Halaman

Jumaat, 4 Mac 2011

BOB LOKMAN MASUK PAS KERANA TEMPATNYA DI SYURGA SUDAH TERJAMIN???

Nampak gaya Bob Lokman adalah segelintir manusia yang sudah terpengaruh dengan fatwa Nik Aziz yang mengatakan siapa yang sokong dan masuk Pas akan terjamin syurga bila kita mati nanti.Mungkin Bob ingin mencari jalan mudah untuk ke syurga kerana hanya dengan menyertai Pas segala impiannya akan tercapai.Inilah kedengkelan fikiran manusia kalau sudah taksub pada seorang Ulama yang begitu mudah menuduh orang lain tidak Islam.

TAK ada angin tak ada ribut, pelawak terkenal Bob Lokman akhirnya menyertai parti pembangkang. Borang keahlian sudahpun diserah kepada Menteri Besar Kedah baru-baru ini.Saya tak mahu komen soal parti politik kanan mahupun kiri. Sebab dunia hiburan ni pun banyak sangat politiknya, kalah parti politik sebenarnya.Yang paling saya terkesan apabila Bob kata dia mahu memilih watak yang tak mendatangkan dosa bila dia dah mati nanti.Apakah hanya dengan menyertai Pas maka kita terselamat dari segala dosa dan terjamin tempat di syurga??Apakah selama ini sebelum menyertai Pas Bob Lokman merasakan dirinya tersalut segala dosa????

Selain itu Bob juga berkata tujuan utama dia masuk parti pembangkang sebab anaknya mempunyai masalah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan dan pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.Sebab bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana Bob juga baru sedar tanggungjawab pada anak-anak.Apa yang berlaku semuanya daripada Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya mahu selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka," kata Bob lagi.

Entahlah Bob, tetapi setahu saya masuk parti mana sekalipun, tak semestinya dijamin ke syurga.Mungkin saya rasakan yang Bob telah di jamin tempatnya di syurga bila dia menyertai Pas.Mungkin itulah agaknya Bob Masuk Pas.Tak juga sekiranya kalau kita asyik duduk bergaduh, caci-mencaci, kutuk-mengutuk, susah juga nak dapat pahala, betul tak? Harap Bob tak macam itu dan dia bertemu dengan apa yang dicarinya.

1 ulasan:

  1. syurga utk org Islam...











    -------------------------------------------------------------
    Penjenamaan Semula dan Meremajakan Parti -Katakan celaka pada Anjing-anjing tua gila Utusan Malaysia..

    http://blog1malaysia.blogspot.com/

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA