Halaman

Jumaat, 6 Mac 2009

Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat

Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat


Abdul Rahim Sabri | Mar 6, 09 7:53pm
Dewan Pemuda Pusat sekali mencabar Pergerakan Pemuda Umno Malaysia untuk berdebat.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cabaran Dewan Pemuda PAS berdebat mengenai isu pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)

khairy jamaluddin and umnoKali ini, Dewan Pemuda PAS mencabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat tentang isu siapakah sebenarnya penderhaka kepada Sultan.

Cabaran tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam surat yang dihantar kepada Khairy bertarikh hari ini.

Katanya, beliau menyerahkan kepada Khairy untuk memilih tarikh, tempat dan masa yang sesuai.

Nasrudin juga menyarankan agar debat tersebut disiarkan secara langsung oleh mana-mana saluran TV untuk membolehkan rakyat mengadilinya.

nasrudin hassanKetika dihubungi Malaysiakini Nasrudin berkata, surat cabaran tersebut dihantar kepada Khairy pagi tadi.

Jawab tohmahan

Menurutnya, debat itu bertujuan untuk mencari kebenaran terutama berhubung isu penderhakaan dan krisis politik di Perak.

Debat, jelasnya, adalah satu mekanisme untuk menjawab tohmahan bahawa Pakatan menderhaka kepada Sultan Perak.

"Pakatan Rakyat tidak ada peluang untuk menjelaskan kepada umum, kerana media utama dikuasai kerajaan.

"Cuma kita ada media yang terhad seperti media parti, internet dan blog untuk membolehkan masyarakat mengakses maklumat yang mana benar dan yang tidak benar," katanya.

Ditanya mengenai tarikh, tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan debat tersebut, Nasrudin berkata: "Perkara yang lebih penting ialah Pemuda Umno menerima cabaran ini.

"Terima tawaran, selepas itu kita berbincang di mana tempat dan masa yang sesuai untuk berdebat. Kita bersedia di mana dan bila-bila masa sahaja".

Sehubungan itu, Nasrudin berharap Khairy, yang juga ahli Parlimen Rembau, menerima cabaran Pemuda PAS.

Bagaimanapun, tegas Nasrudin, pihak bersedia berdebat dengan mana-mana pemimpin Pemuda Umno sekiranya Khairy menolak cabaran itu.

1 ulasan:

  1. sdr tuan punya blog

    saya tak berapa sokong khairy pasai kita semua maklumlah tapi budak ni berani. berapa byk orang pr kena bantai dgn dia tak kira pas dap pkr. berani bukan main. mesti best

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA