tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 28 Ogos 2010

SEORANG LAGI LAGENDA PERGI MENINGGALKAN KITA:ALFATEHAH

Isa Bakar

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Isa Bakar, 58, meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi tadi di Hospital George Town, Pulau Pinang.

Sepupunya, Roslan Meah Mohd Meah berkata, allahyarham telah dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas mengalami batuk berdarah.

"Selepas dimasukkan ke hospital dia ok dan dapat bercakap dengan abangnya, Osman. Tiba-tiba pagi ini kami diberitahu dia telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

ERA KEGEMILANGAN... Allahyarham, Isa Bakar (kiri) tersenyum gembira apabila rakan sepasukannya, Mokhtar Dahari berjaya menjaringkan gol ketika menentang Thailand, pada perlawanan peringkat kumpulan, kejohanan Piala Dunia. Malaysia menang 6-4.

Isa meninggalkan seorang balu, Mazlina Ismail dan empat cahaya mata, tiga perempuan dan seorang lelaki.

Jenazah beliau akan dibawa ke rumahnya di Sungai Ara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Jalan Perak, Pulau Pinang petang ini.

Isa dan allahyarham abangnya, Ali mewakili negara sementara adiknya Omar menjadi pemain Pulau Pinang.

Pada era kegemilangannya, allahyarham bertindak sebagai pemain penyerang yang berbisa ketika berpasangan dengan pemain legenda, Mokhtar Dahari.

Bukan itu sahaja, pasukan negara ketika itu turut dikuatkan dengan ketangkasan penjaga gol, R. Arumugam, pemain pertahanan, Santokh Singh dan Soh Chin Aun serta pemain tengah, Reduan Abdullah dan Shukor Salleh yang melengkapkan era kegemilangan bola sepak negara pada tahun 1970 an.

Isa pernah bermain untuk pasukan Malayawata ketika zaman remaja dan selepas itu beliau menyertai pasukan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Telekom Utara.

Jumaat, 27 Ogos 2010

CERITA LANJUT INKUES TEOH BENG HOCK

Pejabat peguam negara akhirnya memuat-naik klip video terbaru inkues pada 18 Ogos lalu yang diadakan bagi menentukan punca kematian pegawai politik DAP, Teoh Beng Hock.

Klip video itu dimuat-naikkan pada jam 3.41 petang itu, iaitu selepas lebih seminggu pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tampil menyambung keterangan.

Memakan masa lebih tiga jam, fail video ini berukuran 805 MB dan boleh dimuat-turun dari laman sesawang pejabat peguam negara.

Pada inkues itu Pornthip terus mempertahankan pendapatnya bahawa Teoh kemungkinan besar tidak membunuh diri tetapi sebaliknya diasak oleh ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa yang sejak awal mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi.

Sebaliknya Abdul Razak mendakwa keterangan Pornthip adalah berdasarkan imaginasinya.

Selain mempertikaikan kelayakan Pornthip, Abdul Razak juga menyoal sama ada ahli patologi Thailand itu pernah melompat dari bangunan dan kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya.

Beliau juga membuat demonstrasi menunjukkan bagaimana seseorang boleh mencekik diri sendiri sambil digelakkan oleh mereka yang menghadiri perbicaraan itu.

Semalam, ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, mendakwa kegagalan pihak pendakwaan memuat-naikkan video berkenaan membuktikan bahawa suruhanjaya berkenaan tidak berkecuali.

Ketika dihubungi, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pejabatnya menghadapi masalah teknikal dalam memuat-naikkan video berkenaan.

Katanya, mahkamah Shah Alam telah menyerahkan sesalinan video yang tidak boleh dimainkan dan mereka terpaksa mendapatkan salinan yang baru hari ini.

"Tidak adil bagi kamu (media) menyalahkan pejabat saya kerana memihak. Semua ini tidak benar,” katanya.

Selepas didedahkan oleh Lim, Abdul Gani (kanan) berkata beliau terus menghubungi pegawai yang bertanggungjawab dan langkah-langkah telah diambil bagi memastikan klip video itu dimuat-naikkan secepat mungkin.

Katanya di sebalik masalah teknikal itu, pejabat peguam negara bertekad untuk mengheret lebih ramai penjenayah ke muka pengadilan seperti dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan beberapa kes lain.

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Izinkan saya jalankan tugas saya,” katanya.

Berikutan bantahan orang ramai yang mempersoalkan integriti inkues yang dijalankan, Abdul Gani berjanji pada permulaan perbicaraan pada Julai tahun lalu bahawa semua yang berlaku akan dirakamkan untuk tontonan umum.

Ketika berita ini ditulis, beberapa pembaca telah memaklumkan bahawa mereka mengalami kesukaran menonton klip video melalui laman sesawang pejabat peguam negara.

TINDAKAN TEGAS JEMPUT BUKAN ISLAM BERI CERAMAH DI MASJID/ SURAU


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.

Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah laman blog yang mendakwa Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli Pas, Ahad lalu.Laman blog itu turut menyiarkan gambar Nie Ching dalam keadaan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya pendek sambil berdiri di bahagian imam ruang solat surau berkenaan.Dalam pada itu, Mohammed Khusrin menyatakan orang bukan Islam hanya boleh melawat kawasan masjid atau surau tetapi tidak boleh memasuki ruang solat rumah ibadat berkenaan.Jika benar akan keadaan ini berlaku, seharusnya nazir atau jawatankuasa surau terbabit sepatutnya sudah maklum akan larangan ini termasuklah larangan berpolitik di dalam masjid.

JAIS, MAIS telah banyak kali menegaskan akan larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik apatah lagi dengan menjemput orang kafir untuk mengadakan majlis dalam ruang solat.Jika mereka nak adakan majlis, mereka boleh mengadakan majlis sama ada pemberian bantuan atau sebagainya di luar masjid atau surau, bukannya di dalam rumah ibadat ini,” tegasnyaSementara itu blog Nie Ching (http://www.wretch.cc/blog/teonieching) telah menyiarkan berita mengenai kunjungan beliau ke Surau al-Huda Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Khamis, 26 Ogos 2010

MEMANG DAH MELAMPAU

Duta besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan didesak supaya meninggalkan negara itu oleh sekumpulan peserta demonstrasi di Indonesia hari ini.

Duta besar diberi tempoh selama tiga hari untuk meninggalkan negara itu oleh para peserta demonstrasi berkenaan, lapor laman web akhbar Tempo.

Demonstrasi di depan pejabat kedutaan Malaysia di Kuningan, Jakarta hari ini antara lainnya disertai Forum Kebangsaan Indonesia dan Gerakan Pemuda Forum Betawi Rempug.

NONETiga persatuan mahasiswa - Perhimpunan Mahasiswa Katolik Indonesia, Gerakan Mahasiswa Nasional Indonesia, dan Liga Mahasiswa Nasional turut menyertai perhimpunan itu, lapor laman itu lagi.

Laman tersebut memetik beberapa orang pemimpin NGO yang berucap dalam demonstrasi berkenaan mengenai "harga diri bangsa Indonesia yang telah direndahkan oleh Malaysia."

Peserta demonstrasi itu juga bertindak membakar satu bendera Malaysia "sebagai simbol perlawanan," dan turut membaling buluh ke arah anggota keselamatan.

Dalam pada itu, kumpulan berkenaan berjumlah "beratus-ratus orang" itu juga cuba memasuki pejabat kedutaan namun dihalang oleh "puluhan" anggota keselamatan dilengkapi meriam air, lapor laman berita internet Detikcom.

Demonstrasi hari ini merupakan tindakan kelima seumpamanya yang dilancarkan NGO negara tersebut sejak minggu ini, berikutan satu insiden melibatkan bahagian penguatkuasa marin Malaysia dan Indonesia.

NONEDalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula bertindak menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu.

Kesemua tahanan tersebut bagaimanapun dibebaskan oleh kedua-dua negara pada 17 Ogos lalu.

Berang dengan kejadian itu, sebuah NGO dikenali dengan nama Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) bertindak mengadakan satu demonstrasi pada Isnin lalu di depan kedutaan Malaysia dan mendakwa negara ini telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden tersebut.

BENDERA turut mengancam untuk mengancam untuk mengusir rakyat Malaysia dalam operasi dinamakam "Sweeping Rakyat Malaysia" - dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.

SIMBAH CAT DI SURAU:APALAH ERTI NYA

Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di Seremban, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.

Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu, pagi ini.

NONETurut hadir, pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan ketua Umno Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.

Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.

Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.

Mohd Hasbi pula berkata, beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.

"Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif," katanya.

Katanya, beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini," katanya
NONEYeow berkata, beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.

"Demi perpaduan kaum, saya mengatur pertemuan ini supaya mereka yang terbabit memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," katanya.

Yeow berkata, MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.
Selasa lalu, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari.

KENAPA KHATIB SEBUT NAMA LGE DAN BUKAN AGUNG ATAU PEMIMPIN ISLAM LAIN

1.MUNGKIN BELIAU NAK JADI CALON PADA PRU 13 NANTI
2.JADI KENA LA BODEK LGE...BARU DAPAT JADI CALON NANTI
3.SENGAJA LAKUKAN INI KERANA INGINKAN PERHATIAN.....
4.MUNGKIN JUGA KHATIB NI DAH LUPA DARI MANA ASAL USULNYA....
5.ATAU MUNGKIN SENGAJA AGAR INI AKAN MENJADI SATU ISU ....


MUNGKIN BANYAK LAGI ALASAN ...KENAPA KHATIB NI SEBUT NAMA LGE DAN BUKAN PEMIMPIN ISLAM ....KALAU SIAPA ADA IDEA KENAPA KHATIB TERSEBUT MENGGUNAKAN NAMA LGE DAN BUKAN NAMA AGUNG ATAU TYT...DAN PEMIMPIN ISLAM LAIN SILA KEMUKAN ALASAN ALASAN TERSEBUT........MUDAH KITA CARI JAWAPAN KENAPA BELIAU BERSUNGGUH2 MEMPERTAHANKAN NAMA LGE DI SEBUT DALAM KHUTBAH JUMAAT ITU........

PERTAHAN KHATIB DOAKAN LGE PENDIRIAN KOLOT PAS

Tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mempertahan khatib jemputan, Zakaria Ahmad mengenai doa yang dibacakan dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang merupakan pendirian kolot parti itu.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan Pemuda Pas tersebut hanya akan menyebabkan agama Islam terus dipandang mudah dan diperlekeh oleh masyarakat luar.

Katanya, Pemuda Pas tidak sepatutnya menyokong atau mengizinkan perkara yang berbau politik mempengaruhi jemaah di dalam masjid.

"Mereka tidak layak menentukan halal haram doa yang dibacakan Zakaria.

"Sebaik-baiknya biar Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan mengenai isu berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mempertahan Zakaria ketika mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri itu.

Menurut Reezal, tindakan Pemuda Pas mempertahankan Zakaria hanya merupakan pendirian yang berunsur politik semata-mata dan bukannya melibatkan hukum agama.

"Jika doa seumpama itu boleh dilakukan, kenapa ahli Pas di Kelantan tidak mendoakan musuh mereka dalam pakatan pembangkang, Karpal Singh, dalam khutbah Jumaat di semua masjid di negeri itu supaya menerima hukum hudud.

"Kita akan dapat tengok bagaimana reaksi rakyat Kelantan selepas perkara itu dilaksanakan," katanya.

Selain itu, katanya, banyak lagi tempat selain masjid boleh dijadikan tempat berdoa jika betul doa yang dibacakan Zakaria semata-mata untuk memohon kepada Allah supaya Guan Eng diberikan hidayah.

Rabu, 25 Ogos 2010

CERITA TERBARU INKUES TEOH BENG HOCK

“Mengapa rakaman terdahulu inkues Teoh Beng Hock dimuat-naikkan di lamanweb Pejabat Peguam Negara, tetapi yang terbaru sengaja ditinggalkan?

“Adakah kerana ia berkaitan dengan persembahan yang kurang memuaskan ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa (kiri) dalam inkues itu?”

Ia antara persoalan yang dilemparkan oleh ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng dari DAP, hari ini yang mendakwa kegagalan pihak pendakwaan memuat-naikkan laporan inkues terbaru itu membuktikan bahawa suruhanjaya berkenaan tidak berkecuali.

“Pejabat AG memuat-naik video perbicaraan di lamanweb mereka sejak hari pertama inkues. Tetapi mengapa memilih tidak menyiarkan yang terbaru?

“Ini cuma menunjukkan mereka adalah berat sebelah, walaupun dalam kes ini mereka sepatutnya berkecuali,” kata Lim dalam sidang medianya hari ini.

Lim juga mencabar pejabat peguam negara untuk memuat-naikkan video berkenaan dalam tempoh 24 jam.

“Ji
ka tidak, mereka sepatutnya mengeluarkan semua video yang lain itu,” kata Lim (kanan).

Pada inkues terbaru pada 18 Ogos lalu, ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mempertahankan pendapatnya bahawa Teoh kemungkinan besar tidak membunuh diri tetapi sebaliknya diasak oleh Abdul Razak yang sejak awal mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi.

Abdul Razak berpendapat keterangan Pornthip adalah berdasarkan imaginasinya. Pornthip menafikan perkara itu dan berkata kesimpulannya adalah berdasarkan pemerhatian dan kerjanya.

Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti tempat beliau belajar, tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip (kiri) menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.

Cekik diri sendiri

Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakkan daripada mereka di mahkamah itu.

"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM,” katanya.

Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintifik.

Razak: Awak kata 80 peratus pembunuhan.

Pornthip: Saya telah terangkan. Awak mesti terima...

Razak:
Apabila awak beri keterangan 80 peratus adalah kes pembunuhan, ia dilaporkan di semua media negara ini.

Pornthip berulang-kali menggesa Razak supaya membaca laporannya, tetapi ketua pendakwa SPRM itu berkata: “Saya habiskan masa tiga hari membacanya.”

Orang ramai yang mengikuti perbicaraan kemudian mula berbisik yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara soalan Razak.

Razak kemudiannya bertanya sama ada objek tumpul yang dirujuk oleh Porthip pada awal inkues pagi ini merujuk kepada kerusi atau benda lain.

Pornthip: Saya ingin tanya sama ada awak seorang peguam?

Razak: Mungkin, saya lebih muda daripada awak tetapi saya telah berkhidmat sebagai peguam untuk 24 tahun.

Ini disambut dengan cemuhan 'wah' daripada mereka yang hadir.

Pengalaman terjun bangunan

Razak kemudian mengajukan soalan kepada Pornthip, bagaimana Teoh boleh mati pada tingkat 14 (lokasi pejabat SPRM Selangor yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam) tetapi masih bernyawa apabila sampai di bawah.

Soalan Razak semakin bercelaru dan menyebabakan koroner terketawa kecil. Azmil kemudian menjelaskan kepada Razak apa yang Pornthip maksudkan ialah Teoh berkemungkinan sedar semasa jatuh dan belum mati.

Razak: Dari Tingkat 14, 99 kaki dari atas tanah - dia tidak sedarkan diri, jadi badannya semestinya lebih berat.

Pornthip: Tiada perbezaan. Secara saintifik, bagaimana boleh berlaku kehilangan berat berdasarkan tahap kesedaran?

Razak juga bertanya kepada Pornthip sama ada dia mempunyai pengalaman terjun dari bangunan. Ini kerana ahli patologi itu dalam keterangannya berkata mayat yang dijumpai itu didapati lebih jauh daripada bangunan berkenaan berbanding kes lazim membunuh diri dengan melompat.

Satu lawan empat

Malik bangkit dan berkata Razak cuba 'memasukkan perkatan' dalam mulut Pornthip. “Cara dia mengajukan soalan seolah-olah mahu kami sendiri terjun!”

Razak kemudiannya mengulangi soalan kepada Pornthip bahawa pendapatnya adalah berlainan dengan empat orang doktor yang hadir pada bedah siasat kedua.

Razak: Satu lawan empat...

Pornthip:
Awak perlu hormat hakim (koroner) yang akan membuat keputusan.

Razak:
Kita bekerja berdasarkan majoriti.

TIDAK MUSTAHIL ISLAM BUKAN LAGI AGAMA RASMI MALAYSIA JIKA KITA ORANG ISLAM DAN MELAYU TIDAK BERSATU

Tidak mustahil perkara ini akan berlaku di masa akan datang sekiranya Pas masih dengan bongkaknya ingin bekerjasama dengan DAP yang terang terang menolak cadangan PAS untuk membentuk negara Islam.Kenapa Pas masih lagi ingin bekerjasama dengan penentang Islam sedangkan Pas boleh menjalinkan kerjasama dengan Umno dalam membentuk negara malaysia ini kearah negara Islam.Pas tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana Pas beranggapan Pas akan hilang pengaruhnya.Jadi Pas sanggup menggadai segala perjuangannya dan bersama dengan DAP yang sudah tentu akan cuba menjadikan negara ini sebuah lagi sebagai negara singapura.Pas sebenarnya tidak melihat apa sebenarnya yang ada di dalam hati para pemimpin Dap.Bagi Pas yang penting mereka dapat menjatuhkan Umno yang selama ini begitu bersungguh sungguh dalam mempertahankan hak orang melayu.Tapi bagi Pas dan Pkr mereka hanya mahu menjadikan hak semua rakyat negara ini adalah semua kesemarataan.Inilah perjuangan Pas dan PKR.Mereka sanggup menggadai negara ini hanya kerana inginkan kuasa.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang merujuk pada insiden penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat mengingatkan walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

"Saya bukan racis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain. Penghormatan hanya akan diperoleh apabila kita berkuasa,”katanya.

Serentak dengan itu bekas Perdana Menteri itu menegaskan nama pemimpin negara yang beragama Islam mesti disebut dalam doa khutbah Jumaat kerana Islam merupakan agama yang berkuasa di negara ini.

Berucap merasmikan majlis berbuka puasa dan penyampaian Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti di Kuala Lumpur Selasa Dr Mahathir berkata, umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.

"Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa," katanya.

Beliau merujuk kepada insiden penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid di negeri itu baru-baru ini.

Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim mengingatkan umat Islam agar memikirkan semula tanggungjawab kepada agama, sekalipun tanggungjawab kepada bangsa sudah tidak lagi menjadi keutamaan.

Katanya, walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

"Jumlah ramai ini tidak bermakna kalau sudah berpecah belah dan bermusuh antara mereka. Apabila bermusuh, pihak lain berpeluang gunakan permusuhan sesama Islam ini untuk mengutarakan kedudukan mereka, bahkan untuk berkuasa dalam negara.

"Jangan fikir tidak mungkin satu hari nanti khutbah sebut ketua negara bukan Islam kerana mereka telah berkuasa dan kita sudah jadi puak yang kecil, berpecah belah dan tidak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, sudah ramai umat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan tingkah laku dan cara hidup seperti yang dituntut dalam Al-Quran dan hadis.

Justeru katanya, kuasa umat Islam hanya dapat dikekalkan sekiranya umat Islam itu sendiri yang berusaha menyelamatkan agama mereka.

"Berkuasa hari ni tidak bermakna kekal berkuasa di masa depan. Jangan fikir pegangan kita akan terus kekal. Ia akan terhakis juga bila kita sudah miskin dan daif. Islam tak suruh kita berpecah-belah, tapi suruh kita bersaudara. Tanya kepada diri adakah kita benar-benar berpegang kepada ajaran Islam tentang persaudaraan ini," katanya

ISU KHUTBAH JUMAAT:KHATIB AKUI KESILAPAN

Khatib Zakaria Ahmad yang dikaitkan dengan isu penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini mengakui cara dan tempat beliau berdoa itu silap.

Namun, beliau tetap mempertahankan tindakannya untuk berdoa bagi orang bukan Islam supaya diberi hidayah untuk memeluk Islam sebagai tidak salah dari segi agama, cuma pendekatannya sahaja yang tidak betul.

“Insya-Allah, saya mungkin tidak berdoa seperti ini lagi dalam khutbah Jumaat, saya akan berdoa di tempat lain dan perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas memberikan penjelasan berhubung isu tersebut kepada barisan panel pihak berkuasa agama negeri selama kira-kira sejam setengah bermula pukul 3.20 petang di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Lebuh Pantai di sini.

Zakaria turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana telah memberikan panduan berhubung perkara itu kepadanya dan akan memastikan ia tidak berulang.

Beliau berpendapat, isu tersebut adalah kecil tetapi disebabkan perkara itu telah dipolitikkan oleh pihak tertentu, maka ia menjadi isu yang besar.

“Jadi saya akan saman mana-mana pihak termasuk media yang telah menjatuhkan maruah saya, seolah-olah saya ini jahil dalam Islam dan sebagainya.

“Perkara ini telah pun dirunding dengan peguam saya,” ujarnya.

Ditanya adakah beliau akan meminta maaf ke atas apa yang telah berlaku, beliau berkata, ia tidak seharusnya dipersoalkan.

“Tidak timbul soal meminta maaf sebab saya tidak bersalah kepada MAIPP kerana saya mempunyai tauliah,” ujarnya.

Pada masa sama, Zakaria memberitahu, pihak polis telah mengambil kenyataannya berhubung isu itu di rumahnya di Taiping, Perak sebelum sesi penjelasan di JHEAIPP hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria ketika ditemui berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Zakaria dan perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat MAIPP tidak lama lagi.

Tambahnya, pihaknya juga tidak terfikir tentang tindakan yang akan diambil dan buat masa ini MAIPP sedang mencari jalan bagaimana hendak menjernihkan perkara tersebut.

Ditanya adakah Zakaria meminta maaf pada sesi itu, beliau tidak menafikan.

“Saya boleh katakan sedemikian, suasana tadi adalah bermaaf-maafan dan berjalan dengan lancar dan baik,

Selasa, 24 Ogos 2010

DAP SEBENARNYA ADALAH ANTI ISLAM

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tentangan terhadap pelaksanaan hukum hudud di negara ini oleh DAP jelas menunjukkan sikap sebenar parti itu terhadap perjuagan mereka dalam Pakatan Rakyat.

“Inilah sikap sebenar mereka, menentang hukum Islam dan mahu menegakkan sebuah negara sekular semata-mata.

“Sikap toleransi dan hormat-menghormati tidak ada dalam prinsip perjuangan mereka,” katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil dalam menangani masalah jenayah dan sosial.

Karpal dilaporkan berkata, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa hanya Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain yang boleh digunakan, justeru tidak ada ruang untuk undang-undang hudud.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, rakyat perlu membuka mata dan menilai kebiadaban sikap pembangkang seperti DAP yang tidak faham dengan syariat Islam yang sebenar.

“Mereka perlu faham, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam yang didapati bersalah dan bukan mudah untuk hukuman seperti potong tangan dilaksanakan. “Ada banyak perkara perlu diambilkira, DAP perlu sedar perkara sebegini mencerminkan sikap sebenar mereka terhadap agama Islam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi berkata beliau sedia bertemu dengan mana-mana pihak termasuk Karpal dan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang bagi menjelaskan konsep hukuman hudud secara terperinci.

“Kita sedia bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk pemerintah bagi menjelaskan bagaimana syariat Islam dan hukum hudud berperanan memulihkan peradaban yang kian runtuh hari ini.

“Sudah tiba masanya untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan. Kenapa mahu menolak sedang masyarakat dan negara belum menyaksikan bagaimana syariat Islam beroperasi membetulkan segala sistem nilai dan maruah bangsa yang tercalar teruk pada hari ini,” katanya.

Nasrudin berkata, Islam bukanlah sekadar menjalankan hukuman semata-mata tetapi penyelesaian secara bestari dan berhikmah serta mempunyai pakej penyelesaian yang cukup baik bermula daripada pendidikan, pembentukan minda dan peribadi, pencegahan, pemantauan, alternatif seterusnya hukuman setimpal.

"Hukuman berat tidak menjamin keberkesanan seperti hukuman gantung sampai mati ke atas pengedar dadah.

"Biarpun hukuman itu keras dan berat, namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa," katanya.

Baru-baru ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya perlaksanaan syariat Islam dan hukum hudud dijalankan, pelbagai pihak sibuk mencari formula bagaimana mahu mengatasi kemelut sosial yang parah ini.

SIMBAH CAT:EMPAT DALANG SUDAH ADA DALAM TANGAN POLIS

Empat ditahan berhubung kejadian menyimbah surau dengan cat merah di surau baru Taman Pulai Impian, Sikamat, dekat sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, empat suspek berusia antara 16 hingga 18 tahun ditangkap dalam tempoh 12 jam selepas kejadian yang tidak bermoral itu di sekitar negeri ini.

Katanya, siasatan awal mendapati bahawa keempat-empat remaja terbabit bermain mercun berhampiran surau pada Ahad dan telah diarahkan berhenti.

Dan sebagai pembalasan, mereka memutuskan menyimbah cat ke surau terbabit.

"Mereka bertindak sebagai membalas dendam," katanya sambil menambah bahawa mereka akan direman selama empat hari untuk mengumpulkan bukti sebelum mereka dituduh di mahkamah kerana mencemarkan tempat ibadah.

Dalam kejadian awal pagi Isnin, jemaah surau berkenaan gempar selepas mendapati surau mereka disimbah cat merah dan dilempar beberapa botol arak.

Surau berkenaan dibuka pada 24 Julai lalu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong yang melawat surau itu pada hari Selasa menegaskan bahawa kerajaan memandang insiden itu sebagai sangat serius.

"Insiden seperti ini tidak seharusnya berlaku. Kami tidak akan ragu untuk mengambil tindakan tegas terhadap setiap individu atau kumpulan yang mengancam keamanan negara," tegasnya.

Namun, katanya, insiden itu, dipercayai "tindakan balas dendam" oleh remaja terbabit dan berharap tidak ada pihak akan mengambil kesempatan untuk membangkitkan sentimen perkauman.

"Siasatan sedang dijalankan. Saya berharap masalah ini tidak digembar-gemburkan.Dalam pada itu di dapati Pemuda Umno Dan pihak pembangkang bersempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini telahberlumba-lumba membersihkan surau yang menjadi mangsa perbuatan khianat semalam.

Namun, peranan awal mungkin dimulakan oleh Pemuda Umno apabila pihaknya dikatakan sudah berada di tempat kejadian pagi ini.

"Saya telah mengarahkan Pemuda (Umno) Negeri Sembilan untuk bergotong-royong memperbaiki surau yang dicemar.

"Mereka sudah berada di surau," kata ketua Pemuda pergerakan itu Khairy Jamaluddin (kiri) di laman Twitter kira-kira sejam lalu.

Manakala anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah) - yang menentang Khairy di parlimen Rembau dalam pilihan raya umum lalu - berkata pihaknya pagi ini telah menemui jawatankuasa surau berkenaan.

Badrul bersama NGO yang diasaskannya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu menawarkan bantuan bagi membaiki semua kerosakan akibat disimbah cat dan dibaling botol arak itu.

"Pada dasarnya mereka (jawantakuasa surau) bersetuju. Sekarang kita cuma tunggu kebenaran daripada pihak polis. Polis kata OK, kita mulakan kerja," katanya kepada Malaysiakini.

"
Sekeliling surau itu, termasuk pagar perlukan cat baru."

Awal pagi semalam, sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban disimbah cat merah dan dibaling botol arak.

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail dilaporkan berkata kejadian itu disedari oleh jemaah semasa solat subuh.

Beliau menjangkakan perbuatan khianat itu berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi.



EMPAT DI TAHAN ATAS SIMBAH CAT DI SURAU

Empat ditahan berhubung kejadian menyimbah surau dengan cat merah di surau baru Taman Pulai Impian, Sikamat, dekat sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, empat suspek terbabit ditangkap dalam tempoh 12 jam selepas kejadian yang tidak bermoral itu di sekitar negeri ini.

"Terperinci mengenainya saya akan nyatakan pada sidang akhbar petang ini," katanya pada di sini pada Selasa.

Dalam kejadian awal pagi Isnin, jemaah surau berkenaan terkejut selepas mendapati surau mereka disimbah cat merah dan dilempar beberapa botol arak.

Surau berkenaan dibuka pada 24 Julai lalu.

KARPAL SINGH SEBENARNYA RENDAHKAN MARTABAT PASGOK

Kalau nak berkuasa ikut cara kami.Itu kata dua yang dapat ditafsirkan dari kenyataan terbaru Karpal Singh Isnin yang tetap menolak hajat PAS nak laksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Pengerusi DAP itu konfiden habis pakatan rakyat boleh menang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti jika PAS tidak ‘ rock the boat’ yakni bikin rosak program mempertahankan hajat itu.

Karpal Singh nampaknya tidak peduli langsung dengan modal agama yang dijual PAS pada setiap pilihanraya kebelakangan ini.

“Adalah salah bagi PAS untuk goncang perahu terutama bila masanya sudah masak bagi pakatan rakyat mengantuikan Barisan Nasional di peringkat pusat dan menjadi BN pembangkang,”katanya.

Mengambil kira dari sudut politik Karpal Singh telah meletakan PAS ke tahap yang sebegitu rendah sekali kerana senang-senang berani meminta parti itu mengugurkan hajatnya itu kalau nak menang pilihanraya.

Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga perlu faham dan terima hakikat Karpal Singh tidak akan berganjak dari pendiriannya.

Karpal Singh secara tidak langsung memperlekehkan Nik Aziz dalam kenyataan itu bila turut menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan itu bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata Penasihat DAP Lim Kit Siang juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya.

Untuk menguatkan pendiriannya Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan,

Katanya," PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

"Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dan menurutnya beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

Dalam pada itu PAS kelihatan terkial-kial dalam menghadapi polimek dengan Karpal Singh yang merobek imejnya.

Paling tidak Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik menilai DAP menolak hajat PAS itu kerana tidak faham.

Baginya DAP perlu diberi penerangan agar memahami bahawa hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.

Ini juga menjadi pandangan Ketua Pemuda PAS Nasrudddin Hassan Tantawi.

Beliau juga dipetik sebagai berkata parti itu yakin DAP akan dapat menerima penjelasan mengenainya.
Katanya PAS akan tetap memperjuangkan hajatnya itu sekalipun ditolak DAP.

Soalnya sekarang selepas dua tahun masa berlalu apakah DAP tidak faham-faham lagi hajat rakan politiinya itu.

Apakah sekarang baru nak ‘ sekolahkan’ DAP mengenai kaedah hukum hudud dan negara Islam setelah sekian lama Karpal Singh dikenali dengan pendirian langkah mayatnya dulu kalau PAS nak tubuh negara Islam di Malaysia.

DAP ialah sebuah parti yang ahlinya majoriti besar bukan Islam.Bagaimana pula PKR yang ramai ahli Melayu .

Bukankah Nik Nazmi sendiri kata hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan.

Tolak sebelah DAP,hairan juga Nik Aziz tidak pernah melabel PKR dan pembesar parti itu yang beragama Islam ‘kurang Islam’ dari PAS sekalipun mereka tidak terima hukum hudud dan negara Islam seperti yang beliau sentiasa lagukan pada UMNO.

APA KE JADAH PAS MASIH NAK BERSAMA DAP....DAH TERANG DAP HANYA NAK MEMPERMAINKAN PASNGOK....PASNGOK MASIH LAGI MENANTI ..IBARAT BULAN JATUH KE RIBA......SAMPAI AKHIR ZAMAN PUN DAP TAK AKAN TERIMA ISLAM......HANYA NIK AZIZ YANG BOLEH DI IBARATKAN SEBAGAI MIMPI DI SIANG HARI....BAGI SAYA SELAGI NIK AZIZ BERADA DALAM PAS ....SELAGI ITULAH UMNO -PAS TIDAK AKAN DAPAT BEKERJASAMA....LU ORANG PIKIR KAN LA.....

APA ISTIMEWANYA HUBUNGAN ANWAR DAN AZMIN?????

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu membuktikan beliau bukan boneka, dengan menjelaskan mengapa naib presiden parti itu, Azmin Ali, begitu diberi keistimewaan oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, selain itu, Wan Azizah juga perlu menjelaskan bentuk hubungan istimewa yang terjalin antara Naib Presiden PKR tersebut dengan suaminya, sehingga ketua pembangkang itu sanggup melebihkan Azmin dalam apa jua keadaan.

"Wan Azizah perlu tampil menjelaskan semua dakwaan ini dan bukannya mengambil sikap membisu. Ini kerana isu yang mengatakan beliau seorang boneka sudah menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat dan juga penyokong PKR.

"Selaku Presiden, Wan Azizah perlu menjelaskan apakah bentuk hubungan istimewa yang terjalin antara Anwar dengan Azmin sehingga beliau sendiri kelihatan dipinggirkan oleh suaminya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak supaya Wan Azizah tampil menjelaskan pelbagai tohmahan berkait dakwaan yang mengatakan Anwar terlalu memberi keistimewaan kepada Azmin hingga menjadikan Ahli Parlimen Gombak itu sangat berkuasa melebihi presiden.

Sebelum ini, bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan turut mempersoalkan mengapa Penasihat PKR itu dan Wan Azizah takut hendak menjawab tentang kedudukan istimewa Azmin walaupun dicabar berulang kali.

Mengulas lanjut, Anuar mendakwa, beliau pelik apabila melihat ketua pembangkang itu terlalu prihatin terhadap Azmin berbanding individu lain yang menyokong perjuangan PKR termasuklah ahli keluarganya sendiri.

"Pernah dalam satu insiden pada 1996 sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau gelisah apabila Azmin (setiausaha sulit bagi Timbalan Perdana Menteri) tidak hadir ke pejabat sedangkan jika kakitangan lain, beliau tidak ambil kisah.

"Manakala pada satu insiden yang lain pula iaitu pada 1997 di Mauritius semasa mesyuarat Menteri Kewangan Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Anwar begitu terganggu sehingga tidak dapat memberi tumpuan kepada ucapannya hanya disebabkan Azmin 'merajuk'," dakwanya.

Menurut beliau, kemampuan Azmin mempengaruhi tindak-tanduk dan perasaan Anwar membuktikan Naib Presiden PKR itu mempunyai 'tangan ghaib' yang sangat berkuasa melebihi kuasa yang dimiliki oleh Wan Azizah selaku presiden parti.

"Persoalannya apa dia tangan ghaib yang membolehkan Azmin mengikat Anwar? Ini yang perlu dijawab oleh Wan Azizah jika benar beliau bukan seorang boneka dalam PKR

Isnin, 23 Ogos 2010

LAPORAN POLIS DI BUAT KEATAS NURUL IZZAH

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Anak kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Muhammad Zahid, yang ditemui selepas membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, berkata, Nurul Izzah telah menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Baru Ekonomi (DEB) serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.

Katanya kenyataan Nurul Izzah, kononnya pelaburan asing ke negara ini merosot teruk, adalah satu berniat jahat, manakala kenyataan beliau keupayaan kapal selam negara ini boleh mengundang kecenderungan pihak luar untuk melancarkan serangan terhadap negara ini.

PAS BUKAN NAK BELA MELAYU TAPI MAHU MENGHANCURKAN MELAYU

Ada pemimpin Pas menyatakan sudah tiba masanya Pas mengambil alih peranan UMNO bagi membela orang melayu terutama orang melayu di PP.Mungkin perkara ini ada asasnya bila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di PP.Tapi apa yang di laungkan pemimpin melayu PP terutama pemimpin Pas hanyalah indah rupa dari khabar.Apabila kerajaan PP yang di ketuai oleh LGE mula melakukan penindasan pada orang melayu PP,langsung tiada satu pun pemimpin melayu PP terutama pemimpin Pas yang kedepan dalam memberi pembelaan pada mereka.Terlalu banyak yang di lakukan oleh LGE pada orang melayu PP.Saya rasa tidak lah perlu saya rungkaikan kerana semua orang terutama sekali orang melayu sudah merasa tertipu dengan pembohongan kerajaan selama ini.

Mungkin jika perkara itu berlaku melibatkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN), sudah tentu akan ada desakan dari pembangkang terutama dari Pas supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja, jawatankuasa khas, tribunal, kertas putih atau macam-macam lagi.

Begitu jugalah dengan isu-isu lain yang menarik perhatian di Pulau Pinang sejak akhir2 ini seperti berkaitan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus berhubung 'lidah biawak', isu Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam, Bazar Ramadan Komtar, isu penjaja Melayu dan macam-macam lagi yang berkait rapat dengan kerajaan negeri. Sekali lagi kalau itu melibatkan kerajaan pimpinan BN, maka akan ada dakwaan kerajaan negeri tidak telus, tidak mentadbir dengan cekap, tidak amanah dan entah apa lagi malahan mungkin pemimpinnya disuruh letak jawatan.

Apa yang diharapkan, isu-isu ini tidak dilihat sebagai rasis atau perkauman. Bukan kerana ia hanya melibatkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu di Pulau Pinang. Sebaliknya satu kes lain membuktikan seorang peniaga Cina juga kurang senang dengan langkah pengurusan Komtar sehingga dia cuba membakar dirinya. Maknanya sudah tentu ada yang tidak kena. Begitu juga penduduk kaum India di Kampung Buah Pala.

Dan yang paling terbaru yang didedahkan baru-baru ini ialah mengenai isu khutbah solat Jumaat. Semalam, polis Pulau Pinang mengesahkan, pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat isu khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Guan Eng, dalam doa khutbah Jumaat.Kenapa Pas tidak menangani perkara ini dengan baik tanpa mengguris perasaan orang Islam dan juga bangsa melayu.Tapi sebaliknya Pas menuduh semua ini adalah angkara perbuatan UMNO yang sengaja memperbesarkan isu ini.Apakah sebenarnya motif PAS dalam perkara ini.Apakah Pas sudah menolak peranan Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama Islam negeri dan lebih memuliakan seorang pemimpin yang bukan di kalangan orang Islam sendiri. Perbuatan sebegini rupa perlu dihentikan segera dan tidak dipolitikkan supaya perpaduan di kalangan umat Islam terus terjalin.

Kita tidak mahu di kalangan umat Islam sendiri berpecah belah hanya kerana isu yang melibatkan umat Islam.Jadi adalah lebih baik Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim meletakkan jawatan kerana gagal menangani isu penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa pada khutbah kedua solat Jumaat.

Sebagai seorang pemimpin dan juga sebagai seorang Islam, Abdul Malik perlu peka dengan sensitiviti umat Islam dan menyiasat perkara tersebut secara terperinci, bukan terus menafikannya, malah, menuduh pula UMNO sengaja membangkitkan isu berkenaan.Sudah jelas perkara ini membabitkan soal agama dan bukan sesuatu yang remeh dan boleh dipermain atau dipolitikkan.Tapi bagi Pas ini semua adalah permainan politik Umno.Beberapa pihak sudah tampil mengakui perkara itu sememangnya berlaku. Jadi apa lagi yang dia asyik hendak nafi dan kemudian sewenang-wenangnya tuduh UMNO sengaja bangkitkan isu ini sebagai isu perkauman.

Sebenarnya kita harus merasa bangga apabila UMNO dapat mengambil tindakan pantas setelah seorang pemimpin bahagian, Ahmad Ismail didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur rasis semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Begitu juga dengan Nasir Safar yang memohon maaf secara terbuka dan meletak jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri apabila beliau didakwa memberi ucapan berunsur hasutan. Langkah segera juga diambil oleh kerajaan apabila seorang pengetua sekolah di Kulai, Johor didakwa memberi ucapan berbau perkauman. Walaupun pengetua itu sudah meminta maaf tetapi sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor sepatutnya sudah lama menjadi pengajaran kepada kita. Kita orang melayu sepatutnya sudah mula berubah untuk membetulkan kesilapan kita.Kerajaan ultra-kiasu sudah menunjukkan kepada kita dan rakan-rakan mereka apa yang mereka boleh buat jika mereka berada di Putrajaya selepas PRU 13 nanti.Mereka kata mereka boleh dengan mudah menindas Melayu di Pulau Pinang, menutup mulut Melayu di Selangor. Dengan tindakan kepada peniaga-peniaga Melayu, pemimpin Melayu dalam PR senyap seribu bahasa.Angguk sahaja dan tiada apa suara bantahan pun. Dengan amaran lucut jawatan Exco sahaja, Exco Melayu senyap atas isu jualan arak.

Tidakkah ultra-kiasu menunjukkan betapa dengan mudahnya Melayu dipermainkan. Isu menghapuskan diskaun rumah di Selangor, MB Melayu memberikan sokongan tidak berbelah bagi.Isu perpaduan Pas lebih rela bersekongkol dengan parti ultra kiasu daripada bersama Melayu dari UMNO. Sudahlah perpaduan Melayu lemah dan kritikal, pemimpin Melayu dalam PR menyokong usaha untuk mempermainkan orang Melayu.Bangganya ultra-kiasu, bila DAP kata Melayu BN rasuah, maka Melayu Pas dan PKR menambah lagi beberapa fakta yang berunsur fitnah. Tapi tentang isu generasi Melayu, akhlak remaja Melayu, mengapa DAP senyap.Mudah saja jawabnya, biarlah remaja Melayu terus rosak, kerana bebanan untuk meruntuhkan orang Melayu sudah kurang, jika generasi Melayu ini sudah dengan sendirinya rosak.Mudah saja jawabnya, biarlah remaja Melayu terus rosak, kerana bebanan untuk meruntuhkan orang Melayu sudah kurang, jika generasi Melayu ini sudah dengan sendirinya rosak.DAP tidak perlu bimbang, kerana Melayu dalam PR akan menyokong apa sahaja, asalkan ia dapat meruntuhkan Melayu dalam BN.Tidakkah terfikir bangsa sendiri yang sedang dirosakkan. Lihat sahaja isu Melayu Pulau Pinang, apa Timbalan Ketua Menteri buat, senyap, membutakan mata hati terhadap apa yang berlaku.Tidakkah kita berfikir, untuk ultra kiasu ke Putrajaya, lebih mudah kerana banyaknya 'kuda Melayu' yang boleh ditunggang.

Mampukah kita menangani krisis remaja Melayu yang kian meruncing, dengan hak kita digugat sedikit demi sedikit, apa yang kita pertahankan, bangsa kita sendiri yang sabotaj, bahkan menyokong pihak yang cuba merosakkannya .Sempena dengan Ramadan ini, marilah kita muhasabah diri, mengapa tidak boleh kita bersatu semula demi kedamaian hidup di negara kita sendiri.Bagaimana jika DAP tidak menerima negara Islam, esok kita hendak beribadat pun banyak sekatannya.Bagaimana nanti, kita tidak mampu memiliki rumah mewah lagi, terperosok di kaki gunung Jerai. Bagaimana anak-anak kita hendak menyambung pelajaran, jika hak istimewa pemberian biasiswa sudah tiada.

Hanya ini sahaja negara yang kita ada, susah payah kita biar di sini, tetapi bukan kita susah di sini, sedang orang lain kaya dan mewah di tempat kita.Melalui perpaduan kukuh, ultra-kiasu pun tidak berani bersuara. Melalui undi, kita berhak menentukan siapa mesti memimpin kita. Kita berhak menentukan kerajaan adil yang bagaimana yang kita hendak. Jangan sampai kita rasa kita menikam orang lain, tetapi yang luka dan mati ialah keluarga kita sendiri.Kalau PR ke Putrajaya, jangan harap Anwar Ibrahim akan menjadi PM, apa lagi Nik Aziz untuk jadi PM. Jangan harap negara Islam selagi bersekongkol dengan DAP.Secara mudah Melayu dalam Pas atau dalam PKR adalah Melayu yang tidak boleh dipercayai oleh ultra-kiasu, kerana mereka sanggup menikam bangsa mereka sendiri demi kuasa.Ultra-kiasu berfikir, sesama bangsa pun dikhianati, apa lagi jika berbeza bangsa!

Contoh di Pulau Pinang dan Selangor, juga sekejap di Perak sudah jelas untuk difikirkan. Apa yang sedang berlaku juga patut dijadikan iktibar. Terlajak perahu boleh undur, terlajak memangkah PRU 13, buruk padahnya.Kepada ulama-ulama Pas tidak perlulah tazkirah bulan Ramadan ini dijadikan ruang untuk menghentam pemimpin Islam dari BN.Dosa tetap dosa, walaupun ulama Pas. Pas cuma parti politik biasa sahaja, yang sudah jauh tersasar dari matlamat asal perjuangannya. Bila lagi kita nak sedar?

PENAFIAN KERAJAAN NEGERI AMAT MEMALUKAN

Tindakan kerajaan negeri menafikan penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid baru-baru ini amat dikesali kerana pelbagai bukti serta saksi sudah tampil mengesahkan kejadian itu.

Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO negeri, Shabudin Yahaya berkata, tindakan kerajaan negeri menuduh UMNO menabur fitnah berhubung isu itu juga tidak wajar memandangkan pengerusi kariah serta jemaah sendiri sudah tampil untuk membuktikan kejadian tersebut.

''Tarikh dan tempat kejadian sudah dinyatakan, laporan polis oleh anak-anak jemaah pun sudah dibuat malah pengerusi kariah serta khatib terbabit sendiri sudah membuat pengakuan. Kenapa kerajaan negeri masih mahu menafikan?

''Kerajaan negeri berhentilah menyalahkan orang lain, apa salahnya mengakui dan sama-sama membetulkan apa yang perlu diperbetulkan nanti orang kata kerajaan negeri sengaja lari daripada tanggungjawab," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

UMNO negeri baru-baru ini membantah penggunaan nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid termasuk sekitar Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong baru-baru ini.

Dua kariah masjid termasuk Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor sebelum ini mengakui nama Guan Eng ada disebut tetapi tidak nama Yang di-Pertuan Agong ketika doa khutbah solat Jumaat dibacakan seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad pada 25 Jun lalu.

Ekoran itu, beberapa laporan polis dibuat berhubung isu tersebut termasuk dalam kejadian terbaru di Masjid Kubang Buaya, dekat sini yang turut membabitkan khatib yang sama.

Exco Agama negeri, Abdul Malik Kassim bagaimanapun menafikan perkara itu sambil menyatakan khatib berkenaan membacakan teks khutbah yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri manakala Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman pula menuduh UMNO sengaja mereka-reka isu itu.

Shabudin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor bagaimanapun berkata, UMNO terpanggil untuk membangkitkan isu tersebut kerana ia melibatkan kepentingan agama dan ia tidak seharusnya dilihat sebagai propaganda politik.

KHATIB AKUI TAK SEBUT NAMA SERI PADUKA

Khatib yang mencetuskan kontroversi dengan mendoakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat, Zakaria Ahmad di beberapa masjid di negeri ini mengakui tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa berkenaan.

Zakaria yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad memberikan alasan bahawa doanya yang mensejahterakan semua pemimpin dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat juga termasuk kepada Yang di-Pertuan Agong. Memang saya tidak sebut namanya (Yang di Pertuan Agong), tetapi saya mendoakannya ketika berdoa supaya kesejahteraan serta kesihatan diberikan kepada semua pemimpin itu, termasuk kepada Yang di Pertuan Agong. Saya tidak tinggalkannya terus (doa untuk Yang di-Pertuan Agong), katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau mengulas tindakannya tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong ketika doa khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini yang mencetuskan kemarahan orang ramai kerana ia seolah-olah tidak menghormati Tuanku Mizan sebagai ketua agama Islam Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Zakaria mengakui bahawa tindakannya memasukkan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dilakukan sejak tahun lalu, bukannya baru-baru ini saja dan menganggap kekecohan berlaku akibat kepentingan politik sesetengah pihak.

Ahad, 22 Ogos 2010

PEMBANGKANG AKAN TERUS MENABUR JANJI KOSONG

Itu perkara biasa... pada pilihan raya dulu pun macam-macam janji dibuat, pada kali ini mereka tambah lagilah janji-janji mereka,”kata Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai berbagai janji yang makin banyak ditabur pembangkang kebelakangan ini.

Perdana Menteri berkata pihak pembangkang tidak pernah meneliti setiap janji yang dibuat itu sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak kerana apa yang penting mereka hanya inginkan sokongan rakyat untuk mendapat kuasa memerintah.

"Yang penting sekali mereka janji sesuatu yang menyeronokkan pengundi untuk menyokong mereka, ini semua strategi politik mereka sahaja," katanya.

Ditanya kecenderungan pihak pembangkang membuat pelbagai janji itu sebagai petanda pilihan raya umum ke-13 akan dilaksanakan tahun depan, Najib berkata: "Wallahualam..."

Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Pekan Sabtu beliau berharap rakyat bijak menilai setiap janji yang dibuat sama ada ia adalah janji yang berpijak di bumi yang nyata atau hanya sekadar fantasi semata-mata.

Antara yang terbaru ialah kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sasaran pakatan pembangkang ialah supaya setiap isi rumah menikmati pendapatan RM4,000 sebulan dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula umum nak beri ganjaran RM1,000 setahun kepada warga emas,wifi internet percuma dan hapus saman ekor jika pakatan rakyat menang pilihanraya umum ke 13.

"Mereka akan buat apa-apa janji ini dan semakin dekat dengan pilihan raya, semakin banyaklah janji yang mereka akan tabur," kata Najib

"Sebab itulah kita tetap dengan perancangan kita yang realistik seperti Model Baru Ekonomi, seperti NKRA dan sebagainya yang kita percaya satu perancangan yang disokong dengan fakta dan kajian yang mendalam

Sabtu, 21 Ogos 2010

NIK AZIZ MEMBISU ISU GUAN ENG

Di sebalik kelantangan pemimpin politik dan pihak tertentu menyatakan pendapat masing-masing mengenai isu menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dalam khutbah Jummat, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengambil sikap membisu.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu hanya menyifatkan isu itu sebagai isu peribadi.

"Itu masalah peribadi, saya tak suka komen benda-benda peribadi macam tu," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, Sabtu.

Beliau mengakui tidak mengetahui isu itu dengan jelas dan bukan isu politik sebab itu beliau tidak mencampuri urusan tersebut.

Nik Aziz diminta mengulas tindakan beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong, Pulai Pinang yang dikatakan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah Jumaat.

DOA GUAN ENG:LAPORAN POLIS DAH DI BUAT....

Pemuda UMNO Bahagian Bagan hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth ekoran doa yang dibacakan khatib, Zakaria Ahmad pada solat Jumaat di Masjid Jamek Kubang Buaya di sini semalam.

Dalam doa khutbah keduanya, Zakaria membacakan doa yang berbunyi "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri".

Zakaria juga didakwa tidak mendoakan kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.

Laporan itu dibuat Ketua UMNO bahagian itu, Sheikh Hussein Mydin yang turut dihadiri beberapa Ketua Pemuda UMNO bahagian negeri Pulau Pinang.

Setakat ini beberapa pihak sudah tampil mengakui memang berlaku kejadian menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa dalam khutbah solat Jumaat di Pulau Pinang seperti didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Khamis.

Sebaliknya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah awal-awal mengeluarkan kenyataan Jumaat mendakwa ia fitnah terbaru UMNO yang semakin terdesak.

Dakwanya tuduhan mengenai doa khutbah itu tidak berasas samasekali.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang ,Abdul Malik Kassim pula berkata siasatan pihaknya mendapati tiada mana-mana masjid melakukan doa dalam khutbah Jumaat yang menyebut nama Lim seperti yang didakwa itu.

Katanya, teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan tidak pernah menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Hakikat yang tidak boleh dinafikan teks khutbah itu memang guna nama Yang di-Pertuan Agong.

Tak kiralah apa puncanya atau bagaimana…isunya ialah kejadian seperti didakwa oleh Zahid itu betul-betul berlaku.

Soalnya kalau tidak ada kejadian langsung bagaimana dua ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang dilaporkan mengesahkan berlaku penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat.

KERAJAAN NEGERI KATA INI FITNAH UMNO TAPI MAKMUM AKUI DOA SEBUT NAMA KM.

Dua ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang mengesahkan berlaku penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat seperti yang didedahkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri semalam.Mereka ialah Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di sini, Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail.Hamir mengakui nama Guan Eng ada disebut oleh seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad ketika membacakan doa kedua khutbah solat Jumaat pada 25 Jun lalu.

Beliau turut mengesahkan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dalam doa khutbah pada hari tersebut walaupun lazimnya ia merupakan doa yang diberikan kepada Seri Paduka selaku ketua agama Islam di Pulau Pinang.Rakan-rakan kariah masjid ada menjemput dia (Zakaria) untuk memberi khutbah dan kita tiada halangan.Kalau ditanya mengenai isu ini, kita memang akui nama ketua menteri memang ada disebut dalam doa khutbah.Nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut langsung tetapi ingin saya tegaskan bahawa pihak kariah sendiri tidak membuat apa-apa arahan atau permintaan supaya nama ketua menteri disebut dalam doa khutbah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Hamir menambah, jawatakuasa kariah mempertahankan penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kerana mendakwa ia bertujuan memohon kepada Allah supaya Setiausaha Agung DAP itu diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.Ditanya kenapa nama Guan Eng disebut dalam doa berkenaan tetapi tidak nama Yang di-Pertuan Agong, Hamir menjelaskan, beliau sendiri tidak pasti kerana dalam teks doa tertera nama Tuanku Mizan.Mungkin dia (Zakaria) terlupa sebab dia pun dari Perak bukan dari sini," ujarnya..Hamir juga mengakui kejadian itu menyebabkan pihaknya dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Seberang Perai Utara (SPU) untuk memberi penjelasan.

Sementara itu, Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelutong memberitahu, perkara sama turut berlaku di masjid di kawasannya kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.Menurutnya, khatib ketika itu hanya menyebut nama Guan Eng dalam doanya dan bukan Tuanku Mizan atau Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.Menceritakan keadaan ketika itu, beliau menjelaskan, para jemaah agak tergamam apabila mendengar khatib membacakan bacaan doa berkenaan.Ada dalam kalangan jemaah berpandangan di antara satu sama lain dan tertanya-tanya mengenai kejadian itu.Kenapa khatib tidak menyebut nama kedua-dua pemimpin utama ini sedangkan nama Guan Eng disebut, itu yang kita tidak pasti," katanya.

Jumaat, 20 Ogos 2010

EZAM-AZIZAH:LAPORAN JAWI IBARAT PUCUK DI CITA ULAM MENDATANG

Isu asasnya di sini ialah ia berpunca dari satu perbualan telefon antara seorang manusia dengan manusia lain – yakni antara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ezam Mohd Noor.

Panggilan telefon itu pula Ezam terima secara spontan dari isteri bekas bosnya itu dari Washington ketika beliau sedang berada dalam rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara satu ketika dulu .

Bayangkan siapa pernah terfikir untuk memanggil empat orang saksi waktu itu untuk mendengar suatu perbualan telefon.

Dakwa Ezam dalam perbualan telefon itu Wan Azizah antara lain mendesaknya agar jangan tinggalkan rumah itu selagi seorang lelaki lain yang ketika itu berada dalam rumah itu bersama Anwar masih berada di situ.

Atas sebab itu Ezam berulang kali mencabar Wan Azizah secara individu melafazkan sumpah dengannya untuk membuktikan masing-masing bercakap benar mengenai apa yang didakwanya diperbualkan ‘dengan nada cemas’ oleh isteri Anwar itu padanya waktu itu .

Perbualan telefon Wan Azizah itulah dakwa Ezam yang mencetuskan keraguannya tentang ‘ perangai Anwar’ hingga kemudiannya menjadi sebab utama beliau meninggalkan Anwar dan Parti Keadilan Nasional.

Wan Azizah mengesahkan ada membuat panggilan telefon itu tetapi menafikan ada berkata seperti didakwa Ezam.Namun sehingga hari ini beliau enggan layan cabaran Ezam agar sama-sama bersumpah.Malah Presiden PKR itu memberi amaran hendak menyaman Ezam jika beliau terus dakwaan itu.

Ezam sebaliknya tetap mempertahankan dakwaannya dan sedia disaman.

Rupanya lain yang ditunggu lain yang tiba.Petang Khamis, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin tampil membuat aduan terhadap Ezam ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur atas tuduhan gazaf terhadap wan Azizah.

Shamsul Iskandar membuat laporan berdasarkan tulisan Ezam di laman Twitter yang antaranya berkata : "Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."

Katanya Shamsul beliau membuat laporan kepada JAWI kerana yakin Ezam tidak mempunyai empat orang saksi lelaki yang berwibawa bagi menyokong dakwaannya.

“Saya cabar beliau bersumpah dalam mahkamah.Bawa empat orang saksi, buktikan dakwaan dia betul,”katanya.

Baginya inilah menurut kaedah hukum Islam yang betul.

Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 menetapkan :mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan.

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Shamsul turut membawa beberapa keratan akhbar menganai isu berkenaan bagi menguatkan laprannya.

Ezam yang dihubungi Agendadaily petang Khamis untuk mengulas laporan Shamsul pada JAWI itu tidak langsung menunjukkan tanda-tanda beliau gentar.

“Bagai pucuk di cita ulam mendatang”. Itulah reaksi pertama darinya.

Bagi bekas setiausaha politik Anwar di Kementerian Kewangan dulu, inilah peluang baginya untuk menyatakan kebenaran dan mempertahankan setiap patah perkataannya membabitkan Anwar dan Wan Azizah.

Ezam menegaskan beliau sanggup bersumpah di depan Hakim Mahkamah Syariah bagi membuktikan beliau tidak berganjak dengan kenyataannya sebelum ini mengenai pasangan suami isteri itu sama ada di ceramah, blog dan twitter.

“Ini kerana ianya satu tanggungjawab saya kepada umat yang dilanda fitnah besar gara-gara karenah peribadi seorang pemimpin,” ujarnya.

Menurutnya, beliau menyerahkan kepada JAWI sebagai pihak berkuasa untuk buat tindakan selanjutnya sesuai peruntukkan undang-undang syariah ekoran laporan Ketua Pemuda PKR itu.

“Saya akan beri kerjasama sepenuhnya pada pihak JAWI termasuk kesediaan bersumpah di depan hakim mahkamah Syariah,” tegasnya.

Yang menjadi persoalan nanti apakah tindakan bersumpah oleh Ezam di depan Hakim Mahkamah Syariah kelak sudah cukup menguatkan hujahnya tanpa perlu empat saksi seperti ditetapkan syarak?

Selain itu, apabila kes itu dibicarakan, bukan sahaja Wan Azizah akan dipanggil ke mahkamah Syariah tetapi Anwar akan terbabit sama.

Pasti banyak cerita bakal terdedah apabila kes itu dibicarakan kelak.

Mungkinkah ini dimaksudkan Ezam apabila menyifatkan laporan ke JAWI itu ibarat “pucuk di cita ulam mendatang”.

Dalam pada itu Ezam melihat tindakan Shamsul semata-mata untuk terus popular kerana mahu bertanding dalam pemilihan jawatan pimpinan PKR hujung tahun ini.

SIKAP MELAMPAU GUAN ENG WAJAR DI BERIKAN INGATAN...

Memang wajar dan itulah jalan yang terbaik untuk mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang yang orang melayu tidak akan tunduk pada sikapnya yang di sifatkan sebagai ingin meminggirkan orang melayu di Pulau Pinang.Sejak Guan Eng memimpin Kerajaan Negeri banyak sudah Kerajaan PP telah cuba untuk menekan orang melayu di Pulau Mutiara itu.Berbagai cara Guan Eng lakukan hanya untuk melemahkan melayu PP.Tapi masih ada orang melayu sendiri dan Pemimpin yang sengaja membutakan mata tidak mahu melihat apa yang di lakukan Guan Eng sebenarnya adalah untuk menghancurkan orang melayu PP.

Oleh sebab itulah,memang amat wajar sekali Guan Eng perlu diberikan pengajaran agar tidak sewenangnya menindas orang melayu PP.Dan kerana rasa kemarahan yang membuak Semalam, kenderaan yang dinaiki Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) diserang seorang lelaki dipercayai ahli pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya.

Dalam kejadian pada pukul 7.35 petang itu, kenderaan dinaiki beliau baru sahaja membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke Lintang Kampung Rawa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.Lelaki terbabit yang sebelum itu bersama seorang rakannya mengangkat kadbod tertulis Save Lot 21, 22 For Muslim Cemetery untuk menarik perhatian Guan Eng, tiba-tiba dikatakan melompat ke bonet kereta dinaiki beliau.Dia kemudian meletakkan kadbod itu pada cermin kereta berkenaan.Tulisan tersebut dikatakan merujuk kepada permintaan tanah di sebelah Masjid Jamek Jelutong yang dimohon kepada kerajaan negeri untuk dijadikan tanah perkuburan Islam

Semasa kejadian berlaku hanya ada pasukan daripada Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di situ dan tindakan pantas mereka menarik lelaki berkenaan berjaya menyelamatkan keadaan.Ketua Menteri kemudian menikmati jamuan di pekarangan luar masjid bersama kira-kira 60 penduduk kawasan termasuk Ahli Jawatankuasa masjid dan kakitangan pusat khidmat DAP Sungai Pinang.Pada masa sama, seorang lelaki yang sangat dikenali rakyat negeri ini memerhatikan Guan Eng dengan reaksi yang amat marah.

Justeru, pasukan Cawangan Khas yang menyaksikan perkara itu meminta pihak pengurusan masjid menasihatkan Guan Eng supaya pulang lebih awal bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku dan beliau akur dengan permintaan itu.Bayangkan sekiranya tiada pasukan Cawangan Khas memantau keadaan dalam kedua-dua insiden tersebut, apa akan terjadi kepada Guan Eng sekiranya perkara tidak ingini berlaku kepadanya?Apakah akan terjadi kepada beliau atau sesiapa pun sekiranya cadangan dangkal Ketua Menteri itu sebelum ini supaya Cawangan Khas polis ditutup benar-benar dilaksanakan?

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungimengesahkan kejadian itu sekali gus meminta mana-mana pihak selepas ini tidak lagi mempertikai peranan polis dalam menjaga keamanan negara.Menurutnya, kewujudan sesuatu bahagian itu pasti ada sebabnya dan ia bukan diadakan dengan sewenang-wenangnya.Apa akan berlaku kepada dia (Guan Eng) sekiranya tiada anggota Cawangan Khas semasa insiden itu berlaku semalam. Jadi walaupun tidak suka kita perlu ikut VVIP sepertinya atas aspek keselamatan dan tanggungjawab kita.Jadi, saya berharap selepas ini janganlah semua perkara hendak dipolitikkan semata-mata agar menjadi populis kerana keselamatan rakyat perlu diutamakan," ujarnya.

Kejadian itu merupakan kontroversi terbaru melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut kerana sebelum ini sekumpulan peniaga bazar Ramadan di Komtar mengadakan demonstrasi selepas mereka tidak dibenarkan berniaga di kawasan tersebut walaupun boleh berbuat demikian sejak dua dekad lalu.Ekoran kejadian tersebut juga, seorang lelaki bertindak cuba membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan Guan Eng berhubung isu perniagaan di Komtar.Baru-baru ini juga, seorang lelaki, Ali Ahmad Ariff, 63, terpaksa bersemuka dengan Guan Eng sendiri bagi mendapat penjelasan daripada mulut pemimpin itu sendiri mengenai beberapa isu khususnya yang melibatkan orang Melayu.Lelaki tersebut yang juga dikenali Pak Ali sempat menepuk bahu kiri Guan Eng berikutan tidak puas hati dengan Ketua Menteri itu yang didakwa bersikap rasis dan menindas orang Melayu di negeri ini.Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta orang kenamaan (VIP) di tingkat dua Menara Komtar.

APAKAH WAJAR TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH ORANG INI?KITA RENUNGKAN APA AKAN JADI SEKIRANYA GUAN ENG TERUS DI BERI RUANG UNTUK TERUS MEMIMPIN KERAJAAN NEGERI......SUDAH BANYAK YANG KITA DENGAR DAN LIHAT APA YANG DI LAKUKAN GUAN ENG PADA ORANG MELAYU....JADI SEDARLAH BANGSA MELAYU...JADI JANGAN DI ULANGI LAGI KESILAPAN DENGAN MEMBERI RUANG UNTUK GUAN ENG MENGHIMPIT KEHIDUPAN ORANG MELAYU PP.SEDAR LAH WAHAI BANGSA KU.......KEMANA PEMIMPIN MELAYU PP YANG TERDIRI DARI PEMIMPIN PKR DAN PAS PP....APAKAH MEREKA SUDAH BUTA HATI ...MELIHAT BANGSA SENDIRI DI TINDAS SEBEGINI RUPA..........SEDARRRRRRR LAH .......JANGAN JADIKAN PP SEPERTI SINGAPORE............JADI SAMA SAMA LAH KITA ORANG MELAYU FIKIR2 KAN NASIB BANGSA SENDIRI...APAKAH KITA ORANG MELAYU AKAN MEREMPAT DI TANAH AIR SENDIRI.........RENUNG RENUNG DAN PIKIR2 KAN LA............

ANWAR,AZIZAH TERUS MEMBISU MENGENAI AZMIN

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bersikap membisu berhubung persoalan beliau terlalu memberi keistimewaan kepada Naib Presiden parti itu, Azmin Ali.

Bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakarupan berkata, meski dicabar membuat penjelasan tersebut, Anwar tetap 'mengunci' mulutnya daripada menjawab persoalan itu.

Menurutnya, apa yang dikesali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga mengambil langkah sama apabila membicarakan tentang kedudukan istimewa Azmin kepada Anwar.

''Kenapa takut hendak menjawab tentang kedudukan istimewa Azmin? Kenapa masih merahsiakan perkara itu? Mereka perlu terangkan tentang hal berkenaan.

''Saya ingin meminta penjelasan apa sebab Azmin boleh kawal Anwar sehingga apa sahaja yang Azmin mahu, Anwar pasti bagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azmin selaku Naib Presiden PKR baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ia membuktikan kedudukan istimewa Azmin kepada penasihat parti itu.

Namun, Anwar dalam reaksinya berhubung perkara itu mendakwa pelantikan Azmin dibuat tanpa sebarang agenda tersembunyi sebaliknya mahu Abdul Khalid menumpukan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor.

Nallakarupan sebelum ini pernah mencabar Anwar dan Wan Azizah supaya menjelaskan kenapa Anwar terlalu memberi keistimewaan kepada Azmin.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua mereka tidak membuat sebarang kenyataan berhubung hal berkenaan.

Mengulas lanjut Nallakarupan berkata, layanan Anwar terhadap Azmin sungguh menghairankan dan ramai ahli PKR yang memperkatakan mengenainya.

''Orang PKR sendiri mengatakan bahawa Anwar lebih layan Azmin daripada Nurul Izzah (anak perempuan Anwar).

''Justeru, saya minta Wan Azizah sebagai isteri Anwar dan juga Presiden PKR supaya memberi penjelasan mengenai perkara itu,'' tegasnya.

Khamis, 19 Ogos 2010

PKR MAKIN TERDESAK:TIADA AHLI BN YANG KELUAR PARTI

Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta berhenti menipu orang ramai kononnya 1,000 anggota Barisan Nasional kebanyakannya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) di Kota Marudu telah keluar parti dan menyertai pembangkang.

Ketua Pemuda PBS bahagian Tandek, Christopher Mandut, berkata dakwaan itu adalah satu cubaan terdesak oleh PKR untuk mempengaruhi anggota-anggota BN yang setia dan juga orang ramai.

Katanya satu perhimpunan baru-baru ini yang kononnya bertujuan membolehkan anggota BN menyerahkan borang permohonan menyertai PKR sebenarnya dihadiri sekitar 100 orang, kebanyakannya kanak-kanak.

"Tidak ada mana-mana pemimpin PBS yang melompat parti," katanya ketika mengulas laporan akhbar kononnya lima cawangan PBS di Kota Marudu iaitu Talamason, Mogis, Pompodon, Pangapuyan dan Paka, telah atau akan dibubarkan akibat daripada peletakan jawatan beramai-ramai itu.

Mandut berkata orang ramai sudah tahu bahawa PKR tidak mampu memenuhi keperluan rakyat sebaliknya mereka mengharapkan BN untuk terus melindungi hak mereka.

ANAK PENDERHAKA,BAPAK PENGKI.........

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sebagai penderhaka kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan negara di luar negara.

“Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."


Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.

Laporan polis

Berikutan kenyataan itu, panglima tentera laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilaporkan berkata ketua sel pasukan kapal selam TLDM, kapten Abdul Rahman Ayub, membuat laporan polis berhubung pembohongan wakil rakyat PKR itu di balai polis Hulu Kelang.

Laporan polis juga dibuat ke atas wartawan akhbar
Malay Mail, Marhalim Abas berhubung perkara yang sama.

Ahmad Zahid berkata, beliau kesal dengan kenyataan palsu berkenaan dan menegaskan seseorang ahli parlimen sepatutnya mempunyai tata etika dan bercakap sesuatu yang benar mengenai negara ketika berada di negara luar.

“Tetapi cara beliau (Nurul Izzah) memburuk-burukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana mempunyai agenda politiknya tersendiri.

"Kedudukan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman sudah beberapa kali saya jelaskan di Parlimen, saya sebut kapal selam itu boleh menyelam, kalau tak mana boleh sampai dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar di Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata tindakan TLDM membuat laporan polis amat wajar bagi membersihkan nama baik ATM.

Beliau memberi amaran kepada semua ahli parlimen terutama dari parti pembangkang supaya jangan cuba mempolitikkan isu pertahanan negara yang boleh menganggu-gugat keselamatan negara.

Kenyataan palsu

"Walaupun ahli politik mempunyai perbezaan pendapat tetapi janganlah cuba mengeksploitasi perkara yang benar dengan kenyataan berunsur palsu," katanya.

Malay Mail pula dalam artikel pada 7 Julai lalu melaporkan kedudukan KD Tunku Abdul Rahman yang mengalami kerosakan dan tidak boleh menyelam.

"Saya telah beberapa kali memberi penjelasan di dalam parlimen kedudukan sebenar kapal selam itu boleh menyelam, kalau tidak bagaimana boleh menyelam dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar, Sabah," katanya.

BAPAK DAN ANAK SAMA SAHAJA:NURUL IZZAH CUBA MEMBOHONGI RAKYAT

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memberi amaran kepada semua ahli politik supaya berhenti melemparkan pelbagai pembohongan mengenai kapal selam negara.

Sambil menafikan dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kononnya kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman masih tidak boleh menyelam, Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang berterusan mempolitikkan perkara itu.

"Kapal selam Scopene adalah aset strategik pertahanan negara dan ia bukan alat untuk meraih politik murahan. Kapal selam ini mempunyai keupayaan tinggi, diiktiraf sebagai antara yang tercanggih di dunia dan telah terbukti dalam operasi tembakan hakiki yang dijalankan oleh TLDM Julai lalu.

"Dalam operasi tersebut, KD Tunku Abdul Rahman telah berjaya menembak peluru berpandu bawah permukaan (bawah air) ke permukaan, Exocet SM39 Blok II pada kedalaman 55 meter di bawah paras air dan ia tepat mengenai sasaran yang berada sejauh 40 kilometer. Jadi di mana dakwaan kata ia tidak boleh menyelam?.

"Oleh itu, saya memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti menipu rakyat dengan melemparkan pelbagai pembohongan mengenai kapal selam negara. Kami lebih tahu mengenai keupayaan aset ini kerana kami yang mengoperasikannya dan bukannya ahli politik di luar sana," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Nurul Izzah sewaktu ditemu bual oleh akhbar Indonesia, Kompas, pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara masih tidak boleh menyelam selain mendakwa pembelian aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.

Mengenai tuduhan Nurul Izzah itu, Abdul Aziz berkata, Ketua Sel Pasukan Kapal Selam TLDM, Kapten Abdul Rahman Ayub telah membuat laporan polis berhubung pembohongan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut, di Balai Polis Hulu Kelang, semalam.

Menurut beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu adalah contoh seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab kerana mendedahkan maklumat ketenteraan negara kepada negara luar.

"Betul atau tidak maklumat berkait dengan ketenteraan negara, ia tidak boleh sesekali didedahkan kepada negara asing. Ini soal keselamatan negara dan seharusnya ia dirahsiakan tetapi Nurul Izzah bukan sahaja berbohong malah dia juga memalukan TDLM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan negara di mata dunia.

"Sepatutnya kita tanpa mengira ideologi politik berbangga dengan pembelian aset strategik ini kerana kapal selam adalah persenjataan deterrence (pencegahan) yang tidak semua negara mampu memilikinya. Rakyat negara lain, mereka marah apabila kerajaan tidak membeli kapal selam tetapi di negara kita ia dijadikan sebagai modal politik," jelasnya.

TIADA BUKTI TEOH BENG HOCK DI PUKUL DAN DI SEKSA....

akar patologi forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand hari ini menukar pandangan dengan tidak lagi mengekalkan pendapat sebelum ini bahawa 80 peratus Teoh Beng Hock mati akibat dibunuh.

Beliau yang memberi keterangan pada inkues menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu juga mengubah pandangannya tentang koyakan pada dubur dan kecederaan pada punggung yang kononnya ditusuk objek tumpul serta dipukul.

Pornthip yang berpeluang meneliti belahan pada bahagian berkenaan semasa bedah siasat kedua sebaliknya mengesahkan kecederaan tersebut disebabkan jatuh dari tempat tinggi selain tiada bukti menunjukkan Beng Hock dipukul atau diseksa sebelum dia ditemui mati.

‘‘Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa).

‘‘Saya tidak boleh beri peratusan selepas mengikuti bedah siasat kedua. Lagipun pada masa itu saya perlu yakinkan koroner agar bedah siasat kedua dibenarkan,” katanya ketika menjawab soalan peguam pemerhati bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.

Pornthip sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila memberi pandangan bahawa kemungkinan 80 peratus kematian Beng Hock kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri sehingga Mahkamah Koroner membenarkan bedah siasat kedua dilakukan.

Pornthip yang tampil dengan gaya rambut berwarna-warni serta mengenakan baju T ketat dalam keterangannya hari ini bagaimanapun tetap mempertahankan pandangannya bahawa Beng Hock tidak membunuh diri

Katanya, mangsa mungkin tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana tiada keretakan dan luka pada dasar tengkorak serta pada pergelangan tangan yang biasanya berlaku apabila seseorang cuba melindungi dirinya.

Menurut beliau, ia disokong oleh laporan bedah siasat pertama yang menunjukkan Beng Hock mengalami hipoksia iaitu otak tidak menerima oksigen selama sekurang-kurangnya lima minit akibat saluran darah atau tenggorok tersumbat.

Berhubung kesan lebam pada sekitar leher, Pornthip berpendapat, ia berlaku sebelum kejadian jatuh akibat hentakan kuat benda tumpul yang boleh menyebabkan mangsa pengsan atau meninggal dunia.

Meskipun mengesahkan kecederaan bukan akibat dicekik kerana kesannya yang lebih luas, namun beliau menolak ia berlaku akibat jatuh kerana kesan seperti itu tidak pernah ditemui dalam 35 kes yang pernah dikendalikannya.

Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang, sebaliknya beliau memberi teori kemungkinan seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Beng Hock atau menekan kepala mangsa ke atas sesuatu.

Semasa disoal Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, Pornthip menafikan beliau melakukan kesilapan kerana memberi paNdangan berbeza berbanding keterangan sebelum ini.

Beliau turut menafikan memberi keterangan berdasarkan imaginasi serta hanya membuat spekulasi dengan alasan kesimpulan dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap bukti-bukti serta pengalaman dalam bidang tersebut.

Pornthip yang merupakan Pengarah Institut Sains Forensik, Jabatan Keadilan Thailand juga menegaskan kedatangan beliau bukan untuk menyerang integriti SPRM.

Sebaliknya beliau berperanan untuk mencari bukti dan memberi pendapat peribadi berdasarkan bukti-bukti saintifik tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

‘‘Saya bersuara untuk mereka yang telah mati. Saya tidak berada di sini untuk mewakili kerajaan Selangor ataupun kerajaan Malaysia. Saya mencari bukti dan mengikut bukti saintifik,” tegas beliau.

Menjawab soalan peguam yang mewakili keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo, Pornthip bersetuju bahawa sebarang nota yang dijumpai dalam kes seumpama ini adalah bukti penting dan perlu segera diuji bagi mendapatkan kesan cap jari, kesan tapak tangan, asid deoksiribonukleik (DNA) serta pengesahan tulisan.

Bagaimanapun sebagai penyiasat tempat kejadian, beliau memilih untuk lebih bergantung kepada bukti saintifik berbanding nota yang ditulis oleh mangsa sebelum ditemui mati.

Beng Hock, 30, ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di koridor tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bersambung pada 1 September ini.

Rabu, 18 Ogos 2010

INKUES TEO BENG HOCK:DR PORN BERI KETERANGAN

Ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mula memberi keterangan di bangunan mahkamah di Shah Alam, jam 9.31 pagi bagi menyambung keterangan inkues kematian Teoh Beng Hock.

Beliau menceritakan penemuan dan kesimpulannya berhubung bedah siasat kedua yang dijalankan.

Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri.

Kehadirannya di mahkamah pagi ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan hari ini.

Aktivis telah berkumpul bagi menghadiri inkues ini bukan sahaja sebagai sokongan kepada Teoh dan mendengar keterangan terbaru Pornthip tetapi juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pejabat Peguam Negara berhubung sekeping 'nota misteri'.

Bekas ketua forensik Unit Siasatan Lokasi Jenayah, Amidon Anan, juga berada di mahkamah hari ini. Beliau hadir atas kapasiti peribadi.

Saksi pertama

Koroner Azmil Munthapa Abas memulakan prosiding dengan memanggil Pornthip sebagai saksi pertamanya.

Beliau kemudian disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua.

Pornthip berkata beliau mendapati pendarahan di tengkuk Teoh sehingga ke bahagian otot mangsa. Kesan berkenaan juga, katanya lebih luas daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat.

Menurut Pornthip berdasarkan 34-35 kes kajiannya hasil jatuh daripada tempat tinggi sebelum ini, tidak ada yang mempunyai kesan seumpama itu. Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh.

Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang. Beliau mempertahankan pemerhatiannya sebelum ini bahawa ia adalah kecederaan sebelum jatuh yang dilakukan dengan “tekanan dan kuasa yang lebih besar” berbanding dicekik.

Katanya, ia mungkin “ seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu”.

Tak sependapat dengan Dr Vaneziz

Merujuk laporan bedah siasat pertama, pakar patologi Thailand itu berkata dia tidak boleh menolak kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana laporan menunjukan berlaku 'cerebral edema'.

Ia menunjukkan Teoh mengalami hypoxia, di mana otak tidak menerima oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 minit. Hypoxia berlaku akibat salur darah, arteri atau trakea yang tersumbat.

Pornthip tidak bersetuju dengan Dr Peter Vaneziz bahawa tanda pendarahan di tengkuk adalah akibat keretakan pada dagu. Katanya, keretakan dagu hanya membabitkan pendarahan di kawasan kecil dan tidak merebak hingga ke dada. Juga tidak terdapat salur darah besar di dagu yang boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.

Pada keterangannya itu, Pornthip juga memberitahu inkues bahawa tiada keretakan pada pergelangan tangan, yang lazimnya berlaku dalam kes apabila seseorang cuba melindungi diri mereka daripada kejatuhan dengan tangan.

Terdapat keretakan dan luka di atas satu daripada pergelangan kaki Teoh tetapi tiada dikesan pada dasar tengkorak mangsa. Justeru, Pornthip berkata dia tidak bersetuju dengan Vaneziz bahawa Teoh mendarat dengan kedua-dua kakinya dan mangsa sedar semasa jatuh.

Pornthip berkata kesan koyak di bahagian dubur dan kecederaan pada bahagian punggung adalah disebabkan akibat kejatuhan dan bukan kerana dipukul seperti yang disangkanya sebelum ini.

'Ini adalah protokol'

Sehubungan itu, Pornthip mempertahankan pendapatnya berhubung kecederaan sebelum kejatuhan tetapi tidak dapat mengesahkan bahawa Teoh sedar semasa jatuh. Beliau juga tidak mahu memberi peratusan punca kematian kerana kesimpulan berdasarkan laporan bedah siasat. Namun Porhthip pasti, kejadian itu bukan percubaan bunuh diri.

Malik (kanan) selesai menyoal pakar patologi Thailand itu pada jam 10.45 pagi dan perbicaraan disambung dengan giliran peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh pula untuk bertanyakan soalan.

Pornthip berkata berdasarkan pengalamannya sebagai penyiasat lokasi jenayah dan juga ahli sains forensik, sebarang nota yang dijumpai mesti diuji untuk DNA, cap jari dan cetakan tapak tangan pada kadar segera dan kemudiannya dihantar untuk ujian analisis tulisan. “Ini adalah protokol.”

Bagaimanapun bota sedemikian tidak memberi kesan ke atas siasatan kerana ia dianggap bersifat emosi. Justeru, katnya, beliau lebih gemar bergantung kepada sains.

Ketua pendakwa SPRM, Abdul Razak Musa memulakan sessinya dengan cuba mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi yang mempunyai kewibawaan.

Abdul Razak mencadangkan bahawa keterangan Pornthip adalah bersarkan imaginasinya. Pornthip menafikan perkara itu dan berkata kesimpulannya adalah berdasarkan pemerhatian dan kerjanya.

Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti di mana beliau belajar tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Thailand - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.

Cekik diri sendiri

Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakan daripada mereka di mahkamah itu.

"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM,” katanya.

Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintifik.

Razak: Awak kata 80 peratus pembunuhan.

Pornthip: Saya telah terangkan. Awak mesti terima...

Razak:
Apabila awak beri keterangan 80 peratus adalah kes pembunuhan, ia dilaporkan di semua media negara ini.

Pornthip berulang-kali menggesa Razak supaya membaca laporannya, tetapi ketua pendakwa SPRM itu berkata: “Saya habiskan masa tiga hari membacanya.”

Orang ramai yang mengikuti perbicaraan kemudian mula berbisik yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara soalan Razak.

Razak kemudiannya bertanya sama ada objek tumpul yang dirujuk oleh Porthip pada awal inkues pagi ini merujuk kepada kerusi atau benda lain.

Pornthip: Saya ingin tanya sama ada awak seorang peguam?

Razak: Mungkin, saya lebih muda daripada awak tetapi saya telah berkhidmat sebagai peguam untuk 24 tahun.

Ini disambutan dengan cemuhan 'wah' daripada mereka yang hadir.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH