Halaman

Isnin, 29 Jun 2009

MANEK URAI:HADI TAK DIMAKLUMKAN OLEH NIK AZIZ MENGENAI DEBAT

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak dimaklumkan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung cadangannya untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu Pas dan Umno.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata beliau akan menemui Nik Aziz untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, pula mencadangkan agar debat itu disiarkan secara langsung melalui televisyen untuk menunjukkan amalan demokrasi tetapi Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bersetuju debat itu diadakan secara terbuka sebaliknya mencadangkan kedua-dua pihak menggunakan platform lebih sesuai iaitu berbincang untuk mencari kesepakatan Islam dan Melayu.

"Saya lebih suka jika diadakan dialog secara tertutup dan berbincang dalam bentuk kumpulan. Kita akan tahu apa yang menjadi masalah sehingga menimbulkan keadaan tidak senang hati di antara kita semua.

"Dialog secara berkumpulan itu lebih berkesan dari cadangan untuk berdebat yang tidak akan membawa manfaat kepada sesiapapun,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA