tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 29 Ogos 2011

MAT SAPU DARI BODOH JADI BANGANG

alt

Mohamad Sabu@Mat Sabu memang seorang sempoi. Karektor pak lawaknya membuatkannya berada antara di rangking teratas di kalangan penceramah PAS.

Kekuatannya di pentas ceramah memberikannya markah yang lebih ketika PAS sedang mencari seorang hero untuk menggantikan Nasarudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS pada muktamar baru-baru ini.

Pada saat berdepan dengan senario politik menjelang PRU 13, PAS mahu seorang watak yang kaki balon rapat untuk belasah Barisan Nasional (BN) berbanding Nasarudin yang lebih low profile dan tertib.

Mat Sabu mungkin tahu sangat pengharapan perwakilan PAS yang telah meletaknya di kedudukan nombor dua dalam parti itu untuk bergandingan dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Bukan senang untuk memenuhi pengharapan yang besar itu. Siapa yang tidak resah dan bimbang kalau tidak dapat memuaskan selera mereka yang mengundinya.

Tempohnya belum lama setelah terpilih pada awal Jun lalu – kini ramai yang bertanya apa istimewanya Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS ?

Dari segi pembaharuan, tidak ada satu benda baru yang dibawanya dalam PAS. Beliau terus dengan karektor asalnya yang ‘ gitu-gitu’ saja.

Dan...dalam usaha untuk menjelmakan dirinya sebagai seorang hero itu, Mat Sabu terperangkap dalam silap langkahnya apabila cuba menconteng sejarah kemerdekaan negara dalam ceramahnya di Tasek Gelugor Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu – sehingga membuatkan ramai yang bangkit menghalakan senapang ke arahnya.

Isunya bukan kecil! Siapa yang tidak marah apabila beliau cuba mendewakan gerombolan komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Johor, yang dikira satu sejarah luka bagi pasukan keselamatan.

Beliau juga cuba menidakkan peranan Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar sebagai pejuang kemerdekaan.

Motifnya sebagai orang PAS semata-mata untuk gembar gembur kemerdekaan negara bukan hasil perjuangan UMNO.

Sebaliknya rentetan perjuangan kemerdekaan negara sejak dari penentangan Malayan Union hingga ke pemergian Tunku Abdul Rahman ke London jelas terpahat.

Kini semua orang sedang memerhati bagaimana PAS hendak ‘bersilat’ dengan dakwaan celupar Mat Sabu ini.

Adakah Datuk Nik Aziz Nik Mat hendak berdiri di belakangnya...begitu juga Haji Hadi?

‘Lawak’ Mat Sabu nampaknya kurang menjadi kali ini.

Gabranya jelas terpancar dalam menghadapi kecamanan yang meluap dari pelbagai pihak beliau cuba bersandiwara hendak melihat balik rakaman ceramahnya sebelum memberi sebarang ulasan mengenainya.

Satu dunia sudah melihat rakaman di You Tube rakaman ucapannya di Tasek Gelugor. Itulah yang diucapkannya. Lucu apabila beliau kata tak ingat.

Ini belum masuk bab bayaran bil rawatan kecederaan yang didakwa semasa menyertai perhimpunan haram Bersih 9 Julai yang ditanggong oleh Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang di mana beliau menjadi seorang ahli lembaga pengarahnya.

Jika mengikut peraturan yang ada beliau dikatakan tidak layak mendapat kemudahan itu.

Dari segi prinsip ia boleh mencalar imej PAS.

Juga kes video polis yang mendakwa beliau berbohong dilanggar kereta polis semasa perhimpunan haram Bersih belum selesai.

Jika terbukti berbohong....satu lagi beban ciptaan Mat Sabu yang PAS kena tanggung.

Kes dewakan komunis dan pertikai sejarah kemerdekaan pasti sukar dimaafkan oleh banyak pihak.

Ini bukan bab politik lagi. Ia melibatkan sentimen dan perasaan rakyat keseluruhannya.

Apapun PAS terpaksa terima inilah ‘ heronya’ Mat Sabu

Khamis, 25 Ogos 2011

AHLI PARLIMEN PAS MENGAKU ......

Harap-harap nanti jangan pula meletup tuduhan Dr Che Rosli Che Mat,Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor yang juga seorang saintis nuklear sudah ‘kena beli’.

Mereka yang menonton Buletin Utama TV3 Rabu malam pasti terkejut mendengar pengakuan berani beliau mengenai isu kilang Lynas di Gebang,Kuantan yang digembar gembur oleh PKR adalah selamat.

Apa agaknya reaksi Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh yang terus menerus main sentimen kilang itu tidak selamat bila mendengar pengakuan profesional dari seorang Ahli Parlimen rakan Pakatan Rakyat.

Pihak PAS sendiri bagaimana nak terima ‘ ledakan’ dari Dr Che Rosli ini ? Ini adalah kali pertama seorang Ahli Parlimen PAS ‘ menyimpang’ dan belasah parti sendiri secara terbuka begitu.

Pengakuan seorang terpelajar seperti ,Dr Rosli ini dalam isu Lynas juga mungkin boleh membuka mata kalangan ahli PAS yang taksub tentang beberapa isu lain misalnya kes video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Presiden PAS Datuk Seri Haji HadiAwang sendiri kata ‘ besi’ dan tidak boleh jadi bahan bukti.

Mungkin ramai lagi yang tidak puashati dengan cara bos mereka tangani isu yang libatkan kredibiliti dan bertentangan pendirian parti tetapi tidak berani bersuara macam Dr Che Rosli.

Dari pengakuannya dalam interbiu dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia jelas Dr Che Rosli selama ini memendam rasa melihat gelagat partinya ‘ untuk menutup kebenaran’ semata-mata kerana politik.


Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.

Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.

"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."

Profesor Dr. Ahmad Termizi pula berkata , "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.

Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.

"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.


"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."

Prof. Ahmad Termizi menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.

"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung

Isnin, 22 Ogos 2011

LANGSUNG DARI MAHKAMAH KES LIWAT ANWAR


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membacakan keterangannya kembali membangkitkan insiden dia dipecat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum didakwa dan dipenjara selama 15 tahun atas tuduhan liwat pada 1998.

Tertuduh yang memberi keterangan dari kandang salah turut membangkitkan isu konspirasi dan menyalahkan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraannya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang didakwanya tidak menjalankan tugasnya dengan adil.

Anwar turut membandingkan tindakan Hakim Mohamad Zabidin yang tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pihak-pihak yang dikatakan memprejudiskan pembelaannya dengan Hakim Akhtar Tahir yang sedang mendengar kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi

Ahad, 21 Ogos 2011

LAYAK KE ANWAR????

Layak ke Anwar mengetuai J/k terpilih sedangkan diri Anwar sendiri di selubungi segala masaalah yang amat2 menjijikan?????Kita pikir pikirkan lah ....
Kerajaan disarankan melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai jawatankuasa terpilih parlimen bagi memastikan wujudnya keseimbangan dalam usaha menambah baik sistem pilihan raya negara.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, pelantikan itu akan memberikan lebih kepercayaan rakyat terhadap tindakan dilakukan kerajaan.

“Ia juga menampakkan ketelusan dan keterbukaan kerajaan bagi memastikan sistem diadakan ini lebih baik dan ikhlas. Bukan sekadar ­syarat melengkapkan penam­bahbaikan. Jika tidak, sekurang-kurangnya panggil Ketua Pembangkang bagi menentukan siapakah akan dipilih dari kalangan kami dan apa hala tujunya. Ini tidak, kami tidak dimaklumkan, sebaliknya mengetahui melalui media,” katanya semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian dalam laporannya mencadangkan kepada kerajaan agar menambah ahli Suruh­anjaya Pilihan Raya (SPR) daripada tujuh kepada sebelas dengan mengambil kira suara pertubuhan bukan kerajaan.

Sementara itu Dr Wan Azizah mengakui penubuhan jawatankuasa itu menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memenuhi kehendak rakyat demi perubahan sistem pilihan raya negara.

“Bagaimanapun, penubuhan itu secara tidak langsung menjelaskan sistem pilih­an raya sedia ada mempunyai masalah dan kerajaan perlu memberi jaminan ia dilaksa­nakan sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia pernah dilakukan di Selangor di mana pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pilih­an Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggung­jawaban dan Ketelusan Sela­ngor (Selcat) diberikan kepada bekas Ketua Pembangkang Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Katanya, Mohamad Khir yang pada mulanya mempersetujui ja­wa­tan berkenaan bagaimanapun menolak selepas dipercayai mendapat tekanan politik dalaman partinya.

MEMANG SETAN RUPANYA ALI SETAN NI...

AGAKNYA memang ini satu trend. Bila sudah berubah, bertobat, mesti belasah kaum sendiri, belasah orang sana sini, kanan kiri, barulah betul. Barulah jiwa tidak kacau, agaknya.

Hari tu, Bob Lokman, kutuk dunia artis yang pernah diinjaknya lepas dia jumpa ‘jalan insaf’. Pada hal dunia itulah yang buat dia Bob Lokman. Bertahun-tahun dia jadi Bob Lokman dengan hasil seni, buat lirik, buat lawak..rasanya kalau dia duduk kedai kopi jual teh serbat saja, tak ada orang kenal siapa dia. Tapi bila dah jumpa jalan, kutuklah industri bagai nak rak. Yang tak betul dia, tapi yang salah dunia seni. Ada ka?

Dan dalam bulan Ramadan yang syahdu lagi mulia ini, tetiba seorang lagi bekas artis kena angin yang serupa. Dalam menyampaikan taskirah di sebuah masjid, ulang, masjid...di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang kelmarin, Azmil Mustafa (aka Ali setan) kutuk orang Melayu. Katanya, orang Melayu bodoh, Orang Melayu tak ada telur. Dan paling tak tahan, kutuk pula pembesar negara sampai ke Yang Dipertuan Agong! ..Dan, Azmil juga mengutuk seorang tua yang menegurnya dengan mengatakan haji dan zakat yang dilakukan orang itu sia-sia saja.

Sejak balik dari Syria ni, dah lagu tu ka? Isyy, isyhh…

Perkembangan terbaru ini amat mengejutkan. Kita hormat pendiriannya berubah kerana seingat saya, ceritanya dia dulu memang jahat macam setan masa muda. Maklumlah dia lama duduk Amerika. Jadi, bila dia berubah sebagai Muslim sejati, kita bersyukur. Dan bila dia pilih untuk kongsi pengalaman dalam kerja dakwahnya, kita pun yang pernah kenal dia tumpang bangga.

Cuma saya sedikit keliru, apakah yang dilakukan sekarang sebagai berdakwah atau berpolitik? Kenapa pula nak kait soal kerajaan, PM dan Agong dan lebih menyedihkan kenapa jadi begitu kasar sedangkan penyampaian dakwah itu mengikut Islam dan Rasulullah ada tertib, adab dan sopan yang halus mulus, bukan dengan berkasar dan mengutuk dan memaki hamun orang lain.

Apa tujuan kita berubah? Tentunya untuk jadi insan yang lebih baik, lebih menghormati orang lain dan mengasihi bangsa dan saudara seagama. Cara kita biarlah sederhana, kerana ini pun sememangnya dituntut dalam agama kita, bersederhana, bukan over sampai jadi berlebih-lebih pula.

Sebagai orang yang mengenali Azmil dari zaman dia berambut anika warna dulu, saya hanya terkilan jika dia memilih untuk berpolitik daripada berdakwah. Jika dia benar prihatin terhadap orang Melayu, sepatutnya dalam bulan yang penuh rahmat ini, dia bagi taskirah bagaimana orang Melayu patut berjuang dalam saf yang satu, bukan berpecah belah seperti hari ini. Atau kalau betul mahu berdakwah dan sayangkan anak Melayu, kenapa tidak sentuh soal murtad?

Nak kata dia kena rasuk setan, teringat pulak sekarang ni bulan Ramadhan, mana ada setan berligar…setan semua kena rantai. Jadi setan apakah yang telah masuk dalam badan Azmil sampai boleh keluar cakap macam itu dan paling tak sedap ialah bila kutuk org lain yang cuba menegurnya.. setahu saya, kita ni tak baik hina orang lain, apa lagi saudara seagama. Itu sifir hukum biasa yang tok nenek kita ajar. Jadi, apatah lagi bila jadi penceramah aka, pendakwah, dalam masjid pulak tu.

Berdakwah biarlah berhemah, bukan kutuk mengutuk.

Tapi, sebelum itu, buat Azmil, Bob dan artis lain yang sewaktu dengan mereka ini, yang sebenarnya, sebenarnya korang ni nak berdakwah atau nak main berpolitik?

WALAU MENGALIR AIR MATA DARAH SEKALIPUN PEMIMPIN2 PAS TIDAK AKAN TUNDUK

APA sudah jadi dengan Pas? Itulah persoalan yang terus menghantui ramai orang Islam di negara ini. Banyak isu kritikal yang melibatkan kepentingan Islam tidak mendapat pembelaan Pas.

Nama sahaja menggunakan istilah Islam dan mendakwa memperjuangkan Islam tetapi realitinya - tidak. Terdapat pertubuhan Islam di Indonesia turut terkejut dengan perubahan yang dibawa oleh pemimpin Pas yang cenderung ke arah pluralisme agama.

Dalam beberapa isu murtad, Pas yang suatu ketika seperti gajah naik minyak memperjuangkan kesucian Islam, kini menjadi seperti tikus ketakutan.

Sudah menjadi rahsia terbuka, ketakutan Pas adalah kerana mahu menjaga hati DAP dan PKR serta percaturan undi bukan Islam. ‘‘Kita mengambil pendekatan hati-hati supaya tidak mahu melukakan hati pengundi. Ana dah terangkan dulu, Pas kalau hendak menang lebih baik (besar), mesti mendapat sokongan orang Cina/India dan semua bukan Islam.’’ Demikian komen seorang aktivis Pas menerusi blog Penyokong Pas. wordpress. Sentimen dan hujah itulah yang memerangkap ramai pemimpin kanan Pas sehingga kelihatan tergamak melacurkan agama demi politik.

Sehingga hari ini, Pas masih belum menyatakan pendirian berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja yang dipercayai menjalankan gerakan murtad ke atas beberapa individu Islam.

Suara beberapa kerat pemimpin Pas seperti Ketua Dewan Pemuda, Nasrudin Tantawi yang mahu parti itu menyatakan pendirian, sedikitpun tidak diendahkan. Sebaliknya Nasrudin dicerca kerana ketegasan beliau mempertahankan kepentingan Islam dalam isu kemelut Jais-gereja.

Perkembangan tersebut rupa-rupanya meresahkan ramai ahli Pas di peringkat akar umbi. Malah Awang diberitahu ada kalangan penyokong Pas yang menangis apabila melihat tiga pemimpin DAP melawat gereja yang cuba memurtadkan orang Islam. Air mata menitis di bulan Ramadan kerana mengenangkan kegagalan parti tersebut sedangkan DAP jauh ke hadapan membela agama lain.

Maka tidak hairan sekiranya NGO Islam dan Melayu seperti Perkasa tampil mahu mengambil peranan parti itu dalam menjaga kepentingan Islam yang merupakan agama rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan. Awang bersyukur dengan reaksi umat Islam dan NGO Islam lain bersatu mempertahankan kesucian Islam.

Biarlah Pas terus menjaga kepentingan DAP dan undi bukan Islam. Ketika parti lain menampakkan kebijaksanaan berpolitik sambil mengutamakan agama mereka, Pas pula terperangkap dengan kebodohan sehingga menjual agama sendiri.

Rabu, 17 Ogos 2011

ISU GEREJA:PAS DAH TERBELIT

Semakin jelas PAS nampak terbelit dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Pada mulanya PAS yang mahu menjaga sekutu mereka –PKR dan DAP- enggan menyatakan pendirian dalam isu ujudnya dakwaan cuba memurtadkan orang Islam oleh pihak gereja terbabit.

Memberikan alasan ingin berlaku adil, PAS mahu berjumpa pihak JAIS yang melakukan pemeriksaan terhadap gereja dan pihak DUMC yang mendakwa JAIS menyerbu premis mereka.

Malangnya, atas nasihat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Agama di negeri itu, JAIS tidak akan bertemu PAS sebaliknya akan menyiapkan laporan kejadian dan menyerahkan kepada kerajaan negeri.

Sekaligus, ini membuatkan PAS terpaksa menyatakan pendirian menyokong tindakan JAIS dan mahu jabatan itu bertindak ikut undang-undang jika ada bukti ujud usaha memurtadkan orang Islam.

Rupa-rupanya, PAS bukan sahaja tidak dapat berjumpa JAIS bagi mendapatkan penjelasan sebaliknya pihak DUMC juga minta tangguh persetujuan bertemu PAS pada Selasa dengan alasan isu itu sudah mendapat liputan meluas.

Ibarat sudah jatuh di timpa tangga. PAS seolah-olah terpaksa terima hakikat bahawa mereka sudah silap perhitungan politik dalam isu ini.

Sekaligus menampakkan PAS terpaksa tanggung sendiri kesan kerana enggan menyokong tindakan JAIS sedangkan Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sudah menjelaskan mengenai kejadian itu ketika mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dua minggu lalu.
Pemimpin PKR dan DAP nampaknya tidak banyak bersuara dalam isu ini.

PAS kena terima hakikat teman ketawa ramai sekali, teman menangis...menangislah sendiri.

Sebenarnya, PAS boleh menunjukkan bahawa mereka memang memperjuangkan dasar-dasar Islam dengan menyokong tindakan JAIS.

Lagipun yang membuat kenyataan mengenai pemeriksaan itu adalah pemimpin parti itu sendiri.

Dr Hasan pernah jadi Naib Presiden, pesuruhjaya negeri dan kini ahli jawatankuasa PAS Pusat, tak kan mereka meragui keterangan beliau.

Bagaimanapun, disebalik kemelut ini, ada segelintir pemimpin PAS melihat isu ini jadi beban PAS disebabkan pertembungan Dr Hasan dengan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang kini timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.

“Perang’ mereka berdua dalam PAS Selangor bukan rahsia lagi.

Namun Khalid yang ditanya Agendadaily mengenai isu ini, mendakwa menghormati Dr Hasan sebagai Exco Agama di Selangor.

Isu ini katanya tidak ada kena mengena antara beliau dan Dr Hasan.

Sebaliknya beliau mempertikaikan tindakan JAIS apabila ada laporan jabatan itu menyerbu gereja berkenaan.

“Saya bukan hentam JAIS. Tetapi beri pandangan bahawa Islam kena hormat rumah ibadat agama lain. Malah tak boleh membunuh dalam rumah ibadat walaupun orang itu musuh,” kata Khalid yang ditemui di ibu pejabat PAS, Selasa.

Katanya, kekeliruan isu ini apabila JAIS kata tidak serbu manakala DUMC mendakwa sebaliknya.

“Sekarang bila JAIS kata mereka berbincang dan kemudian baru masuk periksa, saya setuju tindakan JAIS. Cuma kalau pihak gereja masih pertahan dakwaan kena serbu atau ceroboh, kena tunggu mahkamah lah,” katanya.

Khalid juga mahu JAIS mengambil tindakan jika benar ada gerakan memurtadkan orang Islam oleh pihak gereja.

“Saya pertikai tindakan JAIS bukan pertikai Dr Hasan,” katanya sambil meminta semua pihak tunggu sehingga JAIS menyiapkan laporan mengenai insiden itu.

Cuma yang menambahkan pelik bila Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali tuduh UMNO ada peranan dalam serbuan JAIS.

Alasannya UMNO nak bikin porak peranda kerajaan PKR,DAP dan PAS di Selangor.

Malangbya apabila ditanya apakah beliau ada bukti UMNO terbabit, Mustapha selamba saja kata akan maklumkan bukti itu jika dapat jumpa JAIS.

Kasihan PAS semakin pening setelah terbelit dan terjerat isu ini.

Cuma takut ada pemimpin PKR dan DAP nyanyi lagu Si Luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan...biarkan

Isnin, 15 Ogos 2011

KES VIDEO SEX ANWAR BELUM TUTUP BUKU LAGI....TUNGGUUUU AKAN ADA LAGI PENDEDAHAN BARU


Datuk Seri Wan Azizah Ismail boleh cakap apa saja tentang video seks 99.9 peratus tulen yang dikaitkan dengan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yakin sekali orangramai sudah ‘see through’ yakni tak percaya pada pendedahan panas yang dibuat oleh trio Datuk T.

Mungkin beliau membuat penilaian itu berdasarkan isunya agak sejuk kebelakangan ini setelah trio berkenaan dikenakan tindakan di mahkamah baru-baru ini kerana menayangkan video berkenaan.

Kata orang air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya.

Lagipun isu ini sebenarnya belum ada titik noktah.

Kalau setakat cakap ia fitnah, konspirasi dan sebagainya...itu sudah menjadi ayat biasa sebagai benteng pertahanan bagi empunya diri.

Cakap Presiden PAS Datuk Seri Haji Awang bahawa video itu besi dan tidak boleh dijadikan bahan bukti aktor dalam video itu ialah Anwar dinilai banyak pihak agak melucukan.

Ini kerana faktanya video berkenaan disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar dari luar negara.

Juga faktanya polis ada rakaman CCTV orang yang seiras Anwar di lobi lokasi di mana aksi seks itu dirakam.

Juga faktanya isu jam Omega belum terjawab.

Soal yang paling besar sekarang adakah trio Datuk T sudah ‘ letak senjata’ dalam isu dakwaan mereka bahawa aktor dalam video itu adalah Anwar.

Mereka seperti sunyi senyap kebelakangan ini.

Tan Sri Rahim Thamby Chik yang ditemui Agendadaily pada satu majlis berbuka puasa baru-baru ini memberi jawapan ringkas sahaja – ‘perjuangan belum selesai’.

Beliau ditanya adakah sudah ‘game over’ di pihak mereka VS Anwar.

Bagaimana pula dengan Datuk Shuib Lazim? Ketika ditemui secara berasingan,seorang lagi anggota Datuk T ini relaks saja memberi bayangan yang boleh buat Anwar tidak senang duduk.

Seperti juga Rahim,beliau juga geleng kepala ketika ditanya apakah isu video seks ini sudah boleh kira 'tutup buku'.

“Tunggu...” katanya bunyi macam ada sesuatu yang besar tentang Anwar masih tersimpan dalam poket mereka

Ahad, 14 Ogos 2011

SENANG NYA PAS BERUBAH

Betapa mudahnya pemimpin Pas menukar haluan dalam kes gereja.Jika minggu lalu PAS enggan menyatakan pendirian parti itu dalam kontroversi isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Damansara Utama selagi belum bertemu pihak JAIS dan gereja terbabit, petang Sabtu, pucuk pimpinan parti itu sudah mula tukar nada.

Barangkali kerana asakan dan pendedahan bukti mengenai usaha memurtadkan orang Islam oleh pihak Kristian serta sokongan Dewan Pemuda PAS Pusat kepada tindkan JAIS itu, PAS menyatakan pendirian rasmi selepas mesyuarat Biro Politiknya petang tadi.

PAS berpendirian bahawa jika ada bukti, JAIS hendaklah segera mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba memurtadkan orang Islam mengikut undang-undang atau enakmen Islam yang ada.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam sidang media selepas mesyuarat hampir dua jam di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Keputusan itu katanya, selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam.

Malah katanya, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam.

“PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami meletakkan dasar PAS adalah Islam...rujukan utama al-Quran dan Sunnah.

“Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan akidah Islam,” kata Mohamad.

Katanya, PAS tetap dengan keputusan sedia berjumpa pihak gereja dan JAIS bagi mendapatkan gambaran isu kontroversi di Selangor itu.

Menurut Mohamad, PAS mengambil pendirian jika JAIS ada bukti, jabatan itui hendaklah mengambil tindakan segera terhadap pihak yang cuba memurtadkan orang Islam.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan parti itu akan berjumpa dengan pihak gereja pada Selasa ini manakala pertemuan dengan JAIS belum dapat diputuskan kerana jabatan itu dalam proses siasatan dan menyiapkan laporan.

Berhubung dengan pendirian terbaru PAS dalam isu itu, beliau menjelaskan, ini mengambilkira pertemuan dengan JAIS akan mengambil masa.

Sebenarnya, tidak hairan PAS berubah nada kerana parti itu mungkin sudah terdesak jika terus berdiam diri dalam isu tersebut sedangkan pelbagai pihak menyatakan sokongan terhadap usaha JAIS itu.

Apatah lagi sebagai parti yang mendakwa memperjuangan dasar-dasar Islam, PAS boleh hilang sokongan dan pengaruh di kalangan penyokong-penyokong jika dilihat cuba memihak kepada sekutu mereka dalam pembangkang iaitu DAP dan PKR.

Pendirian terbaru ini sekali gus memperlihatkan kenyataan Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menyokong JAIS melaksanakan pemeriksaan tersebut ada benarnya.

Ia juga mungkin ambil kira sokongan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi kepada JAIS.

Bagaimanapun, pemimpin PAS yang terpaksa menelan pahit isu ini adalah ahli parlimern PAS Shah Alam, Khalid Samad yang menuduh tindakan JAIS itu ada kaitan dengan UMNO bagi menutup isu perhimpunan Bersih.

Selain itu, bukan sesuatu yang menghairankan kerana ramai maklum pertembungan Dr Hasan dengan Khalid.

Sekaligus ada pemimpin PAS yang lain melihat ini adalah isu negeri Selangor dan masalah peribadi kedua-dua mereka sahaja.

Namun, kerana Dr Hasan dan Khalid pemimpin PAS, mahu atau tidak, PAS Pusat perlu bersuara menyatakan pendiriannya walaupun tindakan itu ibarat sudah terantuk baru tengadah

Isnin, 8 Ogos 2011

KEDUDUKAN HASSAN ALI IBARAT BERADA DI HUJUNG TANDUK

Ramai pemimpin Pas tidak setuju dengan tindakan Hassan Ali menyokong tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja baru2 ini.Nampak nya antara Hassan Ali dan Pas sudah tidak sehaluan dalam banyak perkara.Apa sahaja tindakan Hassan untuk mempertahankan kesucian agama Islam akan mendapat tentangan dari pemimpin Pas sendiri kerana pemimpin Pas takut kehilangan sokongan dari orang bukan Islam walaupun ianya merugikan umat Islam.Inilah pemikiran pemimpin Pas sekarang.Hanya mahukan keuntungan politik dan bukannya untuk mempertahankan kesucian agama Islam itu sendiri.

Kerana itulah kedudukan Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali sebagai Exco hanya akan dibincangkan selepas kerajaan negeri menerima laporan lengkap mengenai serbuan gereja yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utama, Petaling Jaya dekat sini baru-baru ini.Ketegasan Hasan itu turut dibidas beberapa pemimpin pembangkang malahan, ada pemimpin Pas sendiri menganggap beliau tidak mewakili parti tersebut.

Ketegasan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menerima tamparan hebat apabila Abdul Khalid baru-baru ini mengeluarkan arahan supaya semua Exco Kerajaan Negeri 'menutup mulut' daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Dalam laporan hari ini, Hasan bagaimanapun berkata, beliau rela di-pecat sekiranya ketegasannya mempertahankan Islam serta menjaga kepentingan ummah tidak disenangi banyak pihak termasuk beberapa Exco kerajaan negeri

Ahad, 7 Ogos 2011

PEMIMPIN PAS TUNDUK KERANA TAKUT KEHILANGAN SOKONGAN

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah.

Katanya: "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas entri terbaru blog Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (http://zul4kulim.blogspot.com) bertajuk Genggam Bara Api!

Zulkifli dalam tulisannya yakin Dr. Hasan akan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor ekoran tindakannya menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan dakwah terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sebelum ini turut membid as Dr.Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu.

Malahan seorang pemimpin Pas menganggap kenyataan Dr.Hasan dalam isu berkenaan tidak mewakili parti itu.

Mengulas lanjut, Dr. Hasan menegaskan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Saya tidak mahu menyentuh isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut (gag order) oleh Menteri Besar. Tapi saya hanya menjawab mengenai soalan saudara berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh YB Zul mengenai nasib saya itu.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.

Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.

Dalam Muktamar Pas baru-baru ini Dr. Hasan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan daripada puak-puak Erdogan yang didokong oleh Anwar Ibrahim.

Ekoran kekalahan itu, Dr. Hasan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat dijangka bermesyuarat esok dan soal mengenai tindakan terbaru Dr. Hasan dalam soal gereja itu dijangka turut dibincangkan.

Difahamkan Dr. Hasan sering menerima tekanan daripada anggota-anggota Exco bukan Islam DAP dan PKR, jika soal-soal mengenai Islam disentuh.

Sebagai rekod selain Dr.Hasan terdapat sembilan lagi yang menduduki jawatan Exco Kerajaan Selangor iaitu Teresa Kok (DAP), Yaakob Sapari (PKR), Rodziah Ismail (PKR), Dr. Xavier Jayakumar (PKR), Dr. Halimah Ali (Pas), Iskandar Abdul Samad (Pas), Ronnie Liu (DAP), Elizabeth Wong (PKR) dan Ean Yong Hian Wah (DAP).

Dalam semua Exco itu, dikatakan Teresa Kok, Dr. Xavier, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong adalah antara mereka yang sering menentang Dr. Hasan.

Dalam pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang merampas Selangor daripada Barisan Nasional setelah memenangi 36 daripada 56 kerusi. DAP mendapat 13 kerusi, PKR 15 dan Pas lapan kerusi.



Rabu, 3 Ogos 2011

DENGKINYA WAN AZIZAH PADA ISTERI PM


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, rakyat Malaysia tidak akan melihat beliau membeli-belah di luar negara seperti sesetengah isteri para menteri. Ditanya sekiranya beliau mungkin akan kerap membeli-belah di luar negara sekiranya suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah." Menurut Wan Azizah, beliau sebelum ini pernah melawat luar negara ketika suaminya masih belum dipecat daripada kerajaan BN. Namun dalam lawatannya itu beliau sekadar melawat muzium seperti kompleks muzium kajian Smithsonian di Amerika Syarikat dan juga Museum of London. "Saya telah pergi ke luar negara dan bertemu seorang isteri duta (Malaysia) dan dia bertanya saya, 'ke mana Datin Seri mahu kunjungi?'. "Saya beritahu dia, muzium Smithsonian bagus. Kemudian dia beritahu saya, 'andalah isteri menteri pertama yang ajak saya pergi ke muzium," katanya lagi dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini. Katanya perkara yang sama juga berlaku apabila beliau mengunjungi Museum of London bersama isteri kepada seorang duta Malaysia. Wan Azizah berkata, isteri duta berkenaan selepas itu memberitahunya bahawa itulah kali pertama beliau berkunjung ke muzium di negara itu. Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau akan mengambil sikap yang sama seperti dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Rosmah – terbaru melibatkan dakwaan pembelian sebentuk cincin berharga RM24 juta. Dakwaan berkenaan mencetus kontroversi pada pertengahan bulan lalu apabila pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan pembelian cincin berkenaan. Berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” didakwa telah diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini tanpa dikenakan cukai import. Rosmah telahpun menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai satu fitnah yang tidak ingin dilayaninya

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger