Halaman

Isnin, 6 Disember 2010

KHIR TOYO LEPAS JAWATAN KETUA PEMBANGKANG

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang negeri itu berkuat kuasa serta-merta.

Mohamad Khir dalam blognya www.drkhir.com berkata, kedudukannya dalam UMNO pula akan diserahkan kepada pucuk pimpinan dan beliau sedia berundur jika ia menjadi masalah besar kepada parti.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah yang bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta, dua tahun lalu.

Pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Haryoni yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada 29 Mei 2007.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Mohamad Khir dan Shamsuddin masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM750,000 dengan seorang penjamin.

1 ulasan:

  1. Itulah yang sepatutnya dilakukan. Mat Taib juga letak jawatan kerana mengendalikan masaalah peribadi. Rahim Tambicik pun letak jawatan. Dengan cara ini kepentingan rakyat dapat dipelihara daripada menggunakan status untuk kepentingan peribadi.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA