Halaman

Selasa, 3 Ogos 2010

VIDEO LUCAH HANTUI NAIB KETUA PUTERI UMNO

Lumrah kehidupan, insan yang cantik, bijak dan berwawasan akan sentiasa menjadi perhatian, apatah lagi jika dia seorang pemimpin. Tetapi tidak semua semestinya positif kerana personaliti seperti ini tidak dapat lari daripada golongan PHD (perasaan hasad dengki). Ini biasa dalam dunia politik.

Orang mengenali Shahanim Mohd Yusof sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa beliau pernah bertugas dengan Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah “Best Financial Executive for Maybank Finance in Malaysia” pada 2001.

Setelah memenangi anugerah itu beliau dihantar ke Barcelona, Sepanyol serta Itali dan dinaikkan pangkat kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan sebelum letak jawatan pada 2004 untuk menjadi usahawan dengan membuka sebuah stesen minyak dan pada masa yang sama memberi lebih perhatian kepada politik.

Namun sebaik melangkah kaki ke dunia politik, kehidupan Shahanim tidaklah seindah yang dilihat pada zahirnya. Pelbagai duri dan liku terpaksa diharungi….dan yang paling menghantui nya apabila difitnah beraksi dalam VCD lucah,mempunyai skandal dengan seorang Menteri Besar serta membuat kekayaan menerusi politik. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini beliau dikatakan tidak sebulu pula dengan ketuanya.

Dalam satu pertemuan dengan Agendadaily, Shahanim meluahkan segala yang telah terpendam di dalam hatinya mengenai isu-isu berkenaan sehingga ada ketika tertentu, beliau tidak dapat menahan sebak di dada..

Shahanim berkata beliau menyangka dengan berdiam diri selama ini, semua fitnah dan tohmahan terhadapnya akan lenyap. Harapanya nyata meleset. Kini beliau merasakan sudah sampai masanya membuka mulut.

BACA SELANJUTNYA DISINI

1 ulasan:

  1. Tahniah Puan Shahanim. Dah baca semua dan nyata puan adalah seorang tokoh berwibawa yang punya pendirian yang jelas dan lurus pada agenda perjuangan sebenar. Teruskan. We are always behind people like you.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA