tengok bola disini
Rakan seperjuangan
SAPA NAK HUBUNGI ANWAR
LU ORANG PIKIRKAN LA
INI LAH PEROSAK BANGSA
SAMA TAK?
PEROSAK BANGSA
Selasa, 30 November 2010
SIDANG DUN PERAK:NIZAR DAN KUNCU BUAT HAL LAGI
Pada jam 11.15 pagi, selepas sesi soalan berakhir, Kesavan bangkit dan menuntut soalannya berhubung pemindahan tanah di kawasannya dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Meskipun Ganesan memberi amaran supaya tidak meneruskan soalannya, Kesavan berkeras berkata beliau adalah perwaklian rakyat Hutan Melintang, dan menjadi tanggungjawabnya menyuarakan 'masalah rakyat'.
Ganesan kemudian menggantung Kesavan mengikut Artikel 44(2) Peraturan Dewan selama sehari.
Apabila beliau enggan meninggalkan dewan, Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) pula bangkit dan memohon Artikel 44(3) dan 44(5) Pearturan Dewan digunakan bagi menggantungnya terus daripada menghadiri sidang DUN Perak.
Usul itu diluluskan dengan suara majoriti.
Tindakan itu menyaksikan ADUN pembangkang yang diketuai oleh menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (bawah, kanan) meninggalkan dewan.
Mereka kemudiannya mengadakan sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) dan Tai Sing Ng (Kuala Sepetang).
Pada sidang media itu, Kesavan menafikan beliau berlaku biadap kepada speaker dan mendakwa beliau meninggikan suaranya kerana pembesar suaranya telah dipadamkan.
Katanya, beberapa surat telah dihantar ke pihak yang bertanggungjawab, termasuk pejabat Zambry berhubung isu tanah itu, namun semuanya tidak dijawab.
HADI TAK AKUI KIT SIANG TPM
“Itu pandangan peribadi dan bukan keputusan PR. Saya difahamkan beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak buat kenyataan sebegitu.
“Media salah lapor. Apa yang dia (Anwar) sebut tidak ada dalam Perlembagaan menyatakan siapa akan jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat arena Rodeo Malaysia di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010 ) di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar sebelum ini bahawa Kit Siang akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Mengulas lanjut, Hadi berkata PR tidak pernah membuat perbincangan mengenai cadangan untuk melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Saya difahamkan Anwar memberi penerangan mengenai Perlembagaan dan perkara itu telah jelas” katanya.
Ketika ditanya sama PAS dijanjikan apa-apa jawatan sekiranya PR memerintah negara, Hadi berkata: "Tunggu sampai masa kita memerintah dahulu.”
Mengenai kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyatakan parti tidak akan memperjuangkan ketuanan Melayu sebaliknya mereka akan memperjuangkan ketuanan rakyat, Hadi berkata PAS hanya akan memperjuangkan ‘Ketuanan Islam’ dan bukannya ketuanan bangsa.
“Kalau Melayu berperang kerana Islam. Melayu layak jadi tuan. Kalau Melayu tidak berpegang dengan ajaran Islam, orang Melayu juga tidak layak.
LAGI KISAH BEKAS PERMAISURI AGONG:21 HARI UNTUK BEKAS PERMAISURI AGONG KAHWIN
Sewaktu dalam perjalanan turun dari Janda Baik untuk balik ke Kuala Lumpur petang Isnin, masih banyak yang bermain dalam pemikiran kami.
Sebelum itu lebih dua jam saya bersama dua wartawan Agendadaily Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz dan Helme Hanafi serta jurugambar Mohd Hiekal bersemuka dengan Syed Abdullah Alattas yang lebih dikenali sebagai Uncleseekers.
Lelaki berusia 44 tahun ini kebelakangan ini menjadi bahan bualan apabila menulis di laman blognya mengenai hubungannya dengan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Aishah.
Pelik…memang pelik orangnya. Itu yang kami sama-sama dapat simpulkan semasa cuba merumuskan hasil perbualan yang panjang dengannya untuk mencari jawapan kepada berbagai-bagai persoalan yang berbangkit hasil tulisan sebanyak tujuh siri di laman blognya itu.
Anak kepada penulis buku politik terkenal ini, Syed Hussin Alattas, tertawa panjang apabila kami memberitahu ramai pembaca dan kami juga jadi semakin keliru mengenai jalan cerita hubungannya dengan Cik Puan Aishah apabila membaca dari satu siri ke siri yang lain.
Dia nampaknya tidak kisah dan seperti hendak menyerahkan kepada mereka yang membaca laman blognya itu membuat tafsiran sendiri mengenai kisah yang sensasi itu.
"Pembaca bebas untuk membuat tafsiran atau andaian sendiri.... saya tulis apa yang terjadi,'' ujarnya.
Setakat ini sudah berbakul-bakul kutukan daripada pembaca terhadapnya kerana menulis tentang hal itu. Rata-rata mereka merasa martabat seorang bekas Permaisuri Agong perlu dipelihara.
Syed Abdullah sebaliknya mendakwa dia membuka kisah ini semua untuk menggambarkan Cik Puan Aishah juga seorang manusia biasa yang perlu menjalani hidup seperti orang lain sekalipun pernah duduk di atas takhta di Istana Negara.
Lokasinya kami berbual dengannya di Wadi Hana, Janda Baik. Mulai jam 5 petang kami menembak pelbagai soalan kepadanya untuk mengorek lebih dalam mengenai kisahnya dengan Cik Puan Aishah.
Apa yang pasti Syed Abdullah tidak berganjak dari jalan cerita yang digambarkan dalam laman blognya.
Kini yang orang tertunggu-tunggu ialah kemunculan bukunya bertajuk Cinta Syyhh yang dia dakwa akan buka habis segala-galanya.
Menjawab soalan mengenai buku itu, Syed Abdullah mengakui ia belum siap lagi.
Katanya dia akan siapkan buku itu Sabtu ini - tarikh akhir atau 'deadline' yang dijanjikan dengan pencetak.
Adakah dia nak teruskan juga dengan penerbitan buku itu sekalipun ramai yang mengutuknya.
Uncleseekers ada jawapannya.
Kata Syed Abdullah kepada kami dia bersedia 'tekan brek', yakni hentikan penerbitannya dengan syarat Cik Puan Aishah berkahwin dalam tempoh 21 hari dari sekarang.
‘Saya sememangnya mahu mengeluarkan buku yang memuatkan kisah percintaan syyhh.. saya dengan bekas permaisuri itu dalam tempoh 21 hari lagi. Tetapi, saya sedia untuk menahan pengeluaran buku, termasuk menghentikan cetakannya, jika, Aishah berkahwin dalam tempoh itu. Itu janji saya,’ katanya.
“Ini bermakna, dia (Cik Puan Aisyah) ada 20 hari untuk berbuat demikian. Jika tidak buku itu akan saya keluarkan,’ kata Syed Abdullah.
Semasa perbualan itu dia turut menceritakan bibit-bibit pertemuan yang memulakan segala-galanya, termasuk bagaimana dan cara mana dia membantu mengeluarkan “benda” dari dalam tubuh Cik Puan Aishah, disaksikan ahli keluarga bekas Permaisuri Agong itu sendiri.
Kami juga telah dibawa ke bilik rawatan di mana dia dakwa berlakunya “pengalihan” atau “pengeluaran” benda dari tubuh Cik Puan Aisyah yang dikatakan hanya memakan masa selama 5 minit.
Syed Abdullah yang sudah lapan tahun menduda dan pernah dua kali berkahwin juga mengaku telah memperkenalkan Cik Puan Aisyah kepada seorang professor bagi merawat penyakit kronik bekas Permaisuri Agong itu yang dakwanya menghidap barah payudara.
Dia yang yang sebelum ini hanya dikenali menerusi rancangan televisyen ‘Seekers’ ini juga tetap berpegang pada dakwaannya Cik Puan Aisyah menyintainya dan pernah mengajaknya berkahwin.
“Tetapi saya langsung tidak ada hati dengannya dan tidak terlintas sedikitpun untuk berkahwin dengannya kerana saya sudah ada sayang saya,” ujar Syed Abdullah yang juga mempunyai dua orang anak dan dua cucu.
Dia berkata demikian ketika ditanya adakah akan berkahwin jika tidak timbul halangan daripada bapa bekas Permaisuri Agong itu.
Paparan cerita dan gambar dalam pose yang intim di dalam blognya sejak 2 November lalu mendapat perhatian ramai hingga jumlah pelawat ke laman blognya naik mendadak bagai roket naik ke bulan.
Namun dia kena berdepan dengan keraguan pada kesahihan ceritanya.
Syed Abdullah juga didakwa sengaja mencari publisiti dan kontroversi bagi tujuan peribadi, iaitu untuk melariskan produknya.
Selain bakal mengeluarkan buku, dua buah filemnya juga bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.
Ada juga komen dakwa Syed Abdullah menggunakan jampi atau ilmu hitam serta ilmu pengasih untuk memikat wanita, termasuk Cik Puan Aishah.
Benarkah Syed Abdullah tidak cintakan Cik Puan Aishah, dan siapakah pula lelaki 'bertuah' yang dimaksudkan untuk mengahwininya...? Kisah selanjutnya…di bahagian kedua nanti…
PKR MAKIN GELABAH DAN BUTA SEJARAH
KETIKA kaum bukan Melayu dilihat semakin jelas memahami maksud ketuanan Melayu, orang Melayu sendiri pula mengambil sikap seperti buta sejarah dan enggan mengiktiraf kedudukan bangsa di tanah air sendiri. Kelantangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali yang secara terbuka menolak konsep ketuanan Melayu seolah-olah menggambarkan pemimpin parti pembangkang itu terdesak untuk menarik kembali sokongan rakyat.
Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana PKR ketika ini berdepan dengan pelbagai konflik kepercayaan dan sokongan apabila ramai ahlinya termasuk pemimpin kanan bertindak keluar parti. Proses pemilihan parti yang baru sahaja berakhir pula semakin mendedahkan wajah sebenar PKR apabila ahli-ahlinya bercakaran sesama sendiri kerana tidak puas hati dengan amalan nepotisme dan kronisme. Dalam situasi seperti ini, PKR perlu mencari satu isu untuk menutup kelemahan parti itu dalam masyarakat.
Isu paling mudah sudah semestinya ketuanan Melayu kerana konsep ini lebih dikaitkan dengan perjuangan UMNO. Isu ini juga satu ketika dulu berjaya memberi kelebihan kepada pembangkang apabila ramai orang bukan Melayu berjaya ditakut-takutkan dengan tafsiran yang salah mengenainya. Dari kaca mata pembangkang, ketuanan Melayu cuba digambarkan sebagai satu bentuk hubungan ‘tuan dan hamba’ antara orang Melayu dan bukan Melayu.
Kerana itu, istilah ketuanan Melayu juga acap kali cuba disamakan dengan maksud Malay supremacy, Malay hegemony, slave and serf dan banyak lagi. Ini merupakan satu tafsiran yang jauh terpesong kerana pemahaman ketuanan Melayu adalah berasaskan kepada fakta sejarah, sosiobudaya dan pencorakan kuasa politik di rantau ini sejak ribuan tahun lalu. Konsep ini juga bukanlah satu bentuk ideologi atau pendekatan berasaskan perkauman kerana sehingga kini, tidak ada orang bukan Melayu yang disisihkan atau dianaktirikan oleh orang Melayu dalam apa jua bidang sekali pun.
Malah dalam beberapa aspek, kaum bukan Melayu menikmati kehidupan yang jauh lebih baik dan berjaya berbanding dengan orang Melayu sendiri. Justeru, di mana asas ketakutan terhadap konsep ketuanan Melayu dan apa pula bezanya konsep tersebut dengan ketuanan rakyat? Begitupun, adalah lebih tepat untuk memahami mengenai konsep ketuanan Melayu dari sudut pandang Perlembagaan Persekutuan yang telah memperincikannya dengan jelas.
Lihat sahaja apa yang disebut oleh Artikel 153 yang bukan sahaja mengisytiharkan ketuanan bangsa Melayu ke atas bumi Malaysia, malah turut memberi jaminan mengenai kedudukan itu. Antara lain Artikel 153 itu berbunyi: ‘‘Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel itu memspesifikasikan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mewujudkan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.
Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu - kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia,”. Artikel 153 ini juga mengukuhkan beberapa aspek mengenai hak-hak dan status orang Melayu sebagai penduduk asal Malaysia yang mesti dilindungi. Ia termasuk jaminan kedudukan Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu serta agama Islam dan bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi Malaysia.
Mengapa kedudukan orang Melayu disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan memerlukan kita untuk kembali menyelak sejarah penubuhan negara Malaysia. Ia sudah semestinya ada kaitan dengan sejarah awal kemasukan orang bukan Melayu ke Tanah Melayu sehinggalah kepada wujudnya konsep jus soli dan kontrak sosial dalam pemberian kewarganegaraan. Ia ditimbalkan dengan penerimaan balas beberapa syarat utama yang meliputi hal ehwal berkaitan perlindungan dan penjagaan status dan hak bangsa Melayu sebagai penduduk asal.
Dalam hal ini, jika orang bukan Melayu tidak lagi boleh menerima kontrak sosial dan jus soli, maka mereka perlu melihat kembali status kewarganegaraan mereka. Pernyataan ini mungkin berbunyi agak keras dan menyimpang dari usaha kerajaan menubuhkan negara bangsa menerusi Gagasan 1Malaysia. Namun jika konsep ketuanan Melayu terus dipersoalkan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu terus dipertikaikan, maka fakta sejarah dan Perlembagaan sahaja yang tinggal sebagai tembok kelangsungan Melayu di bumi Malaysia ini.
Barangkali fakta inilah yang ditakuti oleh pihak tertentu yang seperti cacing kepanasan apabila kerajaan mewajibkan Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Kumpulan ini tidak mahu generasi baru terikat dengan pemahaman mengenai jus soli, kontrak sosial dan Perlembagaan yang pastinya merupakan intipati kepada subjek itu. Pemahaman yang jelas mengenainya terutama dalam kalangan pelajar-pelajar bukan Melayu akan menggagalkan usaha pihak tersebut dalam perjuangan kesamarataan dan ideologi Malaysia Malaysia yang diperjuangkan.
Tindak tanduk kumpulan yang terus mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Perlembagaan itu juga mengingatkan kita kepada usaha mewujudkan perlembagaan baru. Perkara ini pernah didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Menurut beliau, perlembagaan baru itu bakal menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Seperti yang diingatkan banyak pihak, usaha merangka perlembagaan baru itu adalah satu niat jahat yang boleh meruntuhkan negara.
Ini kerana ia bakal menafikan ketuanan Melayu dan hak-hak keistimewaan orang Melayu termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu yang merupakan ketua negara. Orang Melayu yang bersekongkol dengan usaha-usaha sebegini sebenarnya telah memperlihatkan kepada masyarakat bahawa mereka sanggup menggadai maruah bangsa sendiri semata-mata mahu mendapatkan kekuasaan dan sokongan. Mereka juga sanggup mengikut telunjuk bangsa lain yang mahu keistimewaan orang Melayu dihapuskan dan digantikan dengan kesamarataan antara kaum yang pada akhirnya hanya merugikan bangsa mereka sendiri.
ORANG MELAYU HARUS TINGGALKAN PARTI YANG NAK HAPUSKAN MELAYU
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sepatutnya PKR tidak lari daripada tanggungjawab memperjuangkan kuasa politik teratas dan terkuat menerusi formula politik ikut bilangan.
Malah, tegas beliau, apatah lagi orang Melayu mewakili 60 peratus komposisi penduduk negara ini sekali gus bermakna keutamaan dan keteguhan politiknya semestinya menjadi idaman setiap orang.
"Jadi, apabila mana-mana individu seperti Presiden PKR (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) tidak lagi berminat dengan kuasa Melayu menerusi politik, maka orang Melayu perlu segera tinggalkan parti itu.
"Dengan PKR tidak lagi berminat dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu serta kuasa raja-raja Melayu yang mempunyai kedaulatan dan keteguhan di bawah Perlembagaan Persekutuan, jadi apa perlu lagi ditunggu oleh orang Melayu dalam PKR," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.
Rais berkata, dengan perakuan dan ketegasan kedua-dua pemimpin PKR itu yang memperlekehkan ketuanan Melayu, ia sekali gus bermakna PKR tidak lagi relevan untuk orang Melayu.
Sementara itu, Timba-lan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, hasrat PKR untuk menghapuskan konsep ketuanan Melayu hanya menunjukkan parti itu juga tidak mampu mempertahankan hak-hak kaum itu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Katanya, kebanyakan perkara yang termaktub dalam perlembagaan adalah untuk menjaga, melindungi kepentingan serta masa depan orang Melayu termasuk kuasa-kuasa raja Melayu.
''PKR faham perkara itu tetapi buat-buat tak faham. Ini kerana ketuanan Melayu bukan bermaksud Melayu menjadi tuan sebaliknya ia merujuk kepada raja-raja Melayu iaitu sampai bila-bila mengikut Perlembagaan, kedudukan sultan tidak boleh ditukar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan kenyataan Wan Azizah adalah sangat jahil tentang kedudukan 'ketuanan Melayu' di dalam landskap perlembagaan negara.
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, hanya kerana terlalu 'kemaruk politik', Presiden PKR itu sanggup melancarkan propaganda politik yang menolak sama sekali teras perlembagaan negara selama ini.
''Kita tidaklah terlalu terperanjat, kerana dengan kedudukan PKR yang menjadi 'punca kelemahan' Pakatan Rakyat; parti tersebut memerlukan suatu propaganda yang lebih berkesan dan mampu menarik perhatian masyarakat,'' katanya.
Sehubungan itu, Reezal Merican mengingatkan Azmin bahawa 'perang' yang bakal Timbalan Presiden PKR tersebut jayakan bagi menentang 'ketuanan Melayu' akan disambut oleh Pemuda UMNO seluruh Negara.
Isnin, 29 November 2010
NIZAR BUAT HAL LAGI DI PERAK
ADUN Tronoh yang juga bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar, berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga perlu diberi masa tanpa had untuk membahaskan Bajet 2011 demi kepentingan rakyat. Beliau yang baru dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Perak dua minggu lalu berkata, ketika Pakatan Rakyat mentadbir dulu mereka memberi masa kira-kira dua jam kepada ADUN Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali daripada Barisan Nasional (BN) untuk membahaskan Bajet 2009.
"Kami tidak mahu buat (keluar beramai-ramai). Tetapi jika kami ditekan dalam dewan...wakil rakyat tidak dibenarkan berbahas, Ketua Pembangkang tidak dibenarkan berbahas, apa guna kita berada dalam dewan?
"Kami tidak mahu perkara itu berulang dan sanggup bekerjasama tetapi kita meminta BN bekerjasama memberi ruang kepada semua wakil rakyat berbahas," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sivakumar berkata, pembentangan bajet adalah persidangan penting dan sidang berkenaan patut diadakan sekurang-kurangnya lima hari.
PRESIDEN DAN TIMBALAN ADALAH PELACUR
Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".
"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu,” katanya.
"Mereka seperti kacang lupakan kulit. Mereka ini seperti pelacur politik yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.
Arman juga menggesa Raja-raja Melayu supaya membuang daerah terhadap mana-mana pemimpin Melayu yang menyokong atau mencadangkan konsep ketuanan Melayu digantikan.
Ketuanan Melayu, katanya juga bermakna menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menjatuhkan martabat raka-raja.
Arman juga memperbetulkan persepsi bahawa ketuanan Melayu tidak bermakna bangsa-bangsa lain menjadi subjek kepada orang Melayu.
“Apa yang kita mahu ialah supaya kontrak sosial dihormati dan tahu sejarah negara ini,” katanya.
Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR, Sabtu lalu berkata konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.
"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.
"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya.
SIAPA NAK PERTAHANKAN MELAYU.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan 'Raja Melayu' sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.
Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.
"Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di siniPKR GADAI MARUAH MELAYU HANYA KERANA POLITIK.KITA RENUNGKAN LAH SETELAH BERKURUN KITA PERTAHANKAN SATU SATUNYA TANAH MELAYU AKHIRNYA KERANA NAFSU POLITIK ADA ORANG MELAYU SANGGUP UNTUK MELENYAPKAN MELAYU DARI BUMI MELAYU INI.
ADA KE ORANG CINA INGIN MELUPUSKAN BANGSA CINA ????
ADA KE ORANG INDIA INGIN MENGHAPUSKAN BANGSA INDIA?????
KITA RENUNGKAN LAH APA YANG AKAN TERJADI PADA TANAH MELAYU INI.....
AWAL AWAL LAGI ANWAR DAH TOLAK PAS
Kit Siang berperanan membantu tugas-tugas Perdana Menteri yang sudah semestinya akan dipegang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Janji itu dilafazkan oleh Anwar dalam wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily yang disiarkan pada 26 November lalu (Jumaat) bersempena dengan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.
Sambil menyatakan keyakinan penuh bahawa pakatan pembangkang akan menguasai Putrajaya dan mengekalkan pemerintahan di empat buah negeri, beliau juga optimis akan merampas kembali Perak sambil menyasarkan empat buah negeri iaitu Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
"Pakatan pembangkang menjunjung sistem demokrasi, maka orang Cina menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan juga tidak bercanggah dengan kepentingan kaum Melayu," katanya seperti dipetik daripada wawancara itu.
Tegas Anwar yang juga Ketua Pembangkang, pakatan pembangkang sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan sebelum Jun tahun hadapan.
Sehubungan itu, katanya, parti-parti dalam pakatan pembangkang sedang giat membincangkan soal pengagihan kerusi dengan 95 peratus pembahagian kerusi yang bakal ditandingi di Sarawak sudah diselesaikan.
Ketika ditanya senario wakil rakyat pembangkang yang memenangi kerusi bertindak melompat keluar parti, Anwar menjelaskan bahawa kredibiliti calon merupakan syarat yang paling diutamakan.
"Pakatan pembangkang terutama PKR akan memilih calon dengan teliti, mungkin akan meminta calon agar menandatangani surat taat setia kepada parti bagi memastikan calon itu tidak akan keluar daripada parti.
"Ahli Jawatankuasa Kabinet Bayangan akan membuat satu pengumuman penting di dalam Perhimpunan Pakatan Rakyat pada 19 Disember depan. Ia termasuk strategi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.
Sementara itu, Anwar juga menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa pakatan pembangkang dibayangi oleh pengaruhnya iaitu tanpanya pakatan pembangkang akan menjadi lemah.
"Ramai orang berkata, PKR ialah Anwar atau pakatan pembangkang adalah Anwar. Ini adalah tidak benar. Saya tidak bersama dengan PKR selama enam tahun dan kini saya juga tidak kerap menyertai mesyuarat PKR kerana menumpukan perhatian terhadap pakatan pembangkang,'' katanya.
Ditanya mengenai hubungan kerjasama antara DAP dan Pas, Anwar mengakui ia lebih baik berbanding dahulu tetapi jalinan tersebut masih dianggap sebagai tidak berapa erat.
Bagaimanapun, katanya, jurang antara Pas dan DAP telah dapat diatasi terutama apabila menyentuh mengenai konflik penubuhan negara Islam.
"Kini kedua-dua parti lebih bersepakat dan memberi tumpuan terhadap isu-isu dalam negara demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Mengenai kemunculan pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai 'kuasa ketiga' yang dikhuatiri memberi impak kepada pembangkang, beliau tidak menolak kebarangkalian itu.
Jelasnya, sekiranya 'kuasa ketiga' itu berpakat dengan BN, ia sedikit sebanyak mampu menjejaskan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya tidak pasti sama ada kuasa ketiga ini berkaitan dengan Datuk Zaid Ibrahim (bekas calon Timbalan Presiden PKR) atau tidak. Ini kerana ia baru sahaja bermula, tetapi saya berpendapat ia mempunyai kemungkinannya.
"Saya masih tidak tahu siapa dalang atau di belakang 'kuasa ketiga' ini. Contohnya, saya tidak tahu siapa penajanya, kuasa mereka, siapa lagi ahlinya dan perbezaan falsafah politik serta pandangan di dalam isu dan polisinyaAhad, 28 November 2010
SEDAPNYA AZIZAH KATA ANWAR ANUGERAH TUHAN
Menurut Wan Azizah, suaminya yang merupakan Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi.Azizah pun mungkin tahu tabiat buruk Anwar yang suka main belakang sejak dari dulu lagi.
Selain itu, katanya, Anwar juga pernah melalui pelbagai cabaran seperti ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dipenjarakan.
“Apakah rahsia sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini. Jawapan saya, saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.
“Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di sini hari ini.
Sementara itu pada sidang akhbar selepas ucapan dasarnya, Wan Azizah menegaskan jawatan Ketua Umum PKR tidak perlu diwujudkan secara rasmi untuk Anwar.
“Buat masa ini perjalanan parti berjalan baik (dengan kedudukan Anwar sebagai ‘de facto’), beliau melaksanakan tugasnya dan kita tidak perlu menukarnya (sistem PKR),” jelasnya.
|
|
Bagaimanapun, katanya, beliau menghormati cadangan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang mahukan jawatan itu diwujudkan dan digubal dalam perlembagaan parti.
Semalam, Zuraida ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Wanita PKR mencadangkan agar jawatan ketua umum yang akan ditubuhkan itu tidak boleh dipertandingkan dengan Anwar sahaja yang berhak menjawatnya.
Dalam perkembangan lain, Wan Azizah berikrar untuk tidak meneruskan konsep ‘ketuanan Melayu’ supaya golongan muda kaum itu membesar dengan bermaruah.
Katanya, konsep itu hanya slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan kaum itu demi kepentingan diri sendiri.
“Justeru, konsep ‘ketuanan Melayu’ tidak perlu diteruskan supaya anak-anak kita membesar dengan visi bangsa bermaruah atau Melayu bermaruahBN TIDAK BOLEH SELESA DENGAN KEHANCURAN PKR
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata walaupun berlaku krisis dalaman parti itu menampakkan adanya peluang BN untuk terus mempertahankan kedudukan sebagai parti pilihan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, namun ia tidak boleh diambil ringan.
"Kita jangan berasa kuat di atas kelemahan orang lain, biarlah apa yang nak berlaku pada PKR... biar parti itu hancur, kita jangan berasa kuat kerana PKR hancur. Umno kena kuat kerana kekuatan sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Kebangsaan Promosi Kesihatan Malaysia 2010 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, Sabtu.
Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno mengulas mengenai tindakan lebih 1,300 anggota PKR di Cabang Hulu Selangor keluar parti pada hari pertama berlangsungnya Kongres Nasional parti itu semalam yang berkuat kuasa serta merta.
Beliau berkata Umno seharusnya dilihat sebagai parti yang teguh berikutan kesungguhan dan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggariskan tujuh perkara yang bertemakan 'Mendahulukan Rakyat' sebagai asas pengisian dalam Model Transformasi Umno semasa ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra Oktober lepas.
Tujuh perkara itu adalah anggota dan pemimpin Umno menjaga maruah dan kepentingan parti lebih daripada kepentingan diri, bertindak bukan dalam kumpulan tetapi dalam satu pasukan, memahami pemikiran dan hati rakyat, menjadi juara media baru, memenangi sokongan empat juta pengundi baru, Umno sifar masalah dan mendahulukan rakyat.
Beliau tidak menolak kemungkinan pergolakan dalaman PKR akan menjadi lebih teruk dengan lebih ramai anggotanya dijangka akan keluar parti di beberapa kawasan.
Mengenai simposium yang berlangsung selama dua hari anjuran PPUKM dengan kerjasama Lembaga Kesihatan Promosi Malaysia (LPKM) dan Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan KL, Ahmad berkata badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat untuk mengadakan program promosi kesihatan boleh mendapatkan peruntukan daripada LPKM bagi merancakkan lagi usaha-usaha positif dalam menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.
LPKM ditubuhkan pada 2007 dan mendapat peruntukan berjumlah RM25 juta bagi membiayai projek-projek promosi kesihatan yang disalurkan menerusi pelbagai NGO.-Sabtu, 27 November 2010
MAKIN RAMAI AHLI PAS SERTAI UMNO
Mereka termasuk Ketua Penerangan Khas DUN berkenaan, Nordin Daud, 48, dan Ketua Cawangan Pas Kampung Wakaf Bunut, Mohd Soleh Mat Hasaan, 66.
"Saya sedar perjuangan Pas selama ini hanya sia-sia, tidak memberi kebaikan kepada Islam," kata Nordin kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Rujhan Salleh dan Ketua Pergerakan Wanita, Karimah Mohd Noor dan lebih 100 penduduk kampung berkenaan.
Nordin yang mula menyertai Pas selepas tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera pada 1990 dan keluar parti pada 2008 berkata parti itu cuma menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi.
Nordin yang juga bekas Setiausaha Pas cawangan kampung berkenaan berkata beliau mendapati banyak berlaku penyelewengan dalam parti itu selepas diberi peluang memerintah Kelantan lebih 20 tahun lepas.Jumaat, 26 November 2010
ANWAR ADALAH ORANG YANG PALING BAHAYA
Menurut Mohamad Ezam, Anwar melakukan pembohongan serta membangkitkan perasaan kebencian antara kaum hanya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri.
Katanya, tindakan Penasihat PKR itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia jelas bertentangan dengan semangat dan perjuangan pemimpin terdahulu yang membentuk perpaduan dengan sifat kejujuran, kasih sayang serta prinsip setiakawan.
"Kita tidak boleh bina negara ini dengan pembohongan, sifat tidak jujur dengan menyatakan perkara-perkara yang palsu.
"Anwar merupakan seorang yang paling bahaya, dia akan rosakkan kita (Melayu, Cina dan India) dengan pembohongan. Adakah orang seperti ini mahu kita jadikan sebagai pemimpin negara," katanya ketika berucap dalam ceramah bertajuk 'Siapakah Anwar Ibrahim' anjuran MCA Bahagian Kelang di sini malam tadi.
Tambah Mohamad Ezam, percaturan politik tidak bertanggungjawab Anwar itu dilihatnya sendiri apabila pemimpin pembangkang itu mengarahkannya untuk 'menyerang' Dasar Ekonomi Baru (DEB) kononnya sebagai punca kepada amalan rasuah di negara ini.
Katanya, ketika itu Anwar mahu beliau menghina dasar tersebut selain membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Cina dan India terhadap DEB serta kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Dia (Anwar) mahu saya hina (DEB), barulah orang India dan Cina sokong beliau. Saya kata kalau tidak setuju dengan kerajaan, jangan hina DEB. Tapi Anwar nak dapatkan sokongan, dia mewujudkan perasaan benci kaum Cina dan India terhadap DEB dan kerajaan," jelasnya.
Kata Mohamad Ezam lagi, percaturan politik itu menurut Anwar harus dilakukan kerana Penasihat PKR itu mengakui bahawa amat sukar untuk mendapatkan sokongan orang Melayu untuk membolehkannya berkuasa.
Jelasnya, Anwar ketika itu menyatakan bahawa untuk mendapatkan sokongan Melayu sepenuhnya mungkin sukar dan paling banyak pun hanya 60 peratus akan sokong beliau, manakala 40 peratus tetap menyokong UMNO.
"Kata Anwar, kalau menaikkan kemarahan orang Cina dan India mungkin boleh mendapat 80 hingga 90 peratus sokongan kaum itu dan kalau tak dapat Putrajaya, dapatkan beberapa buah negeri," dedahnya lagi.
Mohamad Ezam menyifatkan percaturan politik Anwar itu merupakan satu strategi jahat yang akan merosakkan negara dan hubungan antara kaum kerana ia menyemai kebencian di kalangan rakyat.
Khamis, 25 November 2010
ANWAR MAKIN GELISAH
Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (kiri) tidak hadir hari ini kerana demam dan diganti oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria.
Hanafiah berkata pihaknya memerlukan masa bagi menjawap hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pagi tadi.
"Datuk Yusof tidak sihat dan kita perlu masa untuk buat persiapan,” kata Hanafiah.
Berikutan itu, Mohamad Zabidin bersetuju menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok.
Pagi tadi, makamah pagi ini mendengar permohonan peguambela utama - Karpal Singh yang mengemukakan hujah mengapa hakim, Mohamad Zabidin perlu mengundurkan dirinya kerana terdapat bahaya berat sebelah yang ketara.
Karpal berkata komen yang dibuat oleh Setiausaha Negara, Amerika Syarikat dan kehadiran pegawai kedutaan negara berkenaan yang mengikuti perbicaraan tersebut membuktikan perkara itu.
Menurutnya ini adalah kali pertama permohonan dibuat bagi memohon hakim mengundurkan diri kerana didakwa cuba mengugut seorang peguam.
Negara sedang dibicarakan
"Yang Arif, di bawah pemerhatian rapi, dan sistem perundangan negara juga sedang dibicarakan.
"Hilary Clinton menggesa supaya perbicaraan adil dijalankan. Kehadiran pegawai kedutaan asing sebagai pemerhati membuktikan perkara itu,” katanya.
Karpal (kanan) berkata jika ada kebimbangan atau bahaya akan berlaku berat sebelah, maka hakim sepatutnya menarik diri secara sukarela.
Beliau juga merujuk perbicaraan Mahkamah Persekutuan apabila bekas presiden Mahkamah Rayuan, Tun Abdul Malek Ahmad yang menegur hakim ketika itu, Tan Sri Augustine Paul.
"Dalam penghakimannya, Abdul Malek berkata Paul telah bertindak seolah-olah seperti pertahankan timbalan pendakwa raya,” katanya.
"Saya bukan cuba untuk ugut Yang Arif dengan mencadangkan keputusan perbicaraan diterbalikkan tetapi ia adalah fakta ketika perbicaraan oleh hakim itu,” katanya.
Karpal juga berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembelaan dibekalkan dengan laporan klinikal pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, dalam kes tertentu, hakim dengan rela menarik diri setelah mendapati berlakunya keadaan berat sebelah dan prejudis terhadap tertuduh.
Kod Etika Hakim
Karpal kemudiann memberikan contoh apabila bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang menarik diri secara sukarela apabila menyedari tidak dapat memberi keadilan.
Sambil merujuk kepada Kod Etika Hakim, Karpal berkata hakim tidak boleh meletakkan diri dalam situasi berat sebelah atau prejudis. Namun sekiranya mereka didapati menjurus ke arah itu maka hakim boleh dikenakan tindakan disiplin.
"Saya beri amaran sekiranya hakim tetap ingin meneruskan perbuatan bias, bersiap sedia hadapi kemungkinan," katanya.
Karpal juga mengingatkan mahkamah bahawa mengikut Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat negara ini berhak mendapat pengadilan di mahkamah terbuka.
Menurut peguam veteran itu lagi, Mohamad Zabidin (kiri) juga perlu merenung semula ugutan menghina mahkamah yang dibuatnya semalam ke atas dirinya (Karpal) yang juga memberi kesan kepada anak guamnya (Anwar).
“Justeru, adalah perlu bagi Yang Arif, tarik diri. Terdapat bahaya berlaku berat sebelah (berikutan ugutan hina mahkamah oleh hakim),” kata Karpal semasa menggulung hujahnya.
Karpal mempertikaikan bahawa Anwar tidak akan diberikan perbicaraan yang adil jika hakim itu kekal mendengar kes tersebut.
Ini merupakan kali kedua Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri. Permohonan pertama telah ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin serta oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
BEKAS KM PP MENINGGAL
Mendiang berusia 91 tahun.
Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Beliau telah dibawa balik dari hospital itu petang Rabu selepas keadaannya semakin uzur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika dihubungi oleh agensi berita nasional BERNAMA mengesahkan berita mengenai kematian Dr Lim itu.
Mendiang merupakan bekas Presiden MCA dan juga mantan Presiden Gerakan yang pertama selama 9 tahun.
Beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun mulai Mei 1969 hingga Oktober 1990.
Chong Eu yang merupakan salah seorang pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) juga pernah menjadi presiden MCA.
Beliau keluar meninggalkan MCA selepas usahanya untuk memartabatkan bahasa Mandarin dan lain-lain bahasa setaraf dengan bahasa kebangsaan ditolak oleh Kerajaan Perikatan.
Selepas membentuk Gerakan, parti itu berjaya merampas Pulau Pinang tetapi kemudiannya Gerakan menyertai Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejurus selepas pembentukannya.
Beliau berkhidmat sebagai ketua menteri negeri itu sehinggalah kekalahannya di tangan Lim Kit Siang pada pilihan raya umum 1990.
Tempatnya sebagai ketua menteri diambil alih oleh bekas setiausaha politiknya, Dr Koh Tsu Koon.
Rabu, 24 November 2010
ANWAR TERUS BUNTU:APA SAHAJA YANG DI LAKUKAN TERUS GAGAL
Dalam keputusannya, mahkamah juga menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Namun penghakiman mahkamah rayuan juga dibuat dalam bahasa Inggeris.
Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri.
Beliau bagaiamanpun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.
Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikkeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang mana beliau berkata sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.
Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000, meskipun peguam Mahathir - VK Lingam memohon RM100,000.Lingam berkata pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan sambil merujuk kepada satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan.
Anwar kelihatan agak geram dengan penghakiman hari ini.
"Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” katanya di luar mahkamah.
Peguamnya, Karpal Singh berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan.
Keputuan ini dengan sendirinya membatalkan rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta yang dikemukakan ke atas mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang hari ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.
Pada 20 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.
Anwar telah menyaman fitnah matan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang dibuatnya di satu sidang akhbar Suhakam.
HARAKAH DI BERI TEMPOH 2 MINGGU UNTUK MINTA MAAF KERANA PUTAR BELIT KENYATAAN
Katanya jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.
Muhamad Farid mendakwa akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 Nov lepas.
"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin Umno adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini malam Selasa.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Muhamad Farid menjelaskan bahawa dalam forum berkenaan beliau menyatakan betapa pentingnya untuk mencari penyelesaian berhubung masalah orang Melayu di Pulau Pinang.
"Apa yang saya nyatakan adalah penting supaya kita semua memandang ke depan dan menutup buku lama bagi mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk membantu orang Melayu di negeri ini, bukannya menunding jari kepada mana-mana pihak," katanya.
Harakah pada 15 Nov lepas melaporkan bahawa Muhamad Farid mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.
Akhbar itu turut melaporkan bahawa Muhamad Farid sebagai generasi muda dalam Umno mahu memperbaikinya sekaligus memastikan tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan tidak terancangLAGI KISAH CINTA BEKAS PERMAISURI AGONG
Syed Abdullah Alattas @Uncleseekers yang bikin gamat menerusi laman blognya nampaknya langsung tidak memperdulikan berbagai-bagai andaian dan komen yang menghentam serta mempersoalkan kewajaran dia menyiarkan kepada umum kisah peribadinya dengan bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah.
Ketika menghubunginya petang Selasa, anak kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Alattas ini tetap bersemangat mempertahankan tindakannya yang lain macam itu ‘ada makna’ yang tersendiri.
Dia bagai menaruh harapan ia sebagai usahanya untuk membantu melepaskan Cik Puan Aishah daripada ‘penderitaan zahir dan batin’ agar dapat kembali ceria dalam hidupnya sebagai manusia biasa.
“Tolong bantu dia… Cik Puan sakit dan perlukan bantuan. Pulihkan dia,’’ begitulah rayu Syed Abdullah yang sebelum ini telah menyiarkan kisah mereka dalam tujuh bahagian di laman blognya www.uncleseekers.blogspot.com mulai 2 November lalu.
Laman blog itu tiba-tiba jadi hot . Jumlah pelawat melonjak mendadak. Namun kebanyakan komen pembaca menghentamnya sakan termasuk dakwaan mengaibkan bekas Permaisuri Agong.
Apa yang agak mengejutkan banyak pihak ialah pada bahagian tujuh yang ditulisnya THE END/TAMAT…Syed Abdullah bertindak menyiarkan alamat kondo kediaman Cik Puan Aishah dan nombor telefon bapanya.
Dalam perbualan telefon dari kediamannya di Janda Baik, Syed Abdullah mengakui hubungannya dengan Cik Puan Aishah yang asalnya bermula antara perawat dengan pesakit telah bertukar menjadi ‘percintaan terhalang’
“Betullah tajuk Agendadaily ( mengenai kisah itu) yang menyebut perhubungan kami sebagai cinta terhalang kerana memang tidak direstui bapa Aishah,’’ katanya .
Namun dia pantas menjelaskan cinta itu sebenarnya ibarat ‘bertepuk sebelah tangan’’ sahaja ‘’kerana saya dah ada ‘sayang’ saya sendiri.”
Tatkala mendengar jawapan tersebut,lantas bertanya ,” dengan Gee (penyanyi Fauziah Latif) ke?”
Syed Abdullah kedengaran ketawa berdekah-dekah sambil berkata pula: “Gee dengan adik saya Hadi…. Bukan dengan saya. Sabtu ni adik saya balik (dari kembara keliling dunia). Nak jadi adik ipar kan…kenalah abangpun baik dengan Gee,’’.
Sebenarnya ramai yang terkeliru apabila dia telah menyiarkan gambar mesranya dengan Fauziah. Ramai yang menyangka penyanyi yang berstatus janda itulah ‘ sayang’ yang dimaksudkan.
Syed Abdullah berkali-kali menjelaskan dia sudah mempunyai ‘buah hatinya’ sendiri, seseorang yang amat memahami keadaan yang dilaluinya kini termasuklah hubungan dengan bekas Permaisuri Agong dan Fauziah.
Dalam tulisan terkininya, Syed Abdullah mengucapkan terima kasih kepada ‘sayangnya’ dengan berkata” Terima kasih kerana memahami Abang.I love you so much. Ada jodoh kita ijabkabul tahun hadapan dan kepada Gee pula dia mengungkapkan: “ Anda adalah sahabat karib saya. Kalau jadi adik ipar Uncle pun best gak (kalaulah)…”
Ditanya kenapa dia perlu memaparkan pelbagai hal yang bersifat agak peribadi termasuk nombor telefon bapa Cik Puan Aishah dan alamat penuh kediamannya, Syed Abdullah berkata dia mahu umum mengetahui kesengsaraan hidup yang dilalui bekas Permaisuri Agong itu.
Mengulas lanjut perhubungan mereka yang terhalang itu,Syed Abdullah menyifatkan dirinya ibarat pipit yang tidak mampu terbang tinggi seperti helang.
“Saya dah beritahu Cik Puan…saya tidak mampu memberikan apa-apa kepada dia, saya sedar siapalah saya. Tetapi beliau perlukan seseorang dalam hidupnya.
“Berilah beliau peluang. Janganlah dikurung lagi dalam kondo tu.’’ Katanya.
Menurut Syed Abdullah ahli keluarga Cik Puan Aishah tinggal di unit berasingan kondo Wangsa Maju itu.
Dia mendakwa bekas Permaisuri itu tinggal bersendirian dan berkunci dari luar.
Seperti dinyatakan dalam laman blognya, Syed Abdullah memberitahu dia akan membuat pelbagai pendedahan lain dalam bukunya bertajuk Cinta Syyhh yang akan dilancarkan bulan hadapan
ANWAR MAKIN TERDESAK
Ini merupakan kali kedua Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri. Permohonan pertama beliau telah ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin serta di Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan.
Sehubungan itu, peguamnya akan mengemukakan permohonan melucutkan Mohamad Zabidin daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.
Peguam utamanya, Karpal Singh berkata beliau membuat permohonan itu atas alasan hakim berkenan telah memberikan tafsiran berlainan peruntukan Seksyen 45 Akta Keterangan dalam keputusannya semalam.
Menurut Karpal, Mohamad Zabidin dalam menolak percubaan Anwar untuk mendapatkan nota klinikal Mohd Saiful Bukhari yang disediakan oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL), tidak memberikan pertimbangan terhadap penghujahannya mengenai keputusan Mahkamah Agung berkaitan Seksyen 45.
Hina mahkamah
Beliau berkata Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Agung dalam kes-kes sivil dan jenayah, keterangan seorang pakar mengenai tulisan tangan tidak disokong dengan data yang meyakinkan, menunjukkan proses di mana beliau membuat keputusan tidak wajar mengikut Seksyen 45.
Selain itu, Karpal juga akan memohon supaya pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng (kanan) dari Hospital Kuala Lumpur dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana cuba menyembunyikan dokumen yang penting untuk pembelaan Anwar.
Dr Siew adalah saksi ketiga pada perbicaraan Anwar, yang didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Zabidin akan mendengar kedua-dua permohonan itu pagi, esok.
Anwar melahirkan rasa kesal terhadap keputusan-keputusan Zabidin yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan dan memihak kepada pendakwaraya, walaupun ia jelas bercanggah dengan prosedur undang-undang.
"Peguam telah memberi maklum bahawa kita akan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri kerana berpuluh-puluh kes kita asyik diketepikan semua undang-undang dan hanya memihak kepada pendakwa. Beberapa kenyataan dia (Zabidin) nampak jelas tidak berlaku adil. Jadi ini akan dilakukan esok," kata Anwar.
Pada hari ini Zabidin sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan.
Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah.
Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Azlan, khususnya apabila pakar patologi Dr Siew memberi keterangan hari ini.
Hakim Mohamad Zabidin akan memutuskan esok mengenai perkara berkenaan.
Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan.
Takut kepada nota?
Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota.
Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian.
"Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.
Pada permulaan proseding, keadaan di mahkamah tegang berikutan berlakunya pertikaman lidah antara Karpal dan Mohamed Yusof setelah peguam Anwar itu meminta Dr Siew agar melihat laporan protokolnya, kerana beliau tidak ingat apa yang ditulis dalam laporan berkenaan.
Karpal: Adakah anda ingat nama pesakit yang anda tulis dalam borang protokol?
Dr Siew: Ya, namanya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Karpal: Nombor kad pengenalannya?
Dr Siew: Saya tidak ingat.
Karpal: Adakah anda mahu merujuk pada borong protokol anda?
Dr Siew: Saya mahu lihat pada laporan penuh perubatan saya. Ia satu laporan penuh.
Karpal: Anda ingatkah tarikh lahir Mohd Saiful Bukhari?
Dr Siew: Saya tidak ingat.
Karpal: Sebab itulah anda hendaklah merujuk pada borang protokol anda untuk mengingati semula.
Dr Siew: Saya mahu rujuk pada laporan perubatan penuh saya.
Pada ketika ini Mohamed Yusof membantah soalan Karpal dan memintanya untuk berhentikan permintaannya agar Dr Siew merujuk kepada borang protokol itu.
Karpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu ketika waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian.
Dakwanya, jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela.
Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan.
Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah.
Selasa, 23 November 2010
MENTERI PERTANIAN DI BELASAH OLEH AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG
Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) sebelum itu pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat meminta penjelasan mengenai kenyataan Noh yang disifatkannya seolah-olah menggalakkan tindakan kasar.
Bagaimanapun apabila Noh menyatakan akan memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Fong, tindakannya itu mengundang reaksi ahli Parlimen pembangkang yang lain dengan menjerit 'samseng'.
Namun Noh tetap meneruskan jawapannya dengan memaklumkan bahawa Ng telah melanggari undang-undang dengan mengadakan demonstrasi tanpa permit.
Noh sekali lagi 'dihujani' dengan jeritan ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee kemudiannya mencelah dan mengingatkan menteri dan ahli Parlimen bahawa isu berkenaan tiada kaitan dengan perbahasan yang sedang berlangsung.
Namun beliau tetap gagal mengawal perbalahan tersebut yang berterusan hampir 15 minit.
Fong akhirnya sekali lagi bangun dan berkata: "YB Menteri telah memalukankabinet dengan sikap samsengnya. "Dengar baik-baik Yang Berhormat Menteri, mujurlah tidak ada rombakan kabinet. Mengapa menteri kata ADUN Sekinchan 'layak' diperlakukan begitu? Mengapa menteri menggalakkan satu tindakan kasar seperti itu?"
Noh akhirnya menjelaskan bahawa beliau akan menyelesaikan isu berkenaan secara peribadi dengan Ng.
Ng yang merupakan wakil rakyat DAP mendakwa ditumbuk oleh sekumpulan 30 orang yang tidak dikenalinya di Tanjong Karang ketika beliau hendak bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.
Bagaimanapun Noh sebelum ini menafikan dakwaan Ng kononnya aksi samseng di kampung Sawah Sempadan itu dilakukan oleh ahli Umno.
JAIS BERHAK TIDAK BENARKAN NIZAR BERCERAMAH DI SELANGOR
Kerana itulah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhak untuk tidak membenarkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berceramah di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh kerana tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.
Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain berkata Jais berhak untuk tidak membenarkan sama ada ahli politik atau guru yang tidak mendapat tauliah daripada jabatan berkenaan untuk memberi ceramah.
"Bagaimanapun daripada sudut demokrasi ia jelas menunjukkan ketidakadilan kepada rakyat kerana mereka memerlukan ilmu dari semasa ke semasa. Rakyat pada masa kini sudah bijak untuk menilai apa yang baik dan buruk. Justeru, mereka (rakyat) boleh menerima atau menolak segala pengisian yang disampaikan penceramah mengikut fahaman masing-masing," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PASs Perak di sini hari ini.
Semalam JAIS meminta pentadbir masjid berkenaan membatalkan program ceramah agama yang melibatkan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak kerana tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.
Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi meminta pihak berkenaan mengubah lokasi ke tempat lain yang tidak terikat dengan syarat-syarat tauliah yang tetapkan JAIS jika mahu meneruskan program itu.
Mengenai kemelut kepimpinan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berkata PAS bersedia memberi pandangan dan nasihat kepada PKR supaya masalah itu dapat diselesaikan.
Beliau turut menyifatkan pergolakan PKR itu adalah sementara dan tidak akan berterusan sehingga mengganggu persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.PKR merupakan parti yang masih muda dan baru dalam arena politik tanah air dan sedang mengemaskini hal ehwalnya, katanya.
"Pergolakan dalam PKR itu sebenarnya hal rumah tangga mereka. PAS berharap mereka dapat selesaikan dan PAS sedia membantu PKR untuk selesaikan kemelut itu kerana kita memang ada mesyuarat untuk memberi pandangan...mereka (PKR) masih baru dan sedang memperkemaskan hal pentadbiran dan perkara teknikal," katanya.
Ditanya sekiranya bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim mahu menyertai PAS, Abu Bakar berkata PAS merupakan parti yang terbuka, namun sebarang keputusan kemasukan itu hanya diputuskan oleh pimpinan PAS Pusat. -TEGANG DI PERBICARAAN ANWAR
Semuanya gara-gara peguam utama pembela, Karpal Singh yang gagal dalam usahanya cuba mengasak saksi hari ini, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal.
"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” bidas Karpal.
Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.
"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.
Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."
Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam.
Anggota polis yang berjumlah empat hingga lima orang, termasuk seorang yang berpangkat ASP kemudiannya dikerah bagi mengawal keadaan.
Anwar keluar dari mahkamah masuk beberapa kemudian sambil memberi petunjuk kepasda polis bahawa beliau akan bertenang.
Karpal kemudian berkata pihak pembelaan akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan hakim membicarakan kes itu kerana Zabidin didakwa gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
"Kita akan failkan permohonan pagi esok.”
Tak ingat
Sebelum itu, Karpal bertanya kepada Dr Siew berhubung apa yang diisi dalam borang perubatan.
Nama pesakit - saksi menjawab, "Mohd Saiful Bin Bukhari."
No IC - Dr Siew berkata dia tidak ingat.
Tarikh lahir - sekali lagi doktor itu berkata dia tidak ingat.
Pekerjaan - “pembantu peribadi”
Status - "bujang"
Dr Siew juga berkata dia tidak ingat nombor laporan polis berkenaan.
Karpal kemudian meminta Dr Siew merujuk kepada laporan perubatan. “ Bukankah awak ingin menyegarkan semula ingatan awak berdasarkan nota itu?”
Saksi berkata dia hanya merujuk kepada maklumat dalam laporan perubatan terakhir dan bukan nota perubatan yang asal.
"Saya ada laporan yang lengkap,” katanya.
Pagi tadi, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sekali lagi menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, mahkamah tidak boleh memaksa dokumen itu dikemukakan.
Keputusan mahkamah agung
Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh yang berhujah bahawa hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.
"Ini keputusan Mahkamah Agung.”
Hakim Mohamad Zabidin berkata: "Bagaiaman jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?”
“Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu.”
"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?” soal Karpal.
Katanya, tindakan itu bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains.
Justeru, menurut Karpal, adalah tidak adil kepada pihak peguambela jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.
"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.
Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.
Katanya tugas pakar patologi HKL, Dr Siew hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan dan bukan mengenalpasti data.
NIZAR DI LARANG BERI CERAMAH AGAMA DI MASJID SELANGOR
Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, sehubungan itu pihak berkenaan diminta mengubah lokasi ke tempat lain yang tidak terikat dengan syarat-syarat tauliah ditetapkan oleh jabatan berkenaan sekiranya masih mahu meneruskan program ceramah tersebut.
''Saya telah arahkan Kadi Kuala Selangor, Hashim Muhamad yang kemudiannya telah memaklumkan kepada nazir masjid di bawah pemantauan masjid tersebut, Aziz Safri tentang keputusan JAIS itu,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, JAIS memang tidak membenarkan Mohamad Nizar memberi ceramah agama di Selangor kerana dia tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.
''Tetapi kita tidak boleh menghalang orang luar daripada memberi ceramah politik di tempat lain seperti dewan atau sebagainya," ujarnya.
Mohammed Khusrin berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pentadbir Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh yang menjemput Mohamad Nizar untuk memberi ceramah agama yang dikhuatiri akan bertukar menjadi ceramah politik di masjid tersebut malam esok.
Masjid tersebut yang dipercayai 'dikuasai' oleh sebuah parti pembangkang sebelum ini telah banyak kali menjemput penceramah daripada parti itu untuk menyampaikan kuliah dan ceramah agama atas nama kuliah maghrib, isyak atau subuh.
AMAT WAJAR SEKALI JAIS MELARANG NIZAR DARI MEMBERI CERAMAH DI MASJID...KITA SUDAH KENALI SIFAT NIZAR YANG HANYA MEMBURUKAN KERAJAAN DAN BUKANNYA MENGAJAK UMAT ISLAM BERSATU....
Isnin, 22 November 2010
ANWAR MAKIN TERHIMPIT
Lebih 600 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengadakan demonstrasi mendakwa Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali tidak telus dalam pemilihan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti.
Mereka yang tidak berpuas hati dengan tindakan kedua-dua pemimpin itu berhimpun di hadapan ibu pejabat PKR di sini mulai pukul 4.30 petang.
Salah seorang daripada mereka iaitu bekas Bendahari PKR Selangor, S. Kottapan turut menggesa Anwar dan Azmin supaya meletakkan jawatan kerana tidak mampu lagi memimpin parti.
Malah, mereka turut mengumumkan akan keluar parti sekiranya tiada sebarang tindakan dilakukan untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku di dalam parti ketika ini.
Menurut Kottapan, kesemua ahli PKR yang menyertai perhimpunan itu sudah hilang kepercayaan terhadap kewibawaan Anwar sebagai pemimpin dan mendesak agar beliau membubarkan parti.
Katanya, ramai ahli menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai kepimpinan beliau dan menyifatkan pemilihan parti sebagai proses yang tidak telus namun luahan hati mereka langsung tidak dipedulikan.
"Kita sudah hantar surat bantahan berkali-kali meminta agar proses pemilihan pimpinan parti dibatalkan dan dijalankan dengan telus serta saksama, bagaimanapun tiada langsung reaksi positif dari mereka.
"Dia (Anwar) sepatutnya bertindak bijak menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku dalam parti namun sebaliknya, hanya berdiam diri," katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan selama hampir dua jam itu.
Turut menyertai demonstrasi itu ialah bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P.S Jenapala.
Sepanjang perhimpunan itu, kelihatan beberapa kain rentang bertulis Urus 400,000 ahli dahulu sebelum urus 26 juta rakyat Malaysia, Selesaikan dulu kes liwat sebelum bicara soal ketelusan pemilihan parti serta Keadilan yang tidak adil dibawa oleh ahli yang rata-rata datang dari seluruh Selangor.
Selain itu, terdapat juga kain rentang yang bertulis, Anwar dan Azmin pemimpin yang paling kotor, cakap tak serupa bikin, pilihan parti yang paling kotor, penipu pembohong dan pengkhianat.
Tambah Kottapan, Anwar sekadar menjaga kepentingan kroninya semata-mata sehingga lupa untuk melihat kebajikan ahli yang lain.
"Jika betul Anwar seorang pemimpin yang adil, dia sepatutnya mengambil tindakan terhadap Azmin berhubung penyelewengan yang berlaku.
"Sudah jelas wujud penipuan dalam proses pengundian tetapi mengapa perlu pemilihan pimpinan itu diteruskan," katanya.
Beliau juga menyifatkan pengerusi PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai boneka yang hanya akan terus membisu dan terus membisu.
Jenapala ketika ditemui pula berkata, semua pemimpin dalam PKR hanya mementingkan diri sendiri dan menganggap ahli sebagai alat untuk pancing undi.
"Masing-masing mengejar nama dan jawatan tetapi tidak seorang pun yang turun padang untuk melihat dan membela nasib rakyat.
"Rakyat dibiarkan begitu sahaja tanpa diberi bantuan malah kebajikan mereka tidak langsung diberi perhatian," katanya lagi.
Beliau juga mengulangi pendiriannya untuk mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya diminta berhubung penipuan dalam pemilihan MPP yang sedang berlangsung ketika ini.
Menurutnya, pemilihan itu seolah-olah sudah dirancang kerana daripada 60 ahli yang hadir untuk memilih ahli MPP, tetapi dikatakan 100 pungutan undi sudah diperolehi.
Sabtu, 20 November 2010
SELEPAS PERMAISURI ,FAUZIAH LATIF PULA...MANA SATU???
Syed Abdullah Alattas membuka satu lembaran baru dalam kisahnya dengan bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah bila menyiarkan gambar dia bermesra dengan penyanyi Fauziah Latif yang disebutnya sebagai 'sayang'.
Ini adalah update terbarunya selepas sebelum ini menceritakan dia sudahpun mempunyai seorang wanita yang disayanginya. Menurutnya wanita itu pernah hadir semasa dia beri kaunseling pada Cik Puan Aishah. Syed Abdullah menulis dia berharap akan berkahwin dengan wanita yang disebutnya sebagai ' sayang' itu.
Jika mengikut gambar terbaru yang disiarkan di laman blognya di bahagian 7 itu nampak jelas dia hendak memberitahu wanita berkenaan ialah Fauziah Latif, bekas isteri Johan Indot.
Fauziah sudah lama menjanda.
TETAP TUNAI JANJI
Tengku Razaleigh berkata kaum itu yang setia dengan perjuangan Umno telah memberikan sokongan padu bagi membolehkan BN menebus semula maruah selepas kekalahan kerusi DUN Galas pada pilihan raya umum lalu.
"Saya fikir sekiranya tidak kerana sokongan padu daripada kaum itu sudah tentu kita daripada BN amat sukar memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.
"Oleh itu, saya tidak akan mungkir janji semasa pilihan raya kecil lepas dan tetap melaksanakan apa yang saya kata (pada kempen pilihan raya itu)," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Aidiladha sempena meraikan kemenangan B Nbagi kerusi DUN Galas pilihan raya kecil di Bukit Chekati, di sini, malam tadi.
Hadir sama pada majlis itu anakanda Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra; ADUN Galas Abdul Aziz Yusoff; ADUN Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan ADUN Nenggiri Md Yusoff Ab Ghani serta wakil-wakil kaum Orang Asli dan pemimpin parti komponen BN. Tengku Razaleigh berkata beliau bersedia berbincang dengan ketua-ketua kaum Orang Asli mengenai perkara yang dijanjikan dalam masa terdekat ini kerana ia penting bagi kemajuan masa depan mereka.
Ia turut membabitkan hal berkaitan dengan kerajaan negeri terutama mengenai tanah kerana kaum itu wajar diberi keutamaan dalam penyelesaian berkenaan, katanya.
"Kita begitu kagum dengan sokongan 90 peratus Orang Asli pada pilihan raya kecil berkenaan di samping kaum lain terutama Melayu, Cina dan India juga. Saya menghormati segala usaha hingga mencapai kemenangan," kata Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang.Katanya BN Gua Musang kini perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
"Langkah itu bukan bertujuan untuk kita membanggakan diri atau riak diatas kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil berkenaan (Galas), sebaliknya untuk faedah rakyat di Gua Musang juga," katanya.
Pada pilihan raya kecil Galas, Abdul Aziz menang dengan majoriti 1,190 undi setelah mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperoleh 4,134 undi.Tengku Razaleigh merupakan pengarah pilihan raya kecil BN/Umno pada pilihan raya kecil berkenaanJumaat, 19 November 2010
BAGAIMANA KISAH CINTA BEKAS PERMAISURI BERMULA
Syed Abdullah Alattas atau lebih dikenali sebagai Uncleseekers menyiarkan bahagian 7 kisahnya dengan bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah di laman blognya Khamis.Kali ini dia menulis dalam bahasa Inggeris.Ia mengisahkan bagaimana hubungan mereka bermula.
Katanya ia bermula apabila ibu bapa Cik Puan Aishah membawa bekas Permaisuri itu menemuinya untuk mendapatkan bantuannya bagi menyembuhkan masalah kesihatan dan psychiatric (masalah berkaitan mental).
Menurutnya lama kelamaan setelah proses kaunseling secara bersemuka dan menerusi telefon dia mendapati Cik Puan Aishah ada menyimpan perasaan padanya.
Kata Syed Abdullah dia sendiri terkejut kerana selama ini sudahpun mempunyai seorang wanita yang disayanginya. Dia menceritakan bahawa wanita itu pernah hadir semasa dia beri kaunseling pada Cik Puan Aishah.
Pada bahagian ini juga dia menyiarkan gambar Cik Puan Aishah bersama keluarganya semasa peringkat awal.
ANWAR MAKIN TERSEPIT DAN DI SEPIT
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang isu yang dibangkitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diketahui semua hanya berkepentingan peribadi dan sempit serta tidak mampu mengatasi pengiktirafan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard kepada kewibawaan dan kemajuan negara.
"Anwar kini bukan sahaja tersepit malah cuba mengalihkan perhatian semua pihak terhadap masalah dalaman melanda partinya.
"Itulah modus operandinya, masalah 'rumahtangga' sendiri belum selesai, sibuk pula nak cari perhatian para pemimpin negara asing.
"Tengoklah di Australia, Parlimennya sendiri pun hanya diputuskan oleh satu dua Ahli Parlimen, jadi kenapa Anwar ke Australia apabila Parlimennya sendiri terbahagi dua. Kalau itu bukan gambaran orang yang terdesak, saya tak tahulah apa nak kata," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Duta Amerika Syarikat berkaitan Pemerdagangan Manusia, Luis CdeBaca di pejabat beliau di sini hari ini.
Hishammuddin mengulas tindakan terbaru Anwar memburukkan imej Malaysia dengan kali ini memperlekehkan pula inkues bagi mencari punca kematian Teoh Beng Hock di pentas antarabangsa.
Ketua Pembangkang yang sedang berdepan pertuduhan liwat itu mendakwa, kematian bekas setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor tersebut adalah 'kes pembunuhan yang tidak terjawab' biar pun ia sedang dibicarakan di Mahkamah Koroner.
Tidak cukup dengan itu, Anwar seperti dipetik daripada akhbar Sydney Morning Post juga menyifatkan kematian mendiang sebagai kekejaman yang dipercayai ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun tiada sebarang bukti kematian mangsa berpunca daripada pihak ketiga.
Khamis, 18 November 2010
LAGI KISAH BEKAS PERMAISURI AGONG
Satu negara gempar apabila foto-foto intim membabitkan bekas Permaisuri Agung, Cik Puan Besar Siti Aishah Abdul Rahman tersebar di laman blog milik bekas penerbit rancangan Seekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas.
Di dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com itu, Syed Abdullah atau lebih popular dengan panggilan Uncle Seekers memaparkan gambar-gambar yang didakwa bukti kemesraan 'percintaan' di antara mereka.
Ketika dihubungi mStar Online, Syed Abdullah menegaskan, pendedahan sebanyak enam bahagian itu tidak akan terhenti di situ.
"Kisah itu tidak akan terhenti disitu. Ada banyak lagi yang ingin saya kongsi bersama masyarakat," katanya di sini, Selasa.
Syed Abdullah merupakan ketua kumpulan Seekers yang sebelum ini popular sebagai pengkaji fenomena aneh dan paranormal.
Pada 20 Oktober 2006, dia pernah direman selama tiga hari selepas diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk membantu siasatan setelah dikatakan menyamar sebagai anggota polis.
Majistret Manira Mohd. Nor mengeluarkan perintah terhadap Syed Abdullah, 46, yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers supaya ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, ditanya tujuan sebenar dia menghebahkan hubungan 'cintanya' bersama Siti Aishah, Syed Abdullah memberitahu, tujuan sebenar dia berbuat demikian adalah untuk menyedarkan pihak tertentu bahawa bekas permaisuri itu perlukan kebebasan dan tidak perlu dikongkong.
"Berikan dia (Aishah) kebebasan dan jangan halang dia untuk berkahwin dengan lelaki yang disukainya," katanya.
Tidak gentar dengan segala ugutan yang diterima, diaberkata, apa yang dilakukannya adalah berdasarkan bukti kukuh.
Katanya, walaupun pernah diugut oleh pihak tertentu, dia tekad untuk mendedahkan mengenai perkara itu untuk pengetahuan umum.
"Buat apa saya perlu takut. Saya berkata benar," ujarnya.
Syed Abdullah juga bersedia sekiranya dia dipanggil oleh pihak berkuasa bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai pendedahan beraninya itu.
Dalam pada itu dia mendakwa tidak pernah cintakan Siti Aishah namun tidak menafikan pernah bercinta dengannya.
Malah dia mengelarkan percintaan itu lebih kepada cinta amanah daripada Siti Aishah dan tidak menafikan percintaan mereka hanya berlangsung selama dua bulan bermula Mei lalu seperti yang didakwa di dalam blognya.
"Bagaimanapun, cinta antara saya bukanlah cinta dalam erti kata sebenar. Atas dasar itu juga saya menggelarnya 'cinta syyhh'," jelasnya.
Sementara itu, Syed Abdullah juga mengakui sebelum pendedahan itu dibuat, hubungan 'cinta' mereka hanya diketahui oleh ibu kepada Aishah, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan ahli kumpulan Seekers.
Bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka, dia memberitahu mengenali Siiti Aishah pada Januari lalu apabila bekas permaisuri itu dan keluarganya mengunjungi rumah keluarganya di Janda Baik, Pahang.
Bagaimanapun, dia memberitahu dia dan Aishah tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak Julai lalu.
Selasa, 16 November 2010
KISAH CINTA BEKAS PERMAISURI AGONG
Ini berikutan tersiarnya gambar-gambarnya dalam laman blog uncleseekers.blogspot.com
Ia jelas ada kaitan dengan kisah cinta terhalang antara mereka berdua.
Syed Abdullah terkenal menerusi rancangan televsiyen Seekers, mengenai pencarian hantu dan sebagainya.
Cik Puan Aishah ialah Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan bekas Yang Dipertuan Agong ke 11.
Syed Abdullah meluahkan mengenai ‘halangan‘ dari pihak bapa kepada bekas Permaisuri berkenaan dalam enam siri kisah mereka yang disiarkannya dalam laman blognya setakat ini.
Selain gambar mereka berdua, dia juga menyiarkan gambar skrin telefon bimbit yang tertera SMS antara mereka berdua.
Sejak disiarkan laman blog itu telah dilayari oleh lebih 100,000 orang setakat ini.
Sementara itu bapanya, Syed Hussein ketika dihubungi Agendadaily petang Isnin mengesahkan anaknya itu sedang bercinta dengan Cik Puan Aishah.
Katanya bekas Permaisuri itu ada datang ke rumahnya di Janda Baik beberapa kali.
Menurutnya bekas Permaisuri itu juga ada memberitahunya ingin berkahwin dengan anaknya.
Ditanya pula bagaimana situasi terbaharu hubungan mereka ,Syed Hussein kata dia tidak tahu.
“Saya terlalu sibuk dengan banyak hal lain dan tak tahu perkembangan terbaru mengenai mereka,” katanya.
Apapun katanya dia memberi restu jika mereka hendak berkahwin.
Syed Hussein berkata Syed Abdullah berkenalan dengan bekas Permaisuri itu sejak dua tahun lalu.
Syed Abdullah adalah duda setelah bercerai dengan isterinya tidak lama dulu.
Ada gambar dalam blognya tunjuk Cik Puan Aishah melawat anak Syed Abdullah di hospital. Hadir sama ialah bekas isterinya.
Ditanya di mana anaknya sekarang, Syed Hussein kata Syed Abdullah tidak mahu angkat telefon setelah timbul kehangatan ekoran penyiaran kisahnya dengan bekas Permaisuri itu di laman blognya.
Sementara itu dalam komen pembaca di laman blog berkenaan timbul polimek pro dan kontra Syed Abdullah menyiarkan kisahnya dengan Cik Puan Aishah.
Ada yang menghentamnya kerana bimbang ia akan menjejaskan imej bekas Permaisuri itu dan institusi diraja.
Syed Abdullah bagaimana pun mempertahankan penyiarannya ‘kerana kebenaran’.
Katanya dia sedia menghadapi risiko apa sekalipun atas tindakannya itu yakni Syed Abdullah Al Attas, 48, anak lelaki kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al Attas.
PAS SEDIA TERIMA ZAID
"Dia (Zaid) sudah dewasa kalau dia nak masuk mana-mana parti...dulupun kita tawarkan dia masuk PAS, dia menolak namun terpulanglah kepada dia mana-mana parti dia nak masuk," katanya selepas ditemuramah Bernama menerusi rancangan Hello Malaysia di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur.
Zaid yang juga bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, hari ini secara rasmi melahirkan hasratnya untuk berundur dari parti itu.
"Memang benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan borang rasmi lagi,” tulis Zaid di blognya petang ini.
Katanya, “semuanya akan dijelaskan” apabila beliau mengeluarkan kenyataannya pada Jumaat ini.
"BN nampak gembira dengan kejayaan ini, namun yang lebih penting cara BN menyusun strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang, itu yang lebih kita (PAS) bimbangkan," katanya.
Pada pilihan raya kecil itu, calon Pas Dr Zulkefli Mohamad tewas kepada calon BN, Abdul Aziz Yusoff dengan majoriti 1,190 undi.
SENJATA SULIT ANWAR AKHIRNYA MAKAN TUAN
Ini kerana Raja Petra Kamaruddin yang selama ini menjadi 'senjata sulit' beliau, mula melepaskan 'peluru' ke arah Anwar sendiri apabila mendakwa, ketua pembangkang itu juga merupakan pengacau dan 'kuda trojan' dalam UMNO suatu ketika dahulu.
Raja Petra yang kini melarikan diri ke London berkata, jika Anwar boleh mengingatkan ahli PKR supaya berhati-hati dengan 'kuda trojan' yang dipercayai dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim, beliau juga layak dilabelkan dengan gelaran yang sama.
"Jika kesetiaan Zaid dipersoal kerana mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sehingga digelar pengacau, 'kuda trojan' serta dilabel cuba memecahbelahkan parti, bagai manapula dengan tindakan Anwar sewaktu dalam UMNO dahulu?
"Anwar mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandang (Datuk) Suhaimi Kamaruddin pada 1982, iaitu tahun pertama menyertai UMNO. Ketika itu kesetiaannya juga belum terbukti dan boleh dianggap sebagai 'kuda trojan'," katanya.
Beliau berkata demikian dalam artikelnya di Malaysia Today mengulas tuduhan dilemparkan Anwar terhadap Zaid selepas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan bertanding Timbalan Presiden.
Bagaimanapun, Selasa lalu Zaid telah mengumumkan penarikan diri daripada bertanding dan melepas semua jawatannya dalam parti malah dijangka bertindak keluar parti pada Jumaat ini.
Katanya, Anwar perlu jujur dan bukannya bersikap mementingkan diri apabila menghalalkan segala pendekatan jika ia berkait dengan dirinya tetapi mengharamkan pendekatan yang sama jika boleh memberi keuntungan kepada orang lain.
Dalam pada itu, Raja Petra menyelar tuduhan Anwar kononnya Zaid menggunakan pihak luar untuk berkempen bagi dirinya sedangkan semasa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu, beliau juga menggunakan pendekatan sama.
"Kami berkempen untuk Anwar tiga kali berturut-turut sehingga beiau berjaya mengalahkan Suhaimi walaupun kami bukan ahli UMNO. Ini kerana jika mengharapkan ahli UMNO, Anwar akan ditendang keluar.
"Pada masa itu, Anwar masih terlalu baru dalam UMNO. Dia dianggap sebagai pengacau, 'kuda trojan' dan bakal memecahbelahkan parti, sama seperti apa yang beliau label terhadap Zaid hari iniIsnin, 15 November 2010
ZAID KELUAR PKR
"Saya tahu ramai yang menghitung hari saya dalam parti kerana ada pemimpin yang sengaja membuat serangan peribadi terhadap saya.
"Saya keluar parti kerana ingin memisahkan diri saya daripada penipu-penipu ini. Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menyebarkan fitnah tanpa rasa bersalah dengan syarat matlamat mereka tercapai," katanya kepada The Star.
Zaid yang menyertai PKR pada Jun 2009 selepas dipecat daripada Umno berkata, beliau ingin berehat seketika untuk ‘melepaskan diri daripada semua perhatian’.
"Saya tidak pernah marah kepada parti, saya cuma benci dengan pemimpin-pemimpin yang gila kuasa dalam parti," katanya.
Bekas menteri Kabinet itu menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presdein PKR minggu lalu, kerana mendakwa, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dalam pemilihan PKR dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
Lebih mengejutkan apabila beliau turut menasihatkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti kerana PKR tidak dapat melaksanakan agenda pembaharuannya selagi Anwar mengutamakan calon timbalan presiden, Azmin Ali untuk berkuasa dalam parti.
Zaid berkata beliau telah dikritik hanya kerana dia meminta satu pilihan raya parti yang bersih dan bebas.
Katanya sejak dari awal proses pengundian apabila beliau mendahului dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti dia telah menggesa pemimpin-pemimpin parti supaya melihat secara serius masalah ketaksekataan dalam proses pengundian.
"Bagaimana mereka secara terang-terangan boleh berbohong dengan mendakwa saya hanya membuat bunyi bising selepas lawan saya (Azmin) mendahului pada hari ketiga pengundian" soal beliau.
"Mereka gelar saya seorang pengacau. Mereka kata saya kuda Trojan yang akan memusnahkan parti. Mereka juga tuduh saya ejen Umno yang cuba memusnahkan parti dari dalam.
"Saya tidak boleh terima semua penipuan ini. Mereka (pemimpin PKR) tidak boleh menerima kritikan. Mereka menyerang orang yang bercakap benar daripada meneliti aduan-aduan yang diterima,” tambahnya.
Menurut pemerhati politik, Zaid akan keluar daripada PKR dan menubuhkan partinya sendiri.
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Timbalan Perdana Menteri
NEGARAWAN TERULUNG
CHATROLL KAMALFARSYA
Jumlah Paparan Halaman
BLOG SARAWAK
-
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan - Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung k...Setahun yang lalu
-
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex - * Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex * Pasar forex dengan volume transaksinya yg sangat besar (mencapai triliunan dollar per hari) terdiri d...Setahun yang lalu
-
Jambatan untuk rakyat Sarawak.. - Projek jambatan yang dibina merentasi sungai-sungai di Sarawak merupakan suatu projek yang menjadi kemestian bagi pihak kerajaan Barisan Nasional kerana ...8 tahun yang lalu
-
About Discount Keyless Replacement ID 13 Transponder Key Compatible with GM Vehicles B97-PT - Price Versus Quality: Looking beyond the price of Discount Keyless Replacement ID 13 Transponder Key Compatible with GM Vehicles B97-PT Before we talk abou...8 tahun yang lalu
-
Pas lah, bukan DAP atau PKR yg teraju PR. - FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan adalah Pa...9 tahun yang lalu
-
-
Latest Trends in Fashion and Jewelry - The fashion industry is filled up with glitter and glamor. And one has to be fully updated to sync with this glamorous industry. You should be aware of a...10 tahun yang lalu
-
Isu Air: Mahkamah Rayuan Batal Saman 711 Pengguna Terhadap K'jaan Selangor - Mahkamah Rayuan membatalkan saman 711 pengguna terhadap kerajaan negeri Selangor dan dua lagi berhubung isu air percuma. Panel tiga hakim diketuai Datuk ...10 tahun yang lalu
-
PRK K BESUT: [vIDEO] Manifesto CALON PAS CHE LONG - Pasti tergelak apabila menonton manifesto PAS di PRK Kuala Besut ini. Jangan salahkan calon kerana PAS Terengganu memilih calon SPM Gred 3 untuk mewakili...10 tahun yang lalu
-
300 ORANG DIGUNAKAN OLEH NGO UNTUK BERDEMO HALANG EMPANGAN!!! - [image: lead1] KUCHING: Kira-kira 300 orang yang menentang pembinaan empangan di Sarawak mengadakan demonstrasi aman di pekarangan Pusat Konvensyen Bor...10 tahun yang lalu
-
Alert...Anwar seru rakyat untuk buat demo - Email ni aku dapat tadi,sila baca dan buktikan kesahihan nya PRESS STATEMENT FOR RELEASE6 MAY 2013The recently concluded 13th General Election was marred w...10 tahun yang lalu
-
Conflicting Message! - Taib's Statement in Sarawak Tribune on 10 March 2012 "* CM: New Party is bad idea". * and Borneo Post *" The more the merrier", seem to be contradict to e...11 tahun yang lalu
-
Decision to kick out Sng a right one, says PRS chief - Meeting time: Masing (right) and Housing and Urban Development Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg arriving at the State Legislative Assembly build...12 tahun yang lalu
-
-
Zulhaidah Suboh Makin Terdesak - Kesian Zulhaidah Suboh! Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran! Tinggalkan Bekenu kerana Lambir tapi tak tercapai hasrat nak jadi Yang Berhorm...12 tahun yang lalu
-
-
Alasan "pengundi hantu" dah tak laku lagi, pembangkang carilah alasan lain..!!! - Pihak pembangkang sering menyalak mengenai "pengundi hantu" atau "phantom voters" pada setiap pilihanraya, kecuali jika mereka menang di DUN atau Parlime...12 tahun yang lalu
-
Sah!! Anwar dimalukan oleh Tuai Rumah di Kapit - * Pada malam 14/4/2011 Tr Edison Bugap sedang berucap dan membuat pengakuan yang beliau menyolal Anwar Ibrahim pasal kes Liwat dan kes Jam Omega* Pada ...12 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
BLOG PEMBANGKANG
-
Dua pekerja restoran India curi beg pelancong Malaysia - BernamaNEW DELHI – Dua pekerja restoran di Selatan India didapati mencuri beg mengandungi wang tunai dan pasport milik satu keluarga pelancong dari Malaysi...Sejam yang lalu
-
DOK TUNGGU LAMA DAAAAH ! - *ISU KALIMAH ALLAH DI STOKING AGONG MAHU TINDAKAN SEKERAS-KERASNYA* *TAKBIIIR !* *Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar* * PEMANGKU SULTAN...7 jam yang lalu
-
Imam, Bilal Dan Tok Siak Di Pahang Bakal Terima Sumbangan Aidilfitri Daripada Kerajaan Negeri - *KUANTAN:* Sebanyak RM788,000 diperuntuk bagi golongan pengimarah masjid seperti imam, bilal, tok siak di Pahang sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. Exco...5 hari yang lalu
-
Parlimen jadi sarkas bila Speaker parang tumpol - *ULASAN* *Johari Abdul*SEMASA merasmi pembukaan sidang Parlimen penggal ke tiga parlimen ke-15 Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan I...Seminggu yang lalu
-
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan - Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik yang and...4 bulan yang lalu
-
SUKA MUHONG - *PASANG CCTV MURAH * *IKLAN TEKS RM10 SEBULAN DI SINI* *IKLAN TEKS RM10 SEBULAN DI SINI* *IKLAN TEKS MURAH DI SINI* *Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan...8 bulan yang lalu
-
Mostbet-az90 - Mostbet-az90 geniş çeşidli bazarlara və rəqabətli əmsallara malik onlayn idman mərc platformasıdır. Mostbet-az90 saytı müştərilər üçün canlı hadisələr, o...Setahun yang lalu
-
KEMeNANGAN YANG DINANTI DI PADANG SERAI DAN TIOMAN - Cuaca kelihatan agak baik dan ini merupakan faktor penting mendorong peratusan undi yang lebih besar. Saya jangkakan kemenangan lebih besar dan bergaya aka...Setahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara - Tajuk: Penulis Lirik Layak Jadi Sasterawan Negara Oleh Ronasina Berakhirnya Anugerah Juara Lagu 36 anjuran TV3 kelmarin menunjukkan betapa industri la...Setahun yang lalu
-
PRU KE 15-AMANAH DAP PRO TUN Apakah PKR Bersendirian...? - OLEH : JAMALUDIN MD.ISA Penulis Bebas Add caption KESEMUANYA partai politik situasi dalam kemelut.MN-PN amat bercelaru. Masing masing lantainya tid...3 tahun yang lalu
-
Harga YAHUDI, Harga MUJAHID - Sebelum ini, kalau barang mahal kita cakap harga YAHUDI. Sekarang ni kalau barang murah, kita boleh cakap harga MUJAHID. Gila ke apa jual tanah satu hekt...3 tahun yang lalu
-
Cara Top Up Paket Nusantara HD Online - Paket Transvision Nusantara HD - Kini pembelian paket tv vouher seperti Nusantara HD dapat dilakukan secara online, cara ini sangat cocok untuk Anda yang m...3 tahun yang lalu
-
-
jangan buat hati mak bapak cuak..! - Geram..? Gelisah..? Galau..? Cuak..? Bimbang..? mana satu perasaan kita sekarang..bila situasi ini berleluasa tanpa pantauan..? mengapa kita masih ambil ...5 tahun yang lalu
-
HIPPOKRASI PENJAWAT AWAM DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN - Ramai penjawat awam masih terbawa-bawa dengan budaya pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang terdahulu. Budaya kerja, bodek dan politiking lobi jawatan yang suda...5 tahun yang lalu
-
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...6 tahun yang lalu
-
RUMAHKU SYURGAKU - Bicara Santai Selain Politik. 01 25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017 *RUMAHKU SYURGAKU* Oleh : Pendekar Sakti 1. Sebahagian masalah hidup ialah serabut ata...6 tahun yang lalu
-
Video Terbaik !!! Himpunan Fastaqim H60K - Himpunan Fastaqim H60K yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu pada 17/10/2015.Kehadiran melebihi jangkaan 60K...8 tahun yang lalu
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH! - *Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief, Baitula-Maqdis* *AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!** *Al-Aqsa* *Bumi para anbiya* *Kelahiran...8 tahun yang lalu
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP - Yang kuat lawan DAP lorni kan Pas... Bagi kat PAS sikit buat modal lawan DAP.8 tahun yang lalu
-
Inexpensive Bedroom Makeover Ideas - I accept a baby bedchamber and charge to makeover it by abacus accessories, lamp, rug, blind and wanna adumbrate those annoyed affairs of cable. I aswell d...8 tahun yang lalu
-
Kenapa Hj Hadi Harus Berundur? - Tentu ramai ahli PAS tak bersetuju dgn penulis bila tajuknya "BERUNDUR" namun itulah yang tepat bagi merungkai kemelut yang berlaku dalam PAS. Bukan seka...9 tahun yang lalu
-
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung - Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan P...9 tahun yang lalu
-
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap - *Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa, PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!* *JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...10 tahun yang lalu
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...10 tahun yang lalu
-
Entri Kosong Selepas Setahun... - Salam buat semua, Seingat aku dah lebih setahun aku menyepi daripada arena blog ni..Tetiba rasa rindu pulak kat blog ni.. Sebab tu tangan duk gatai gak m...11 tahun yang lalu
-
-
-
-
Pasca Bersih : Mat Zal cerita detik disepak terajang polis - KEGANASAN polis terhadap beliau dapat disaksikan pada banyak gambar dan video BERSIH 2.0. Muhamad Zal Ismail, 38 tahun yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS...12 tahun yang lalu
-
Headerp solutions pvt ltd different services - Headerp solutions pvt ltd as an outsourcing and consulting company in Chennai provide different services and acts as a best outsourcing and consulting comp...12 tahun yang lalu
-
SOKONG CHEGUBARD TOLAK SEMUA JAWATAN LANTIKAN..TAPI APA MAKSUD SUA 'BERTINDAK BUKAN-BUKAN'? - Kenyataan Media13 Disember 2010RESPON KENYATAAN SETIAUSAHA AGONG YANG TERSIAR DALAM THE MALAYSIAN INSIDERMerujuk kepada kenyataan Setiausaha Agong KEADILAN...13 tahun yang lalu
-
SETIAP KESUSAHAN ADA KESENANGANNYA - Salam.... setiap kesusahan ada kesenangan... ana yakin.... dalam surah al-Insyirah... jadi.. apa yang perlu ana buat dan praktikkan... hanya sabar dan usah...13 tahun yang lalu
-
POLITIK : JUMAAT 28 OGOS 2009 - ‘Wajarkah saya dipecat’ DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya kini lebih terukjika dibandingkan dengan keadaan sewaktu beliau melepaskan semu...14 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Catatan Popular
-
Bukan Sahaja Pemimpin Baik Dari Kerajaan Mahupun Dari Pembangkang Malah Rakyat Biasa Yang Tidak faham Undang2 Pun Jadi Terkejut Beruk De...
-
Kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa memang ada lojiknya. Namun kalangan pimpinan PAS yang terlalu mengidam sangat he...
-
Anwar menolak cabaran Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya bersama-sama menjalani ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohon...
-
http://www.azmykelanajaya.com/2016/06/bn-menang-di-sg-besar-dan-kuala-kangsar.html?m=0
-
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menyokong penuh gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar jawatan Timba...
-
Apakah Ustaz Nasaruddin Sudah dekat hatinya Kepada Perjuangan Umno.Sejak Kebelakangan ini Beliau Sering Menerima Undangan Kepimpinan Umno...
SABDA HADIS
Huraian
1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.