Halaman

Sabtu, 21 Ogos 2010

NIK AZIZ MEMBISU ISU GUAN ENG

Di sebalik kelantangan pemimpin politik dan pihak tertentu menyatakan pendapat masing-masing mengenai isu menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dalam khutbah Jummat, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengambil sikap membisu.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu hanya menyifatkan isu itu sebagai isu peribadi.

"Itu masalah peribadi, saya tak suka komen benda-benda peribadi macam tu," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, Sabtu.

Beliau mengakui tidak mengetahui isu itu dengan jelas dan bukan isu politik sebab itu beliau tidak mencampuri urusan tersebut.

Nik Aziz diminta mengulas tindakan beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong, Pulai Pinang yang dikatakan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah Jumaat.

2 ulasan:

  1. Isu khutbah jumaat anggap isu peribadi...isu kapal sink 2 kali bagi ucapan tak ada hukum hudud dan negara islam masih nak anggap hal peribadi ke....

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA