tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 31 Oktober 2009

ANWAR NIZAR PELIWAT TEGAR:PEMBANGKANG LUMPUH KERANA MASAALAH DALAMAN SENDIRI

Bagi kebanyakan pemimpin dan pemerhati politik, krisis dalaman yang sedang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS di Selangor sejak kebelakangan ini bukan sesuatu yang memeranjatkan.

Malah ada di antara mereka percaya masalah ini akhirnya akan melumpuhkan kerjasama tidak rasmi di antara parti-parti pembangkang itu.

"Inilah yang akan berlaku apabila beberapa parti bergabung secara tidak rasmi untuk mentadbir kerajaan.

"Mereka bekerjasama dengan parti yang berlainan ideologi untuk mentadbir rakyat, tapi pada masa yang sama nak kena jaga wakil rakyat dan pemimpin masing-masing," kata pemerhati politik Prof Madya Shaharuddin Badaruddin.

Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara itu membayangkan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar dari PKR sebagai bukti kegagalan PKR menjaga wakil rakyatnya.

"Malah saya menjangka akan ada lagi wakil rakyat-wakil rakyat kerajaan pakatan pembangkang ini yang akan keluar parti, masing-masing sebab tak puas hati," katanya kepada Bernama.

Menghurai lanjut permasalahan yang melanda PKR dan PAS dan kesan permasalahan itu kepada pakatan pembangkang, Shaharuddin berkata keadaan mungkin berpunca daripada dasar 'ketelusan' yang cuba diamalkan oleh kerajaan pakatan, selain kegagalan pemimpin-pemimpin parti memisahkan ideologi parti dan dasar kerajaan.

"Kadang-kadang ada keputusan kerajaan tidak disenangi oleh beberapa pemimpin parti dan mereka meluahkan perasaan masing-masing berasaskan prinsip ketelusan, tetapi dalam hal ini akan ada pihak dari parti lain yang tersinggung maka timbullah masalah baru," katanya.

Semua itu kata beliau berpunca daripada perbezaan ideologi parti masing-masing dan ketiadaan saluran rasmi untuk menyelesaikan masalah berbangkit telah memburukkan keadaan.

"Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai saluran rasmi dan setiap masalah diselesaikan melalui saluran itu, pakatan pembangkang tidak ada dan ini menyukarkan mereka untuk bekerja menyelesaikan masalah antara parti," kata Shaharuddin.

Beliau berpandangan cara terbaik untuk pakatan pembangkang menyelesaikan masalah di antara mereka adalah menubuhkan gabungan secara rasmi.

"Sekarang cuma bergabung secara 'sleeping partners', tak ada satu ideologi yang dipersetujui semua, justeru tidak boleh mentadbir sebagai satu parti. BN walaupun dianggotai pelbagai parti tetapi mereka mentadbir sebagai satu parti.

"Pada saya pakatan sepatutnya begitu. Tambahan pula ROS (Pendaftar Pertubuhan) dah kata syarat tujuh anggota itu tidak terpakai kepada parti politik, jadi apa lagi yang ditunggu? Rasmikan saja dan jadikan sistem politik negara kita sebagai sistem dua parti," katanya.

Bagaimanapun menurut Prof Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk dari Universiti Sains Malaysia, agak sukar untuk pakatan pembangkang merasmikan gabungan mereka.

"Masing-masing berpakat cuma untuk menang pilihan raya, dan sama sekali tidak mempunyai kesefahaman daripada segi ideologi, khususnya antara PAS dan DAP, malah PAS dan PKR pun.

"Malah saya tidak pasti perbezaan ideologi antara PAS dan DAP ini boleh diatasi sebab terlalu jauh berbeza," kata pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan itu. Azeem juga berpendapat ketiga-tiga parti itu memerlukan masa yang lebih lama untuk membentuk gabungan rasmi kerana ada isu-isu tertentu seperti penentuan parti induk dan ideologi bersama yang harus dipersetujui terlebih dahulu.

Mengulas lanjut, Azeem menyifatkan pakatan pembangkang adalah rapuh dan hanya berpaut pada satu dahan iaitu ketua pembangkang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya melihat Anwar sebagai gam yang menyatukan ketiga-tiga parti ini tetapi sekarang beliau sendiri menghadapi masalah, itu akan menjejaskan kerjasama pakatan itu sendiri," katanya lagi.

Beliau juga berpendapat kegagalan parti-parti pakatan pembangkang menyelesaikan masalah dalaman masing-masing akan beransur-ansur melumpuhkan kerjasama di antara mereka.

"Kalau dasar-dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima baik rakyat, tidak mustahil pakatan pembangkang akan menghadapi masalah mengekalkan pentadbiran di negeri-negeri yang ditawan mereka sekarang," kata Azeem.

Sementara itu seorang lagi pemerhati politik yang juga sumber dalaman PAS memberitahu Bernama adalah mustahil untuk parti bertunjangkan agama Islam itu mengenepikan matlamat mereka iaitu menubuhkan negara Islam.

Malah kata beliau, perbezaan ideologi adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada pertelingkahan antara PAS dan DAP di Selangor.

"Saya akui memang payah untuk pakatan ini menjadi satu gabungan rasmi sebab PAS tidak akan sekali-kali mengetepikan perjuangannya untuk menubuhkan negara Islam, dan DAP pula tidak akan bersetuju.

"Tetapi saya akui ada di kalangan pemimpin PAS Selangor ini yang tidak kisah untuk menggadai perjuangan parti asalkan dapat kuasa dan ini yang sedang berlaku sekarang," katanya yang merujuk kepada siasatan oleh jawatankuasa disiplin parti terhadap beberapa pemimpin PAS Selangor yang didakwa bermasalah.

Meneliti hujah-hujah yang dikemuka pemerhati-pemerhati politik ini timbul persoalan sama ada parti-parti dalam pakatan pembangkang itu mampu mencapai kesepakatan sebenar seperti yang berlaku dalam BN atau akhirnya akan terungkai seperti yang berlaku sebelum ini.

ISU MORAL ANWAR:WAN AZIZAH PERLU PERJELASKAN SOAL MORAL ANWAR

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicabar menjawab persoalan moral yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hingga menjadi punca beliau keluar parti.Selama ini Wan Azizah dilihat banyak mendiamkan diri seperti mahu menyorokan sesuatau dari diketahui orang ramai dan juga pemimpin pemimpin PKR yang lain.Saya rasa tentu ramai pemimpin PKR sendiri tertanya tanya apa yang sebenarnya berlaku tentang kes liwat Anwar yang sengaja ditangguhkan.

Wan Azizah tidak boleh lagi melindungi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya mesti bertanggungjawab kepada ahli yang resah menanti penjelasan berhubung persoalan moral yang menyelubungi Anwar.Wan Azizah harus sedar tindakan Anwar mengemukakan pelbagai permohonan hingga mahkamah terpaksa menangguhkan kes tersebut telah menimbulkan pelbagai kegusaran.Wan Azizah sebagai isteri punya tanggungjawab kepada suami tetapi dia juga kena ingat yang dia adalah Presiden parti yang wajar menunjukan satu sikap telus dalam perjuangannya.Seharusnya Wan Azizah perlu bertanggungjawab kerana salah satu sebab Badrul tinggalkan PKR kerana persoalan moral termasuk meragui cara Anwar menangguhkan kes dakwaan liwatnya.

Jadi sebagai ketua Wan Azizah seharusnya meletakan prinsip moral diatas segala galanya dan bukan hanya bertanggungjawab pada suami tetapi Wan Azizah perlu juga bertanggungjawab pada ahli ahli PKR yang resah dan mahu penjelasan yang telus dari seorang presiden parti.Sekiranya ini menjadi satu beban pada Wan Azizah untuk menyatakan perkara yang sebenar pada ahli Pkr,amat wajar sekali Wan Azizah meletakan jawatan sebagai presiden parti kerana sebagai presiden parti seharusnya perlu seorang yang telus dan tidak melindungi sesuatu dari pengetahuan ahli ahli Pkr.

Wan Azizah harus bertanggungjawab kerana sejak kebelakangan ini ramai pemimpin Pkr yang keluar parti kerana kegagalan Wan Azizah sendiri dalam menjelaskan perkara yang sebenar pada persoalan yang dibangkitkan oleh pemimpin Pkr sendiri.Apa yang berlaku dalam Pkr sekarang merupakan satu masaalah peribadi Anwar, dan Wan Azizah selaku seorang ketua tidak seharusnya melebihkan Anwar kerana sebagai seorang ketua Wan Azizah perlu perjelaskan perkara yang sebenar dan tidak menyorokan sesuatu dari pengetahuan pemimpin Pkr yang lain kerana ini melibatkan soal parti dan soal moral seorang pemimpin.

Ramai dikalangan pemimpin dan ahli Pkr merasa gusar bila Anwar asyik melewatkan kes liwatnya.Apakah ini satu strategi Anwar untuk melewat lewatkan pertuduhan padanya.Jika Wan Azizah sebagai seorang ketua yang telus dan berpegang prinsip pada agama dan moral,seharusnya Wan Azizah menyokong tindakan Adun Pelabuhan Klang yang mahukan penjelasan berhubung kait dengan soal Anwar dan seharusnya Wan Azizah selaku presiden seharusnya meletakan kepentingan semua dengan meminta suaminya meletakan jawatan sebagai ahli parlimen.

Apa yang dilakukan oleh Adun Pelabuhan Klang itu sebenarnya harus disokong dan dituruti oleh wakil wakil rakyat yang dilantik rakyat kerana sebagai pemimpin adalah menjadi keutamaan dalam mempertahankan soal moral.Tidak guna mempertahankan pemimpin sekiranya moralnya sering dipertikaikan rakyat.

Kalau dinegara lain,pemimpin yang berhadapan tuduhan dengan soal moral tidak mungkin akan dilantik sebagai seorang ketua apatah lagi menjadi seorang pemimpin.Keadaan ini tidak berlaku di negara kita sebaliknya pemimpin yang runtuh akhlaknya dianggap sebagai seorang wira dan ada juga parti yang berteraskan Islam yang sanggup mempertahankan pemimpin yang sudah runtuh akhlaknya demi meraih sokongan rakyat.

Walaupun Adun Pelabuhan Klang hanya pemimpin kecil tapi keberanian beliau telah membuka mata pada pemimpin lain dalam Pkr bahawa soal moral tidak boleh dipertahankan.Dan seharusnya tindakan Adun ini perlu disokong kerana tindakan yang diambil oleh Adun Pelabuhan Klang ini berteraskan pada prinsip moral.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:AKHIRNYA SUASANA PANAS MESYUARAT KHAS PAS TERBONGKAR

Krisis kepimpinan Pas yang nampak sejuk di permukaan namun bergelora di dalam tidak dapat ditutup lagi apabila 'cerita dalam kelambu' mesyuarat khas parti itu kini tersebar luas dalam blog.

Blog-blog propembangkang dan prokerajaan heboh memperkata dan memperdebatkan apa yang sebenarnya berlaku di dalam mesyuarat itu termasuk ancaman seorang pemimpin kanan Pas untuk meletak jawatan jika Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali tidak dikenakan tindakan.

Hasilnya, mesyuarat tersebut Rabu lalu seperti yang telah diketahui umum memutuskan 'mengheret' Pas Selangor yang diterajui Hassan kepada Jawatankuasa Disiplin.

Antara yang banyak diperbahaskan di dalam blog mengenai majoriti Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat pada malam itu telah bersetuju berkompromi untuk tidak mengadakan EGM dengan syarat Hassan ditukar dan digantikan dengan mereka yang lebih layak.

Namun kompromi yang ditawarkan mereka itu difahamkan ditolak mentah-mentah, sebaliknya pemimpin lain pula yang akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti.

Salah seorang AJK Pas Pusat, Mohamed Hanipa Maidin ketika ditanya mengenai perjalanan mesyuarat yang dikatakan panas pada malam tersebut, enggan mengulas mengenainya.

Sebaliknya kata beliau, pertanyaan itu selayaknya ditujukan kepada blogger yang telah menyebarkannya.

"Pergilah tanya blogger kerana mereka yang menulis, saya tidak boleh memberitahu mengenai perjalanan mesyuarat, itu adalah rahsia parti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

Jumaat, 30 Oktober 2009

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:DILEMA DALAM HALA TUJU PAS

Walaupun Jawatankuasa Pas Pusat malam tadi bersetuju mengadakan satu seminar politik pada 7 November ini dan bukannya muktamar khas bagi membincangkan kedudukan "dua tiga kerat pemimpin tertingginya yang bermasalah", namun isu sebenar tentang puak ini telah dapat disampaikan kepada anggota parti itu, kata beberapa pemerhati politik.

Prof Dr Abdul Aziz Bari daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata keputusan mesyuarat jawatankuasa itu malam tadi tidak penting berbanding kejayaan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menyampaikan mesejnya mengenai pemimpin-pemimpin yang bermasalah itu yang hasilnya akan dilihat pada masa hadapan.

"Beliau telah membuka mata bahawa memang ada masalah dalam kalangan pemimpin parti itu dan harus disingkirkan. Mungkin tidak berlaku sekarang kerana mustahil pemimpin yang berkenaan akan meletak jawatan.

"Tetapi mesej ini akan diingati oleh perwakilan pada pemilihan parti akan datang," kata Abdul Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Nik Abdul Aziz sebelum ini telah meminta parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin Pas yang disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-Umno.

Antara pemimpin yang dinamakan ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Merujuk kepada saranan Hasan mengharamkan penjualan alkohol di kawasan majoriti Islam di Selangor, Abdul Aziz berpendapat bahawa Nik Abdul Aziz sedar tuntutan sedemikian telah menyebabkan Pas kehilangan sokongan bukan Melayu.

"Beliau tahu Pas berdepan dengan risiko kehilangan undi bukan Melayu jika mereka berterusan dengan cara sekarang, dan sebab itulah beliau bersuara agar orang bukan Melayu kembali yakin kepada Pas," katanya.

Abdul Aziz menolak kemungkinan bahawa tindakan Mursyidul Am itu akan menyebabkan Pas berpecah.

"Sejarah menunjukkan Pas tidak pernah berpecah sekalipun ada konflik. Ini cuma ribut dalam cawan, dan mereka akan terus bersama sehinggalah penyelesaian sebenar tercapai," katanya.

Seorang lagi pemerhati politik yang tidak mahu namanya disiarkan berkata kepimpinan Pas kini dibelenggu beberapa isu yang sukar dirungkai.

"Pada saya masalah ini berakar umbi dengan percanggahan pendapat antara golongan ulama konservatif dan ulama yang agak liberal.

Sekarang mereka bekerjasama dengan dua parti yang memang jelas liberal dan sudah pasti mempunyai kehendak yang berbeza.

"Mereka mempunyai satu persamaan iaitu mahu menguasai kerajaan pusat, tetapi daripada segi ideologi, bezanya macam langit dan bumi. Pas masih mahu menegakkan negara Islam tetapi apakah ini yang juga dikehendaki DAP dan PKR (rakan Pas dalam pakatan pembangkang)?" kata pemerhati itu.

Merujuk kepada isu alkohol di Selangor, pemerhati itu berkata Abdul Hadi tidak mampu menggunakan kuasanya bagi melaksanakan keputusan Majlis Syura agar Hasan dinasihat kerana tindakan sedemikian membawa mesej Pas merestui penjualan alkohol di kawasan majoriti orang Islam.

"Malah kalau kita teliti betul-betul, dulu pun semasa isu (anggota exco Selangor daripada PKR) Elizabeth Wong, Pas secara keseluruhan memisahkan diri mereka daripada isu itu kerana pada hakikatnya Pas masih berpegang kepada ideologi parti iaitu menegakkan ajaran Islam, dan tindakan Elizabeth (yang didakwa berkesedudukan dengan lelaki Islam), sekalipun beliau bukan Islam, adalah isu moral yang tidak patut disokong oleh Pas," katanya.

Berasaskan hujah itu, beliau melihat keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat malam tadi untuk menyiasat Pas Selangor, adalah sekadar untuk memuaskan hati sesetengah pihak. "Mereka mungkin siasat tapi apakah keputusannya? Beranikah mereka menyingkirkan Dr Hasan Ali? Saya berpandangan isu ini juga lama-kelamaan akan didiamkan begitu saja," kata pemerhati itu.

Kesimpulannya, kata beliau, konflik kepimpinan Pas akan berterusan tetapi parti itu mempunyai formula yang menyatukan mereka sekalipun berkrisis.

"Pada saya perkara ini mungkin berfaktorkan kepada asas penubuhan parti iaitu agama Islam dan para pemimpinnya tetap berpegang kepada asas itu setidak-tidaknya untuk dipamer kepada umum sekalipun di dalam mereka berantakan," kata beliau.

Bagi seorang lagi penganalisis politik, Asri Salleh, tindakan Nik Abdul Aziz menggoncang bahtera Pas mungkin berpunca daripada peningkatan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya melihat ada dua tekanan yang dihadapi oleh Pas sekarang akibat daripada peningkatan sokongan terhadap Najib ini, iaitu ada puak yang mahu Pas bekerjasama dengan Umno sekarang, dan ada puak yang mahu Pas kekal dengan pakatan pembangkang sehingga pilihan raya umum ke-13.

"Pihak yang pertama ini bimbang jika mereka tidak bekerjasama dengan Umno sekarang mereka akan terlepas peluang kerana jika dilihat keadaan sekarang Umno dan Barisan Nasional mungkin menang besar pada PRU 13 nanti.

"Tetapi pihak yang lagi satu pula mahu kekal dengan pakatan sekarang, dan saya melihat Nik Abdul Aziz sebagai seorang tokoh ulama, sudah pasti mahu berpegang kepada janji beliau untuk setia dengan pakatan pembangkang," kata Asri, pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, kampus Dungun, Terengganu.

Beliau tidak menolak kemungkinan Nik Abdul Aziz diasak oleh kumpulan ulama profesional yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang Pas akan meninggalkan pakatan.

"Pada saya Pas sekarang berada di persimpangan dan mereka seharusnya mengambil langkah konkrit sama ada benarbenar komited dengan pakatan ataupun bekerjasama dengan Umno," kata beliau.

Pandangan pemerhati-pemerhati politik ini serta cakap-cakap politik sebenarnya merumuskan Pas kini berada di persimpangan dan tidak mampu membuat keputusan kerana tersepit antara ikon mereka iaitu Nik Abdul Aziz dan juga hala tuju parti.

Mereka tidak mungkin menyingkirkan Mursyidul Am itu dan pada masa yang sama mereka juga perlu menentukan sama ada mahu kekal dengan pakatan yang bebeza ideologi atau menurut arus politik semasa dan bekerjasama dengan Umno.

BERANI KE PAS NAK AMBIL TINDAKAN PADA NAMA NAMA YANG DISEBUTKAN TADI...PAS SUDAH TENTU TIDAK AKAN MENGAMBIL RISIKO SEKIRANYA PEMIMPIN BERKENAAN DIAMBILKAN TINDAKAN DISIPLIN...SEBAGAIMANA UMNO BERANI MENGAMBIL TINDAKAN PADA PEMIMPINNYA.....RENUNG RENUNG KANLA...LU ORANG PIKIR LA SENDIRI......

ANWAR NIZAR BANGSA=T:TANGAN SULIT PUNCA KRISIS PAS

Kemelut dalaman yang melanda pucuk pimpinan Pas berpunca daripada percaturan politik oleh 'tangan sulit' rakan parti itu dalam pakatan dan bukannya disebabkan UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sehubungan itu menegaskan, Pas tidak sepatutnya menyalahkan UMNO kerana ramai sedia maklum siapa yang menjadi punca krisis dalaman membabitkan pucuk pimpinan parti tersebut.

"Bukan UMNO dan idea kerajaan perpaduan yang menjadi faktor utama masalah dalaman Pas. Siapa sebenarnya 'di belakang' semua ini yang menjadi punca. Rakan dalam pakatan mereka juga.

"Jadi tidak timbul sebenarnya alasan, kenapa UMNO yang hendak dipersalahkan ekoran perpecahan yang berlaku di kalangan mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pas yang menyalahkan UMNO dan idea kerajaan perpaduan, ekoran konflik dalaman terbaru selepas Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan Muktamar Agung Khas (EGM).

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Pas, kerana cuba menjadikan UMNO dan idea tersebut sebagai 'kambing hitam' sedangkan menurut beliau perkembangan semasa menunjukkan berlaku pertembungan kepentingan antara Nik Abdul Aziz dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohd. Shafie bagaimanapun enggan mendedahkan siapa yang menjadi 'tangan sulit', sebaliknya beliau berkata, masyarakat mampu melihat dengan sendiri siapa individu yang dimaksudkan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memberitahu, UMNO tidak perlu menari mengikut rentak Pas yang kini tertekan dan terdesak akibat kesilapan mereka sendiri.

"Biarlah Pas berdepan dengan kemelutnya. Kita tidak perlu terikut-ikut dengan rentak mereka," jelasnya.

Menurut beliau, apa yang penting ialah, UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) meneruskan usaha membangun dan memajukan negara agar semua lapisan rakyat dapat menikmati kesejahteraan hidup.

Katanya, masyarakat kini telah matang dalam menilai siapa yang layak memimpin mereka.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim meminta Pas supaya berhenti melibatkan UMNO dalam pergeseran politik dalam mereka.

Beliau yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menegaskan UMNO tiada kena-mengena dengan masalah dalaman Pas.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:NASHARUDDIN PEMIMPIN BERMASAALAH PAS?

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa hari ini menafikan beliau seorang pemimpin 'bermasalah' seperti yang didakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya jika beliau seorang pemimpin bermasalah sudah tentu perwakilan tidak akan memilih beliau dan majoriti yang diperolehnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 pada Jun lepas menunjukkan sebaliknya.

Nasharuddin, yang terkejut kerana namanya turut disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu, bagaimanapun berkata ini adalah amalan biasa bagi pemimpin atasan untuk memberi nasihat kepada anggotanya.

"Cara kami bekerja dalam PAS ialah terutamanya pemimpin atasan lebihlebih lagi beliau (Nik Aziz) sebagai pemimpin berpengaruh sentiasa memberi nasihat kepada kami.

"Beliau juga sentiasa mengingatkan kami mengenai sebarang isu dan apa sahaja tetapi dalam kes ini teguran itu datang menerusi blog (Tok Guru)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Penafian itu merupakan kenyataan sulung Nasharuddin sejak Nik Aziz menamakan beliau sebagai antara "dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah" dan mencadangkan parti itu mengadakan satu Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan kedudukan pemimpin-pemimpin itu.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin dalam parti itu termasuk menyebut nama Nasharuddin, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Nik Aziz mendakwa perlunya ada perubahan dalam "pemainpemain utama" yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat ini kerana masih berterusan dengan isu kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Nasharuddin, bagaimanapun berkata Nik Aziz telah memperjelaskan apa yang dimaksudkannya dalam tulisan berkenaan kepada Jawatankuasa PAS Pusat semalam, dan jawatankuasa itu telah membuat keputusan tidak mengadakan EGM sebaliknya digantikan dengan Seminar Politik.

Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat lebih empat jam semalam sebulat suara memutuskan Muktamar Agung Khas (EGM) tidak akan diadakan, dan sebaliknya akan digantikan dengan seminar politik pada 7 Nov ini.

Selain itu, keputusan yang diumumkan Presiden parti itu turut mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat PAS Selangor berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri itu

Khamis, 29 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PKR MAKIN GAWAT,ADUN PELABUHAN KELANG AKAN UMUM SERTAI PARTI LAIN

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dijangka akan membuat pengumuman untuk menyertai sebuah parti politik lain hari ini.

Beliau adalah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau mengambil keputusan tersebut berikutan perkembangan terbaru hari ini yang memperlihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan rasmi meminta adun berkenaan meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat.

Menteri Besar itu mendakwa, pada 20 Ogos lalu, Badrul Hisham telah diberikan surat tunjuk sebab setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah menerima aduan daripada penduduk di kawasan berkenaan.

MStar Online difahamkan, beliau akan bertindak keluar daripada PKR bersama-sama beberapa penyokongnya dan juga pemimpin PKR dari Negeri Selangor.

Episod terbaru ini menambah satu lagi bebanan kepada PKR yang baru sahaja menikmati tampuk kekuasaan di Selangor dan berkongsi kuasa dengan rakan-rakan dalam pembangkang di Kedah, Pulau Pinang dan buat seketika di Perak selepas pilihan raya umum yang lalu.

Malah dalam tempoh dua minggu ini sahaja, PKR telah diuji dengan pelbagai isu dalaman yang kelihatan seperti satu krisis.

Berikut adalah kronologi krisis kepimpinan yang melanda PKR:

* 16 Oktober - Zaid Ibrahim ambil cuti politik enam bulan selepas Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada menyertai program parti itu di Sabah atas jemputan Naib Presiden PKR Datuk Dr.Jeffrey Kitingan.

* 18 Oktober - Dalam pertemuan secara eksklusif dengan mStar Online Azmin Ali nafi beliau mempunyai masalah dengan Zaid dan menjadi punca mengapa Anwar halang Zaid ke Sabah.

* 18 Oktober - Zaid langar arahan Anwar dan tetap menjejakkan kaki ke Sabah. Bertemu dengan Jeffrey Kitingan dan pemimpin-pemimpin PKR Sabah yang lain.

* 27 Oktober - Dr Jeffrey umum letak jawatan sebagai naib presiden dan semua jawatan politik termasuk anggota Biro Politik PKR.

* 28 Oktober - Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi PKR.

* 28 Oktober - Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim menafikan beliau meletak jawatan selepas khabar angin bertiup kencang mengatakan beliau telah melepaskan jawatannya itu ekoran krisis kepimpinan yang berlanjutan dalam parti tersebut.

* 29 Oktober - Menteri Besar Selangor arah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan sebagai ADUN.

ANWAR NIZAR PELIWAT TEGAR:ANWAR PERLU JELASKAN APAKAH RAHSIA BESAR NYA?

Rakyat sebenarnya tertanya tanya apakah rahsia sebenar yang dirahsiakan oleh Anwar Ibrahim selama ini.Bagi rakyat,semua mahu tahu dan amat wajar sekali Anwar perjelaskan apakah rahsianya yang sering diperkatakan oleh rakan rakan nya dahulu dan tidak terlepas juga dimana bekas PM Tun Mahathir juga telah mendakwa Hadi dan beberapa pemimpin Pas turut mengetahui rahsia Anwar itu tetapi tidak mendedahkannya demi kepentingan politik pembangkang.

Semua rakyat tertunggu tunggu apakah rahsia besar yang disimpan dari pengetahuan rakyat kerana sebagai pemimpin rakyat mahu tahu apakah rahsia yang diperkatakan selama ini berkait rapat baik dari moral, kekayaan, peribadi ataupun rahsia perjalanan politik Anwar sendiri.

Adalah sebaiknya Anwar atau yang mengetahui apakah yang dikatakan rahsia besar itu memperjelaskannya pada rakyat jelata kerana rakyat harus tahu apakah rahsia itu berkait rapat dengan sifat Anwar yang sudah diketahui oleh rakyat selama ini.

Begitu juga dengan Azmin Ali yang mana ramai mengetahuinya dimana Azmin mendapat keistimewaan dari Anwar dan Azizah dimana seakan akan Azmin cuba menutup rahsia Anwar dan kerana itulah kemungkinan Azmin mendapat keistimewaan dari Anwar yang tidak dapat dirasai oleh pemimpin PKR yang lain.

Contoh yang paling ketara adalah dalam soal pengumuman rombakan kepimpinan PKR negeri kelmarin, lapan negeri menerima ketua yang baru termasuk Sabah yang sebelum ini diterajui Azmin.Bagaimanapun, Azmin dilantik pula sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menggantikan seorang lagi pemimpin utama parti itu,Khalid Ibrahim.Perkembangan terbaru dalam PKR itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana sesiapa yang pernah berada dalam lingkungan Anwar pastinya tahu tentang kedudukan Azmin kepada Penasihat PKR itu.Perkara ini pernah mendapat perhatian rakan rakan Anwar yang merasakan Azmin pasti dalam apa hal sekalipun mendapat perhatian istimewa Anwar.

Perasaan ini bukan sahaja disedari oleh rakan rakan karibnya tetapi semua yang pernah berada dalam lingkungan Anwar khususnya bekas setiausaha politik beliau yang merasakan kelebihan Azmin dimata Anwar Ibrahim.Malah ini pernah disebut dalam akuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid (bekas Penolong Gabenor Bank Negara) bagaimana isteri Azmin turut menikmati kelebihan oleh Anwar yang jadi Menteri Kewangan ketika itu.Malah soal itu pernah menjadi isu di kalangan orang politik semasa Anwar dalam kerajaan lagi dan ia amat sukar sekali untuk pegawai beliau jelaskan tentang kewujudan perhatian istimewa ini.

Ramai yang percaya yang hakikat ini sebenarnya disedari isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail namun atas keinginan tertentu maka ia disenyapkan.Banyak gurauan dibuat tentang hal ini di kalangan orang yang berada dalam lingkungan Anwar.

SEBAIK BAIKNYA ANWAR SENDIRI HARUS PERJELASKAN SEMUA RAHSIA INI PADA RAKYAT ATAU RAKAN RAKAN ANWAR DAHULU PERLU JUGA JELASKAN APAKAH RAHSIA YANG DIPERKATAKAN SELAMA INI...APAKAH IA BERKAIT RAPAT DENGAN TINGKAH LAKU ANWAR SENDIRI ATAU APAKAH INI TENTANG PERJALANAN POLITIK ANWAR ATAU APAKAH INI TENTANG KEHIDUPAN PERIBADI ANWAR YANG KITA RAKYAT TIDAK KETAHUINYA.....KITA FIKIR FIKIRKAN LAH.....

ANWAR NIZAR BANGSA=T:NIK AZIZ DIMALUKAN SEKALI LAGI

Sekali lagi cadangan EGM yang dicadangakan oleh TGNA ditolak mentah mentah oleh mesyuarat khas Pas malam tadi.


Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat PAS yang berlangsung selama kira-kira empat jam malam tadi memutuskan untuk tidak mengadakan Mesyuarat Luar Biasa (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sebaliknya satu program seminar politik disertai oleh perwakilan parti itu dari seluruh negara bagi membincangkan isu-isu memperkasakan parti akan diadakan di Markas PAS Taman Melewar pada 7 November ini.

"Keputusan ini dicapai sebulat suara setelah mengambil kira pandangan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu mengadakan sesuatu untuk mengumpulkan akar umbi," Presiden parti, Datuk Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas di ibupejabat parti itu di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang bermula jam 9 malam itu berakhir seitar jam 1 pagi.

Ditanya mengenai tulisan Nik Aziz dalam laman blognya yang memberi gambaran adanya beberapa pemimpin utama parti itu yang pro-kerajaan perpaduan dengan UMNO , Hadi berkata, Musyridul Am PAs itu telah mengatakan segala tuduhan itu adalah tidak benar.

“Tuduhan itu tidak benar. Beliau sudah jelaskan,” jawabnya ringkas

Hadi mengumumkan mesyuarat khas itu juga mencapai kata sepakat bahawa PAS akan menjalankan peranan lebih aktif untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Katanya, mesyuarat juga memutuskan supaya isu kerajaan perpaduan ditutup dan tidak dibincangkan lagi.

Beliau memberitahu mesyuarat turut membincangkan masalah yang berlaku dalam PAS Selangor dan mengambil keputusan menubuhkan jawatankuasa khas disiplin untuk menyiasat. Katanya, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh DatukTuan Ibrahim Tuan Man.

"Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyiasat sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu setiausaha agung PAS, Mustafa Ali dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub .

Nik Aziz turut hadir dalam mesyuarat berkenaan, tetapi pulang lebih awal, pada kira-kira 11 malam.

Hadi berkata mesyuarat berkenaan turut membincangkan mengenai hala tuju parti itu selepas Pilihanraya Kecil Bagan Pinang

Rabu, 28 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:LAMA LAMA PKR HANYA TINGGAL 3A

Makin ramai pemimpin Pkr sudah sedar yang perjuangan parti Pkr hanya untuk kepentingan peribadi dan kerana itulah ramai yang sudah sedar yang perjuangan Pkr hanya sia sia dan merugikan.Kerana itu lah tidak hairan bila ramai pemimpin Pkr sendiri telah keluar dari parti yang hanya memperjuangkan masaalah peribadi pemimpin berkenaan.

Tidak menghairankan apabila kemelut yang melanda kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus meruncing apabila Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan hari ini meletakkan semua jawatan dalam parti itu.Beliau telah membuat keputusan drastik tersebut atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.Perkara ini (melayan Sabah secara tidak adil) bukan baru tetapi sejak 2007 lagi contohnya dalam hal menentukan Ketua Perhubungan PKR Sabah sebelum pelantikan Azmin Ali lagi.Walaupun 90 peratus PKR Sabah tidak bersetuju dengan pelantikan itu tetapi mereka lantik juga, ini mewujudkan ketidakstabilan (di Sabah) sampai sekarang.

Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.Sebelum Azmin, PKR Sabah diterajui penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggantikan, Ansari Abdullah.Ahad lalu, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pelantikan bekas Setiausaha PKR negeri, Thamrin Zaini sebagai Ketua Perhubungan PKR negeri yang baru.

Sudah terbukti yang Anwar ,Azizah dan juga Azmin tidak mempercayai Jeffrey untuk dilantik sebagai ketua perhubungan Sabah dan kerana itulah Jeffry telah meletakan jawatan semua jawatan yang disandangnya.Tidak menghairankan yang perjuangan Pkr adalah untuk mencapai matlamat peribadi pemimpin mereka yang boleh dikatakan matlamat 3A.

Rakyat tahu yang perjuangan Anwar hanya untuk melepaskan dirinya dari tuduhan liwat yang dihadapinya nanti.Dan Pemimpin Pas juga tahu dan ini termasuk Presiden Pas yang tahu siapa sebenarnya Anwar dan kerana itulah Haji Hadi tidak berapa menyokong perjuangan Anwar.Tapi kerana politik Haji Hadi sedia ketepikan soal maruah demi mencapai cita cita politiknya.

TENGOKLAH APA SUDAH JADI DENGAN PARTI SERPIHAN UMNO SEPERTI S46 YANG AKHIRNYA DIBUBARKAN DAN KEMBALI PADA UMNO....PERKARA INI JUGA AKAN TERJADI PADA PKR....TIADA SIAPA YANG AKAN TINGGAL SELAIN ANWAR ,AZIZAH DAN AZMIN...SEBENARNYA RAMAI SUDAH TAHU KENAPA AZMIN DIBERI KEISTIMEWAAN OLEH ANWAR DAN AZIZAH...PERCAYALAH YANG PAKATAN RAKYAT JUGA AKAN MENGALAMI NASIB YANG SAMA DENGAN PKR NANTI.....TIADA SALING PERCAYA MEMPERCAYAI DALAM IKATAN PAKATAN RAKYAT ....PEMIMPIN PEMIMPIN PAKATAN SALING TIDAK PERCAYA MEMPERCAYAI ANTARA SATU SAMA LAIN.....APA YANG KITA LIHAT HANYALAH SATU SANDIWARA PEMIMPIN PAKATAN YANG MAHU MENJATUHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN....KERANA KUASA MEREKA TIDAK PERCAYA MEMPERCAYAI....SEMUA KETUA PEMIMPIN DALAM PAKATAN MAHU MENJADI PM DAN KERANA ITULAH ADA PEMIMPIN DALAM PAKATAN SENDIRI TIDAK MENYENANGI SEKIRANYA ANWAR MENJADI PM MALAYSIA......AKHIRNYA PAKATAN AKAN HANCUR DEK KETAMAKAN PEMIMPIN SENDIRI.....TIADA GUNA KITA MENYOKONG KERAJAAN YANG TIDAK ADA HALUAN YANG SAMA ...MASING MASING DENGAN KEGOAN MASING MASING.....

KITA LIHAT APA AKAN TERJADI DENGAN PKR....AKHIRNYA SEMUANYA AKAN MENINGGALKAN PKR....YANG TINGGAL HANYA 3A.....

SIDANG DUN PERAK:NIZAR DAN PEMBANGKANG JUGA BUAT SIDANG DUN

11.45am: ADUN Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan selepas Sivakumar menangguhkan sidang mereka. Mereka kini mengadakan satu sidang akhbar di perpustakaan, berhampiran bilik persidangan.

11.20am: Dua sidang berjalan serentak dalam Dewan. Satu dikendalikan oleh Speaker BN, Ganesan dan satu lagi oleh Speaker Pakatan, Sivakumar.

Sidang DUN Bn disambung di tengah-tengah keriuhan dari pihak pembangkang, walaupun pembesar suara mereka telah ditutup.

ADUN Pakatan melaung: "Speaker haram sila keluar".

Ganeran memberi amaran tindakan akan diambil terhadap ADUN yang tidak mengikut peraturan.

Bagaimanpun, setiap kali ADUN BN berucap, ADUN Pakatan bertindak mengejeknya.

11.15am: Speaker Pakatan Rakyat V Sivakumar pula menangguhkan sidang dewan yang dipengerusinya pada jam 10.45 pagi tadi.

11.05am: Sivakumar telah menangguhkan 'sidang' Pakatan.

11.00am: Nizar membentangkan menggantung semua Kem Program Khidmat Negara dan aktiviti ko-kurukulum yang lain ekoran tragedi di Kampar kelmarin, sehingga selesai siasatan. Usul itu 'diluluskan' sebulat suara.

Beliau kemudiannya bercakap mengenai laporan Ketua Audit Negara 2008, dengan berkata pentadbirannya telah bertadbir dengan baik (sewaktu 10 bulan pentadbiran Pakatan di Perak). Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ketua audit negara dan semua jabatan kerajaan.

10.55am: Polis mengarahkan kira-kira 80 penyokong yang berhimpun di luar bangunan sekretariat supaya berada di belakang pita keselamatan. Mereka mematuhi mengejek anggota polis dengan melaungkan: "1Malaysia, 2 Perak, 3 katak!"

Seorang daripada mereka memegang muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memaparkan tajuk utama mengenai tragedi di perkhemahan 1Malaysia kelmarin.

10.45am: Sivakumar memulakan sidang walaupun duduk di kerusi ADUN Tronoh. Beliau meminta dewan bertafakur ekoran kejadian di Kampar kelmarin. Ini membuat beberapa ADUN BN melaungkan "tadi dah buat".

Sivakumar dan rakan-rakannya menjawab: "Itu speaker haram yang buat".

Nizar meminta izin untuk bercakap, tetapi pembesar suaranya ditutup.

Ganesan tidak berbuat demikian, manakala ADUN BN tidak menghiraukan ucapan mereka. Mereka berlegar-legar sambil bercakap, seolah-olah ADUN Pakatan tidak ada dalam dewan itu.

SIDANG DUN PERAK:ADUN PAKATAN MULA BUAT HAL

10.52am: Walaupun sidang DUN Perak ditangguhkan, tetapi Speaker Datuk R Ganesan masih duduk di kerusinya, mungkin kerana bimbang V Sivakumar duduk di situ.

10.35am: Sekitar bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak dikawal ketat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pembentangan bajet bermula.

ADUN Pakatan Rakyat mendakwa polis menghalang mereka masuk ke dalam Dewan, dan mendakwa beberapa orang daripada mereka telah dikasari. Mereka masuk ke Dewan sewaktu Speaker menangguhkan sidang selama sejam mulai jam 10.20 pagi.

10.22am: ADUN Pakatan masuk ke dewan, sambil mengejek Speaker sebelum duduk di tempat masing-masing.

Terdengai komen: "Wah! Speaker haram, bodyguard banyak" dan "Woi, Ganesan pakai sari lebih baik lah!".

10.20am: Ganesan menangguhkan sidang dewan sehaingga jam 11.20 pagi.

10.15am: Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mula membentang bajet. ADUN Pakatan belum kelihatan.

Bagaimanapun, satu drama berlaku di luar bangunan.

Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh OCCI Ipoh Anthony Glenn didakwa menghalang ADUN Pakatan daripada masuk ke Dewan beberapa kali dan mengkasari sebahagian daripada mereka.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberita bahawa mereka dihalang sebelum dapat menaiki lif.

Sivakumar mendakwa anggota polis merampas songkoknya, tetapi tidak berjaya merampas jubahnya.

ADUN masuk semula ke dalam bangunan selepas sidang akhbar, tetapi Sivakumar muncul semula bersama ADUN Jalong Leong Mee Meng - kali ini tanpa memakai jubah.

"Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN di dalam bangunan," dakwanya.

10.20am Speaker Datuk R Ganesan menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama sejam sehingga jam 11.20 pagi.

10.05am: Speaker Datuk Ganesan memulakan sidang dengan membuat pengumuman mengenai larangan penggunaan alat-alat rakaman dan telefon bimbit di dalam Dewan. Pengawal keselamatan dewan diberi kuasa merampasnya.

Katanya, jumlah pengawal keselamatan telah ditambah - sekurang-kurangnya 22 orang di dalam Dewan - bagi menghalang berulang kekecohan seperti yang berlaku pada 7 Mei lalu.

Dewan bertafakur sebenar berhubung kejadian seorang peserta perkhemahan 1Malaysia yang lemas di Kampar malam kelmarin, apabila jambatan gantung yang dilalui peserta runtuh.

10.00am Sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula dengan bacaan doa. Kerusi pembangkang masih kosong, ekoran spekulasi ADUN Pakatan masih melalui pemeriksaan ketat.

9.50am Semua ADUN Pakatan Rakyat masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri selepas melalui dua sekatan polis. Polis membiarkan mereka masuk.

9.45am Para ADUN Pakatan Rakyat mula bergerak dari pejabat DAP untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. V Sivakumar kelihatan memakai jubah Speaker.

9am: Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.

Laporan awal:

Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet.

Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di udara di atas bangunan sekretariat. Para wartawan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pemeriksaan ketat.

Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar.

Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Mei lalu.

Ekoran Pakatan masih terus mempertikaikan kesahan kerajaan negeri BN, maka sidang hari ini dijangka panas.

Bagi mengelak sebarang kekecohan, pihak polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah lewat semalan untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.

Awal pagi ini, polis telah menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.

Kenderaana pertama polis tiba di bangunan itu pada kira-kira jam 6.20 pagi. Beberapa anggota polis juga ditempat di dalam bangunan tersebut.

pada jam 7 pagi, anggota polis mula memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.

Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi tetapi pintu bangunan sekretariat dijangka dibuka pada jam 9 pagi untuk membolehkan ADUN Bn masuk ke dewan.

Difahamkan ADUN Pakatan hanya akan dibenarkan masuk ke dewan pasda jam 9.55 pagi, bagi mengelak berlaku insiden merebut kerusi Speakar.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:NIZAR NAK AJAR SULTAN PERAK?

Semua pihak termasuk istana Perak diseru mengamalkan doktrin pemisahan kuasa bagi mengekalkan demokrasi di negeri tersebut yang kini terjerumus dalam kancah perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat sejak awal tahun ini.

"Saya percaya selagi semua pihak mematuhi doktrin tersebut, sistem kerajaan di Perak akan menjadi amat bersih, selamat dan demokratik," kata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat sebelum digulingkan BN, Februari lalu.

"Sebagai sebuah negeri yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan, secara definisinya baginda tidak boleh memihak kepada mana-mana parti dan seboleh-bolehnya menjadi paling berkecuali."

Beliau diminta mengulas sama ada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kini lebih memihak kepada BN berbanding Pakatan Rakyat yang boleh dianggap melanggar doktrin itu yang menjadi tonggak demokrasi.

"Dalam situasi sekarang, selagi (tuanku) mematuhi doktrin itu dan menjalankan peranannya sebagai raja berperlembagaan, segalanya akan menjadi baik," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif, Jumaat lalu.

Beberapa kes mahkamah yang muncul susulan krisis tersebut – antaranya melibatkan perebutan jawatan menteri besar dengan Datuk Seri Dr Zambry Kadir dan jawatan Speaker DUN antara V Sivakumar dan penggantinya Daruk R Ganesan – akan menguji lagi keutuhan doktrin ini, tambahnya.

"Mungkin semenjak 50 tahun sebelum ini, kita fikir kita telah faham doktrin ini tetapi apabila kita diuji, kita sedar bahawa apa yang kita faham itu sebenarnya tidak betul," katanya.

"Saya tidak mahu pertikai kedudukan bijak pandai sekarang. Pakar dalam perlembagaan, mereka perlu faham persoalan ini, tapi ia tidak penah diuji sebelum ini, hinggalah krisis di Perak berlaku.

"Kemudian barulah mereka sedar banyak perkara yang telah terlepas pandang."

Doktrin utama demokrasi mengiktiraf kebebasan tiga cabang pemerintahan utama – eksekutif, badan kehakiman dan badan penggubal undang-undang – bagi menyediakan sistem semak dan imbang.

Mohamad Nizar berkata, ujian keutuhan doktrin itu termasuklah tindakan ahli parlimen DAP bagi Puchong, Gobind Singh Deo mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat menggantung beliau selama setahun tanpa sebarang bayaran elaun dan faedah lain.

(Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa ia tidak ada kuasa untuk mencabar penggantungan 12 bulan ke atas Gobind daripada menghadiri sidang Parlimen. Bagaimanapun mahkamah mengarahkan Parlimen membayar imbuhan kepada peguam itu kerana ia tidak mempunyai kuasa menahan pembayarannya.)

"Ini satu persoalan yang kita belum faham sebelumnya. Jika anda berdasarkan keputusan mahkamah ke atas Gobind, tidak ada cara untuk mana-mana mahkamah masuk campur dalam keputusan yang dibuat oleh seseorang speaker," kata ADUN Pasir Panjang.

"Tapi pada masa yang sama, mahkamah telah menetapkan dalam kes Sivakumar bahawa ia boleh masuk campur. Adakah anda berkata hakim-hakim telah melanggar doktrin tersebut?

"Sebab Perkara 72 dalam perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan apa-apa keputusan oleh mana-mana speaker tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah."

Mohamad Nizar, yang juga ahli parlimen PAS, berkata keputusan mahkamah dalam kes Gobind telah berjaya meletakkan doktrin pemisahan kuasa dalam perspektif.

"Saya tidak menuduh mereka (mahkamah) melakukan perkara ini sewenang-wenangnya, tapi mungkin kerana terlepas pandang (dalam kes Sivakumar)," katanya.

"Jadi saya rasa ini adalah peluang yang baik untuk memperkemas semua sekali dan menjadikannya (keputusan-keputusan itu) konsisten, dan meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai rujukan paling penting, bukannya mengikut kehendak mereka atau mana-mana pengaruh."

Selasa, 27 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PAS TIDAK AKAN KELUAR PAKATAN SELAGI NIK AZIZ ADA DALAM PAS

Pas sebenarnya sudah lama mahu keluar dari Pakatan Rakyat kerana pemimpin Pas terutama Haji hadi tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.Tapi kerana Nik Aziz berkeras yang Pas harus berkerjasama dengan Pkr Dan Dap Maka Haji Hadi tidak dapat berbuat apa apa dan terpaksalah Haji Hadi bergerak dalam keadaan senyap.Sesungguhnya semasa pemilihan Pas yang lalu sudah terjawab yang kumpulan erdogan yang memang penyokong kuat Anwar Ibrahim telah ditolak oleh seluruh perwakilan Pas dimana tiada satu pun kumpulan Erdogan yang menag jawatan penting dalam Pas.

Kerana takut pengaruhnya akan hilang maka Nik Aziz tidak ada pilihan lain selain membuat satu tindakan yang dianggap keterlaluan dengan mencadangkan satu EGM agar dapat beliau menyingkirkan musuh musuh politiknya dari dalam Pas sendiri.Itulah niat Nik Aziz yang sebenarnya.Kerana kata kata nya sudah tidak lagi mendapat perhatian ahli ahli Pas sendiri maka Nik Aziz perlu melakukan sesuatu agar musuh politiknya ini dapat disingkirkan melalui satu mesyuarat khas sedangkan Nik aziz tahu semasa pemilihan Pas dahulu ramai orang Nik Aziz tewas ditangan orang Haji Hadi.

Kerana itulah Pas tidak akan keluar dari Pakatan rakyat kerana Nik Aziz adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim sedangkan Haji Hadi sudah tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.Pas hanya akan keluar dari Pakatan Rakyat bila Nik Aziz tidak lagi berada dalam kepimpinan Pas.Percayalah dimana bila sahaja Nik Aziz sudah berundur atau dipecat sahaja dari Pas maka Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat dimana sudah ada ura ura dimana Pas Selangor sudah lama memikirkan untuk keluar dari Pakatan di Selangor.

Kerana itulah Nik Aziz mahu beberapa pemimpin yang menetang kerajaan Pakatan Rakyat ditendang keluar dari Pas dan ini termasuklah Hasan Ali di Selangor.

Isnin, 26 Oktober 2009

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:NIK AZIZ MEMANG WAJAR BERUNDUR

Masa sudah tiba bagi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berundur kerana beliau sudah tidak lagi relevan kalangan pemimpin generasi muda Pas. Nik Aziz sudah ketinggalan zaman dan politik Menteri Besar Kelantan itu sudah tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa. Ini terbukti apabila semakin ramai pemimpin Pas tidak mendengar cakap beliau terutama mengenai cadangannya untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Pas yang tidak mendapat sokongan.

Rasanya sudah terlalu lama Nik Aziz berada ditempatnya dan sudah tiba masanya Nik Aziz berundur dan memberi peluang pada orang muda yang banyak buah fikiran untuk membawa arah tuju perjuangan Pas.Bukannya macam Nik Aziz yang banyak mendengar pandangan dari Pkr dan Dap yang sebenarnya mahu menghancurkan Pas tapi kerana ingin mendapatkan kuasa Nik Aziz sanggup bersengkongkol dengan Dap yang terang terang tidak mahu Islam ditegakan dibumi Malaysia ini.

Sebenarnya Nik Aziz bukanlah ulama yang sebenarnya kerana bagi seorang ulama yang perlu dilakukan adalah merapatkan orang Islam agar bersatu tapi sebaliknya Nik Aziz mahu melihat orang melayu Islam berada dalam keadaan yang lemah.Bagi saya memang wajar sekali Nik Aziz berundur atau dipecat sahaja dari Pas kerana berdasarkan dari tindakan yang diambil oleh Nik Aziz seolah olah Nik Aziz ingin menguasai Pas agar mengikut telunjuk nya sahaja.Boleh dikatakan Nik Aziz mahu menjadi seorang diktator dalam hariki Pas.

Jadi sebelum Nik Aziz jadi lebih berpengaruh memang wajar Nik Aziz di nasihatkan agar bersara dari politik atau ahli Pas sendiri tolak kepimpinan Nik Aziz........

TEOH BENG HOCK:KUBUR TEOH AKAN DIGALI SEMULA

Keluarga pembantu politik Teoh Beng Hock bersetuju mengeluarkan semula mayatnya untuk dilakukan post-mortem kedua oleh ahli patologi terkenal Thai, Dr. Pornthip Rojanasunand.

Peguam Gobind Singh Deo, selaku peguam pemerhati bagi pihak keluarga itu dalam inkues mengenai kematiannya, berkata mereka (keluarga) mengarahkan beliau memohon kepada koroner untuk menggali semula mayat Beng Hock secepat mungkin.

"Saya memberi penerangan kepada mereka dan mereka memutuskan adalah signifikan dan penting untuk mengadakan post-mortem kedua," katanya pada sidang akhbar di rumah keluarga Beng Hock di Taman Seri Kelemak di sini hari ini.

Gobind berkata, permohonan untuk tujuan itu berkemungkinan difailkan esok.

"Kita perlu melihat kepada isu tentang wanita itu (Dr. Pornthip) datang ke sini untuk post-mortem, undang-undang berkaitan dengannya dan di mana ia akan diadakan, serta pasukan perubatan yang akan membantu beliau," katanya.

Pada 16 Julai, Beng Hock, setiausaha politik kepada anggota EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salahguna peruntukan kerajaan negeri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bangunan yang sama.

Minggu lepas, Dr. Pornthip memberitahu inkues bahawa beliau dapat membuat kesimpulan yang lebih baik mengenai sebab kematian Beng Hock jika beliau diberi peluang mengendalikan sendiri post-mortem kedua.

Pakar berusia 54 tahun itu yang diminta oleh kerajaan Selangor untuk memberi keterangan di inkues itu berkata mengeluarkan semula mayat Beng Hock untuk post-mortem itu tidak akan menyebabkan beliau menghadapi sebarang kesukaran dan kekurangan.

Dr. Pornthip ialah Ketua Pengarah Institut Sains Forensik Sentral, Kementerian Kehakiman Thailand

Sabtu, 24 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA TENDANG!!!!

Antara Nik Aziz dan Haji Hadi siapa yang akan kena tendang oleh orang Pas sendiri.Jadi pada semua penyokong Pas yang buta hati dan yang pekak telinga kena lah buat pilihan samaada pilih Tok guru yang tak mahu lihat melayu kuat atau TG Haji Hadi yang mahu lihat orang melayu kuat.

Bagi saya kalau HH sudah ditolak oleh Pas maka lebih baik TGHH bersama dengan Umno dan sama sama dengan Umno untuk memperbetulkan kesongsangan yang telah dilakukan oleh TGNA.Jadi sama sama kita lihat dulu siapa antara dua TG ini yang akan disingkirkan....

BACA KENAPA TGNA MAHU GOLONGAN PERPADUAN INI MAHU DITENDANG DARI PAS

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:SEBUAH PEMERINTAH ISLAM PERLU ADIL DALAM SEMUA PERKARA.

Sebuah pemerintahan yang cekap dan adil yang diterajui oleh orang Islam perlu bertunjangkan kepada nilainilai Islam iaitu adil dalam semua perkara, bersih daripada rasuah, menghormati undang-undang serta prihatin kepada semua kaum.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata justeru, mendirikan pemerintahan yang baik apabila berkuasa amatlah penting untuk menentukan Islam berkembang dengan baik dan mereka yang bukan Islam tidak menjauhkan diri daripada orang Islam.

"Percayalah jika kita dapat dirikan pemerintahan seperti ini (nilai-nilai Islam), banyak manafaat akan diperoleh antaranya kefahaman tentang ajaran Islam akan meningkat di samping masyarakat lebih bersedia menerima saranan pemerintahan," katanya ketika berucap di mesyuarat agung tahunan kebangsaan ke-48, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

BAGI SAYA NIK AZIZ BUKAN

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Setiausaha Agung Kehormat Perkim Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman.

Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Perkim sejak 2006, berkata apabila pemerintahan orang Islam dicemar dengan kebengisan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kurang kecekapan dan penindasan terhadap orang lain, maka persepsi orang lain terhadap agama Islam juga akan menjadi buruk.

"Hari ini tidak ada satu pun negara Islam yang boleh ditakrif sebagai negara maju di dunia ini. Sekali lagi ada yang berpendapat kemajuan negara Islam tidak penting.

"Tetapi kita tahu nasib buruk ramai negara Islam kerana mereka tidak maju. Mereka terpaksa mengemis, memintaminta bantuan daripada orang lain dan akibatnya mereka sering ditekan oleh orang yang membantu mereka yang mungkin sebenarnya musuh mereka," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, kemajuan negara Islam akan menjana penghormatan kepada Islam dan segala ajarannya sebagaimana berlaku pada zaman tamadun kegemilangan Islam.

"Betapa pentingnya orang Islam berjaya dalam semua bidang, sosial, ekonomi, politik dan lainlain sebagai satu daripada cara menarik perhatian, menambahkan kefahaman dan kehormatan, bahkan menawan hati orang bukan Islam untuk mengenali agama Islam dan kebaikannya.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:NIK AZIZ MEMANG DAH SAKIT!!!


Memang dah sah Nik Aziz memang dah sakit kuat.Sakit Nik Aziz bertambah kuat bila masih ada pemimpin Pas yang mahu perpaduan Umno dan Pas. sudah sakit hati dengan Haji Hadi kerana ma suara suara perpaduan yang didendangkan oleh pemimpin yang menyokong Haji Hadi antara Umno dan Pas.Kerana perpaduan orang melayu lah Nik Aziz sudah menjadi terlalu takut yang suaranya nanti sudah tidak didengari oleh penyokong Pas.

Kerana takut yang dirinya nanti tidak lagi dihormati oleh penyokong Pas maka Nik Aziz telah berusaha untuk menyingkirkan Haji Hadi dengan mengsyorkan satu mesyuarat khas untuk menyingkirkan Haji Hadi dari Pas.Apakah ini tanda tanda yang akan menghancurkan Pas dari arena politik tanahair sebagaimana Pas ditolak oleh pengundi di Bagan Pinang tempohari.

Bukan satu rahsia lagi yang Nik Aziz memang tidak bersetuju dengan banyak perkara dengan President dan Timbalan Kerana Nik Aziz memang tidak mahu perpaduan Pas dan Umno menjadi kenyataan dimana Nik Aziz tidak mahu orang melayu menjadi kuat.

Tapi tidak semua penyokong Pas mahu mendengar nasihat Nik Aziz supaya diadakan mesyuarat Khas untuk menyingkirkan Haji Hadi dan pengikutnya ini kerana Pas Selangor menolak cadangan Nik Aziz itu.Nak dikata Nik Aziz sudah nyanyuk mungkin ramai penyokong Pas akan Marah tapi mungkin ramai juga penyokong Pas bersetuju dengan saya yang NIk Aziz sudah terlebih nyanyuk bila Nik Aziz menyarakan Haji Hadi disingkir dari parti Pas...

SAMADA HAJI HADI AKAN TERSINGKIR KITA TUNGGU SAHAJA APA REAKSI PENYOKONG PAS.APAKAH PENYOKONG PAS AKAN MAHU HAJI HADI DISINGKIRKAN...ATAU NIK AZIZ SENDIRI YANG DIBUANG DARI PAS.....SAMA SAMA LAH KITA LIHAT NANTI...ATAU PAS AKAN HANCUR KERANA TINDAKAN BODOH NIK AZIZ.....WALAU APA PUN SUDAH SAH YANG NIK AZIZ MEMANG SUDAH SAKIT TENAT DENGAN PERPADUAN UMNO PAS....BAGI NIK AZIZ DAP ADALAH SAHABAT YANG SEJATI ...KERANA ITULAH NIK AZIZ BERMATI MATIAN MEMPERTAHANKAN DAP WALAUPUN DAP MEMPERSENDAKAN AYAT AYAT SUCI AL QURAN....SAMA SAMA LAH KITA RENUNG RENUNG KAN ...LU PIKIR LA SENDIRI.............

Jumaat, 23 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:BANYAK DANA SELEPAS KELUAR PKR

ADUN bebas di Perak Kapten (B) Mohd Osman Jailu bersyukur mendapat lebih banyak peruntukan untuk disalurkan ke kawasannya selepas keluar daripada PKR dan menyokong BN.

Beliau menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya.

"Alhamdulillah, saya dapat peruntukan hampir RM1 juta untuk projek-projek senggaraan di DUN Changkat Jering.

"Berbanding tahun lepas, semasa saya jadi ADUN Pakatan, dapat cuma RM75,000 sebagai wakil rakyat dan RM200,000 ribu sebagai exco (kerajaan Perak)," katanya ketika dihubungi.

Mohd Osman berkata, penambahan dana itu membolehkannya berkhidmat dengan lebih berkesan kepada kira-kira 28,000 pengundi di DUN tersebut.

"Kalau masa dalam Pakatan, kita cuma dapat peruntukan daripada kerajaan negeri sahaja, tetapi ini dapat juga peruntukan daripada kerajaan persekutuan," katanya.

Mengulas kes rasuah yang sedang dibicarakan, beliau berkata ia tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kepadanya di kerusi tersebut.

"Saya yakin boleh menang (kes ini) kerana saya yakin diri saya tidak bersalah," katanya kepada Malaysiakini lewat petang semalam.

"Bagus juga (dibicarakan) kerana ini menjadi peluang untuk saya membersihkan nama dan mengembalikan sokongan pengundi kepada saya."

Tambah Mohd Osman, makin ramai pengundi kini kembali semula kepadanya setelah beliau meninggalkan Pakatan pada Februari lalu – bersama dua lagi ADUN Pakatan – yang memulakan krisis sehingga menumbangkan kerajaan Pakatan di Perak sejurus selepas itu.

"Alhamdulillah, sokongan pengundi bertambah baik berbanding sebelum ini. Saya adakan satu majlis rumah terbuka minggu lepas, ramai yang datang dan minta maaf kepada saya," katanya.

Wakil rakyat PKR Jamaluddin Mohd Radzi, yang keluar parti bersama Osman, juga dibicarakan atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Selain mereka berdua, pergolakan besar di Perak disumbangkan oleh tindakan wakil rakyat DAP Hee Yit Fong yang menyokong BN selepas meninggalkan parti lamanya.

Menjelang persidangan DUN Perak pada 28 Oktober ini, timbul pula cakap-cakap yang mengatakan Osman dan Jamaluddin kini berkira-kira untuk menyertai semula PKR dengan dakwaan tidak berpuas hati dengan BN.

"Ada yang kata saya ingin berbalik semula kepada PKR, ada yang kata saya telah meluat dengan BN," kata Mohd Osman lagi.

"Ini semua karut. Sokongan saya tetap konsisten (terhadap BN)."

Jelasnya, pandangan itu sengaja ditimbul-timbulkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang tidak mempunyai banyak pilihan lain lagi untuk mendesak pembubaran DUN Perak.

"Sebenarnya mereka kini hanya boleh mainkan sentimen saja. Mereka tidak ada cara lagi untuk membubarkan DUN Perak, kecuali berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas status (kesahihan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar negeri itu).

Tambahnya, beliau tetap akan menghadiri sidang DUN pada 28 Oktober dan akan menyokong usul bajet yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:POLIS AKAN BERTINDAK SEKIRANYA SIDANG DUN PERAK KECOH

Polis meminta semua pihak terutama penyokong parti-parti politik supaya tidak menimbulkan kekecohan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata, semua Anggota DUN juga diharap tidak menimbulkan kekecohan semasa bersidang sehingga boleh menimbulkan keadaan yang tidak baik.

Beliau berkata, polis akan menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keadaan terkawal semasa perjalanan sidang DUN dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang sengaja menimbulkan kekecohan.

"Orang-ramai dan penyokong parti juga tidak terkecuali dan tindakan akan diambil sekiranya berhimpun atau menimbulkan kekecohan di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di kawasan Greentown Business Centre di sini hari ini.

Zulkefli berharap semua pihak mengambil iktibar daripada sidang DUN yang lalu apabila berlaku kekecohan di dalam dan luar dewan. Katanya, polis hanya menjalankan tugas memastikan ketenteraman dan jika ada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), penyokong atau orang ramai yang menimbulkan kekecohan, tindakan tegas akan diambil.

Sidang DUN Perak bagi membentangkan Bajet 2010 akan berlangsung di Dewan Undangan Negeri Perak yang terletak di Bangundan Perak Darul Ridzuan di sini bermula 10 pagi Rabu ini.

Sementara itu, polis menerima enam laporan terhadap bekas Speaker DUN, V. Sivakumar kerana enggan memulangkan jubah Speaker walaupun selepas diminta berbuat demikian oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Zulkefli berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan itu dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak

ANWAR NIZAR BANGSA=T:NIK AZIZ SYOR PRESIDENT PAS AKAN DIPECAT?

Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa kepimpinan parti itu, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan mereka.

"Bila mesyuarat agung tidak mahu tukar presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi.

Khamis, 22 Oktober 2009

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:DEMI KESELAMATAN NEGARA PEMBELIAN SCORPENE TIDAK MELALUI TENDER TERBUKA

Pembelian dua kapal selam jenis Scorpene iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak tidak dibuat secara tender terbuka kerana dikhuatiri ia akan mendedahkan sistem pertahanan negara kepada musuh, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, keadaan yang sama juga turut diamalkan oleh negara lain seperti India, Chile dan Brazil.

"Kalau tender terbuka, maknanya kita sudah pun mendedahkan rahsia pertahanan negara kepada musuh. Sebab itu prosedur untuk mendapatkan aset pertahanan, tak ada negara yang membuat tender terbuka untuk kapal selam,” katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping).

Nga turut bertanya mengenai keistimewaan syarikat DCNS dari Perancis dan Navatia dari Sepanyol yang membekalkan kapal selam itu.

Abdul Latiff berkata, sebelum membuat rundingan harga kapal selam itu, kerajaan telah mengkaji semua aspek termasuk kesesuaian dengan keselamatan negara

ANWAR NIZAR BANGSA=T:KERAJAAN KELANTAN PERLU AKUI KERAJAAN PUSAT BANYAK BANTU KERAJAAN NEGERI

Kerajaan Pas pimpinan Nik Aziz perlu mengakui pada rakyat bahawa kerajaan pusat telah banyak membantu kerajaannya sejak Pas berjaya mentadbir kerajaan kelantan.Selama ini Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan kerajaan negeri walaupun kerajaan negeri dikuasai oleh Pas.

Banyak yang kerajaan BN telah hulurkan bantuan pada kerajaan negeri dan seharusnya Nik Aziz tidak menafikan pelbagai bentuk bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat kepada negeri itu.Pelbagai bentuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan pusat itu merupakan bukti kerajaan negeri pimpinan PAS tidak pernah diabaikan oleh kerajaan BN.

Contoh yang dapat dilihat yang kerajaan BN membantu Kelantan adalah dalam soal pelancungan dimana kerajaan BN telah membelanjakan RM35 juta untuk membangunkan kawasan yang berpotensi.kalau nak diikutkan kerajaan negeri sampai bila pun negeri Kelantan tidak akan maju dan dapat dikenali diserata dunia.

Kadang kadang kita sedih kerana dalam kerajaan BN terus membantu kerajaan Kelantan Pas pimpinan Nik Aziz ada juga pemimpin mereka terus memburukan kerajaan BN di pusat.Apakah ini balasan yang harus diterima oleh kerajaan BN setelah kerajaan sedia membantu kerajaan negeri.

Kelantan seharusnya bertuah kerana mempunya pemimpin seperti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, kedua-dua dari negeri itu, yang telah memainkan peranan besar terhadap pembangunan di Kelantan.Diharapkan kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan kerajaan Pusat dalam membangunkan bandar Kota Bharu bagi menarik lebih ramai pelancong asing datang kenegeri kelantan dimana ini akan menguntungkan kerajaan Nik Aziz.

Lihat sahaja pembangunan di Manek Urai dimana walaupun kerajaan BN kalah dalam prk yang lalu Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat diManek Urai.Banyak yang kerajaan BN telah luluskan untuk pembangunan di Manek Urai.

Pada MB Nik Aziz jangan lah asyik menyalahkan kerajaan BN sekiranya kerajaan negeri gagal dalam membangunkan negeri Kelantan.Sebagai MB Nik aziz perlu mempunyai banyak idea bagi membangunkan negeri supaya menjadi maju atau setidaknya setanding dengan negeri negeri yang berada dibawah kerajaan BN.Sudah hampir 20 tahun Nik Aziz memerentah Kelantan ,Kelantan masih berada pada tahap terkebelakang dimana ramai anak anak Kelantan telah berhijrah kenegeri lain kerana tiada satu pembangunanpun yang MB usahakan bagi menahan anak anak Kelantan dari keluar mencari rezeki dinegeri lain.

Setelah menjadi MB Kelantan tiada apa yang boleh dibanggakan untuk dijadikan satu mercu tanda dinegeri Kelantan selain negeri kelantan terkenal dengan negeri Serambi Mekah.Tapi disebalik Nama Serambi Mekah Kelantan dikenali juga dengan patung Budhha yang boleh dikatakan yang terbesar dinegara ini.

TEOH BENG HOCK:APAKAH BENAR TEOH MATI DI BUNUH?

Pakar Patologi dari Thailand, Dr. Porntip Rojanasunan berpendapat, 80 peratus kemungkinan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock adalah akibat dibunuh dan 20 peratus lagi dia dipercayai membunuh diri.

Menurutnya, kesimpulan itu dibuat setelah beliau meneliti laporan bedah siasat oleh dua pakar patologi dari Malaysia berhubung kecederaan yang dialami mendiang, gambar bedah siasat dan tempat kejadian serta filem X-ray yang dibekalkan kepadanya.

Porntip yang juga ketua pengarah Institut Sains Forensik, Kementerian Kehakiman Thailand menjelaskan, melalui dokumen yang diperoleh beliau mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian dubur mungkin akibat tusukan objek tumpul seperti kayu.

Beralih kepada kesan retak pada tempurung kepala, Porntip tidak bersetuju dengan pendapat dua patologi, Dr. Khairul Azman Ibrahim dan Dr. Prashant Naresh Shamberker bahawa ia berpunca daripada tekanan pada bahagian kaki ketika mendiang terhempas.

Sebaliknya, kata Porntip, hasil penelitian ke atas laporan kedua-dua pakar tersebut, beliau membuat kesimpulan kecederaan itu berpunca daripada tekanan objek tumpul.

Menyentuh kesan lebam pada leher Beng Hock, Porntip berkata, ia adalah konsisten dengan kecederaan yang dialami akibat dicekik menggunakan jari dan bukannya akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Beng Hock mungkin jatuh dalam posisi kakinya mencecah dataran sebelum dadanya terhempas, kata Porntip ketika disoal oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan negeri Selangor.

Beliau menganggarkan Beng Hock menemui ajalnya antara pukul 6 dan 8 malam, 16 Julai lalu sebelum dua pakar patologi, Khairul Azman dan Prashant tiba di tempat kejadian.

Porntip dilantik oleh kerajaan negeri untuk memberikan pendapat berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang forensik setelah tidak berpuas hati dengan pandangan dua pakar patologi tempatan.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pendakwaan 1, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais menyatakan bahawa terdapat kecacatan pada laporan Porntip kerana pendapatnya berdasarkan dokumen dan gambar yang dibekalkan serta pakar itu langsung tidak terlibat dalam bedah siasat mayat Beng Hock.

Saksi inkues ke-30 itu bersetuju dengan kenyataan Kevin.

Inkues yang masuk hari ke-27 hari ini diadakan ekoran kematian Beng Hock, 30, yang mayatnya ditemui pada pukul 1.30 petang, 16 Julai lalu di Plaza Masalam, telah menimbulkan banyak persoalan.

Ini kerana beberapa jam sebelum itu, mendiang baru selesai ditemu duga di ibu pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 plaza itu sebagai saksi berhubung dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Inkues didengar oleh Koroner Azmil Muntapha Abas.

Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia ketika menyoal Porntip berkata: ‘‘Setujukah memandangkan kamu tidak memeriksa dan membedah siasat mayat Beng Hock, tidak pergi melawat tempat kejadian di tingkat 14 Plaza Masalam dan tidak dibekalkan beberapa dokumen relevan, adalah tidak tepat untuk kamu menganggarkan peratusan tersebut.”

Porntip bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan Hock Chuan kerana berdasarkan prinsip kerja, beliau perlu menjaga hak mayat tersebut.

‘‘Dalam kes ini saya tidak menyedari ia melibatkan isu politik. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya mahu membentangkan pendapat kepada mahkamah ini berdasarkan permohonan peguam,’’ kata Porntip.

Beliau juga menyatakan kesediaannya untuk menjalankan bedah siasat kali kedua ke atas rangka Beng Hock.

Rabu, 21 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:AKHIRNYA NIZAR DAN ADUN PAKATAN HADIR SIDANG DUN

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) negeri Perak akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), yang akan berlangsung pada 28 Oktober depan.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, berkata pihaknya menghadiri persidangan itu kerana menerima surat daripada bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima surat daripada Speaker DUN itu, Datuk R Ganesan, namun menganggap surat terbabit datang daripada seorang Speaker yang tidak sah.

"Kami buat ketetapan semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR, termasuk Speaker (bekas) akan menghadiri persidangan berkenaan dan Sivakumar sudah hantar surat kepada 49 Adun," katanya pada satu sidang media di Parlimen, semalam.

Sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober nanti adalah persidangan kali kedua selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak daripada Pas.

Pada sidang DUN itu juga, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bakal membentangkan bajet 2010 kerajaan negeri.

Ditanya sama ada pembangkang akan turut membentangkan bajet mereka sendiri, Nizar berkata ,pihaknya tidak akan berbuat demikian bimbang ia akan menimbulkan masalah terutamanya jika keputusan Mahkamah Tinggi nanti memihak kepadanya.

Beliau berkata, jika keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai pertikaian jawatan Menteri Besar negeri itu pada 5 November nanti berpihak kepadanya, beliau akan membubarkan DUN Perak.

"Jika keputusan itu memihak kepada kami, pagi-pagi lagi saya akan mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, bagi memohon pembubaran DUN dan menyerahkan kepada rakyat membuat keputusan. Apa pun keputusan rakyat kami terima," katanya.

Selasa, 20 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:UMNO KELANTAN UBAH STRATEGI UNTUK TAWAN KELANTAN

Gerakan mendampingi anak Kelantan yang bekerja di luar negeri itu adalah satu daripada tiga strategi penting Badan Perhubungan Umno Kelantan untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, berkata kira-kira 15 peratus pengundi di Kelantan berada di luar negeri itu untuk mencari rezeki berikutan ketiadaan peluang pekerjaan di negeri sendiri.

"Dua lagi agenda iaitu mendaftar ahli baru sebagai pemilih dan penerangan yang membabit isu semasa dan masa depan orang Melayu dan agama Islam akan turut diberi keutamaan," katanya selepas merasmikan Fiesta Aidilfitri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, malam tadi.Pada pilihan raya umum lalu, isu pengundi luar dikatakan satu daripada sebab kegagalan Barisan Nasional (BN) menguasai semula Kelantan.

Mustapa yang juga Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri berkata, semua ketua bahagian di Kelantan diarah menjayakan tiga misi itu dalam tempoh terdekat.

"Saya sendiri akan mengetuai gerakan mendekati pengundi luar itu dari semasa ke semasa dengan bantuan tokoh-tokoh ternama yang berasal dari Kelantan," katanya

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:PEMBANGKANG JANGAN NAK BERANGAN

Pakatan Rakyat, dalam masa terdekat, tidak perlu berangan-angan untuk bertarung lagi pada pilihan raya kecil di dua DUN di Negeri Sembilan selepas gagal di Bagan Pinang.

Umno Kuala Pilah dan Seremban masing-masing menafikan desas-desus di internet bahawa ADUN Johol dan Lenggeng akan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihan raya kecil.

ADUN Johol Datuk Roslan Md Yusuf diura-ura akan berbuat demikian akibat mengalami sakit tulang belakang selepas jatuh sewaktu bermain badminton kira-kira dua bulan lalu.

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim pula didakwa akan dipaksa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah.

Timbalan Ketua Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek berkata desas-desus tersebut "tidak benar" dan "ia diada-adakan".

Beliau diminta mengulas dakwaan laman web Sabah Daily.com yang menyebut Roslan "sedang bersabung nyawa" akibat kanser tulang yang "genting".

Surat peletakan jawatan ADUN itu bagaimanapun didakwa telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Walaupun mengakui ADUN Umno itu mengalami kecederaan, Hassan berkata Roslan tidak perlu meletakkan jawatan.

"Tidak timbul soal letak jawatan, saya dan ahli jawatan kuasa bahagian boleh membantunya.

"Malam esok, saya akan turun ke kawasan beliau, untuk program bertemu dengan rakyat di sana," kata Hassan kepada Malaysiakini hari ini.

Mengulas mengenai kesihatan Roslan, Hassan berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan Roslan pada hari raya Aidil Fitri lalu.

Beliau, yang juga ahli parlimen Kuala Pilah, berkata ADUN itu berada dalam keadaan baik dan "tidak membimbangkan".

Bagaimanapun pergerakan Roslan agak terbatas kerana berkerusi roda, tambahnya.

Sementara itu, Ketua Puteri Seremban, Wan Salwati Abdullah berkata, beliau tidak mendengar desas-desus bahawa Mustafa akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

"Semalam saya ada di cawangannya di Sungai Machang, ada jamuan Aidil Fitri Pemuda dan Puteri, beliau buat kerja macam biasa sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Setahu saya, setakat ini kesnya masih dalam perbicaraan."

Beliau diminta mengulas tulisan di blog pro-pembangkang Kedah La Nie yang mendakwa pilihan raya kecil DUN tersebut "mungkin berlaku apabila mesyuarat Umno peringkat pusat memberi lampu hijau".

Blog itu mendakwa dengan kembalinya sokongan bukan Melayu di Bagan Pinang seperti keputusan 11 Oktober lalu, "Umno berkemungkinan menggulingkan calonnya yang ada sekarang. Melalui SPRM (Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia)"

Menurut exco Puteri Umno itu lagi, beliau turut bertemu Mustafa sepanjang berkempen pilihan raya kecil DUN itu, yang dimenangi Tan Sri Mohd Isa Samad, dua minggu lalu.

Mustafa dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban tahun lalu berhubung dua tuduhan rasuah dan kesnya sedang dibicarakan.

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:ANWAR TIDAK PERCAYA DENGAN ANAK SABAH

Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dipercayai berpunca daripada hilangnya kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kemampuan Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari mendakwa sewaktu menyertai PKR, Jeffrey telah diberi tugas untuk melebarkan pengaruh parti itu di Sabah namun beliau gagal walaupun ‘tsunami politik’ telah berlaku di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Katanya, Jeffrey kemudiannya diminta memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di sana supaya melompat parti bagi membolehkan pakatan pembangkang membentuk kerajaan Pusat, namun ia turut menemui kegagalan.Anwar menganggap Sabah sebagai sebuah negeri yang penting untuk dikuasai, sebagaimana BN yang menganggap Sabah sebagai satu simpanan tetap.Lantaran itu, Anwar mengambil alih jawatan pengerusi negeri selama kira-kira dua bulan sebelum diserahkan kepada orang kepercayaannya (Naib Presiden PKR) Azmin Ali.

Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.Ia ‘dipanaskan’ lagi dengan kehadiran Zaid Ibrahim pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru malam kelmarin walaupun dinasihatkan oleh Anwar supaya tidak berbuat demikian berikutan bantahan Azmin sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.

Sewaktu berucap pada majlis itu Zaid melahirkan harapan supaya PKR tidak akan didominasi oleh kumpulan tertentu yang mempunyai agenda mereka sendiri.Anuar berkata, sebagai ahli politik berpengalaman di Sabah, Jeffrey tidak berdiam diri malah bijak memanipulasi keadaan dengan melibatkan Datuk Zaid Ibrahim.Beliau mendakwa, Zaid digunakan oleh Jeffrey untuk mendapatkan publisiti dan membawa krisis itu ke peringkat nasional.

Zaid walaupun tidak mempunyai penyokong akar umbi merupakan seorang yang lantang dan mampu meraih publisiti selaras dengan statusnya sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).Inilah cara terbaik untuk Jeffrey membawa masalah itu ke peringkat nasional, jika tidak ia hanya diperkatakan di Sabah sahaja,” katanya yang menyifatkan hayat politik Jeffrey dalam PKR sudah menghampiri penghujung.

Sementara itu, Anuar yang merupakan bekas Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh berkata, beliau percaya Azmin akan menerima padah di dalam kemelut politik Sabah yang sememangnya unik dan sukar difahami pemimpin dari Semenanjung.Katanya, risiko itu semakin diburukkan oleh sikap Anwar yang terlalu melebihkan Azmin berbanding kehendak akar umbi.Saya percaya sudah ada pemimpin PKR Sabah telah menemui Anwar dan mengadu mengenai masalah tersebut.Berdasarkan pengalaman peribadi saya, Anwar biasanya akan membuat janji bagi memuaskan hati semua pihak, tapi akhirnya isu di Sabah meledak juga,” katanya yang mendakwa masih menerima maklumat daripada ‘rakan-rakan’ lama dalam PKR.

BELUM LAGI ANWAR DIBERI KEPERCAYAAN MENTADBIR NEGARA ANWAR SUDAH GAGAL DALAM MEMBENTUK PEMIMPIN DIPERINGKAT NEGERI.APA AKAN JADI SEKIRANYA ANWAR DIBERI PILIHAN UNTUK MENTADBIR NEGARA.NEGARA INI AKAN HANCUR DENGAN SIKAP TAMAK DIRI DAN MEMENTINGKAN KRONI KRONI YANG HANYA DIPERCAYAINYA.

APA GUNA ANAK SABAH MENYOKONG PERJUANGAN YANG SIA SIA,FIKIRKAN LAH ANAK ANAK BANGSA....KALAU DAH PEMIMPIN BESAR SENDIRI SUDAH TIDAK PERCAYA DENGAN ANAK TEMPATAN APA LAGI YANG DITUNGGU....TINGGALKAN LAH PARTI YANG HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI....

TIDAK SEPERTI BN YANG TELAH MEMBERI BANYAK PELUANG PADA ANAK SABAH DALAM BARISAN KABINET NEGARA DAN BANYAK JAWATAN UTAMA YANG TELAH DIBERI PADA ANAK ANAK SABAH...

MARILAH KITA SAMA SAMA MEMIKIRKANNYA DAN APA AKIBATNYA SEKIRANYA ANWAR BERKUASA....KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU ORANG PIKIR LA SENDIRI....

Isnin, 19 Oktober 2009

ANWAR NIZAR:PEMBANGKANG PERAK DAH GILA

Pakatan pembangkang yang menyatakan kesediaan mahu menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 28 Oktober ini dianggap sebagai sudah jadi 'separuh gila.mereka pembangkang sanggup berbuat demikian kerana menganggap rakyat negeri ini mudah diperbodohkan dengan sandiwara mereka.Dulu mereka pernah mengatakan sidang Dun dibawah kerajaan BN adalah haram dan mereka sanggup buat sidang DUN sendiri. Tetapi kenapa bila kerajaan hendak buat sidang dewan mereka mahu datang juga?Jelas menunjukan yang Nizar dan rakan rakan pakatan mereka sudah terdesak dan dengan kehadiran mereka ,secara tidak langsung Nizar dan rakan nya telah mengiftiraf kerajaan BN.

Apakah kehadiran Nizar dan geng nya nanti akan membuat kecoh lagi.Dari apa yang didengar siNizar akan membuat kecoh lagi dan ini menunjukan yang pembangkang terutama siNizar memang mahu menjadikan sidang Dun yang sudah diperkenan Sultan Perak akan menjadi kacau bilau dengan tindakan mereka yang tidak tahu menghormati Sultan Perak.

Boleh dikatakan yang siNizar dan gengnya adalah satu kumpulan samseng yang mahu membuat kecoh pada sidang Dun nanti kerana bagi mereka,merekalah yang berkuasa.Bagi rakyat Perak ,sememangnya mereka sudah tahu bahawa inilah pemimpin yang telah banyak merosakan keharmoniuan dan kestabilan negeri Perak.

SEANDAINYA NIZAR MASIH LAGI DENGAN LAGAK SAMSENGNYA MAKA WAJAR SANGAT NIZAR DILABEL SUDAH GILA .

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PEMBANGKANG JANGAN BUAT KECOH

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan pakatan pembangkang di Perak supaya tidak melakukan sebarang gangguan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Oktober ini.

Tegas Perdana Menteri, keseluruhan persidangan DUN itu nanti sudah semestinya akan dijalankan mengikut segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

Tambahan pula, kata beliau, kerajaan negeri sedia ada yang dikuasai Barisan Nasional (BN) sudah sah ditentukan mengikut saluran undang-undang.

''Walaupun masih ada lagi proses undang-undang yang belum selesai tetapi kita mesti menghormati keluhuran perlembagaan.

''Perkara ini sudah ditentukan, jadi tidak ada sebab (pembangkang) boleh melakukan sebarang gangguan atau perbuatan yang boleh menimbulkan keadaan tidak begitu baik dari segi pandangan umum terhadap politik di negeri ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan UMNO Perak di sini hari ini.

Sidang akan datang dijangka kecoh setelah 28 wakil rakyat pembangkang mengesahkan untuk hadir atas notis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar dan bukannya notis oleh Speaker, Datuk R. Ganesan.

Mengulas lanjut, Najib berkata, segala tindakan ke atas wakil rakyat yang membuat kekecohan pada sidang itu juga akan dibuat berdasarkan undang-undang.

Beliau turut berharap agar rakyat negeri ini dapat menerima segala proses undang-undang yang telah dan sedang berjalan ekoran situasi politik di Perak.

''Ini termasuklah perkara yang melibatkan proses pembentukan kerajaan negeri dan proses mahkamah secara keseluruhannya.

''Jangan lupa, titik permulaan ke atas segala perkara ini adalah apabila mereka (pembangkang) mencuri salah seorang ADUN kita (BN). Mereka yang mulakan dahulu, bukan kita," katanya.

Mengenai perjumpaan dengan UMNO Perak, beliau berkata, antara perkara yang ditegaskan ialah betapa pentingnya pemimpin UMNO di peringkat negeri, bahagian dan cawangan menterjemahkan perubahan sebagaimana yang dilakukan pucuk pimpinan parti.

Katanya lagi, pada majlis itu, beliau turut melancarkan lagu UMNO Perak yang disifatkannya sebagai sangat menarik serta mampu menyuntik semangat ahli-ahli.

Ahad, 18 Oktober 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:BERUNDING ,PERBINCANGAN ADALAH PENYELESAIAN SEGALA MASAALAH

DUA tiga bulan ini kita terlalu sibuk dengan cerita politik. Sama ada politik parti ataupun pilihan raya, setiap hari kita dihidangkan dengan cerita sebegitu.

Dalam masa itu kita ada dua pilihan raya kecil, pilihan raya parti MIC, mesyuarat luar biasa MCA, perhimpunan agung Umno, penubuhan parti Makkal Sakhti, kesah politik Pas di Selangor, dan kini Parti Keadilan Rakyat pula dikatakan bermasalah.

Itu tidak termasuk kepala lembu dan penjualan arak di Selangor, atau peruntuhan Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Di Perak jangan cakaplah, macam sandiwara bersambung-sambung. Mungkin orang politik di negeri itu tidak sedar yang semakin hari semakin ramai orang yang sudah letih dengan drama politik, dan sebaliknya hendakkan ketenangan.

Rasanya berita terbesar mungkinlah reformasi Umno, yang mana parti berumur 63 tahun itu kini mengubah cara ia memilih kepemimpinan, serta pentadbirannya. Perwakilan, mungkin masih teruja dengan kejayaan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang telah meluluskan pindaan perlembagaan parti dengan mudah.

Hasilnya ialah Umno kini adalah parti yang paling demokratik di negara ini yang mana kepemimpinannya akan dipilih oleh lebih 146,000 ahli, hampir 60 kali ganda lebih ramai daripada yang terbabit pada pemilihan awal tahun ini.

Jelas Presiden berjaya meyakinkan perwakilan supaya mereka berkongsi kuasa mereka yang bukan sedikit dengan ribuan lagi ahli parti demi untuk kesejahteraan parti. Ia ibarat, menurut kata-kata pimpinan parti pada perhimpunan baru lalu, menyerahkan perisai yang sedia ada bila hendak ke gelanggang.

Beberapa minggu lalu juga menyaksikan secara rasmi kembalinya Tan Sri Isa Samad ke medan politik, apabila beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang, dan seterusnya menewaskan lawannya.

Popular dan banyak berkhidmat di kawasan berkenaan, pemilihan dan kejayaan Isa dijangka akan dijadikan formula dan ikutan untuk semua parti, tidak kira kerajaan atau pembangkang, tatkala memilih calon untuk pilihan raya akan datang. Untuk menang, kenalah pilih calon yang disukai rakyat, bukan yang digemari pemimpin. Bukan pemimpin yang berada jauh yang akan mengundi, tetapi rakyat setempat.

Namun demikian ada juga yang ingin mempersoalkan kemenangannya seakan pahat yang berbunyi selepas rumah siap. Banyaklah ceritanya, semuanya apabila kalah.

Kita perlu belajar terima hakikat kalah menang adalah adat bertanding. Selalunya yang menang akan bersyukur dan yang kalah akan meninggalkan pentas dengan senyap. Yang kalah juga perlu sedar, selepas segala usaha dan doa, takdir menentukan segala-galanya.

Tetapi di Bagan Pinang ada yang tidak boleh menerima keputusan itu walaupun majoriti yang besar sepatutnya boleh menghapuskan segala syak wasangka kepada keputusan. Banyaklah cerita yang timbul, yang selalunya tidak akan keluar jika calon kerajaan kalah.

Ini akan menjadi masalah jika penyokong parti tidak percaya mereka boleh kalah, dan jika kalah, mereka percaya besar kemungkinan mereka ditipu. Apa yang ditanam ialah perasaan teraniaya dan apabila seseorang berasa dia dianiaya, maka dia mudah menjadi marah. Jika diberitahu siang dan malam mereka ditipu dan dianiaya, maka semakin marah dan kurang rasional tindakan seseorang.

Jadi tidak hairanlah jika ada yang datang berkempen, cepat panas baran dan senang hendak bergaduh.

Adalah menjadi kewajipan ahli politik untuk menunjukkan sifat yang baik kerana mereka mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakyat, terutama pengikut mereka. Ada pengikut yang sanggup mati apabila diseru pemimpin, atau bertindak ganas jika digesa ketua.

Adakah semata-mata kerana hendak menang kita sanggup mengeruhkan keadaan dan menghasut orang membenci, menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap institusi-institusi negara.

Mungkin ini macam bunyi rekod buruk, tetapi di dalam usaha menentukan negara dapat ditadbir, semua institusi mesti dijaga maruahnya. Jika tidak, anarki padahnya yang mana rakyat boleh berbuat apa saja yang dikehendaki termasuk melanggar segala norma dan lumrah hidup bermasyarakat berperlembagaan. Peraturan dan undang-undang bukan lagi jadi ikutan.

Jika kita mempunyai masalah mestilah kita cuba cari jalan penyelesaian dengan berunding dan berbincang, bukannya menghukum sesuatu institusi di khalayak ramai dengan menimbulkan persoalan dan syak, serta menanam rasa benci terhadapnya.

Mungkin orang kini kurang bersukan yang mana kita tidak tahu cara bagaimana hendak menerima kekalahan. Dalam sukan, bila wisel penamat berbunyi, maka kita pun patut bersalaman dan terima keputusan.

Walaupun ada kala berasa pengadil silap, tetapi kita perlu terus memandang ke hadapan. Belajar daripada kekecewaan dan tidak sepatutnya menyalahkan orang lain apabila kalah. Selalunya usaha dan keupayaan akan dibalas, dan mungkin kita kalah sebab orang lain lebih berupaya dan berusaha daripada kita.

Menyalahkan orang lain macam tiada semangat kesukanan, tidak 'gentleman'.

Rasanya itulah asas berpolitik. Sama ada pindaan perlembagaan Umno atau pilihan raya, ataupun kemelut politik MCA, semuanya boleh diatasi jika budi bicara, tata susila, saling menghormati dan tolak ansur diamalkan.

Dalam politik sebulan dua ini, kita dapat lihat lebih banyak matlamat dicapai dengan berlembut dan bukan bertegang urat leher, dan berkeras buku lidah. Jika tidak mencari sepakat, kita mungkin menempah padah dan binasa.

ZAMBRY NIZAR:PERAK PRAKTIKAN GAGASAN 1MALAYSIA

Perak dibawah pentadbiran kerajaan BN terus berusaha menjadikan negeri Perak maju dengan mempraktikkan gagasan 1Malaysia dengan mengagih-agihkan sumber kekayaan negeri kepada semua kaum di negeri ini, terutama menerusi pendidikan asas.Berlainan dengan pentadbiran dibawah Pakatan rakyat yang menyaksikan MB nya di kongkong oleh DAP yang sudah diketahui lebih berkuasa dari Nizar sebagai MB Perak.Mujur juga hayat Nizar sebagai MB tidak lama dan terselamatlah tanah tanah dari di beri kepada orang orang Dap oleh siNizar PENGKIANAT ini.

Zambry sebagai MB yang diberi amanah untuk mentadbir Perak tidak menggunakan kedudukan beliau untuk memberikan khazanah negeri hanya pada satu satu kelompok sebagaimana yang dilakukan oleh si Nizar.Kerajaan negeri telah menyediakan dana khas menerusi Yayasan Perak untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan kanak-kanak berketurunan India di negeri itu yang dirasakan perlu dibantu bagi meningkatkan kualiti pendidikan terutama kaum India.

Peruntukan yang telah disediakan itu adalah bagi membangunkan tanah seluas 500 hektar untuk faedah murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Perak.Tanah berkenaan akan dibangunkan dengan projek pertanian dan hasilnya akan digunakan untuk manfaat SJKT di negeri berkenaan. Ini konsep 1Malaysia dimana RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN .

Berlainan sekali deangan kerajaan Pakatan yang diterajui Nizar dimana kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini berjanji menganugerahkan tanah seluas 1,000 hektar tanah untuk diuruskan sendiri sembilan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.Kerajaan BN menurut MB telah meluluskan tanah seluas 2,000 hektar bagi projek pertanian Sekolah Agama Rakyat di seluruh Perak.Ini barulah dinamakan adil dimana semua nya dapat tanpa ada sebarang pilih kasih sebagaimana yang telah dilakukan oleh si Nizar semasa pentadbirannya.

Mujurlah hayat Nizar tidak lama dalam mentadbir negeri perak dan semua ini ada hikmahnya dimana segala kepincangan yang dilakukan oleh Nizar dahulu telah dibaiki oleh kerajaan BN dibawah kepimpinan Zambry yang semakin hari semakin diterima oleh rakyat dan rakyat senang berada dibawah kepimpinan kerajaan BN.

Penerimaan rakyat terhadap kerajaan BN dapat dilihat bila hampir kira-kira 10,000 warga Perak mengunjungi gerai jualan dan pameran sekitar Stadium Indera Mulia sempena program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak di sini, semalam. Program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan acara mesra rakyat itu adalah yang julung kali diadakan dan dijangka akan dilancarkan di setiap negeri.

Program itu bermula dengan acara menanam pokok oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud di Chemor dekat sini.Dr Zambry turut meluangkan masa menyertai gotong-royong Perdana 1Malaysia di pekan dan Pasar Chemor pada jam 8 pagi semalam serta bergotong-royong mengecat masjid pekan Chemor.

JADI SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN NEGERI YANG SUDAH DITERIMA RAKYAT TIDAK PERLU KERAJAAN BN MELAYAN KERENAH NIZAR YANG MAHU KERAJAAN NEGERI KEPIMPINAN BN DIBUBARKAN BAGI MEMILIH KERAJAAN YANG BARU.BUAT PENGETAHUAN NIZAR DAN DAP ,KERAJAAN BN SUDAH DITERIMA OLEH RAKYAT DAN RAKYAT MAHU TIDAK ADA SEBARANG PILIHANRAYA YANG BARU KERANA KERAJAAN BN SUDAH DILIHAT SEBAGAI KERAJAAN YANG SANGAT MENGAMBIL BERAT AKAN KEBAJIKAN RAKYAT TERUTAMA DINEGERI PERAK.INILAH YANG RAKYAT MAHUKAN..YAKNI KERAJAAN YANG TAHU MESAALAH RAKYAT......

ANWAR NIZAR BANGSA=T:ZAID SINDIR ANWAR

Zaid Ibrahim yang tidak dibenarkan oleh Anwar Ibrahim untuk memasuki Sabah telah mengingkari arahan Anwar bila Zaid tiba di Kota Kinabalu untuk berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru di sini malam tadi.Dalam ucapan Zaid jelas Zaid menyindir Anwar dengan menyatakan yang parti Pkr tidak harus didominasi oleh kumpulan tertentu yang mempunyai agenda mereka sendiri.

Jelas yang kata kata Zaid ini ditujukan pada Anwar yang jelas dilihat sebagai seorang yang terlalu berkuasa dalam Pkr.Kata Zaid lagi ada yang masuk Pkr kerana ingin menjadi kaya , mahu jadi wakil rakyat atau Perdana Menteri.Siapa lagi yang bercita cita mahu menjadi PM kalau bukan Anwaryang dilihat sudah gila untuk menduduki kerusi empuk di Putrajaya.

Walaupun arahan telah dikeluarkan oleh Anwar pada Zaid agar tidak datang keSabah tapi Zaid telah mengingkari arahan Anwar dan ini menunjukan ada krisis yang besar akan melanda Pkr dalam waktu yang terdekat ini.Ini ditambah dengan krisis di Sabah dimana 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR negeri dan ini di bantah dengan 18 ketua bahagian itu sudah pun menandatangani memorandum menyatakan rasa tidak setuju terhadap pelantikan Azmin.

Pkr Sabah tidak bersetuju dengan perlantikan Azmin yang dibuat oleh Anwar sendiri tanpa ada persetujuan dari Pkr negeri Sabah.Jelas Anwar boleh dianggap diktator dalam membuat sebarang keputusan kerana Anwar hanya mahu orang lain mengikut telunjuknya tanpa ada sebarang perundingan.

INILAH PEMIMPIN YANG DIAGONGKAN OLEH PAS...SUDAH LAH DENGAN PERANGAI MENYONDOL BUNTUT MASIH DILAMBAT LAMBATKAN NYA.BAGI PAS BUKAN SOAL MORAL YANG DIBERIKAN PERHATIAN TAPI KERANA SOAL MENDAPAT KEUNTUNGAN SOKONGAN POLITIK .BAGI PAS SOAL ANWAR TIADA MORAL DITOLAK KETEPI KERANA YANG PENTING ADALAH PAS MENDAPAT HABUAN SOKONGAN DARI RAKYAT.NAMPAK SANGAT PAS SIDAH BUTA HATI DALAM MENILAI MANA YANG BAIK DAN MANA YANG BURUK.PAS SANGGUP MENOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO KERANA PAS SAMA SAHAJA DENGAN ANWAR YANG SUDAH KEMARUK INGIN MENDUDUKI KERUSI DIPUTRAJAYA.APAKAH PAS TIDAK SEDAR DENGAN KEKALAHAN DIBAGAN PINANG YANG JELAS DITOLAK OLEH SEMUA KAUM????LU ORANG PIKIR LA SENDIRI......

Sabtu, 17 Oktober 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:KERANA TAKUT KEBANGKITAN UMNO PAS MAHU JADIKAN KELAB BUKAN ISLAM SEBAGAI SAYAP

Dengan kekalahan Pas di Bagan pinang menunjukan Pas sudah dipinggirkan oleh berbagai kaum yang jelas telah beralih sokongan terhadap Umno BN yang berjaya meyakinkan mereka bahawa hanya BN yang mampu merubah keselasaan hidup mereka.Dalam keadaan sekarang Pas dilihat dalam keadaan kelam kabut walaupun sebelum ini Pas begitu yakin yang pengundi bukan melayu akan terus menyokong mereka.

Jelas disini yang Pas dalam keadaan terdesak dan sebagai mengambil jalan mudah Pas mahu menjadikan kelab bukan Islam sebagai sayap parti Pas walau pun sebelum ini Pas belum lagi mahu menerima kelab penyokong sebagai sayap mereka.

Mungkin dengan perubahan yang dilakukan oleh Umno Pas berasa tergugat dengan kekuatan baru Umno yang makin diterima oleh rakyat dengan slogan RAKYAT DIUTAMAKAM DAN PENCAPAIAN DIDAHULUKAN.Mungkin dengan kekuatan Umno yang makin dirasai Pas maka Pas tidak ada pilihan lain tanpa ada kajian yang mendalam mahu menjadikan penyokong bukan Islam sebagai sayap sedangkan Pas pernah menyifatkan Umno sebagai KAFIR bila Umno mengadakan kerjasama dengan MCA dan MIC.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH