Halaman

Ahad, 31 Mei 2009

PENANTI:TERKINI DARI PENANTI

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti adalah 29.86 peratus iaitu mewakili 4,593 pengundi, menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dihubungi Berita Harian di sini, hari ini.

BERIKUT perkembangan sejak pagi tadi pada hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang.

12.20 TENGAH HARI: Calon PKR Mansor Othman melawat pusat mengundi SMK Guar Perahu. Suasana di sini juga lengang.

12.15 TENGAH HARI: Paras keluar mengundi 'dingin' - hanya 29.86 peratus atau seramai 4,593 orang yang telah menunaikan tanggungjawab mereka sehingga 12 tengah hari.

11.30 PAGI : Dua calon Bebas, Nai Khan dan Aminah Abdullah bertemu ketika melawat pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Mengkuang.

10 PAGI : Kira-kira 14.6 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab. Orang ramai terus memenuhi pusat-pusat mengundi. Proses pengundian berjalan lancar.

9.15 PAGI : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof melawat peti undi di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat.

9.10 PAGI : Tinjauan di beberapa pusat pengundian mendapati Parti Keadilan Rakyat mematuhi arahan tersebut dengan menyediakan meja semakan.

Bagaimanapun kenderaan parti yang menghantar pengundi tetap mempunyai logo parti. Namun tiada sebarang tindakan diambil, pihak polis masih berkompromi dalam isu tersebut.

8.45 PAGI : Calon Bebas, Nai Khan Ari membuang undi.

8.30 PAGI : Calon Bebas, Nai Khan Ari tiba di pusat pengundian dewan KAFA Kg. Tun Sardon.

8.15 PAGI : Orang ramai mula beratur untuk membuang undi masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti.

8.00 PAGI : Pusat pengundian di DUN Penanti mula dibuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA