tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 27 Jun 2011

GERAKAN KRISTIAN PENYUMBANG DANA BERSIH


Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.

Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana, serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta 'tiga teratas' selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan.

Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.

Malah, Utusan Malaysia difahamkan, minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih.

"Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.

"Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.

Bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.

"Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.

"Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini. Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara," jelasnya.

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di laman web NDI, www.ndi.org mendapati NGO tersebut mengesahkan bahawa mereka menaja aktiviti Bersih.

"Program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED)," kata badan tersebut seperti dipetik dari laman web.

Jumaat, 24 Jun 2011

TRIO DATUK T DAH MENGAKU...SI PELAKON TAKNAK NGAKU JUGA KE


Si pelakon bila lagi nak mengaku....Dah terang terang terbukti siapa si pelakon video sex itu....Masih lagi taknak nak mengaku....APA KE JADAH ORANG MACAM NI.... Trio Datuk T mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melibatkan pendedahan video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang.

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah iaitu video seks adengan seorang lelaki dan wanita secara terbuka.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru di sini.

Pendakwaan terhadap Shazryl Eskay dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan Akta 574 manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi persubahatan.

Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selepas pengakuan tertuduh direkodkan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kamaludin Md Said mengemukakan bahan bukti termasuk satu peranti USB yang mengandungi rakaman video tersebut.

Video hitam putih yang mempunyai tempoh durasi selama 20 minit juga ditayangkan di mahkamah dengan beberapa adengan dilajukan ke hadapan.

Rabu, 22 Jun 2011

BERITA TERBARU KES VIDEO SEX ANWAR


: Kesemua trio 'Datuk T' akan didakwa di mahkamah di Jalan Duta, dekat sini Jumaat ini.

Salah seorang ahli trio terbabit yang juga ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullahberkata, dia diminta hadir di mahkamah tersebut pada pukul 8 pagi hari tersebut.

Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) itu berbunyi: "Datuk 'T' akan di Charge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 Jun 2011. Harap maklum."

Selain Eskay, dua lagi ahli trio 'Datuk T' ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Trio terbabit sebelum ini mengaku menayangkan satu video seks kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Video itu didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudian dinafikan Ketua Pembangkang terbabit.

KLIP VIDEO SEX ANWAR BOLEH DIJADIKAN BUKTI


Alasan Haji Hadi yang klip video sex Anwar tidak boleh di jadikan bukti hanya untuk pertahankan Anwar dan menutup kelemahan Pas yang sudah terjebak dalam kes video sex Anwar ini.Pas sebenarnya sudah melakukan satu kesilapan besar kerana pertahankan seorang pelakon video sex jadi dengan cara ini sahaja lah Haji Hadi dapat membantu Anwar dengan mentafsirkan video sex itu tidak boleh dijadikan sebagai barang bukti.Bagi HH hanya apa yang sudah di nyatakan bahawa PAS hanya berpegang kepada hukum Islam yang memerlukan empat saksi.

Ramai yang terkejut dengan kenyataan itu kerana PAS tidak mahu ambil usaha langsung untuk menyiasat soal video itu…sedangkan ia melibatkan soal moral orang yang mereka tunjang untuk jadi ketua.

Namun Selasa di Dewan Rakyat isu video seks Ketua UMUM PKR itu riuh seketika bila beberapa Ahli Parlimen memempersoalkanya dalam perbahasan.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menuntut satu kepastian segera perkara ini agar orangramai tidak keliru memandangkan polis sendiri sudah sahkan video itu tulen.

Beliau bertanya apa kesudahannya isu ini.Katanya pihak Jabatan Agama Islam perlu memberi penjelasan apakah video boleh dijadikan bukti dalam perbicaraan Qazaf di mahkamah syariah.

Menurutnya perkara ini penting diperjelaskan.Turut sama bercakap isu itu ialah Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Mohamed Aziz dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Tidak lama kemudian dalam jawapannya mengenai hal berkenaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Marsitah Ibrahim menjelaskan bahawa video boleh dijadikan bukti setelah ia diselidiki kesahihannya.

Katanya,” seseorang yang menuduh seseorang itu berzina hendaklah mengemukakan empat orrang saksi.

“Walau bagaimanapun jika tidak boleh mengemukakan empat saksi…penuduh boleh mendatangkan bukti...bukti boleh didatangkan dalam laporan DNA,rakaman audio atau rakaman video.

“Namun begitu samaada ia boleh diterima tanpa siasat terlebih dahulu …semuanya terpulang kepada mahkamah untuk menilai kesahihan bukti-bukti tersebut.

‘Jadi dengan penerangan ini video boleh dijadikan bahan bukti….walaubagaimanapun ia perlu diselidiki terlebih dahulu.”

Dewan kemudiannya kecoh seketika bila Ibrahim Ali bangun minta penjelasan Timbalan Menteri itu mengenai soal sudah ‘diselidiki’ itu dalam kontek kenyataan pihak polis yang mengesahkan hasil siasatan videoyang dikaitkan dengan Anwar didapati tulen.

Dr Marsitah berkata,” apa yang dibangkitkan oleh YB Pasir Mas itu…saya tidak dalam situasai mejawab kerana ia dalam bidang kuasa mahkamah untuk menentukan kesahihan video tersebut.

Ini membuat Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR bangun minta penjelasan mengenai kelayakan saksi .Ia dirasai oleh Ibrahim Ali menyindirnya.

Perang mulut tercetus antara mereka hingga Speaker Tan Sri Pandikan Amin Mulia terpaksa mencelah minta mereka berhenti berbalah.

Selasa, 21 Jun 2011

TINDAKAN PAS BOIKOT UTUSAN HANYA MAHUKAN KEUNTUNGAN POLITIK

Pertubuhan Bukan Kerajaan Turun Padang Malaysia (NGO TP) menyifatkan tindakan Pas memboikot akhbar Utusan Malaysia berikutan penyiaran kartun yang didakwa mereka menghina Islam adalah tidak rasional dan berunsurkan politik semata-mata.

Naib Presidennya, Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, ia jelas apabila Pas mencetak semula kartun berkenaan di atas kain pemidang dan poster yang menyeru supaya akhbar itu diboikot.

Beliau berkata, perbuatan tersebut menggambarkan sikap sombong dan angkuh Pas yang mengambil kesempatan ke atas isu tersebut selepas terasa dengan sindiran pedas kartun berkenaan.

"Sekiranya Utusan Malaysia digesa supaya membuat permohonan maaf, mereka juga perlu meminta maaf kerana mencetak semula kartun itu. Sekiranya benar Utusan Malaysia bersalah, orang yang mengulang cetak kartun ini lagi jahil kerana mengulangi kesilapan buat kali kedua.

"Apakah bagi mereka mengulang cetak, kemudian dedah kepada umum perkara yang didakwa menghina Islam itu tidak menghina Islam namanya? Kalau begini, maknanya perbuatan mereka berkali ganda lebih menghina Islam malah Harakahdaily juga menyiarkan gambar beberapa lelaki yang memegang kain pemidang yang terdapat gambar kartun itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Pas Kelantan yang melancarkan kempen boikot Utusan Malaysia kerana parti itu menyifatkan penyiaran kartun berkenaan sebagai menghina Islam.

Ekoran daripada itu, kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan arahan menghalang akhbar ini daripada membuat laporan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika pelancaran kempen Boikot Utusan di hadapan pejabat Pas Kelantan dan demonstrasi di hadapan Masjid Pasir Mas Jumaat lalu, beberapa lelaki kelihatan memegang kain pemidang yang turut mencetak semula kartun tersebut.

Mohd. Fared berkata, tindakan tersebut tidak memberi impak besar kepada akhbar terbabit, malah beliau menganggapnya sebagai perbuatan 'budak-budak nakal' yang ingin mencari publisiti murahan.

"Tidak tahulah apa sudah jadi asas perjuangan mereka. Tindakan ini jelas mempunyai agenda tersembunyi yang antara lain ingin mendapatkan simpati rakyat selepas perjuangan negara Islam mereka hilang

Khamis, 16 Jun 2011

APA SALAHNYA GAMBAR INI

DEWAN RAKYAT KECOH ANGKARA SI PELAKON VIDEO SEX


DEWAN RAKYAT hari ini mula kecoh setelah kehadiran semula empat wakil rakyat yang digantung sebelum ini.Telatah kebudakan Timbalan Presiden PKR yang juga MP Gombak cuba menghalang jawapan dari diberikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Ahmad Maslan menimbulkan kekecohan sehinga kekerpingkat suka dikawal oleh Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia.

Soalan asal tentang untung rugi FELDA daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim cuba dihalang untuk diberikan penerangan lanjut oleh Timbalan Menteri dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong-penyokong kerajaan atas tindakan provokasi yang dibuat oleh wakil-wakil pembangkang termasuklah MP Shah Alam,Khalid Samad.

MP Sri Gading,Mohamad Aziz memohon Speaker dewan Rakyat untuk terus memberikan laluan kepada Timbalan Menteri untuk menjawab sepenuhnya kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat namun dalam masa yang sama wakil pembangkang terus menyerang Ahmad Maslan sehingga ke satu peringkat Sepaker mengingatkan tentang Peraturan Mesyuarat dewan Rakyat yang harus mereka semua patuhi.

Selama ini Dewan Rakyat bersidang agak tenang namun dengan kehadiran semula MP yang telah tamat penggantungan selama enam bulan,saki baki Dewan Rakyat yang sedang bersidang ini dijangka akan terus mengundang kekecohan demi kekecohan.

Pedmbangkang terus mahu memberikan persepsi atau imej yang buruk terhadap pentadbiran FELDA dan mereka menghalang Ahmad Maslan memberikan jawapan kepada permasalahn yang mereka timbulkan bukan sahaja di dalam Dewan rakyat tetapi FELDA telah dicerca dalam setiap ceramah-ceramah politik mereka.

ANWAR MASUK BALIK....


Dibayangi isu video seks dengan pelacur China yang masih hangat diperbualkan,Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim buat muka sardin melangkah masuk balik ke Parlimen pagi Khamis setelah tempoh kena gantung selama enam bulan kerana isu Apco tamat.

Turut sama masuk setelah tamat tempoh gantung enam bulan ialah Ahli Parlimen PKR Gombak Azmin Ali, Ahli Parlimen PKR Subang,R Sivarasa dan Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor Karpal Singh.

Anwar tiba pada jam 10.08 pagi untuk membentangkan soalan nombor dua pada sesi soal jawab mengenai Felda yang dijawab oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Ketibaannya yang disambut oleh sebilangan Ahli Parlimen pembangkang lain telah mencuri perhatian wartawan,jurugambar dan pemerhati seketika di lobi Parlimen.

Sidang Parlimen kali ini yang bermula Isnin lalu dijadual berakhir Khamis depan.Ada kemungkinan ia disambung dua hari lagi untuk selesaikan beberapa urusan

Rabu, 15 Jun 2011

VIDEO SEX ANWAR


Apa jadi dengan kes video sex Anwar?Takan senyap je...Apakah tiada tindakan dari kerajaan bagi membuktikan siapa sebenarnya si pelakon yang mirip Anwar itu.Tapi Umi Hafilda salah seorang Saksi penting kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 - Ummi Hafilda Ali terus menyerang bekas timbalan perdana menteri itu. Kali ini, beliau memohon supaya gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Anwar ditarik kembali kerana merasakan ketua pembangkang itu tidak layak memegang gelaran berkenaan. Justeru, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menggugurkan gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini. "Beliau adalah pengerak reformis dalam parti pembangkang yang menentang ketuanan negara dan mempertikaian kredibiliti Majlis Raja-Raja, dia tidak layak diberikan sebarang anugerah dan pingat," katanya. Menurutnya, Anwar tidak boleh diberi muka lebih-lebih lagi pemimpin terbabit pernah menerima hukuman penjara. Umi Hafilda, 37, mengeluarkan kenyataan itu sebaik hadir memberikan sokongan kepada 13 NGO yang membuat laporan polis berkenaan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) di Balai Polis Melaka Tengah. Hadir sama, Presiden Sekretariat Pemikir Dan Perpaduan Melayu, Shahrul Azuwar Abdul Aziz, Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan NGO Negeri, Mohammad Marwan Abu Kassim. Antaranya NGO yang tampil membuat laporan polis adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Melaka, Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (PEKIDA). Dalam pada itu, Umi yang merupakan adik kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali turut mendakwa Anwar bersifat 'plastik' berikutan tidak menghormati pemimpin dan Raja malahan mempunyai agenda tersendiri untuk memusnahkan kerajaan. "Saya ingin ingatkan kepada Anwar supaya jangan heret rakyat ke jalanan untuk mengadakan reformasi, ini bukan zaman reformasi. "Dia perlu bersihkan dirinya terlebih dahulu dan mengakui kesilapan diri, bukan terus-terusan menafikan kekhilafan," katanya. Jelasnya, segala pendedahan mengenai Anwar kepada umum bukan untuk meraih simpati atau bukan semata-mata membela keluarga tetapi atas rasa tanggungjawab terhadap 27 juta rakyat Malaysia. "Kerajaan yang sedia ada cukup kuat untuk mentadbir rakyat bukan seperti parti pembangkang yang tidak rasional. "Pelajar universiti tidak perlu diheret mengadakan reformasi, Anwar sebenarnya terdesak sekiranya dia menggunakan pelajar untuk meraih sokongan,

MAT SABU NAK APA LAGI....MEMANG SIAL PEMIMPIN PAS NI


Apa lagi yang Mat Sabu nak buat lagi di Kuala Lumpur nanti kalau bukan nak menghuru harakan keadaan.Semua ini akan menyusahkan peniaga peniaga yang hanya untuk mencari sesuap nasi.Memang takda otak betul si Mat Sabu ni.Menurut laporan sudah ada 260 laporan polis dibuat pelbagai pihak di seluruh negara berkait rancangan pembangkang mahu adakan himpunan Bersih di ibu negara pada 9 Julai ini.Malah PERKASA juga nak buat himpunan serupa bagi halang demo yang boleh timbulkan macam-macam masalah kepada warga kota seperti berlaku semasa himpunan serupa beberapa tahun lalu.

Sepatutnya penganjur Bersih, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Srennevasan ambil kira keresahan dan tentangan rakyat terhadap himpunan tersebut kerana kesan ‘kotor’nya jika Bersih dibuat juga.

Justeru itu memang tepat jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuuddin Tun Hussein anggap penganjur Bersih sebagai degil dan sengaja hendak teruskan demo tersebut walaupun tahu banyak pihak lain tidak setuju.

Diasak soalan mengenai perkara itu, Hishammuddin yang bercakap di lobi parlimen pada Rabu serba salah mahu menjawab isu berkenaan kerana khuatir dianggap macam campur tangan politik sedangkan perkara itu berkaitan undang-undang dan keselamatan negara.

Sebab itu beliau yang juga Naib Presiden UMNO serahkan kepada kebijaksanaan polis memantau perkara dengan bersikap profesional.

Menurutnya, polis sudah diarah pantau keadaan dan bertindak berlandaskan undang-undang serta keselamatan awam dan negara.

Menjawab soalan, Hishammuddin berkata, polis masih ada masa jika mahu memanggil penganjur himpunan tersebut bagi membincangkan kesan demonstrasi pada 9 Julai nanti.

Beliau turut mengesahkan penganjur belum memohon permit bagi perhimpunan tersebut.

Sebelum ini di Dewan Rakyat, timbalan speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar menolak usul yang dibawa ahli parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri ZahrainMohd Hashim bagi Dewan membincangkan usul kecam tindakan penganjur Bersih adakan perhimpunan itu.

Wan Junaidi berkata, usul itu tidak perlu disegerakan selain pihak berkuasa sedang memantaunya.

Dalam pada itu dijangka lebih banyak laporan polis serta bantahan akan dibuat terhadap pihak yang menganjurkan himpunan itu.

Soalnya adakah Mat Sabu dan Ambiga mahu mengalah demi menjamin keselamatan rakyat atau lebih mementingkan agenda politik masing-masing.

Mungkin ramai masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi 'hero' pada himpunan Bersih 2007 dan setakat ini walaupun Ketua Pembangkang itu masih belum buka mulut pasal himpunan kali ini tetapi sukar menolak beliau tidak memainkan peranan dalam Bersih kali ini.

Cuma mereka kena sedar dan faham, jika pihak berkuasa bertindak terhadap mereka dengan dakwaan cuba mencetuskan kegelisahan rakyat, mereka kena bersikap ‘berani buat berani tanggung

Selasa, 14 Jun 2011

HASSAN ALI KEKAL EXCO....UMPAN JE NI....

MB Selangor tidak berhasrat ingin menggugurkan hassan Ali sebagai Exco Selangor buat masa sekarang.Tapi bagi saya ini semua hanya helah MB untuk menenangkan hati Hassan Ali buat sementara waktu.Sudah semestinya Pas akan mendesak Khalid untuk menggugurkan Hassan Ali.ebaik sahaja keputusan pemilihan pada muktamar lalu yang melihat golongan ulama ‘tumbang’, sudah kedengaran cakap-cakap kedudukan Datuk Dr Hasan Ali sebagai pesuruhhjaya PAS negeri Selangor bakal tergugat.

Apatah lagi, kumpulan Erdogan yang dikaitkan sebagai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan tersebut termasuk ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang diketahui tidak sebulu dengan Dr Hasan.

Cakap-cakap Dr Hasan akan digugurkan daripada jawatan yang dipegang hampir 10 tahun jadi kenyataan apabila mesyuarat pertama Jawatankuasa PAS Pusat petang Ahad menggugur beliau dan beberapa pemimpin lain termaduk Datuk Harun Taib, sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Harun juga adalah Ketua Dewan Ulama PAS yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan baru-baru ini.

Di sebalik penguguran Dr Hasan, ada pihak dalam PAS Selangor melihat tindakan itu usaha terancang bagi menyingkirkan Dr Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Dr Abd Rani Osman yang juga ADUN Meru dinamakan sebagai pengganti Dr Hasan.

Beliau dikatakan rapat dengan Khalid dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa ali.

Sebab itu, ada cerita kononnya mereka berdua adalah tangan di sebalik penguguran Dr Hasan.

Ada pemimpin PAS melihat Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia sudah jadi liabiliti kepada PAS.

Beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang kerap mencetuskan kontroversi dengan PKR dan DAP ekoran beberapa isu termasuk isu penjualan arak secara terbuka di Bandaraya Shah Alam.

Dr Hasan juga bertelagah dengan Exco DAP, Ronnie Liu dalam isu terbabit.

Beliau pernah memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Munawi meskipun pelantikan itu dibantah Pakatan Rakyat.

Nama Dr Hasan ibarat sudah dihitamkan dan digambarkan sebagai pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan PKR dan DAP.

Dr Hasan juga dikaitkan cenderung menyokong 'kerajaan perpaduan' dengan UMNO meskipun kepimpinan pusat PAS telah menolak perkara itu.

Dengan penyingkiran itu, Dr Hasan kini hilang penguasaan terhadap PAS Selangor.

Beliau kini cuma Ahli Jawatankuasa PAS Pusat setelah menang tipis pada pemilihan 3 Jun lalu dengan menduduki tempat ke-16.

Pengguguran Dr Hasan dijangka membuka laluan kepada Khalid mengambil alih jawatan berkenaan pada pemilihan akan datang.

Dr Abd Rani dikatakan hanya memegang jawatan itu sementara sahaja kerana jika melantik Khalid menggantikan Dr Hasan, akan nampak penguasaan kumpulan Erdogan secara mendadak dalam parti itu.

Namun tindakan itu turut menimbulkan rasa kecewa penyokong Dr Hasan.

Mereka merasakan Dr Hasan tidak patut diperlakukan sedemikian tanpa ambil kira jasa ditaburnya sejak mengetuai PAS Selangor kira-kira 10 tahun lalu.

Masa Dr Hasan, PAS Selangor lebih mantap, kata sumber itu.

Inikah cara PAS membalas jasa-jasanya, soal sumber tersebut.

Sumber itu mengakui ada cakap-cakap kononnya Dr Hasan akan diberikan peranan di peringkat Pusat dan perlu tumpu pada tugas Exco di Selangor, tdetapi itu bukan alas an mengenepikan beliau.

Timbul teka teki kini adakah kedudukan Dr Hasan sebagai Exco turut tergugat setelah beliau bukan lagi pesuruhjaya PAS negeri.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya dengar ‘suara ghaib’ minta tempat Dr Hasan digantikan dengan pemimpin PAS lain.

Beliau kena ingat bagaimana Ronnie tewas pada pemilihan DAP tetapi masih kekal dalam barisan exco kerajaan negeri.

Jika faktor ini diambil kira, kedudukan Dr Hasan sebagai exco akan kekal sehingga pembubaran Dewan Undangan Negeri nanti.

Namun, apa yang menimpa Dr Hasan pasti melegakan pemimpin tertentu dalam PAS.

Malah PKR dan DAP juga bertepuk tangan kerana sampah dalam mata mereka selama ini sudah dibuang. -

Ahad, 12 Jun 2011

RASULULLAH,IMAM MAHDI DAN ABUYA ADALAH PEMIMPIN ARQAM....KITA LIHAT DAN DENGAR PENJELASAN UMMU JAH


INI kes berat dan sesat, yang perlu pihak berkuasa bertindak segera. Kisahnya… isteri pengasas Al Arqam Ashaari Muhammad, Khadijah Aam mendakwa suaminya tidak mati sebaliknya ghaib dan bergabung dengan Rasulullah SAW dan Imam Mahdi bagi mengerakkan aktiviti dan program kumpulan tersebut.

Menurut Khadijah atau dipanggil Bonda Ummu Jah, Ashaari atau lebih dikenali dengan nama Abuya yang meninggal dunia pada 13 Mei tahun lalu akibat jangkitan paru-paru tidak mati sebaliknya hanya ghaib sahaja dan akan menjelma semula “sedikit masa lagi”.

Lebih menggerunkan lagi, bila isteri ketiga Ashaari itu mendakwa Rasulullah muncul dan berdialog, serta memberi arahan kepada beliau dalam bentuk CAHAYA.

Dakwaan itu terkandong dalam kenyataannya di klip video yang disiarkan di laman sosial youtube.com...KLIK DI SINI UNTUK KITA DENGAR SAMA SAMA

PAS MENUJU JALAN KEHANCURAN


Pas disifatkan sebagai sebuah parti yang sedang menunggu masa untuk hancur disebabkan pembawaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mendapat sokongan padu daripada semua ulama serta golongan akar umbi.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Abdul Hadi kini telah terpengaruh dan terpaksa mengikut kehendak golongan 'Anwarinas' bagi memastikan Pas relevan dalam pembangkang biarpun menggadai dasar perjuangan parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Beliau berkata, gaya kepimpinan dan dasar perjuangan Abdul Hadi sebenarnya amat berbeza dengan golongan 'Anwarinas' yang hanya mahukan kuasa dan memperjuangkan idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

"Saya percaya yang membawa isu ini adalah pemimpin Pas tetapi di bawah (keadaan) kucar-kucir, pemimpin di peringkat bawah dan ahli berasa keliru, ini bermakna Anwar berjaya mempengaruhi pemimpin Pas tetapi tidak pada akar umbi.

"Bagi saya Pas satu parti yang sedang menunggu kehancuran. Dia boleh sorak menang tetapi kalau kampung tergadai apa gunanya, ini yang berlaku kepada Pas hari ini," katanya selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini malam tadi.

Ceramah Perdana itu disertai tiga Ahli Parlimen Bebas iaitu Zahrain, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin. Ia diadakan bagi memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, kedudukan Abdul Hadi sebagai Presiden juga goyah kerana kumpulan tersebut sedang menunggu masa untuk mengambil alih kepimpinan parti itu.

Jumaat, 10 Jun 2011

NEGARA KEBAJIKAN PAS DAH KETINGGALAN ZAMAN

Kenapa baru sekarang Pas ingin laksanakan nagara kebajikan??Apakah selama ini kerajaan BN tidak pedulikan kebajikan rakyat negara ini????Kita lihat saja di Kelantan.Apa sudah jadi dengan negeri Kelantan yang telah di tadbir oleh Pas selama lebih 20 tahun.Kenapa tiada pembangunan yang saya rasa rakyat mahukan.Tidak ada rakyat yang tidak mahukan pembangunan.Kenapa Pas tidak jadikan Kelantan sebagai negeri contoh untuk menjadikan apa yang di laungkan Haji Hadi sebagai negara berkebajikan.Kalau negeri Kelantan mahu di jadikan contoh kenapa rakyat Kelantan sendiri lari dari negeri sendiri???Ini menunjukan Nik Aziz gagal untuk memahami negeri kebajikan yang di laungkan oleh Haji Hadi.

Jadi tak hairanlah bila PM sendiri merasa terkejut kerana kenapa baru sekarang Pas mahu laksanakan negara berkebajikan sedangkan ianya sudah lama di laksanakan oleh kerajaan BN selama ini. PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan oleh BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.

Terbukti penubuhan pelbagai agensi kerajaan seperti Felda dan Felcra telah menepati ciri-ciri kebajikan, yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.Jadi perkara yang di canangkan oleh Pas ini amat pelik dan ajaib kerana kenapa baru sekarang mereka baru terfikir?Sedangkan kerajaan BN sudah lama mengusahakan.

Bukti jelas Pas gagal kita lihat sendiri negeri yang di tadbir oleh Pas terutama nya negeri Kelantan.Apakah ini yang di laungkan negara kebajikan???

Selasa, 7 Jun 2011

TINDAKAN HAJI HADI MEMBELA ANWAR KERANA ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIKNYA


Kenapa tiba tiba Haji Hadi membela Anwar???Rupanya Haji Hadi sudah dapat menghidu bahawa inilah masanya untuk memberikan sokongan pada Anwar dan apabila nanti Pakatan sudah mendapat kuasa inilah masanya Haji Hadi akan membongkar setiap tingkah laku busuk Anwar dan masa inilah Haji Hadi akan cuba untuk menjatuhkan Anwar dengan rahsianya tentang salah laku sex Anwar.Itulah sebabnya Haji Hadi bersungguh sungguh membela Anwar sekarang.

Perkara ini di dedahkan oleh i Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau percaya presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita menjadi ketua pembangkang dan perdana menteri.

Katanya memandangkan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah semakin kehilangan pengaruh akibat berdepan dengan tuduhan meliwat, Abdul Hadi merasakan beliau berpeluang mengambil alih jawatan ketua pembangkang itu.

"Hadi sedar kini beliau ada peluang untuk menjadi ketua Pakatan kerana Anwar menghadapi masalah. Beliau berpendapat, sekiranya dia dapat menawan Putrajaya, maka dia boleh menjadi perdana menteri.

"Sebab itulah beliau memaksa parti itu menukar imejnya sekarang," kata Nazri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai biasiswa di sini Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pemilihan PAS baru-baru ini, yang antara lain menyaksikan parti itu mengubah arah tujunya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara kebajikan serta kemenangan calon berpendirian sederhana terhadap calon berpendirian konservatif.

Nazri, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata jumlah calon yang begitu ramai bertanding bagi jawatan tertinggi menunjukkan bahawa wujud sikap tamakkan kuasa dalam PAS.

Mengenai pemilihan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden, Nazri berkata pemimpin PAS itu hanya merupakan seorang pemimpin minoriti kerana beliau terlibat dengan perlawanan tiga penjuru menentang dua calon berpendirian konservatif iaitu Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Ia tidak menunjukkan dengan ketara bahawa kini mereka bersikap sederhana kerana undi bagi puak konservatif telah berpecah. Kalau dicampur undi yang diterima oleh dua calon itu, jumlahnya lebih besar daripada yang diterima oleh Mat Sabu," katanya.

Beliau berkata imej baru yang cuba ditonjolkan oleh PAS bukan sesuatu yang baru kerana negara kebajikan telah lama menjadi amalan Umno dan Barisan Nasional.

"Akhirnya mereka mengaku bahawa apa yang diamalkan oleh Umno selama ini adalah betul. Mereka ingin menjadi parti alternatif kepada Umno, tapi ini bukan sesuatu yang baru. Umno menyedari perkara itu sejak 60 tahun lepas, tapi PAS memerlukan 57 perhimpunan agungnya untuk menyedari perkara itu," kata beliau.

Nazri berkata beliau percaya walaupun PAS cuba membuat penjenamaan semula sebagai parti yang lebih liberal, tetapi Umno tetap mempunyai kelebihan pada pilihan raya umum akan datang.

Isnin, 6 Jun 2011

PUKIMAK ANWAR...MEMANG PATUT KAU TERUS GAGAL


Takda lagi ungkapan yang harus di beri pada petualang negara kalau bukan di panggil pukimak aja........Tak guna kita angkat orang begini menjadi pemimpin kita kerana Anwar akan menggadai semuanya sekiranya di beri peluang untuk menjadi PM nanti.......Memang patut Anwar Ibrahim terus gagal dalam percubaan ketiganya supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zabidin Mohd Diah supaya menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwat yang sedang berjalan.

Pada mulanya, mahkamah hari ini dijadual mendengar kes pembelaan dan Anwar dijangka menjadi saksi pembela yang akan dipanggil.

Bagaimanapun, mahkamah perlu mendengar permohonan Anwar terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan kes pembelaan.

Hakim Mohamed Zabidin dalam menolak permohonan Anwar mendapat permohonan itu tidak mempunyai merit.

Beliau juga membenarkan permohonan melalui peguamnya Karpal Singh menangguhkan perbicaraan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan hari ini dan menetapkan 13 Julai untuk sebutan.

Karpal berkata beliau akan memfailkan satu notis rayuan tengah hari Isnin.

Sebelum itu, Peguam Cara Negara 11 Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah permohonan itu dengan menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa keputusan yang dibuat semasa perbicaraan tidak boleh dirayu.

Ini merupakan permohonan Anwar bagi kali ketiga supaya Hakim Mohamed Zabidin menarik diri selepas dua permohonan sebelum ini semasa kes pendakwaan ditolak hakim.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun yang sama.

Dakwaan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebatan.

Sebelum itu, Karpal dalam hujahnya untuk memujuk hakim supaya membenarkan permohonan itu berkata terdapat keterangan yang jelas bahawa hakim berat sebelah apabila membuat keputusan lebih awal apabila memutuskan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan seorang saksi yang boleh dipercayai pada akhir kes pendakwaan.

Karpal berkata mahkamah telah tersalah arah berhubung standard pembuktian dalam pendakwaan mengenai permohonan ujian penilaian maksimum kepada keterangan oleh Mohd Saiful, dan oleh itu, hakim adalah bersalah kerana membuat keputusan lebih awal dan berat sebelah.

Mohamed Yusof menjawab bahawa Anwar membuat permohonan itu bagi melambat-lambatkan perbicaraan.

"Beliau telah nampak peluang. Ini merupakan peluang kamu untuk memberi versi kamu kepada orang ramai, apapun, ini merupakan peluang kamu untuk membela atas sumpah," kata Mohamed Yusof yang menyebabkan Anwar yang berada di kandang saksi mencelah "bila...bila".

Mohamed Yusof juga berkata ini merupakan permohonan ketiga Anwar dan ia mungkin dimasukkan dalam Malaysia Book Of Records kerana beliau tidak tahu mana-mana kes lain apabila pihak pembela secara konsisten memohon supaya hakim mengundur diri.

Beliau berkata tiada apa yang salah apabila hakim memutuskan bahawa Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai kerana keterangan Mohd Saiful selari dengan keterangan saksi-saksi pakar.

Mohamed Yusof berhujah bahawa pihak pembela hanya bergantung kepada satu perenggan daripada 180 perenggan dalam penghakimman untuk menyatakan bahawa hakim telah membuat keputusan lebih awal dan jika perenggan itu dibaca dengan salah, ia mungkin membawa tafsiran bahawa hakim telah membuat keputusannya.

Karpal menjawab bahawa pihak pembela tidak melambat-lambatkan perbicaraan dengan menyatakan bahawa hanya terdapat lima saksi yang telah ditemu bual oleh pihak pembela dan mereka bukan saksi-saksi material.

"Anwar tidak takut untuk memberi keterangan tetapi apa yang dikhuatirkan sama ada dia akan mendapat perbicaraan yang adil," katanya.

Beliau berkata pihak pendakwa masih belum mengemukakan saksi iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk pihak pembela menemu bual mereka.

PAS JANGAN NAK PUSING ISU VIDEO SEX ANWAR


Pas sanggup pusing segala kebenaran hanya untuk selamatkan kaki liwat dan kaki pelacur hanya kerana ingin bergantung nasib dengan kaki jubur ini.Jadi tak hairan la kita semua bila Haji Hadi mengangap segala apa yang menimpa Anwar adalah fitnah UMNO. Hishammuddin Tun Hussein berkata, PAS seharusnya tidak berdolak-dalih dalam soal rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menganggap video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga.

Menteri Dalam Negeri berkata, PAS sebagai satu parti yang bersandarkan atau berasaskan kepada ajaran Islam sewajarnya mengetahui apakah kebenarannya di sebalik video tersebut.

"PAS sepatutnya melihat kepada pengisiannya. Tengok apa yang berlaku kepada pemimpin Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pemimpin di Turki.

"Apakah bezanya pemimpin yang dikatakan terlibat dalam kes video tersebut dengan mereka. Jadi nak berdolak-dalih sama ada ia dirakam oleh si polan, si polan... itu perkara kedua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di sini, Isnin.

Media pada Isnin melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

Sehubungan itu, PAS dikatakan berdolak-dalih dalam soal rakaman video seks tersebut.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, apa yang penting adalah mengetahui kebenaran dalam kes tersebut iaitu sama ada ia berlaku atau tidak.

"Ini kerana yang dituduh menjadi pelakon atau pelaku dalam video berkenaan menawarkan diri sebagai pemimpin negara... bukan orang biasa," katanya.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH