Halaman

Rabu, 30 Mac 2011

VIDEO SEX ANWAR:MAKIN RAMAI SUDAH TIDAK PERCAYA DENGAN ANWAR.

Lebih 200 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman, mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan video seks didakwa membabitkan beliau.

Dalam perhimpunan kira-kira pukul 11 pagi ini di hadapan Istana Balai Besar dekat sini, mereka turut mendesak kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi memastikan siasatan dibuat lebih baik dan terbuka.

Mereka turut membawa pelbagai jenis banting sambil melaungkan 'Anwar berundur' dan 'Anwar pembelot'.

Aktivis masyarakat, Mohd. Noor Ismail yang mengetuai perhimpunan itu ketika ditemui berkata, dua tuntutan tersebut dibuat untuk memastikan rakyat dapat mengetahui perkara sebenar berkaitan video tersebut.

"Kami meminta Anwar letak jawatan secara terhormat dan suruhanjaya ditubuhkan terhadap video seks itu yang didakwa membabitkan pelacur dari luar negara.

"Demi agama Islam dan maruah Melayu, Anwar perlu meletak jawatan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa tanpa memberikan apa-apa alasan

1 ulasan:

  1. kenapa tak suruh tubuh suruhanjaya siasat kematian altantuya sebelum nak suruh tubuh untuk siasat tape anwar?.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA