PEKAN 18 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat bukan menolak Barisan Nasional (BN) tetapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka.
Beliau berkata, oleh itu pemimpin BN perlu bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Perdana Menteri berkata, sekalipun berlaku tsunami politik semasa pilihan raya umum 2008, namun kejayaan beliau mendapat majoriti besar di Parlimen Pekan iaitu 26,464 undi, majoriti yang dilihat menongkah arus pada pilihan raya umum lepas itu, membuktikan rakyat senang dengan pemimpin yang selalu mendekati mereka.
“Maknanya rakyat tidak tolak BN tapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan meraikan perdana menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.
Najib berkata, pemimpin BN kini perlu mencontohi pemimpin terdahulu yang sentiasa bersama rakyat dan mengutamakan kepentingan rakyat.
UMNO dan BN kalah kerana rakyat tak suka. Pemimpin mcmn pun kalau pucuk pimpinan membawa polisi bodoh dan ketinggalan zaman, rakyat sentiasa menolak. Terima hakikat bhw pemimpin2 UMNO tidak mempunyai personaliti pemimpin yg padu. Hampir kesemuanya terpalit dengan kontroversi yg besar. Rakyat yg kebanyakannya celik politik sudah jelik dgn kepimpinan bodoh dan sombong ini.
BalasPadamsaya sudah dapat kesan kenapa blog kita tidak dapat dipaparkan di Internet explorer IE... Ini kerana abg kamal menggunakan Hit Counter widgeo (yg ada klr pic bendera mengikut negeri tu) cuba abg kamal remove hits counter tersebut... TP seblm tu copy paste kat word dulu html dia... mana lah tahu abag kamal nak gunakan juga ker...
BalasPadam