Halaman

Isnin, 27 April 2009

UMNO PAS:NIK AZIZ PUN MERAPU JUGA

Kejap tak setuju ,kejap terima,kejap boleh tapi dengan bersyarat pula,Nik pun dah merapu juga ke?

'Letak syarat terima kerajaan campuran'


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak menolak pembentukan kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN) jika Pas ditawarkan kementerian penting seperti kewangan dan pelajaran.

Nik Abdul Aziz berkata, jika BN ingin menawarkan Pas untuk bersama membentuk kerajaan campuran, mereka mesti bersedia untuk menyerahkan dua kementerian berkenaan kepada wakil parti itu.

Perkara itu dinyatakan anak lelaki Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, dalam blognya, sambil mendakwa pembantu bapanya cuba melaga-lagakan antara beliau (Nik Abdul Aziz) dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, Pas perlu miliki kementerian yang penting bagi membolehkan program Islam dilaksanakan.

"Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai bapa. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan kerana bukankah beliau lantang menolak Kerajaan Perpaduan dan bukankah beliau berang dengan cadangan Abdul Hadi.

"Biar saya beritahu anda, bapa hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah agama itu ada, bagaimana beliau akan tolak mentah-mentah," katanya.

Beliau mendakwa, Nik Abdul Aziz menolak Kerajaan Perpaduan adalah disebabkan hasutan pembantunya yang kononnya serba tahu dan mereka berseronok untuk melaga-lagakan antara kedua-dua tokoh Pas itu.

Katanya, Nik Abdul Aziz pernah menghentam kerajaan campuran tetapi selepas pertemuan 10 minit dengan Abdul Hadi, beliau tidak lagi menyerang Presiden Pas itu kerana sudah mendapat penjelasan sebenarnya.

Nik Abduh berkata, pembantu bapanya kini tidak berpuas hati atas kegagalan mereka untuk melaga-lagakan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.

Berhubung pemilihan menjelang Muktamar Pas Jun ini, Nik Abduh berkata, wujud usaha yang dirancang rapi untuk memisahkan kepimpinan ulama daripada menerajui parti itu.

Katanya, nama Nik Abdul Aziz juga digunakan yang kononnya menyokong sesetengah pihak bagi tujuan mencapai hasrat mereka untuk memperoleh kemenangan.


2 ulasan:

  1. engkau ni pembohong besar..
    main pakai cakap kepala lutut
    ko baca mana maklumat ni?
    dari surat kabo ko ke
    patut bangang tak habiss
    matang la bebe
    nama dah beranak
    otak cam budak2
    breapa khinzir jahat bayar ko buat blog nie?

    BalasPadam
  2. langkah sumbangSelasa, 28 April, 2009

    sekarang ni aku dah semakin keliru...
    ramai retorik dan hipokrit dalam pas...dan ramai jugak manusia fasik@munafik dalam umno...

    yang betul2 berjuang takde tempat dalam politik tanah air kita...termasuklah aku...

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA