tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 31 Oktober 2010

GALAS:PAS AKAN LINGKUP KERANA BENARKAN RASUAH

PAS secara terang-terangan cuba membeli undi dengan menawarkan habuan sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas agar pulang mengundi pada 4 November ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bekata, PAS merupakan parti yang tidak konsisten dalam perjuangannya kerana kini parti itu secara terang-terangan mengamalkan rasuah.

"Ini adalah terang-terangngan satu rasuah untuk mendapat undi, kalau dulunya mereka menghentam kita bermacam-macam (tuduhan), tapi sekarang mereka yang mengamalkannya.

"Mereka sudah banyak berubah, mereka adalah sebuah parti yang tidak konsisten, jadi rakyat Kelantan amat mengenali PAS," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Kampung Baru Hulu di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tawaran habuan PAS yang disifatkan sebagai saguhati elaun perjalanan kepada pengundi yang berada di luar kawasan supaya pulang mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata habuan itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

Ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) mahu mengambil tindakan berhubung perkara berkenaan, Mustapa berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak bekuasa termasuk Suruhanjaya Pecegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk bertindak.

Mengulas mengenai dakwaan PAS bahawa pemberian wang berkenaan merupakan amalan biasa bagi mana-mana parti politik termasuk BN, Mustapa berkata: "Saya tak tahu, tak ada tawaran apa-apa."

Sementara itu diminta mengulas mengenai perkembangan kempen pada hari keenam, Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Galas itu berkata, sambutan yang ditunjukkan rakyat amat menggalakkan namun masih belum meyakinkan.

"Kita nampak tanda-tanda penerimaan rakyat semakin hari semakin baik, ada lagi tiga hari dan BN akan bekerja bersungguh-sungguh.

"Walaupun kita rasa sambutan itu bertambah baik sedikit tetapi belum meyakinkan. Maka jentera kita kena kerja lebih kuat, tak boleh ambil ringan," katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan gerak kerja jentera BN, Mustapa berkata: "Mereka semua kerja kuat, tapi belum cukup, ini fasa terakhir, kena kerjan habis-habisan.

"Usaha kena diteruskan, mereka (PAS) pasti ada strategi disaat-saat akhir, maka kita harus berhati-hati dan harus ada perancangan sendiri bagi memastikan kita dapat patahkan strategi yang mereka gunakan.

GALAS:PAS AWAL2 MENGAKU KALAH

PAS mengakui trend sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) masih mengatasi parti itu selepas enam hari tempoh berkempen.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS bagi DUN Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, sehingga kini PAS baru mendapat 49 peratus sokongan dikalangan pengundi.

Malah beliau mengaku bahawa, trend sokongan itu akan berkurangan sama seperti pilihan raya kecil DUN Manek Urai tahun lalu.

"Tapi kita tunggu dalam masa satu atau dua hari lagi, lonjakan mungkin akan berlaku kerana biasanya pengalaman kita begitu. Namun saya yakin masih boleh menang," katanya di sini, Ahad.

Menurut beliau lagi, PAS yakin bahawa undi di kalangan pengundi Melayu merupakan faktor penentu kemenangan kedua-dua pihak.

Tambah beliau, peti undi Sungai Terah yang mempunyai jumlah pemilih seramai 1,912 yang majoritinya ialah orang Melayu adalah sasaran utama PAS dan BN bagi menentukan kemenangan.

"Yang menjadi tumpuan kedua-dua pihak ialah di peti undi Sungai Terah kerana di situ PAS mendapat undi popular sebanyak 69 peratus pada pilihan raya umum 2008.

"Malah BN sendiri mengaanggap sekiranya peti undi itu boleh dicairkan, maka mereka akan mencapai kemenangan, maka pertarungan sengit akan berlaku di peti undi Sungai Terah," katanya.

Ditanya sama ada PAS tidak memberi tumpuan kepada pengundi Cina yang sebelum ini dikatakan sebagai penentu kepada parti itu untuk menang pada pilihan raya DUN Galas, beliau berkata: "Lebih 60 peratus daripada 11,553 pengundi adalah Melayu dan peti undi Sungai Terah serta Kampung Bharu yang mempunyai pengundi paling ramai, majoritinya juga adalah pengundi Melayu.

"Jadi gabungan kedua-dua pengundi Melayu di dua peti undi ini merupakan medan yang akan tentukan kemenangan."

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

GALAS:PAS GAGAL TADBIR KELANTAN DENGAN BAIK

Kalau betul la MB Kelantan yang di ketuai oleh Nik Aziz berjaya mentadbir negeri Kelantan maka tidak akan terdengarlah masaalah rakyat yang sejak sekian lama mahukan pembangunan yang terbaik.Sudah 20 tahun Pas memerentah tapi Kelantan masih di takuk yang mundur.

Banyaknya permintaan penduduk setempat supaya jalan-jalan kecil di kawasan perumahan di sekitar Gua Musang dibaik pulih membuktikan kerajaan Pas Kelantan gagal menangani isu itu, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Katanya, kementerian bersimpati dan berjanji akan membantu menangani permasalahan itu walaupun sebenarnya tugasan mengurus jalan-jalan taman adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Saya menerima banyak permintaan daripada wakil penduduk di Gua Musang terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas membabitkan permohonan baik pulih jalan-jalan kecil di taman-taman termasuk di Taman Wangi,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke Taman Wangi di sini sempena lawatan kerja ke Gua Musang hari ini.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, kegagalan tersebut membuktikan ketidakmampuan kerajaan negeri untuk menangani isu itu sedangkan setakat September lalu kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan kira-kira RM370 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK9) khusus untuk projek infrastruktur di Kelantan.

INI MENUNJUKAN KERAJAAN KELANTAN YANG DITERAJUI OLEH NIK AZIZ GAGAL UNTUK MEMAJUKAN KELANTAN....MAKA DENGAN KEMUNDURAN KELANTAN MAKA RAMAILAH ANAK2 MUDA LARI KELUAR DARI KELANTAN UNTUK MENCARI REZEKI....

GALAS:PAS DAH MULA TAKUT,DAKWA UMNO JUGA SOGOK PENGUNDI....INILAH KERJA PAS

PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) mula menggunakan taktik kotor dengan memberi sogokan berupa yang tunai sehingga RM1,000 dan sebuah televisyen kepada pengundi dalam usaha untuk membeli undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Ngeri (DUN) Galas yang akan diadakan 4 November ini.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS bagi DUN Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya mendapat maklumat awal berkenaan dan menjangkakan proses sogokan itu akan dimulakan BN bermula esok.

"Kita belum ada laporan rasmi, cuma kita dah pun menerima maklumat daripada pihak yang boleh dipercayai bahawa perkara ini akanberlaku mulai esok," katanya pada sidang media di marka PAS di sini, Ahad.

Sehubungan itu, PAS memberi amaran keras kepada pihak-pihak berkenaan bahawa parti itu akan bertindak dengan melakukan tangkapan awam jika petugas keselamatannya berjaya mengesan aktiviti tersebut, tegas Wan Abdul Rahim.

"Mana-mana pihak yang hadir ke semua peti undi (untuk menyogok) akan berdepan dengan pihak keselatan PAS yang telahpun diatur dan kami sudah bersedia membuat tangkapan awam.

"Apabila ada pihak yang menyogok, ada barang yang disogok dan ada pihak yang menerima sogokan, maka sudah cukup syarat untuk membuat tangkapan awam," katanya.

Ditanya sama ada tindakan untuk membuat tangkapan awam akan menimbulkan ketegangan antara petugas kedua-dua pihak, Wan Abdul Rahim berkata, perkara itu dijangka tidak berlaku kerana dipercayai bakal dilakukan oleh pihak yang bukan terdiri daripada jentera parti BN.

"Ini bukan melibatkan pekerja parti di pihak lawan. Ini adalah penjenayah melakukan sogokan yang bercanggah dengan akta kesalahan pilihan raya, yang semua pihak termasuk polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan beri kerjasama untuk banteras perbuatan sogokan ini.

"Pasukan keselatan ini sebenarnya membantu pihak-pihak berkenaan membanteras perbuatan berunsur sogokan dan penipuan dalam pilihan raya

GALAS:PAS MUNGKIR JANJI...ORANG MUNGKIR JANJI NI SAMA LA DENGAN .......LU PIKIR LA SENDIRI

PAS dianggap berada dalam keadaan terdesak dan ketandusan isu apabila mengingkari janjinya sendiri sebelum ini untuk tidak menyerang peribadi lawan daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan itu amat dikesali lebih-lebih lagi janji untuk tidak 'menyentuh' mengenai keperibadian Tengku Razaleigh muncul daripada kepimpinan tertinggi PAS sendiri.

"Nampaknya mereka sudah habis isu, sudah tidak ada lagi perkara baik yang boleh dicakapkan...maka mereka mula cari hal rumah tangga dan hal peribadi orang.

"Mereka ketandusan isu, mereka mungkiri janji yang mereka sendiri buat, tak eloklah begitu," katanya pada sidang media di bilik gerakan BN di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan yang dilemparkan Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bahawa Tengku Razaleigh menjadi punca kepada masalah hak milik tanah yang membelenggu masyarakat Orang Asli.

Malah beliau mendakwa Tengku Razaleigh turut 'menghilangkan' semua fail yang berkaitan dengan hal ehwal Orang Asli bersamanya selepas membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno pada 1996 hingga kerajaan PAS Kelantan gagal menangani isu-isu berkaitan kaum terbabit.

Sebaliknya tambah Ahmad, kegagalan kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan isu hak milik tanah menunjukkan ketidakupayaannya dalam mengurus tadbir sebuah kerajaan.

"Ini menunjukkan kelemahan kerajaan negeri, kertas sekeping (geran tanah) pun tak boleh nak beri dalam tempoh 20 tahun.

"Kalau tak boleh (perintah Kelantan), serah kepada kerajaan BN untuk selesaikan," katanya.

Selain itu beliau mengingatkan PAS supaya menyelesaikan isu tanah dengan segera kerana ia melibatkan hak rakyat.

"Itu (tanah) bukan hak kerajaan negeri, ia hak rakyat dan patut diberi kepada rakyat. Jangan dilengah-lengahkan.

"Bukan nak suruh mereka buat bangunan, buat jalan... cuma kita minta mereka selesaikan hak rakyat," katanya.

ORANG GALAS YANG NAK MASUK SYURGA SENANG SAHAJA ..PANGKAH PAS

Kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas mula dicemari dengan taktik kotor Pas apabila parti itu cuba mempengaruhi pengundi warga emas di sesetengah kawasan dengan mendakwa undi Pas masuk syurga.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman ketika pihaknya mengadakan kempen rumah ke rumah di beberapa buah kampung sejak lima hari lalu.

Ekoran itu beliau berkata, Wanita UMNO terpaksa memberi penjelasan kepada kumpulan pengundi terbabit bahawa penentuan syurga atau neraka merupakan hak Allah dan bukannya Pas.

''Saya tidak sangka yang Pas masih lagi memainkan isu pangkah Pas masuk syurga terutama di kalangan pengundi-pengundi warga emas. Kami terpaksa memberi penjelasan supaya mereka sedar kempen yang dijalankan oleh jentera Pas itu tidak benar.

''Akhirnya mereka faham penentuan syurga dan neraka adalah hak Allah. Apa yang kami lakukan ini bukan setakat berkempen malah turut memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai perbezaan antara Islam dan Pas," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Hamidah berkata, beliau dan anggota Wanita Wanita lain perlu membuat penjelasan itu supaya para pengundi mereka dapat gambaran yang jelas mengenai Pas.

''Islam dan Pas merupakan dua perkara berbeza. Islam adalah agama paling suci manakala Pas hanya sekadar sebuah parti politik yang berusaha meraih sokongan rakyat.

''Kami terpaksa melakukan peranan ini kerana kami tidak mahu penduduk di sini terutama warga emas terus terpengaruh dengan dakyah-dakyah Pas yang tidak berasas," katanya lagi.

Beliau berkata, hakikatnya, Pas kini tidak lagi memperjuangkan penubuhan negara Islam seperti mana sebelum ini apabila parti tersebut membuat keputusan untuk bersahabat dengan DAP.

''Inilah antara perkara-perkara utama yang kita maklumkan kepada pengundi-pengundi di sini. Biar mereka tahu siapakah Pas yang sebenar," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, strategi kempen Wanita UMNO kali ini lebih menjurus kepada usaha mendampingi rakyat secara kumpulan-kumpulan kecil.

''Kebiasaannya bilangan penduduk bagi setiap kumpulan adalah antara 20 hingga 30 orang. Di dalam kumpulan ini kita akan menerangkan faedah serta kebaikan yang diperolehi sekiranya mereka menyokong calon Barisan Nasional (BN)

Sabtu, 30 Oktober 2010

GALAS:PAS SOGOK WANG PADA PENGUNDI

Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.

"Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.

Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh.

"Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.

"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.

Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan.

"Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengund

ORANG MELAYU PERLU BUKA MATA

Orang Melayu diminta membuka mata terhadap pendedahan yang dibuat Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Nordin mengenai perjanjian rahsia di antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, persamaan ideologi yang terbentuk antara kedua-dua parti tersebut merupakan asas kukuh untuk mereka bertindak membelakangi Perlembagaan negara.

Beliau berkata, jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara kelak, tidak mustahil orang Melayu akan ditindas dan kuasa memerintah negeri akan diserahkan kepada bangsa lain.

"PKR dan DAP masing-masing mempunyai ideologi berasaskan sosialis yang sanggup membuat apa saja asalkan ideologi mereka dapat ditegakkan.

"Apabila mereka berkuasa kelak, tidak mustahil kuasa raja-raja Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan Zulkifli dalam Dewan Rakyat semalam yang membongkar kewujudan perjanjian rahsia di antara PKR dan DAP tanpa diketahui oleh Pas.

Menurut Zulkifli, melalui perjanjian tersebut, DAP akan diberikan kuasa autonomi di Pulau Pinang dan wakilnya akan dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri yang dimenangi sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Tambah Ahmad Atory, perjanjian sulit yang berlaku antara kedua-dua parti tersebut bukan rahsia baru tetapi masih terdapat kalangan orang Melayu yang tidak menyedari risikonya.

"Bangsa Melayu masih seperti dulu ketika zaman dijajah oleh kuasa asing, mereka lali, bermimpi dan tidak sedar bahaya yang bakal dihadapi," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar berkata, sudah tiba masanya Zulkifli mendedahkan dalang dan membuktikan semua dakwaan yang dibuat tersebut supaya orang ramai sedar terhadap tindakan licik pakatan pembangkang.

"Sebagai ahli Parlimen, beliau harus bertanggungjawab mendedahkan perkara tersebut demi kepentingan bangsa Melayu sendiri," tegasnya.

Menurut Osman, jika perkara tersebut terbukti berlaku, kerajaan diminta siasat dan mengambil tindakan segera kerana secara jelas pihak berkenaan cuba mengubah Perlembagaan negara.

"Kerajaan harus ambil tindakan seperti mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap dalangnya kerana isu tersebut sangat sensitif dan bahaya

Jumaat, 29 Oktober 2010

GALAS:PAS BAKAL TERKUBUR DI GALAS ANGKARA PEMIMIPIN SENDIRI



Pas akan terkubur di Galas angkara sikap pemimpin Pas yang terang terang bersengkongkol dengan Dap yang jelas ingin menghancurkan orang melayu sebagai mana yang di lakukan Dap di Pulau Pinang.Walau dimana orang melayu berpijak,Melayu tetap melayu.

Apa yang berlaku didalam Pas sekarang adalah angkara keinginan Nik Aziz untuk berkuasa tapi Pas sentiasa di anak tirikan oleh 2 Pakatan DAP dan PKR.Pas hanya menjadi kuda tungganggang kedua dua parti itu untuk mencapai cita cita mereka.Ini di akui sendiri oleh Zulkifli Nordin yang mendakwa DAP dan PKR membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Pas sebenarnya telah banyak melukakan perasaan orang melayu bila Pas merelakan KM PP melakukan apa sahaja terhadap orang melayu sehingga orang melayu di halau dari tanah mereka.Apakah Pas masih tidak membuka mata atas sikap zalim rakan mereka keatas orang melayu.Jadi di kesempatan inilah nanti rakyat di Galas akan menunjukan jalan kehancuran pada Pas yang telah bekerjasama dengan DAP dalam menghalau orang melayu dari tanah mereka.

Pas tentu merasa selesa bila orang cina di Galas akan memberikan sokongan pada Pas tapi Pas lupa yang Orang melayu sudah jijik dengan lakonan pemimpin Pas yang bermuka muka.Dari apa yang diterima dari maklum balas dari rakyat Galas BN sudah menerima maklum balas positif daripada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas termasuk pada kalangan mereka yang membuat undi protes pada pilihan raya umum lepas.Gambaran positif juga diterima daripada kalangan pengundi muda. Sambutan positif golongan muda ini mungkin ada kaitan dengan calon BN Abdul Aziz Yusoff yang sebelum ini merupakan Pengerusi Belia 4B Gua Musang atau lebih dikenali sebagai ”Aziz Limau” dan terkenal dalam memperjuangkan golongan itu tanpa mengira kaum.Ini merupakan satu momentum yang baik kerana dia (Abdul Aziz) merupakan seorang calon yang memahami citarasa orang muda sebab telah lama menjadi aktivis belia di peringkat akar umbi.

Berlainan dengan calon Pas yang bukan anak jati Galas.Apakah pengundi di Galas sedia menerima pemimpin yang tidak tahu kemahuan anak jati di Galas.Kerana itulah pengundi di Galas tidak mahu anak Galas sendiri disingkirkan dari menjadi wakil mereka bagi menyuarakan masaalah mereka nanti.Mereka pengundi di Galas tidak mahu lagi segala apa yang di sudah di rancang kerajaan Pusat akan terhenti.

MARILAH SAMA SAMA KITA FIKIRKAN APA YANG SUDAH PAS LAKUKAN DALAM MEMAJUKAN GALAS.....

GALAS:PEMIMPIN PAS TAK TERMAMPU LAKUKAN APA YANG DILAKUKAN RAZALEIGH

Di usia 73 tahun, Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Galas, Tengku Razaleigh Hamzah sanggup meredah belantara hampir 12 jam dalam usahanya untuk bertemu dengan lebih dekat pengundi Orang Asli.

Untuk memastikan Barisan Nasional mencapai kemenangan besar, Tengku Razaleigh menaiki kereta pacuan empat roda berkonvoi dengan jentera BN seawal 8.30 pagi melalui jalan tanah merah berdebu selama empat jam menuju ke Pos Balar.

Walaupun menghadapi perjalanan yang sukar dengan beberapa kenderaan konvoi tersangkut dalam selut tanah merah, namun ia tidak mematahkan semangat Tengku Razaleigh untuk mendengar rintihan dan keluhan masyarakat di situ.

Dalam ucapannya, ketika mengadakan pertemuan lebih 100 penduduk Orang Asli di Pos Balar, Tengku Razaleigh berkata kehadirannya ke situ adalah untuk meninjau lebih dekat permasalahan Orang Asli bagi memastikan mereka turut mendapat pembelaan sama seperti rakyat lain.

"Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan Orang Asli dari arus pembangunan dan ia terbukti apabila kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti klinik kesihatan dan sekolah serta peruntukan RM10.8 juta untuk pembangunan Orang Asli di Gua Musang," katanya. Beliau berkata, ia berbeza dengan kerajaan Pas Kelantan yang kononnya hendak menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli tetapi dalam masa yang sama sanggup menggadai tanah yang diduduki mereka kepada pihak lain bagi tujuan pembalakan dan Ladang Rakyat.

"Kita akan berunding dengan kerajaan negeri supaya memberikan hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli untuk dijadikan tapak rumah, tanah perkuburan dan tanah pertanian supaya mereka juga mempunyai harta pusaka untuk diwariskan kepada generasi mereka.

"Ladang rakyat yang kononnya dilaksanakan untuk kebaikan Orang Asli hanya karut kerana mereka hanya menjadi kuli dan sedangkan mereka (Orang Asli) mahukan tanah sendiri," katanya.

Selepas berada di situ selama sejam, Tengku Razaleigh kemudian pergi ke Pos Hau, yang mengambil masa empat jam perjalanan lagi dengan laluan yang lebih sukar berikutan hujan.

Tanpa menghiraukan penat, Tengku Razaleigh menunjukkan sikap pemimpin yang berjiwa rakyat melayan mesra penduduk Pos Hau yang mempunyai kira-kira 200 penduduk.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tengku Razaleigh berkata, hasil pertemuannya dengan masyarakat Orang Asli kebanyakan mereka membangkitkan soal tanah.

"Mereka mahukan pemilikan tanah dan mahu kekalkan tanah rezab mereka tanpa pencabulan mana-mana pihak. Apa yang berlaku sekarang, banyak tanaman dan kawasan perburuan musnah menyebabkan mata pencarian mereka hilang.

"Walaupun tanah mereka diceroboh kadangkala secara haram, namun masyarakat Orang Asli ini tidak berani mengambil tindakan sendiri kerana mereka takut kepada undang-undang. Jadi kita akan bantu rundingkan perkara ini dengan kerajaan negeri," katanya sebelum bertolak pulang ke Bandar Gua Musang

LAGI PENGIKUT SETIA PAS SERTAI UMNO

Hilang keyakinan terhadap kredibiliti pakatan pembangkang khususnya kerajaan Pas, Kedah mendorong 52 penyokong mudanya dari sekitar Kampung Lubuk Keriang di sini menyertai UMNO.Kumpulan tersebut yang berusia bawah 40 tahun menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Haris Che Mat dalam satu majlis ringkas di kampung berkenaan semalam.Rata-rata mereka merupakan penyokong Pas pada Pilihan Raya Umum 2008, namun bertindak menyertai UMNO kerana menyedari hanya parti itu yang benar-benar memperjuangkan hak semua rakyat dan agama.

Seorang wakil kumpulan itu, Mohd. Naim Yaakob, 30, berkata, dia mengambil keputusan keluar daripada Pas kerana melihat parti itu hanya pandai menabur janji tetapi tidak melaksanakannya selepas mengambil alih teraju pemerintahan negeri sejak dua tahun lalu.Katanya, dia tidak yakin lagi dengan perjuangan Pas sebaliknya melihat UMNO yang sentiasa kehadapan dalam membela nasib rakyat.Pas hanya pandai janji tapi tiada kesan yang dilakukannya. UMNO pula tidak berjanji tetapi banyak menghulurkan bantuan dan melakukan perubahan demi kemudahan serta kesejahteraan rakyat, itu yang kita mahu," katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Rakannya, Mohd. Bukhairi Idris, 26, pula berkata, dia melihat pentadbiran kerajaan Pas Kedah gagal menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat untuk menjadikan Kedah sebagai sebuah negeri kebajikan sebagaimana yang terkandung dalam manifestonya.Menurutnya, isu seperti kenaikan tarif air baru-baru ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang sepatutnya mengutamakan kebajikan penduduk.Dalam pada itu, Haris yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO negeri berkata, penyertaan bekas penyokong Pas itu membuktikan kehendak golongan muda untuk bersama-sama UMNO bagi membela nasib mereka.

Hanya UMNO terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang," katanya.Dia yakin lebih ramai lagi penyokong pakatan pembangkang akan menyertai UMNO menjelang pilihan raya umum akan datang.Menurutnya, di Kampung Lubuk Keriang dan beberapa kawasan sekitarnya, lebih 80 penyokong pakatan pembangkang telah mengisi borang untuk menjadi ahli UMNO dan 52 borang yang lengkap diisi diserahkan kepadanya pada majlis tersebut.

Khamis, 28 Oktober 2010

PAS KEHABISAN MODAL DI GALAS

Pembangkang ketiadaan isu besar untuk dibangkitkan bagi PRK Galas sehingga terpaksa mereka-reka isu yang tidak wujud sama sekali.


Antaranya dengan membuat dakwaan wujud keretakan dalam jentara UMNO Gua Musang sehingga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pembangkang mula mencipta dan memperbesar-besar isu yang sepatutnya tidak diadakan.

"Saya tengok pembangkang ketandusan isu, ceramah yang diadakan pihaknya semalam juga dilihat menyebut isu-isu yang sengaja diperbesar seperti Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO bahagian Gua Musang) tidak masuk ke dalam dewan penamaan calon, seolah-olah ada keretakan dalam UMNO Gua Musang.

"Selain itu dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Ketua Pemuda UMNO bahagian Gua Musang, Bazlan Baharuddin
cuba mensabotaj calon dan kempen pilihan raya kecil ini juga adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah.

Pada pilihan raya 4 November ini, calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusof, 49, akan menentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamad, 44.

Khairy berkata UMNO dan BN tidak mempunyai sebarang masalah, ahli dan Pemuda UMNO sedang bergandingan memantapkan jentera dalam usaha menawan Galas.

Justeru beliau berkata pengundi tidak harus menyimpan rasa ragu terhadap kepimpinan UMNO dan BN yang digambarkan pembangkang sebagai berada di ambang perpecahan.

Katanya pengundi juga perlu yakin dan tidak menelan segala fitnah dan isu rekaan yang sengaja diwujudkan pembangkang.

Khairy berkata Pemuda UMNO kini giat turun
padang untuk bersua muka dengan pengundi secara lebih dekat dan tidak hanya bergantung kepada ceramah secara besar-besaran.

"Kita terus jalankan kempen, sudah berjumpa beberapa kumpulan kecil pengundi antaranya di hospital, melawat peti undi, adakan kem cakna pemuda, lawatan baik pulih beberapa buah rumah dan juga ceramah, singgah di kedai kopi dan sebagainya kerana ia lebih memberi impak berbanding ceramah besar-besaran," katanya.

Beliau juga berkata pihaknya mengenal pasti ramai pengundi 'atas pagar' di kalangan pengundi muda.

Menyifatkan kumpulan itu turut menjadi penentu kepada kemenangan BN, beliau berkata Pemuda UMNO kini bergerak dengan lebih agresif untuk meyakinkan kumpulan itu agar memilih BN.

"Pengundi muda okey...cuma saya tengok mereka masih atas pagar. Saya jumpa mereka dalam kempen dan sebahagian yang jumpa itu masih terbuka dan kita kena yakinkan mereka," katanya

CALON PKR BATU SAPI JATUH LAUT

Ia merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah apabila beliau terjatuh ke dalam laut apabila pelantar jeti tempat beliau berpijak tiba-tiba roboh.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, Ansari bersama krew berita NTV7 serta beberapa pekerja parti tiba di Pulau Api-Api dari pulau berhampiran selepas apa ditakrifkannya sebagai 'misi mengumpul maklumat'.

"Yang mula-mula naik ke jeti (pelantar) selepas bot rapat di pelantar itu ialah krew NTV7. Selepas itu saya. Apabila saya melihat jeti (pelantar) itu agak goyah, saya tidak bagi sesiapa lagi naik.

"Malangnya, disebabkan bot itu (yang mereka naiki) bergoyang, pengarah pilihan raya PKR turut naik ke atas jeti menyebabkan ketiga-tiga kami jatuh ke dalam laut, habis basah," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau berkata mujurlah kesemua mereka selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun basah kuyup dan petugas NTV7 sempat menyelamatkan kameranya daripada basah.

Bagaimanapun, telefon bimbit Blackberry serta kamera miliknya, bernilai kira-kira RM4,000 rosak kerana terjatuh ke dalam laut.

Ansari berkata beliau juga bersyukur kerana hanya pelantar jeti yang roboh dan bukannya keseluruhan jeti itu memandangkan terdapat wanita mengandung dan ibu yang membawa kanak-kanak kecil sedang menunggu di atas jeti ketika kejadian itu.

Sehubungan itu, Ansari meminta Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya supaya mengarahkan agensi berkaitan untuk segera membaiki jeti berkenaan

PRK GALAS:PAS GAGAL SELESAI MASAALAH RAKYAT

Kegagalan Pas dalam menangani pelbagai masalah masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas menjadi penyebab utama parti itu ingin menumpukan perhatian kepada isu nasional dalam kempen pilihan raya kecil DUN tersebut yang berlangsung sehingga 4 November ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun isu pengambilan dan pencerobohan tanah serta pembayaran pampasan menjadi isu besar di Galas namun ia tidak dipedulikan oleh kerajaan Pas Kelantan.

''Sepatutnya masalah itu diselesaikan oleh kerajaan negeri tetapi Pas dalam kempennya tidak memberikan fokus kepada masalah besar itu, mereka lebih berminat untuk bercakap isu nasional dan internasional.

''Kalau mereka tidak dapat jelas isu tempatan yang berlaku, maknanya masalah rakyat tidak diberi perhatian. Ia juga sekali gus menunjukkan kalau Barisan Nasional (BN) berpegang kepada slogan rakyat didahulukan, Pas pula kemudiankan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Pos Brooke, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Pas berhasrat mengetengahkan isu nasional bagi mengalih perhatian terhadap kelemahan pentadbiran mereka termasuklah dalam usaha menangani pencerobohan hutan yang menyebabkan sungai tercemar.

''Dalam pilihan raya kecil di Galas ini, isu tempatanlah yang patut mereka tangani dan selesaikan tetapi Pas tidak berbuat demikian, biarpun apa yang berlaku adalah isu besar," katanya.

Sementara itu, berucap pada majlis berkenaan, Muhyiddin yang mengumumkan pemberian beberapa peralatan untuk keselesaan masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan berkata, ia membuktikan keprihatinan kerajaan BN dalam membela rakyat.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat sentiasa berusaha untuk memastikan setiap masyarakat di negara ini termasuk Orang Asli menikmati hasil kemakmuran negara.

''Sebab itulah kita menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang khusus bagi menjaga kebajikan masyarakat berkenaan. Semua ini menunjukkan keprihatinan kerajaan yang diterajui oleh BN yang jauh lebih berupaya daripada mana-mana kerajaan negeri yang dipimpin oleh pembangkang termasuk Pas

Jumaat, 22 Oktober 2010

PAS PILIH ORANG YANG SUDAH DI TOLAK RAKYAT GUA MUSANG

PAS pilih Dr Zulkefli Mohamad,44 yang tewas kepada Tengku Razaleigh bagi kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihanraya umum 2008 sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri, Galas.

Pemilik klinik di Chiku,Gua Musang itu juga adalah Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan nama beliau sebagai calon pada ceramah perdana sempena 20 tahun pemerintahan Islam di Kelantan kira-kira 12 tengah malam Khamis di Dataran Ilmu Gua Musang.

Masa bertanding dengan Tengku Razaleigh Hamzah pada pilihanraya umum lalu beliau tewas dengan majoriti 4,394 undi.

Barisan Nasional akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu Ahad ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH