Halaman

Ahad, 24 April 2011

ADA PIHAK CUBA LAGAKAN UMNO DAN CINA


Beberapa pemimpin dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah dilihat cuba melaga-lagakan kaum Cina dengan Umno dan mewujudkan perpecahan antara kaum, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin.

Tanpa menamakan pemimpin itu, beliau berkata, mereka cuba mempengaruhi kaum Cina supaya membenci UMNO dengan mengutarakan kritikan pedas terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, yang menerajui UMNO Negeri.Mereka nampak seperti hendak menghancurkan UMNO, mereka sangka yang Ketua Menteri bertindak sendiri dalam setiap keputusan yang diambil. Kritikan mereka sudah sampai ke tahap melukakan UMNO, ini berbahaya," katanya selepas melepaskan peserta Larian yang bertemakan "1Putatan 1Malaysia" di sini, hari ini.
Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, berkata perbuatan mengkritik pemimpin sendiri amat luar biasa, dan tidak seharusnya sebuah parti komponen BN berbuat demikian

1 ulasan:

  1. AKU TAHU... SALAH SATUNYA IALAH AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA