Siapa saja yang berpeluang berada di kedua-dua tempat semasa proses penjumlahan undi dibuat dapat merasai mood yang sama.Bezanya cuma tiga minggu lalu di Hulu Selangor calon BN orang India PKR Melayu manakala di Sibu Ahad ialah BN orang Cina vs DAP orang Cina.
Apa yang jelas ‘ sentimen Cina’ di Hulu Selangor menjalar ke segenap pelusuk Sibu yang 67 peratus dari 54,695 pengundinya ialah orang Cina.
Analisa yang mudah dari keputusan pilihanraya kecil yang dimenang dengan majoriti tipis 398 undi ialah kebanyakan orang Cina sudah tidak peduli apa – sokongan mereka tetap pada siapa saja yang membawa lambang pembangkang.
Indikator jelas BN menjadi underdog dan tertekan dengan sentimen Cina ialah pada malam grand finale kempen DAP dekat Hotel Paramount,Sibu.Hampir 10,000 orang bandar yang majoritinya orang Cina membanjiri kempen malam akhir itu yang menampilkan penceramah utama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kira-kira satu kilometer dari itu sekitar 2,000 hadir pada majlis kempen yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Senario malam itu jelas diterjemahkan dalam bentuk undi yang menyaksikan Wong Ho Leng mendapat 18,845 undi menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron 232 undi.
Walaupun menang dengan majoriti tipis 398 namun dibandingkan dengan keputusan pilihanraya umum Mac 2008 Wong memperolehi peningkatan undi lebih 3,000.
Waktu itu mendiang Datuk Robert Lau yang tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Sibu memperoleh 19,138 undi berbanding Wong 15,903 dalam pertanding tiga penjuru.Calon PKR Lim Chi Chuang hanya 812.
Seperti juga apa yang tertera di skin besar Dewan Komplek Sukan Kuala Kubu Bharu skin besar di Dewan Suarah,Sibu memaparkan semua peti undi dikawasan majoriti Cina…buka saja BN kalah.
Begitu juga kalau talian hayat BN di Hulu Selangor pada peti undi kawasan majoriti Melayu di penempatan Felda di Hulu Bernam harapan BN di Sibu pada kotak undi di kawasan Dewan Undangan Negeri Nangka yang majoriti Melayu/Melanau dan sebilangan kawasan Iban.
Para pemerhati menilai apa lagi rumusan yang boleh dibuat jika bukan sentimen Cina.
Jika nak bercakap tentang pembangunan dan kemakmuran semua orang tahu orang Cina yang merupakan majoriti penduduk khususnya di bandar Sibu adalah golongan yang paling senang berbanding orang Melayu/Melanau dan Iban.
Politik pembangunan maupun janji bantuan berjuta nampaknya tidak laku dikaca mata mereka.
DAP sebaliknya mempunyai senjata yang menusuk hati.Wang berjuta tidak perlu untuk main sentimen termasuk isu kalimah Allah.
Tema kempen mereka mengajak orang Sibu mengubah.
Soalnya ubah apa? Mereka yang mendengar kandongan kempen DAP dan pimpinan pakatan pembangkang dapat melihat apa yang tersirat.
Sarawak akan berdepan dengan pilihanraya negeri tahun depan.Sebagai negeri yang selama ini menjadi fixed deposit BN siapa yang tidak mahu mengegarkan status quo itu melalui apa cara sekalipun.
Melihat trend sentimen kaum yang menjalar dari satu pilihanraya kecil ke satu pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum Mac 2008 khususnya selepas kejatuhan kerajaan DAP Perak,ada pemerhati yang kata BN harus merangka strageji baru untuk berdepan dengan realiti ini menjelang pilihanraya umum ke 13.
Sibu membuktikan hakikat apa yang sudah terang lagi bersuluh.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas awal-awal lagi tidak berselindung mendakwa orang Cina di Sibu seperti juga di Hulu Selangor tidak menghargai langsung janji pembangunan dan bantuan yang dibawa oleh Perdana Menteri semasa kempen.
Baginya ini satu hikmah pengajaran yang harus dinilai oleh orang Melayu.
Hulu Selangor terselamat kerana calun nya bangsa india, jika calun nya dari UMNO sudah pasti kaum india juga akan tolak BN.
BalasPadambetul cikgu pencen.
BalasPadamDalam minda aku dan apa yang nampak di semua bandar yang dikuasai orang cina mereka mahukan pembangkang adalah kerana mahu apa yang mereka mahu, tapi bukannya peruntukan atau sumbangan berjuta ringgit apatah lagi tentang pembangunan, ini semua mereka boleh adakan hanya yang tak dapat mereka adakan adalah lesen,permit,dan perkara-perkara yang terlarang dan yang tak boleh diadakan oleh kerajaan. Sekiranya pemimpin itu dari pihak kerajaan banyak perkara yang tak boleh mereka dapat tapi lain cerita jika pemimpin itu dari pembangkang mahupun pembangkang yang memerintah negeri. lihatlah saja apa yang berlaku kat selangor segala benda yang haram dah jadi halal, apa yang dulu dibolehkan sikit-sikit tapi sekarang dah banyak. Kalau anda tak caye.. suruh najib luluskan lesen judi, arak, karaoke, rumah urut atau refleksologi tanpa syarat, mesin kuda dan lain-lain kat sibu atau mana pekan yang dikuasai cina saya pasti menang besarlah kawasan tersebut. Di pendekkan cerita walaupun BN kalah tapi segala urusan yang memerlukan kerajaan menilai, nilailah sehalus-halusnya jangan sampai terlepas pandang. Berkempen untuk tarik hatibudi orang bukan dalam sehari mahupun seminggu tapi hari-hari kena buat. Insaallah hati yang keras mana sekali pun akan lembek.... entah leeeeee....
BalasPadamKat Hulu Selangor Cina sokong malayu, melayu sokong india lak... apahal
BalasPadamYang pelik melayu/islam pun turun sama sekongkol dengan DAP walaupun menyalak cakap melayu suka rasis, melayu nak hapus cina la mandi darah sikit punya bodoh ke orang melayu mcm tu memang kena pukau kot sampai hati pun jadi kelabu hampir nak hitam. Tak tau malu pulak terpekik telolong mcm banga sangat laa mencemuh bangsa melayu kita sendiri, biasalah bila syaitan menguasai diri, tok syeikh naik syeikh tapi tak sedar diri tukang cakap berceramah tu bangsa apa beragama apa? Kalau aku jadi orang cina, aku tak komen tajam sampai melukakan hati kaum aku cina, melayu apa peduli cina senyum perli lagi ada melayu tak sedar diri kutuk melayu. Inilah Parti PAS, PKr pun 2x5, sedar tak sedar cina tetap pilih cina, DAP kalau bercerai dgn PAS PKR, pun tak rugi satu sen pun sbb semua cina tetap pilih cina tak kira cina parti kerajaan ke atau DAP sendiri. Sedarlah PAS & PKR cuma hidup menumpang buat seketika, masalah PAS & PKR pun DAP buat dunno tak de masa nak melayan, lantak korang lah, cuma masa dan hari saja ROKET akan naik meninggalkan mereka di bawah, sbb DAP tidak ada masa nak bercoleteh dgn PAS & PKR. Kita semua tengok lah nanti PRU13, DAP mula naik riak akan letak calon tanpa berunding lagi dgn PKR atau PAS kerana dah tak relevan, tentu kalah kalau ditempat cina kalau letak PAS & PKR, janji ada ROKET mesti DAP menang punya. Tengoklah, bila DAP dah mula main politik diam diam serta angkuh parti PAS & PKR boleh dijentik je, inilah melayu bahlul otak ada tapi letak dilutut, kalau musnah dan runtuh orang melayu PAS & PKR patut bertangggung jawab...cerita ini mungkin sama yakni DAP mengawal PAS & PKR = diam tak boleh fight kena tindakan DAP bebas buat apa, UMNO mengawal MCA GERAKAN, tapi masih melayu berkuasa, masih boleh bertimbang rasa serta ada perasaan setiakawan walaupun kita nampak ada perpecahan.
BalasPadam