kamalfarsya

BERMULA 01/02/2009

Halaman

▼

Selasa, 31 Mac 2009

3 April...Najib Perdana Menteri baru


Semasa mengulong perbahasan di di Perhimpunan Agong UMNO Sabtu,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara jelas memberitahu seluruh para perwakilan UMNO di Dewan Merdeka PWTC beliau akan mengadap Yang Dipertuan Agong pada Khamis 2 April ini bagi mendapatkan perkenaan melaksanakan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun dalam sidang akhbar selepas perhimpunan itu berakhir masih ada wartawan yang nak pancing tarikh beliau akan serah kuasa kepada Najib.

Malah selepas Majlis Pelancaran Puncak Baru Sempena Pembangunan Semula Tapak Pasar Minggu Kampung Bharu ,Kuala Lumpur Isnin beliau terus diajukan dengan soalan yang hampir sama.

''Tunggu ajelah. Jangan minta saya cakap apa-apa. Semua ini akan berlaku bila tiba masanya kerana peralihan kuasa akan berlaku," kata Abdullah menjawab soalan berkenaan.

Difahamkan Perdana Menteri tidak dapat menyatakan tarikhnya kerana secara rasmi beliau perlu mendapat perkenaan tarikhnya dari Yang Dipertuan Agong terlebih dahulu.Atas sebab itu beliau hanya dapat menyatakan tarikh mengadap Seri Paduka sahaja.

Apapun sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily Isnin jika tidak ada aral melintang majlis angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri baru akan berlangsung di Istana Negara pada jam 9 pagi Jumaat 3 April ini

kamal di 3/31/2009 07:40:00 PTG
Kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

‹
›
Laman utama
Papar versi web

Mengenai Saya

Foto saya
kamal
Lihat profil lengkap saya
Dikuasakan oleh Blogger.