tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 6 November 2009

NIZAR DEGIL BIN DOGOL:MAHKAMAH TANGGUH PENGHAKIMAN SIAPA MB PERAK YANG SAH

Soalan sama ada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat semula jawatan sebagai Menteri Besar Perak masih belum terjawab apabila Mahkamah Persekutuan semalam menangguhkan pengumuman penghakimannya berhubung isu itu ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Panel lima hakim berkenaan menangguhkan pengumuman keputusannya setelah mendengar penghujahan secara panjang lebar selama lebih enam jam daripada tiga pihak yang terlibat dalam isu perlembagaan Perak itu.

Para hakim yang menganggotai panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria dan Hakim-hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Semalam merupakan ruang terakhir bagi Mohammad Nizar mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa selama ini beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Krisis politik Perak bermula apabila dua anggota dewan undangan negeri daripada PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar daripada parti itu pada 30 Jan, diikuti tindakan anggota dewan undangan negeri daripada DAP Hee Yit Foong (Jelapang) meninggalkan parti itu empat hari kemudian.

Berikutan itu, Mohammad Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb bagi memohon baginda membubarkan dewan undangan negeri, tetapi permohonan beliau ditolak.

Pada 6 Feb, Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru dan berikutan itu, Mohammad Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah mahkamah menghalang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak mempunyai kuasa untuk memecat Mohammad Nizar daripada jawatannya kerana beliau (Mohamad Nizar) tidak memegang jawatan itu atas dasar perkenan Sultan.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya ketika menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah bertindak betul apabila baginda melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berpandukan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Negeri Perak, setelah baginda berpuas hati bahawa Zambry mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Mohammad Nizar, yang hadir di mahkamah semalam, mengemukakan rayuan.

Dalam hujahnya semalam, peguam utama Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar berkata Mahkamah Rayuan terkilaf dalam keputusannya kerana tidak mengguna pakai pendekatan yang tepat berhubung peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Katanya Mohammad Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan dan satusatunya cara yang boleh menyingkirkan beliau ialah melalui undi tidak percaya oleh anggota dewan undangan negeri.

"Undang-undang Tubuh Negeri Perak tidak memperuntukkan budi bicara bagi melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar," kata beliau.

Dalam hujah balasnya, Peguam Negara Abdul Gani Patail berkata Sultan Perak telah menimbang dengan teliti fakta serta keadaan yang wujud sebelum mengisytiharkan pada 5 Feb bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri.

"Jelas sekali, Sultan Perak telah menunaikan tanggungjawab baginda dengan cara paling berhemah," kata beliau.

Sementara itu, dalam hujah beliau, peguam Datuk Cecil Abraham berkata tidak terdapat peruntukan secara tegas dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang menyebut bahawa kehilangan majoriti oleh seseorang Menteri Besar hanya boleh ditentukan oleh undi tidak percaya.

"Dalam kes ini, ia juga boleh ditentukan oleh Sultan setelah beliau memanggil menghadap 31 anggota dewan undangan negeri bagi memastikan siapa yang mendapat sokongan majoriti di dalam dewan," katanya.

Terdahlu, mahkamah itu menolak permohonan Mohammad Nizar agar rayuannya didengar oleh 11 hakim.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, Mohammad Nizar berkata beliau kecewa dengan keputusan itu kerana kes berkenaan mempunyai kesan serius terhadap kepentingan awam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH