Halaman

Khamis, 19 Ogos 2010

PKR MAKIN TERDESAK:TIADA AHLI BN YANG KELUAR PARTI

Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta berhenti menipu orang ramai kononnya 1,000 anggota Barisan Nasional kebanyakannya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) di Kota Marudu telah keluar parti dan menyertai pembangkang.

Ketua Pemuda PBS bahagian Tandek, Christopher Mandut, berkata dakwaan itu adalah satu cubaan terdesak oleh PKR untuk mempengaruhi anggota-anggota BN yang setia dan juga orang ramai.

Katanya satu perhimpunan baru-baru ini yang kononnya bertujuan membolehkan anggota BN menyerahkan borang permohonan menyertai PKR sebenarnya dihadiri sekitar 100 orang, kebanyakannya kanak-kanak.

"Tidak ada mana-mana pemimpin PBS yang melompat parti," katanya ketika mengulas laporan akhbar kononnya lima cawangan PBS di Kota Marudu iaitu Talamason, Mogis, Pompodon, Pangapuyan dan Paka, telah atau akan dibubarkan akibat daripada peletakan jawatan beramai-ramai itu.

Mandut berkata orang ramai sudah tahu bahawa PKR tidak mampu memenuhi keperluan rakyat sebaliknya mereka mengharapkan BN untuk terus melindungi hak mereka.

2 ulasan:

  1. 1000 orang masuk PKR atau 1000 orang nak keluar?
    hehehe

    Aku Yang Bingai
    Erti Sebuah Kasih Sayang di Tendang Terajang

    BalasPadam
  2. SAJA NAK TRY PAUT BLOG YANG DIPUNYAI OLEH BLOGGER UMNO NI..NAK TENGOK SEHEBAT MANA KUATNYA MENCACAI.EEEMMMMM....TULISAN ORANG CARI MAKAN...FAHAM-FAHAM JE LAH NAK CERI MAKAN.

    UNTUK SEDAPKAN CERITA..TIPU-TIPULAH SIKIT....

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA