tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 8 September 2013

MAT SABU BAWA BENCANA PADA PAS

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menyokong penuh gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar jawatan Timbalan Presiden parti itu disandang oleh golongan ulama.
Harun berkata, ini kerana, pemilihan ulama sebagai pemimpin nombor dua tertinggi parti itu amat bertepatan dengan matlamat serta dasar Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak dulu dan selamanya.
Malah, jelas beliau, dalam Islam itu sendiri telah memberikan gambaran bahawa kebanyakan segala apa yang dilakukan dan usaha menegakkan syiar Islam adalah lebih ditunjangi peranan para ulama, termasuklah dalam Pas.
Jelas beliau, begitu juga bagi Pas, semua pihak mengetahui kebanyakan perkara yang dilakukan dalam parti terutama bagi menggerak dan menentukan hala tuju perjuangan Islam Pas adalah hasil komitmen golongan ulama.
"Saya sokong kenyataan beliau (Nik Abdul Aziz), sebab untuk memimpin parti Pas yang memperjuangkan dasar serta matlamat perjuangan Islam, pemimpin kalangan ulama tidak diketepikan, sebaliknya sangat diperlukan.
"Sama juga kalau kita nak ambil pemandu, dia (pemandu) kena mahir selok-belok memandu dan tahu ikut jalan mana sekalipun. Kalau di jalan berselekoh, dia pergi pandu terus macam di jalan lurus, susah lah kita," katanya.
Semalam, Nik Abdul Aziz menyatakan harapannya agar perwakilan Pas memilih ulama menjadi Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan kepimpinan baharu yang akan berlangsung pada Muktamar Tahunan Pas ke-59 bermula 22 November ini.
Katanya, berlainan dengan jawatan Presiden yang masih memerlukan kepada ilmu dan pengalaman luas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, secara peribadi, beliau juga mahu orang ulama menduduki kerusi Timbalan Presiden.
Harun seterusnya berkata, sekiranya jawatan nombor dua itu diisi oleh ulama, ia juga sangat relevan dengan kepimpinan tertinggi Pas yang diterajui Abdul Hadi selaku Presiden parti.

Rabu, 7 November 2012

KENYATAAN NURUL IZAH MEMBUAT SEMUA TERKEJUT BERUKKKKK



Bukan Sahaja Pemimpin Baik Dari Kerajaan Mahupun Dari Pembangkang Malah Rakyat Biasa Yang Tidak faham Undang2 Pun Jadi Terkejut Beruk Dengan Kenyataan Nurul Izzah.Malah Sultan Selangor Juga terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebesan beragama sebagaimana dipetik oleh beberapa media sejak hujung minggu lalu.
Rasa terkejut dan kesal Baginda disampaikan melalui Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan dua muka surat kepada pihak media petang Selasa.
Menurutnya, Mais ingin menyatakan bahawa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor dan pelindung hak dan kepentingan kaum Melayu juga berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan tersebut.
"Dan, baginda menolak sama asekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu yang beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar dari Islam," kata beliau.
Katanya, Mais telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya.
Mohamad Adzib berkata, Islam adalah satu syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh itu, pemikiran liberalisme atau pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
"Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak-pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam," kata beliau.
Mais, kata beliau, bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasikan politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.
"Walauapa pun, Mais telah mengarahkan Jais membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," kata beliau lagi.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang enggan mengulas mengenai kenyataan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu diberi kebebasan untuk memilih agama selain Islam.
Menurutnya, PAS tidak mendapat gambaran sebenar mengenai kenyataan yang di keluarkan oleh Naib Presiden PKR itu dan sumber yang dikeluarkan oleh pihak media mengenai isu terbabit.

"Kita tidak dapat gambaran yang sebenar dan laporan media tidak lengkap," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Mengulas lanjut adakah PAS akan mengambil tindakan daripada kenyataan Izzah itu, Abdul Hadi berkata buat masa ini PAS hanya akan memberi keutamaan pada kempen pilihanraya berbanding berbincang dan menghukum Naib Presiden PKR itu.

"Kita banyak hal lain untuk hadapi pilihan raya, untuk tumpu kerja pilihan raya.

"Mesti 100 peratus perkara itu jelas. Kalau 99 peratus, kita tidak boleh hukum orang," katanya.

Izzah pada Sabtu lalu, ketika menjadi panel sebuah forum anjuran pergerakan Kristian berkata, orang Islam perlu diberi kebebasan memilih agama seperti mana orang bukan Islam.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama.  Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” katanya ketika menjawab pertanyaan lanjut dari hadiri yang datang.

Kenyataan Izzah itu seolah-olah memperlihatkan pertikaiannya terhadap perundangan di Malaysia yang mengekang mubaligh bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka kepada rakyat yang beragama Islam.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin semalam berkata, Izzah berkemungkinan akan dipanggil jika sekiranya ucapannya itu bertentangan dan melanggari Majlis Fatwa.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menasihatkan Nurul Izzah menarik balik kenyataan beliau dan bertaubat memohon keampunan Allah atas kejahilan beliau.
"Nasihat saya pada Nurul Izzah, kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlah," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa.
Rosnah berkata kenyataan Nurrul Izzah itu mempunyai implikasi yang sangat besar terutama kepada generasi muda kerana ia membuka ruang kepada gerakan yang cuba memesongkan akidah umat Islam.
"Puteri Umno ingin melihat pimpinan tertinggi PAS, terutama Dewan Muslimah PAS tampil dan menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Nurul Izzah itu.
"Apakah Dewan Muslimah PAS akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan?

Rabu, 10 Oktober 2012

NASA SUDAH SEMAKIN DEKAT DENGAN UMNO


Apakah Ustaz Nasaruddin Sudah dekat hatinya Kepada Perjuangan Umno.Sejak Kebelakangan ini Beliau Sering Menerima Undangan Kepimpinan Umno untuk memperjuangkan Perjuangan Islam.Contoh Terbaru Beliau Memberikan Ceramahnya Di Seminar Dakwah Nasional, Lokasinya ialah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Tidak payah sebut panjang-panjang semua orang tahu itu adalah bangunan dimana terletaknya ibupejabat UMNO.
Petang Selasa suasana dingin dalam Dewan Merdeka 'jadi panas' bila bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok,Kelantan naik ke pentas untuk menyampaikan kertaskerjanya pada hari akhir Seminar Dakwah Nasional di situ.
Perhatian lebih 1,000 peserta yang terdiri dari tokoh-tokoh agama,intelektual dan pemikir serta wartawan yang membuat liputan bertumpu kepadanya.
Beliau tidak membaca teks kertas kerjanya yang bertajuk " Dakwah Islamiyah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia' yang sudah diedarkan kepada para peserta sebelum itu.
Sebaliknya beliau berucap tanpa teks.Ucapannya dengan nada sedarhana tidak panjang.Cuma sekitar 20 minit sahaja.Namun ia boleh kata menjadi ' kemuncak' seminar dua hari anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT).
Isunya bukan soal seorang tokoh PAS berada lokasi - PWTC yang menjadi markas UMNO tetapi ledakan Nasharudin tentang perlunya umat Islam negara ini bersatu.
Tanpa berselindung - beliau menyuarakan rasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS dilihat sebagai 'taboo' atau dalam bahasa mudahnya 'haram'.
Dari sudut politik Nasharudin dikira sudah langgar tembok menyuarakan semula pendirian dan pandangannya mengenai isu yang kontrovesial di kacamata PAS ini.                                                                               
Ini kalau kita singkap balik kisah tahun 2009 bilamana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'meletop' memintanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS.
Menteri Besar Kelantan itu yang diketahui umum menyimpan dendam kesumat terhadap UMNO langsung tidak dapat menerima idea yang diketengahkan oleh tokoh moderate PAS ini.
Tok Guru PAS itu sanggup tenggelam timbul dengan DAP sekalipun satu dunia tahu pendirian parti itu terhadap perjuangan asal PAS.
Meneliti kata-katanya pada seminar itu jelas Nasharudin nampaknya sudah set tidak pandang belakang dan sedia berdepan dengan risiko tindakan partinya.
"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata yang dipercayai merujuk kepada sikap konservatif sesetengah pimpinan atasan  PAS dan golongan Anwarista parti itu yang membuka diri berdakap dengan DAP.
Beliau mengingatkan kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.
Nasharudin mempersoalkan  dalam sejarah kemenangan umat Islam adakah ia pernah dibantu oleh orang bukan Islam.
"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?
"Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.
Beliau juga bertanya "jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi?
Beliau mengingatkan agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.
Katanya dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Beliau pergi lebih jauh lagi dengan mempersoalkan sama ada golongan bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi".
"Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?,"
Katanya jika benar begitu,takdirnya dalam PRU13 nanti,kumpulan bukan Islam memenangi suara terbanyak dalam parlimen,apakah amalan Islam yang terlaksana dalam pelbagai institusi kini termasuk Mahkamah Syariah,Perbankan Islam,Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat dipertahankan malah diperbaiki atau ia dihapus secara perlahan-lahan.
"Kita amat bimbang jika berlaku keadaan habis madu sepah dibuang.Amat dukacita jika kita mengambil sikap terlalu kuat mengutamakan ikatan politik daripada menjaga agama dan mempertahankan agama Islam kita sendiri,"katanya.
Serentak dengan itu Nasharudin secara terbuka di seminar itu menyifatkan tindakannya menghentam Karpal Singh menolak hajat PAS hendak tubuh negara Islam sebagai satu dakwah.
Tanpa mempedulikan Pengerusi DAP itu kata hendak saman,beliau dakwa Karpal adalah anti Islam bukan anti-Hudud .
Beliau menegaskan Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.
Bekas Timbalan Presiden PAS itu juga menyuarakan sokongannya pada pandangan Timbalan Musyridul Am PAS,Datuk Dr Haron Din yang hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana lancar buku seorang tokoh Islam liberal India yang tolak negara Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini
Pada awal ucapannya Nasharudin telah mencuri perhatian para peserta bila mendakwa satu majlis kesyukuran  telah diadakan selepas pilihanraya negeri Sarawak dimana ada doa dibuat agar  Malaysia menjadi negara Kristian.
Beliau mengajak umat Islam bersatu untuk berdepan dengan strategi  yang dirancang oleh musuh Allah di negara ini.
Bercakap kepada wartawan selepas seminar itu Nasharudin berkata beliau tidak bimbang langsung risiko berdepan dengan tindakan dari PAS kerana bersuara begini.

"Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya,"katanya.

Baginya soal ahli parti dan sebagainya adalah soal kedua kerana yang utama ialah agama Islam

Jumaat, 17 Ogos 2012

KITA DENGAR APA KATA KHALID SAMAD TENTANG NASA


NASA DI COP GILA PANGKAT OLEH PAS

Kalau bab orang lain,PAS pasti ke depan mahu korek dan dedah segalanya.Namun dalam isu sendiri yang sudah berlarutan sekian lama mahu dipengap dan dibincang sesecara dalaman.
Siapa yang tidak tahu tentang kontroversi antara DAP dengan PAS tentang isu hudud.Ia bukan sahaja sudah menjadi rahsia terbuka malah satu dunia sudah tahu.
Bagaimanapun bila bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menuntut pendirian tegas partinya terhadap DAP,kalangan pemimpin PAS sendiri menghalakan senapang kearahnya minta diam.
Demokrasi ala-PAS memang melucukan.
Karpal Singh yang mengaum kata langkah mayat beliau jika PAS nak laksana huduh dan negara Islam tentu tersenyum keriangan mendengar ini semua.
Ekoran dari ini semua maka Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pun muncul menerusi sidang akhbar Khamis membuat dakwaan seolah Nashrudin mudah dibeli.
Sepertri juga masa isu Datuk Dr Hasan Ali dulu,beliau kini senang-senang menuduh bekas Timbalan Presiden PAS itu buat bising pasal sikap DAP khususnya Karpal Singh kerana gilakan jawatan dan pangkat yang mungkin diraih menerusi UMNO.
Itu sahaja nampak modalnya.
Dakwa Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor itu sikap Nasharudin kebelakangan ini kerana beliau kecewa gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang dimenang oleh Mat Sabu.
Bagi saya, Nasharudin memang kecewa apabila PAS tidak mahu bersama dengan Umno dan seperti Hasan Ali , dia telah hilang peluang untuk memegang jawatan yang lagi besar kerana kalau PAS bersama dengan BN  mungkin dapat jawatan diperingkat pusat.
"Itulah yang dia lihat terlepas. Pada masa yang sama dia kecewa bila kalah dalam pemilihan timbalan presiden hingga menyebabkan dia tidak seperti dahulu," katanya.
Dakwanya lagi Nasharudin  sengaja mencetuskan kontroversi demi mengejar populariti politik menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
"Sekarang nampak semakin rapat dengan pimpinan Umno malah di Parlimen pun. Ia merupakan kenyataan yang diduga dan mungkin menunggu masa untuk memaksimumkan impak terhadap PAS dan Pakatan Rakyat agar dia lebih lantang dan ke depan dalam pilihan raya," katanya.
Khalid menegaskan pendirian PAS berhubung isu hudud tidak pernah berubah walaupun menyedari sekutu mereka dalam pembangkang iaitu DAP menolak perlaksanaannya.
Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan mahu Nasharudin berbincang secara dalaman dengan parti jika beliau ingin menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap sesuatu perkara.
Seperti juga Khalid ,beliau juga tidak mahu Nasharudin bersikap seperti Dr Hasan Ali.
Beliau bimbang isu ini diambil kesempatan oleh musuh parti.
Kata Nasrudin  tiada sesiapa gembira dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam PAS

Rabu, 15 Ogos 2012

PAS NAK TEMBAK NASA


Kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa memang ada lojiknya.
Namun kalangan pimpinan PAS yang terlalu mengidam sangat hendak ke Putrajaya sudah kelabu mata dan pekak telinga.Makanya semua tunjuk taring naik angin terhadapnya.
Soalnya salahkah Ahli Parlimen Bachok itu mencadangkan PAS keluar dari pakatan pembangkang jika DAP terus mengkritik hukum Hudud?
Inilah kenyataan yang dibuatnya menerusi berita TV3 Selasa malam ekoran kontroversi PAS-DAP mengenai isu Hudud.
Dilihat dari semua sudut...itulah jalan terbaik PAS patut ambil.
Namum PAS cukup sedar jika ia berbuat demikian mimpi politiknya hendak ke Putrajaya akan terus berkubur.
Ini kerana tanpa sokongan pengundi Cina dari DAP maka PAS tidak akan  kemana.
Atas sebab itu soal pendirian tolak sebelah dan siapa saja yang cakap hentam 'rakan kongsinya' itu sekalipun lojik mana sekalipun akan digasak habis-habisan untuk ambil hati dan belai DAP.
Setiausaha Pemuda PAS Kelantan Mohd Nuri Mat Yacob terus mengeluarkan kenyataan mendesak Nasharudin lepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bachok.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga nak tunjuk garang.
Beliau menyindir Nasharuddin supaya menyuarakan pandangan itu kepada Majlis Syura PAS.

nasa
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tumpang semangkuk menghalakan senapang kearah Nasharudin .
Ini gara-gara Selasa gambar bekas Timbalan Presiden PAS itu bersama Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi Selasa.
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya pada wartawan di Kota Bharu Rabu.
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti

Isnin, 13 Ogos 2012

SIAPA YANG HILANG ARAH....UMNO ATAU PEMBANGKANG

Rakyat biasa yang tidak tahu banyak tentang isu dalaman politik mungkin melihatnya satu perkembangan yang lain macam.Atas sebab itu pembangkang jenuh pukul gendang tentang 'penghijrahan' Tamrin Ghafar,Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir,Datuk Seri Wilfred Bumburing,Datuk Seri Lajim Ukin dan terbaru Senator Maijol Mahap.
Namun kalangan yang aktif dalam arus perdana politik tanahair tidak pernah menilai mereka sebagai 'jerung politik' yang boleh mengegarkan suasana.
Tamrin sendiri mungkin terus hidup bagai nyawa-nyawa ikan bergayut nama besar Allahyarham Tun Ghafar Baba.Sebalik cuba tanya mana-mana orang UMNO adakah mereka merasa sesuatu kehilangan beliau masuk PAS.
Beliau memang bekas Ahli Parlimen dan bekas Pengerusi MARA.
Namun sudah sekian lama nama Tamrin tenggelam di angin lalu.
Memang satu jenaka dengar Tamrin dakwa beliau masok pembangkang kerana UMNO sudah hilang arah kerana ikut ceritanya beliau yang sebenarnya sudah tidak tentu arah.
Beliau yang terkial-kial mencari dahan untuk berpaut.Mungkin hajat dihati nak jadi bos sepanjang masa dan tidak mahu merendah diri aktif seperti ahli biasa yang lain.
Semasa dalam UMNO sendiri tidak ada sesuatu sumbangan besar yang boleh dikaitkan dengan nama Tamrin.
Dalam pada itu ada 'banyak cerita' tentang Tamrin kalau hendak dijadikan isu.
Kadir pula...apa cerita tentang Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang ditubuhkan Mei lalu?
Sejak parti itu ditubuhkan jelas habuk pun tarak.Yang nampak ke hulu ke hilir hanya batang tubuh Kadir sendiri naik turun pentas ceramah pakatan pembangkang.
Kisah bekas Menteri yang pernah mengetuai UMNO Bahagian Kulim Bandar Bharu ini boleh dikira satu kapal dengan Tamrin.
Bagaimana pula tentang Maijol yang Ahad umum sokong pembangkang.
Sebelum ini tidak ramai yang tahu siapa Senator dari Sabah ini.Namanya macam tidak 'masuk buku' dalam arina politik tanahair.Kalau namanya tidak begitu dikenali maka ada banyak sebab. Salah satu darinya mungkin beliau kurang aktif semasa sidang Dewan Negara.
Seperti kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Khairy Jamaluddin tindak tanduk mereka ini merupakan satu cara untuk beliau "kembali berkecimpung dalam politik".
Lebih tepat dalam UMNO sudah tenggelam maka inilah jalan pintas untuk lompat terus keatas dan tiba-tiba glamour nama jadi sebutan dan diusung berceramah di sana sini.
Atas sebab itu beliau sendiri menilai gebang pembangkang yang pembangkang dakwa tindakan dua tiga pemimpin di Sabah sebagai "pembelotan pemimpin berpengaruh" hanyalah hanya gimik  untuk mengaburi mata rakyat.
Beliau berkata, ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.
Mengenai Tamrin ,Khairy berkata anak Tun Ghafar itu sudah lama tidak aktif dalam politik UMNO.
"Saya fikir media yang pro pembangkang menonjolkan berita pembelotan ini untuk menjadikannya tampak besar dan teruk, tetapi sebenarnya tidak.
“Seperti  Wilfred Bumburing, beliau tidak lagi dikehendaki oleh penduduk Tuaran sebagai calon mereka dan Lajim juga tidak lagi menjadi pengaruh kuat parti.
"Tetapi Anwar apabila orang dari pihak kami menyertai pihaknya, beliau berkata mereka tidak lagi sukakan kami dan ia demi rakyat, tetapi orang dari pihaknya tukar parti (ke BN), beliau kata ianya kerana kami berikan wang. Saya sudah jelak mendengar semua pembohongan ini. Jangan perkecilkan kebijaksanaan rakyat," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Ahad.
Dalam konteks ini Khairy berkata, beliau berharap Parlimen akan menggubal undang-undang antilompat parti supaya anggota Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka sebelum mereka "menyertai parti lain".
Lojik di sini ialah pemilihan calon pilihanraya dibuat atas nama parti, bertanding atas nama pati, rakyat memilih atas nama parti, tetapi akibat kecewa lompat dan bawa kerusi parti.
Kes lompat parti kebelakangan ini bukan sahaja melibatkan wakil rakyat BN tetapi juga pakatan pembangkang.
Sementara itu, mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti serpihan Umno kembali bersatu di bawah payung parti utama orang Melayu itu, katanya penyatuan kembali parti serpihan Umno tidak akan berlaku selagi Parti Keadilan Rakyat (PKR)  memegang sikap politik kepartian yang keterlaluan tanpa memikirkan masa depan rakyat khususnya bangsa Melayu.
"Saya percaya PKR tidak dapat ketepikan politik kepartian mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nasib rakyat demi politik kepartian ini. Namun Umno sebaliknya, rakyat yang didahulukan jadi inilah titik timbul kesukaran ini.
"Pada satu ketika saya percaya Melayu mampu duduk bawah satu parti tetapi semakin lama mengharung arus politik ini saya melihat ia bagaikan 'mimpi di siang hari'," katanya.
Beliau berkata, seruan Dr Mahathir itu suatu yang amat baik bagi orang Melayu sekiranya terlaksana, namun sebagai seorang yang terlibat dalam kancah politik semasa, beliau  berpendapat ianya sesuatu mimpi yang terlalu idealistik.
Ditanya tentang perlunya Umno menarik golongan muda dan profesional dalam PKR menyertai Umno bagi memperkuatkan parti itu, Khairy berkata Pemuda Umno sentiasa mengalu-alukan golongan itu menyertainya.
"Tetapi saya ingin ingatkan kita tidak terlalu terdesak sehingga terpaksa tarik golongan ini bagi memperkuatkan kita, kita sendiri ada golongan muda dan profesional dalam Umno yang mampu memperkuatkan parti,"

DOSA MENGUMPAT...KHAS BUAT DIRI SENDIRI DAN YANG SELALU MENGUMPAT

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger