Halaman

Isnin, 16 Februari 2009

CERITA DI PENANG

Gerakan buat laporan polis berhubung kenyataan Guan Eng

16/02/2009 7:51pm

PULAU PINANG 16 Feb. — Pemuda Gerakan Bahagian Tanjong membuat laporan polis berhubung kenyataan Lim Guan Eng bahawa terdapat khabar angin kononnya Ketua Menteri itu akan dibunuh, yang disiarkan dalam beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada pukul 5.30 petang ini oleh Ketua Pemuda Gerakan bahagian itu, H’ng Koon Leng.

Menurut kenyataan akhbar yang diedarkan kepada wakil media di sini, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA