Halaman

Jumaat, 29 April 2011

ANWAR TAKUT JEJAK DATUK TRIO SUMPAH LAKNAT

INI LAH PEROSAK BANGSA
Anwar Ibrahim enggan menyahut cabaran Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk bersama-sama melafazkan sumpah laknat bagi menafikan dirinya bukan individu dalam rakaman video seks seperti yang didakwa trio Datuk T.
Sebaliknya, Anwar mempersoalkan kredibiliti Shazryl Eskay yang akan melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bagi membuktikan kebenaran dakwaannya bahawa pelaku dalam video seks berkenaan adalah Anwar.
“Kalau kita rujuk kenyataan Datuk Asri (bekas mufti, Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin), perkara seperti ini harus dirujuk pada hukum syariah dan Mahkamah Syariah. Kalau rujuk hukum Islam, orang yang mengangkat sumpah dalam hal-hal seperti ini harus bebas daripada dosa besar, tidak pernah minum arak, tidak pernah berzina,” katanya kepada wartawan selepas dipanggil memberi keterangan berhubung video seks itu selama sejam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini semalam.

Beliau tiba jam 2.50 petang, diiringi isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan anak mereka, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai. Turut menemani beliau ialah peguam R Sivarasa serta dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua.

Ini adalah kali kedua Anwar dipanggil memberi kenyataan berhubung perkara berkenaan selepas kali pertama pada 22 Mac, di IPD sama.

Ketika diasak dengan soalan kenapa beliau enggan berbuat demikian, Anwar sebaliknya menyoal semula wartawan yang bertanyakan soalan berkenaan.
“You (kamu) nak ikut hukum siapa untuk angkat sumpah... saudari (wartawan) orang Islam? Okay, hukum mana yang suruh angkat sumpah... tak boleh jawab?... okay tak apa,” kata Anwar.

Anwar turut mempersoalkan profesionalisme polis yang didakwanya gagal menyekat penyebaran rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya di internet selepas bahagian kedua video itu muat naik ke laman web YouTube kelmarin.

Ketua Pembangkang itu turut berang apabila seorang wartawan TV3 bertanyakan soalan mengenai isu DNA kerana Shazryl Eskay sudah memberikan contoh DNA kepada polis semalam.

“DNA apa?.. DNA apa? DNA beliau ke (Shazryl Eskay)? DNA apa you nak?” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA