Halaman

Sabtu, 17 April 2010

ALFATEHAH BUAT ACIK SPIN

Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.

Keluarga Allahyarham artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, malam ini.



Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

3 ulasan:

  1. Innalillah....dan Al Fatehah...

    BalasPadam
  2. salam,
    innalillahiwainnailaihirai'uun....AlFatihah.
    moga ditempatkan dikalangan mukmin jua, amin.
    takziah kepada keluarga allahyarham abdillah murad. semoga tabah menerima takdir.

    ajal maut ditakdirkan Allah. yang lain2 belum tahu ajal masing2 jadi jangan pandai2 nak tentukan macam mana...tak siapa yang tahu kecuali Allah SWT.

    wassalam

    BalasPadam
  3. Alfatihah buat allahyarham...semuga rohnya ditempatkan disisi org2 yg dikasihi allah.. pada keluarga salam takziah.. banyak2kan bersabar..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA