Halaman

Rabu, 18 Mei 2011

ANWAR TERSELAMAT LAGI DARI.......


Anwar boleh menarik nafas lega bila pihak polis tidak mendedahkan siapa sebenarnya pelakon video sex itu sekarang.Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.
"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terbabit di dalam politik. Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Khalid berkata demikian selepas menghadiri majlis Sesi Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan Polis Kontinjen Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Sharif.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Khalid berkata, polis sudah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya.
"Polis menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu

1 ulasan:

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA