tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 31 Julai 2011

NIK AZIZ DAH TAHU YANG ANWAR DAH TAK BOLEH PAKAI LAGI


Boleh dikatakan kesemua pemimpin tertinggi di kalangan parti Pakatan Rakyat sudah tidak lagi mempercayai Anwar dan mereka kesemuanya sudah menjangkakan yang Anwar akan sangkut dalam perbicaraan kes liwatnya nanti.Kerana itulah di kalangan pemimpin Pakatan sendiri sudah mula mengatur stategi untuk menghadapi kemungkinan ini dan ini tidak terkecuali pada Nik Aziz.Kerana itulah Nik Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan berhubung pembabitan beliau dalam perbincangan untuk mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh, berkata Menteri Besar Kelantan itu juga perlu tampil memaklumkan kenapa usaha itu dilakukan tanpa pengetahuan Anwar sendiri.
“Kenapa ia dirahsiakan daripada Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apakah ada pihak tertentu dalam parti pembangkang itu yang pasti Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara “Mungkin peguam Anwar, Karpal Singh memaklumkan kedudukan Anwar dalam perbicaraan kes liwatnya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada DAP dan PAS hingga menyebabkan mereka mencari calon Ketua Pembangkang lain,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan wujud usaha parti pembangkang untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu bagi menggantikan Anwar.

Sabtu, 30 Julai 2011

AKHIRNYA MENINGGAL JUA: AL-FATEHAH

pix_gal0

Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam kerana mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu

Selasa, 19 Julai 2011

NIK AZIZ SEPATUTNYA BERSARA SAHAJA DARI POLITIK...


Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat kelmarin, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, selepas mengadu sakit perut.

Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Syaari, berkata Nik Aziz dibawa ke hospital itu tengah hari semalam dan doktor yang merawatnya meminta Menteri Besar itu berehat di hospital untuk beberapa hari.

“Nik Aziz baru pulang dari lawatan kerja ke Uzbekistan selain menunaikan umrah, padat dengan program harian, menyebabkan tiada masa rehat dan mungkin disebabkan keadaan itu beliau jatuh sakit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pengarah HUSM, Datuk Dr Zaidun Kamari ketika dihubungi mengesahkan bahawa Nik Aziz dibawa ke hospital itu pada jam 1 tengah hari dan keadaannya kini dilaporkan stabil

PAS HANYA PENTINGKAN KUASA POLITIK


Tindak tanduk PAS yang sentiasa tunduk kepada telunjuk DAP dan pakatan pembangkang sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan Islam dan ketuanan Melayu, jelas menunjukkan parti itu semakin tamak dalam usahanya meningkatkan pengaruh politik.
Selepas terhutang budi kejayaan besar pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan mengekalkan kemenangan di Kelantan dan merampas Kedah hasil kerjasamanya dengan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang, PAS umpama parti dilambung asmara sehingga tidak menghiraukan teguran demi menjaga kepentingan kelangsungan politiknya. Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Samsul Adabi Mamat, berkata langkah PAS menarik balik arahan penutupan 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan, menghantar ahlinya menyertai perhimpunan haram 9 Julai lalu serta menggugurkan negara Islam dalam prinsip perjuangannya, membuktikan mereka kian terdesak.

“Hakikatnya sokongan terhadap mereka sekadar daripada pengundi bermusim dan pada masa sama kehilangan penyokong asal ketika barisan pimpinan cuba membuktikan kesetiaan kepada pakatan pembangkang. Malah, selepas perhimpunan haram itu, PKR sendiri turut terdesak sehingga sanggup mencetuskan idea revolusi,” katanya.

Beliau mengulas langkah kerajaan PAS di Kedah menarik balik keputusan dibuatnya minggu lalu dan sebaliknya menyatakan kerajaan negeri akan menguatkuasakan larangan terhadap pengguna Islam di premis itu sepanjang Ramadan selepas DAP sebelumnya menyatakan ia sanggup menyaman kerajaan negeri andai larangan itu dilaksana.

Soal kelangsungan dan kesesuaian PAS dalam arus politik semasa selepas mereka ketika ini dilihat sentiasa diperalat DAP dan PKR, turut mendapat perhatian seorang lagi penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya P Sivamurugan.
Beliau berkata, kesan jangka panjang amat dirasai PAS kerana dasarnya yang sering berubah-ubah menggugat kesetiaan pengikut setia.

“Mereka sudah keluar daripada matlamat asal dan terlalu jauh terpesong.
Mungkin langkah mengikut permintaan DAP dirasakan mampu membantu raih sokongan pengundi bukan Islam, tetapi kesan jangka panjang menyebabkan pengaruh mereka kian terhakis

Isnin, 18 Julai 2011

HADI MASIH NAK TEGAKAN BENANG BASAH

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba ‘menegakkan benang basah’ apabila menafikan parti itu sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP, berhubung isu larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

Meskipun fakta menunjukkan Pas terpaksa menarik balik larangan penuh, kurang 24 jam selepas menerima kata dua daripada DAP, Abdul Hadi mendakwa, perubahan kepada larangan sedia ada itu kononnya demi membetul peraturan salah yang dibuat oleh UMNO.

Pada masa sama, beliau turut menyalahkan UMNO dan media arus perdana, termasuk akhbar berbahasa Cina, kerana dituduh sengaja memutar-belitkan berita bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan orang Islam itu sendiri.

“Bukan...Ini bukan kerana Karpal Singh. Kita tidak tunduk kepada DAP. Kita membetulkan peraturan salah yang dibuat oleh UMNO. UMNO tidak ada sempadan antara hak orang bukan Islam dengan Islam itu sendiri, sebaliknya kita membuat sempadan, ia (sempadan) perlu ada.

“Pas mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh diselesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kelmarin, Karpal yang juga Pengerusi DAP memberi kata dua kepada Kerajaan Pas Kedah supaya menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu, mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Serentak dengan amaran tersebut, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri setuju menimbangkan semula larangan berkenaan bagi menggembirakan semua pihak yang menentang keputusan itu.

Menurut Abdul Hadi, perubahan terpaksa dibuat terhadap syarat lapan, Jadual B, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang sebelum ini mewajibkan semua pusat hiburan tidak boleh beroperasi pada Ramadan dan pada malam Jumaat, selepas mengambil kira semua pandangan.

“Perubahan yang kita buat ialah, pusat hiburan boleh beroperasi dengan hanya dikunjungi oleh bukan Islam. Jika didapati ada orang Islam kita akan batal lesen serta-merta. Perubahan ini selepas kita mengambil pandangan semua pihak, terutamanya parti komponen dalam pakatan

Jumaat, 15 Julai 2011

NIK AZIZ IKUT CARA ISLAM ATAU IKUT CARA IBLIS


Memang dah melampau cara Nik Aziz dalam hal perhimpunan haram yang baru lalu.

TIDAK keterlaluan jika dikatakan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh barisan kepimpinan Pas berhubung perhimpunan haram Bersih 2.0 sungguh memalukan kerana tahap keilmuan mereka bukan digunakan membawa kesejahteraan umat tetapi hanya satu tujuan iaitu politik.

Lihat sahaja kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mereka secara terang-terangan mengaitkan perhimpunan haram Bersih itu sebagai satu tuntutan Islam atas nama ibadah dan perjuangan.

Malah dalam satu kenyataan Nik Abdul Aziz, beliau yang dianggap ulama paling hebat dalam Pas dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum zalim terhadap mereka yang menghalang perhimpunan itu dan perlu bersedia menerima pembalasan ketika berhadapan dengan Allah kelak.

Bukan itu sahaja Nik Abdul Aziz menganggap para peserta perhimpunan haram itu ‘berjemaah dalam melakukan ibadat’ walaupun beliau sememangnya sedar bahawa himpunan seperti itu akan membawa lebih kemudaratan daripada kebaikan.

Dewan Ulama Pas melalui ketuanya, Harun juga tidak ketinggalan mengucapkan syabas dan tahniah terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu dengan menyifatkan mereka sebagai wira negara.

Begitulah pengiktirafan diberikan oleh ulama-ulama Pas dan pemimpinnya kepada mereka yang menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0, Sabtu lalu.

Persoalannya paling besar, adakah Islam membenarkan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan dan kesejahteraan?

Adakah Rasulullah (SAW) memerintahkan umatnya melakukan perbuatan yang boleh memberi kemudaratan kepada agama?

Jawapannya sudah tentu tidak. Dalam isu ini mustahil Nik Abdul Aziz atau Harun Taib tidak tahu hukum menjaga keamanan negara dalam Islam.

Adakah mereka sengaja menyembunyikan ilmu yang telah dianugerahkan oleh Allah agar Islam dilihat membenarkan perhimpunan haram itu diadakan?

Niat mereka hanya Allah sahaja yang mengetahui dan jika itulah nawaitu mereka, terimalah balasan setimpal daripada Allah SWT.

Yang pasti, mereka tidak boleh berbohong dengan Allah. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Melihat.

Satu lagi persoalan adakah Malaysia ini boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang zalim hingga menyebabkan rakyatnya tertindas dan hidup menderita?

Bagi mereka yang rasional dan berfikiran waras jawapannya sungguh mudah, sudah tentu tidak.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 112 : Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberi satu misalan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sebenarnya menggunakan agama hanya berlandaskan nafsu dan bukannya berasaskan hati yang tulus walaupun golongan itu terdiri daripada mereka digelar ulama.

Mereka hanya mahu satu iaitu kuasa. Kuasa untuk memerintah Malaysia. Kuasa untuk menawan Putrajaya.

Oleh itu tidak hairanlah mereka sanggup bersekongkol dengan puak-puak yang sebelum ini terang-terangan menentang Islam demi mengejar kuasa tidak kira parti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mereka sanggup bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pendokong gerakan pluralisme di negara ini iaitu satu fahaman yang jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Siapa tidak kenal Karpal Singh, siapa tidak kenal Datuk S. Ambiga serta beberapa tokoh yang mendokong fahaman liberal Islam di dalam gabungan Bersih.

Bukankah golongan ini kuat menentang Islam dan menyokong murtad? Bukankah murtad merupakan satu kesalahan paling besar di dalam Islam?

Begitu juga kecaman melampau mereka terhadap polis sehingga pasukan itu dilihat sebagai musuh yang perlu dihapuskan.

Tidak terfikirkah ulama-ulama Pas ini, kira-kira 90 peratus pegawai dan anggota polis adalah di kalangan orang Islam.

Mereka bersaksikan tiada Tuhan melainkan Allah Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mereka bersolat, berpuasa, berzakat, menunaikan ibadat haji dan mereka menjalankan segala perintah yang diturunkan oleh Allah.

Sehubungan itu adakah wajar orang Islam menentang orang Islam lain hanya disebabkan terlalu setia dengan rakan mereka yang kafir dan seandainya berlaku kematian wajarkah si mati dikategorikan meninggal dalam keadaan baik?

Polis hanya menjalankan tugas bagi memastikan keamanan negara ini sentiasa terpelihara sekali gus menjamin kehidupan rakyat daripada diganggu oleh anasir-anasir jahat.

Mungkin ramai yang tidak tahu termasuk ulama-ulama Pas ini, sejak diumumkan perhimpunan haram itu oleh Ambiga, semua anggota polis di Kuala Lumpur dikehendaki berada di tempat bertugas masing-masing tanpa kira hari dan waktu.

Malah ada satu kisah seorang pegawai polis dan keraninya terpaksa membawa seorang anak anggota mereka yang sedang bertugas ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana demam.

Ini hanya satu contoh bagaimana para anggota polis terpaksa mengorbankan masa dengan keluarga walaupun anak mereka sakit disebabkan keangkuhan Bersih untuk meneruskan perhimpunan.

Itu belum dikira nasib para usahawan, peniaga kecil, pemandu teksi dan pengusaha pengangkutan awam yang mengalami kerugian sehingga dianggarkan mencecah RM100 juta pada hari perhimpunan diadakan.

Bukan itu sahaja mereka yang mengadakan majlis perkahwinan di sekitar ibu kota pada hari berkenaan turut terkena kesannya apabila ramai tetamu tidak dapat hadir.

Sebenarnya, perbuatan mereka yang menganjurkan perhimpunan itu lebih zalim lagi.

Selain menimbulkan huru hara dan kekacauan sikap buruk mereka telah menyebabkan kerugian kepada banyak pihak.

Mengulas isu tersebut Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Ali Sarbini menegaskan Islam menegah sekeras-kerasnya umatnya menyertai sebarang aktiviti yang boleh mengundang kemudaratan.

“Kita harus menghargai apa yang kita ada sekarang ini iaitu nikmat keamanan dan rezeki melimpah ruah yang tidak terdapat di tempat lain. Oleh itu wajib ke atas kita menjaga keamanan walau siapa pun kita,” katanya.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah pula berkata, setiap perbuatan yang dikira sebagai ibadah hanya bergantung kepada niat yang ikhlas tanpa menyusahkan orang lain.

“Saya harap Pas mengeluarkan pandangan dari hati berlandaskan ilmu agama dan meletakkan kebenaran di atas kepentingan politik.

“Saya amat kecewa kerana saya fikir biarlah pandangan kita tidak terbawa-bawa dengan agenda politik tanpa memikirkan kepentingan rakyat,” katanya.

Selasa, 12 Julai 2011

ANWAR BOLEH TIPU PENGIKUT BODOH PAKATAN TAPI TIDAK RAKYAT MALAYSIA

Anwar telah gunakan berbagai tektik untuk mengelirukan rakyat tapi hanya pengikut bodoh PAKATAN sahaja yang terpedaya dengan tipu muslihat Anwar.Dalam pada itu Polis mempunyai rakaman video yang menunjukkan polis tidak mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menguatkuasakan undang-undang dan mengawal perhimpunan haram yang disertai Ketua Pembangkang itu, di KL Sentral pada Sabtu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata rakaman video itu akan digunakan sebagai bukti untuk menangkis dakwaan Anwar kononnya polis bertindak kasar sehingga beliau cedera.
“Kita tunggu rakaman itu. Jika saya jelaskan, macam mana pun akan dinafikan oleh mereka yang ada kepentingan. Biar fakta (rakaman) menunjukkan perkara sebenar,” katanya pada sidang media, di Bukit Aman semalam. Anwar mendakwa mengalami kecederaan di kepala dan tulang belakang ketika polis cuba menyuraikan perhimpunan haram dalam terowong menghubungkan KL Sentral dan Hotel Hilton pada hari berkenaan. Berikutan itu, beliau mendakwa membuat imbasan kepala di hospital dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan polis dan memakai pendakap leher..

Sehubungan itu, Hishammuddin menegaskan polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan polis bertindak ganas ketika mengawal perhimpunan haram itu.

Katanya, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta CyberSecurity Malaysia untuk meneliti rakaman video bagi mendakwa pihak terbabit di mahkamah.

“Kita ada visual serta rakaman dari mula hingga akhir dan sedang dianalisis. Kita akan fokus dalam isu khusus dan dilabel. Kita harap pihak media, terutama dari luar yang mensensasikan perkara ini perlu lebih bertanggungjawab supaya tidak mengelirukan rakyat dan masyarakat antarabangsa,” katanya.
Namun, katanya, usaha mendakwa pihak terbabit akan mengambil masa kerana polis mahu memastikan keadilan kepada mereka yang terbabit.

“Kita tidak mahu menganiaya sesiapa, termasuk Anwar, jauh sekali buat tuduhan dan dakwaan tanpa mengkaji dan menyiasat serta melihat undang-undang sedia ada,” katanya.

Mengulas sama ada pengerusi penganjur perhimpunan, Datuk S Ambiga dan Anwar akan didakwa mengikut Ordinan Darurat, beliau berkata, ia bergantung kepada keputusan Jabatan Peguam Negara.

Beliau turut mengesahkan, keselamatan di ibu negara terkawal selepas jam 6 petang Sabtu lalu dan polis menarik balik pengawasan keselamatan daripada ancaman saki baki peserta perhimpunan haram, semalam.

Mengenai pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Anwar adalah dalang dan petualang perhimpunan itu, Hishammuddin berkata, perkara itu sebenarnya sudah diketahui umum berdasarkan pengalaman polis mengawal perhimpunan haram sebelum ini.

“Siapa di belakang perhimpunan Sabtu lalu... siapa yang ke depan... mana perkara yang dibangkitkan BERSIH (tuntutan). Siapa huru-harakan negara... siapa buat tuduhan hari ini... siapa keluar masuk hospital... siapa yang pakai pendakap leher.

“Ini bukan satu perkara baru oleh tuan punya badan (Anwar). Dulu kita dituduh nak racun dia di penjara. Lari ke Kedutaan Turki kerana takut nyawa terancam. Dia dakwa brek kereta dirosakkan. Anak Nurul Izzah nak diculik. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kita dan ia bukan satu perkara luar biasa dengar pelbagai tuduhan,

Sabtu, 9 Julai 2011

ANWAR LARI LINTANG PUKANG....PUKIMAK PUNYA PENIPU BESAR...

Cedera tak seberapa tapi riuh satu dunia konon di pukul dengan teruk.....memang dasar kaki pukimak......

LANGSUNG PERHIMPUNAN HARAM BERSIH:SUDAH ADA YANG DI TANGKAP


Sebahagian daripada penyokong BERSIH yang baru memulakan laungan perarakan telah ditangkap pihak polis.

Secara tidak rasmi, seramai lebih kurang 20 penyokong BERSIH telah ditahan kerana dikatakan cuba menimbulkan kekecohan.

Kebanyakan penyokong yang ditahan dikenalpasti bukan menginap di Kuala Lumpur.

Namun di beberapa kawasan lain masih kelihatan lengang dan kawalan pihak polis memperlihatkan persiapan mereka menghalang BERSIH 2.0 diteruskan pada hari ini.

HIMPUNAN HARAM BERSIH:LANGSUNG SEKITAR SUASANA DI KUALA LUMPUR

Keadaan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dikawal ketat pihak polis bermula jam 6 pagi tadi namun beberapa kenderaan awam yang datang dari arah Jalan Chow Kit dan Jalan Sultan Ismail masih boleh melalui laluan berkenaan.

Sehingga kini sepanjang laluan kiri dan kanan dari Maju Junction hingga ke Dataran Merdeka dikawal sepenuhnya oleh pihak polis.
Sementara itu, orang awam dilihat memenuhi sekitar kawasan Masjid India dan berkumpul di beberapa tempat ekoran laluan utama dipenuhi polis. Manakala keadaan di Masjid Jamek terkawal. Operasi stesen Star LRT berjalan seperti biasa tetapi stesen Putra LRT ditutup. Difahamkan, sekumpulan anak muda yang datang dari Alor Setar, Kedah diminta meninggalkan Masjid Jamek selepas dikatakan cuba bermalam di situ.

Jumaat, 1 Julai 2011

HANYA ISA UNTUK YANG TERUS DEGIL


MUKTAMAD. Tiada lagi rundingan mengenai perhimpunan haram 9 Julai ini. Pihak polis sendiri menegaskan tidak ada mana-mana pihak dibenarkan mengadakan sebarang perhimpunan pada tarikh tersebut.

Bahkan menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang berkeras untuk meneruskan dan menyertai perhimpunan itu bakal dikenakan tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, polis dengan tegas menutup pintu rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini selepas nasihat diberikan kepada pemimpin masing-masing sebelum ini sia-sia.

"Mereka tetap berdegil mahu meneruskan rancangan perhimpunan haram masing-masing.

"Jadi kita dah selesai berbincang dan tiba masa untuk bertindak mengikut undang-undang," katanya.

Khalid memberitahu, sebanyak 2,136 laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak selain panggilan telefon yang tidak bersetuju dengan perhimpunan haram berkenaan.

"Ini menunjukkan orang ramai menentang perhimpunan haram tetapi penganjur tak peduli.

"Tiada sebab untuk mereka teruskan demonstrasi," ujarnya.

Sehingga kini katanya, sebanyak 115 orang ditahan ekoran perancangan mengadakan perarakan haram itu.

Pada Khamis, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga, bemesyuarat dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan meminta laluan supaya pihaknya dapat menyerahkan memorandum ke Istana Negara.

Pada mesyuarat itu, menurut Ambiga, Ismail melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan, walaupun diberi jaminan ia akan dijalankan secara aman.

Sementara itu, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) menggesa Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa membatalkan perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai ini, kerana ia boleh mencetuskan keadaan tidak stabil serta menjejaskan ekonomi dan pelancongan.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, ia juga menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya supaya mengadakan dialog dan bertukar-tukar pandangan dengan Bersih untuk menambah baik sistem pilihan raya.

"Kami juga merayu kepada Pemuda Umno dan Perkasa supaya tidak mengadakan perhimpunan balas pada masa yang sama. Jika ketiga-tiga pihak meneruskan perhimpunan itu, ia boleh mengakibatkan konflik dan keadaan huru hara,

AMBIGA TAK MAMPU TARIK RIBUAN ORANG KALAU BUKAN ADA DALANG DI BELAKANGNYA.


Saya berpendapat siapalah Ambiga untuk menghimpunkan ribuan beruk beruk bodoh kalau bukan ada manusia yang ingin berselindung di sebalik makna BERSIH itu.Amat wajar sekali kita gelarkan mereka yang tidak faham akan undang undang dan perasaan orang ramai untuk kita panggil sahaja mereka ini beruk yang tidak faham langsung apa itu keamanan.

Kalau nak diikutkan kekuatan Ambiga untuk menghimpunkan beruk ini sudah tentu tidak seberapa yang akan menyertainya tapi di belakangnya ada pukimak pukimak yang mahu menghancurkan negara ini....inilah harapan mereka yang sudah hilang pertimbangan waras.Lihat sahaja PAS bagaimana mereka laungkan ISLAM....Tapi bila tiba untuk menghancurkan dan menggulingkan kerajaan mereka buang jauh jauh ISLAM mereka.....Orang apakah begini????Amat jelas bagi PAS keuntungan politik lebih utama dari kepentingan rakyat yang sudah tentu akan menerima kesan dari perhimpunan haram nanti.

Bagi saya betulkah perhimpunan haram anjuran kumpulan pengacau yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai ini bukan perhimpunan politik?

Jika bukan, kenapakah wujud begitu banyak pemimpin Pembangkang dalam barisan jawatankuasa penganjurnya dan kenapakah pula parti terbabit begitu bersungguh-sungguh mengerahkan anggota dan penyokong masing-masing supaya turun ke jalan raya pada hari berkenaan?

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberitahu anggotanya bahawa beliau akan meminta bekas presiden Majlis Peguam, yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan haram itu, Datuk S. Ambiga membatalkannya jika kerajaan bersetuju memenuhi tuntutan kumpulan pengacau berkenaan.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, apabila Ambiga dilaporkan berkata beliau tidak akan mempedulikan kenyataannya itu, Anwar mendakwa beliau telah disalah petik oleh media berhubung perkara tersebut.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian berkata berikutan episod itu, mungkin sesetengah pihak beranggapan bahawa Anwar tidak mempunyai kuasa untuk mengawal keadaan, tetapi ada pula kelompok yang melihatnya sebagai suatu cubaan oleh kedua-dua pihak untuk mengawal kerosakan bagi mengelak orang ramai daripada mengubah pandangan mereka terhadap peranan tersembunyi yang dimainkan oleh PKR.

"Bagaimanapun, hakikat yang tidak boleh diubah ialah Anwar telah membayangkan kepada media yang beliau boleh meminta Ambiga membatalkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan haram itu sekiranya Barisan Nasional (BN) bersetuju mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil.

"Ini sudah pasti menimbulkan keraguan tentang dakwaan pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan itu bahawa ia bukan perhimpunan bersifat politik, tetapi semata-mata diadakan untuk memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil," katanya.

Pensyarah di Universiti Sains Malaysia itu berkata perhimpunan haram berkenaan, kali kedua diadakan selepas perhimpunan pertama anjuran pihak yang menggelarkan diri mereka Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007, merupakan tindakan populis yang berasaskan politik.

"Walaupun pengerusinya adalah bekas presiden Majlis Peguam, tapi mereka yang membarisinya diketahui umum mempunyai kaitan dengn parti politik, terutama parti pembangkang. Mereka terkenal kerana gemar menimbulkan isu melalui pendekatan populis untuk mempersoalkan tentang hak serta kebebasan, tetapi akhirnya menyalahkan pihak lain, dalam dalam kes ini, SPR," katanya.

Beliau berkata orang ramai sudah mula mempersoalkan motif perhimpunan haram itu dirancang dan mereka juga akan memerhati siapa yang akan menyertainya.

"Ia berbeza dengan Hindraf kerana perhimpunan yang diadakan pergerakan itu pada 2007 hanya melibatkan satu kumpulan. Tapi, perhimpunan yang akan diadakan ini dirancang supaya melibatkan pelbagai kaum dan sudah tentu ia akan memberi isyarat berbeza. Oleh itu, bagaimana kerajaan bertindak dan memberi reaksi terhadapnya amat penting kepada majoriti rakyat," kata beliau.

Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh berkata perkara yang menarik untuk dilihat ialah siapakah yang akan mengiringi Ambiga apabila beliau menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong kelak.

"Adakah pemimpin Bersih atau ahli politik yang akan mengiringi beliau?" tanya Baljit.

Beliau berkata kenyataan Anwar bahawa "beliau boleh berbincang mengenainya" memberi tanggapan kepada orang ramai bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS mempunyai pengaruh besar terhadap bekas presiden Majlis Peguam itu.

Malah, Makkal Sakti, yang anggotanya mengambil bahagian dalam perhimpunan haram Hindraf pada 2007 dan cuba melancarkan kempen membantah novel Interlok pada awal tahun ini, tidak berupaya mempengaruh orang ramai supaya berhimpun di jalan raya untuk mengadakan tunjuk perasaan.

"Memang tidak masuk akal lah jika dikatakan Pakatan tidak berada di belakang perhimpunan haram ini," kata pemimpin akar umbi Hindraf yang tidak mahu dikenali.

Beliau berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa kira-kira 100,000 anggota dan penyokong parti itu akan menyertai perhimpunan haram berkenaan, yang beliau sifatkan sebagai "Berjalan Untuk Demokrasi", manakala presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula meminta semua anggota PAS (berjumlah kira-kira sejuta orang) supaya menyertainya.

Parti pembangkang lain seperti DAP dan PKR juga berikrar akan menyokong perhimpunan haram itu.

"Ini dengan jelas menunjukkan bahawa ia adalah perhimpunan Pakatan. Perlu diingat bahawa secara peribadi, Ambiga tidak akan berupaya mempengaruhi walaupun 10 orang untuk menyertai perhimpunan itu, jika bukan kerana peranan Pakatan," katanya.

Pemimpin Hindraf P. Uthayakumar dilaporkan berkata anggota pertubuhan itu tidak akan menyertainya kerana gabungan parti pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai "Pakatan Rakyat" tidak memberi sokongan terhadap tuntutan 18 perkara mereka pada 2007.

Uthayakumar, yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata suatu ketika dulu, pergerakan itu menyokong Pakatan kerana ia tidak mempunyai pilihan daripada segi politik, tetapi selepas Pilihan Raya Umum 2008, keadaan menjadi semakin jelas bahawa gabungan parti pembangkang itu hanya mahukan undi kaum India dan tidak berminat untuk memperjuangkan nasib mereka.

Dalam temu bual dengan Bernama, Anggota Parlimen Wangsa Maju peguam Wee Choo Keong berkata Ambiga sepatutnya menyertai parti politik untuk memperjuangkan perkara berkaitan politik dan tidak berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan.

Katanya penegasan Ambiga bahawa perhimpunan haram itu akan tetap diadakan di jalan raya dan bukan di tempat tertutup seperti stadium, yang lebih selamat, menimbulkan tanggapan bahawa perhimpunan itu memang didalangi parti pembangkang dengan tujuan untuk mencari momentum politik.

Sebagai contoh, kata Wee, pada 2009, ketika menjadi presiden Majlis Peguam, Ambiga mengadakan jamuan malam untuk anggota majlis itu di hotel JW Marriot dengan mengundang beberapa ahli politik terpilih, khususnya daripada pembangkang.

"Selepas itu, pendedahan dibuat bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan RM90,000 untuk majlis itu.

"Kenapa mengadakan majlis itu atas nama Majlis Peguam, tanpa mengumumkan bahawa ia ditaja oleh kerajaan,

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH