Halaman

Isnin, 25 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:GELARAN MENTERI BESAR MAHKAMAH WAJAR BUAT NIZAR

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berkata gelaran “Menteri Besar Mahkamah’ patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

Beliau berkata oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohammad Nizar, sewajarnyanya gelaran itu diberikan kepada bekas menteri besar Perak itu dan bukan dirinya.

“Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

“Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu,” kata Zambry kepada pemberita di sini hari ini semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu Sabtu lepas bahawa beliau adalah “Menteri Besar Mahkamah" dan tidak mewakili seluruh rakyat Perak.

Nik Aziz tidak senang

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang tidak bermoral dan bertamadun kerana menguasai Perak melalui cara tidak terhormat.

Beliau turut menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai 'Menteri Besar mahkamah' dan bukannya mewakili seluruh penduduk Perak.

"Kenapa pakatan pembangkang yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui undi, tetapi dirampas oleh UMNO dan BN secara melarikan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyokong mereka," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA