tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 30 April 2010

NIK AZIZ KENA AMBIK TAHU YANG INI

Nik Aziz kena ambik tahu perkara ini atau MB Selangor perlu ingatkan dahulu pada Nik Aziz sekiranya Nik Aziz ingin memasuki Selangor.Nanti jangan pula Nik Aziz akan bagi berbagai alasan konon tidak tahu undang undang di Selangor dan tidak tahu akan titah Sulktan yang melarang ceramah politik di Masjid dan Surau di Seluruh Selangor.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sesiapa sahaja termasuk ahli politik yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau sebaiknya tidak perlu datang ke negeri itu.Titah baginda, jika ingin datang ke Selangor, mereka perlu mematuhi dan menghormati segala peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.Rakyat harus maklum beta tidak menghalang rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki.

Bagaimanapun mereka hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang di sini dan tidak mempertikaikannya kerana ia diwujudkan untuk keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat.Sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini,” titah baginda.Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin yang dulu dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Jalan Kota Raja Klang di Kampung Jawa di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.Titah Sultan Sharafuddin, larangan penggunaan masjid dan surau di negeri ini sebagai tempat berpolitik bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat orang Islam.Baginda menjelaskan, ini kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Titah baginda lagi, sekiranya masjid dan surau dibiar digunakan sebagai pentas kempen politik, dikhuatiri ia akan disalah guna dan dicemari dengan perbuatan mencaci serta memfitnah yang akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di Selangor.Beta menjelaskan ini kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik dan menganggapnya karut serta sebagai peninggalan penjajah,” titah baginda.Baginda seterusnya bertitah, pada zaman Rasulullah, masjid digunakan untuk menyedarkan dan menyeru umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana pada ketika itu mereka diancam dan diserang musuh.

Titah baginda, masjid adalah tempat yang paling sesuai untuk berlindung dan Rasullullah tidak pernah menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.Justeru, adalah tidak munasabah membandingkan peranan Rasulullah menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebar agenda politik masing-masing.Pada zaman Rasulullah juga tidak ada kemudahan-kemudahan lain untuk berceramah mengenai politik seperti stadium, balai raya, pusat konvensyen dan juga dewan serbaguna.Berceramah di tempat-tempat tersebut dan jangan menggunakan masjid sebagai tempat untuk berceramah politik,” titah baginda

Khamis, 29 April 2010

KEJI SUNGGUH PAS KELANTAN

Umno Kelantan mendesak kerajaan negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4 juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai keji, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Umno Kelantan kesal dengan PAS dan kerajaan negeri itu yang sanggup mengambil tindakan untuk memburuk-burukkan BN melalui pelbagai kaedah termasuk laman blog semata-mata untuk kekal berkuasa di Kelantan.

Beliau, yang juga Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri berkata, mempersoalkan moral kepimpinan PAS dalam usaha menjatuhkan BN itu dan mendesak kerajaan negeri supaya mendedahkan dari mana sumber kewangan RM4 juta itu kerana rakyat Kelantan berhak untuk mengetahuinya.

"Ini satu perbuatan yang keji. PAS perlu dedahkan dari mana sumber kewangan mereka sama ada mereka daripada hasil balak, atau hasil lain mahupun daripada sumbangan individu tertentu. Rakyat berhak tahu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media bahawa penulis blog kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memudahkan PAs kekal memerintah Kelantan.

Penulis blog itu turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

Mustapa berkata, pihaknya juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sanggup menggunakan RM4 juta semata-mata untuk menaburkan fitnah tanpa bukti kepada BN sedangkan wang sebanyak itu dapat disalurkan kepada rakyat yang lebih memerlukan.

Sehubungan itu, beliau juga meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuat siasatan terhadap dakwaan laporan blog kickdefella itu.

"Kita juga mendesak PAS dan kerajaan negeri supaya menghentikan perbuatan keji itu dengan menabur fitnah tanpa sebarang asas. Sebaliknya kerajaan negeri harus memberikan fokus untuk membangunkan negeri

BN TUNAI JANJI TAPI ORANG CINA TAK PERNAH TUNAIKAN JANJI

Sebelum PRK Hulu Selangor Najib ada berjanji akan memberi peruntukan 3 Juta sekiranya BN memenangi PRK Hulu Selangor.Tapi orang cina tak pernah menunaikan janji mereka untuk menyokong BN tapi sebaliknya terus dengan sokongan mereka pada pembangkang.

Perdana Menteri berkata, meskipun pada pilihan raya kecil itu masyarakat Cina tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN), ia bukan satu alasan untuk kerajaan bertindak menghentikan peruntukan bagi kaum itu.Saya sudah membuat pengakuan bahawa semua janji pilihan raya kecil Hulu Selangor akan ditunaikan.Itu merupakan janji yang saya hendak pegang sepenuhnya kerana saya hendak beritahu kepada pengundi di Hulu Selangor dan di seluruh negara bahawa BN adalah sebuah parti yang boleh diyakini.

Apa yang dijanjikan akan ditunaikan dan kata-kata akan dikotakan.Pada majlis itu, Najib menyerahkan cek berkenaan kepada Pengerusi Lembaga Pengurus SJKC Rasa, Ng Teck Kui dan Guru Besarnya, Ng Kin Mooi.Menurut Perdana Menteri, pada kempen pilihan raya kecil itu beliau telah menyatakan sekiranya BN menang, maka pada hari Isnin, peruntukan bagi SJKC itu akan diluluskan.Jadi pada Isnin lalu saya sudah beritahu kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk sediakan cek dan dalam masa dua hari ia dapat disediakan.Jadi, saya buat perjumpaan hari ini kerana saya hendak tunaikan janji saya dalam pilihan raya kecil itu.

Justeru beliau menafikan desas-desus bahawa oleh kerana kaum Cina tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN, maka tidak perlu lagi kerajaan memberikan peruntukan kepada mereka.Tegas Perdana Menteri, beliau tidak mahu janji BN dipertikaikan sebaliknya mahu pemberian tersebut menjadi tanda keikhlasan kerajaan kepada masyarakat Cina.Keikhlasan BN untuk terus harapkan kerjasama dengan kaum Cina walaupun kali ini tidak sepenuhnya mengundi kita tetapi diharap pada masa akan datang masyarakat Cina akan memberikan sokongan lebih padu kepada BN.Kita bagi cek terus kepada lembaga pengurus sekolah itu supaya mereka dapat bina bangunan tambahan. Jadi, maknanya hutang saya sudah dilangsaikan.

BN SUDAH TUNAIKAN JANJI PADA MASYARAKAT CINA TAPI MEREKA LANGSUNG TIDAK MENGHARGAI APA YANG TELAH DISUMBANGKAN OLEH KERAJAAN.IBARAT MENCURAH AIR KEDAUN KELADI ..LANGSUNG TIDAK TERLEKAT DIHATI MEREKA UNTUK MEMBALAS APA YANG TELAH KERAJAAN BERI PADA MEREKA.APA LAGI YANG DIMAHUKAN OLEH MEREKA.....MUNGKIN BAGI MEREKA TIDAK CUKUP APA YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN SELAMA INI...MUNGKIN MEREKA INGIN LEBIH DARI APA YANG DIBERIKAN .....SAYA MUNGKIN TAHU APA YANG DIMAHUKAN MEREKA.....MUNGKIN PEMBACA JUGA APA YANG DIMAHUKAN OLEH MEEKA....FAHAM FAHAM SAHAJALAH.....

Rabu, 28 April 2010

ORANG CINA MALAYSIA NAK APA LAGI????

SUDAH banyak kali saya menulis mengenai sikap sahabat kita, orang Cina Malaysia terhadap kerajaan yang ada sekarang. Saya juga sering mengaitkan cita-cita DAP yang mahu 'pulun' semua sekali pengaruh Cina di negara ini.

Seperti mana yang saya tulis sebelum ini, DAP sejak akhir-akhir ini sungguh senyap dalam pergerakannya. Di Selangor pun ia senyap, di Pulau Pinang pun ia mulai senyap, di Perak pun begitu. Senyap-senyap DAP sebenarnya diam-diam berisi.

Gerakan halus mereka bergerak kencang. Harus diingat arus bawah lebih bahaya berbanding ombak di atas. Tapi apakah BN sedar dengan strategi DAP itu. Jika kira-kira 30 tahun dulu, malah 20 tahun dulu, orang Melayu generasi saya amat cuak dengan DAP atas sikap cauvinisnya, kini generasi Melayu sekarang tidak tahu itu semua. Mereka sudah tidak peduli.

Mereka tidak membaca pun buku 13 Mei yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman dan mereka tidak pernah tahu pun wujudnya perarakan penyapu oleh DAP yang mahu menyapu orang Melayu pada masa itu.

Bukan tujuan saya mahu membangkitkan rasa benci kepada parti itu atau kepada sesiapa, tapi ia adalah sejarah yang semua orang anak-anak Melayu, Cina, India, Orang Asli malah sesiapa sahaja harus dan berhak tahu mengenainya.

Saya pernah menyarankan supaya buku 13 Mei itu dijadikan teks di sekolah. Matapelajaran sejarah yang sesetengah daripada orang Melayu sendiri amat membencinya, harus diperkuatkan semula. Aspek kenegaraan, soal-soal realiti kemalaysiaan harus diterapkan.

Masukkan juga satu subjek mengenai konsep 1Malaysia yang sudah mulai disukai ramai itu. Sejarah silam dan aspek kontemporari harus disatukan menjadi satu subjek wajib, yang harus diikuti oleh semua pelajar, bukan sahaja pelajar Sastera, malah juga pelajar Sains.

Tujuan saya membangkitkan semula perkara ini bukanlah bermakna saya ini ultra-Melayu, tetapi untuk menyatakan mengenai realiti politik yang berlaku di sekeliling kita sekarang.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor amat unik. Dalam sains politik, ia amat menarik untuk dikaji bagaimana orang Cina (bukan semua, tapi rata-rata) masih tidak mahu kembali kepada parti kerajaan.

Apa lagi yang mereka mahu? Apakah mereka masih merasakan merekalah penentu kepada sesuatu keputusan pilihan raya di negara ini?

Perlulah diingat pilihan raya umum 2008 bukanlah satu ujian sebenar bagi proses demokrasi di negara ini. Ia terlalu artifial. Tsunami yang berlaku adalah akibat kemarahan rakyat kepada kerajaan ketika itu dan kecelaruan fikiran orang Melayu ketika itu.

Akibatnya, DAP telah berjaya mencuri peluang itu. Orang Cina ramai-ramai memihak kepada mereka dan berlakulah tsunami politik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Tapi jika diambil Hulu Selangor sebagai model pilihan raya umum ke-13 kelak, orang Cina bukanlah (lagi) penentu kepada keputusannya. Orang Melayu masih lagi menjadi faktor mutlak bagi menentukan kepada keputusan itu, dengan syarat - mereka bersatu.

Bersatupun, mereka haruslah secara majoriti menyokong kerajaan dan orang India pun turut serta memberi undi kepada parti kerajaan, maka ketika itu orang Cina bukanlah penentunya. Kecualilah jika orang India dan Cina solid lari daripada BN, maka BN akan tersungkur.

Namun, hakikatnya angka majoriti undi BN di Hulu Selangor bukan lagi satu gambaran kepada kemenangan sebenar. Itu pilihan raya kecil. Semua jentera tertumpu di sini. Dalam pilihan raya umum situasinya adalah jauh berbeza.

Secara angka, Melayu Hulu Selangor pun masih tidak solid. Kita tidak pasti apa lagi yang mereka mahu. Semua yang mereka mahu sudah diberi. UMNO pun sudah tunjuk perubahan. Seorang rakan memberitahu ''mungkin kita perlu pendekatan radikal untuk menyelesaikan masalah yang tenat."

Namun, keputusan Hulu Selangor amat disenangi oleh Lim Kit Siang. Beliau dalam ucapannya di rapat umum penutup selepas keputusan kekalahan mereka diumumkan, memberitahu para hadirian yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu, keputusan itu sebenarnya ialah kejayaan kepada 'rakyat' Hulu Selangor.

Tanpa mahu menyentuh perasaan orang Melayu di situ, beliau sebenarnya merujuk 'rakyat' itu sebagai orang Cina Hulu Selangor yang rata-rata tidak memberi undi kepada BN, tapi sebaliknya memihak kepada DAP.

Kit Siang ternyata amat gembira, sebaliknya Dr. Chua Soi Lek dan Dr. Koh Tsu Koon yang gagal.

Ironisnya, apa pula maksud Soi Lek apabila beliau berkata ''MCA kena vokal''? Saya pun tak tau?

Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?TAJUK di atas penuh bermakna. Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Kita tolak dulu sebab-musabab mereka tidak menyokong kerajaan yang ada sekarang. Kita kaji dulu apa lagi yang mereka mahu?

Ikut sejarahnya orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu ini untuk mencari peluang. Mereka hidup susah di tanah besar China ratusan tahun dulu. Seperti mana orang putih berhijrah ke benua Amerika untuk mencari peluang, begitu jugalah orang Cina yang kini menghuni di negara bertuah Malaysia ini.

Ternyata, percaturan datuk moyang mereka dulu berbaloi. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi bertuah Malaysia ini.

Malah, bukan Malaysia sahaja, Singapura pun mereka kuasai sepenuhnya. Singapura bukanlah negara asal mereka. Orang Cina Singapura pun asalnya adalah dari tongkang yang sama bersama-sama orang Cina Malaysia. Cuba bezanya, Singapura berjaya dikuasai sepenuhnya, dan Malaysia tidak.

Di Malaysia, orang Cina hidup aman damai bersama-sama orang Melayu, Pribumi dan India. Berbeza dengan di Singapura, di sana orang Cina yang menguasai politik dan sekaligus pemerintahan negara itu. Di Malaysia, politik dan kerajaannya masih lagi dikuasai oleh orang Melayu.

Sistem kedua-dua negara itu sama, cuma ia terbalik sahaja. Orang Melayu di sini, orang Cina di sebelah tambak itu.

Bezanya orang Melayu di Singapura dan orang Cina di Malaysia amat berlainan sekali. Orang Melayu di Singapura hidup biasa-biasa sahaja. Orang Cina di Malaysia hidup lebih daripada biasa-biasa.

Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah memberi gambaran sekiranya semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur diangkat dari peta, yang tinggal hanyalah Kampung Baru itu sahaja. Semua yang lain ialah kepunyaan orang Cina Malaysia.

Orang Cina Malaysia amat hebat. Kesemua pekan-pekan besar dan bandar-bandar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikuasai mereka.

Mereka juga berjaya melahirkan para profesional yang paling ramai dan berjaya. Sistem sekolah Cina mereka adalah antara yang terbaik di mana-mana sahaja di dunia ini (jika ada).

Kebanyakan pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang terbaik di Malaysia dipenuhi oleh pelajar-pelajar Cina. Orang Melayu hanya mampu ke kolej milik kerajaan dan yang tidak ternama. Pusat-pusat membeli belah di kompleks-kompleks ternama di Malaysia dipunyai oleh orang Cina.

Di organisasi korporat dan swasta, orang Cinalah yang menguasainya. Orang Melayu boleh di bilang jari dan pekerja bawahan. Malah, kini mahu mohon kerja di situ pun perlu faham cakap Mandarin, sebagai prasyaratnya.

Akhir sekali, orang paling terkaya di Malaysia yang banciannya dijalankan saban tahun oleh sebuah majalah busines di Malaysia mendapati lapan orang Cina yang berada di 10 ke atas. Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia.

1. Robert Kuok Hock Nien 2. Tatparanandam Ananda Krishnan 3. Tan Sri Lee Shin Cheng 4. Tan Sri Teh Hong Piow 5. Tan Sri Lim Kok Thay 6. Tan Sri Quek Leng Chan 7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhry 8. Puan Seri Lee Kim Hua 9. Tan Sri Tiong Hiew King 10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun. (Sumber: Malaysian Business, Feb 2010)

Itulah hakikatnya Malaysia tanah airku yang tercinta ini. Apakah kerajaan sekarang yang sudah memerintah 52 tahun ini terlalu zalim, kejam dan kuku besi?

Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Tapi saya tahu, anda tahu jawapannya.

HOIII BANGSAT,KALAU DAH KALAH NGAKU KALAH AJE LAH

Kalau dah kalah, terima sajalah, jangan buat andaian-andaian begitu.BN tidak membeli Undi sebaliknya BN menyelesaikan banyak masaalah yang dibiarkan oleh Kerajaan Selangor.Bukan di Hulu Selangor sahaja timbul masaalah tapi pada keseluruhannya Kerajaan Selangor tidak memperdulikan masaalah rakyat di Selangor.Tuduhan yang dilemparkan PKR ini adalah sebagai tindakan untuk memburukkan nama baik BN.

Pokoknya BN dah menang. Bagi saya pilihan raya kecil itu telah berjalan dengan baik dan SPR telah menjalankan kerja mereka dengan baik.Kita dah terima keputusan dan BN dah menang. Pihak yang terlibat sepatutnya terima hakikat dan kenyataan itu, tak sewajarnya bangkitkan sebab-musabab kerana mereka tak puas hati dengan apa yang telah berlaku.Kalau tak puas hati lu orang bawak pi mahakamah..

Pembangkang yang lebih teruk dengan melanggar segala peraturan dan menyalahgunakan kuasa semasa berkempen seperti yang dapat disaksikan sendiri oleh semua pihak terutama pengundi di kawasan Parlimen itu.Kerana itulah pembangkang tewas dan Pkr sendiri sudah tidak diterima oleh orang melayu walau pun meletakan Zaid.Tapi kerana Zaid mengaku yang beliau seorang kaki yammmmmm Senggggggg maka bukan orang melayu sahaja yang menolak tapi orang PKr dan Pas sendiri tidak mahu Zaid.Jadi sebelum menuding jari pada BN lebih baik Anwar dan Zaid sendiri lihat wajah sendiri...

Kalau nak disenaraikan memang banyak kesalahan yang dilakukan pembangkang.Contoh yang ketara adalah

l Menggunakan Dewan Orang Ramai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rasa sebagai Rumah Pas Ampang, Selangor dengan secara jelas menggantung bendera besar Pas di pintu masuk dewan itu.

l Menggunakan Dewan Majlis Daerah Hulu Selangor sebagai tapak Karnival Rakyat.

l Menggunakan secara jelas lambang Parti Keadilan Rakyat dan Pas pada program Jelajah Masjid.

l Mendirikan pondok panas berhampiran dengan pusat pengundian yang jelas melanggar arahan Suruhanjaya Pilihan Raya.

l Melakukan provokasi dan meraih undi semasa proses pengundian berjalan.

Inilah tabiat mereka yang sudah menjadi amalan pembangkang dalam setiap perkara atau isu sama ada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri dan Parlimen atau kes-kes mahkamah apabila kalah atau lebih tepat lagi terkena batang hidung sendiri, mereka akan menuduh kerajaan bermacam-macam.Tetapi apabila beroleh kemenangan, tidak pula memarahi kerajaan sebaliknya memuji dan bermegah dengan kemenangan itu, inilah sikap sebenar pembangkang yang membuat kritikan secara berpilih-pilih.Saya yakin pengundi-pengundi yang mengundi BN mempunyai pengharapan yang tinggi untuk BN terus berperanan dan bukannya seperti dakwaan yang dilemparkan pembangkang.Saya nak nasihatkan kepada pembangkang terutama Anwar dan Zaid agar menjaga pengundi mereka atau sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih dan bukannya menuduh begitu atau begini. Sebelum pengundi mereka 'lari' ke BN pula nanti.

Rakyat Hulu Selangor sedia maklum apa yang berlaku di sana dan dapat menilai apa yang sebenarnya berlaku. Pengundi sudah tahu menilai pakatan pembangkang yang jelas cakap tidak serupa bikin.Anwar dan Zaid perlu menerima adat pertandingan yang pasti akan ada pihak yang kecundang, sekali gus ia sebenarnya menambahkan lagi tanggungjawab pemenang untuk mengotakan segala janji yang dibuat.Terimalah hakikat rakyat memilih BN, segala proses demokrasi telah dijalankan dengan baik dan jujur oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Jangan pula apabila kalah pembangkang terus tuduh dan caci SPR tetapi semasa menang sebelum ini senyap pula dan sebaliknya memuji suruhanjaya itu, langsung tidak timbul isu penipuan dan rasuah.

Anwar dan Zaid seharusnya manifestasi penolakan rakyat itu wajar dijadikan perangsang kepada mereka untuk terus membela dan mementingkan agenda rakyat.Mereka perlu mencontohi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun rakyat menolak BN di empat buah negeri tetapi beliau tetap istiqamah membela nasib rakyat.Najib tidak pernah turun padang untuk mengaibkan pembangkang tetapi sebaliknya dengan penuh jujur memperkenalkan pelbagai dasar dan langkah seperti gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan yang terbaru Model Ekonomi Baru.Bagi saya apa yang Anwar dan Zaid tuduh itu merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan saya yakin pengundi tidak terlalu dangkal untuk menerima sogokan kerana mereka sudah bijak untuk menilai antara kebenaran dan kebatilan.

Anwar bukan sahaja menuduh Kerajaan malah menuduh rakyat sama sekali.Jadi sebelum Anwar akan ditolak oleh rakyat jangan lah menuduh sembarangan tanpa ada sebarang bukti yang kukuh...

Selasa, 27 April 2010

ADUN KUBANG ROTAN HARUS MINTA AMPUN DARI SULTAN

Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa menghadap dan memohon ampun ke atas Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berikutan soalannya yang disifatkan menghina Sultan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya, berkata ia kerana tindakan wakil rakyat Pas itu yang disokong rakan mereka melampaui batas dan adab kemelayuan kerana mempersoalkan kuasa Sultan sebagai ketua agama di negeri ini.Persidangan DUN Kedah semalam tertitik satu dakwat dalam sejarah agung negeri Kedah dan sistem demokratik raja berdaulat di Malaysia. Kami dan rakyat negeri ini dapati soalan yang dikemukakan itu sebagai menghina Sultan dan sejarah ketuanan dan kesultanan baginda yang dijamin dalam Undang-Undang Tubuh Negeri sebagai ketua agama dan ketua negeri.

"Kami mencela perbuatan sombong dan angkuh itu dan menggesa YB Kubang Rotan itu memohon ampun kepada Sultan dan menarik balik soalan yang dikemukakan dalam sidang DUN itu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, lewat petang tadi.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai tindakan kerajaan Kedah terpaksa menarik balik soalan lisan seorang penyokongnya daripada Pas ketika persidangan DUN yang dianggap menghina Sultan Kedah ekoran bantahan daripada beberapa anggota Barisan Nasional (BN).

Abdul Isa membuat keputusan itu selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) serta beberapa wakil BN, termasuk Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bangun membantah kerana soalan itu dianggap mempertikaikan kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam negeri.
Pertikaman lidah itu tercetus selepas Mahdzir bangun meminta supaya soalan bertulis Mohd Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) itu ditarik balik.

Mohd Nasir bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

TENTU ADA SEBAB KENAPA BN MENANG DENGAN MAJORITI YANG KECIL

Jika asalkan menang dijadikan ukuran, majoriti 1,725 undi diperolehi calon Barisan Nasional (BN), P.Kamalanathan dianggap memadai. Namun, jika mahu dijadikan ukuran rakyat khususnya pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor mengatakan mereka sudah kembali menyokong kerajaan BN, ianya masih jauh lagi. Pemimpin-pemimpin dan jentera BN boleh berpuashati hati dapat merampas semula kerusi Hulu Selangor ekoran kekalahan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Ayam sabung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperolehi 23,272 undi berbanding Kamalanathan yang mendapat 24,997 undi.

Andai diteliti, calon PKR walaupun tewas tetapi undi diperolehi meningkat berbanding yang dimenangi calon parti sama pada pilihanraya umum lalu, allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad sebanyak 23,177 undi. Ini bererti pengundi-pengundi yang menyokong pembangkang masih utuh di Hulu Selangor. Ini juga bermakna, Kamalanathan diselamatkan oleh peningkatan jumlah pengundi berdaftar serta peratus keluar mengundi pada 25 April. Pada pilihanraya umum lalu, calon BN Datuk G.Palanivel yang tewas kepada Dr Zainal memperolehi 22,979 undi tetapi Kamalanathan dapat sokongan undi sebanyak 24,997.

Amat jelas pertambahan 2,018 undi kepada calon BN ini disebabkan peningkatan jumlah pengundi serta yang keluar mengundi seramai kira-kira 49,000 berbanding 47,622 pengundi pada pilihanraya 2008. Meneliti angka-angka di atas, BN tidak boleh selesa dengan kemenangan di Hulu Selangor. Kemenangan ini tidak boleh menutup fakta BN tewas tujuh daripada sembilan pilihan raya kecil sebelum ini. Kejayaan kecil ini juga tidak boleh dijadukan ukuran Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan – Pencapaian Diutamakan’ bergerak laju menuju matlamatnya. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya berusaha yang terbaik bagi memenuhi tuntutan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Apapun, pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor memberi banyak pengajaran kepada Perdana Menteri untuk menilai sama ada golongan bukan Melayu mahu terus bersama-sama kerajaan mencapai matlamat Gagasan 1Malaysia. Walaupun belum ada angka rasmi tetapi umum sudah mengetahui sokongan pengundi-pengundi Cina masih ketara belum memihak kepada BN begitu juga dengan masyarakat India. Kenapa jadi begini? Pasti Najib sebagai pengerusi BN dan barisan kepimpinan parti komponen dapat mengesan masalah-malasah ini dalam ‘post mortem’ terhadap keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Bagaimanapun, sekilas pandang perkara-perkara ini harus diberikan perhatian. Pengundi-pengundi Cina nampaknya sudah terpengaruh dengan budaya PAS dalam membuat keputusan pilihanraya. Ungkapan ‘Beri kain pakai, beri gula makan, beri pitih (wang) ambil’ yang cukup popular dikalangan PAS boleh dikatakan sudah dipraktikkan juga oleh pengundi-pengundi Cina. Ketika kempen pilihanraya, walaupun kerajaan memberikan bantuan dan menyelesaikan masalah-masalah kaum ini tetapi ternyata hasil undi Cina kepada calon BN amat mengecewakan. Ada pula pendapat mengatakan undi protes dikalangan ahli-ahli MCA sendiri yang tidak berpuashati dengan keputusan pemilihan parti itu bulan lalu kerana Datuk Seri Chua Soi Lek bukan dipilih presiden parti dengan majoriti dua pertiga.

Faktor penyokong-penyokong Timbalan Presiden MIC, G.Palanivel yang tidak dicalonkan semula juga turut memberi kesan.Undi protea kumpulan ini juga tidak dapat dielakkan. Satu paktor lain yang perlu dipandang pimpinan BN adalah mesej jelas bahawa pengundi-pengundi Melayu masih menolak calon MIC bertanding di kawasan itu. Ini dapat dilihat dengan jumlah lebih 6,000 undi yang memenangkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Hulu Selangor pada 2008 masih ‘belum kembali’ kepada BN berdasarkan jumlah pengundian Ahad.

Dalam erti kata lain, lupakan apa sahaja pembangkang akan kata mengenai punca kekalahan Zaid tetapi sekilas pandang, BN hanya menang tetapi berhati-hatilah kerana tidak guna menang sorak jika kampong tergadai pada pilihanraya umum akan datang. Justru itu, cabaran terbesar adalah memahami sikap pengundi-pengundi sama ada Melayu. Cina ataupun India pada tempoh berbaki tidak sampai tiga tahun lagi bagi pilihanraya umum ke 13. Perlu diingat juga, pilihanraya kecil Parlimen Sibu Sarawak 16 Mei ini pasti menjanjikan sesuatu lebih sengit dengan pembangkang khususnya DAP yang akan meletakkan calonnya sudah tentu mahu menebus kekalahan pakatan pembangkang di Hulu Selangor

PEMBANGKANG TABUR FITNAH AKIBAT TERDESAK

BELANG pembangkang yang sanggup melakukan apa saja untuk menipu pengundi tidak dapat disembunyikan lagi dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang berakhir dengan kemenangan Barisan Nasional (BN), kelmarin. Bermacam-macam jenis penipuan digunakan untuk meraih undi. Antaranya, mereka sanggup mencetak dan menaikkan sepanduk di beberapa tempat kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berdebat pada malam 24 April di Stadium Kuala Kubu Bharu, sehari sebelum hari mengundi.Tujuan mereka ialah supaya pengundi akan tertipu dan akan pergi ke stadium itu beramai-ramai untuk bersama Perdana Menteri. Sebenarnya pada malam itu, pembangkang mengadakan ceramah di stadium berkenaan dan antara penceramahnya ialah Anwar; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Selain membawa penyokong dari luar Hulu Selangor, itulah taktik pembangkang untuk menampakkan seolah-olah ceramah mereka dihadiri ramai penyokong.

Mungkin juga tujuan mereka untuk mengalih pengundi daripada menyertai perhimpunan ‘1Malaysia, Legasi dan Harapan Bangsa’ yang dihadiri antara lain Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam itu.

Ternyata, perhimpunan itu menarik begitu ramai orang dan kemungkinan juga ramai lagi yang menghadirinya jika mereka tidak tertipu dengan sepanduk palsu pembangkang. Begitu juga dengan pendedahan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa kepala surat Umno digunakan untuk menyebarkan fitnah.
Surat yang kononnya ditandatangani bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, meminta ahli Umno supaya tidak mengundi calon BN, P Kamalanathan. Langsung tidak masuk akal. Yang lebih menyedihkan, surat yang mengandungi fitnah itu diedarkan di beberapa masjid selepas solat Jumaat.

Begitu dahsyat sekali taktik pembangkang sehinggakan masjid pun boleh dijadikan tempat untuk menabur fitnah.

Sehari sebelum hari mengundi, pembangkang, tertekan dengan sokongan padu kepada BN, mengedarkan risalah atas nama Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) pula untuk mengelirukan pengundi. Risalah palsu pertubuhan itu kononnya menyeru pengundi Melayu mengundi calon Melayu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata risalah yang menggunakan logo pertubuhan itu disebarkan di kawasan pengundi Melayu. Beliau sudah membuat laporan polis dan meminta polis menyiasat risalah palsu berkenaan.

Yang anehnya, fitnah yang berbau perkauman ini disebarkan oleh parti yang kononnya ‘parti untuk semua’ dan bukan rasis. Ternyata yang tersurat jauh menyimpang daripada yang tersirat.

Pendirian mereka berbeza-beza bergantung kepada bangsa mana yang menjadi majoriti di kawasan yang mereka berkempen. Pengundi Melayu diminta menolak calon India dan sebagainya.

Banyak lagi fitnah yang dihasilkan daripada kilang fitnah pembangkang, terutama sekali pada 24 jam terakhir sebelum hari mengundi. Kononnya beberapa orang wakil rakyat BN sudah meninggal dunia.

Taktiknya ialah untuk meraih simpati daripada pengundi untuk memenangkan pembangkang pada pilihan raya kecil itu dengan alasan kemenangan dalam pilihan raya kecil yang lain boleh diberikan kepada BN.

Penipuan-penipuan ini sebenarnya mendedahkan sifat sebenar pembangkang. Apabila tertekan, mereka sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan undi.

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor ini patut dijadikan panduan oleh pengundi di sana dan kawasan lain. Mereka patut menolak sama sekali calon daripada parti yang sanggup melakukan pembohongan. Jika parti pembangkang sanggup menipu ketika kempen, apatah lagi selepas pilihan raya.

KALAU KUASA SULTAN PUN DIPERTIKAIKAN,PIKIR PIKIR KAN LAH

Kalau kuasa Sultan pun Pas berani mempertikaikannya kita fikir fikirkan lah apa akan terjadi sekiranya Pakatan berkuasa nanti??Tindakan seorang wakil rakyat Pas mengemukakan dua soalan kontroversi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dilihat sebagai seolah-olah cuba mempertikai kuasa Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

Perbuatan itu dapat dilihat apabila Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:

  • Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?
  • Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?
  • Menyedari perkara itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail kemudiannya bertindak menarik balik soalan tersebut dan mengakui beliau mungkin terlepas pandang selepas menerima bantahan pembangkang.

    Bagaimanapun, sebelum soalan itu ditarik balik, sidang DUN menjadi kecoh selama 20 minit akibat pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang.

    Ia bermula apabila soalan tersebut disanggah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mencadangkan kepada Abdul Isa supaya membatalkan soalan tersebut.

    Ini kerana, menurut Mahdzir, tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN Kedah yang membahaskan tentang sejauh mana kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri ini dan soalan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam.

    “Kita tidak perlu penjelasan mengenai sejauh mana kuasa Tuanku Sultan dan kita seolah-olah hendak melibatkan Tuanku dalam masalah ini. Oleh itu, saya cadangkan agar soalan ini ditarik balik,

    Isnin, 26 April 2010

    TUDUHAN PKR /ANWAR IBARAT ORANG YANG SAKIT JIWA

    Semua pemimpin Pakatan lebih lagi Anwar menuduh BN telah membeli undi untuk memenangi PRK Hulu Selangor.Membuat tuduhan adalah satu perkara yang mudah tapi untuk membuktikan apa yang diperkatakan amatlah memalukan.Tuduhan yang dilemparkan ibarat orang yang sakit jiwa.Sakit hatinya kerana kemenangan BN adalah satu kejayaan pada BN yang menonjolkan satu gagasan dimana RAKYAT DIDAHULUKAN KEUTAMAAN DIUTAMAKAN.

    Apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN adalah untuk menyelesaikan segala masaalah rakyat yang tidak dipedulikan oleh PKR selama mereka menang pada PRU yang lalu.Apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan untuk menyelesaikan segala masaalah yang yang dihadapi oleh rakyat Hulu Selangor.Kerana itulah PKR ditolak oleh rakyat yang dirasakan tidak berkemampuan untuk memberikan perkhidmatan yang baik.Jadi jangan lah kerana kalah PKR menuduh BN dengan bermacam macam tuduhan yang tiada langsung sebarang bukti yang membabitkan apa yang telah diperkatakan oleh PKR tadi.

    Seperti kata Najib "Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.Bukannya BN ke sana sini dan beritahu 'tengok sini, kami beri yang itu,kami beri yang ini.Sebenarnya inilah kekuatan BN dimana segala apa yang dijanjikan akan diambil kira oleh BN untuk berusaha menyelesaikan masaalah rakyat.Bukan seperti Anwar yang menabur segala janji tapi bila sudah mendapat mandat dari rakyat mereka menghilangkan diri dan meninggalkan rakyat dalam keadaan yang keliru.Inilah yang Anwar lakukan kerana bagi Anwar politik dan menfitnah didahulukan keutamaan rakyat dibelakangkan.Kerana sibuk dengan cita citanya Anwar membelakangkan rakyat.Tapi bila ada satu satu PRK masa itulah Anwar akan kehadapan untuk menunjukan Pakatan lah yang membela rakyat.

    Sebagai satu contoh,projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya, yang bertujuan menangani masalah orang ramai di kawasan berkenaan.Apakah ini rasuah pada rakyat????"Ia dilaksanakan kerana orang ramai mahukan projek ini. Projek dilaksanakan oleh syarikat Plus (Plus Expressways Bhd), ia bukan wang awam. Persimpangan itu bertujuan membantu penduduk tempatan kerana ia akan dapat memendekkan tempoh perjalanan antara 60 dan 90 minit. Jadi apa yang dilakukan BN ialah menangani masalah tulen yang dihadapi penduduk, BN bukan beli undi.

    Pada Anwar yang suka membuat tuduhan yang tidak berasas pada BN mereka perlu tanya diri sendiri, apa yang mereka lakukan dengan sumber kerajaan negeri. Tidakkah mereka yang luluskan entah pelbagai benda untuk orang ramai semasa pilihan raya?Yang sebenarnya Anwar begitu sakit hati dengan kejayaan BN kerana sebagai kerajaan yang memerentah di Selangor PKR tidak patut kalah pada PRK Hulu Selangor ini.Tapi rakyat tahu menilai kerajaan mana yang bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat.BN sentiasa mendampingi rakyat walaupun BN tidak mempunyai tempat di satu satu kawasan,tapi dengan sentiasa mesra rakyat BN sentiasa dihati rakyat walaupun pada 2008 rakyat membuat pilihan yang salah.

    Berlainan dengan Kerajaan Negeri yang hanya sibuk berpolitik dan mengabaikan rakyat yang sentiasa dahagakan pembelaan dan pembangunan.Bagi BN,Berpolitik hanya pada waktu pilihanraya dan inilah yang sepatutnya yang harus Anwar pelajari.Anwar sepatutnya menumpukan pada masaalah rakyat dari sibuk mengatur stategi untuk merampas kuasa.Mungkin kerana kegagalan Anwar merampas kuasa tempohari membuatkan dirinya dalam keadaan tertekan dan kerana itulah keadaan diri Anwar diibaratkan sebagai seorang yang sudah sakit jiwanya.Kerana ini jugalah membuat kan Anwar menuduh BN dengan segala fitnah sedangkan PKR harus mencermin diri sendiri.

    NIK AZIZ DALAM KENYATAANNYA MENGAKUI KEKALAHAN PKR ADALAH KELEMAHAN JENTERA PARTI PKR SENDIRI.KENAPA NIK AZIZ TAK MENGAKU YANG PILIHAN ANWAR YANG MEMILIH ZAID ADALAH SATU KESILAPAN BESAR.KERANA INGIN MENJAGA HATI ANWAR NIK AZIZ BESENGKONGKOL DENGAN KAKI ARAK DAN KAKI JUDI DENGAN MENIPU RAKYAT HULU SELANGOR.NIK AZIZ JUGA PERLU BERTANGUNGJAWAB ATAS KEKALAHAN ZAID.

    SIASATAN TERHADAP NIK AZIZ DAN MENANTU DITERUSKAN

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berhubung dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

    Sambil menolak tanggapan kononnya kes itu ditutup atau siasatan sengaja dilewatkan, Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd. Nor berkata, beberapa orang akan dipanggil bagi membantu siasatan itu dalam masa terdekat ini.

    "Ada beberapa saksi akan dipanggil yang berkaitan dengan aduan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen “Perangi Pemberi Rasuah” di sini hari ini.

    Pada 7 April lepas, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian mendesak SPRM mendedahkan status siasatan tersebut.

    SPRM dilaporkan telah menjalankan siasatan terhadap Abdul Ariffahmi sejak November tahun lepas setelah timbul pelbagai dakwaan mengenai PMBK.

    Siasatan terhadap Nik Abdul Aziz pula dipercayai dilakukan setelah terdapat laporan yang beliau dan keluarganya menerima tajaan haji bernilai RM65,000 yang turut melibatkan Abdul Ariffahmi serta beberapa ahli keluarganya.

    KECEDERAAN PADA TEOH AKIBAT JATUH

    Ini bermakna Teoh tidak di bunuh sebaliknya kecederaan yang dialaminya adalah akibat jatuh dari tempat yang tinggi.Apakah kerana penjelasan ini menyebabkan Dr Porn tidak berani datang untuk memberi keterangan pada inkues Teoh pada hari selasa ini.

    Dalam pada itu Pakar forensik Britain, Dr Peter Vanezis mula memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock dengan berkata kecederaan pada tubuh pembantu khas DAP itu konsisten dengan kejatuhan dari tingkat tinggi.

    Beliau

    juga berkata Teoh sedar sepenuhnya sebelum jatuh.

    Beliau mengemukakan laporan bedah siasat yang bertarikh 16 Disember dan berkata pemerhatiannya mendapati tiada tanda-tanda kecederaan diri sendiri seperti luka ataupun suntikan di tubuh mangsa.

    Mayat Teoh dijumpai di verandah tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai lalu ketika beliau disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Selangor.

    Mengenai kecederaan di leher mangsa, Vanezis berkata beliau tidak dapat menentukan sama ada ia akibat daripada dicekik, tercekik tetapi percaya Teoh sedar sebelum jatuh.

    SPRM membawa Vanezis untuk memantau perjalanan bedah siasat kedua ke atas Teoh dan memberikan pandangan balasnya. Beliau melawat tempat kejadian pada 23 Nov lalu, iaitu sehari selepas bedah siasat dijanlankan.

    Ketika memberi penerangan pagi tadi, pakar dari Britain itu berkata beliau memiliki kelulusan tertinggi dalam kecederan, khususnya di leher dan pernah memberi keterangan semasa inkues Puteri Diana.

    Koroner juga hari ini akan menentukan sama ada untuk menerima permohonan menghina mahkamah yang dibuat oleh keluarga Teoh ke atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk nSeri Nazri Aziz.

    FAKTOR KEJAYAAN BN DAN FAKTOR KEHANCURAN PKR

    KEJAYAAN Barisan Nasional (BN) menawan kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam Pilihan Raya Kecil kawasan itu semalam telah memberikan isyarat yang jelas bahawa rakyat meyakini gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' serta program transformasi kerajaan.Dalam masa yang sama, rakyat menolak politik adu domba pembangkang yang terus menjadikan fitnah, tohmahan dan dakyah sebagai senjata politik.

    Rakyat menolak Pkr kerana calon yang diketengahkan PKR bukan orang yang dimahukan oleh akar umbi PKr dan Pas .Kerana itulah sejak awal lagi kekalahan Pkr sudah dijangka kerana Zaid ditolak oleh penyokong Pkr dan Pas.Kerana tiada sokongan dari akar umbi dibawah maka Pkr terpaksa melutut menyembah Pas untuk membantu jentera kempennya yang sudah lumpuh.Satu lagi penyebab yang memungkinan Pkr tewas adalah kerana calon Pkr sendiri iaitu Zaid mempunyai tabiat minum dan berjudi.Kerana sifat dirinya itulah ramai orang melayu menolak Zaid yang dilihat tidak mungkin mereka akan memilih seorang kaki mabuk untuk menjadi seorang pemimpin.Hanya orang Cina yang banyak menyokong Zaid dan mungkin kerana Zaid ada sifat sifat mereka yang suka minum minuman yang memabukan.

    Penolakan Zaid juga mungkin kerana Zaid adalah dari kalangan golongan orang yang Elit dan tidak sama tarafnya dengan kebanyakan rakyat Hulu selangor yang rata rata adalah orang kampung yang mempunyai sifat rendah diri yang tinggi.Penolakan Pkr juga adalah kerana Pkr telah diberi peluang tapi Pkr tidak dapat menunaikan kewajipannya sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat.Selama ini Pkr telah mengabaikan kewajipan sebagai pemimpin dengan membiarkan rakyat dalam keadaan terabai.

    Berlainan dengan kejayaan BN dimana faktor utama kejayaan BN ialah hasrat pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor untuk memberi peluang kepada kepimpinan Najib untuk melakukan transformasi negara dan percaya gagasan 1Malaysia mampu membela nasib mereka.Kesungguhan PM yang turun padang sebanyak tiga kali termasuk pada Sabtu lalu untuk melakukan walkabout sehari suntuk telah memberikan keyakinan kepada pengundi-pengundi bahawa beliau benar-benar ikhlas untuk membantu mereka.Selain itu, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Hulu Selangor pada Rabu lalu, Najib telah melafazkan jaminan yang selama ini ditunggu-tunggu oleh pengundi-pengundi apabila menyatakan bahawa kerajaan BN akan menunaikan semua janji yang dibuat sepanjang kempen berlangsung.

    Harapan Najib untuk melihat BN kembali menguasai kerusi Hulu Selangor menjadi semakin mudah berikutan kegigihan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang boleh dikatakan 'berkampung' di Hulu Selangor sejak hari pertama kempen lagi.Beliau berjaya mengatur strategi bagi menggerakkan keseluruhan jentera BN supaya menggempur seluruh Hulu Selangor ketika jentera parti pembangkang masih bergelut dengan masalah dalaman.Muhyiddin sepanjang kempen terus menanam keyakinan kepada pengundi-pengundi agar memberikan peluang kepada BN untuk membela nasib mereka. Setiap ceruk dan rantau, siang dan malam, Timbalan Perdana Menteri tanpa mengenal penat dan lelah terus berkempen bagi memastikan kemenangan parti.Ini berlainan dengan Pkr yang hanya mahukan habuan dalam melakukan tugas dan ini lah sebabnya ramai mereka yang menggerakan jentera parti telah menutup bilik operasi kerana tiada habuan wang ringgit.

    Impian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk mencapai kemenangan menjadi agak mudah apabila calon BN, P.Kamalanathan ternyata mempunyai aura tersendiri.Walaupun tidak begitu dikenali, namun dengan kegigihan beliau turut ke padang bertemu pengundi sebaik sahaja penamaan calon selesai membuahkan hasil.Pengundi-pengundi menyambut kehadiran beliau dengan tangan terbuka. Kata-kata 'keramat' beliau, ''berilah saya peluang dan saya akan bekerja siang dan malam, senja dan subuh' telah menarik perhatian mereka untuk mengundinya.Berlainan dengan Zaid yang juga mempunyai aura tapi aura sebagai seorang kaki botol.Mungkin kerana itulah Zaid tiada sifat merendah diri pada orang kampong.Zaid tidak pandai untuk menghormati orang kampung tapi berlainan dengan sifat Kamalanathan yang tinggi budi pekertinya.

    Walaupun beberapa serangan peribadi yang tidak munasabah dilakukan ke atas beliau oleh pembangkang, namun Kamalanathan tidak tergugat, beliau berjaya menemui hampir 60,000 pengundi dalam tempoh lapan hari kempen berjalan.Melalui jaminan Najib, diiringi dengan kegigihan Muhyiddin dan dibantu oleh 'aura' Kamalanathan, ia membangkitkan semangat jentera-jentera BN untuk bekerja siang dan malam.Berbanding dengan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, jentera BN di Hulu Selangor yang diketuai oleh Noh ternyata bekerja bersungguh-sungguh sehinggakan di seluruh kawasan Parlimen itu bendera parti tersebut berkibar-kibar di mana-mana sahaja.Malahan mereka juga mengadakan kempen rumah ke rumah sehingga ia memberikan kesan kepada pengundi-pengundi untuk menyebelahi BN.Kini BN kembali menegakkan panji-panji di Hulu Selangor manakala bagi parti pembangkang pula, sudah pasti selepas ini pelbagai tuduhan akan dilemparkan berikutan kejayaan BN. Apa pun rakyat sudah membuat keputusan, maka hormatilah.

    PADA ZAID DAN JUGA ANWAR KALAU SUDAH KALAH TU MENGAKU SAHAJA AKAN KELEMAHAN DIRI DAN JANGAN MENYALAHKAN PIHAK LAIN.JAWAPAN SUDAH DIKETAHUI DAN ZAID SEBENARNYA TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN....PAHAM PAHAM AJE LAH.....TAKAN LAH ORANG HULU SELANGOR INGIN SEORANG KAKI MABUK DAN PENJUDI TEGAR UNTUK MENJADI PEMIMPIN MEREKA....BAGI ORANG MELAYU HULU SELANGOR MEREKA TIDAK MEMILIH BANGSA TAPI MEMILIH SESEORANG YANG DAPAT MEMBANTU MEREKA DIMASA AKAN DATANG ...ITULAH SEBABNYA WALAUPUN BN MELETAK SEORANG INDIA TAPI HATI DAN BUDINYA HANYA UNTUK MENGHAMBAKAN DIRI PADA RAKYAT........BAGI ZAID....KALAU NAK JADI SEORANG PEMIMPIN ELOK BERTANDING DI KELANTAN SAJA ....MUNGKIN NIK AZIZ AKAN BERI TEMPAT ZAID TEMPAT DIKELANTAN....KERANA NIK AZIZ BUKAN TENGOK SIFAT PERIBADI CALON TAPI NIK AZIZ PILIH ATAS NAMA PARTI....KITA TENGOK NANTI APAKAH NIK AZIZ BAGI LALUAN PADA ZAID UNTUK BERTANDING DI KELANTAN........

    SUDAH KALAH SUDAH LA JANGAN SALAHKAN SISTEM PULAK

    Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menerima kekalahannya pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hari ini tetapi mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil dan bersih.

    Bekas menteri yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu itu mendakwa, BN menang kerana membeli sokongan pengundi di kawasan itu.

    Zaid yang tewas dengan majoriti 1,725 undi itu turut mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berat sebelah.

    Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 200 penyokong pakatan PKR-DAP-Pas di Mini Stadium Kuala Kubu Bharu di sini malam ini yang turut dihadiri beberapa pemimpin pakatan antaranya penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

    ''Saya harap suatu hari nanti perjuangan pakatan rakyat akan diterima orang di sini," kata Zaid menegaskan perjuangan pakatan itu tidak tamat di Hulu Selangor.

    Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir pada majlis itu.

    Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, jentera pakatan pembangkang perlu lebih berdisiplin dan tidak boleh bersikap sambil lewa semasa menghadapi pilihan raya.

    ''Perjuangan ini memerlukan kekuatan fizikal dan rohani...perjuangan ini bukan untuk dilihat orang tapi melihat ke dalam diri sendiri," katanya.

    Biarpun tewas kepada BN, Abdul Khalid berkata, beliau dan Zaid akan berusaha membawa perubahan di Hulu Selangor dan membantu penduduk terutama membabitkan masalah tanah.

    ''Hulu Selangor tidak ditinggalkan oleh kerajaan negeri Selangor. Hulu Selangor jadi asas perjuangan kita,'

    Ahad, 25 April 2010

    BERITA PALSU:TIADA ADUN YANG MENINGGAL

    Rupanya kerana rasa kecewa dengan kekalahan calon mereka di Hulu Selangor ada dikalangan penyokong pembangkang menyebarkan berita palsu kononya Adun Kota Damansara telah mati dalam satu kemalangan..Rupa rupanya semua ini adalah kerana mereka,Pembangkang tidak puas hati dengan kekalahan Zaid di tangan calon BN. Dalam suasana panas menanti keputusan rasmi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini, tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor pula 'panas hati' apabila khabar angin heboh memperkatakan bahawa mereka telah meninggal dunia.(KALAU TAK PERCAYA LIHAT DALAM BLOG PRO PEMBANGKANG.)

    Bermula dengan Adun Kota Damansara (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim, khabar angin itu kemudian dikaitkan dengan ADUN Damasara Utama Dr Cheah Wing Yin (DAP) dan juga ADUN Sungai Burong Shamsuddin Lias (Barisan Nasional), hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

    Bilik berita Bernama dan telefon bimbit wartawan hari ini dihujani dengan panggilan bertalu-talu daripada orang ramai yang ingin mendapatkan pengesahan tersebut selain daripada ingin mendapatkan perkembangan mutakhir keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

    Nyata khabar angin itu tidak berasas apabila Shamsuddin ketika dihubungi Bernama menjawab panggilan tersebut sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu.

    "Alhamdulillah saya masih sihat, tiada apa-apa. Memang saya terima banyak panggilan dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bertanyakan kesahihan khabar angin bahawa saya sakit tenat dan sudah meninggal dunia," katanya.

    Katanya beliau sihat dan berada di Hulu Selangor bagi membantu jentera B Npada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

    "Saya kecewa dengan dengan budaya suka menabur fitnah dan khabar angin seperti ini. Ia perlu dicegah dan dihentikan kerana boleh merosakkan masyarakat," katanya.

    Shamsuddin turut meminta orang ramai khususnya rakan-rakan dan pengundi di kawasannya supaya bertenang dan tidak mempercayai khabar angin itu.

    "Terima kasihlah kerana menelefon dan menghantar SMS kepada saya. Ramai terperanjat dengan berita kematian saya ini. Apapun saya masih sihat dan masih hidup," katanya.

    Dr Mohd Nasir pula walaupun gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksinya berhubung khabar angin itu tetapi disahkan sihat dan tidak terbabit dalam sebarang kemalangan jalan raya oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan yang memaklumkannya melalui twitter.

    "Dr Nasir, pengerusi PSM dalah selamat dan sihat. Beliau tidak terlibat dalam sebarang kemalangan seperti disebarkan dalam khabar angin," tulisnya dalam twitter itu yang menggunakan identiti twitter Arul PSM Sec-Gen, yang disiarkan di laman web rasmi PSM.

    Adun Damasara Utama, Dr Cheah yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)Pusat Perubatan Sunway selepas terlibat dalam kemalangan 13 Mac lepas, turut menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

    Bagaimanapun pembantu khas beliau, Richard Yap ketika dihubungi menafikan perkara itu dan menyifatkannya sebagai khabar angin semata-mata.

    Sebaliknya Yap berkata, keadaan Dr Cheah kini bertambah stabil dan beliau dijangka dipindahkan ke wad biasa esok.

    "Selepas Rabu ini, kami jangkakan pelawat dibenarkan melawat beliau," katanya.

    ADUN itu mengalami kecederaan serius di kedua-dua belah kakinya selepas terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam

    SATU LAGI PRK DI KOTA DAMANSARA



    Adun Kota Damansara telah terlibat dalam satu kemalangan dan telah mengangkibatkan Adun terbabit terbunuh.Kita tunggu berita selanjutnyaBertimpa timpa masaalah yang dihadapi oleh Anwar,Baru kalah di HS kini tiba pula di Kota Damansara.....silap hb Selangor akan bungkus sebagaimana yang terjadi di Perak...kita tunggu....Anwar masih pening lagi sebab baru habis yammmmmmmm sengggggggggggggggg dengan Zaid.

    SAH BN MENANG DI H/S

    PARA PENYOKONG BN TELAH MEMENUHI DIDALAM DEWAN DAN INI SUDAH SAH YANG BN MENANG DAN KHABARNYA JUGA ZAID ANWAR DAN PENYOKONGNYA TELAH BERAMAI RAMAI MEMENUHI DEWAN SEBUAH RESTORAN UNTUK YYYYAAAAAMMMMMMMMMM SENNNNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG...

    BN - 24,669
    PKR - 22,986
    Majority - 1,683

    Setelah bertarung sengit akhirnya BN telah berjaya merampas kembali Hulu Selangor dari PKR .Dan dengar khabarnya Zaid akan keluar dari PKR dan menubuhkan parti baru yang berlambangkan BOTOL.Mungkin juga parti Zaid ini akan bekerjasama dengan seorang lagi pemimpin PKR yang juga keluar dari PKR dan dengar khabarnya juga dia akan menggunakan lambang BUNTUUUUUUUUUU...........

    Zaid khabarnya sudah lari ke Khota Bharu.....Esok kita tunggu apa komen Zaid yang ingin menggunakan lambang BOTOL pada parti baru nya nanti....Mungkin lambang BOTOL ini melambangkan cara kehidupan Zaid yang hidup dengan BOTOL BOTOL

    TERBARU DARI HS:BN MENANG

    8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi.

    Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi.

    SAH BN AKAN MENUJU KEMENANGAN



    DIFAHAMKAN PM SEDANG MENUJU KE PUSAT PENJUMLAHAN UNDI ,INI MENANDAKAN KEJAYAAN PADA BN TELAH DISAHKAN....PKR SUDAH BUNGKUS....ZAID TERUS BALIK KE KOTA BHARU......

    Tidak rasmi: BN menang di Hulu S'gor

    Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.Klik 'Refresh' atau 'Reload' di browser anda untuk maklumat terbaru.

    ___________________________________________________

    7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

    Difahamkan, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.

    Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.



    Tidak rasmi: Calon BN menang majoriti lebih 2,000 undi

    BN MENANG 2,000 UNDI LEBIH

    ___________________________________________________

    7.50pm: Sumber-sumber dalaman BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti melebihi 2,000 undi.

    BN - 19,067
    PKR - 17,554
    Majoriti - 1,513

    TERKINI DARI HS

    Keputusan rasmi SPR (7.22pm)

    PKR - 3,153
    BN - 2,888
    Majoriti - 234

    Keputusan rasmi SPR (7.20pm)

    PKR - 2,722
    BN - 2,468
    Majoriti - 258

    7.15pm: Ulasan

    Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina - di bawah 85 peratus yang menurut pemimpin PKR, Lim Kit Siang, perlu diperolehi calon PKR.

    PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

    Keputusan rasmi SPR


    PKR - 2,173
    BN - 1,934
    Majorii - 239




    Tidak rasmi: PKR 9,116 BN 7,280 pada 7.12 malam

    Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.Klik 'Refresh' atau 'Reload' di browser anda untuk maklumat terbaru.

    7.128pm: Keputusan tidak rasmi

    PKR - 9,116
    BN - 7,280
    Majoriti - 1,836

    KEPUTUSAN TERKINI:BN MENDAHULUI PKR

    Tidak rasmi: PKR 8,557 BN 7,116 pada 7.08 malam

    Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.Klik 'Refresh' atau 'Reload' di browser anda untuk maklumat terbaru.

    7.08pm: Keputusan tidak rasmi

    PKR - 8,557
    BN - 7,116
    Majoriti - 1,639



    Tidak rasmi: PKR 7,770 BN 6,504 pada 7 malam

    6.58pm: Keputusan tidak rasmi

    PKR - 7,770
    BN - 6,504
    Majoriti - 1,266


    6.56pm: Keputusan tidak rasmi

    PKR - 7,221
    BN - 6,187
    Majoriti - 1,034


    6.45pm: Keputusan tidak rasmi

    PKR - 7,053
    BN - 6,010
    Majoriti - 1,043



    Tidak rasmi: PKR 6,389 BN 5,385 pada 6.49 petang


    BN Menang undi pos dan ini keputusan tidak rasmi

    6.34pm: Unofficial results

    Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
    Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
    Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56

    Unofficial - PKR 666, BN 206

    6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)

    Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
    Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
    Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205

    Unofficial - PKR 897, BN 499

    6.23pm: Unofficial results

    Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
    Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
    Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
    Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
    Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

    Unofficial - PKR 901, BN 798

    6.18pm: Unofficial results

    Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
    Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
    Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
    Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122

    Unofficial - PKR 729, BN 501

    6.13pm: Unofficial results

    Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
    Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
    Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
    Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
    Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
    Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155

    Unofficial - PKR 491, BN 445

    6.10pm: Counting has begun for the Hulu Selangor by-election. According to unofficial results, BN has won the postal votes.

    BN: 767
    PKR: 120




    BN: 767
    PKR: 120

    6.13pm: Keputusan tidak rasmiKuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
    Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
    Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
    Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
    Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
    Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155

    PERATUS RENDAH:MUNGKIN PENYOKONG PKR PULAU PENGUNDIAN


    BERITA YANG BARU DITERIMA(BN ADA HARAPAN UNTUK MENANG)

    5.30ptg: Sejumlah 48,935 atau 75.87 peratus keluar mengundi hari ini. Jumlah tersebut bertambah 2,779 undi berbanding dengan pilihan raya umum lalu.

    Pada 2008 sejumlah 75.24 peratus atau 46,156 orang keluar mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

    5.00ptg: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tamat jam 5 petang.

    Terdapat sekitar 500 orang (separuh penyokong BN dan separuh lagi penyokong Pakatan) di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam - salah satu tempat tumpuan dalam daerah mengundi Hulu Bernam.

    Penyokong BN melaungkan slogan dan mengebar bendera, manakala penyokong Pakatan - sebahagian besarnya penyokong PAS - memilih untuk berdoa dan tidak menghiraukan tindakan provokasi.

    4.30ptg: Sehingga jam 4 petang, 73.82 peratus atau 47,615 sudah keluar mengundi.

    4ptg: Tinggal sejam lagi sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang dan awan hitam kelihatan di pekan Kuala Kubu Bahru.



    Setelah semuanya selesai peratus yang keluar tidak menepati sasaran SPR .Apakah ini menunjukan samaada penyokong PKR atau BN tidak keluar mengundi.Tapi dari apa yang dapat dilihat BN mempunyai kelebuhan untuk memenangi PRK ini.Proses pengundian pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tamat pada jam 5 petang tadi. Seramai 47,615 pengundi atau 73.82 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar mengundi sehingga 4 petang tadi. Terdapat 799 pemilih pos pada pilihan raya kecil kali ini. Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, proses pengundian berjalan lancar sejak 136 saluran di 48 pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi.
    Namun, berlaku beberapa insiden tolak menolak dan membaling botol air di antara penyokong parti bertanding berhampiran beberapa pusat pengundian. Seramai enam lelaki dilaporkan ditahan polis kerana mencetuskan kekecohan.

    PENYOKONG PKR dan BN tolak menolak di luar pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali semasa proses pengundian pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

    APA APA PUN KITA TUNGGU KEPUTUSAN RASMI DARI SEMASA KE SEMASA.....

    PERKEMBANGAN TERBARU DARI HULU SELANGOR



    Penduduk di Kalumpang beratur untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kalumpang, Hulu Selangor, hari ini

    HULU SELANGOR: Berikut ialah perkembangan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini:

    12:30 Petang: Sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah keluar mengundi - 31,632 atau 49.04 peratus.

    12:15 Petang: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berhenti makan tengah hari di Kuala Kubu Baru sebelum melawat ke pusat pengundiaan Rasa.

    11:40 Pagi: Sehingga pukul 11 pagi, jumlah keluar mengundi - 24,645 atau 38.21 peratus.

    11:25 Pagi: Bekas calon bebas, VS Chandran tiba beri sokongan kepada BN di pusat mengundi SMK Ampang Pecah.

    11:30 Pagi: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal meninjau pusat mengundi SMK Ampang Pecah.

    10:50 Pagi: Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pusat mengundi di SMK Ampang Pecah.

    Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN meluangkan masa lebih 10 minit berjumpa dengan penyokong BN.

    10:40 Pagi: Timbalan Perdana Menteri melawat pusat pengundiaan Sekolah Kebangsaan Rasa.

    Beliau melawat khemah BN yang terletak di seberang jalan pusat pengundiaan.

    Muhyiddin turut ditemani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom.

    10:30 Pagi: Sehingga pukul 10 pagi, jumlah keluar mengundi - 16,932 atau 26.25 peratus.

    10:20 Pagi: Sepuluh trak polis simpanan melalui jalan daripada simpang Rasa menuju ke Batang Kali.

    10:10 Pagi: Penyokong BN dan PKR berkumpul di hadapan pusat pengundiaan Sekolah Kebangsaan Rasa dan saling cuba menarik perhatian pengundi dengan penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah Barisan Kita' sementara PKR melaungkan slogan reformasi dan bertakbir.

    Bagaimanapun keadaan masih terkawal dengan kehadiran pihak polis.

    Kenderaan yang lalu di sini turut memberikan sokongan dengan membunyikan hon mereka kepada penyokong dan perayu undi.





    ORANG ramai mula membuang undi di Pusat Pembuangan undi SMK Dato' Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu, pagi ini


    PETUGAS SPR membantu menolak kerusi roda, Sanniah Kassim, 95, keluar dari pusat mengundi di Sekolah kebangsaan Agama Hulu Bernam selepas membuang undi sempena pilihanraya kecil Parlimen N094 Hulu Selangor

    CALON BN P Kamalanathan menolak warga emas Dalimah Binti Ain, 80. yang telah membuang undi di Sekolah Kebangsaan Sg. Choh pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor


    CALON BN, P Kamalanathan menaiki lori BN sewaktu berkempen di kampung Sejantung sempena Piliha raya Kecil parlimen Hulu Selangor.

    ANGGOTA polis berkawal di pintu masuk utama pusat pembuangan undi di SMK Ampang Pecah (Bestari), Kuala Kubu Bharu, pagi ini dan wakil media tidak dibenarkan masuk membuat liputan

    PENGUNDI membuat semakan di Pusat Pembuangan undi SMK Dato' Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu









    CALON Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan bersalaman dengan penyokong ketika melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama Hulu Yam, pagi ini. Kamalanathan berdepan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

    TERKINI DARI HULU SELANGOR

    BERITA YANG BARU DARI HULU SELANGOR,

    PKR TIDAK BERDISIPLIN
    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan sikap pihak pembangkang yang mengingkari larangan supaya tidak mendirikan barung panas berhampiran pusat mengundi.

    Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan merobohkan barung panas berkenaan kerana melanggari Akta Kesalahan Pilihan Raya.

    "Nampaknya parti pembangkang masih lagi tidak mengikut arahan, masih lagi mendirikan barung panas.

    "Mereka tidak mengikut disiplin, kita akan ambil tindakan segera dengan merobohkannya," katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khing Ming di sini sebentar tadi.

    Sejak awal pagi tadi, penyokong pembangkang mendirikan barung panas sebagai kaunter semakan pengundi di luar kawasan pusat mengundi berkenaan dengan jarak kurang 100 meter.

    Penyokong pembangkang juga masih lagi meraih undi dengan memegang bendera parti dan poster calon pembangkang.

    Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

    Selain itu Abdul Aziz berkata, beliau juga menerima beberapa laporan berhubung kesalahan berkenaan yang dilakukan pembangkang di beberapa pusat mengundi lain.

    "Saya ada menerima laporan di tempat lain pun ada, ada yang sudah kita robohkan semalam.

    "Tapi semuanya dilakukan pihak pembangkang, tak ada satu pun daripada pihak BN," katanya.

    Bagaimanapun beliau bimbang, perbuatan pembangkang itu akan mengundang tindakan penyokong BN mengikut perkara yang sama bagi menunjukkan kekuatan mereka.

    "Sekarang ini BN tak ada lagi, tapi kita bimbang lepas ini ada pula sebab nak berlawan (dengan pembangkang),


    Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.Keadaan terkawal dengan kedua dua calon bukan pengundi dikawasan ini


    HULU SELANGOR: Berikut ialah perkembangan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini:

    10:00 Pagi: Pasukan PDRM membuat tinjauan udara menggunakan helikopter bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

    9:45 Pagi: Pengundi muda di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa semakin meningkat.

    Pusat ini mempunyai 1,300 pengundi dengan dua saluran mengundi

    9:32 Pagi: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek melawat pusat mengundi SRJK (C) Kalumpang di sini.

    Suasana di pusat mengundi terkawal ketika ini.

    9:30 Pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan sr Muhyiddin Yassin melawat peti undi di Sekolah Kebangsaan Sg Buaya.

    Suasana di peti undian berkenaan meriah dengan kehadiran ramai penyokong kedua-dua parti.

    9:15 Pagi: Jumlah orang ramai yang keluar mengundi sehingga pukul 9 pagi - 7,891 atau 12.23 peratus.

    Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Rasa.

    9:00 Pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melawat pusat mengundi di SRJK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Baru.

    8:45 Pagi: Suasana di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa meriah dengan kehadiran penyokong kedua-dua parti bertanding.

    Penyokong PKR melaungkan laungan reformasi.

    8:15 Pagi: Jalan-jalan utama pekan Kuala Kubu Baru mulai sibuk.

    8:10 Pagi: Tinjauan mendapati rata-rata pengundi yang keluar mengundi adalah daripada kaum wanita.

    8:02 Pagi: Orang ramai mula masuk ke pusat-pusat pengundian bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

    8:00 Pagi: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bermula.

    7:50 Pagi: Tinjauan di Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru mendapati orang ramai mula hadir untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.

    7:35 Pagi: Tinjauan di pusat mengundi SRJK (C) Khing Ming mendapati parti pembangkang ingkar larangan SPR dengan mendirikan barung panas berhampiran pusat mengundi berkenaan.

    Barung yang digantung dengan bendera DAP itu terletak pada jarak kurang 100 meter dari pusat pengundi.

    7:30 Pagi: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim dijangka berada di Sekolah Menengah Ulu Kali Batang Kali pada pukul 8:30 pagi nanti.

    7:15 Pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula membuka barung-barung panas di sekitar perkarangan pusat mengundi bagi memudahkan pengundi menyemak saluran mengundi masing-masing.

    Bagaiamanpun suasana lenggang kerana tiada pengundi yang datang menyemak saluran masing-masing.

    7.00 Pagi: Pasukan Polis Diraja Malaysia mula mengawal lalu lintas ke tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Hulu Selangor, iaitu Kuala Kubu Baru, Batang Kali dan Ulu Bernam.

    Setakat ini keadaan trafik masih lagi terkawal.



    DEMI POLITIK NIK AZIZ BENARKAN MASJID DICEMARI

    KENYATAAN Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan larangan berpolitik di masjid sebagai ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris dan digunakan oleh orang Islam boleh dianggap satu perbuatan mengingkari perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Walaupun Nik Abdul Aziz ketika menjawab soalan wartawan tidak menyebut nama baginda tetapi ia jelas mengulas titah baginda sebelum ini yang menitahkan polis mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

    Tindakan Nik Abdul Aziz itu adalah semata-mata bagi mempertahankan perbuatan Pas yang terus menggunakan masjid sebagai pentas ceramah politik termasuklah ketika khutbah Jumaat. Ini belum lagi mengira tindakan penyokong mereka yang menjadikan masjid sebagai 'hotel tanpa bintang' sepanjang kempen pilihan raya berkenaan.

    Sememangnya kita tidak menafikan bahawa ketika zaman Rasullullah SAW, masjid digunakan untuk berpolitik tetapi persoalannya politik seperti manakah yang diamalkan oleh baginda? Ketika zaman Rasullullah tidak ada politik kepartian sebaliknya 'politik' ke arah menjadikan masjid sebagai institusi menyatukan umat dan menyebarkan syiar Islam.

    Rasullullah SAW tidak pernah menggunakan masjid apatah lagi khutbah Jumaat untuk memaki sesiapa, apatah lagi kepada umat Islam. Tetapi apa yang dilakukan oleh Pas adalah berbeza, mereka menggunakan mimbar masjid sebagai pentas politik untuk memaki hamun sesama Islam. Lebih malang lagi, mimbar itu juga digunakan sebagai platform untuk menyebarkan fitnah seolah-olah hanya Pas dan parti pembangkang sahaja yang sempurna.

    Adalah sesuatu yang mengelirukan apabila Nik Abdul Aziz menyatakan bahawa masjid boleh digunakan untuk berpolitik sedangkan selama ini umat Islam amat memahami bahawa institusi tersebut seharusnya digunakan untuk menyatukan mereka tanpa mengira apa juga fahaman politiknya.

    Sebab itulah, pelbagai seruan dibuat supaya program mengimarahkan masjid dilakukan bagi menggalakkan umat Islam ke masjid dengan cara itu mereka boleh disatukan sebagai satu umat yang berpegang kepada satu akidah, mengadap satu kiblat dan menyembah Allah yang satu.

    Malangnya, politik Pas yang digalakkan oleh Nik Abdul Aziz ialah sesiapa sahaja boleh menggunakan masjid untuk berpolitik yang sudah tentulah akan memecah belah umat Islam.

    Kita amat memahami Nik Abdul Aziz membuat kenyataan itu atas dasar politik dan bukannya seorang ulama. Beliau bukannya tidak memahami peranan masjid yang sebenarnya tetapi oleh kerana berasa tersepit dan sememangnya amalan Pas menggunakan institusi itu untuk berpolitik, maka beliau mengeluarkan hujah-hujah bagi 'menghalalkan' perbuatan tersebut.

    Dalam soal ini, penulis teringat bagaimana parti pembangkang termasuk Pas sering sahaja membangkitkan isu mengenai penggunaan sekolah oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk menjalankan program, menurut mereka sekolah- sekolah tidak boleh digunakan sebagai pentas politik.

    Tetapi yang manakah lebih buruk menggunakan masjid yang merupakan rumah Allah sebagai platform untuk berpolitik atau sekolah yang dibina oleh kerajaan? Bagaimana kalau BN atau lebih tepat lagi UMNO turut mengikut jejak Pas menggunakan masjid untuk berpolitik, adakah ketika itu Nik Abdul Aziz bersedia mengeluarkan kenyataan menganggap tindakan UMNO itu betul?

    Setakat ini UMNO tidak pernah berbuat demikian kerana memahami institusi masjid perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan umat Islam. Tidak mengapa kita berbeza fahaman politik tetapi janganlah kita dipecah-belahkan di atas mimbar masjid oleh pemimpin-pemimpin Pas yang akan 'menghalalkan' apa sahaja demi kepentingan politik mereka.

    Seperkara lagi, kita juga ingin mengetahui apakah pendirian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz itu. Apakah beliau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan sekutu Pas untuk berebut kuasa akan menyebelahi Nik Abdul Aziz atau Sultan Selangor.

    Ini kerana Sultan Sharafuddin adalah ketua agama di negeri yang dipimpin oleh Khalid. Jika beliau benar-benar menjunjung titah perintah baginda maka sebagai menteri besar, Khalid perlu mengeluarkan kenyataan menegur Nik Abdul Aziz.

    Tetapi kita yakin Khalid mungkin tidak berani berbuat demikian kerana bimbang akan menyinggung perasaan pemimpin dan penyokong Pas. Jalan paling selamat yang mungkin diambil oleh Menteri Besar Selangor itu ialah menyalahkan media, kononnya tersilap lapor.

    Itulah bahananya apabila mempunyai kawan politik yang suka mengeluarkan kenyataan yang bukan- bukan.

    HULU SELANGOR ADALAH KEBANGKITAN SEMULA BN

    Buat pertama kalinya dalam kempen pilihan raya kecil tiga pemimpin utama negara berada di atas satu pentas bagi memberi penjelasan kepada rakyat.Ketiga-tiga pemimpin tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Mereka hadir pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Bukit Beruntung di sini malam ini sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, esok.

    Akibatnya, jalan raya menuju ke Pangsapuri Anggerik, Taman Bunga Raya, di Bukit Beruntung yang menjadi lokasi ceramah sesak teruk sepanjang tiga kilometer kerana ‘diserang’ kira-kira 5,000 orang.Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, pilihan raya itu akan menjadi detik kebangkitan semula Barisan Nasional (BN).Hanya parti yang ada gagasan, wawasan, dasar serta rekod pentadbiran sahaja yang mampu buat perubahan pada rakyat dan negara,” katanya.

    Hadir sama pada majlis tersebut ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan calon BN, P. Kamalanathan.Mengulas mengenai Model Ekonomi Baru (MEB), Najib menjelaskan ia merupakan dasar untuk melonjakkan pendapatan rakyat dan negara bagi menjayakan Wawasan 2020.Saya dan barisan kepimpinan kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk menjayakan Wawasan 2020 yang diperkenalkan kepimpinan terdahulu dalam baki tempoh kurang 10 tahun lagi.

    Maka sebab itu, saya perkenalkan MEB kerana kita mahu ekonomi negara melonjak ke tahap yang lebih tinggi.Negara kita tidak lagi boleh berada pada tahap pencapaian sekarang jika mahu Malaysia dihormati di mata dunia,” jelasnya.Sementara itu Dr. Mahathir mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan hujah mana-mana pihak yang mahu mengwujudkan sistem dua parti di negara ini.Katanya, sistem tersebut tidak akan mendatangkan faedah kepada negara sebaliknya hanya akan menyebabkan parti-parti yang terlibat hanya menghabiskan masa berpolitik.

    Apabila keadaan itu berlaku, ini akan menyebabkan tumpuan kepada usaha bagi membangunkan negara tidak akan dapat dilaksanakan. Ia akhirnya akan menyebabkan rakyat menderita.Bekas Perdana Menteri juga berkata, beliau memberi sokongan kepada Najib untuk terus menerajui negara ini ke arah kecemerlangan.Saya hanya sokong orang yang boleh buat kerja, saya ini seorang yang susah menyokong orang, kalau dia boleh buat kerja saya sokong

    Sabtu, 24 April 2010

    HARI HARI TERAKHIR ZAID DI HULU SELANGOR.

    Hari ini merupakan hari terakhir buat Zaid dan seluruh pemimpin Pakatan di Hulu Selangor kerana rakyat Hulu Selangor sudah membuat keputusan untuk memilih calon BN Kamalanathan untuk menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru.Mulai esok rakyat tidak mahu lagi melihat penfitnah dan kaki mabuk berada dibumi Hulu Selangor kerana sejak kehadiran mereka semasa kempen PRK banya fitnah yang dibawa oleh mereka ke Hulu Selangor.

    Rakyat sudah tahu menilai mana permata dan mana penyangak yang hanya bermuka muka dengan rakyat di Hulu Selangor.Rakyat tidak mahu pemimpin yang hanya hadir semasa PRK dan hilang setelah di mandat.Inilah yang dihadapi oleh rakyat Hulu Selangor selama 2 tahun yang begitu memerlukan sokongan dari seorang pemimpin.

    Dari apa yang berlaku sejak dari hari penamaan calon sudah ramai pemimpin pembangkang tidak kira dari berbagai peringkat telah mengisthiharkan keluar dari Pakatan yang disifatkan hanya tahu menabur janji.Esok adalah hari yang ditunggu oleh semua pengundi untuk menghalau perosak keamanan dan keharmunian yang selama ini dirasai semasa dibawah kerajaan BN.Selama 2 tahun rakyat memberi peluang pada PKR bagi menyelesaikan segala apa jua masaalah yang dijanji semasa PRU lalu tapi sebaliknya menimbulkan permasaalah yang lebih buruk lagi.

    Anwar boleh mendakwa yang PKR akan menang tapi hakikatnya rakyat Hulu Selangor sudah nekad bahawa esok merupakan hari terakhir mereka pemimpin pakatan berada di Hulu Selangor.Rakyat sudah loya tekak dengan segala janji PKR yang tidak mahu Hulu Selangor maju sebagaimana daerah lain di Selangor.Kerajaan Pusat ingin mengubah Hulu Selangor tapi Kerajaan negeri dibawah Pakatan tidak mahu Hulu Selangor dan rakyat nya menikmati pembangunan yang sudah dirangka oleh Kerajaan Pusat.Contoh yang ketara adalah isu UITM yang dijanjikan dibina di Serendah tapi kerajaan Pakatan menolak nya kerana tidak mahu melihat Hulu Selangor maju.

    PADA SEMUA PENGUNDI...PILIHLAH WAKIL YANG MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN DAN JANGAN MEMILIH PEMIMPIN YANG MEMBAWA KEPADA KEHANCURAN......HANYA BN YANG TERBUKTI TELAH BERKHIDMAT DENGAN CEMERLANG....SELAMAT MAJU JAYA...

    NIK AZIZ WAJAR DIHARAMKAN MASUK SELANGOR

    Nik Aziz dilihat cuba mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid untuk berkempen apabila menyatakan perbuatan berkenaan tidak salah.Kerana telah menghina dan membantah apa yang telah disuarakan Sultan amat wajar sekali Nik Aziz diharamkan memasuki negeri Selangor buat tempoh yang ditetapkan.Ini amat wajar sekali kerana keegoan Nik Aziz dalam mempertikaikan arahan Sultan yang tidak mahu orang politik menggunakan masjid untuk menghuru harakan kariah sesebuah kawasan.

    Nik Aziz seharusnya menghormati apa yang telah diputuskan oleh Sultan selangor dan tidak mempertikaikan nya sebaliknya harus menghormati apa yang telah tiputuskan kerana Sultan adalah ketua agama sesebuah negeri.Kedegilan dan kesombongan Nik Aziz dalam mempertikaikan arahan Sultan dengan memberi berbagai alasan telah menghina seluruh rakyat Selangor yang selama ini begitu menghormati Institusi Raja Raja Melayu.

    Rakyat Selangor perlu bersatu dalam situasi ini dan langkah yang terbaik adalah mengharamkan kehadiran Nik Aziz kenegeri Selangor pada masa akan datang.Saya sebagai anak negeri Selangor tidak rela Sultan sendiri dihina sebegini rupa dan menyokong agar Nik Aziz diharamkan memasuki negeri Selangor.

    HS:PILIH PEMIMPIN YANG BAIK DAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN PEMBUAT FITNAH


    PILIHAN Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung esok. Hari ini peluang terakhir jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turun berkempen habis-habisan.Walaupun ada petugas yang sudah mula keletihan, namun tidak siapa berani leka dan dapat tidur lena kerana memikirkan kejutan boleh berlaku pada bila-bila masa.Perkara yang merunsingkan saya ialah kejutan bermula daripada fitnah saat-saat akhir yang tidak sempat diperjelaskan kepada para pengundi kawasan Hulu Selangor yang cukup luas itu. Kesan fitnah amat bahaya. Racunnya sukar untuk diubati dengan segera.

    Pada seluruh pengundi yang akan turun esok fikirkan dengan tenang dan pilihlah pemimpin yang akan membawa keseluruh rakyat Hulu Selangor kepada kebaikan dan jangan pilih pemimpin yang kita ketahui yang akan membawa kepada kehancuran.Kerana itu Hanya BN yang akan membela nasib rakyat yang selama ini dibiarkan oleh PKR.Apakah yang dapat dilakukan oleh seorang kaki mabuk dan kaki judi.Akan hancur lagilah rakyat bila seorang yang mempunyai masaalah dipilih sebagai pemimpin sedangkan calon BN adalah bersih dari sebarang masaalah.

    Dalam tempoh berkempen selama seminggu, BN telah memaparkan kejayaan dan apa yang akan dan sudah dilakukan untuk rakyat, tetapi poster dan sepanduk pembangkang pula lebih banyak berunsur fitnah.Apa saja yang BN buat semuanya dituduh tidak betul dan penuh penyelewengan. Pembangkang tersalah pilih calon dan ketiadaan isu untuk menyerang peribadi calon BN. Oleh itu, mahu tidak mahu fitnah sajalah boleh menjadi modal mereka.Barangkali pembangkang akan menggunakan strategi menyebarkan pelbagai risalah tentang pemimpin UMNO dan BN pada malam ini.Mereka peduli apa tentang etika berkempen, asalkan pengundi percaya dan membenci calon BN.

    Kalau taktik sebar fitnah dan kenyataan palsu dapat meyakinkan pengundi Hulu Selangor untuk memihak kepada Zaid Ibrahim, maka itu akan dilakukan.

    Pembangkang mungkin menggunakan strategi ini kerana terdesak dan tertekan apabila ceramah mereka sebelum ini tidak mendapat sambutan. Paling ketara apabila jentera pilihan raya PKR sendiri terkial-kial bagaikan tiada kekuatan sehingga terpaksa memanggil orang luar untuk membantu.Jadi, apa yang mereka mampu lakukan ialah memutar-belitkan fakta dan menyebarkan fitnah serta memburukkan BN.Justeru itu, saat-saat terakhir ini sehingga tamat proses pembuangan undi, semua jentera BN kena memberi sepenuh perhatian dan menjelaskan secara lebih terperinci apabila timbul isu-isu di peti-peti undi tertentu.

    Permainan fitnah bukan asing pada pembangkang. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri melancarkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada kerajaan BN dan Perdana Menteri.Pendedahan bekas pemimpin kanan dan rakan karib Anwar tentang fitnah dan pembohongannya sepatutnya memberi keinsafan kepada penyokong Pas dan PKR. Paling berkesan jika beramai-ramai angkat kaki meninggalkan pemimpin yang banyak bercakap bohong itu.Anwar sememangnya licik merancang konspirasi termasuk dengan menggunakan akuan bersumpah untuk meyakinkan orang ramai terhadap fitnahnya.

    Kini, para pengundi Hulu Selangor kena berfikir dengan tenang. Mereka perlu mendengar dan melihat pada fakta, bukan mengikut rentak fitnah.Memang P. Kamalanathan calon anak tempatan dari MIC, beragama Hindu tetapi beliau telah mendapat sokongan penuh BN. Jika tidak diberi tempat di Hulu Selangor, mana-mana tempat pun tiada peluang untuk calon MIC bertanding.Paling utama, lihat parti mana di belakang calon yang memperjuangkan nasib rakyat.

    Berbeza dengan Zaid, calon luar PKR berasal Kelantan. Jangan lihat pada peribadi Zaid sahaja tetapi pemimpin-pemimpin di belakangnya yang asyik melemparkan fitnah. Gaya berpolitik mereka pun lebih menjurus untuk merebut kekuasaan.Masa depan kawasan Hulu Selangor bergantung kepada keputusan penting yang ditentukan oleh para pengundi esok. Mereka mempunyai hanya dua pilihan sahaja - memilih calon BN, P. Kamalanathan atau calon PKR, Zaid Ibrahim.

    Pengundi Hulu Selangor bukan tidak mengenal mana kaca dan mana intan. Jangan mudah termakan hujah yang mengatakan kerajaan BN zalim. Bukankah fitnah namanya itu? Kalau kerajaan zalim dan tidak adil, sudah lama rakyat Hulu Selangor kebuluran.Jadi, fikir yang mana anda akan pilih sebagai pembawa suara rakyat Hulu Selangor ke Dewan Parlimen. Yang bercakap benar atau yang suka buat fitnah?

    SEMOGA PENGUNDI HULU SELANGOR TAHU MENILAI MANA INTAN DAN MANA KACA.SEMOGA SELURUH PENGUNDI HS AKAN DIKURNIAKAN HIDAYAH DALAM MENENTUKAN PEMIMPIN YANG BAIK.JANGAN SESEKALI MEMBERI RUANG PADA YANG SUDAH KITA KETAHUI BAIK BURUKNYA.....KITA RENUNG RENUNGKAN LAH...SEMOGA PENGUNDI HULU SELANGOR AKAN SENTIASA DI PELIHARA DARI SEBARANG KEMUNGKARAN.....

    KALAU DAH KETUA TIDAK MENGHORMATI SIAPA SAJA TERMASUK SULTAN SIAPA LAGI YANG AKAN DIDENGARI OLEH PEMIMPIN SEPERTI ANWAR DAN NIK AZIZ....NIK AZIZ SANGGUP MENYANGGAH ARAHAN SULTAN INIKAN PULA RAKYAT SEPERTI KITA.....KALAU RAJA SENDIRI DISANGGAH INIKAN PULA RAJA DARI NEGERI LAIN....LU PIKIR LA SENDIRI.......

    MAKIN PARAH:LAGI AHLI PKR DAN PAS KELUAR PARTI

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila hampir 100 pemimpin serta ahli cawangan parti itu di Batu 4 Kapar, di sini mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.

    Mereka diketuai Ketua Cawangannya, Mohd. Shahbuddin Hasbullah yang mengumumkan keputusan tersebut, sekali gus membubarkan PKR cawangan berkenaan.

    Pengumuman itu memberikan tekanan bertali-arus terhadap PKR yang berhadapan dengan krisis kepercayaan terhadap parti itu dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Menurut, Mohd. Shahbuddin, keputusan untuk meninggalkan PKR serta membubarkan cawangan parti itu di Batu 4, Kapar dibuat berikutan rasa kesal dengan kepimpinan Anwar yang sanggup menggadaikan kepentingan negara dan ahli partinya sendiri.

    "Beliau (Anwar) bersikap seperti diktator dan PKR kini berada dalam keadaan kucar-kacir. Saya ada baca banyak berita dari surat khabar, dari pelbagai sumber dan nampak bahawa beliau ada niat tidak baik.

    "PKR juga tidak mempunyai perjuangan yang jelas kecuali memburuk-burukkan negara, mencaci serta memfitnah orang lain termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    "Najib kalau kita lihat menjelajah ke serata negara untuk menaikkan ekonomi negara, bukannya menjelajah ke seluruh benua untuk memburukkan, menghina negara," katanya kepada pemberita sempena pengisytiharan keluar daripada PKR di Sementa, di sini, malam tadi.

    Majlis itu turut disusuli dengan penyerahan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil.

    Tambah Shahbuddin, keputusan beliau serta ahli untuk meninggalkan PKR bukan kerana membenci mana-mana individu dalam parti itu atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

    Sebaliknya, tindakan itu dibuat kerana beliau serta seluruh ahli PKR cawangan itu tidak lagi percaya dan yakin dengan ideologi politik parti pembangkang itu yang banyak mencetuskan huru-hara di kalangan masyarakat di negara ini selain tidak melaksanakan janji-janji yang dibuat kepada rakyat sehingga ke hari ini.

    PERDANA MENTERI MALAYSIA

    PERDANA MENTERI MALAYSIA
    YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

    Timbalan Perdana Menteri

    TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

    NEGARAWAN TERULUNG

    NEGARAWAN TERULUNG

    ShoutMix chat widget

    CHATROLL KAMALFARSYA

    LinkWithin

    Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

    Jumlah Paparan Halaman

    BLOG SARAWAK

    BLOG PEMBANGKANG

    Catatan Popular

    SABDA HADIS

    Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

    Huraian

    1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

    MARI MEMBACA AL QURAN

    CELIK AL-QURAN
    Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

    AsmaulHusna

    Photobucket

    JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

    JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
    JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

    Bank islam online

    ZAKAT

    ZAKAT
    bayar secara online

    KIBAR JALUR GEMILANG

    Berkibarlah dikau di bumi bertuah

    NEGARA MALAYSIA

    YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

    Windows Live Messenger