tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 15 Jun 2009

UMNO PAS:ANWAR ADA AGENDA TERSEMBUNYI DISEBALIK MEMBAWA PULANG CHIN PENG

Usaha-usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu untuk membawa Setiausaha Agung Partai Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali ke tanahair, dirasakan mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada itu.

Dapat dihidu bahawa cadangan itu adalah sebagai langkah untuk menghidupkan kembali semangat PKM terutamanya di kalangan generasi muda selepas merdeka yang tidak tahu dan tidak pernah merasakan azab hidup di bawah penguasaan komunis.

Adalah dikesali sangat bahawa usaha dan isu membawa pulang Chin Peng itu didalangi oleh pemimpin dalam parti pemerintah, Barisan Nasional sendiri. Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Gan Hock Nan tanpa segan silu, malah dengan bangganya mengusulkan idea berkenaan walaupun mengetahui bahawa tindakannya itu amat memilukan hati rakyat Malaysia khususnya para pejuang dan pahlawan negara yang berkorban mendaulatkan kemerdekaan negara Malaysia.

Menjadi kenyataan bahawa kepiluan angkara kekejaman komunis itu banyak dirasakan oleh orang Melayu terutamanya yang berjuang atas nama ketenteraan dan kepolisan. Waris-waris pejuang yang terkorban bangkit menyatakan rasa marah masing-masing manakala pejuang yang masih hidup tetapi cacat sepanjang hayat mereka kerana serangan PKM bingkas membantah hasrat berkenaan.

Di tengah-tengah kebangkitan yang tanpa sempadan itu, orang bukan Melayu juga bangun menyuarakan rasa tidak senang mereka - membantah, malah tidak mahu dan tidak sanggup lagi untuk mendengar dan mengenangkan mengenai Chin Peng dan PKM.

Sangat dikesali bahawa isu ini dibangkitkan oleh parti komponen BN sendiri tatkala BN berhadapan dengan kemelut tsunami poliitik 8 Mac 2008 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan empat buah negeri lagi terlepas ke tangan pembangkang.

Kehilangan pengaruh BN termasuk beberapa jaguh utama dari MIC, PPP, Gerakan serta MCA. Adalah angkara kejayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibantu oleh rakan-rakan pembangkang lain untuk membenci kerajaan yang sedang memerintah dan telah membangun serta memajukan Malaysia sejak merdeka lagi.

Oleh kerana isu yang dibangkitkan ini bagaikan tidak mendatangkan mudarat, maka banyak pihak tidak mengendahkannya atau melihatnya sebagai ’cincai’ atau ambil mudah sahaja dengan andaian kerajaan boleh mengatasinya.

Bukan semua perkara atau isu boleh diselesaikan oleh pihak kerajaan, khususnya yang melibatkan semangat, perasaan dan jatidiri. Kerajaan boleh bertindak mengikut undang-undang, tetapi tiada undang-undang di dunia yang dapat mengawal perasaan.

Sipewaris akan mengalir air mata mengingati keluarga yang terkorban, yang cacat akan terkenang akan kaki yang terputus, mata yang buta, badan yang lumpuh dan segala macam kenangan pahit yang sebenarnya tidak mahu diingati lagi, tetapi mengembalikan dan menghidupkan kekejaman PKM pasti menyayat perasaan mereka.

Namun, atas dasar dan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibahim yang diketahui sejak memimpin ABIM lagi sebagai orang yang paling tidak ngam dengan masyarakat Cina, tiba-tiba menjadi jaguh baru membela Chin Peng atas nama kemanusiaan.

Atas nama itulah beliau mahu kerajaan menimbang semula keputusan melarang pemimpin komunis itu pulang ke Malaysia. Nada beliau ini jelas sekali tidak selari dengan perjuangan beliau sebelumnya.

Ramai juga yang dapat menghidu bahawa kenyataan beliau itu hanyalah untuk memenangi hati masyarakat Cina agar terus membenci BN dan kerajaan.

Tentu ramai juga yang yakin bahawa apa yang terhambur dari mulut Anwar iitu bukannya dari hati yang ikhlas - sebaliknya hanyalah taktik dan strategi untuk menyedaPkan hati orang Cina. Timbul pula persoalan, sejak bila pulakah Anwar menjadi pembela orang Cina dan juga komunis?

Jika Anwar mahu membawa Chin Peng kembali ke negara bertuah ini atas nama kemanusiaan, kenapa beliau tidak menggunakan alasan yang sama untuk menjaga hati orang Melayu khususnya yang menderita kerana kewujudan PKM di negara ini?

Sudah lupakah Anwar tentang perjuangan askar Melayu, polis Malaya, Home Guard dan juga Pertahanan Awam? Bukankah banyak nyawa terkorban melalui usaha mempertahankan negara dan bukankah sengsara berpanjangan berlaku walaupun PKM hanya ’berkuasa’ selama 14 hari pada tahun 1945. Jangan mudah lupa.

Jika Anwar atau Pak Sheikh benar-benar mahu Chin Peng pulang untuk menghabsikan sisa-sisa hidupnya di Malaysia, bolehkah kita mencadangkan agar beliau menggantikan tempat Chin Peng.

Dalam erti kata mudah, Chin Peng kembali ke tanahair dan Anwar pula keluar meninggalkan negara ini atas nama kemanusiaan. Soal perjuangan, dari luar negara pun boleh sepertimana yang dilakukan oleh jaguh-jaguh demonstrasi jalanan beberapa tahun lalu.

Tindakan tegas harus diambil terhadap semua petualang yang cuba memartabatkan PKM termasuklah melucutkan kerakyatan mereka Selain daripada itu, oleh kerana mereka tidak menghormati kepusan kerajaan dan negara, eloklah Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran yang telah diberikan kepada mereka.ditarik balik

Bagi memastikan gejala yang boleh membakar semangat kaum ini meluas, maka menguatkuasakan Akta Hasutan kepada pihak yang bermain-api mengenai isu PKM adalah sangat wajar.

Chin Peng wajib terus diketepikan.Masyarakat tidak harus mengambil sikap ‘cincai’ terhadap usaha memartabatkan PKM dan sesiapa juga yang cuba menjadi jaguh kepada PKM harus ‘dicincang’

2 ulasan:

  1. bagi saya yang telah berlalu harap dilupakan, tidak salah kalau org itu dibenarkan masuk yang penting perkara yang lama tidak dihidupkan balik, kepada semua ahli politik janganlah terlalu berfikiran sempit hanya kerana dia (Chin Peng)adalah pemimpin komunis dahulu, dia adalah manusia biasa juga, jikalau lah fikiran kita tidak membenarkan beliau masuk Malaysia adakah anda masih ingat pada masa peperangan Jepun di Malaysia, mereka patut dipersalahkan juga kerana banyak rakyat malaysia yg terkorban, adakah mereka patut dihukum oleh kerana perbuatan dahulu?

    BalasPadam
  2. Tiada siapa nak menghidupkan semangat PKM, Hanya mereka yang takut dengan bayang bayang terutama nya pemimpin dalam UMNO sahaja yang resah dan tenggelam punca tak mampu nak mengahadapi persoaaln yang sebegitu mudah untuk diselesaikan. Apa ada pada seorang tua yang telah menjangkau umur melebehi 80 tahun?
    Yang perlu di cincang ada lah orang seperti kamu yang tidak mahu berubah. Sebagai bekas anggota tentera saya lebih tahu dan orang seperti Hishamuddin dan Mukhriz dan saudara lebih baik tutup mulut sahaja. Dimana Hishamuddin dan Mukhriz berada? Jadi mereka tidak layak dan adalah lebih elok mereka memikirkan perkara membena negara dari memperbodohkan diri mencampuri isu yang mereka sendiri tidak tahu. Atau UMNO telah bersedia untuk di kuburkan.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH