Sidang tergempar DUN Perak 3 Mac |
Feb 27, 09 4:55pm |
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan. Ia dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya. Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut. Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar. SATU LAGI CUBAAN DARI SPEAKER PERAK UNTUK MENDAPAT KAN SEMULA KUASA .APAKAH DENGAN CARA INI BN AKAN JATUH.SEKALI LAGI NIZAR MENCABAR KUASA SULTAN YANG TELAH MELANTIK DR ZAMBRY SEBAGAI MB . |
Halaman
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA