Halaman

Sabtu, 18 April 2009

EX-ADUN PENANTI BAKAL MASUK UMNO?

SPR belum memutuskan bila PRK Penanti akan diadakan. Malah, SPR sendiri belum memutuskan sama ada PRK Penanti bakal diadakan.

Menariknya, sudah ada khabar angin dan ura-ura yang mengatakan Fairus bakal melompat ke UMNO. Menurut khabar angin tersebut, Fairus membuat keputusan itu kerana berang setelah dia dijatuhkan oleh PKR. Jika ia benar, maka tak perlulah PRK Penanti diadakan.

Walaupun SPR mengakui sudah menerima surat perletakan jawatan Fairus, tetapi SPR boleh saja mengisytiharkan surat tersebut tidak sah. Mahkamah Persekutuan sendiri sudah memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa untuk memutuskan 3 ADUN Perak yang melompat parti dahulu masih sah sebagai ADUN.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tu, mudahlah kerja SPR untuk berkhidmat kepada UMNO/BN. SPR sendiri sudah mendapat mandat dari Mahkamah Persekutuan. Jika betul Fairus menyertai UMNO, SPR pasti akan mengisytiharkan surat perletakan jawatan Fairus itu "penuh keraguan" dah tidak sah. Maka, tidak perlu diadakan PRK. Ingat lagi cerita Encik Ragu? Sila baca di sini. Tapi jika Fairus tidak menyertai UMMO, pasti SPR akan terus mengisytiharkan surat itu sah. Semudah itu SPR menjadi barua kepada UMNO/BN.

Secara kebetulan pula, siasatan kes rasuah Fairus dikatakan sudah siap. Tapi hingga kini, SPRM gagal untuk mengemukakan sebarang dakwaan. Pelik sungguh. Dalam kes lembu MB Selangor, belum pun siap siasatan tapi si Pengerusi SPRM sudah isytiharkan MB Selangor bersalah. Efisyen sungguh! Tapi dalam kes Fairus ini agak lembab pula SPRM. Sama lembab macam kes ADUN Perak yang lompat parti dulu. Bila ADUN2 Perak tu lompat ke kandang UMNO, terus semua kes rasuah senyap. Jadi tak mustahil lah kes Fairus ni pon sama ja rentaknya. Masuk UMNO saja terus tutup kes.

Kalau benar Fairus akan masuk UMNO, maka akan lebih terserlah lah betapa PKR mengalami krisis moral di kalangan wakil2 rakyat mereka. Lepas sorang, sorang pula yang khianat. Dari dulu lagi ahli2 PKR ni mengundang masalah kepada Pakatan Rakyat. Sepatutnya, Anwar Ibrahim patut letak saja jawatan sebagai Ketua Pakatan sebagai bertanggungjawab atas krisis moral anak2 buahnya. Krisis moral PKR bukan sahaja merosakkan imej Pakatan, tapi memberi tempias kepada rakan2 Pakatan iaitu PAS dan DAP!

Gesaan supaya PKR lebih telus dan serius dalam memilih barisan calonnya dalam Pilihanraya sepatutnya bukan perlu nak difikirkan sekarang, tapi sepatutnya dilaksanakan dari dahulu lagi. Bukan setakat PKR, PAS dan DAP pon patut sama2 fikir2kan.

Umumnya mengetahui ahli2 PKR sendiri rata2 adalah dari serpihan2 UMNO yang ditendang keluar; baik DSAI sendiri mahupun ahli2nya yang lain. Jadi, serpihan sikap tak bertamadun UMNO rata2nya masih melekat dalam jiwa mereka2 yang belot ini. Maka tak hairanlah perangai mereka ini lebih teruk dari UMNO. Jika UMNO yang teruk dan busuk pun tak hendak kepada makhluk2 ini dan tendang mereka keluar, cuba bayangkan lah betapa jijik dan busuknya mereka ini yang lebih busuk dan jijik dari UMNO! Tapi, makhluk2 busuk dan yang lagi jijik dari UMNO ini pula diambil untuk dijadikan wakil rakyat mewakili Pakatan. Tak ke bodoh namanya?

Kesannya? Ada yang lompat parti, taik rasuah dan keluarkan fatwa SEKS ITU SEDEKAH!

Sebab tu lah aku hairan. Terdesak sangat ke Pakatan Rakyat yang nak sangat2 kepada makhluk2 yang sebegini?

DI ILHAM OLEH
PASCA PILIHANRAYA UMUM

4 ulasan:

  1. SEMOGA ANDA BERJAYA MENJADI PEMIMPIN MALAYSIA SATU HARI NANTI INSYAALLAH SAYA AHLI ATAS PAGAR YG 2KALI MEMANGKAH PR BUKTIKANLAH PERJUANGAN SAUDARA ASSALAMUALAIKUM

    BalasPadam
  2. apolah yang kau merepek kan ni.. kau ingat semua orang bodoh macam kau. nampak sangat tak sekolah

    BalasPadam
  3. Salam kamal,
    Yg bab ni kamal tak merepek, mcm ni aku suka sikit bila kamal menulis.

    Cuma aku tertanya2 pd kamal ni. Tak kan ler baru tau SPR ni barua kpd UMNO?? Atau saja nak sakitkan hati penyokong UMNO?? Staff SPR pun ahli2 UMNO gak nnt kena tukar sabah sarawak kalau tak sokong UMNO.

    Ttg SPRM tu lak..., aku rasa kamal ni mmg dah tau jawapannya.

    Kepada Pengundi Atas Pagar yg bg komen tadi, bagus ler cara anda utk menilai bakal2 YB ni, buat semakan dulu walaupun ianya dr UMNO ke, PKR ke??

    BalasPadam
  4. SALAM KELANA...MEMANG PUN SAYA TAK MEREPEK..KITA KALAU BETUL JANGAN SALAHKAN PULAK DAN KALAU SALAH JANGAN BETUL PULAK

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA