kamalfarsya

BERMULA 01/02/2009

Halaman

▼

Sabtu, 25 April 2009

PERUBAHAN UMNO:SETIAP JUMAAT HUJUNG BULAN NAJIB BERKAMPUNG DI IBU PEJABAT UMNO



Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memulakan langkah baru apabila menjadikan hari Jumaat sebagai hari untuk beliau memberikan tumpuan kepada urusan parti apabila berada sehari suntuk di ibu pejabat UMNO Malaysia.

Sebelum ini difahamkan, beliau akan berada di pejabat Presiden UMNO di Tingkat 39 Menara Dato Onn bagi menemui para pemimpin UMNO yang membuat temu janji dengan beliau.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat UMNO telah mengesahkan bahawa mesyuarat MT akan diadakan pada setiap Jumaat terakhir tiap-tiap bulan, yang dijadualkan berlangsung pada pukul 3.15 petang.

Dijangkakan juga, Najib akan berada di Ibu Pejabat UMNO sepanjang hari tersebut dengan melaksanakan tugas-tugas di pejabat Presiden, Menara Dato Onn.

Langkah ini diambil bagi memudahkan para pemimpin parti bertemu dengannya sebelum mempengerusikan mesyuarat MT di sebelah petang.


Terdahulu, kira-kira jam 9.45 pagi Najib yang tiba di bangungan UMNO disambut oleh 300 ahlli-ahli UMNO termasuk kakitangan kakitangan ibu pejabat parti itu.

Beliau diiringi Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Wanita Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sebelah tengharinya pula, Najib menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

kamal di 4/25/2009 02:46:00 PTG
Kongsi

1 ulasan:

  1. nazirulhazwanwsSabtu, 25 April, 2009

    Adakah hanya orang-orang PAS di Malaysia sahaja yang dapat masuk Syurga sedangkan orang-orang Islam lain tidak sedemikian? Cukuplah! Hentikanlah kerja-kerja karut ini. Bertaubatlah.

    BPN,
    aku tny mudah je,
    hang jawab dlm ati pun xpe k
    bg hang..
    nizar derhaka sbb x ikut ckp sultan
    betol x?
    die x layak masuk negeri perak kan bro
    sbb xdgr ckp ketua negeri
    kan?

    Al-Quran kitab dari Allah kan bro?
    arahan Allah byk sgt dlm kitab 2
    sbg contoh: hudud
    BN x buat
    so BN ingkar dan derhaka
    so layak ke masuk syurga?
    syurga milik Allah bro

    bro,aku x sokong mane2 bro
    tp aku mntk stp kali nak bercakap gune akal dulu
    mahathir aku respect sbb die bijak,
    nik aziz aku respect sbb die ulamak bro
    klu ade kate2 dari ulamak hang kne pk dulu,
    jgn terus serang bro

    kadang2 dlm islam ade byk y x logik pada akal
    contoh nye
    logik ke Allah suruh sembelih nabi ismail?
    x logik bro
    tp nabi Ibrahim melawan ke x?
    xkan?
    sbb arahan Allah
    so ape y ade dlm Al-quran hang kene kaji blk
    then baru kuar statement ape k,

    tq

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
Tambah ulasan
Muatkan lagi...

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

‹
›
Laman utama
Papar versi web

Mengenai Saya

Foto saya
kamal
Lihat profil lengkap saya
Dikuasakan oleh Blogger.