tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 29 September 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:DAP DAN PAS AKAN BERDAMAI

PAS dan DAP - dua rakan sekutu dalam politik Malaysia yang sedang berkrisis di Negeri Selangor pada saat ini telah mencapai kata sepakat untuk duduk semeja pada 7 Oktober ini untuk membenamkan segala perbezaan yang tercetus di antara mereka.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahrir kepada mStar Online.

Perbincangan meja bulat itu adalah yang julung-julung kalinya diadakan sejak Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bertelagah secara terbuka dengan para pemimpin DAP dan juga PKR sejak tiga bulan yang lalu.

Usaha itu dilihat sebagai langkah terbaru bagi menjernihkan hubungan 'keruh' antara pemimpin DAP dan PAS khususnya di Negeri Selangor, yang jelas kelihatan tidak harmoni dengan masing-masing saling bercanggah pendapat mengenai pelbagai isu termasuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengecam dan mengkritik di antara satu sama lain.

Pada petang Isnin, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim dari DAP mendakwa Dr Hasan sengaja menumpukan kepada isu remeh-temeh di negeri itu sebagai percubaan untuk merosakkan reputasi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pentadbirannya.

Malah Teng dalam serangan paling pedas ke atas Exco dari PAS itu berkata, Dr Hasan cuba untuk menggambarkan Khalid sebagai seorang yang tidak cekap, tidak tegas dan tidak berkemampuan dalam melaksanakan tugasnya.

Menurut Teng, apa yang dilakukan oleh Dr Hasan beberapa bulan kebelakangan ini menunjukkan yang beliau mahu menyusahkan Khalid dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Teng semalam berhubung ketidakpuasan hatinya ke atas tindak tanduk Dr Hasan merupakan yang paling keras dan pedas berbanding kenyataan-kenyataan sebelum ini.

Sepanjang tiga bulan lalu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP secara terbuka berhadapan dengan krisis pertembungan pendirian khususnya dalam isu larangan jualan minuman keras di Shah Alan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Teng merupakan Pengerusi Selcat.

Jadi kedua-dua parti itu tidak mempunyai banyak pilihan melainkan duduk semeja bagi mencari titik persamaan baru dalam menerajui Kerajaan Negeri Selangor yang kini dikongsi secara bersama dengan PKR.

Pertemuan ini juga nampaknya diadakan ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan telahpun bermula. Kempen pilihan raya kecil bermula 3 Oktober manakala pengundian adalah pada 11 Oktober.

"Perbincangan meja bulat ini diadakan bagi membuktikan bahawa anggapan wujudnya krisis kepercayaan dalam Pakatan Rakyat khususnya antara DAP dan PAS, lebih-lebih selepas tercetusnya isu pengharaman penjuakan minuman keras di Shah Alam, adalah tidak benar.

"Idea usaha ini ialah menggambarkan hubungan kami masih baik dan kami masih boleh duduk berbincang, dan perbezaan pandangan tidak harus disalah ertikan oleh mana-mana pihak sebagai satu krisis," kata Roslan.

Pertemuan meja bulat ini yang akan dihadiri oleh 10 pemimpin mewakili setiap parti.

PAS Selangor akan diwakili oleh Hasan sendiri.

Roslan memberitahu, pihaknya akan mengadakan pertemuan meja bulat kedua jika perlu, bergantung pada hasil pertemuan pertama.

"Sama ada akan dikeluarkan apa-apa resolusi, ia akan diputuskan pada pertemuan Rabu depan," katanya.

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:PERGOLAKAN PAS SELANGOR SEMAKIN PANAS

Suasana 'panas' politik PAS Selangor kini beralih kepada ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula apabila Jawatankuasa Pengurusan PAS Selangor mahukan beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana menggesa Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meletak jawatan.

Sumber-sumber memberitahu The Star, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan PAS Selangor, Sabtu lalu.

Dr Hasan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Difahamkan, jawatankuasa tersebut akan menulis surat kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu.

"Tapi, anda tunggu dan lihat," katanya.

Khairuddin berkata, jawatankuasa itu juga sedang meneliti kenyataan-kenyataan Khalid yang boleh merosakkan imej parti.

Jelas beliau, Badan Perhubungan PAS Selangor berdiri teguh di belakang Dr Hasan yang hanya membuat kritikan membina untuk menambah baik Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Khalid sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan menggesa Dr Hasan meletak jawatan berikutan kenyataan-kenyataan beliau yang tidak konsisten dengan pendirian Pakatan Rakyat.

Dr Hasan telah menggesa pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam dan secara terbuka telah mengkritik Selcat berhubung tatacara yang dijalankan terhadap para pegawai daerah yang disiasat bagi mengetahui ke manakah wang peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri sebelum Pilihan Raya Umum 2008 dibelanjakan yang didakwa menghina dan memperkotak-katikkan maruah pegawai-pegawai kerajaan.

Sumber juga menyebut, wujud perbalahan antara Exco Selangor, Ronnie Liu dan pengerusi Selcat, Teng Chang Khim berikutan Liu telah dipanggil menghadap jawatankuasa bagi menjelaskan sebab beliau menggunakan peruntukan tahun ini dalam tempoh tujuh bulan.

Isu Selcat turut dibangkitkan ketika mesyuarat kelab penyokong-penyokong PAS, justeru perkara yang dibangkitkan Dr Hasan itu bukanlah satu isu baru.

Sumber juga menyebut, ramai pemimpin akar umbi PAS kecewa dengan Khalid kerana menimbulkan tanggapan bahawa Dr Hasan adalah pencetus masalah.

Khalid memang diketahui mempunyai hubungan yang dingin dengan Dr Hasan berikutan keputusan Pesuruhjaya PAS Selangor itu menggugurkannya (Khalid) sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu beberapa bulan yang lalu.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:NIK AZIZ PERLU BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEMUNDURAN KELANTAN

Sudah berapa lama TGNA menjadi MB Kelantan?Anda mungkin tahu jawapannya dan selama menjadi MB Kelantan tiada langsung usaha TG mahu menjadikan negeri Kelantan maju sebagaimana negeri negei lain.Oleh itu TG harus bertanggungjawab atas kemunduran Kelantan yang dilihat negeri yang sangat daif.

Pada satu tahap tertentu, beliau bertanggungjawab terhadap kemunduran Kelantan. Beliau perlu menerimanya. Di negara lain, orang akan letak jawatan jika mereka gagal," kata beliau bagi menjawab soalan mengenai kepimpinan Nik Aziz.

Dr Mahathir berkata demikian selepas majlis pembukaan Sidang Kemuncak Tadbir Urus Korporat 2009 hari ini yang bertajuk "Truth, Lies and Corporate Governance".

Kenyataan itu dibuat beliau berikutan gesaan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya Nik Aziz meletak jawatan kerana gagal membawa kemajuan di Kelantan.

Nik Aziz sebelum itu dilaporkan telah meminta Ibrahim mengosongkan kerusi parlimennya berikutan tindakan-tindakannya yang menjejaskan PAS.

Dr Mahathir berkata, masalah bagi situasi politik tempatan adalah ramai pemimpin yang enggan melepaskan kerusi mereka.

"Masalah dengan kerusi yang selesa diduduki adalah anda tidak mahu bangun langsung. Anda hanya duduk," katanya sambil menambah beliau berundur selepas 22 tahun kerana "Saya rasa orang telah bosan dengan saya."

Berhubung Ibrahim Ali, Dr Mahathir berkata, negara memerlukan lebih ramai pemimpin seperti beliau.

"Kita memerlukan seseorang yang berkecuali dan prihatin hanya kepada urus tadbir yang baik dan akan mengkritik sesiapa sahaja sama ada Kerajaan atau pembangkang," katanya.

Sementara itu, di Pasir Mas, pertubuhan Melayu tempatan bukan kerajaan mencabar PAS Kelantan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Tendong bagi membolehkan Ibrahim bertanding dengan Nik Aziz.

Timbalan Presiden Pusat Khidmat Penjagaan Rakyat Pasir Mas, Mohd Sapani Zakaria berkata, Nik Aziz harus bertanding kerusi itu dan membuktikan Ibrahim telah kehilangan sokongan di kawasan itu.

Isnin, 28 September 2009

TEOH BENG HOCK:SPRM GAGAL LAGI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini gagal dalam cubaannya untuk menangguhkan prosiding inkues kematian seorang pembantu politik, Teoh Beng Hock, selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan supaya ia diteruskan.

Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, yang mengetuai panel yang terdiri daripada Datuk K.N. Segara dan Datuk Ramly Ali berkata mahkamah tidak berhasrat untuk mengganggu prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan SPRM boleh terus memanggil lain-lain saksi.

Terdahulu timbalan pendakwa raya C.K. Wong yang mewakili SPRM memohon penangguhan sementara inkues itu sementara menunggu keputusan rayuan SPRM terhadap keengganan Mahkamah Tinggi Petaling Jaya membenarkan permohonannya bagi mengenepikan keterangan seorang saksi T. Sivanesan, yang mendakwa beliau didera dan diseksa oleh pegawaipegawai SPRM semasa disoal siasat tahun lepas.

Low berkata mahkamah juga akan mendengar kedua-dua perkara bersama memandangkan penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi Petaling Jaya masih belum disiapkan.

"Pendaftar mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar keduadua perkara bersama. Pendaftar juga akan menulis kepada setiausaha Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi untuk kenyataan sebab penghakiman, supaya ia disediakan dengan kadar segera," katanya.

Sivanesan sudah memberi keterangannya sebelum ini, namun beliau masih belum disoal balas oleh SPRM.

Inkues ditetapkan esok untuk mendengar keterangan daripada lain-lain saksi.

Pada 10 September, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Yeoh Wee Siam mengenepikan permohonan SPRM untuk semakan semula selepas memutuskan bahawa tiada apa yang menyalahi undang-undang, yang tidak betul atau tidak kena, dalam tindakan koroner membenarkan Sivanesan memberi keterangan pada inkues itu.

Beliau turut menolak permohonan SPRM untuk penangguhan.

Pada 9 September koroner Azmil Muntapha Abas berhujah bahawa laporan polis yang dibuat oleh Sivanesan pada 11 September tahun lepas yang mendakwa beliau didera dan diseksa oleh sekumpulan pegawai SPRM, adalah berkaitan bagi membantu inkues dalam menentukan punca kematiah Teoh.

Beliau kemudiannya membenarkan Sivanesan untuk memberi keterangan dan menerima laporan polis bersama dengan satu set gambar yang dikemukakan di mahkahmah yang dikatakan memaparkan kecederaan sebagaimana yang didakwa.

Ekoran keputusan itu SPRM menfail semakan semula keputusan koroner.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penylahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo mewakili keluarga Teoh, manakala peguam Malik Imtiaz Sarwar dan Azmah Yunus bagi kerajaan Selangor

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:IBRAHIM ALI BERI 10 HUJAH UNTUK NIK AZIZ PERLU BERUNDUR

Nik Aziz sudah memang layak untuk meletakan jawatan kerana makin lama TG memegang kuasa MB semakin banyak TG akan melalut.TG macam Samy Vellu yang kalau dah lama memegang kuasa makin besar kepala dan melalut.Inilah akibat kerana terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Kerana itulah perang mulut' antara Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengulangi desakan supaya Ahli Parlimen Pasir Mas itu meletakkan jawatannya semakin memuncak.

Hari ini, Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas dengan 'meminjam' logo Pas pada pilihan raya umum lalu menggariskan 10 hujah kenapa Nik Abdul Aziz mesti mengosongkan kerusi Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sejak 1990.

Berikut adalah 10 hujah yang dikemukakan oleh Ibrahim:

n Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.

n Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.

n Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.

n Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.

n Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.

n Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.

n Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.

n Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.

n Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.

n Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.

Sewaktu dihubungi Utusan Malaysia, Ibrahim menjelaskan tindakan beliau itu tidak bermotifkan dendam peribadi sambil mengakui beliau juga mempunyai kelemahan.

"Walaupun pahit saya kena bercakap sebab orang lain tak berani, saya tahu perkara ini akan menyebabkan saya 'dibelasah' dalam blog tapi saya menerimanya dengan senang hati.

"Saya tiada masalah peribadi dengan Nik Aziz, beliau nak kecam saya, hukum saya masuk neraka pun saya tak kecil hati tetapi saya kena tegur untuk kebaikan agama bangsa dan negara," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz mengulangi desakan supaya Ibrahim meletak jawatan jika mahu amal solehnya diterima Allah kerana rezeki yang diperoleh melalui jawatan tersebut adalah 'tidak betul'.

Desakan itu dibuat ekoran tindak tanduk politiknya yang semakin bertentangan dengan hala tuju Pas.

Ahad, 27 September 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:TINDAKAN DISIPLIN MENANTI HASAN ALI

PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan Hasan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Malah, mStar Online juga difahamkan Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini.

Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya 'mempertikaikan' isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu.

Langkah itu juga dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS, dijadual untuk diadakan 11 Oktober ini tetapi kemungkinan dipercepatkan ekoran pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin yang dihubungi tidak dapat mengesahkan bentuk tindakan disiplin yang kemungkinan diambil.

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

"Saya percaya Jawatankuasa Kerja akan meminta penjelasan daripada Datuk Hasan dalam isu ini. Kami akan mendapatkan penjelasan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil ke atas Hasan, Mahfuz berkata:

"Itu saya tidak tahu, tidak boleh pastikan... ia kena tanya pada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim (Tuan Man) (seorang lagi Naib Presiden PAS)."

Ahad lalu, Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah Selangor sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.

Hasan menambah, beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan yang seolah-olah "dilayan sebagai budak sekolah."

Oleh itu beliau turut berhadapan dengan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS sendiri.

Sebelum ini Mahfuz memberikan pandangan bahawa Hasan tidak wajar membangkitkan isu Selcat, yang dibentuk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secara terbuka selain tidak memahami soal pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif.

Tiga hari lalu, Hasan mempertahankan pendiriannya itu sambil mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu.

Mengenai spekulasi bahawa PAS negeri mahu menjalin kerjasama dengan Umno-BN Selangor, Mahfuz berkata, perkara tersebut tidak boleh diputuskan oleh kepimpinan negeri, sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh kepimpinan pusat.

"Apa-apa bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak, ia perlu diputuskan oleh PAS pusat... PAS negeri tidak hak untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad juga berpendapat bahawa Hasan seolah-olah sudah melampaui batasan sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kebanyakan pemimpin dalam Jawatankuasa Pusat yang saya hubungi berkongsi pandangan yang sama bahawa beliau harus memberikan penjelasan mengapa kenyataan sedemikian dikeluarkan secara terbuka, lebih-lebih selepas pernah diberikan amaran oleh kepimpinan pusat khususnya dalam isu jualan minuman keras.

"Nampaknya, pendirian-pendirian beliau sudah membelakangi semangat dan kesetiakawanan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Hasan sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kemungkinan mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai soal kekurangan pada Selcat, tetapi "itu bukan caranya untuk mengeluarkan pandangan beliau."

"Apa bentuk tindakan boleh diambil ke atas Datuk Hasan, ia hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Naib Presiden," katanya.

Khamis, 24 September 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:MANOHARA OOOHH MANOHARA

Walaupun hampir sebulan diserahkan writ saman fitnah, isteri dan ibu mertua Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, masih tidak memfailkan penyataan pembelaan bagi menjawab pernyataan tuntutan yang dikemukakan anakanda Sultan Kelantan itu.

Peguam Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Fakhry, ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah menyerahkan writ saman itu kepada ibu mentua Tengku Fakhry, Daisy Fajarina dan isterinya Manohara Odelia Pinot melalui Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates, bulan lepas.

Mohd Haaziq berkata Tetuan Fakrul Hisham yang merupakan firma guaman di negara ini, dilantik oleh seorang daripada peguam Daisy dan Manohara daripada Indonesia untuk mewakili kedua-dua mereka dalam kes saman fitnah itu.

Beliau berkata mengikut prosedur, keduadua mereka mempunyai tempoh 14 hari untuk memasukkan memorandum kehadiran dan selepas itu 14 hari lagi untuk memasukkan pernyataan pembelaan selepas writ saman diserahkan kepada mereka.

"Bagaimanapun, keduadua mereka telah pun memasukkan memorandum kehadiran pada pertengahan Ogos, tetapi sehingga sekarang mereka masih tidak menfailkan pernyataan pembelaan bagi menyangkal pernyataan tuntutan yang dikemukakan Tengku Fakhry," katanya.

Peguam Noor Hisham Abdullah, yang mewakili Daisy dan Manohara, gagal dihubungi kerana masih bercuti Hari Raya.

Pada 20 Julai, putera ketiga Sultan Kelantan itu menfailkan saman fitnah RM105 juta di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, terhadap ibu mentuanya dan isterinya kerana didakwa memfitnahnya dalam sidang media pada April dan Jun lepas.

Saman itu difailkan setelah Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Safarudin Tambi pada hari yang sama membenarkan permohonan Tengku Fakhry selaku plaintif untuk memulakan prosiding saman fitnah itu terhadap Daisy dan Manohara sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Tengku Fakhry mendakwa pihak defendan telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan yang bersifat umpatan dan fitnah mengenai dakwaan penderaan seksual terhadap Manohara, semasa sidang akhbar antara April sehingga Jun lalu.

Plaintif mendakwa pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti 'The Jakarta Globe', 'Banjarmasin Post', 'Detiknews', 'Kompas.com', 'Global TV' dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.

Tengku Fakhry mendakwa "perkataan itu dirancang untuk memperkecilkecilkan dan mengaibkan saya di kalangan ahli kerabat di raja Kelantan, kerajaan Malaysia dan rakyat jelata."

Putera ketiga Sultan Kelantan itu seterusnya mendakwa bahawa dakwaan dan sindiran itu adalah tidak benar, tidak berasas dan menyebabkannya mengalami kerosakan serius kepada reputasi peribadi secara nasional dan antarabangsa.

"Defendan-defendan melafazkan perkataan-perkataan tersebut dengan didorong oleh keuntungan kewangan," dakwa Tengku Fakhry.

Plaintif menuntut ganti rugi teruk, teladan dan pampasan berjumlah RM105 juta, faedah, kos serta perintah injuksi menghalang keduadua defendan daripada terus mengeluarkan perkataan fitnah.

Tengku Fakhry, 31 dan Manohara, 17, yang memegang gelaran Cik Puan Temenggong, telah berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.

Selepas sembilan bulan berkahwin, Manohara telah pulang ke Indonesia secara mendadak tanpa kebenaran dan pengetahuan suaminya

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:KERANA SELCAT HASAN ALI DIPERTIKAI RAKAN SENDIRI

Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhadapan dengan 'kritikan' pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk partinya sendiri ekoran kenyataan beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Beberapa pemimpin kanan yang dihubungi menyifatkan, selaku anggota eksekutif yang turut terlibat dalam penubuhan Selcat tahun lalu, Hasan yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Pesuruhjaya PAS negeri, tidak sepatutnya mempertikaikan badan itu secara terbuka dengan membelakangkan kepentingan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Isu yang dibangkitkan ini sepatutnya tidak berbangkit... Selcat ini berkaitan dengan legislatif, ada unsur pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif... sepatutnya tidak berbangkit," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mStar Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, sebagai anggota pentadbiran dalam kerajaan negeri sepatutnya ada satu bentuk persefahaman tentang soal pemisahan kuasa bidang antara eksekutif dan legislatif.

"Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.

"Saya percaya jika mereka betul-betul faham, maka tidak akan timbul masalah seperti ini... saya tidak tahu sama ada beliau faham aspek ini ataupun tidak.

"Apa pun isu ini tidak seharusnya dibangkitkan secara publik. Dengan bertindak sedemikian, ini sudah macam menafikan hak yang pada legislatif itu sendiri," kata beliau lagi.

Selain itu menurut beliau, dalam dunia sebenar tiada pihak yang disoal siasat oleh mana-mana jawatankuasa pernah atau akan gembira dengan cara dan prosedur siasatan dijalankan.

"Mereka yang disoal siasat mahukan layanan kelas satu," kata beliau sambil berseloroh.

Sehubungan itu Mahfuz menambah, Hasan sebagai anggota eksekutif seharusnya menasihatkan mana-mana pegawai kanan kerajaan, dalam kes terbaru Selcat yang melibatkan pegawai-pegawai daerah yang mengadu tentang perjalanan jawatankuasa itu, supaya mengambil tindakan yang mereka fikirkan wajar jika tidak berpuas hati dengan Selcat.

"Macam dalam kes Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh (dari DAP) yang digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat selama setahun.

"Keputusan disyorkan oleh jawatankuasa Parlimen dan apabila beliau tidak berpuas hati, beliau mengambil tindakan mahkamah (yang sedang didengar)," katanya.

Oleh itu, ujar beliau, Hasan perlu memahami bahawa Selcat atau apa jua jawatankuasa sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, anggotanya adalah terdiri daripada wakil rakyat, bukannya orang luar.

"Jadi bagaimana anggota Selcat boleh dianggotai oleh orang luar, macam bekas hakim? Jika pun Hasan tidak bersetuju, beliau seharusnya membawa isu ini kepada mesyuarat Exco untuk dibincangkan secara lanjut.

"Dan, kemudian membawa usul meminda Aturan Mesyuarat bagi mengubah keanggotaan Dewan dalam jawatankuasa... bukannya membuat kenyataan seumpama itu walaupun beliau merasakan tidak berpuas hati dengan Selcat," kata Mahfuz yang menafikan kenyataan Hasan itu menunjukkan Pakatan Rakyat Selangor berhadapan dengan krisis dan berpecah.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak bersetuju dengan syor Hasan agar Selcat dirombak.


Hasan Ali syorkan rundingan 3 penjuru cari penyelesaian

Pendirian Mahfuz itu turut dilahirkan oleh salah seorang anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam memberitahu, Hasan seharusnya memainkan peranan sebagai anggota dalam "satu pasukan kerajaan negeri Selangor."

"Beliau harus mencerminkan semangat berpasukan walaupun kita tidak gembira dengan keputusan-keputusan yang telah dibuat... bukannya membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan, tidak sewajarnya membuat kenyataan seumpama itu di khalayak umum," kata beliau.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Selcat sebagai jawatankuasa yang baru kemungkinan ada kekurangan-kekurangan tertentu yang boleh diperbaiki dalam jangka panjang.

Khalid menambah, Biro Politik PAS yang mengadakan mesyuarat baru-baru ini juga telah meminta setiap pemimpin parti yang menganggotai pentadbiran negeri agar memperlihatkan pendirian bersatu dan secara berpasukan apabila ia melibatkan soal kerajaan negeri.

Kini, Pakatan Rakyat memerintah negeri Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Selain itu ujar Khalid, pegawai-pegawai kanan juga perlu menerima tujuan penubuhan Selcat di samping memperlihatkan rasa tanggungjawab mereka terhadap kepentingan rakyat.

Jelasnya, walaupun sebelum ini mereka bertindak mengeluarkan dana dengan menerima arahan daripada kerajaan negeri terdahulu (sebelum 8 Mac 2008), tetapi apabila ia melibatkan wang awam, pegawai-pegawai kanan terbabit perlu menunjukkan sikap tanggungjawab masing-masing.

DAP JUGA PERSOAL HASAN

Di George Town, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga mempersoalkan kenyataan Hasan sambil berkata, adalah sesuatu yang luar biasa bagi Pesuruhjaya PAS Selangor itu mengesyorkan agar Selcat dirombak sedangkan beliau turut menyokong penubuhannya tahun lalu.

"Jika undang-undang ini (penubuhan Selcat) tidak betul, mengapa beliau menyokong untuk ia diluluskan? Beliau seharusnya sedar tentang ruang lingkup kuasa dan bentuk tugas beliau.

"Nampaknya beliau tidak memahami situasi itu," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lim juga berpendapat, Hasan seharusnya membawa pendirian mempertikaikan perjalanan Selcat menggunakan saluran dalaman, bukannya secara terbuka.

Perjalanan Selcat menjadi isu sejak minggu lalu apabila ia dikritik pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa tersebut.

Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi, selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Katanya, siasatan diketuai Teng dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Selcat akan mengadakan pertemuan susulan selama lima hari bermula 21 Oktober ini.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Anggotanya terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Teng adalah Pengerusi Selcat.

Semalam bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Muhamad Khir Toyo juga berpendapat Selcat wajar dirombak keanggotaannya sambil memberitahu mStar Online bahawa kontroversi Selcat menggambarkan wujudnya rebutan kuasa antara Teng dan Menteri Besar Selangor.

Rabu, 23 September 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:ORANG MELAYU MUDAH CAIR BILA DIPUJI

KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?

Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.

Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.

Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.

Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?

Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolam takungan air di Johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita. Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan bengkok.

Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-nilai agama tersebut?

Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul Aziz?

Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang sudah terkenal dengan imej ‘bersihnya’ seperti kelihatan seolah-olah ‘Umar Abdul Aziz’! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu. Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap Jamaah Islah Malaysia sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.

Terhakis

Umar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu? Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.

Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.

Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.

Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?

Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat menentang Islam atau negara Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya? Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?

Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), sampai bila-bila saya tidak akan percaya.

Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan masa kini, maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.

Biarkan

Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.

Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri, sebelum ‘terlebih’ mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan tertipu dengan permainan silap mata ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, sepanjang membaca tulisan saya di akhbar ini.

- Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:PKR NAK SERET SPR KE MAHKAMAH

Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Yusmadi Yusof berkata beliau akan membawa ke mahkamah sekiranya pengundi pos, khususnya dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang tidak diberi pilihan untuk mengundi secara biasa atau secara pos.

Katanya, ini memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain tanpa sebarang diskriminasi.

“Dalam hal ini saya berpendapat bahawa keadaan-keadaan yang membenarkan undi pos digunakan di Bagan Pinang tidak wujud untuk memberi alasan yang munasabah agar undi pos boleh digunakan,” katanya.

Menurut rekod pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pemilih, termasuk 4,925 orang melalui pos - yang sering dicurigai oleh pembangkang akan memenangkan calon BN.

Dalam satu kenyataan hari ini, Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, semua warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara.

“Hanya Perlembagaan sahaja yang akan membenarkan keadaan-keadaan tertentu di mana sesuatu tanggungjawab perundangan boleh disempurnakan di dalam keadaan yang berbeza daripada tanggungan warganegara yang lain.

“Sejarah perundangan menunjukkan undi pos hanya dibenarkan dalam beberapa keadaan tertentu yang tidak memungkin warga tersebut boleh mengundi seperti warga yang lain.

“Seperti tanggungjawab parajurit yang terlibat di medan perang seperti yang dilakukan pada tahun 1918 di England melalui Representation of the People Act 1918 yang berlatar belakangkan keadaan perang semata-mata di atas alasan “by reason of the nature of their occupation ... from voting at a poll,” katanya.

Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan pula, tambahnya, dengan jelas menetapkan bahawa kesaksamaan semua di bawah undang-undang.

“Dengan mengenakan undi pos kepada warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah perlembagaan, akan terjumlah kepada diskriminasi terhadap warga dan kelompok tersebut.

“Di dalam hal ini saya yakin ramai di kalangan warga dan kelompok tersebut seperti tentera dan polis yang tahu akan hak mereka, mahu menunaikan tanggungjawab mengundi seperti mana warga yang lain tanpa sebarang diskriminasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apatah lagi sekiranya ianya dibuat secara paksa dan bukanlah melalui pilihan warga tersebut.

“Bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi tersebut, saya mencadangkan agar warga dan kelompok yang sebelum ini terpaksa mengundi secara pos, dibenarkan untuk mengundi secara biasa ataupun diberi pilihan samada mahu mengundi secara biasa atau pun secara pos memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain tanpa sebarang diskriminasi.

“Di dalam hal ini saya berpendapat bahawa keadaan-keadaan yang membenarkan undi pos digunakan di Bagan Pinang tidak wujud untuk memberi alasan yang munasabah agar undi pos boleh digunakan.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke Mahkamah sekirangan SPR tidak mengambil tindakkan segera seperti yang dicadangkan iaitu memberi pilihan kepada warga dan kelompok yang didiskriminasi secara paksa untuk mengundi secara pos dan bukan dengan kaedah undi secara biasa,” tegas Yusmadi lagi.

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:BN PERLU AMBIL IKHTIBAR DARI PERMATANG PASIR

BN Perlu mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku di Permatang Pasir agar pemilihan calon Di Bagan Pinang tidak akan menjejaskan rentak kemenangan yang sudah menjadi kubu kuat Umno selama ini.Kerana itulah faktor calon sangat penting di nilai agar apabila sudah dibuat pemilihan nanti tidak akan lagi berlaku sebagaimana di Permatang Pasir yang menimbulkan banyak kekeliruan pada pengundi dalam memilih calon yang sesuai untuk menjadi calon wakil rakyat kerana pemimpin yang baik dan dilihat bersih menjadi pertimbangan utama pengundi di Dun Bagan Pinang nanti.

Ini kerana calon merupakan juga faktor penting yang perlu diambil kira dan semua pihak akan merujuk tentang kelebihan dan mana-mana kelemahan yang ada dalam calon-calon tertentu dalam kempen nanti.Umno perlu pastikan kali ini yang calon BN nanti benar benar bersih dari sebarang masaalah yang sudah tentu akan dimainkan oleh Pas nanti untuk melemahkan jentera BN di Bagan Pinang nanti.calon yang dipilih oleh BN perlu memiliki kredibiliti supaya tidak menjadi asakan dan modal parti pembangkang dalam menyerang calon BN nanti.

Selain dari bersih dari sebarang masaalah dia juga mesti mempunyai kekuatan pada dirinya selain daripada kekuatan yang dia boleh dapat daripada parti agar pihak pembangkang tidak akan menjadikan isu kelemahan dirinya sebagai senjata untuk melemahkan BN dan Umno nanti.

Oleh itu UMNO tiada pilihan lain dan perlu memilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk bertanding pada Prk di DUN Bagan Pinang.Sudah tentu pengundi akan terus mengekalkan kekuatan BN sekiranya calon yang diketengahkan nanti benar benar memahami masaalah rakyat disana agar pemimpin yang mereka pilih nanti mahu menjadi mata dan telinga pada mereka dalam menyelesaikan apa apa jua masaalah yang dihadapi penduduk di DUN Bagan Pinang.Sebenarnya UMNO boleh dan mampu untuk meraih dan mendapat majoriti yang besar pada pilihan raya kecil DUN tersebut yang mana DUN Bagan Pinang adalah merupakan kubu kuat Umno selama ini itupun jika pemilihan calon nanti benar-benar bersih.

Sudah tentu sekiranya calon yang tidak bersih di angkat sebagai calon di Bagan Pinang nanti, Tidak mustahil yang calon yang diketengahkan nanti akan menerima nasib sebagaimana di Permatang Pasir dan ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan pada parti dalam mengharungi PR umum ke 13 nanti dimana BN akan tewas.

Walau pun Dun Bagan Pinang menjadi kubu kuat BN selama ini tapi tidak mustahil BN akan kehilangannya sekiranya BN masih tidak dapat membela nasib rakyat yang sudah tentu mahukan pembaharuan.Oleh itu amat penting bagi komponen BN agar terus berusaha dalam menarik sokongan kaum Cina dan India yang dilihat masih belum cukup untuk membantu BN memenangi pilihan raya berkenaan.

Jadi sebagai jalan yang terbaik dalam menuju jalan kemenangan adalah baik sekiranya semua pemimpin parti mengutamakan parti dan bukannya diri sendiri, sudah pasti semua masalah dapat diselesaikan.

Selasa, 22 September 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:2 WAKIL BN INGIN KELUAR TANDA PROTES

Dua wakil Barisan Nasional (BN) yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), yang ditubuhkan tahun lalu oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, sedang mengkaji untuk keluar daripada badan itu sebagai tanda protes.

Salah seorang anggota tersebut, Ismail Sani memberitahu mStar Online hari ini bahawa beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan tersebut.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua memberitahu, rakannya, Sulaiman Abdul Razak iaitu wakil rakyat BN kawasan Permatang juga mempunyai pendirian yang sama.

"Saya akan membincangkan dengan lanjut bersama Datuk Seri Dr. Mohammad Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang sebelum mengumumkan pendirian muktamad," kata beliau.

"Saya mempertimbangkan perkara ini selepas mendapati tiada apa-apa keperluan untuk menganggotai Selcat," kata beliau lagi.

"YB Sulaiman juga mempunyai pandangan yang sama dalam isu ini," kata beliau dan menambah, keputusan akhir dijangka dicapai bulan depan.

Setakat ini, Ismail memberitahu, beliau hanya menghadiri satu pertemuan Selcat iaitu pada Mac lalu.

"Selepas itu saya tidak hadir," kata beliau tanpa mahu mengulas lanjut.

Sulaiman tidak dapat dihubungi semalam.

Jawatankuasa itu akan bertemu semula selama lima hari mulai 21 Oktober ini.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Selain kedua-dua ADUN itu, anggota Selcat terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).

Perjalanan Selcat kini dikritik dengan pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa mereka dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.

Kelmarin, Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin) menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti diri beliau sebagai penjawat awam.

Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu.

Bakhtiar mendakwa siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Kelmarin, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hasan Ali melahirkan pandangan yang serupa sambil menjelaskan beliau bersimpati dengan pegawai-pegawai kanan berkenaan.

Malah, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor mengesyorkan agar keanggotaan Selcat tidak hanya dihadkan kepada ahli-ahli politik semata-mata, sebaliknya dilantik kalangan bekas hakim dan bekas pegawai kanan kerajaan.

Kini ketujuh-tujuh wakil itu adalah ADUN di negeri Selangor.

Bagaimanapun Teng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam reaksi segera mereka semalam mempertahankan penubuhan Selcat.

Baru-baru ini, Khir pula berkata, cara Selcat menyoal pegawai awam negeri berhubung peruntukan ADUN sebelum ini akan menimbulkan krisis dalam pentadbiran negeri.

Bekas Menteri Besar berkata, krisis melibatkan moral serta persepsi kakitangan awam itu akan tercetus kerana Selcat dianggotai oleh mereka yang kurang arif mengenai prosedur pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, kekurangan itu menyebabkan Selcat yang dipengerusikan oleh Teng, selaku Pengerusi Selcat, hanya bertumpu mencari setiap kesalahan pegawai kerajaan negeri mengenai perbelanjaan peruntukan tahunan ADUN.

Sabtu, 19 September 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:RAKYAT BAGAN PINANG TOLAK KEHADIRAN ANWAR

Ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua, tiga hari lalu di Bagan Pinang yang kurang sambutan, memberikan gambaran bahawa sokongan kepada BN masih lagi di tahap yang kuat, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Namun, katanya, BN tidak akan mengambil mudah persiapan menghadapi pilihan raya kecil DUN tersebut pada 11 Oktober ini, meskipun sudah ada petanda awal bahawa usaha parti pembangkang untuk menawannya, tidak akan berhasil.

Katanya, BN yakin akan terus mendapat sokongan padu pengundi di kawasan tersebut selepas kempen awal parti pembangkang di situ baru-baru ini tidak mendapat sambutan.

"Tetapi kita tidak akan ambil mudah, kempen kita akan bergerak 100 peratus dari sekarang dan Pemuda akan menghantar jentera agak besar, dari peringkat tempatan, Negeri Sembilan dan negeri lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibunegara hari ini.

Menurutnya, hasil laporan daripada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas menunjukkan jentera pilihan raya BN kini telah benar-benar sedia di setiap peringkat.

Khairy berkata, mesyuarat penyelarasan itu telah mengenal pasti beberapa strategi yang akan diguna pakai bagi kempen kali ini termasuk daripada segi penerangan, mengenal pasti pengundi dan lain-lain.

Bagaimanapun baginya, apa yang paling penting keyakinan untuk BN mengekalkan tradisi kemenangan kerusi itu adalah berdasarkan kesungguhan, komitmen, perpaduan di peringkat Umno Bahagian Teluk Kemang dan di peringkat Umno Negeri Sembilan itu amat baik bagi memiliki jentera yang kuat.

Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Okt dan penamaan calon pada 3 Oktober. Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lepas akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu, mengulas mengenai program sumbangan hari raya Pemuda Umno hari ini, beliau berkata itu adalah sebahagian daripada pendekatan turun padang yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain menyampaikan sumbangan kuih raya kepada petugas di IPD Dang Wangi, Balai Bomba Hang Tuah dan Unit Kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur, mereka turut meninjau orang ramai yang pulang ke kampung di Hentian Bas Jalan Duta.

"Bagi saya setiap sayap Umno di setiap peringkat mesti ikut jejak langkah Perdana Menteri yang sendiri telah turun ke Puduraya sampai dua kali dan tinjauan mesra di Ibu Kota ni dah banyak kali, kalau kita Pemuda Umno tidak mencontohi pendekatan Perdana Menteri maka saya rasa rakyat akan fikir Perdana Menteri seorang saja yang buat," jelasnya.

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:SAMY VELLU LIABILITI PADA BN

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepemimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Dalam satu temu bual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy Vellu perlu melepaskan jawatan Presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum lalu, malah beliau sendiri pun kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah: “Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"

"Pemimpin Malaysia belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan... tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.

Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti komponennya, Dr Mahathir berkata: “Apabila ia menjadi masalah BN dan BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.”

"Kalau tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN... bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak campur tangan. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.

Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lalu, beliau berkata, mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.

Samy Vellu, kata Dr Mahathir, menjadi popular dulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.

Sementara itu, Samy Vellu berkata beliau sudah membincangkan pelan persaraannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, Jun lalu dan berpegang kepadanya.

"Saya berbincang secara terus terang dengan Perdana Menteri ketika saya menemuinya di Sarawak dan memberitahunya mengenai

pelan (persaraan) saya,” katanya.

Mengenai kenyataan Mahathir beliau adalah liabiliti kepada BN, Samy Vellu berkata Dr Mahathir bebas menyuarakan pendapatnya.

"Saya tidak terluka dengan komennya dan hormat saya terhadap beliau tidak akan berkurang," katanya.

Bagaimanapun, Samy Vellu berkata beliau sedih apabila baru sekarang Dr Mahathir melabelnya sebagai liabiliti “tetapi ketika BN menang (pilihan raya umum), saya dianggap satu aset”.

“Saya tidak terkejut dengan komennya tetapi saya fikir beliau enggan faham bahawa kekalahan BN (banyak kerusi) pada pilihan raya umum lalu bukan kerana saya,” katanya.

Samy Vellu menganggap komen Dr Mahathir ibarat “memberitahu seorang isteri yang masih muda bahawa dia cantik dan satu aset, tetapi apabila tua, dia dilabel sebagai liabiliti".

Bagi saya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu perlu meletakkan kepentingan Barisan Nasional (BN) mengatasi segala-galanya dengan melakukan perubahan termasuk berundur secara terhormat.Apa lagi yang Samy mahu lakukan sedangkan rakyat sudah menolak beliau semasa pru yang lalu lagi.Bukan sahaja rakyat yang menolak tapi kaum India juga sudah naik muak dengan berbagai alasan Samy untuk terus berada ditampuk kuasa dalam MIC.

Samy Vellu perlu sedar yang kekalahan teruk MIC dalam pru yang lalu adalah kerana sikap Samy yang tidak disukai oleh rakyat terutama orang India yang merasakan Samy sudah terlalu lama memegang kuasa.Jadi selepas tamat pemilihan ini Samy perlulah beri peluang pada orang lain untuk membawa MIC perubahan kerana walau apa pun perubahan yang nak dibawa Samy rakyat sudah meluat.Rasanya tidak perlu beliau berlengah lagi dengan memberi 1001 alasan. Samy perlu pandai mencermin diri dan janganlah menafikan hakikat beliau sudah terlalu lama dan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional.

Samy suka menyalahkan pihak lain termasuk kerajaan BN dan negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad. ‘‘Mereka tidak muak dengan saya tetapi dengan BN,’’ katanya semalam. Itulah strategi Samy untuk mendapatkan kembali sokongan kaum India sambil lupa hakikat bahawa rakyat lebih meluat kepada beliau.



Jumaat, 18 September 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:KENAPA BARU SEKARANG PAS PERTIKAIKAN UNDI POS

Usah mempertikaikan kaedah penggunaan undi pos! Ini nasihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kenyataan Pakatan Rakyat khususnya PAS semalam yang mempertikaikan amalan undi pos menjelang pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang bulan depan.

Justeru, SPR juga menolak andaian bahawa penggunaan undi pos hanya memihak kepada Barisan Nasional (BN) semata-mata selama ini.

Mengulas desakan Pakatan Rakyat semalam dan PAS awal minggu ini yang mahu agar undi pos dihapuskan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata:

"Saya nasihatkan PAS, tak usahlah risau. Proses undi pos berjalan lancar... bukan perkara baru."

Wan Ahmad juga mempersoalkan alasan yang diketengahkan Pakatan termasuk PAS apabila mempertikaikan penggunaan undi pos menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Jelas beliau, mekanisme pengundian pos telah ditambahbaiki ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

"Semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu, buat pertama kali SPR telah membenarkan calon dan ejen masing-masing berada di tempat pengagihan kertas undi dan pusat pengundian menerusi pos.

"Proses pengundian pos ketika itu juga disambut dan dipuji oleh calon PAS sendiri. Mengapa sekarang mempertikaikan kaedah undi pos?" kata Wan Ahmad.

Dengan mengambil kira keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Telok Kemang pada 2000, Wan Ahmad juga menolak tanggapan bahawa pengundian pos hanya menguntungkan calon BN.

Pada pilihan raya kecil itu, BN yang diwakili oleh S. Sothinathan memperoleh kira-kira 2,500 undi berbanding calon Keadilan, Roslan Kassim yang menerima kira-kira 2,000 undi.

Sothinathan memenangi pilihan raya kecil itu.

Bagan Pinang merupakan salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Telok Kemang.

"Itu satu bukti bahawa undi pos dijalankan dengan telus dan tidak memihak kepada satu-satu parti sahaja... ia hasil ketelusan ketika itu dan kini lebih telus dengan adanya calon dan ejen calon (dibenarkan) di tempat mengundi.

"Malah, berdasarkan keputusan pilihan raya di tempat-tempat lain, undi pos tidak semestinya seratus peratus pergi kepada calon BN kerana terdapat juga undi pos yang diterima calon lawan," katanya.

"Saya rasa orang membantah ini tidak faham (kaedah pengundian pos). Bila tidak faham, maka mereka percaya pada perkara-perkara yang mengarut.

"Justeru, kami bersedia untuk memberikan taklimat kalau mereka inginkan penjelasan, kami di SPR bersedia untuk memberikan penjelasan... tiada benda yang perlu ditakutkan, tidak semua undi pos pergi kepada BN," katanya lagi.

Semalam Pergerakan Pemuda Pakatan - PAS, DAP dan Angkatan Muda Keadilan - menuntut supaya SPR mengambil tindakan segera bagi memperbaiki beberapa aspek penting yang melibatkan pengundi pos dan juga mekanisme pengundian.

Tiga tindakan disyorkan ialah memansuhkan pengunaan Borang 2 Pengundi Pos, penetapan tempat mengundi bagi pengundi pos dan akses dan kempen kepada pengundi pos.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Oleh itu, kata Pergerakan Pemuda Pakatan, berdasarkan jumlah itu, adalah jelas bilangan pengundi pos yang cukup besar sudah tentu akan menjadi undi penentu semasa pilihan raya kecil kali ini.

Dalam pada awal minggu ini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan SPR pada 28 September ini bagi membincangkan prosedur undi pos yang dilihat tidak telus dan boleh dimanipulasi.

Salahuddin berkata, PAS akan mendesak SPR mengkaji semula sistem undi pos.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang diadakan 3 Oktober manakala tarikh pengundian, jika ada pertandingan, adalah 11 Oktober.

Mengenai Borang 2 Undi Pos, Wan Ahmad berkata, ia tidak boleh dimansuhkan penggunaannya selagi undang-undang berkaitan tidak dipinda.

Katanya, Borang 2 digunakan sebagai dokumen penyaksian kertas undi telah diserahkan kepada pengundi pos oleh pegawai pengurusan, yang dilantik oleh SPR daripada kalangan anggota tentera.

Borang itu perlu dikepilkan bersama kertas undi yang dipulangkan.

TEOH BENG HOCK:MEMANG SAH TEOH DIMARAHI OLEH RAKAN SENDIRI

Seorang saksi memberitahu bahawa beliau dikatakan terdengar suara Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah dengan nada tinggi memarahi Teoh Beng Hock dalam bahasa Mandarin, 'Ni lor' ketika mereka berada dalam tandas.

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bulkini Paharuddin yang mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina sehingga darjah enam berkata, berdasarkan pemahamannya 'Ni lor' membawa maksud: ''Awak punya hal lah ni."

Beliau memberitahu demikian ketika mengimbas semula kejadian yang berlaku dalam tandas ibu pejabat SPRM Selangor di tingkat 14, Plaza Masalam pada awal pagi, 16 Julai lalu.

Beliau dipanggil memberi keterangan sebagai saksi ke-22 pada prosiding inkues siasatan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu di Mahkamah Koroner yang masuk hari ke-21 hari ini.

Menceritakan semula kejadian itu, kata Bulkini, beliau sebenarnya tidak mengenali mendiang dan hanya mengecamnya menerusi seluar warna putih yang dipakai.

Menurutnya, pada pukul 2.30 pagi, 16 Julai lalu, Boon Wah menemuinya di ruang makan pejabat SPRM untuk bertanyakan arah ke tandas yang terletak di sebelah hujung pejabat itu.

Oleh kerana, Boon Wah tidak faham maka beliau terpaksa mengiringi dan menunjukkan tandas tersebut.

''Sebaik sahaja Boon Wah masuk ke bilik air, tiba-tiba seorang lelaki yang berseluar putih dan berbaju hitam (Beng Hock) turut masuk. Dia datang dari arah depan saya. Masa itu saya tidak kenal lelaki itu.

''Sejurus lelaki itu masuk, saya terdengar suara tinggi memarahi seseorang. Masa itu, saya dekat pintu tandas. Suara lelaki itu kedengaran memarahi lelaki seorang lagi yang saya rasa ia adalah suara Boon Wah,'' katanya sewaktu disoal oleh peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia.

Lima minit selepas itu, tambah saksi, beliau melihat Boon Wah berjalan melepasi ruang makan tanpa berkata apa-apa.

Menceritakan lebih lanjut mengenai Beng Hock yang tidak dikenalinya, menurut Bulkini, beliau hanya mengingatinya selepas beberapa hari melihat gambarnya disiarkan menerusi televisyen.

''Masa itu baru ingat, saya pernah terjumpa Beng Hock ketika Boon Wah masuk ke dalam tandas, mendiang pun masuk sekali,'' katanya.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi keterangan berhubung siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor.

Terdahulunya, Koroner Azmil Muntapha Abas mendengar keterangan Penolong Kanan Penguasa di Unit Siasatan SPRM Selangor, Mohd. Nazri Ibrahim yang ditugaskan merakam kenyataan Beng Hock pada pukul 1.30 pagi dan selesai dua jam kemudian.

Dalam tempoh tersebut, menurut Mohd. Nazri, Beng Hock nampak agak resah namun pada pertengahan sehingga selesai sesi rakaman, mendiang nampak tenang dan memberikan kerjasama.

Menurutnya, memandangkan tiada kecederaan fizikal kelihatan pada tubuh Beng Hock, maka beliau tidak bertanya sama ada mendiang mahu membuat sebarang aduan.

Kata Mohd. Nazri, sepanjang kenyataan dirakamkan, Beng Hock ada meminta izin hendak ke tandas lebih kurang lima minit.

Setelah selesai kenyataannya diambil, ujar saksi, mendiang telah diminta balik ke rumah untuk mengambil dokumen dan datang semula esoknya, namun dia memilih untuk berehat sekejap di sofa.

Turut memberi keterangan, seorang lagi saksi, Penolong Penguasa SPRM, Raymond Nior John Timban yang nampak Beng Hock sebanyak dua kali antara pukul 12 tengah malam 15 Julai dan 6 pagi, keesokkan harinya.

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:TUN MAHATHIR SEDIH DIKECAM AHLI UMNO SENDIRI

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan ianya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya. Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan Menteri Besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno. "Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M. Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.

Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata : "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya. Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata...suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi). Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.

Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.

"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.

Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya," katanya.

Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.

Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:PERANG BESAR DUA KERABAT DIRAJA

Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.

"Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.

"Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.

Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.

Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.

"Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini," katanya.

Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.

Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.

"Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.

"Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ," ujarnya.

Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.

"Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.

"Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai," katanya.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.

Ketika 'gerakan menyelamat' itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.

Dalam pada itu Sebanyak 41 kenyataan telah direkodkan daripada saksi-saksi berhubung pergaduhan membabitkan anggota dua kerabat diraja di dua tempat di Kuala Lumpur pada 24 Oktober tahun lepas, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Beliau berkata perkara itu perlu dikaji dengan terperinci dan mendalam bagi membuat keputusan yang adil dan saksama sebelum mendakwa mana-mana pihak.

"Oleh yang demikian, kertas siasatan perlu dikaji dengan mendalam dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengumumkan keputusan saya sebaik sahaja ianya selesai dilakukan," kata Abdul Gani dalam kenyataan di sini.

Kertas siasatan itu pertama kali diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 18 Nov, 2008 dan selepas diteliti oleh para pegawai saya, ia dikembalikan kepada polis pada 1 Disember untuk siasatan lanjut.

"Ia telah diserahkan semula semalam, 16 September, 2009 kepada Pejabat Pendakwa Raya Kuala Lumpur dan kepada saya hari ini," kata Abdul Gani.

"Namun begitu, pada masa yang sama polis dan pegawai saya saling berhubung dan memberikan nasihat," katanya.

Katanya, pada masa yang sama beliau difahamkan terdapat cubaan untuk menyelesaikan perkara itu secara baik antara kerabat diraja berkenaan.

"Bagaimanapun, keadaan itu tidak mendorong polis berhenti daripada menjalankan siasatan yang perlu berhubung mana-mana kesalahan jenayah yang mungkin telah berlaku dan Pejabat Peguam Negara "tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat untuk memudahkan sebarang bentuk penyelesaian yang dilakukan secara peribadi".

Terdahulu pada sidang media di KUALA LUMPUR hari ini, kerabat Diraja Negeri Sembilan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendakwa walaupun beliau dicederakan dalam pergaduhan di sebuah kelab di ibu negara pada hari berkenaan namun kes itu masih belum selesai sehingga kini.

Apabila tiada sebarang perkembangan berhubung kes itu walaupun laporan polis telah dibuat sejurus selepas kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Tunku Nadzimuddin berkata beliau akhirnya terpaksa bersuara.

"Saya menjadi mangsa serangan bersenjata. Saya diserang dengan senjata api dan saya telah dipukul di kepala dan muka saya. Tulang hidung saya retak dan saya mengalami kecederaan serius yang lain," katanya.

Tunku Nadzimuddin berkata beliau tidak mengetahui punca sebenar kejadian itu dan meminta agar polis segera menyiasat dengan adil bagi menyelesaikan kes berkenaan

Khamis, 17 September 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PEMUDA MAHU CALON BN DI TENTUKAN SEGERA.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berharap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dapat ditentukan dengan segera kerana ia menimbulkan banyak sangat tanda tanya di kalangan orang Umno dan juga pengundi di Bagan Pinang.

"Bagi saya spekulasi ini tidak sihat. Jadi, saya harap soal calon BN daripada Umno ini dapat kita putuskan dalam masa yang terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama wartawan Negeri Sembilan di sini, Khamis malam. Turut hadir Presiden Kelab Akhbar Negeri Sembilan Razali Pilus.

Ditanya adakah Umno dalam dilema untuk memilih calon berkenaan, beliau berpendapat tiada dilema sebab beliau dan juga pucuk pimpinan percaya bahawa kriteria yang paling penting ialah hendak mencari calon yang boleh menang.

"Apa saja latar belakang calon itu, kalau dia boleh diterima oleh pengundi di DUN Bagan Pinang, maka itulah calon yang kita perlu pilih," katanya.

Mengenai persoalan jika calon yang dipilih mempunyai rekod sedikit tercalar yang boleh menjejaskan kemenangan BN, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata: "Bagi saya calon itu perlulah memenuhi kriteria boleh menang dan sekiranya itulah calon yang kita rasa boleh menang, maka itulah calon yang perlu kita sokong.

"Pendirian Pemuda adalah jelas bahawa soal calon ini adalah hak mutlak pucuk pimpinan, tapi kita harap pucuk pimpinan pilih calon yang mana mengikut kajian kita buat adalah calon yang terbaik untuk menang di Bagan Pinang.

"Tapisan itu perlu kerana kita tidak hendak keadaan berlaku seperti di Permatang Pasir," katanya.

Sementara itu, katanya Pemuda Umno akan mengambil pendekatan lebih berkesan untuk mendekati dan meraih sokongan pengundi mudi terhadap BN di Bagan Pinang.

"Pengundi muda ini tidak ada kecenderungan tetap......dia boleh berubah. Jadi kita kena pastikan bahawa mereka ini dilengkapi dengan maklumat terperinci, sama ada melalui media arus perdana atau pun terutamanya melalui IT," katanya.

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:DAH HILANG AKAL KE ORANG MELAYU YANG INGIN MENYERTAI DAP

Kenapa orang melayu sekarang mudah sangat menerima Dap sebagai pemimpin dan pejuang untuk membela nasib orang orang melayu sedangkan Dap ingin menjadikan negara ini sebagaimana di Singapore.Apakah suatu hari nanti orang melayu sanggup duduk dibawah kuasa Dap yang kita ketahui adalah parti yang berasaskan parti kaum Cina.Mungkin kerana bencikan pemimpin Umno sekarang ada sebahagian pemimpin melayu sanggup untuk berada didalam barisan Dap hanya inginkan jawatan tanpa memikirkan apa akan terjadi pada nasib orang melayu nanti.Mereka yang menyertai DAP ini boleh kita anggap sebagai petualang pada bangsa melayu dan negara tanah air kita ini yang menjadi tanah bagi orang orang melayu.

Tindakan segelintir orang Melayu menyertai Dap mungkin terikut ikut dengan Pas dan Pkr yang berbaik dengan Dap dan ada segelintir pemimpin PAS sendiri yang mengiftiraf pemimpin Dap sebagai pemimpin yang membela nasib orang melayu.Ada pemimpin melayu sendiri yang menuduh yang Umno sendiri yang menyesatkan orang melayu.Apakah betul apa yang dikatakan pemimpin ini(Baca sini)

Yang menjadi persoalan kenapa ada orang melayu sanggup untuk menjadi boneka pada DAP dalam melebarkan lagi ideologi mereka untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Malaysian Malaysian.Pada Pas ,sudah terang terang DAP menolak cadangan Pas untuk menjadikan negara ini negara Islam tapi Pas masih lagi mahu bersama DAP sedangkan Pas boleh bersama dengan Umno untuk memajukan negara ini dengan orang melayu akan menjadi tunjang pada pemerentahan negara ini.

BAGI ORANG MELAYU YANG INGIN MENYERTAI DAP...FIKIR FIKIRKAN SEMULA KERANA NASIB BANGSA MELAYU HANYA TERBELA DAN DIBELA OLEH ORANG ORANG MELAYU.KITA TIDAK MAHU ORANG MELAYU DINEGARA INI AKAN MENERIMA NASIB BAGAIMANA NASIB ORANG MELAYU DI SINGAPORE.MASA ITU TIADA GUNA LAGI KITA TANGISI KERANA NASI SUDAH MENJADI BUBUR.

KALAU BENARLAH ORANG MELAYU INGIN BERPOLITIK KENAPA DAP MENJADI PILIHAN DAN BUKANNYA UMNO ,PAS DAN MUNGKIN JUGA KE PKR.MEMANG BENARLAH APA YANG DILUAHKAN OLEH PEMIMPIN KITA YANG MELAYU MUDAH LUPA.....LUPA KERANA KEJAYAAN KITA SELAMA INI....LUPA YANG KEJAYAAN INI AKAN HANCUR OLEH KERANA KESILAPAN KITA SEKARANG....LUPA BAHAWA NEGARA MALAYSIA INI ADALAH TANAH AIR BANGSA MELAYU....LUPA BAHAWA MEREKA INI ADALAH KAUM YANG MENDATANG KENEGARA INI SUATU MASA LALU....LUPA BAHAWA NASIB ORANG MELAYU DISINGAPORE TIDAK DIJADIKAN PENGAJARAN...LUPA BAHAWA SELAMA HAMPIR 60 TAHUN KITA MERDEKA KITAB DIKEJUTKAN DENGAN KEJADIAN 13 MEI....APAKAH ORANG MELAYU LUPA AKAN PERISTIWA SEMUA INI....JADI FIKIR FIKIRKAN LAH KEMANA ARAH TUJU KITA ORANG MELAYU....JANGAN SAMPAI KITA JADI ORANG SURUHAN PADA BANGSA YANG HANYA SEBAGAI PENDATANG DISINI SUATU MASA LALU....JADI KALAU KITA MASIH LAGI CINTAKAN BUMI MELAYU INI KITA BERSATULAH DIBAWAH PANJI PANJI ORANG MELAYU......

HANYA INILAH NEGARA MELAYU YANG MASIH KITA ADA........TERPULANG LAH PADA BANGSA MELAYU SENDIRI SAMAADA INGIN TERUSKAN BERADA DIBAWAH TELUNJUK DAP...........KITA ENUNG RENUNG KAN LA....LU ORANG PIKIR LA SENDIRI.....

ANWAR NIZAR BANGSA=T:ANWAR GAGAL DALAM PERMOHONANNYA.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan berhubung perbicaraan kes liwatnya.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan perkara tersebut kerana Anwar gagal untuk mematuhi syarat-syarat permohonan semakan semula kehakiman.

Hakim berkata, permohonan bagi semakan kehakiman di bawah Peraturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah bagi mencabar satu keputusan, perbuatan atau peninggalan pihak berkuasa.

"Saya memutuskan berdasarkan kes undang-undang, ia mesti ada perbuatan tertentu atau kesalahan tertentu ataupun penyalahgunaan kuasa tertentu.

"Ini adalah perkara dasar bagi sesuatu permohonan semakan kehakiman," katanya.

Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai "sama seperti mempersenda keadilan".

Beliau menamakan Peguam Cara 1 Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan "main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya."

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Hakim Azilatul juga berkata, Anwar tidak dicabar mana-mana penyalahgunaan kuasa oleh tujuh orang responden berkenaan yang memerlukan mahkamah menghalang mereka.

Semasa menghuraikan hujahan kehakimannya, Azilatul berkata dalam permohonannya, Anwar mahu menghalang pihak pendakwaan mengendalikan kes berkenaan dengan alasan wujudnya amalan berat sebelah, konflik kepentingan dan salah laku pendakwaan

Rabu, 16 September 2009

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:HARI INI DALAM SEJARAH 16 SEPTEMBER

Bagi rakyat negara ini yang mengingati sejarah, 16 September adalah tarikh penubuhan Malaysia.

Pada tarikh itu dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan, kemudian bersama Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.

Penubuhan Malaysia menerima tentangan hebat daripada Indonesia di bawah Presiden Sukarno yang melancarkan konfrantasi dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’.

Perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 tetapi disiytihar secara rasmi pada 16 September 1963 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Namun, bagi rakyat negara ini yang mengingati sejarah politik tanahair, 16 September khusunya pada tahun 2008 akan diingati sebagai tarikh bagaimana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan kerajaan baru pimpinannya di Putrajaya.

Semuanya bermula dengan perletakan jawatan isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai ahli parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi tersebut.

Ketika kempen pilihanraya kecil itu, poster-poster membayangkan perjalanan Anwar ke Putrajaya antara menarik perhatian ramai bahkan ianya juga antara faktor membantu kemenangan Anwar pada 26 Ogos 2008.

Malah, Anwar menyifatkan kemenangan beliau adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan di negara ini.

Penasihat PKR itu berkata, ia isyarat jelas rakyat bukan saja di Permatang Pauh malah seluruh negara mahu kerajaan membuat perubahan dengan mengutamakan kepentingan rakyat terutama dalam bidang ekonomi.

Beliau juga memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berjaya memastikan proses pilihan raya berjalan lancar padahal kebelakangan ini SPR sentiasa jadi bahan kritikan dan bertugas di bawah tekanan pembangkang yang menuduh suruhanjaya itu menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dengan nyanyian untuk menawan Putrajaya yang didendangkan ketika kempen pilihanraya kecil itu, irama itu diteruskan dengan cerita kononnya 30 ahli parlimen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak akan ‘lompat’ sertai pembangkang bagi menjamin mimpi Anwar jadi nyata.

Pasti masih ada yang ingat bagaimanan ahli parlimen BN yang membuat lawatan sambil belajar ke Taiwan sebelum tarikh 16 September diburu oleh beberapa pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun, segala usaha memujuk dan ada juga dakwaan untuk membeli wakil rakyat BN tidak berjaya hinggalah tanggal 16 September 2008 berlalu dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih Perdana Menteri ketika itu.

Bagi menutup kekecewaannya, Anwar mendakwa wakil-wakil rakyat yang dikatakan sudah bersedia menyertai pembangkang diugut supaya tidak menyertai pembangkang.

Peliknya sebelum itu, apabila wartawan meminta Anwar memberikan angka dan menamakan siapa ahli parlimen BN yang sudah setuju ‘lompat parti’, Ketua Pembangkang itu hanya membisu.

Sejak itu, pelan 16 September Anwar untuk menawan Putrajaya melalui pintu belakang menjadi bahan lelucon banyak pihak malah kencaman dan tempelak media.

Selepas itu Anwar masih menabur janji dengan memberikan tarikh selepas Hari Raya Aidiladha menyebabkan sekali lagi rakyat yang menerima perjuangan bekas penghuni Penjara Sungai Buloh itu ternanti-nanti saat tersebut.

Namun, semua itu tidak juga menjadi kenyataan dan yang jelas rakyat negara ini bahkan seluruh dunia yang mengikuti perkembangan politik Malaysia yang sentiasa bergelora selepas pilihan raya umum ke 12 pada Mac 2008 tertipu lagi.

Malah, rakan-rakan beliau terutama dari PAS sendiri awal-awal lagi tidak yakin cita-cita Anwar itu kesampaian.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali mungkin tersenyum sendirian sambil terbayang wajah selamba Anwar mengenangkan apa yang pernah dikatanya mengenai gempak 16 September itu tepat sekali.

Kini pada Rabu, 16 Spetember 2009, ramai rakyat negara ini yang menyokong mahupun menentang perjuangan politik Anwar yang ‘semuanya pembangkang betul’ akan memperingati tarikh itu sebagai genap setahun pembohongan Anwar Ibrahim.

Sifat terlalu yakin Anwar mengenai pelan 16 September serta laluan ke Putrajaya nyata memakan diri.

Bagaimanapun, bagi manusia yang juga dikenali Pak Sheikh ini, semua sandiwara ini bukan sesuatu yang pelik bagi beliau.

Cuma kini disebalik ulangtahun pertama pembohongan 16 Septembernya itu, ada rakyat negara ini masih tertanya-tanya kenapa beliau tidak berani melakukan sumpah laknat atau sumpah depan al-Quran dalam kes dakwaan beliau meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dan disebalik ulangtahun pertama pembohongannya itu juga, ada rakyat negara ini yang masih tertanya-tanya kenapa beliau melalui peguam-peguamnya yang tersohor cuba mengelak kes itu dibicarakan di mahkamah.

Kata orang berani kerana benar... justice delayed is justice denied.

Apapun, selamat ulangtahun pembohongan 16 September. Barangakali Anwar yang dijadualkan berceramah di Kampung Seri Rusa, Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson malam ini tentu ada janji baru hendak ditawarkan kepada rakyat khususnya pengundi pilihanraya kecil Bagan Pinang

ANWAR NIZAR BANGSA=T:RASUL MELAYU SUDAH DITAHAN

Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mengeluarkan perintah tahanan terhadap pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad, sehingga dibicarakan pada 7 Oktober depan.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad memutuskan perkara tersebut selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Bagaimanapun perintah tahanan yang dikeluarkan hari ini hanya sah sehingga tempoh lapan hari.

Oleh itu hakim menetapkan pada 24 September depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes berkenaan untuk pihak pendakwaan mengemukakan permohonan melanjutkan perintah tahanan.

Abdul Kahar ditahan Jabatan Agama Islam Selangor, (JAIS) di rumahnya dekat Sungai Long, Kajang kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Dia kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Dia dituduh buat pertama kali di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 2005 atas lima tuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Dalam prosiding hari ini, Abdul Shukor berkata kehadiran Abdul Kahar di mahkamah bukan atas kerelaan atau kesedarannya tetapi kerana telah ditangkap oleh penguatkuasa JAIS. Oleh itu, mahkamah perlu mengeluarkan waran tahanan terhadapnya sehingga tarikh perbicaraan akan datang pada 7 Okt ini.

"Tertuduh banyak kali mengelak untuk hadir ke mahkamah. Walaupun tindakan menahan tertuduh boleh memudaratkan kesihatannya tetapi mahkamah perlu pandang satu lagi kemudaratan lebih besar (iaitu) kepada agama Islam jika tertuduh dijamin," katanya.

Abdul Kahar mendakwa kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelum ini disebabkan dia menerima beberapa ugutan bunuh sehingga terpaksa melarikan diri.

Tertuduh berkata sehingga kini dia juga masih gagal mendapatkan khidmat peguam dan memohon mahkamah memberi peluang kepadanya untuk mencari peguam bagi mewakilinya.

"Saya merayu agar mahkamah membenarkan saya dijamin bagi membolehkan saya menyambut hari raya bersama keluarga. Saya bukan nak mengelak tetapi takut dengan ugutan bunuh dan sekiranya saya ditahan saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya kepada keluarga.

"Saya berjanji jika saya dijamin saya tidak akan melakukan apa-apa tindakan termasuk sebar risalah dan juga akan menghadiri perbicaraan," katanya.

Peguam pemerhati bagi Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar ketika merujuk dakwaan ugutan bunuh yang diterima tertuduh berkata, sekiranya tertuduh ditahan dalam penjara, keselamatannya akan terjamin kerana akan dikawal sepanjang masa berbanding jika dia berada di luar tahanan.

Abdul Kahar dituduh telah menyatakan, mendakwa dan mengisytiharkan diri sebagai "Rasul orang Melayu di zaman ini" sedangkan penyataan dan dakwaan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Dia juga didakwa menjelaskan doktrin palsu yang bertentangan dengan hukum syarak berhubung agama Islam, antaranya menyatakan sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar dan ibadah haji pula sia-sia dan merugikan.

Bagi tuduhan ketiga, Abdul Kahar didakwa mengingkari dan melanggar arahan Mufti iaitu masih menjelaskan amalan dan mengajar Ajaran Kahar Ahmad sedangkan ia telah difatwakan sebagai menyeleweng daripada Islam.

Pertuduhan keempat menyebut bahawa tertuduh didakwa telah mempersendakan amalan Islam dengan menyatakan: "Ibadah haji ialah perkara yang diada-adakan oleh kerajaan Arab Saudi dengan tujuan mengaut keuntungan" dan "Buat apa sembahyang tunggang-tonggek, membebel sendirian dan ia umpama orang mabuk dan berjudi".

Abdul Kahar juga dituduh menyebarkan pendapat dan ajaran, antaranya rasul tidak benar, yang bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa yang masih berkuat kuasa di Selangor.

Tertuduh, yang tidak bekerja, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman bernombor 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005

Selasa, 15 September 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:RAKYAT KELANTAN DINAFIKAN PEMBANGUNAN OLEH KERAJAAN PAS.

Kerajaan Pas Kelantan tidak menaruh minat tinggi untuk menjayakan pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER), menyebabkan negeri itu ketinggalan berbanding Pahang dan Terengganu.Mungkin dengan jaminan dari TGNA yang

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata polisi dan sikap yang berubah-ubah pemimpin negeri terhadap projek itu menimbulkan keraguan pegawai yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Beliau berkata, ketidaktetapan polisi itu menjejaskan keyakinan pelabur dan merencatkan usaha kerajaan pusat untuk melaksanakan infrastruktur asas bagi pelaksanaan projek di dalam program ECER."Apa yang kita lihat, Kelantan tidak berminat terhadap projek-projek pembangunan termasuk ECER sebagaimana yang dirangkakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Mahad Khazin Hamzah bahawa lembaga itu telah menyediakan lebih 10 tapak untuk projek ECER di Tok Bali, Pasir Puteh namun tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengusahakannya.

Sehubungan itu, Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata apa yang dilihatnya kerajaan negeri tidak bersungguh-sungguh dalam perkara itu seperti yang berlaku terhadap projek Universiti Malaysia Kelantan (UMK).Katanya, yang pasti rakyat Kelantan dahagakan projek pembangunan bagi mengubah masa depan mereka yang masih tidak menentu.

"Kita mahu pemimpin Kelantan menzahirkannya kalau nak katakan nak, jangan cakap sekali nak dan pada masa yang sama tak nak, ini tidak menyenangkan pegawai(ECER) mengambil tindakan," katanya.

Beliau berkata, pihak ECER mahu pastikan setiap projek yang dirancang dan dilaksanakan benar-benar mencapai kejayaan

ANWAR NIZAR BANGSA=T:MASID ADA PEMIMPIN YANG BELUM SEDAR LAGI

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga berpendapat bahawa masih ada parti politik dan pemimpin yang belum sedar untuk menerima hakikat sebenar walaupun mengalami prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Tanpa menamakan parti dan pemimpin yang dimaksudkan, Dr. Mahathir berkata, parti dan pemimpin terbabit belum menyedari kekecewaan yang diperlihatkan oleh pengundi pada 8 Mac 2008.

"Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar," kata beliau dalam blognya.

Dr. Mahathir berkata, ada ahli politik yang berpendapat jika dapat memegang jawatan Presiden parti, maka kemenangan mereka dalam pilihan raya sudah terjamin.

"Justeru, mereka ini berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut.

"Hasilnya mereka menang dalam parti. Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini.

"Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap," kata bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan bekas Presiden Umno ini.

"Rakyat tidak dapat membuat apa-apa, terutama apabila mulut rakyat tertutup. Demikian juga ahli parti. Tetapi apabila Pilihan raya umum diadakan maka rakyat sebagai pengundi akan nyatakan kekecewaan mereka," kata Dr. Mahathir yang bersara Oktober 2003.

BN mengalami prestasi buruk pada 8 Mac 2008.

Mesej yang sama telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63, Sabtu lalu.

Najib mengingatkan semua pemimpin parti komponen Bn bahawa tidak guna menjadi popular di kalangan anggota-anggota parti sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat, sehingga menyebabkan kehilangan sokongan rakyat.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen suara keramat ialah suara rakyat dan kuasa mutlak adalah di tangan rakyat dan mereka yang akan menentukan nasib BN dalam setiap pilahan raya umum.

Jumaat lalu, Dr. Mahathir berkata, MIC akan kehilangan sokongan daripada masyarakat India jika Datuk Seri S. Samy Vellu terus menerajui parti itu.

Tegasnya, MIC kini dilihat semakin lemah dan kekuatan parti itu tidak boleh dipulihkan semula jika Samy Vellu terus kekal sebagai Presiden.

Dalam tulisan terbaru blognya, Dr. Mahathir juga memberitahu, pemimpin-pemimpin parti terbabit masih merebut jawatan masing-masing dengan penggunaan cara-cara lama.

"Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat," katanya sambil menambah, ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan.

"Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan.

"Apabila ramai rakyat sebagai pengundi sudah benci kepada parti kerana amalan rasuah dan bodoh sombong, janji pembangunan dan menabur wang tidak akan berkesan lagi.

"Ingatlah apabila kelebihan undi sedikit sahaja, kehilangan sokongan daripada sebilangan yang kecil rakyat pun boleh sebabkan kekalahan," katanya.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH