kamalfarsya

BERMULA 01/02/2009

Halaman

▼

Khamis, 24 Mac 2011

1 JUTA 1 ORANG.....WOOOOOOWWWW


Tan Sri Rahim Thamby Chik mendakwa Ahli Parlimen PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang dipertontonkan video seks spontan telah mengakui lelaki dalam video berkenaan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mempertikaikan Johari yang sudah ‘pusing cakap’ dakwa ‘Datuk Trio’ hendak menyogoknya wang agar lompat parti dan kata orang dalam video itu bukan Anwar.

Video itu telah dipertontonkan kepada Johari di Hotel Flamingo pada 21 Mac lalu.Turut hadir waktu itu Datuk Shazrly Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Johari membuat dakwaan berkenaan dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR tiga jam sebelum sidang akhbar ‘Datuk Trio’ di Hotel Impiana KLCC.

Kata Rahim selepas balik dari menonton video itu ,Johari telah menelefon meminta wang ‘pelincir’ dan berjanji nak bawa enam atau tujuh Ahli Parlimen PKR.

“Mereka hendaklah dibagi setiap kepala.Bila saya dengar itu saya kata stop perkara ini.Kita bukan soal nak beri wang kita nak menegakan kebenaran.

“Semalam bila Ahli Parlimen ini nak bawa tujuh orang kita buat keputusan tolak.Kita tidak berminat soal-soal kewangan ini... sedangkan misi kita sebenar ialah melihat kebenaran dapat ditegakan untuk rakyat Malaysia.”katanya.

Menjawab soalan kemudian,Rahim mendakwa Johari minta RM100,000 sebagai pendahuluan dan kemudiannya RM1juta setiap seorang.

Shazrly juga memberitahu hal yang sama

kamal di 3/24/2011 10:10:00 PG
Kongsi

1 ulasan:

  1. tambicik hj.kecutKhamis, 24 Mac, 2011

    Dalam statement yg lain,Johari kata bahawa kemudian dia datang ke hotel untuk menemui Rahim,tapi Rahim tak ada.

    Soalan: APA TUJUAN JOHARI DATANG MENEMUI RAHIM?

    untuk belanja Rahim kah?...untuk ajak Rahim masuk PKR kah?....untuk melawat melaka kah?
    atau apa apa kah...kah kah kah kah.

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
Tambah ulasan
Muatkan lagi...

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

‹
›
Laman utama
Papar versi web

Mengenai Saya

Foto saya
kamal
Lihat profil lengkap saya
Dikuasakan oleh Blogger.