarang golongan yang boleh bertindak sebagai musuh dalam selimut kepada Pas.

Justeru nilailah satu persatu calon yang bertanding dengan sebaik-baiknya, lihat track record mereka dan mohonlah petunjuk Allah dalam membuat keputusan. Ingatlah, Pas adalah parti induk Melayu kedua selepas UMNO yang diletakkan harapan bagi memastikan kuasa politik Melayu tetap dipertahankan dan Islam tetap didaulatkan.

PENANTI:RAKYAT PENANTI AKAN KUBURKAN PKR ESOK

Samada Pkr mampu untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi dahulu akan terjawab esok.Banyak perkara yang telah timbul sejak perletakan Fairus tempohari yang membuat Umno menarik diri dari bertanding di Penanti.Umno menyifatkan Pkr sengaja untuk mengadakan prk agar Pkr akan terus mendapat sokongan rakyat.Sejak kempen bermula walaupun tanpa kehadiran Umno Pkr nampak tertekan dengan pendedahan yang dilakukan oleh bekas pemimpin mereka juga.

Bagi Umno ,terpulang pada ahli Umno samaada ingin mengundi esok atau sebaliknya.Terpulang pada diri sendiri samada ingin mengundi atau tidak.Yang penting Umno tidak paksa ahli ahli Umno jangan Mengundi esok.Terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan samada ingin mengundi atau tidak

Bagi Umno rakyat perlu tahu kenapa Penanti perlu diadakan prk sedangkan tiada kematian di Dun Penanti...Pilihanraya ini adalah rancangan Anwar yang menggunakan siri pilihan raya kecil di kawasan yang memang dikuasai oleh mereka sebagai strategi membina imej dan akan mengeksploitasi kemenangan yang sememangnya dijangka menjadi milik mereka bagi melemahkan BN.

BN akan memboikot pilihan raya kecil yang mungkin diadakan lagi pada masa depan jika didapati ia 'diatur' oleh pihak pembangkang dan bukannya disebabkan faktor kematian wakil rakyat atau kerana perintah mahkamah. BN akan berpolitik mengikut caranya tersendiri dan tidak harus terpedaya dengan perangkap pembangkang yang menjadikan siri pilihan raya kecil sebagai medan membina imej mereka.

Maka, BN perlu menggunakan pendekatan tidak bertanding sebagai satu strategi agar kita tidak termasuk dalam perangkap mereka selain mengelakkan pembaziran wang rakyat dan masa kerajaan.Langkah BN tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Penanti bukan bermakna pengecut tetapi kerana tidak mahu terikut-ikut dengan rentak politik murahan pakatan pembangkang.Politik pembangkang yang menjadikan demokrasi sebagai alat mainan sepatutnya tidak dilayan.Yang penting esok adalah hari dikapankan Pkr diPenanti...


BUAT RAKYAT PENANTI....JANGAN TERPEDAYA DENGAN CERITA DONGENG ANWAR.BESOK KEPADA SELURUH RAKYAT PENANTI KITA KUBURKAN PKR DI PENANTI.

RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI

Sabtu, 30 Mei 2009

PENANTI:SPR BERI AMARAN JANGAN PUTAR BELIT LARANGAN KEMPEN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sekali lagi mengingatkan semua pihak yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti supaya tidak memutar-belitkan peraturan larangan berkempen pada hari mengundi esok.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata SPR tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas jika ada pihak yang sengaja tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan itu.

"Saya akui bukan mudah untuk menukar budaya (tidak boleh berkempen pada hari mengundi), tetapi saya harap mereka tidak putar belitkan kenyataan yang kami (SPR) buat

"Jika mereka melakukannya, saya tahu apa yang kami akan buat pada pilihan raya akan datang," katanya pada sidang akhbar di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit, di sini.

Beliau mengulas dakwaan pemimpin Parti Pakatan Rakyat (PKR) hari ini bahawa mereka tidak dimaklumkan mengenai larangan menggunakan logo parti pada kenderaan yang mengangkut pengundi pada hari pengundian.

Pilihan raya kecil Penanti menjadi projek perintis kepada penguatkuasaan peraturan tidak boleh berkempen semasa hari mengundi yang antara lain melarang pihak bertanding merayu atau meraih undi dan mendirikan "pondok panas".

Abdul Aziz juga meminta pengundi keluar awal untuk mengundi esok dan tidak berlegar di kawasan pengundian selepas selesai menunaikan tanggungjawab mereka.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir pada sebelah pagi dan hujan curahan di sebelah petang esok

PELIK TAPI BENAR:SPR SAH KAN KEMENANGAN CALON YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA

PELIK tapi benar - memang sukar untuk dipercayai seorang calon yang meninggal sebelum pilihan raya berlangsung tetap dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat.

Lebih pelik lagi apabila suruhanjaya pilihan raya mengesahkan kemenangan calon berkenaan dan mengisytiharkan sebagai wakil rakyat kawasan terbabit.

Begitulah situasi pilihan raya di Indonesia yang begitu kelam kabut sehingga menyebabkan rakyat menjadi bingung, lantas tidak sedar calon yang telah berada di dalam liang lahad dipilih.

Apakah ini bentuk baru protes rakyat. Berbeza sebelum ini ramai yang tidak keluar mengundi atau merosakkan kertas undi dengan tanda-tanda yang tidak sah sebagai menunjukkan protes.

Kekalutan itu berlaku di tiga kawasan dan membabitkan tiga nama calon iaitu Sutradara Gintings daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan di kawasan Banten III dan Henry Usman daripada Parti Demokrat di Kalimantan Barat yang meninggal dunia pada bulan Mac sebelum pilihan raya berlangsung pada April lalu.

Satu lagi ialah Freddy Numberi dari Parti Demokrat di kawasan Papua yang menarik diri daripada bertanding.

Alasan tiga nama itu masih berada pada kertas undi mungkin kerana suruhanjaya pilihan raya tidak sempat membuangnya kerana kesuntukan masa, tetapi lebih pelik ketiga-tiga mereka terpilih sebagai wakil rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU) mengesahkannya.

Bertambah pelik lagi bagi menyelesaikan masalah itu KPU menyerahkan kepada parti memutuskan pengganti mereka, memandangkan calon kedua dan ketiga memperolehi undi terbanyak juga daripada parti yang sama.

Sebagai contoh kes Sutradara memperoleh 29,413 undi, manakala tempat kedua serta ketiga juga dari parti yang sama iaitu Malawati dan Irwansyah, masing-masing mendapat 20,666 undi dan 20,265 undi.

Oleh kerana ketiga-tiga calon itu dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan maka keputusan untuk memilih pengganti Sutradara diserahkan kepada parti tersebut.

Ini bermakna KPU membenarkan parti campur tangan dalam urusan pilihan raya dan menunjukkan kelemahan badan berkenaan dalam membuat keputusan.

Jadi tidak hairanlah jika di mana-mana sahaja rakyat membantah tindakan badan itu di dalam mengendalikan pilihan raya legislatif, terutama daftar pemilih yang menyebabkan ramai pengundi yang tidak dapat melaksanakan hak mereka kerana nama tidak berada di dalam daftar pemilih.

Pada masa yang sama nama orang yang telah meninggal dunia pula masih lagi berada di dalam senarai daftar pemilih.

Kes Sutradara Gintings harus jadi pengajaran kepada KPU agar tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat dalam membentuk kerajaan.

Jika masalah itu tidak ditangani dengan baik tidak mustahil ia akan berulang pada Pilihan Raya Presiden pada 8 Julai depan dan dikhuatiri jika itu berlaku, rakyat tidak lagi dapat bersabar.

ZAMBRY NIZAR:ORANG BESAR 16 PERAK MENINGGAL DUNIA

IPOH: Orang Besar 16 Perak, Toh Seri Lela Paduka Abdul Rashid Uda Mohamad, 93, meninggal dunia hari ini kerana sakit tua.

Abdul Rashid menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.40 pagi semasa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayop Hashim, berkata jenazah sudah dibawa ke rumah Allahyarham di No 57 Jalan Sukun, Sungai Rokam di sini pada jam 11 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Tanjung Bangkong, Malim Nawar, kampung halaman Allahyarham

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, melantik Abdul Rashid sebagai Orang Besar 16 pada 10 Mac 1993. - Bernama

PENANTI:POLIS SIASAT 3 PEMIMPIN PEMBANGKANG

Polis sudah memulakan siasatan terhadap tiga pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk penasihat DAP, Lim Kit Siang berikutan kandungan ceramah mereka pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang menyentuh isu sensitif.

Dua lagi pemimpin PR yang sedang disiasat adalah dua ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan, yang juga Ahli Parlimen Padang Serai dan Badrul Hisham Shaharin.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaacob, berkata ketiga-tiganya disiasat mengikut seksyen 4 (1) Akta Seksyen dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.


TAHAN JANGAN TAK TAHAN....KALAU DAH MELAMPAU SANGAT HUMBAN JE KEDALAM LOKAP SENANG CERITA.....APA YANG BOLEH DIBUAT OLEH PEMIMPIN PEMBANGKANG SELAIN MENABUR FITNAH....DALAM OTAK DIA ORANG NI SEMUA NYA NAK MENJAHANAMKAN NEGARA...SEBELUM JADI APA APA...BAIK TANGKAP....

RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI

UMNO PAS:JANGAN PANDANG RENDAH KEKUATAN BN DI MANEK URAI

KUALA KRAI 30 Mei — Barisan Nasional (BN) akur akan berhadapan saingan sengit daripada parti pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai Julai ini namun kekuatan BN tidak boleh dipandang rendah.

Pengarah pilihan raya BN bagi DUN itu, Datuk Mustapa Mohamed berkata walaupun BN turun selaku ’underdog’ (bukan pilihan) pada pilihan raya kecil kali ini, ia tidak langsung menjejaskan semangat BN dan Umno untuk merampas kerusi itu.

“Kita tahu sebelum ini mereka (PAS) menang di sini, itu menjadikan kita underdog. BN mampu memberi saingan sengit pada pilihan raya kecil kali ini,” katanya Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera BN DUN Manik Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai, di sini, semalam.

PAS tidak perlu mendabik dada mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sebagai kubu kuat mereka kerana pada hakikatnya Barisan Nasional (BN) pernah menang kerusi itu.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata calon BN pernah menewaskan calon PAS di kawasan itu pada pilihan raya umum 1978 dan pilihan raya umum 2004, sekaligus membuktikan BN dan Umno mempunyai peluang pada pilihan raya kecil kali ini.

"Saya melihat cahaya yang terang di hujung terowong. Kita dapat lihat respons positif daripada penduduk di sini, saya sendiri pun terperanjat.

"Sebelum ini kita pernah menang di DUN Manik Urai, jadi kubu kuat PAS tidak pernah kukuh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk miskin di Kampung Lela Jasa, Sungai Rek, di sini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam mengadakan perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Kuala Krai di Pejabat Umno, di sini, dan bermalam di kampung berkenaan.

Katanya BN mengakui kehilangan banyak undi daripada golongan muda pada pilihan raya umum yang lalu namun tumpuan gerak kerja ditekankan kepada semua peringkat, tidak hanya tertumpu kepada golongan muda semata-mata.

Perubahan sikap juga semakin dapat dilihat terutama di kalangan golongan muda yang mula menaruh kembali keyakinan kepada BN dan kerajaan khususnya.

"Sebenarnya tidak semua golongan muda menyokong pembangkang tetapi dengan barisan baru pimpinan parti dan kerajaan, kita dapat lihat orang muda memahami peranan Umno dan BN sebagai sebuah parti dan kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.

Berhubung soal calon, beliau berkata perkara itu diserahkan kepada pimpinan bahagian, negeri dan pusat untuk menentukan.

Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri PAS kawasan itu Ismail Yaacob.

Ismail meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu kirakira 5.55 pagi Jumaat lepas setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak April lalu akibat sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilapor akan bermesyuarat esok untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu


PENANTI:PKR DENGAR SINI...

Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.

Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan ketua menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.
kerusi dun penanti pulau pinang 200409
Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.

Zainal Abidin juga menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya merancang membawa ahli Umno Penanti melawat Padang Besar, Thailand supaya mereka tidak mengundi Ahad ini.

Katanya, Umno bahagian Permatang Pauh tidak pernah menempah bas untuk tujuan tersebut.

"Khabar angin yang sedang disebarkan mengenai perkara itu adalah sengaja untuk memburuk-burukkan imej Umno.

15 majlis kenduri

"Kalau tidak percaya, lihatlah pada hari mengundi adakah bas yang buat rombongan.

"Tetapi saya tahu ada 15 majlis kenduri di Penanti, Ahad ini. Jangan kata, kenduri itu ditaja oleh Umno," katanya.

zainal abidin osmanZainal Abidin (foto) berkata, beberapa blog telah menyiarkan laporan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, beliau memberi jaminan Umno tidak akan mengadakan rombongan pada hari mengundi Ahad ini.

"Kalau ada satu atau dua bas, itu bukan Umno yang taja, mereka dah buat rancangan awal sempena musim cuti sekolah," katanya.

Zainal berkata, ahli Umno tidak keluar mengundi kerana calon BN tidak bertanding di Penanti.

Katanya, tindakan Mohammad Fairuz mengosongkan kerusi Penanti menyebabkan pengundi di kawasan berkenaan terpaksa mengundi tiga kali dalam tempoh 15 bulan.

Kali pertama, katanya ialah pilihanraya umum lalu, diikuti peletakan jawatan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan kini peletakan jawatan Mohd fairuz

PENANTI:KHAIRY SIFATKAN PEMBANGKANG MUDAH LUPA

Laporan bahawa Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat laporan polis terhadap saya kerana kononnya kesalahan di bawah undang-undang pilihanraya, jelas menunjukkan ketandusan idea mereka. Laporan ini adalah taktik intimidasi yang tidak berasas dan melambangkan politik juvana PKR.

Jelas sekali, motif mereka adalah untuk menghalang saya daripada bersuara, satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara kita. Hakikatnya, pengundi-pengundi Penanti mempunyai pemikiran mereka sendiri. Soal untuk pergi mengundi atau tidak adalah hak untuk mereka putuskan. Sekiranya seseorang pengundi memutuskan tidak mengundi untuk menunjukkan ketidakpuashatian mereka terhadap sesuatu, itu adalah hak mereka. Apa yang jelas, PKR tidak ada jawapan untuk tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri "1" Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, yang telah meletak jawatan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Janganlah pembangkang bersifat hipokrit dan lupa dengan sejarah sendiri apabila memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam pada Januari 2007 hatta menyuruh pengundi Batu Talam agar mengoyak kertas undi sebagai tanda protes atau tidak keluar langsung mengundi sepertimana gesaan Naib Presiden PAS Muhammad Sabu. Malah, pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim sendiri melabelkan tindakan memboikot PRK Batu Talam sebagai bijak dan berani.

Ingin saya huraikan bahawa jika pembangkang memboikot PRK Batu Talam kerana tidak berpuas hati dan mempertikaikan sistem dan undang-undang pilihanraya, maka BN kali ini tidak mengambil bahagian dalam PRK Penanti kerana tidak mengiktiraf tindakan pencabulan hak-hak, prinsip dan institusi demokrasi oleh pembangkang yang mengosongkan kerusi tersebut sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kepentingan dan amanah rakyat.

Dari dulu hingga kini, pembangkang hanya asyik bermain miopia politik sempit yang menggula rakyat dengan helah dan taktik berkepentingan sendiri dan apa yang mereka lakukan kini adalah tidak lebih
daripada satu manifestasi tembelang untuk melarikan diri dari tanggung jawab mereka kepada rakyat Penanti. Inilah sifat dan wajah sebenar pembangkang yang bertalam dua muka dan bersyok sendiri seperti di Batu Talam dan Penanti.

PENANTI:INI BUKAN KERJA UMNO

Umno bukan parti yang tidak bertangungjawab,walau pun Umno tidak bertanding ahli ahli Umno tetap akan bertanggungjawab dengan melaksanakan kewajipan pada negara dengan mengundi pada esok hari.Tujuan Pkr menuduh Umno menaja Bas untuk membawa penduduk melawat beberapa kawasan pelancongan adalah untuk menutup kelemahan mereka yang sudah jelas tidak mampu untuk mentadbir Penanti walaupun rakyat sudah memberi kepercayaan pada mereka.Sepatutnya pilihanraya ini tidak perlu diadakan kerana rakyat sudah memberi mandat pada Pkr tapi kerana ingin menaikan nama DSAI pilihanraya ini diadakan hanya untuk memuaskan nafsu Anwar yang memang sudah gila kuasa.

UMNO menafikan dakwaan Pkr yang Umno menaja bas membawa penduduk Penanti membeli-belah sambil bercuti di beberapa tempat termasuk di Thailand pada hari Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.Ini bukan kerja bodoh Umno dan Umno adalah sebuah Parti yang bertanggungjawab.Walaupun tiada wakil Umno yang bertanding,Umno tetap menyeru ahli ahlinya keluar mengundi esok agar penduduk Penanti tidak lagi akan memilih pemimpin yang hanya pandai bercakap tapi tidak pernah untuk menunaikan janji dan memilih calon yang benar benar yang mampu untuk bertanggungjawap pada penduduk Penanti.

Pemimpin Umno negeri yang menyifatkan perkara tersebut sebagai karut berkata, pihaknya tidak pernah membuat sebarang perancangan seumpama itu yang dikatakan bertujuan menghalang penduduk di situ keluar mengundi.Memandangkan cuti persekolahan pun sudah bermula, jadi tidak hairan jika ada pihak yang menganjurkan lawatan begitu, namun beliau menegaskan UMNO negeri tidak terlibat langsung dengan program tersebut.

Bagi Umno Pkr hanya pandai bercakap berapi-api tetapi tidak tahu membawa pembangunan kepada rakyat.Hampir dua tahun DSAI menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh tiada pembangunan yang mampu dibangunkan oleh Anwar yang bagi saya Anwar hanya sibuk berpolitik untuk membina nama nya keseluruh dunia tanpa memperdulikan penduduk Penanti yang bagi saya masih ada penduduk Penanti dibelenggu kemiskinan, tiada kemudahan air dan elektrik, manakala jalan kampung yang rosak juga tidak diperbaiki.

Malah, bukan itu sahaja masjid dan surau di kawasan itu seperti diabaikan, yang rosak tidak langsung diperbetulkan, peniaga dan usahawan kecil juga tidak diberikan bantuan apa lagi soal pendidikan anak-anak.

Hakikatnya, Penanti sepatutnya menjadi antara kawasan paling pesat membangun dengan pelbagai kemudahan infrastruktur memandangkan bekas ADUN kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin turut memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

Bagi Pkr mereka hanya pandai mawarkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan gantirugi sebanyak RM88,000 termasuk deposit bertanding DUN di Penanti kepada calon bebas.Calon bebas,kak min juga mendakwa beliau juga mempunyai bukti dalam bentuk rakaman mengenai 'peristiwa' di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal pada tahun 2007 yang membuktikan mereka dengan ketidaktelusan dan ketidakadilan pemimpin dalam PKR.

BAGI PENDUDUK PENANTI DIHARAP DAPAT MENILAI APA YANG TELAH PKR LAKUKAN SELAMA INI,BUKTIKAN YANG ANWAR TIDAK PERNAH MEMBELA NASIB PENDUDUK PENANTI DENGAN TIDAK MENGUNDI CALON PKR ESOK.....RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI.

PENANTI:UMNO PP SIFATKAN PKR HANYA PANDAI BERCAKAP

PULAU PINANG 29 Mei - UMNO Pulau Pinang menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan sekutunya hanya pandai bercakap 'berapi-api' tetapi tidak tahu membawa pembangunan kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ia jelas dapat dilihat dalam tempoh 15 bulan selepas penduduk Penanti memilih Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR.

Kata beliau, masih ada penduduk Penanti dibelenggu kemiskinan, tiada kemudahan air dan elektrik, manakala jalan kampung yang rosak juga tidak diperbaiki.

Malah, bukan itu sahaja, menurutnya, masjid dan surau di kawasan itu seperti diabaikan, yang rosak tidak langsung diperbetulkan, peniaga dan usahawan kecil juga tidak diberikan bantuan apa lagi soal pendidikan anak-anak.

''Hakikatnya, Penanti sepatutnya menjadi antara kawasan paling pesat membangun dengan pelbagai kemudahan infrastruktur memandangkan bekas ADUN kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin turut memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

''Namun, sepanjang tempoh itu juga, tiada apa-apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang yang kini memerintah Pulau Pinang. Mereka ini hanya tahu bermain dengan emosi rakyat untuk membangkitkan semangat melalui ucapan 'berapi-api','' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya lagi, UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak bertanding pada pilihan raya kecil kali ini turut terkena tempias dengan kata-kata umpatan dan cacian daripada PKR.

Tambahnya, paling menyedihkan, sebahagian lebih 15,000 penduduk di kawasan itu seolah-olah tidak peduli jika tiada sebarang pembangunan mahu pun pembaharuan dijalankan.

Pada masa yang sama, katanya, tiada mana-mana pihak mahu pun individu yang membangkitkan atau mempersoalkan mengenainya.

''Kita sudah melihat semua kempen, ceramah termasuk kenyataan akhbar yang dibuat PKR dan rakan sekutunya sepanjang 15 bulan ini, tidak ada satu pun membicarakan tentang sumbangan Ahli Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohammad Fairus kepada rakyat Penanti.

''UMNO negeri turut menerima banyak aduan dan rungutan daripada penduduk Penanti bahawa Anwar dan Mohammad Fairus jarang turun untuk bertemu dan mendengar masalah rakyat, kalau adapun, bila dekat-dekat pilihan raya baru nampak 'batang hidung'," ujarnya.

Justeru, Zainal Abidin berkata, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti Ahad ini merupakan platform terbaik bagi pengundi di kawasan itu memberi isyarat kepada PKR bahawa mereka mahu melihat pembangunan dan bukan hanya bermain emosi.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat Penanti menilai dan memikirkan dalam tempoh mereka yang dipilih itu menjadi wakil rakyat, apakah pembangunan serta sumbangan atau pun projek-projek kecil yang dijalankan oleh pakatan pembangkang.

''Saya juga ingin bertanya kepada rakyat di Penanti sama ada mereka berpuas hati dengan pembangunan di kawasan itu setakat ini, ataupun bagi mereka cukup sekadar mendengar kata-kata retorik serta ucapan 'berapi-api' yang dimainkan PKR dan rakan sekutunya untuk meneruskan kehidupan seharian,''

Jumaat, 29 Mei 2009

UMNO PAS:BAKAL TIMBALAN PRESIDEN PAS PENIPU

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memang tiada niat berdebat dengan rakan sejawatannya dalam PAS Datuk Husam Musa secara langsung di sebuah stesen televisyen, Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar rasmi PAS Harakah hari ini, menteri pertahanan juga melahirkan ducakita kerana exco kerajaan Kelantan itu mendakwa beliau menarik diri daripada menyertai rancangan tersebut.

"Saya tidak pernah mengesahkan kepada TV9 apatah lagi dengan Datuk Husam untuk menyertai siaran langsung rancangan Hujah pada 26 Mei," katanya.

Zahid bagaimanapun mengakui TV9 pernah menjemput beliau untuk menyertainya.

"Penolakan untuk tidak menyertai program tersebut adalah disebabkan oleh komitmen saya terhadap acara-acara lain yang telah diatur pada hari dan waktu yang sama terlebih dahulu dan ini telah saya nyatakan kepada mereka (TV9)," katanya.

Husam semalam dilaporkan menuduh Ahmad Zahid "tidak bertanggungjawab" apabila enggan hadir membahaskan isu rasuah.

Beliau juga menyatakan rasa kecewa kerana stesen televisyen TV3, satu bumbung dengan TV9, menyiarkan perdebatan itu dengan bekas pemimpin PKR Mohamad Ezam Mohd Nor - yang menggantikan menteri berkenaan - tanpa persetujuannya.

Sambil meluahkan rasa dukacitanya dengan penarikan diri Ahmad Zahid, Husam berkata stesen penyiaran itu pada awalnya memaklumkan kepadanya bahawa Zahid mengesahkan kedatangannya dan tidak mahu digantikan dengan individu lain.

"Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, sama ada dalam parti mahupun kerajaan.

"Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Datuk Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau," Husam dilaporkan berkata kepada Harakahdaily.net.

"Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab daripada gagalnya debat (itu). Tidak Zahid, tidak juga TV9?

"Saya sudah berada di Sri Pentas (hari itu). Zahid tidak muncul. Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru."

APAKAH INI WATAK SEORANG PEMIMPIN PARTI ISLAM....SIAPA TAK KENAL HUSAM....PEMIMPIN YANG SENTIASA AKAN BERUBAH KATA KATANYA...SIAPA TAK INGAT BILA HUSAM MENYATAKAN PAS AKAN LAKSANAKAN HUDUD SEKIRANYA PAS BERKUASA NANTI...TAPI BILA DAP BERSUARA HUSAM AKAN MENYANGKAL KATA KATANYA SENDIRI YANG MANA PAS TIDAK AKAN LAKSANAKAN HUDUD,INILAH PEMIMPIN PARTI ISLAM YANG TIADA PENDIRIAN....PERCAYALAH...YANG HUSAM TAKAN MENANG DALAM PERTANDINGAN MEREBUT JAWATAN NO 2 PAS....HUSAM AKAN TERSUNGKUR KERANA HUSAM BUKAN MEWAKILI PAS TAPI SEBALIKNYA MEWAKILI ANWAR DALAM ANWAR UNTUK MENYUSUP MASUK DALAM PAS.

RENUNG RENUNG KAN LA,,,LUPIKIR LA SENDIRI

MANEK URAI:UMNO ADA HARAPAN BUNGKUS PAS DI MANEK URAI

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan menyelia persiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, yang akan diadakan Julai ini.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, pula dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN itu.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini, beliau berkata Mustapa yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bertanggungjawab mengenai operasi serta keputusan seharian pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi itu yang kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada Pas meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lalu, Perdana Menteri berkata:

"Saya menunggu syor daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan. Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi," katanya.

ORANG KELANTAN MEMANG YAKIN DENGAN TOK PA DAN DENGAN PERLANTIKANNYA AKAN MEMBERI KELEBIHAN PADA UMNO UNTUK MEMENANGI PRK INI SEBAGAIMANA PADA 2004.MASYARAKAT DI MANEK URAI SEBENARNY INGIN PERUBAHAN DAN MEREKA YAKIN PERUBAHAN INI HANYA AKAN TERLAKSANA SEANDAINYA UMNO YANG MENJADI WAKIL RAKYATNYA.

UMNO:AHLI UMNO HADAPI TUDUHAN MAHKAMAH DIGANTUNG JAWATAN PARTI

PROMOSI 1MALAYSIA... Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Presiden Umno tertarik melihat treler milik Kumpulan Bintang yang akan mempromosikan konsep 1Malaysia sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Hadir sama timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kiri) dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bintang Datuk Shalimin Shafie. Kesemua treler milik Kumpulan Bintang akan tertera perkataan "Ke Arah 1Malaysia" bagi tujuan mempromosi konsep itu ke seluruh negara. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Umno memutuskan ahlinya yang menghadapi dakwaan di mahkamah akan digantung daripada jawatan dalam parti serta-merta.

Bagaimanapun, kedudukan mereka itu akan dikembalikan sekiranya mereka didapati tidak bersalah kelak.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam mesyuarat selama kira-kira dua jam petang tadi.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, MT Umno secara prinsipnya menerima syor Jawatankuasa Pengurusan parti untuk menguatkuasakan peraturan tersebut.

"Kita dari segi prinsipnya bersetuju atas syor Jawatankuasa Pengurusan bahawa sesetengah orang itu yang dikenakan tuduhan di mahkamah, jawatannya (dalam parti) akan digantung.

"Sekiranya dia berjaya dalam proses mahkamah, dia akan mendapat semula jawatannya," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat MT.

PENANTI:HUMBAN SAJA PEMIMPIN PKR DENGAN ALTANTUYA KENERAKA

Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR sekali lagi terpaksa memberikan keterangan kepada polis.

Badrul Hisham Shaharin berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut semalam.

Menulis di blognya, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu bagaimanapun mengesahkan kehadirannya hari ini kerana semalam berada di Perak dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur.

"Namun kira kira 2.30 petang (semalam, saya) dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban," katanya.

Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arah hadir.

Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Badrul Hisham mengulas isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan isu wanita Mongolia itu di media antarabangsa.

Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan "kek hari jadi Altantuya" kepada Najib di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Beliau juga pernah mengugut untuk mengadakan perarakan "keranda Altantuya" dari Rembau, kawasan parlimen yang pernah ditandinginya, menjelang pilihanraya kecil Penanti tetapi membatalkannya kerana BN tidak bertanding kali ini.

Badrul Hisham merancang mengadakan perarakan tersebut, kali ini dari Pekan menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan awal bulan depan.

UMNO PAS:PAS IKTIRAF KEKEJAMAN CHIN PENG(KOMUNIS)

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis.

Pas sebenarnya tidak merasai keperitan dan sengsaranya orang orang kampung yang sentiasa dalam ketakutan masa komunis bermaharajalela dahulu.Mungkin bagi mereka kezaliman komunis hanya satu rekaan cerita dongeng.Pada Pas kenapa perlu kerajaan membuat penilaian setelah rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa.


Bagi saya Pas perlu cermin dahulu siapa mereka untuk bercakap soal komunis.Bagi saya Pas lebih mementingkan pengaruh untuk mendapatkan undi dengan harapan rakyat akan mengiftiraf Pas sebagai pejuang membebaskan pemimpin komunis.Semua kita tahu yang kebanyakan keanggotaan komunis terdiri dari kalangan kaum cina dan kerana inilah Pas ingin diangkat oleh masyarakat cina sebagai pejuang mereka.

Bagi saya desakan beberapa pihak tertentu termasuk parti pembangkang supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia tidak akan memberi sebarang faedah malah akan menyebabkan kesan negatif kepada rakyat.Tiada asas yang kukuh mengapa Chin Peng harus dibenarkan pulang ke tanah air selepas jenayah yang dilakukan meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat terdahulu terutama orang Melayu.Apa faedah mereka perlu menyokong gesaan itu?. Sekarang ini, lebih penting adalah kita fokus kepada pembangunan generasi kita demi negara ini.

Permintaan Pas yang mahu kerajaan mengkaji semula ideologi Chin Peng tidak perlu ditimbulkan lagi kerana ia hanya akan mengakibatkan lebih banyak keburukan wujud kelak.Ini sesuatu yang tidak perlu ada kerana meminta perkara sebegini adalah satu isu yang sensitif dan perlu diteliti sebaik-baiknya sebelum berbuat begitu. Ia adalah tidak wajar.

Apakah Pas sedar bahawa cadangan itu terang lagi bersuluh mengguris parut luka lama seluruh warga Malaysia terutama mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga diisytiharkan darurat bermula bulan Jun 1948?Hakikatnya, usahlah ada yang buat- buat lupa pada sejarah ganas komunis dahulu. Ramai pejuang kita terkorban akibat jerangkap samar dan bedilan senjata mereka.

Tidak kurang juga yang kemudiannya tergolong dalam kelompok orang kurang upaya (OKU). Mereka menjadi wira tidak didendang apabila ada yang belum mendapat sebarang pembelaan meskipun merekalah yang telah bergadai nyawa menentang komunis dahulu.Malah, orang awam yang tidak berdosa turut menjadi mangsa sembelihan komunis. Atas sebab itulah, usah sama sekali begitu mudah untuk melupakan pahit maung hidup sengsara di bawah 'pemerintahan' komunis dengan senang hati membentang permaidani merah untuk Chin Peng sebagai ikon komunis Malaya untuk memijakkan kaki di tanah air ini kembali.

Walaupun atas premis kemanusiaan tetapi fikirkanlah dosa Chin Peng dan sekutunya yang 'berperikebinatangan' menzalimi bangsa kita dahulu. Seharusnya pihak yang beria-ia mahu mengiktiraf Chin Peng sebagai wira negara bertanyakan diri mereka terlebih dahulu.

Apakah sebarang usaha yang Pas lakukan untuk menghidupkan kembali fahaman komunisme di negara ini sebagai satu agenda untuk meraih populariti tanpa memikirkan sensitiviti rakyat.Tidak ada sebarang sebab untuk mana-mana pihak baik pada Pas untuk menjadikan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai pahlawan dan membawa pulang pengganas itu ke tanah air.

Bagi saya usaha yang dilakukan Pas yang cuba membawa pulang Chin Peng sebenarnya buta sejarah dan usaha seperti itu tidak akan diterima rakyat yang menolak fahaman tersebut.Bagi yang waras pemikirannya tidak seperti saranan Pas kita tidak nampak ada alasan yang munasabah untuk Pas membawa Chin Peng pulang ke negara ini dan dijadikan pejuang kerana dia adalah pengganas.Usaha Pas ini harus ditentang kerana ia adalah sesuatu yang biadab memandangkan mereka penderhaka kepada negara.Apakah Pas juga boleh kita ketogorikan sebagai penderhaka kerana mengiftiraf perjuangan komunis.

Pada Pas dan sekutunya yang cuba meraih sokongan fahamilah bahawa negara ini tidak boleh menerima kehadiran Chin Peng untuk kembali ke tanah air. Jika ditanya kepada wira-wira pejuang dalam pasukan Angkatan Tentera dan juga pasukan polis yang pernah bertempur dengan gerila komunis pimpinan Chin Peng semasa negara ini diancam pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu, tentunya mereka akan terkenang betapa peritnya cabaran yang telah dilalui sehinggakan ribuan nyawa terkorban.

Tentunya Chin Peng akan mereka cipta pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka sebelum ini. Negara yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 telah dinafikan oleh Chin Peng. Mereka enggan meletakkan senjata untuk meraikan kemerdekaan pada tahun berkenaan. Pada kami, semangat patriotik cintakan negara ini tidak tertanam dalam sanubari pemimpin PKM. Ia sebenarnya mahu mendominasikan negara ini dengan fahaman komunisme, tetapi rakyat telah menolaknya.

Benteng pertahanan negara terpaksa diperkuatkan di perbatasan tanah air kita kerana PKM telah bertindak ganas memusnahkan balai polis, merampas senjata, mengugut rakyat marhain malah mereka bertindak kejam membunuh sesiapa saja yang dilihat pro kepada pasukan keselamatan.

Kita mahu Pas dan rakan rakan lain yang mahukan komunis bertapak semula memahami aspirasi rakyat negara ini yang tidak boleh memaafkan segala tindakan lampau mereka lagi kerana terlalu banyak angkara khianat yang telah dipalitkannya terhadap negara ini. Kami bertegas dengan pendirian ini.

Pada anak anak generasi muda walaupun tidak berada dalam era darurat (1948 hingga 1960) yang mengakibatkan ribuan nyawa rakyat negara ini terutama anggota pasukan keselamatan melayang di tangan PKM, mereka maklum akan keganasan yang dicetuskan kumpulan pengganas itu.Anak-anak muda Malaysia mengikuti sejarah suka-duka kelahiran negara menerusi buku pelajaran dan buku-buku sejarah di sekolah. Malah mereka menghargai dan menyanjung tinggi pengorbanan generasi terdahulu dalam proses pembentukan sebuah negara Malaysia yang kita banggakan seperti hari ini.

Hakikatnya, terlalu banyak air mata dan darah yang diberikan untuk bumi bertuah ini terutamanya dalam menangani pemberontakan bersenjata PKM oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Kerana itu, Chin Peng tidak harus dibenarkan pulang semula ke Malaysia untuk selama-lamanya.

Jika dia dibenarkan berbuat demikian, ini merupakan satu penghinaan kepada wira-wira negara yang telah menggadaikan nyawa mereka dalam mematahkan pemberontakan bersenjata PKM ini.Walaupun PKM telah dibubarkan dan pemberontakan bersenjata mereka telah tamat, ini tidak bermakna segala dosa keganasan bekas ahlinya seperti Chin Peng secara automatiknya terampun atau dapat dimaafkan begitu sahaja. Semua dosa PKM masih jelas dalam lipatan sejarah negara ini dan ingatan rakyat.

Perjuangan komunis di Tanah Melayu gagal kerana tidak mendapat sokongan orang Melayu dan jangan pula Pas ingin menjadi wira komunis dengan membawa mereka kembali kenegara ini.Pada Pas janganlah dilukai hati hati orang yang berjuang untuk mempertahankan tanah air ini dari kekejaman komunis kerana Kita sangat berbangga dengan ATM sebagai organisasi yang menang secara total dalam peperangan melawan insurgensi komunis di dunia.Rekod ini amat sukar ditandingi oleh negara-negara lain yang terlibat dalam peperangan menghapuskan gerila.Janganlah dihina rekod cemerlang ini dengan membenarkan Chin Peng kembali buat selama-lamanya.

BAGI PAS ,YANG PENTING BAGI MEREKA ADALAH UNDI.KERANA UNDILAH PAS MAHU MEREKA DIANGGAP SEBAGAI PEJUANG PEMBEBASAN KOMUNIS.RUPANYA PAS MAHU KAN SOKONGAN KOMUNIS AGAR MEREKA DAPAT MEMERINTAH NEGARA INI ATAS DASAR TERBUKA MEREKA TERHADAP PERJUANGAN KOMUNIS.PADA RAKYAT MALAYSIA YANG ALAMI SENDIRI KEKEJAMAN KOMUNIS RENUNG RENUNG KAN LA APA SEBENARNYA PERJUANGAN PAS TERHADAP PERJUANGAN KOMUNIS.BAGI SAYA PAS SUDAH MENGIKTIRAF PERJUANGAN KOMUNIS.

UMNO:AGENDA TERANCANG HAPUS RAJA BERPELEMBAGAAN

Tindakan pihak tertentu mendesak kerajaan membenarkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang semula ke Malaysia dikhuatiri mempunyai agenda terancang untuk menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, situasi di Perak jelas menunjukkan wujud usaha pihak tertentu untuk menidakkan peranan raja dan ini menjerumus kepada pembentukan negara republik dan komunis.

''Saya takut untuk mengagak rancangan pihak tertentu itu. Bagaimanapun kita lihat institusi beraja selama beratus tahun di Nepal runtuh apabila komunis bertapak.

''Oleh itu, kerajaan perlu bertindak sekeras-kerasnya dalam hal ini dan tidak lagi mengambil pendekatan berlembut," katanya selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin Persatuan Bekas Perajurit Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia di sini hari ini.

Dalam perbincangan itu, GMP serta dua persatuan bekas anggota keselamatan negara itu mengambil keputusan menentang sekeras-kerasnya usaha pihak tertentu untuk membawa Chin Peng pulang ke negara ini.

Mengulas lanjut, Hilmi berkata, kebimbangan yang disuarakan pihaknya itu berasas kerana sebelum ini ada perhimpunan di Batu Caves, Selangor yang menyokong perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.

''Adakah ini mempunyai kaitan dengan gerakan komunis? Kerajaan perlu menjalankan kajian sama ada bibit-bibit ideologi komunisme ini mula bertapak dan berkembang di Malaysia," katanya.

Beliau berkata, walaupun komunis telah meletakkan senjata, ia tidak bermakna ideologi komunisme yang menjadi fahaman pengikut gerakan itu telah terhapus sama sekali.

''Membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia boleh diterjemahkan sebagai komunis kembali ke negara ini.

''Chin Peng patut dihukum atas kekejamannya, kalau zaman dulu, dah kena hukum mati ditembak," tegasnya.

Beliau turut menempelak tindakan pihak tertentu menyokong usaha membawa Chin Peng balik dengan alasan atas dasar perikemanusiaan.

''Perikemanusiaan apa? Kalau hendak kaji pasal Chin Peng, kerajaan patut nilai semula perjuangan bekas anggota keselamatan dan berikan kebajikan sepatutnya atas jasa mereka mewujudkan keamanan di negara ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar pula menyifatkan mereka yang menyokong komunis merupakan penentang kepada agama, sistem demokrasi dan semangat kenegaraan.

Katanya, mereka yang berniat membawa masuk Chin Peng seolah-olah ingin menghapuskan institusi raja-raja Melayu di negara ini.

''Orang Melayu melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik perlu mempertahankan agama Islam, budaya dan bahasa mereka daripada diancam fahaman komunisme," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau meminta Pas menyatakan pendiriannya sama ada menyokong atau sebaliknya usaha membawa masuk Chin Peng pada muktamar parti itu bulan depan.

''Sama ada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau mana-mana pihak yang menyokong komunis, mereka terkeluar daripada Islam. Siapa yang sokong sama dengan mereka," katanya.

Beliau menegaskan, kekejaman komunis tidak boleh dimaafkan kerana ramai menderita dan bukti kekejaman itu masih boleh dilihat pada kecacatan fizikal anggota perajurit yang masih hidup sehingga hari ini.

UMNO PKR:PKR SAPU TAIK TAIK UMNO

PKR ditubuh atas dasar dengki Anwar pada Umno yang telah mencampak beliau dari politik Umno,Jadi tidak hairan bahawa boleh dikatakan sebahagian pemimpin Pkr adalah pemimpin Umno yang sudah buat taik dalam Umno.Mereka semuanya sudah mengaut kekayaan semasa didalam Umno dan apabila Umno ingin membersihkan penyangak penyangak ini mereka keluar dari Umno dan menyertai Pas dan Pkr.Sebenarnya mereka ini tiada langsung mempunyai semangat untuk membantu rakyat sebaliknya apabila sudah hilang jawatan didalam Umno mulalah menimbulkan berbagai ragam didalam Umno.Dan mereka ini mulalah mencari tempat bertaut yang baru dengan Pkr menjadi sasaran mereka.Pkr akan menyapu taik taik Umno ini yang bagi mereka akan membawa keuntungan jangka pendek pada mereka dengan alasan mereka ini telah dianiaya oleh Umno sedangkan mereka ini sememangnya sudah dicampak dari Umno agar Umno akan sentiasa terhindar dari kuman kuman yang akan membawa penyakit.

Dan apabila bekas ketua penerangan Umno Perlis dilucutkan jawatannya ,maka timbullah sikap tidak puas hati akan timbul dan selalunya mereka yang kecewa ini akan keluar dari perjuangan.Maka disinilah selalunya pembangkang mengambil kesempatan dengan membela dan mempelawa mereka agar menyertai parti mereka.jadi Pkr bukanlah parti yang iklas dalam memperjuangkan rakyat tapi lebih kepada memperjuangkan sifat dendam mereka pada Umno.

Dan inilah bukti bahawa Pkr sentiasa mengambil peluang walaupun pemimpin berkenaan ada masaalah semasa didalam Umno

PKR Perlis sedia menerima Datuk Hashim Suboh jika bekas ketua penerangan Umno Perlis itu mahu menganggotai parti pembangkang itu.

Pengerusi PKR negeri, Johari Shafie berkata, pihaknya boleh menerima Hashim jika berminat berbuat demikian.

hashim suboh umno perlisBagaimanapun, kata Johari, sehingga ini beliau belum menerima permohonan daripada Hashim.

"Tidak ada masalah untuk kita menerima Datuk Hashim. Malah kita akan cadangkan kepada PKR pusat supaya menerima permohonannya.

"Tetapi saya tidak tahu parti yang mana satu dia (Hashim) hendak masuk. Biarlah dia buat kenyataan sendiri mengenai perkara tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hashim sebelum ini menyatakan kesediaannya menyertai pembangkang ekoran kecewa dengan layanan pemimpin Umno Perlis terhadap penyokong-penyokong bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bagaimanapun, Johari enggan mengulas apabila diberitahu Hashim merupakan perwakilan Umno yang meminta ketua Pemuda Umno ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menggunakan keris ke atas orang bukan Melayu yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

"Isu keris itu saya tidak mahu komen, isu itu sensitif dan juga isu tersebut sudah lama," katanya.

Sementara itu, timbalan pengerusi DAP Kedah/Perlis Vincent Loo ketika dihubungi berkata, beliau mahu berjumpa Hashim terlebih dahulu.

Katanya, beliau akan menghubungi Hashim dan kalau boleh inin bertemu pemimpin Umno Perlis itu minggu depan.

"Lain-lain perkara saya tidak mahu komen, biar saya jumpa Datuk Hashim dahulu," katanya.

Sementara itu, Hashim dihubungi berkata, kenyataannya ketika berucap dalam perhimpunan agung tersebut telah disalah tafsir dari maksud sebenar.

“Maksud saya ialah Datuk Seri Hishammuddin sebagai menteri pelajaran perlu menggunakan kuasanya untuk menjayakan sekolah wawasan.

“Dia ada kuasa menteri, mengapa tidak guna, jangan buat retorik politk sahaja,” katanya.

Hashim berkata, ekoran ucapannya itu, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu timbalan perdana menteri, telah memanggilnya untuk memberi nasihat.

Khamis, 28 Mei 2009

UMNO BN:CHIN PENG BUKAN RAKYAT MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Chin Peng bukan rakyat Malaysia, sebaliknya bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah rakyat Britain, berdasarkan fakta sejarah kelahirannya.

Fakta mengejutkan itu didedahkan pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim, yang berkata Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan pada 1923 yang ketika itu berada dalam daerah Dinding.

Beliau berkata, daerah Dinding ketika itu adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat yang juga adalah tanah jajahan British.Dinding sejak 1826 adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan hanya diserahkan kepada Perak pada awal 1930-an. Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak 1867 sehingga 1941 adalah tanah jajahan British.

"Mengikut fakta sejarah itu, maka Chin Peng adalah rakyat Britain dan bukannya rakyat Malaysia," katanya ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang menyokong hasrat bekas pemimpin PKM itu untuk tinggal di Malaysia.

Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, meminta kerajaan membenarkan Chin Peng kembali semula ke negara ini atas dasar kemanusiaan kerana beliau bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara.

Kenyataan Teng itu menerima tentangan keras daripada pelbagai pihak terutama persatuan-persatuan bekas anggota polis dan tentera yang mana sanak-saudara dan rakan seperjuangan terbabit secara langsung dan menjadi mangsa kekejaman komunis terutama ketika era darurat antara 1948 hingga 1960.

Cubaan Chin Peng untuk menetap di negara ini melalui sistem perundangan juga gagal dan ditolak mahkamah pada 30 April lalu.

"Kalau Chin Peng nak balik Britain mungkin tiada masalah. Tapi jika nak balik ke Malaysia, kena buktikan yang beliau rakyat Malaysia," katanya yang menegaskan ramai pihak beranggapan hanya orang Melayu yang dibunuh komunis semasa darurat sedangkan hakikatnya ramai Cina dan India yang turut dibunuh.

Beribu-ribu orang awam dan anggota pasukan keselamatan terbunuh semasa Chin Peng dan rakan-rakannya melancarkan perang gerila dari hutan dari 1948 sehingga kepada peletakan senjata mereka pada 1989.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia bagi mengelakkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era darurat.

UMNO:KELUARKAN KERTAS PUTIH AKTIVITI KOMUNIS 1948-1989

KINI, isu komunis kembali diperkatakan. Namun ia bukan isu baru.

Perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) di Hatyai, Thailand pada 1 Disember 1989 hanyalah untuk menamatkan pertempuran antara tentera Malaysia dan gerila PKM sahaja. Itulah hakikatnya.

Pada peringkat awal rundingan damai itu, Malaysia mahu PKM dibubarkan tetapi ia ditolak oleh pihak komunis. PKM hanya bersetuju meletak senjata.

Parti itu juga bertegas tidak mahu perjanjian tersebut dilihat sebagai 'penyerahan diri beramai-ramai.' Fakta itu dimasukkan ke dalam perjanjian akhir yang menyebut bahawa semua kenyataan selepas itu hendaklah dalam 'semangat perjanjian' tersebut dan tidak mengandungi sebarang 'unsur fitnah yang mengaitkannya sebagai penyerahan atau menyerah diri (oleh PKM).'

Walaupun lemah, PKM tidak mahu dilihat sebagai menyerah kalah dan itulah prinsip PKM terutama Setiausaha Agungnya, Chin Peng, sejak Rundingan Baling pada 1955.

Kerajaan memberi peluang sebanyak dua kali kepada PKM untuk menyerah diri. Pertama ketika Rundingan Baling dan kedua, selepas mencapai kemerdekaan. Kedua-duanya ditolak oleh Chin Peng.

Dalam siri rundingan damai di Hatyai yang bermula pada Mac 1989, PKM mahu Malaysia menerima parti itu dan juga Parti Kebangsaan Melayu Revolusioner Malaya (PKMRM) secara sah. Sedangkan ketika itu PKM adalah pertubuhan yang diharamkan.

Dalam pusingan ketiga rundingan itu, PKM menyatakan hasrat untuk menubuhkan parti baru iaitu Parti Buruh Sosialis Malaysia (SLPM) berlandaskan ideologi Marxist. Ia merupakan 'jawapan' kepada permintaan Malaysia supaya PKM dibubarkan.

Malaysia menyatakan cadangan itu tidak boleh diterima kerana Marxist adalah ideologi asing dan PKM patut mengelak daripada memberi gambaran bahawa SLPM adalah sebahagian daripada PKM.

Akhirnya, perjanjian itu mencapai persetujuan untuk empat perkara iaitu:

Pertama: Menamatkan aktiviti ketenteraan. Selepas menandatangani perjanjian itu, Malaysia dan PKM akan menghentikan serta-merta aktiviti ketenteraan.

Kedua: Membubarkan unit ketenteraan, memusnahkan senjata, peluru, bahan letupan dan jerangkap samar.

Ketiga: Penempatan di Malaysia. Anggota PKM dan anggota unit tenteranya yang berasal dari Malaysia dan ingin tinggal di Malaysia, akan dibenarkan berbuat demikian selaras dengan undang-undang. Mereka yang bukan berasal dari Malaysia, jika mereka mahu, juga boleh berbuat demikian selaras dengan undang-undang Malaysia.

Keempat: Bantuan oleh pihak berkuasa Malaysia. Selaras dengan Perkara Ketiga, kerajaan akan membantu mereka memulakan hidup baru.

Jika sebelum 1989, tumpuan komunis hampir semuanya di hutan. Tetapi selepas itu, apabila operasi ketenteraan berakhir, isu itu berpindah ke bandar-bandar.

Buku-buku yang menceritakan kegiatan komunis dan puak kiri mula membanjiri pasaran, termasuk buku Alias Chin Peng: My Side of History, yang diterbitkan pada 2003.

Selain daripada desakan oleh pihak tertentu supaya Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia, terdapat tuntutan lain supaya pengiktirafan diberi kepada pejuang berhaluan kiri dalam konteks kemerdekaan.

Hakikatnya, walaupun komunis dikalahkan daripada segi ketenteraan di Malaysia, ideologinya masih hidup. Dan ia juga mahu terus disemarakkan.

Jika tidak kenapa PKM tidak mahu membubarkan parti itu? Malah ia mahu meneruskan ideologi Marxist. Inilah yang perlu difahami oleh seluruh warga Malaysia.

Walaupun di negara-negara lain ia kelihatan berundur, bukan bererti kita tidak perlu memberi perhatian lagi. Memang mudah untuk memecahbelahkan berbanding membina. Lebih-lebih lagi kita sebagai sebuah negara berbilang kaum.

Ingatan keras oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim adalah kena pada tempatnya. Tetapi ia tidak memadai.

Jawapan yang lebih menyeluruh harus datang daripada Kabinet. Mungkin Kabinet wajar menimbang untuk mengeluarkan satu Kertas Putih mengenai PKM dari awal hingga membawa kepada Perjanjian Damai di Hatyai.

Tidak ramai yang mengetahui mengenai perjanjian itu. Mungkin laporan-laporan ketika itu agak terhad. Kini sampai masanya satu penjelasan lebih komprehensif dibuat.

Jika sesuai, jadikan ia sebagai satu Kertas Putih yang boleh digunakan untuk menjelaskan kekeliruan. Ia harus merangkumi kegiatan PKM sejak 1948-1989.

Penjelasan itu boleh dilakukan kerana Mahkamah Persekutuan sudah memutuskan mengenai kes Chin Peng dan ia tidak perlu dikhuatiri sebagai sesuatu yang sub-judice lagi.

UMNO PAS:PEMILIHAN PAS PUN ADA LARANGAN?

Rupanya Pas pun tidak berlaku adil pada calon yang bertanding.kenapa ada larangan menggunakan akhbar harakah,Selama ini Pas sering menuduh Umno tidak demokratik kerana ada berbagai seka

Pemimpin dan calon Pas yang bertanding pada pemilihan parti membidas tindakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Mustafa Ali, yang mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengenai larangan berkempen dalam Harakah, lidah rasmi parti itu.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar, berkata, tidak wajar Mustafa membuat kenyataan secara terbuka mengenai larangan itu, sebaliknya memadai dengan menjelaskan kepada kakitangan Harakah untuk tidak menyiarkan apa saja kenyataan yang boleh dikaitkan dengan kempen.

Beliau yang juga calon Naib Presiden, berkata tindakan itu boleh dilakukan secara senyap kerana semua pihak terutama calon sedia maklum bahawa parti tidak membenarkan Harakah menyiarkan sebarang kempen kecuali yang membabitkan isu atau kenyataan daripada biro yang diketuai calon berkenaan.

Tidak perlu disebut di khalayak, seolah-olah menggambarkan betapa seriusnya isu itu cuba ditangani oleh parti sedangkan perwakilan sudah matang memilih pemimpin,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan kenyataan Mustafa mengenai larangan berkempen dalam Harakah, tetapi mereka dibenarkan berkempen dalam media arus perdana.

Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh, berkata kenyataan secara terbuka mengenai isu itu mengundang pelbagai spekulasi yang boleh memburukkan imej parti, sedangkan ia tidak seteruk yang digambarkan.

“Tidak perlu membuat kenyataan seperti itu kerana saya lihat setakat ini tiada calon kenyataannya disiarkan dalam Harakah adalah semata-mata untuk berkempen, sebaliknya hanya menyatakan pendirian biro atau dewan diketuai mereka.

“Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk berkempen walaupun saya mempunyai laman blog sendiri kerana saya yakin keupayaan perwakilan untuk memilih pemimpin mereka,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Ulama Pas turut memberi reaksi yang sama apabila mempertikaikan tindakan Mustafa.

“Tidak perlu mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerana beliau adalah Pengerusi Harakah yang boleh memberi arahan secara terus supaya akhbar itu tidak dijadikan alat untuk berkempen oleh mana-mana calon.

“Saya yakin perwakilan lebih matang dan takkanlah perwakilan boleh disamakan dengan pengundi kawasan pilihan raya,” katanya.

PENANTI:PKR MENGAKU TAWAR GANJARAN:PKR AKAN TERKUBUR DI PENANTI

Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam mengaku dua ahlinya menemui dan menawarkan ganjaran kepada calon Bebas, Aminah Abdullah, supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Pengarah Pilihan Raya PKR DUN Penanti, Saifuddin Nasution, bagaimanapun berkata tawaran itu dibuat berdasarkan hubungan rapat mereka dengan Aminah dan bukan mewakili parti.

"Saya menemui kedua-duanya dan mereka memaklumkan Aminah menjemput mereka makan tengah hari di rumahnya. Mereka menerima jemputan itu kerana menghormati Aminah sebagai sahabat lama mereka," katanya pada sidang media di Yayasan Aman di sini

Kelmarin, Aminah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cakera padat (CD) mengandungi rakaman perbualan berhubung tawaran ganjaran wang tunai RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jika beliau menarik diri bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang itu juga mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, jika menang pilihan raya kecil itu dengan syarat menyertai semula parti berkenaan.

Tawaran itu didakwa dibuat oleh dua ahli PKR yang mengunjungi rumah Aminah di Jelutong, 13 Mei lalu.

AMINAH menyerahkan CD yang mengandungi gambar dan rakaman audio beberapa ahli PKR yang menawarkannya ganjaran kepada kakitangan SPR di Pejabat SPR di Komtar, Georgetown, semalam.

Aminah adalah antara tiga calon Bebas yang menentang calon PKR, Mansor Othman pada pilihan raya kecil Penanti Ahad ini yang diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairudddin.

Saifuddin juga berkata, peguam PKR, Ong Chin Wen sudah menghantar notis tuntutan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat Aminah terhadap parti itu.

"Kita sudah menghantar notis ke alamat calon terbabit. Notis itu bertujuan supaya Aminah menghentikan fitnah yang dilemparkan bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi. Kita memberi masa tujuh hari kepadanya (untuk menjawab notis itu)," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, yang dihubungi mengesahkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu selepas Aminah membuat laporan kelmarin.

"Apabila ada laporan sudah tentu kami perlu membuat tindakan susulan iaitu menyiasat. Beberapa individu akan dipanggil bagi memberi keterangan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Aminah menemui dua pegawai SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Butterworth, bermula jam 4 petang hingga 10 malam kelmarin, beberapa jam selepas beliau membuat pendedahan kepada media mengenai tawaran PKR itu.

Pada pertemuan itu, Aminah menyerahkan dekoder MP4 yang mengandungi rakaman perbualan berkaitan tawaran PKR kepadanya. Dekoder itu mengandungi perbualan dalam tiga pertemuannya dengan dua ahli PKR.

Semalam, Aminah turut menyerahkan sekeping cakera padat (CD) dan tiga cetakan gambar pertemuannya dengan ahli PKR itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang di sini.

Aminah yang ditemui pemberita, mengakui kedua-dua ahli PKR itu memang kawan baiknya, tetapi beliau terpaksa membuat pendedahan itu selepas dicabar Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mohamed Zahrain Hashim.

"Mereka mungkin faham mengapa saya buat rakaman. Hanya langkah berjaga-jaga. Malah, mungkin mereka juga membuat rakaman kerana ia memang tabiat orang PKR," katanya.

Rabu, 27 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:MUFTI PERAK BUKAN BONEKA UMNO,HANYA NYATAKAN PERKARA SEBENAR

Saya kecewa apabila Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dijadikan bahan cercaan dan makian oleh penyokong pembangkang di Internet.Perkembangan negatif ini menuntut semua pihak supaya melakukan muhasabah diri bahawa terdapat perkara pokok di negara ini yang tidak boleh dikompromi.Jika perkara ini dipandang mudah dan diketepikan begitu sahaja, ia akan memusnahkan apa yang telah dibina bersama di negara ini.Saya sedih sungguh, bukan sahaja mufti bahkan raja kita telah dihina, saya lihat ini mungkin satu situasi atau perkembangan yang perlu muhasabah semua pihak.

Kita lihat sekarang di dalam blog, ceramah dan tulisan media tertentu, terbabit dalam mengeluarkan kenyataan yang mengkritik pandangan beliau (Harussani).Selama ini mereka lihat apa yang disampaikan oleh mufti baik tetapi apabila beliau (Harussani) membuat pendirian dalam hal-hal tertentu yang tidak memihak kepada mereka, pandangan itu dilihat tidak betul.

Mufti Perak itu sebelum ini menyatakan kekesalan dan dukacitanya dengan tindakan penyokong parti pembangkang yang sanggup mencerca dan memaki beliau ekoran kenyataannya bahawa sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka.

Rakyat diminta berhati hati dan tidak terjerumus dengan permainan politik pihak tidak bertanggungjawab itu dan institusi mufti perlu dipelihara kerana ia penting bagi memastikan masyarakat sentiasa berada di landasan yang betul.Kita kesal kerana keperibadian mulia seorang mufti kini tercemar dengan cubaan melemparkan pandangan bahawa kedudukannya di tempat yang rendah dan hina sekali.Sebelum ini, pandangan Datuk Seri Harussani sentiasa dihormati semua pihak dan ada kalanya kita dalam Barisan Nasional (BN) juga ditegurnya.

Apabila beliau membuat teguran, tidak bermakna beliau tidak suka kepada pihak tertentu. Beliau bercakap tentang kebenaran. Kita tidak perlu melenting atau mengkritik dengan begitu keras terhadap pandangan yang dibuat.

Kenapa pembangkang sangat marah pada mufti Perak hingga sanggup menggelarnya anjing ekoran kenyataannya, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka

Bagi Datuk Seri Harussan isu sekecil-kecilnya hinggalah menyentuh dasar kerajaan, semuanya diredah oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria. Yang hak dikatakan hak. Yang salah dikatakan salah.Itulah perawakan dan sikap Harussani yang kini mencecah usia 69 tahun. Beliau sentiasa mendahulukan al-Quran dan hadis dalam segala tindakan dan perkataan untuk kesejagatan agama, bangsa dan negara.

Dan apabila Harussani dicerca dan dimaki para penyokong parti pembangkang ekoran kenyataannya dalam krisis politik di Perak tempoh hari bahawa 'sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka', ramai melihat Mufti Perak ini sebenarnya cuba diheret dalam sentimen dan fahaman politik pihak tertentu.

Asal ada yang tidak berpihak kepada 'mereka', habis dicarut oleh 'mereka'.

Selagi pemerintah seperti Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak menyuruh kita melakukan maksiat, maka kita mesti taat. Jadi, sesiapa yang ingkar, maka derhakalah orang itu.Sememangnya banyak perbezaan pendapat atau pandangan antara Harussani dan Nik Abdul Aziz.

Begitu juga dalam pergolakan politik di Perak yang mana Mursyidul Am Pas itu tetap menganggap tindakan bekas Menteri Besar Perak yang juga 'anak buahnya', Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Sultan Perak dalam penyelesaian kemelut politik negeri itu bukan suatu bentuk penderhakaan.

Rakyat khususnya umat Islam mengenali Harussani sebagai lelaki berperwatakan lemah lembut, sentiasa terukir senyuman di bibirnya terutama senang mengatakan yang hak dikatakan hak, yang salah dikatakan salah dan menjulang keagungan Islam di persada negara.

kelantangannya dalam mempertahankan kesucian dan kebenaran agama Islam merupakan sebahagian daripada tugas yang diamanahkan oleh agama dan saya akan terus menyatakan apa yang benar tanpa mengira siapa di hadapan saya kerana ia adalah hukum yang ditetapkan oleh Allah dan agama Islam sendiri.

PADA SELURUH PIHAK PEMBANGKANG DAN PENCACAI NYA JANGANLAH JADIKAN MUFTI SEBAGAI BARANG YANG BOLEH DISEPAK TERAJANG....MOGA ALLAH AKAN BERKATI DAN AMPUNI PADA SESIAPA YANG MENGHINA BELIAU SELAMA INI....AMIN.

RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI.

PENANTI:PKR MAKIN TERSEPIT

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertindak ke atas dua pimpinan parti itu yang mengakui telah menemui calon Bebas, Aminah Abdullah yang mendakwa ditawarkan ganjaran supaya menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution berkata, parti belum memutuskan apa-apa tindakan susulan terhadap pemimpin berkenaan iaitu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam.

"Kita akan uruskan perkara itu (tindakan) selanjutnya," katanya pada sidang media di Yayasan Aman di sini hari ini.

Semalam Cheah dan Peter menafikan mereka menawarkan ganjaran kepada Aminah sekiranya beliau menarik diri dalam pilihan raya ini namun mengakui mereka mengunjungi rumah Aminah pada 13 Mei lalu.

Kelmarin Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama dua wakil PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Dalam pada itu Siafuddin juga mengesahkan pihak peguam parti telah menghantar notis tuntutan kepada Aminah berhubung dakwaannya.

"Dalam konteks Aminah, PKR telah melantik panel peguam untuk tindakan susulan, hal Aminah elok diajukan kepadanya, hal rumah tangga PKR kita akan uruskan dengan penuh bijaksana.

"Kita sudah hantar notis kepadanya menggunakan dua alamat iaitu alamat surat-menyurat dan alamat tempat tinggal... kedua-dua kita hantar," katanya.

Ditanya apakah tindakan susulan yang akan diambil sekiranya Aminah tidak memberikan sebarang respons terhadap tuntutan tesebut, Saifuddin berkata perkara itu akan difikirkan apabila tempoh jawapan itu berakhir.

"Sekarang masih dalam tempoh itu, apabila tempoh itu tiba baru PKR akan fikirkan tindakan selanjutnya," katanya.

PENANTI:AMINAH(CALON BEBAS)NAFI ATUR PERTEMUAN,CABAR PKR DEDAH PERISTIWA DI HOTEL.

Calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah, menafikan beliau yang mengatur pertemuan dengan dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 13 Mei lalu.

Sebaliknya, katanya, pertemuan itu diaturkan seorang daripada mereka yang menghubungi beliau untuk menyatakan hasrat berjumpa di rumahnya di Jelutong, Pulau Pinang.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut mencabar Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim supaya mendedahkan satu peristiwa berlaku di sebuah hotel di Nibong Tebal yang berkaitan soal maruah.

"Saya berikannya masa selama 24 jam untuk menjawabnya," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH