tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 18 Jun 2009

UMNO PAS:UMNO TETAP LETAK CALON DIMANEK URAI

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) akan tetap meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini, kerana isu kerajaan perpaduan dan pilihan raya kecil di Kelantan itu adalah berbeza dan memerlukan penyelesaian tersendiri.

Najib yang juga Presiden Umno dan BN berkata, ini memandangkan perkara pembentukan kerajaan perpaduan dengan Pas masih belum memasuki peringkat perbincangan lagi.

"Belum ada perbincangan mengenai perkara ini (kerajaan perpaduan), kita terpaksa melalui proses pilihan raya (Manek Urai)," katanya selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Pichin, Serian di sini, hari ini.

Semalam, Pas Kelantan meminta Umno supaya tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu sekiranya benar-benar serius dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dipetik sebagai berkata, Umno tidak akan “bergaduh” dengan Pas dalam pilihan raya kecil itu sekiranya mereka benar-benar mendokong cadangan tersebut.

Mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mahu Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan Ahli Parlimen Bachok jika terus menyokong idea penubuhan kerajaan perpaduan, Najib menyifatkan ia sebagai tindakan yang menghairankan.

"Saya tak tahu apa di sebalik kenyataan Nik Aziz, pada kita sesuatu yang mendatangkan kebaikan adalah sesuatu yang harus diusahakan oleh kita," katanya.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, tindakan Nasharuddin boleh mencetuskan kecelaruan dalam parti.

Mengenai perbincangan dengan pemimpin BN Sarawak pada pagi ini, beliau berkata, ia membabitkan penerangan mengenai perbelanjaan terkini yang diperuntukkan dalam pakej rangsangan ekonomi yang pertama dan kedua.

Beliau berkata, kerajaan pusat akan bersedia mempertimbang keperluan Sarawak berdasarkan maklum balas dari pemimpin BN terbabit.

Katanya, lawatan dua hari ke Sarawak bermula semalam memberi kepuasan tersendiri kerana ia mencerminkan konsep 1Malaysia.

Najib berkata, lawatan ke kampung serta rumah panjang pelbagai etnik mampu memberi pemahaman mendalam rakyat mengenai konsep 1Malaysia.

Terdahulu di dalam ucapan, Najib mengumumkan peruntukan RM1.35 juta untuk pembinaan Awah Tun Abdul Razak kepada penduduk majoriti masyarakat Bidayuh di Kampung Pichin.

Beliau berkata, lawatan ke Kampung Pichin adalah permintaan peribadi beliau kepada kerajaan negeri selepas mengetahui ayahandanya pernah melawat kampung tersebut 43 tahun lalu ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikan projek bekalan air.

Najib memberi jaminan kerajaan pusat akan memberi sokongan kepada masyarakat Bidayuh di Sarawak yang sentiasa setia dengan kerajaan BN sejak dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH